5
Tajuk 2 Dokumen Dan Penyimpanan Rekod Sinopsis Tajuk ini adalah mengenai penyediaan dan penyimpanan dokumen dan rekod pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan. Hasil pembelajaran 1. Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan dan ikan hiasan yang diusahakan. Kerangka Konsep Tajuk 2 Dokumen Dan Penyimpanan Rekod Jenis-Jenis Dan Kepentingannya Pengurusan rekod Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagi mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang masa hadapan. Rekod juga perlu mempunyai ciri yang berikut: a. Ringkas dan senang difahami b. Boleh dipercayai, tepat, kekal, dan mengikut masa c. Sesuai untuk bidangusaha yang dijalankan Kepentingan menyimpan rekod dalam penternakan arnab ? Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk: 1. Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka. 2. Untuk mengetahui prestasi setiap ekor terutama dalam pemilihan

2. Dokumen Dan Penyimpanan Rekod

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 2. Dokumen Dan Penyimpanan Rekod

Tajuk 2 Dokumen Dan Penyimpanan Rekod

Sinopsis

Tajuk ini adalah mengenai penyediaan dan penyimpanan dokumen dan rekod pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.

Hasil pembelajaran

1. Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan dan ikan hiasan yang diusahakan.

Kerangka Konsep Tajuk 2

Dokumen Dan Penyimpanan Rekod

Jenis-Jenis Dan Kepentingannya

Pengurusan rekod

Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagi mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang masa hadapan.

Rekod juga perlu mempunyai ciri yang berikut:

a. Ringkas dan senang difahamib. Boleh dipercayai, tepat, kekal, dan mengikut masac. Sesuai untuk bidangusaha yang dijalankan

Kepentingan menyimpan rekod dalam penternakan arnab ?

Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:

1. Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka.2. Untuk mengetahui prestasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk

dijadikan baka.3. Untuk memudahkan program pembiakan.4. Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang

bunting, beranak dan menjalankan proses cerai susu.

Page 2: 2. Dokumen Dan Penyimpanan Rekod

Jenis rekod adalah seperti berikut:

Jenis rekod Ciri-ciri Contoh

a. Rekod kewangan Memberi maklumat tentang segala urusan kewangan ladang

Rekod perbelanjaan dan rekod pendapatan

b. Rekod fizikalMengandungi maklumat tentang segala sumber pengeluaran dan kemudahan ladang

Rekod tanaman, rekod ternakan, rekod penggunaan tenaga pekerja

Contoh rekod ladang:

a. Rekod kewangan

Contoh Rekod Perbelanjaan

Tarikh Butir-butir Kuantiti Harga/unit Jumlah01.01.2011 Membeli makanan 3 beg RM20.00/beg RM 60.0005.01.2011 Membeli bekas

makanan10 unit RM 3.00/unit RM 30.00

Contoh Rekod Pendapatan:

Tarikh Butir-butir Kuantiti Harga/unit Jumlah11.11.2011 Menjual arnab 30 ekor RM20.00/ekor RM 600.00

b. Rekod fizikal

Rekod penggunaan tenaga pekerja

Tarikh Jenis kerja Bil.pekerja Jam bekerja/orang01.09.2011 Pengurusan arnab 3 810.11.2011 Pemasaran 2 8

Rancangan /jadual kerja:

Apakah rancangan/jadual kerja

Rancangan/jadual kerja adalah satu susunan kerja yang perlu dilakukan mengikut masa atau tempoh yang telah ditentukan.

Rancangan/jadual kerja juga menjadi rujukan dan alat peringatan apabila bidangusaha itu sedang dilaksanakan. Contoh jadual kerja adalah se[perti berikut:

Page 3: 2. Dokumen Dan Penyimpanan Rekod

Jadual 1 menunjukkan contoh strategi pemasaran bagi pemasaran bagi operasi fidlot 3 peringkat untuk tempoh pengemukan 4 bulan (120 hari) pada kadar peningkatan berat badan harian 1kg/hari:

Kumpulan@

Peringkat

Bulan Ternakan

Masuk

Berat Masuk

(kg)

Peningkatan Berat Badan harian

(Kg/hari)

Target Berat

Jualan (kg)

Target Jualan (bulan)

Pertama Ogos 230-260 kg 1.0 kg/hari 350-380 kgHari Raya Aidil Fitri

Kedua Oktober 180-230 kg 1.0kg/hari 300-350 kgHari Raya Korban (Februari)

KetigaSepanjang masa

230-260 kg 1.0kg/hari 350-380 kg

Jualan hidup/daging segar (Jan-Dis)

Apakah belanjawan?

1. Belanjawan adalah satu rancangan untuk menggunakan sumber pengeluaran yang terhad supaya memperolehi keuntungan maksimum. Anggaran belanjawan melibatkan ramalan harga keluaran, kuantiti hasil dan pendapatan.

2. Tujuan utama menyediakan belanjawan adalah untuk membolehkan peladang membuat bandingan antara beberapa cara menggunakan sumber pengeluaran yang terhad.

3. Antara faedah membuat anggaran belanjawan adalah seperti berikut:a. Membolehkan perancangan dilakukan dengan lebih teratur.b. Membolehkan kesan sesuatu teknik atau kaedah baru ke atas keuntungan ladang

diuji sebelum digunakan.c. Membolehkan peladang membuat perbandingan antara beberapa pilihan dan

seterusnya memilih yang paling sesuai.d. Mengelakkan sesuatu perkara yang penting terlepas daripada perhatian.e. Merupakan satu alat mengawal kewangan ladang.

4. Jenis belanjawan disediakan iaitu:a. Belanjawan lengkapb. Belanjawan separuh

5. Belanjawan lengkap dilakukan untuk merancang seluruh operasi ladang dan biasanya digunakan untuk merancang operasi ladang yang baru. Belanjawan separuh biasanya digunakan untuk merancang perubahan ke atas sebahagian daripada operasi ladang seperti penggunaan teknologi atau mesin baru ataupun penggantian projek dengan yang lain.

Page 4: 2. Dokumen Dan Penyimpanan Rekod

6. Langkah-langkah menyediakan belanjawan adalah seperti berikut:a. Menyenaraikan barang yang sedia ada atau yang boleh digunakan.b. Jika perusahaan itu sedang diusahakan, kirakan semua kos serta pendapatan dan

seterusnya keuntungan.c. Menentukan kelemahan dalam perusahaan sekarang.d. Menentukan pilihan baru yang boleh dijayakan.e. Rangkakan rancangan baru dan bagi setiap rancangan tentukan kos, pendapatan

dan keuntungan bersih.f. Memilih bidangusaha yang paling menguntungkan untuk diusahakan.

Contoh format belanjawan

PERKARA     AMAUN (RM)Pendapatan kasar ( jualan hasil x harga) ……………..

………….

……………………

          Perbelanjaan    

a. Kos memperolehi bahan dan kemudahan:    

………………….. ……………..  ………………….. ……………..  …………………. ……………..  …………………. ……………..  

    

b. Kos upah kerja    ………………... ……………..  ………………… ……………..  

 Jumlah kos ( a+ b)  …………………..

c. Kos tambahan di luar jangkaan

………………  ………………….

(tamabahan nilai 10% ke atas jumlah kos)  ………………….

 Jumalah perbelanjaan ( a+ b + c )  

  Anggaran keuntungan(pendapatan kasar – jumlah perbelanjaan)      …………………..

Pulangan setiap ringgit dilabur =

 Pendapatan kasar =Jumlah perbelanjaan 

…………………….

Catatan : kos tambahan luar jangka ditambahkan untuk mengambil kira masalah harga input yang berubah secara mendadak.