17
Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA. justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing- masing.

2. etika guru.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 2. etika guru.pdf

Kod Etika Profesion

Perguruan Malaysia

etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.

setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing.

setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA.

justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing.

Page 2: 2. etika guru.pdf

kod etika memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion.

tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion.

setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam TATASUSILA PROFESION KEGURUAN seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut: tanggungjawab terhadap pelajar;

tanggungjawab terhadap ibu bapa;

tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan

tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

Page 3: 2. etika guru.pdf

Etika

Suatu sistem yang berkaitan dengan dasar

akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu

kumpulan manusia atau organisasi.

Meliputi aspek-aspek moral yang baik dan

yang buruk, serta yang betul dan salah

dengan tujuan memberi garis panduan

kepada ahli-ahli berkenaan.

Page 4: 2. etika guru.pdf

Kod Etika

Memperjelaskan tindakan-tindakan betul

yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan

salah yang perlu dihindari oleh individu-

individu dalam sesuatu profesion.

Bertujuan untuk mengekalkan integriti

moral sesuatu profesion.

Page 5: 2. etika guru.pdf

(a) Tanggungjawab terhadap Pelajar

Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar

Bersikap adil terhadap setiap pelajar

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar

Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar

Page 6: 2. etika guru.pdf

(b) Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa

Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat

antara institusi pendidikan dengan rumah tangga

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi

kepentingan anak-anak mereka

Mengelakkan diri daripada menggunakan atau

dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu

bapa pelajar.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau

melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan

pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Page 7: 2. etika guru.pdf

(c) Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara

Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara

Page 8: 2. etika guru.pdf

(d) Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan

Profesion Keguruan

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang

kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat

Mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

Page 9: 2. etika guru.pdf

Akauntabiliti Guru

‘akauntabiliti’ = bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu.

Konsep akauntabiliti satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan

mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut.

Akauntabiliti keguruan tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan

oleh seseorang guru.

akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.

Page 10: 2. etika guru.pdf

Kebaikan Akauntabiliti

Memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah

Pelajar akan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar

Penekanan pada pencapaian memotivasikan guru untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru.

Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang berlaku di sekolah.

Page 11: 2. etika guru.pdf

Akauntabiliti Guru

Sekolah

Tingkah Laku

Murid Profesion

Komuniti

Page 12: 2. etika guru.pdf

Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah

Kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif murid-murid.

• Bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam pekerjaannya

Kaedah mengajar yang terkini dan canggih

Perhubungan sosial yang baik .

Kawalan disiplin yang berkesan

Page 13: 2. etika guru.pdf

Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah

• Membina satu program perkembangan ko- kurikulum yang dinamik

Pembimbing kepada murid­murid untuk memotivasikan murid-murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik

Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah

Page 14: 2. etika guru.pdf

Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku

Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan

Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat setempat

Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana

Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan

memelihara penampilan diri

Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa lapang

mengawal emosi ketika mengajar

Page 15: 2. etika guru.pdf

Akauntabiliti Guru terhadap Murid

Mengutamakan kebajikan dan keselamatan

murid-murid

Bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap adil

Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan

Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa.

Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran

Page 16: 2. etika guru.pdf

Akauntabiliti Guru terhadap Profesion

Menjadi ahli kesatuan guru

elak membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam media tempatan

elakkan daripada menganggotai parti haluan kiri/ kegiatan pengganas, dan politik

Selalu bersedia membantu rakan sejawat

elakkan daripada terlibat dalam sebarang kegiatan negatif atau merbahaya

Page 17: 2. etika guru.pdf

Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti

Tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh

merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara

Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial

Mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat

Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat

Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat