13
TOPIK : SUKAN, PERUBATAN SUKAN DAN JURULATIH SUKAN AIZAN SYAZWAN BAHAROM MOH NOOR RUSHDEE MAT JUSOH SITI AMINAH ABD HAMID

2. Sukan, Perubatankonsep sukan Sukan Dan Jurulatih Sukan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

konsep sukan

Citation preview

Page 1: 2. Sukan, Perubatankonsep sukan Sukan Dan Jurulatih Sukan

TOPIK :SUKAN, PERUBATAN SUKAN

DAN JURULATIH SUKAN

AIZAN SYAZWAN BAHAROMMOH NOOR RUSHDEE MAT

JUSOHSITI AMINAH ABD HAMID

Page 2: 2. Sukan, Perubatankonsep sukan Sukan Dan Jurulatih Sukan

KONSEP SUKANSukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.

Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.

Page 3: 2. Sukan, Perubatankonsep sukan Sukan Dan Jurulatih Sukan

KONSEP SUKANSukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.

Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.

Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:1. Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.2. Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar      kecemerlangan.

Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.

Page 4: 2. Sukan, Perubatankonsep sukan Sukan Dan Jurulatih Sukan

KONSEP SUKAN

• Menurut Kamus Dewan Edisi ke-5 pula, sukan adalah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai acara hiburan, acara pertandingan dan untuk menyihatkan badan. 

Page 5: 2. Sukan, Perubatankonsep sukan Sukan Dan Jurulatih Sukan

PERBEZAAN ANTARA SUKAN, PERMAINAN, DAN LATIHAN

• Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran (atlit dan individu berpengetahuan).

• Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. (aktiviti riadah kanak-kanak).

• Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan (training).

Page 6: 2. Sukan, Perubatankonsep sukan Sukan Dan Jurulatih Sukan

PERUBATAN SUKAN• Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Walaubagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah.

• Sukan pula adalah salah satu aktiviti riadah yang mengandungi latihan kemahiran berguna secara rekreasi dan Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.

Page 7: 2. Sukan, Perubatankonsep sukan Sukan Dan Jurulatih Sukan

PERUBATAN SUKANMenurut Kamus Dewan Edisi Ke-5 perkataan perubatan berasal dari perkataan ubat yang bermaksud perihal berubat yang berkaitan dengan ubat dan usaha mengubati penyakit. 

Jadi, perubatan sukan ialah satu bidang yang dapat membantu seseorang atlit pulih daripada kecederaan yang dialami sewaktu terlibat dengan sukan. Disamping itu bidang ini juga membicarakan langkah-langkah awal untuk mengelak daripada kecederaan dalam melakukan aktiviti bersukan.

Page 8: 2. Sukan, Perubatankonsep sukan Sukan Dan Jurulatih Sukan

6 LANGKAH DALAM KITARAN KECEDERAAN

Menurut Ab. Alim Abdul Rahim (2003) terdapat 6 langkah dalam kitaran kecederaan:

1. Kenalpasti tanda-tanda dan simptom2. Kurangkan pergerakan bahagian tercedera dan 

dapatkan bantuan3. Lakukan bantuan awal mengikut kecederaan4. Dapatkan rawatan lanjut dan susulan pakar5. Dapatkan rehat secukupnya mengikut kadar 

kecederaan6. Sesi Latihan Simulasi

Page 9: 2. Sukan, Perubatankonsep sukan Sukan Dan Jurulatih Sukan

6 LANGKAH KITARAN KECEDERAAN

Page 10: 2. Sukan, Perubatankonsep sukan Sukan Dan Jurulatih Sukan

KEPENTINGAN TERAPI DALAM SUKAN

• Dalam perubatan sukan, terapi kecederaan sukan terbahagi kepada 2 iaitu:

(a) Fisioterapi• Hidroterapi• Elektroterapi• Terapi haba(b) Urutan sukan

Page 11: 2. Sukan, Perubatankonsep sukan Sukan Dan Jurulatih Sukan

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI PERTOLONGAN CEMAS SUKAN• Kenal pasti punca kemalangan atau kecederaan. Contoh mangsa kelihatan pucat, pitam dan sebagainya.

• Lakukan pertolongan cemas dengan tertib, pantas, tenang dan senyap. Elakkan terlalu banyak bercakap dengan mangsa dan jangan melayan mangsa dengan bercakap perkara yang tidak penting.

• Pulihkan pernafasan mangsa, jika didapati pernafasan mangsa terhenti.

Page 12: 2. Sukan, Perubatankonsep sukan Sukan Dan Jurulatih Sukan

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI PERTOLONGAN CEMAS SUKAN• Cuba memberikan semangat dan perangsang kepada mangsa. Contohnya “Bawa bertenang, luka anda sedikit sahaja, saya cuba membantu anda”.

• Pindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat. Cuba elakkan mangsa daripada dikerumuni orang ramai.

• Segera hubungi pihak doktor, pihak polis dan keluarga mangsa(jika serius).

Page 13: 2. Sukan, Perubatankonsep sukan Sukan Dan Jurulatih Sukan

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI PERTOLONGAN CEMAS SUKAN

• Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam menghadapi kecemasan

• Menilai keberkesanan kaedah rawatan yang digunakan untuk memastikan keadaan akan datang mangsa.

• Menambah ilmu pengetahuan semasa tentang kaedah rawatan terbaru berdasarkan pengetahuan