Upload
sangbelalang
View
240
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/28/2019 2013 PSM BM
1/28
7/28/2019 2013 PSM BM
2/28
Sertailah Parti Sosialis Malaysia,
Jika anda ingin:
Kekayaan negara diagihkan secara adil
Menghapuskan amalan rasuah, salahguna kuasa,
nepotisme & penyelewengan kuasa
Mendokong aspirasi kaum miskin dan tertindas
Bergiat aktif dalam perjuangan rakyat tanpamengharapkan habuan atau faedah-faedah istimewa
Persamaan hak, pembangunan tulen dan demokrasi sejati
Menentang sebarang cubaan memecah-belahkan rakyat
berlandaskan perkauman dan keagamaan
Diterbitkan oleh Parti Sosialis Malaysia
22A, Jalan Vivekananda, Brickfields,
50470, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-22747791 Fax: 03-87374772
Email: [email protected]
Dicetak oleh Jutaprint
2, Solok Sungei Pinang 3,
Sg. Pinang, 11600 Penang.
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]7/28/2019 2013 PSM BM
3/28
3
ManifestoPilihanraya Umum 13
KERAJAAN YANG PRO-RAKYAT
KEPENTINGAN RAKYAT didahulukan bukankepentingan korporat. Keperluan asas rakyat seperti
kesihatan, perumahan, pendidikan dan
pengangkutan awam harus disediakan oleh kerajaan
dan bukan diperniagakan oleh segelintir kapitalis.
DEMOKRASI TULEN diamalkan. Rakyat biasa, terlibat
pada setiap peringkat perancangan & pelaksanaan
program kerajaan.
PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR adalah
tanggungjawab bersama kerajaan dan rakyat.
Pembangunan mampan yang mengambil kira
keseimbangan ekosistem menjaminkan
kesejahteraan umat manusia. Eksploitasi sumber
alam menggugat masa depan kita.
Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN
7/28/2019 2013 PSM BM
4/28
RakyatDulu,BukanKorporat/Kro
ni
4 Manifesto Pilihanraya Umum 13
7/28/2019 2013 PSM BM
5/28
JAMINAN KERJA, GAJI YANG MUNASABAH
DAN ADIL
SISTEM PENDIDIKAN DAN PERUBATAN
AWAM YANG PERCUMA DAN BERKUALITI
PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN
KAMPUNG
PENGANGKUTAN AWAM MURAH DAN
BERKESAN
JAMINAN PERUMAHAN TETAP DAN SELESA
BAGI GOLONGAN PENDAPATAN RENDAH
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR MELALUI
PEMBANGUNAN MAMPAN YANG
MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN UMAT
MANUSIA DAN KESEIMBANGAN
EKOSISTEM
Perkara UtamaAgenda Perjuangan PSM
Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN
5
7/28/2019 2013 PSM BM
6/28
6 Manifesto Pilihanraya Umum 13
Pada pilihanraya 2008, rakyat Malaysia telah
mengisytiharkan satu mesej yang berani dan jelas kepada
Barisan Nasional yang memerintah negara kita sejak 1957.
Buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya, BN dikalahkan
di lima buah negeri. Amaran kepada BN adalah sekiranya
rakyat tidak berpuas hati dengan pemerintahan mereka,
maka rakyat mampu dan berani menukarkan Kerajaan
Persekutuan.
Nampaknya mesej rakyat tidak dihiraukan oleh pihak BN.
Kita dapat saksikan sejak pilihanraya 2008, kualiti hidup
rakyat di bawah pemerintahan BN terus merosot.
Subsidi RM74 billion untuk rakyat ditarik balik, subsidi RM84
billion untuk korporat dikekalkan. Harga barang melambung
tinggi.
Wang rakyat sebanyak RM 28 billion lesap melalui kontrak dan
sebutharga yang berat sebelah. Nilai
wang berjumlah wang 20 kali gandabesar berbanding bajet tahunan negeri
Selangor!
Gaji minima RM900 yang diluluskan jauh
lebih rendah daripada RM 1500 sebulan
yang dituntut, dan gagal menyelesaikan
kemiskinan di kalangan pekerja.
Pencapaian Kerajaan BN 2008 hingga kini
7/28/2019 2013 PSM BM
7/28
7
Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN
Masih tidak adatabung bantuan apabila pekerja dibuang kerja
TAPI ada pula peruntukan wang untuk selamatkan korporat.
Pemindaan Akta Kerja1955 memudahkan kaedah kerja kontrak
yang menghakiskan lagi hak pekerja.
Perundingan FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) dengan
Amerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak
lama lagi. Ianya akan menghancurkan industri tempatan &membebankan rakyat.
Rumah kos rendah masih sempit (650 kaki persegi) dan
harganya dinaikkan dari RM25 ribu ke RM45 ribu. Kini pula
rumah mampu beli dinaikkan pada RM99 ribu dan luar
kemampuan mereka yang memerlukannya.
Rumah pangsa kos murah berkualiti rendah. Isu
penyelenggaraan semakin teruk. Bantuan dana dari kerajaan
untuk menyelenggaranya tidak mencukupi.
Industri yang mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan
kesihatan rakyat biasa seperti Lynas diberi lesen untuk
beroperasi.
7/28/2019 2013 PSM BM
8/28
8 Manifesto Pilihanraya Umum 13
BN merampas balik negeri Perak daripada PR secara haram!
Undi rakyat Perak untuk perubahan, tidak dihormati.
Video lucah sengaja ditayangkan untuk dikaitkan pemimpin
PR, dan mengaibkan mereka.
Isu perkauman dan sentimen agama sempit dipergunakan
untuk memecah-belahkan solidariti rakyat.
Dasar ekonomi terlalu bergantung kepada pelabur asing untuk
membangunkan ekonomi Negara.
BN membelakangkan pengeluaran makanan tempatan, tetapi
sangat bergantung pada import.
Penswastaan perkhidmatan awam & kemudahan asas air,
elekrik, hospital, pendidikan dll berterusan! Kos naik, kualiti
turun dan rakyat menderita. Hanya kroni yang untung.
7/28/2019 2013 PSM BM
9/28
9
Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN
7/28/2019 2013 PSM BM
10/28
10 Manifesto Pilihanraya Umum 13
Barisan Nasional Tidak Layak
Memerintah Lagi!
Akibatnya, sistem ini memperkayakan kapitalis dan sengsarakan
kehidupan rakyat. Jurang antara kaya dengan miskin semakin
melebar. Rakyat dipecah-belahkan oleh isu kaum dan agama.
Kadar jenayah meningkat. Alam sekitar sedia digadaikan dan
dihancurkan demi kepentingan korporat.
Pemerintah hidup mewah, rakyat
hidup menderita!
Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan
untuk korporat. Tambahan pula, amalan dasar neo-liberal telah
membuka dan menghambakan ekonomi kita kepada arus
globalisasi. Kerajaan berlumba-lumba dengan negara lain untuk
tarik pelaburan FDI (Foreign Direct Investment) dengan
menawarkan gaji buruh yang murah sekali, undang-undang
buruh amat longgar, danm e n i a g a k a n s e k t o r
perkhidmatan kemudahan asas
seperti kesihatan dan
pendidikan. Sistem kroni
memastikan golongan elit
politik hidup mewah hasil
menganugerahkan kontrak danlesen kepada diri sendiri &
kroni.
7/28/2019 2013 PSM BM
11/28
11
Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN
Dalam PRU 13, rakyat Malaysia secara kolektif berpeluang untuk
melakukan perubahan di peringkat kerajaan persekutuan. Pada
PRU 13, undilah PR di peringkat negeri dan persekutuan supaya
PR menerajui kerajaan persekutuan.
PR sedang mentadbirkan 4 buah negeri Kedah, Pulau Pinang,
Kelantan dan Selangor. Tindakan kerajaan-kerajaan negeri PR jauh
lebih pro-rakyat berbanding dengan kerajaan negeri BN.
Pengurusan kewangan jauh lebih efisyen dan berjaya
mengurangkan pembaziran berbanding dengan BN. Di sampingitu, semua kakitangan kerajaan Negeri Selangor dibayar gaji
minima RM1500 sebulan dan ibu mendapat cuti bersalin selama
90 hari.
Maka dalam PRU 13 ini, bersamalah kita memilih PR mentadbir
kerajaan Persekutuan dan setiap negeri.
Tunjukkan kuasa rakyat dan tumbangkan BN pada pilihanr aya ini.
Rakyatlah akan menentukan halatuju pembangunan Negara dan
memastikan penyelewengan tidak berlaku.
Pastikan kuasa rakyat kuasa keramat.
JOM UNDI UNTUK KERAJAAN PRO-RAKYAT!
UNDILAH PARTI SOSIALIS MALAYSIADAN PAKATAN RAKYAT, TOLAK BN!
7/28/2019 2013 PSM BM
12/28
12 Manifesto Pilihanraya Umum 13
7/28/2019 2013 PSM BM
13/28
13
Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN
7/28/2019 2013 PSM BM
14/28
14 Manifesto Pilihanraya Umum 13
Manifesto PilManifesto Pil
Gaji minima RM1500
8 jam kerja dan OT (lebih masa) tidak boleh dipaksa
Pindaan Akta Kerja yang menghakis hak pekerja ditarik
balik
Hadkan kerja kontrak kepada kerja-kerja bersifat
bermusim, dan sementara sahaja
Mulakan skim pencen untuk pekerja tempatan di sektor
swasta. Sementara menunggu perlaksanaannya, berikan
pencen RM200 sebulan untuk warga emas yang tidak
terima pencen kerajaan
Pengiktirafan secara automatik kesatuan sekerja dan
mudahkan lagi prosedur menubuhkan kesatuan sekerja
(union)
Penubuhan Tabung Khas Bantuan Pekerja yang
diberhentikan kerja
Pekerja migran diberi hak yang sama seperti pekerja
tempatan.
Jamin Hak warga pekerja
7/28/2019 2013 PSM BM
15/28
15
Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN
hanraya Umum 13 PSMhanraya Umum 13 PSM
Hentikan penswastaan hospital kerajaan dan perkhidmatan
sokongan kesihatan Mantapkan Hospital Kerajaan dan kawal pertumbuhan Hospital
Swasta yang hanya bermotif keuntungan maksima
Perkhidmatan kemudahan awam, air, elektrik dibawa ke bawah
pengendalian rakyat.
Kawal kemerosotan kualiti
p e n d i d i k a n a k i b a t
p e r t u m b u h a n I n s t i t u s i
Pengajian Tinggi Swasta
Pemberian konsesi tol kepada
k o r p o r a t d i b u b a r k a n .
Miliknegarakan lebuhraya-
lebuhraya Negara
B a t a l k a n n i a t u n t u k
implementasi cukai Barangan
dan Perkhidmatan, GST
Hentikan FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas)dengan Amerika
Syarikat & EU; lindungi industri tempatan dengan kekalkan tarif
impot.
Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Awam
7/28/2019 2013 PSM BM
16/28
16 Manifesto Pilihanraya Umum 13
3. Perumahan Selesa Untuk Rakyat
Hentikan pengusiran paksa peneroka bandar & tawarkan perumahan
alternatif jika kawasan diperlukan untuk kegunaan awam
Harga rumah rakyat dikawal agar ianya benar-benar mampu dimiliki
oleh keluarga berpendapatan rendah. Kerajaan harus memberi
subsidi dan kekalkan harga jualan pada RM25, 000.
Kerajaan mengambilalih penyelenggaraan rumah pangsa kos rendah.
Penghuni flat kos rendah tidak boleh dibebankan dengan 2 cukai danhanya perlu bayar satu cukai penyelenggaran sahaja.
Dilarang pembinaan rumah pangsa jika ada tanah yang mencukupi
untuk pembinaan rumah teres. Pembinaan rumah rakyat model teres
1 atau 2 tingkat diutamakan.
Wujudkan sistem perumahan sewa beli untuk membantu golongan
pendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
Mewajibkan majikan ladang melaksanakan skim perumahan milik
sendiri untuk pekerja ladang dalam jangka masa 2 tahun apabila
ladang dibangunkan.
Lot kediaman di Kampung Baru Cina harus diberi hak milik kekal
dengan harga premium yang munasabah.
Perumahan Selesa Untuk Rakyat
Manifesto PilManifesto Pil
7/28/2019 2013 PSM BM
17/28
17
Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysian (SPRM) distruktur semula agar
bebas daripada arahan eksekutif dan Peguam Negara.
Pulihkan semula Pilihanraya Kerajaan Tempatan.
Semua Ahli Parlimen, ADUN dan Ahli Majlis Tempatan harus
mengisytiharkan harta mereka setiap tahun
Wakil Rakyat dilarang melibatkan diri dalam sebarang projek kerajaan
untuk mengelakkan konflik kepentingan.
Gubal Akta Kebebasan Maklumat yang membolehkan rakyat memperoleh
maklumat tentang isu-isu awam.
Hentikan Politik Kaum Dan Agama
Hapuskan Rasuah Dan Salahguna Kuasa
Laksanakan program-program yang membantu keluarga-keluarga yang
berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan tanpa
mengira kaum.
Perluaskan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaansupaya rakyat marhein berbilang kaum dapat berkongsi pandangan.
Jamin hak pendidikan bahasa ibunda setiap kaum secara bebas dan tanpa
sekatan.
Menjamin hak setiap rakyat kebebasan beragama, berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan agar mempraktikkan agama sendiri mengikut
hasrat mereka.
Menggubal Akta Keterangkuman Sosial untuk menangani penyisihan serius
dalam masyarakat Malaysia.
hanraya Umum 13 PSMhanraya Umum 13 PSM
7/28/2019 2013 PSM BM
18/28
18 Manifesto Pilihanraya Umum 13
Galakkan dan sokong industri pengeluaran makanan
tempatan demi mewujudkan jaminan makanan (food
security)
Kurangkan kebergantungan pada pihak korporat di negara
lain untuk bekalan makanan asas.
Memberikan hak milik tanah kepada semua peneroka
pertanian yang sahih demi mempertingkatkan bekalansayur dan buah-buahan tempatan.
Memberi sokongan konstruktif dan melindungi nelayan
kecil serta melindungi industri perikanan daripada
pencemaran laut dan amalan pihak perikanan korporat
yang mengancam bekalan ikan.
Sediakan padang ragut dengan kemudahan asas untukpenternak kecil dan sederhana.
Jamin Pengeluaran Makanan Tempatan
Manifesto PilManifesto Pil
7/28/2019 2013 PSM BM
19/28
19
Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN
Iktirafkan Tanah Adat Orang Asal dan memberikan gerantanah di atas nama komuniti kampung itu.
Hentikan segala projek pembalakan di kawasan orang asal.
Bekalkan semua perkhidmatan dan kemudahan asas untuk
kampung orang asal seperti sekolah, klinik, jalanraya, bekalan
air dan elektrik
Membantu mereka mengambil alih semua projek
perladangan yang sedang berlaku di kawasan mereka.
Membina kapasiti mereka untuk mengambil alih projek-
projek ini.
Memberi Orang Asal kuasa penuh untuk memilih Tok Batin/
Tuai Rumah/Ketua Kampung mereka secara demokratik.
Pastikan penglibatan Orang Asal dalam semua proses
penentuan polisi, pembangunan, perancangan dan agihan
bantuan kepada komuniti mereka.
Menghormati cara hidup Orang Asal termasuk hak mereka
untuk mengamal adat istiadat dan agama mereka sendiri.
Iktiraf Masyarakat Orang Asal
(Sabah, Sarawak & Semenanjung Malaysia)
hanraya Umum 13 PSMhanraya Umum 13 PSM
7/28/2019 2013 PSM BM
20/28
20 Manifesto Pilihanraya Umum 13
Lindungi Alam Sekitar
Segala projek pembangunan mesti diluluskan dengan prasyarat
ketat bagi menghalang kesan buruk terhadap alam sekitar
Gazetkan semua kawasan lapang hijau, zon penampan dan
hutan semulajadi agar ianya tidak dirampas dan ditukarmilik
untuk tujuan pembangunan dengan sewenang-wenangnya.
Khususnya, kawasan tadahan air perlu dilindungi.
Projek pembangunan setempat hanya dilaksanakan dengan
persetujuan penduduk sekitar.
Kajian impak alam sekitar (EIA) secara telus dan bebas daripada
pengaruh pihak pemaju. Pakar melaksanakan kajian EIA harus
dipilih dan diupah oleh Kerajaan sendiri dan bukan oleh
Pemaju.
Perancangan serius perlu dijalankan. Pengangkutan awam yang
efisien dan murah mesti disediakan untuk mengurangkan
penggunaan kenderaan persendirian.
Implementasikan sistem yang menyeluruh untuk kitar semula
sampah.
Kaji secara serius penggunaan sumber kuasa alternatif dan
batalkan cadangan menggunakan kuasa nuclear.
Batalkan projek Lynas.
Manifesto PilManifesto Pil
7/28/2019 2013 PSM BM
21/28
21
Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN
Menjamin hak asasi manusia semua orang tanpa mengira
keturunan, suku kaum, gender dan seksualiti
Mansuhkan semua akta zalim
Menjamin kebebasan media
Menjamin pilihanraya yang bersih dan adil
Mempertahankan kebebasan kehakiman. Buat reformasi
terhadap sistem kehakiman supaya perlantikan dan kenaikan
pangkat hakim bebas daripada pengaruh politik
Mantapkan Institusi Demokrasi
hanraya Umum 13 PSMhanraya Umum 13 PSM
7/28/2019 2013 PSM BM
22/28
*Parti Sosialis Malaysia (PSM) melihat Pakatan Rakyat (PR) sebagai rakan
seperjuangan dalam menewaskan musuh utama, iaitu UMNO-Barisan
Nasional (BN) dalam PRU 13. PSM akan bekerjasama dengan semua parti
pembangkang, NGO dan kumpulan masyarakat yang lain dalam melawan
pemerintahan UMNO-BN yang berlanjutan selama 56 tahun.
*Di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan
wakil-wakil PSM mengambil posisi menyokong PR (PR friendly parti) danmengambil posisi bebas jika ada posisi yang bercanggah dengan dasar
perjuangan PSM.
*Walaupun ada perbezaan ideologi antara PSM dan PR sepertimana
terdapat perbezaan fahaman antara komponen-komponen PR yang
sedia ada, namun PSM dapat bekerjasama dalam isu-isu kepentinganbersama.
*PSM juga terlibat dalam kempen bersama PR dan mempunyai jaringan
dengan parti-parti lain dalam pelbagai gabungan seperti dalam isu
Pengswastaan Hospital Awam, Kempen Menentang GST, Gabungan
Hubungan
PSM & PR
22 Manifesto Pilihanraya Umum 13
7/28/2019 2013 PSM BM
23/28
23
Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN
Membantah FTA, Gerakan Mansuhkan ISA, Gabungan Protes Menentang
Kenaikan Harga Minyak dan sebagainya.
*Kerjasama antara PSM dengan parti pembangkang utama seperti DAP,
PAS dan PKR sudah terjalin lebih sepuluh tahun dan hubungan antara
pemimpin dan ahli-ahli parti juga adalah baik.
*PSM membuat pakatan pilihanraya dengan PR bagi memastikan:
1. PSM menyokong semua calon PR
2. PSM sedia menggunakan logo bersama PR jika ada, sempena PRU
13, dan jika tiada, akan menggunakan logo parti PSM, iaitu
gengaman tangan
3. PSM menerima/menyokong Manifesto PR dan buku jingga di
samping mengeluarkan manifesto sendiri
4. Sekiranya gabungan pilihanraya tidak dapat dilaksanakan atas
sebab yang tidak dapat dielakkan, maka PSM akan menyokong
calon-calon PR di semua kawasan kecuali kawasan yang
dipertandingkan oleh PSM.
7/28/2019 2013 PSM BM
24/28
Membuka Pusat Khidmat Rakyat untuk menerima &
bertindak segera dalam membantu pengadu.
Melawat kawasan yang menghadapi kecemasan
secepat mungkin.
Menubuh Jawatankuasa Penduduk di setiap
kawasan yang menghadapi masalah, bekerja dan
bersama penduduk demi mengatasi masalah
mereka.
Memulakan proses mewujudkan Majlis
Perundingan Rakyat (MPR - gabungan semua
Jawatankuasa Penduduk/sektor) di kawasan DUN/
Janji
Calon PSMJika calon PSM menang di kawasan DUN/Parlimen anda,
beliau akan:
24 Manifesto Pilihanraya Umum 13
7/28/2019 2013 PSM BM
25/28
25
Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN
Parlimen. Majlis Perundingan Rakyat akan bersidang
sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
Mengisytiharkan harta wakil rakyat setiap tahun sekali
Menerbitkan buletin setiap 4 bulan untuk
memaklumkan aktiviti dan isu yang diperjuangkanoleh wakil rakyat.
Bertindak sebagai Wakil Rakyat sepenuh masa. Tidak
akan memegang apajua jawatan dalam mana-mana
badan korporat.
Akan sentiasa transparen dan telus menjalankan
tanggungjawab.
Wakil rakyat sentiasa bersama rakyat biasa
memperjuangkan isu rakyat.
Akan hidup secara sederhana dan tidak mengamalkan
hidup mewah.
7/28/2019 2013 PSM BM
26/28
Kami meminta rakyat mendapatkan pengakuan hitam putih segala
janji yang termaktub dalam Manifesto PSM.
Saya, _______________________________, calon PSM bagi
kawasan Parlimen/DUN ____________________________ berikrar
dan membuat pengakuan bahawa saya akan berusaha dan
mengambil segala langkah bagi menunaikan janji-janji seperti
dalam manifesto PRU 13 PSM.
Pengakuan janji-janji dalam
Manifesto PSM PRU 13
Tandatangan Calon
..
Nama:
KP:
Konstituensi:
Tandatangan Wakil
..
Nama:
KP:
Konstituensi:
Tandatangan Saksi
..
Nama:
KP:
26 Manifesto Pilihanraya Umum 13
7/28/2019 2013 PSM BM
27/28
Selangor
Pusat Khidmat PSM Cawangan
Kota Damansara
No. A-12-1, Blok A, Bistari De'Kota,
Jalan Teknologi 3/9, Seksyen 3,
Kota Damansara,
Petaling Jaya, 47810 Selangor
Tel: 012-398 7573
Email: [email protected]
Web: www.kotadamansara.net
Pusat Khidmat PSM Cawangan KajangNo. 8, Tingkat 2, Jalan Balakong,
Batu 11, Jalan Cheras,
Kajang, 43000 Selangor
Tel: 012-3762023, 016-3733692
Email: [email protected]
Pusat Khidmat PSM Cawangan Semenyih
Shop No 12, Bandar Rinching, Jalan 5/12,
43500 Semenyih, SelangorTel: 016-2578330, 012-2822404
Web: psmsemenyih.blogspot.com
CDC
No. 72B, Taman Sri Langat, Jalan Reko,
43000 Kajang, Selangor
Tel/Fax: 03-87377066
Email: [email protected]
Pahang
Pusat Khidmat PSM Cawangan Cameron
Highlands
65B, Persiaran Camellia 3, Juta Villa,
39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang
Tel: 019-5696964, 016-5172760
Email: [email protected]
Web: psmcameron.blogspot.com
Perak
Pusat Khidmat PSM Cawangan Sungai Siput
20, Taman Orkid,
31100 Sungai Siput, Perak
Tel: 05-5972484
Web: parlisosialis.blogspot.com
Pusat Khidmat PSM Cawangan Bercham
26A Tingkat Jaya 1, Taman Tasek Jaya,
31400 Ipoh, Perak
Tel/Fax: 05-5484369
Pusat Khidmat PSM Cawangan Jelapang
29A Jalan Besar,
30020 Jelapang, Ipoh, Perak
Tel: 016-5587144
Web: psmjelapang.blogspot.com
Pusat Khidmat PSM Cawangan Chemor
53B, Jalan Besar,
31200 Chemor, Perak
Pusat Khidmat PSM Cawangan Buntong
871B, Jalan Klian Intan
30100 Buntong, Ipoh, Perak
Negeri Sembilan
Pusat Khidmat PSM Cawangan Seremban1273, Tingkat 2, Jalan Rasah,
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 012-2702624, 016-6606410
JohorCawangan Nusa Jaya
Tel: 012-7540597
PenangCawangan PSM Bayan Baru
Tel: 019-5669518, 016-2290460
Hubungi Kami
mailto:[email protected]:[email protected]://partisosialis.org/node/www.kotadamansara.nethttp://partisosialis.org/node/www.kotadamansara.netmailto:[email protected]:[email protected]://psmsemenyih.blogspot.com/http://psmsemenyih.blogspot.com/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]://psmcameron.blogspot.com/http://psmcameron.blogspot.com/http://parlisosialis.blogspot.com/http://parlisosialis.blogspot.com/http://psmjelapang.blogspot.com/http://psmjelapang.blogspot.com/http://psmjelapang.blogspot.com/http://parlisosialis.blogspot.com/http://psmcameron.blogspot.com/mailto:[email protected]:[email protected]://psmsemenyih.blogspot.com/mailto:[email protected]://partisosialis.org/node/www.kotadamansara.netmailto:[email protected]7/28/2019 2013 PSM BM
28/28