20131106111156IJAZ PENSYARIATAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mukjizat alquran

Citation preview

  • IJAZ AL-QURAN DARI ASPEK PENSYARIATAN SERTA BEBERAPA ASPEK LAIN YANG BERKAITAN

    Oleh:ABD RAHMAN ABD GHANIJAB. PENG. ISLAM, FSK

  • Pendahuluan Tasyri bermaksud perundangan atau hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah dan bersandarkan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan ijtihad ulama yang mesti dipatuhi oleh setiap muslim sama ada yang berhubungan denga Allah atau yang beerhubungan sesama manusia. Contohnya hukum wudhu, shalat, jualbeli, perkahwinan dan sebagainya.

  • Ijaz Tasyri Menurut Perspektif Ulama Menurut al-Khattabi al-Quran itu mukjizat yang datang dengan lafaz-lafaz yang paling fasih dalam susunan yang paling indah dan mengandungi makna-makna yang paling shahih seperti keesaan Allah, penyucian sifat-sifatNya, seruan taat kepada Allah, penjelasan cara ibadah kepada Allah dengan menjelaskan perkara-pekara yang dihalalkan dan diharamkan, dilarang dan dibolehkan serta nasihat dan bimbingan, amar makruf, nahi munkar, bimbingan dan akhlak yang baik dan larangan dari akhlak yang buruk.

  • sambunganSyeikh Muhammad Abu Zuhrah menjelaskan nilai syariat Islam terdapat pada zat hukum-hukumnya dan jika dibandingkan antara undang-undang Rom, undang-undang Yunani dengan kedudukan syariat Islam jelas menunjukkan undang-undang Rom serta Yunani dicipta daripada aqal pemikiran manusia tetapi syariat Islam bukan datang daripada rekaan manusia, bahkan daripada Allah s.w.t sebab al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhamammad yang merupakan seorang ummi dan didatangkan peraturan-peraturan yang mempunyai kaitan dengan masyarakat dan undang-undang manusia kerana ia mengandungi keseimbangan yang adil serta membina kesatuan di dalam hubungan antara masyarakat di dalam suasana kasih sayang, keadilan dan rahmah dan para fuqaha juga boleh menginstinbat hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran.

  • sambunganSayyid Qutub berpendapat kemukjizatan al-Quran berbentuk secara umum tidak secara khusus dari segi satu aspek sahaja bahkan tidak terpisah antara satu sama lain kerana ia ia saling berkait antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, setiap Muslim akan mendapati terdapat hubungan penetapan ayat-ayat hukum dengan kemukjizatan al-Quran yang tidak boleh dipisahkan. Ia akan menjelaskan aspek kemukjizatan tasyri di dalam ayat-ayat hukum sehingga melibatkan aspek kemukjizatan bayani (penjelasan). Ini akan menunjukkan kepada Muslim bahawa al-Quran merupakan sebuah kitab kemanusiaan yang sempurna dalam hukum-hukumnya, sempurna dalam pertunjuk-pertunjukya, hidup dalam metod-metodnya, konsisten dari segi binaan-binaan ayatnya, seimbang dari segi makna-maknanya dan memberi implikasi yang mendalam kepada Muslim untuk hidup di bawah naungan Rabbaniyyah.

  • Aspek-Aspek Pensyariatan Al-QuranHukum ibadat seperti hukum bersuci, shalat, zakat dan haji.Hukum muamalat seperti jual beli dan sewaan yang dikenali sebagai al-Qanun al-Madani.Hukum hal ehwal kekeluargaan seperti perkahwinan dan talaq.Hukum pemerintahan seperti yang berkaitan kewajipan pemerintah seperti menegakkan keadilan, menolak kezaliman dan melaksanakan hukum-hukum dan dikenali sebagai Siyasah Syariyyah. Hukum Uqubat (hukuman) seperti yang berkaitan dengan hukuam yang dijatuhkan ke atas orang yang bersalah seperti hukuman kepada pembunuh yang dikenali sebagai al-Qanun al-Jinai.Hukum al-Siyar seperti peperangan dan damai yang dikenali sebagai al-Qanun al-Ilaqat al-Dawliyyah Hukum akhlak dan adab seperti sifat malu, pekerti yang baik dan buruk.

  • Maksudkan Asas dan Prinsip Syariat IslamSyariat Islam merupakan syariat yang bijaksana. Ianya dilaksanakan mengikut kemampuan masing-masing.Syariat Islam merupakan syariat yang umum dan adil untuk semua manusia tanpa membezakan darjat dan martabat.Syariat Islam mempunyai rukhsah atau memberi keringanan di dalam keadaan dharurat.Contoh ayat puasa atau shalat qasar. Proses pensyariatan hukum-hukum dilakukan secara berperingkat-peringkat seperti proses pengharaman arak Prinsip Muamalah atau usaha iaitu Allah mewajibkan kepada kita berusaha dan bekerja seperti suruhan makan makanan yang halal dan baik tetapi di atas usaha dan inisiatif kita untuk memiliki rezeki yang halal dan baik

  • sambunganPrinsip Kepimpinan. Kepimpinan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk menggerakkan orang lain di dalm mencapai sesuatu tujuan. Kepimpinan di dalam Islam mengandungi tanggungjawab dan risiko dua kali ganda kerana ia bertanggungjawab dengan Allah dan sesama manusia. Prinsip bercakap dengan aqal. Syariat Islam menjadikan akal manusia sebagai ukuran taklif terutama ayat-ayat yang berkaitan dengan kehidupan di dunia dan untuk mengenali Allah .Prinsip bermesyuarat. Syariat islam juga mementingkan prinsip bermesyuarat sesama manusia supaya setiap individu berhak bersama-sama mengeluarkan dan berkongsi pendapat dengan ketuanya.Asas Sosial Masyarakat. Allah s.w.t mensyariatkan hukum-hukum di dalam Islam bertujuan untuk kebaikan semua manusia contoh pensyariatan zakat ialah sebagai hak orang-orang fakir miskin atas harta orang-orang kaya yang merupakan satu kewajipan

  • Dalil Kemukjizatan Al-Quran Dari Aspek Hukum Setiap ibadat yang difardhukan mengandungi kemaslahatan untuk ummat Islam. Ia bukan sekadar ibadat untuk diri sendiri sahaja bahkan merupakan salah satu cara penambahbaikan yang mampu memuliakan jiwa, memperbaiki diri, menajamkan pemikiran dan memotivasi manusia. Secara tidak langsung memberi kesan kepada pembentukan jiwa dan peribadi individu sehingga ke dalam masyarakat. Setiap ibadat-ibadat dalam Islam tidak tertumpu kepada satu aspek sahaja tetapi merangkimi aspek ruhani, fizikal, individu, masyarakat dan akhlak.

  • sambungan Ibadat shalat yang difardhukan dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar kerana dengan ibadat shalat yang ditunaikan dapat melahirkan hubungan ukhwah yang rapat dengan orang lain jika ditunaikan secara berjemaah, bahkan dengan cara mengadap satu arah kiblat yang sama, menunaikan kewajipan shalat dan berdoa, berdiri mengadap Allah sebanyak lima kali sehari semalam juga mencetuskan nilai kehambaan kepada Allah

  • sambungan Solat juga berperanan sebagai penawar untuk untuk menyembuhkan penyakit jiwa dan raga. Ia boleh melegakan hati, melapangkan dada, memberi ketabahan dan menyejukkan jiwa manusia

  • sambungan Ibadat Zakat merupakan subur, menyucikan dan keberkatan. Walaupun zakat bermaksud memberikan harta tertentu dengan syarat-syarat tertentu kepada golongan manusia yang khusus tetapi ia menunjukkan keseimbangan sehingga akan menghapuskan sifat-sifat bakhil dalam jiwa manusia dan menghilangkan tabiat mencintai dunia dan mementingkan diri sendiri. Ia merupakan jaminan kemaslahatan sosial kerana dapat menumbuhkan hubungan positif antara orang-orang kaya dan orang-orang miskin, menghilangkan penyakit hasad dengki antara mereka secara tidak langsung akan mengukuhkan ekonomi umat Islam.

  • sambungan Ibadat haji merupakan satu ibadat yang dapat menenangkan jiwa dan menyingkapkan rahsia-rahsia Allah dalam makhluknya. Haji ialah satu perhimpunan yanag besar atau pertemuan umat Islam seluruh dunia dalam menghidupkan suasana persaudaraan Islam yang sejati sehingga mereka saling berkenalan dan merapatkan silahturrahim dengan tekad dan keimanan yang teguh kepada Allah.Melakukan ibadah haji adalah menambahkan taqarrub kepada Allah.

  • sambunganPelaksanaan ibadat-ibadat fardhu ini akan mendidik umat Islam tentang tanggungjawab individu sebagai seorang muslim. Secara tidak langsung mentarbiyah jiwa umat Islam untuk melakukan perintah perkara-perkara kebaikan dan tegahan membuat perkara-perkara mungkar.

  • Keraguan Berkaitan Al-Ijaz Al-TasyriGoston Luborn seorang orientalis mendakwa hukum-hukum perundangan yang terdapat di dalam al-Quran adalah tidak benar kerana telah melahirkan pertelingkahan di kalangan umat Islam dengan pelbagai golongan dan mazhab yang menurut hawa nafsu dan kepentingan peribadi masing-masing.Goldziher mendakwa bahawa fuqaha Islam menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan mencipta pelbagai kaedah fiqh untuk membantu mazhab mereka dan bukannya atas dasar keilmuan dan perbahasan fiqh.Para orientalis juga mempertikaikan sumber-sumber hukum yang terdapat dalam al-Quran.Hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran diambil daripada dua sumber iaitu:1) Kitab Taurat2) Perundangan Empayar Rom Timur

  • Hujah Penolakan Hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran berdasarkan perbezaan mazhab yang lahir di kalangan mereka adalah berdasarkan hujah dan sebab cara pengambilan hukum, walaupun berbeza tetapi mempunyai sandaran yang kuat terhadap al-Quran dan Sunnah Nabi yang merupakan sumber perundangan Islam.Perbezaan pendapat yang timbul antara para imam mazhab hanyalah kepada masalah-masalah furu atau perkara cabang kepada permasalahan hukum. Dan perbezaan yang berlaku yang berlaku ini bukanlah perbezaan pada sumber rujukan kerana kesemua mazhab sepakat terhadap keshahihan al-Quran dan al-Sunnah, bahkan ia merupakan suatu kemudahan yang meraikan kemaslahatan hidup manusia di bawah keredhaan Allah.

  • sambunganHukum al-Quran bukan bersumberkan kitab Taurat, walaupun terdapat beberapa persamaan hukum dengan nabi-nabi terdahulu kerana persamaan dari aspek aqidah yang satu dari Allah, ini tidak bermakna al-Quran disalin dan dipindakan ke dalam syariat nabi-nabi terdahulu. Walau bagaimanapun mereka yangdianggap berpegang dengan ajaran kitab Taurat dan Injil adalah pendusta-pendusta yang menyelewengkan ajaran tersebut. Bukti penyelewengan itu lahirnya pelbagai Injil (Bible) dalam pelbagai versi terjemahan yang telah dicampur aduk dan ditokok tambah dengan pelbagai rekaan palsu.

  • sambunganPrinsip-prinsip serta perundangan syariat yang dikemukan oleh Islam itu sendiri jauh lebih baik dan jelas berbanding dengan yang dikemukan oleh Tamadun Rom. Ini adalah kerana dasar kepercayaan dan pemerintahan Rom yang zalim, sistem kekeluargaan yang pincang, penindasan ekonomi dan amalan perbezaan kasta masyarakat adalah sesuatu yang jelas bertentangan dengan Islam. Adapun terdapat beberapa peraturan yang yang hampir sama dengan syariat Islam dengan syariat Islam, itu hanya saki baki ajaran Nabi-nabi terdahulu yang diambil oleh mereka.

  • KESIMPULANWalaupun ibadah puasa di bulan ramadhan ini diangap susah oleh sesetengah orang, namun sebagai umat Islam mereka terpaksa melaksanakan amalan tersebut. Dari sudut kemujizatannya, umat Islam tidak mempunyai pilihan lain melainkan terpaksa akur dengan perintah tersebut.Puasa dapat menjadikan seseorang itu sentiasa bersikaf sabar. Seseorang ini kebiasaannya begitu sukar untuk mengatasi nafsu ammarahnya terutamanya ketika berhadapan dengan perkara-perkara yang mencabar kewibawaannya. Tetapi ketika berpuasa, mereka begitu mudah untuk bersikaf sabar. Semua ini menunjukkan bahawa ibadah puasa itu mempunyai suatu keistimewaan (mukjizat) yang tiada dimiliki oleh bulan-bulan yang lain.

  • Sambungan ...Puasa dapat menjadikan seseorang itu terhindar dari maksiat. Berbagai-bagai maksiat yang sering dilakukan oleh seseorang pada setiap waktu dan ketika, sama ada maksiat mata, telinga, mulut dan sebagainya. Tetapi apabila berpuasa di bulan ramadhan, secara tiba-tiba maksiat-maksiat tersebut akan berkurangan dengan sendirinya ( ) . Semua ini berlaku di sebabkan kehebatan (mukjizat) yang terdapat dalam bulan ramadhan, yang pastinya tiada pada bulan-bulan yang lain.

  • Sambungan ...Puasa dapat menjadikan seseorang kuat beribadah. Pada bulan-bulan yang lain, ibadah solat yang dilakukan hanyalah merangkumi yang wajib sahaja dan sesekali diikuti oleh yang sunat. Begutu juga dengan amalan membaca al-Quran yang mungkin hanya dilakukan sekali dua sahaja dalam seminggu. Namun apabila menjelang sahaja bulan ramadhan, entah bagaimana dan kenapa ibadah-ibadah tersebut akan menjadi bertambah-tambah sedangkan tenaga semakin berkurangan. Itulah kelebihan (mukjizat) yang terdapat dalam bulan ramadhan yang pastinya tidak akan terjadi pada bulan-bulan yang lain.

  • Sambungan ...Dengan mukjizat-mukjizat yang dinyatakan, maka jelaslah menunjukkan bahawa manusia sememangnya tiada mempunyai alasan untuk menolak syariat tersebut, lebih-lebih lagi telah terbukti berbagai-bagai kelebihan sememangnya terdapat dalam ibadah tersebut. Hakikatnya segala yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. itu semata-mata ingin memberikan / menambahkan kebaikan kebaikan kepada hambanya, khususnya yang beriman

  • TAMAT

    *********************