15
Topik 7 Kemahiran Berfikir HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti konsep dan definisi kemahiran berfikir; 2. Membezakan ciri-ciri kemahiran berfikir, iaitu menciri, mengelas, mengumpul, meramal, menganalisis, mensintesis dan mentafsir; 3. Mengenal pasti jenis-jenis kemahiran berfikir berdasarkan contoh- contoh yang tepat; 4. Menyatakan hubungkait pelbagai kaedah penyerapan kemahiran berfikir dengan alat berfikir yang sesuai; dan 5. Menghuraikan konsep Kemahiran Bernilai Tambah dengan tepat. PENGENALAN

20140906065511_Topik 7 Kemahiran Berfikir.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 20140906065511_Topik 7 Kemahiran Berfikir.pdf

Topik

7 Kemahiran

Berfikir�

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti konsep dan definisi kemahiran berfikir;

2. Membezakan ciri-ciri kemahiran berfikir, iaitu menciri, mengelas, mengumpul, meramal, menganalisis, mensintesis dan mentafsir;

3. Mengenal pasti jenis-jenis kemahiran berfikir berdasarkan contoh-contoh yang tepat;

4. Menyatakan hubungkait pelbagai kaedah penyerapan kemahiran berfikir dengan alat berfikir yang sesuai; dan

5. Menghuraikan konsep Kemahiran Bernilai Tambah dengan tepat.

PENGENALAN �

Page 2: 20140906065511_Topik 7 Kemahiran Berfikir.pdf

TOPIK 7 KEMAHIRAN BERFIKIR � 141

Untuk mewujudkan masyarakat bersistem sosial teguh, saintifik, progresif, futuristik dan ekonomi yang berdaya saing, dinamik, giat dan kental, salah satu elemen yang perlu diterapkan ke dalam minda rakyat ialah kemahiran berfikir. Sehubungan itu, kemahiran berfikir diajar secara eksplisit, jelas, tersurat dan nyata dalam semua mata pelajaran supaya murid-murid sedar tentang proses berfikir yang dialami dan boleh membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran berfikir? Istilah berfikir boleh didefinisikan secara umum sebagai apa-apa sahaja yang terdapat dalam keadaan bawah sedar seseorang individu (Ee Ah Meng, 1987,11) “Berfikir dalam istilah yang luas bermaksud kegiatan akal yang dapat menguasai tindakan manusia terhadap sesuatu situasi yang dihadapinya”. Contoh yang mudah ialah kita melompat apabila berhadapan dengan sebatang parit yang merintangi jalan kita. Perbuatan melompat tersebut ialah kesan daripada pemikiran yang telah sedia ada atau bawah sedar, iaitu dengan melompat kita dapat melintasi parit. Jika tidak melompat, kita akan menghadapi bahaya – terjatuh ke dalam parit.

Manakala contoh lain kemahiran berfikir pula ialah, seorang kanak-kanak mungkin berfikir bahawa dengan menangis dan meronta-ronta, menyebabkan si ibu atau si bapa membelikan permainan yang diidamkannya. Perbuatan menangis ialah hasil daripada proses pemikiran minimum yang secara semula jadinya telah ada dalam diri kanak-kanak sejak dilahirkan (Ee Ah Meng, 1995:33). Walau bagaimanapun, konsep berfikir dalam skop yang luas tidak akan dibincangkan dalam modul ini.

AKTIVITI 7.1

Mengapakah kemahiran berfikir penting untuk murid-murid di sekolah? Bincangkan.

7.1 KEMAHIRAN BERFIKIRKemahiran berfikir amat bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman seseorang. Lebih banyak pengetahuan dan pengalaman yang ada pada diri, lebih besar kemungkinan seseorang dapat berfikir dan memberi cadangan penyelesaian yang membina. Oleh itu, marilah kita meneliti konsep dan definisi serta jenis-jenis kemahiran berfikir secara lebih terperinci.

Page 3: 20140906065511_Topik 7 Kemahiran Berfikir.pdf

142 � TOPIK 7 KEMAHIRAN BERFIKIR

7.1.1 Konsep dan Definisi Kemahiran Berfikir

Untuk pengetahuan anda, definisi berfikir dibataskan kepada kemampuan akal untuk bertindak, menguasai sesuatu kemahiran atau mendalami maklumat yang dikemukakan. Dengan perkataan lain, konsep kemahiran berfikir yang akan dibincangkan hanya terbatas kepada kemampuan akal untuk membantu seseorang individu mencari punca bagi memperoleh jawapan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan membuat keputusan (Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dan Arb’ie b Sujud, 1997:33). Secara khususnya, untuk mata pelajaran bahasa Malaysia, definisi kemahiran berfikir terbatas kepada kemahiran akal seseorang murid mengawal kemampuannya untuk bertindak balas terhadap simulasi yang berkait dengan aktiviti empat kemahiran asas berbahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Konsep kemahiran berfikir boleh dihuraikan berdasarkan dua cara, iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif pula ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau idea (Mok Soon Sang, 2006:229-230).

SEMAK KENDIRI 7.1

Nyatakan medium yang membantu seseorang ketika berfikir

AKTIVITI 7.2

Secara grafik, huraikan perbezaan antara kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.

Page 4: 20140906065511_Topik 7 Kemahiran Berfikir.pdf

TOPIK 7 KEMAHIRAN BERFIKIR � 143

7.1.2 Ciri-ciri Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif masing-masing mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Pemikiran kreatif ialah penggunaan cara berfikir untuk mengembangkan, memodifikasikan atau mereka cipta sesuatu yang baru. Manakala pemikiran secara kreatif membolehkan murid-murid mengembang, memodifikasi, mengubah suai atau mencipta sesuatu yang baru. Ciri-ciri pemikiran kritis terdiri daripada menciri, mengelas, mengumpul dan menganalisis. Manakala ciri-ciri pemikiran kreatif pula ialah meramal, mensintesis dan mentafsir. Kesemua ciri ini serta ciri-ciri lain untuk kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (Mok Soon Sang, 2006:230). Kesemuanya dapat digambarkan berdasarkan Rajah 1.1 yang berikut:

Rajah 7.1: Ciri-ciri kemahiran berfikir

AKTIVITI 7.3

Bincang dengan rakan anda tentang ciri-ciri kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Page 5: 20140906065511_Topik 7 Kemahiran Berfikir.pdf

144 � TOPIK 7 KEMAHIRAN BERFIKIR

7.2 PENYERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR Untuk pengetahuan anda, kemahiran berfikir amat penting untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Malaysia. Kemahiran berfikir membolehkan murid-murid memahami konsep-konsep yang disampaikan oleh guru. Murid-murid juga boleh bercerita tentang laporan sesuatu perkara dan memberi jawapan yang benar kepada sesuatu soalan. Kemahiran berfikir juga membolehkan murid-murid menilai sesuatu, peristiwa atau berita di samping menggalakkan mereka menghasilkan sesuatu karya yang bermutu (Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan Lima Bahasa Melayu, 2003:9). Oleh sebab kemahiran berfikir amat bermanfaat kepada murid-murid, maka ciri-ciri kemahiran berfikir itu sangat penting diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia.

Shahabuddin Hashim, et al. (2003:14) menegaskan bahawa penyerapan ciri-ciri kemahiran berfikir dilakukan dengan alat-alat berfikir tertentu, iaitu teknik penyoalan, sama ada bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan; pengurusan grafik, iaitu peta minda, peta konsep dan peta semantik/makna; serta teknik CoRT 1 (Cognitive Reseach Trust) yang terbahagi kepada tujuh cabang, iaitu, PMI atau Plus, Minus, Interesting (Baik, Tidak Baik, Menarik), CAF atau Consider All Factors (Mengambil Kira Semua Faktor), C&S atau Consequences and Sequel (Meramalkan Sebab dan Akibat), AGO atau Aims, Goals and Objectives (Tujuan, Matlamat dan Objektif), FIP atau First Important Priorities (Memberi Keutamaan kepada yang Terpenting), APC atau Alternatives, Possiblities and Choices (Pelbagai Pilihan, Kemungkinan) dan OPV atau Other Peoples View (Pandangan Orang Lain). Oleh yang demikian, marilah kita teliti penyerapan ciri-ciri kemahiran berfikir yang berikut:

(i) Mengkategori, menilai, menyusun atur, menjana idea, merumus dan meringkas.

Ciri-ciri mengkategori, menilai, menyusun atur, menjana idea, merumus dan meringkas boleh diserapkan melalui alat berfikir, iaitu pengurusan grafik melalui peta minda, peta konsep, peta nukleus, gambar rajah Venn, carta aliran, carta klasifikasi, carta jaringan, carta tulang ikan, peta rentetan, tangga hierarki dan pohon fikiran (Shahabuddin Hashim, et al. 2003:15).

AKTIVITI 7.4

Huraikan semua ciri kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif berdasarkan Rajah 7.1 dalam kumpulan seramai tiga hingga empat orang. Lantik seorang ketua untuk membentangkan semua ciri tersebut dalam kelas.

Page 6: 20140906065511_Topik 7 Kemahiran Berfikir.pdf

TOPIK 7 KEMAHIRAN BERFIKIR � 145

Contoh penggunaan peta konsep dan peta minda adalah seperti Rajah 7.2 yang berikut:

Rajah 7.2: Ciri-ciri kemahiran berfikir berdasarkan peta konsep dan peta minda

AKTIVITI 7.5

Dengan merujuk kamus, cari makna perkataan mengkategori, menilai, menyusun atur, menjana idea, merumus dan meringkas.

(ii) Mengitlak, membanding dan membeza, mengenal pasti benar salah, sebab akibat, idea utama dan sokongan, membezakan fakta dengan pendapat serta menyelesai masalah.Terdapat beberapa alat berfikir yang boleh digunakan untuk ciri-ciri kemahiran berfikir, iaitu mengitlak, membanding dan membeza, mengenal pasti benar salah, sebab akibat, idea utama dan sokongan, membezakan fakta dengan pendapat serta menyelesai masalah. Alat berfikir yang pertama ialah PMI (Plus, Minus, Interesting), iaitu plus ialah perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea, minus ialah perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea dan interesting ialah perkara yang tidak termasuk dalam plus atau minus tetapi difikirkan menarik bagi sesuatu idea. PMI dijalankan sewaktu mengadakan sesi perbincangan yang memerlukan murid-murid membanding dan membeza, mengenal pasti benar salah, sebab akibat, idea utama dan sokongan, membezakan fakta dengan pendapat dan menyelesaikan masalah. Contoh tajuk yang dibincangkan ialah pihak kerajaan mengarahkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains

Page 7: 20140906065511_Topik 7 Kemahiran Berfikir.pdf

146 � TOPIK 7 KEMAHIRAN BERFIKIR

dan Matematik dijalankan dalam bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), 1992:23). Sila lihat Rajah 7.3 yang berikut:

Rajah 7.3: Kemahiran berfikir berdasarkan PMI

Alat berfikir lain yang boleh digunakan untuk menyerapkan ciri-ciri kemahiran berfikir mengitlak, membanding dan membeza, mengenal pasti benar salah, sebab akibat, idea utama dan sokongan, membezakan fakta dengan pendapat dan menyelesai masalah ialah C&S (Consequences and Sequel) atau Meramalkan Sebab dan Akibat. Alat berfikir C&S bersesuaian dengan keperluan membuat inovasi dalam kehidupan murid-murid. Murid-murid perlu mengambil kira kesan segera, jangka pendek (1-5 tahun), jangka sederhana (6-25 tahun) dan kesan jangka panjang (lebih daripada 25

ACTIVITY 7.6

Secara berpasangan, tentukan aktiviti untuk ciri-ciri kemahiran berfikir mengitlak, membandingkan dan membeza, mengenal pasti benar salah, sebab akibat, idea utama dan sokongan, membezakan fakta dengan pendapat dan menyelesaikan masalah.

Page 8: 20140906065511_Topik 7 Kemahiran Berfikir.pdf

TOPIK 7 KEMAHIRAN BERFIKIR � 147

tahun). Contohnya, kerajaan melancarkan Wawasan 2020 yang merupakan matlamat untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, iaitu dalam jangka masa 30 tahun selepas dilancarkan pada tahun 1990. Dalam usaha merealisasikan matlamat tersebut, pelbagai program perlu dirancang bagi mencapai keempat-empat kategori jangka masa supaya hasrat dan aspirasi Wawasan 2020 dapat dicapai dan menepati serta sesuai dengan masa dan zamannya nanti. Contoh pelaksanaan C&S ialah murid-murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Bilangan kumpulan bergantung kepada bilangan murid-murid. Kumpulan-kumpulan itu perlu memikirkan kesan yang berbeza-beza atas sesuatu tindakan atau perbuatan (Shahabuddin Hashim, et al. 2003:16). Lihat paparan dalam Rajah 7.4 yang berikut:

Rajah 7.4: Kemahiran berfikir berdasarkan C&S

(iii) Membuat perkaitan dan hubungan, analogi, inferens, kesimpulan dan menginterpretasi.

Terdapat dua alat berfikir yang sesuai untuk menyerapkan ciri-ciri kemahiran berfikir, iaitu membuat perkaitan dan hubungan, analogi, inferens, kesimpulan dan menginterpretasi. Alat berfikir itu ialah CAF (Consider All Factors) dan FIP (First Important Priorities). CAF melibatkan kemahiran bagi melatih seseorang meneroka setiap aspek sebelum membuat sebarang keputusan. Dengan perkataan lain, seseorang perlu membuat

AKTIVITI 7.7

Lakarkan dalam bentuk peta minda, jenis-jenis alat berfikir dan fungsi setiap alat tersebut.

Page 9: 20140906065511_Topik 7 Kemahiran Berfikir.pdf

148 � TOPIK 7 KEMAHIRAN BERFIKIR

perkaitan dan hubungan, analogi, inferens, kesimpulan dan menginterpretasi sebelum membuat keputusan. Contohnya, apabila seseorang murid diandaikan mempunyai modal dan bercadang hendak membuka sebuah restoran: Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan semasa mencari lokasi yang sesuai? (Shahabuddin Hashim, et al. 2003:17). Perkara-perkara yang dinyatakan dalam Rajah 7.5 mungkin boleh membantu murid tersebut.

Rajah 7.5: Kemahiran berfikir berdasarkan CAF

Manakala alat berfikir FIP (First Important Priorities), juga membantu murid-murid membuat keputusan melalui ciri-ciri membuat perkaitan dan hubungan, analogi, inferens, kesimpulan dan menginterpretasi. FIP boleh digunakan jika murid-murid berhadapan dengan faktor, objektif dan kesan yang banyak (Shahabuddin Hashim, et al. 2003:17). Pelaksanaan FIP digambarkan dalam Rajah 7.6 yang berikut:

Rajah 7.6: Kemahiran berfikir berdasarkan FIP

Page 10: 20140906065511_Topik 7 Kemahiran Berfikir.pdf

TOPIK 7 KEMAHIRAN BERFIKIR � 149

7.3 KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)Tahukah anda, bahawa kurikulum bahasa Malaysia menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran? Kemahiran lain yang disepadukan ialah kemahiran bernilai tambah (KBT).

7.4 KONSEP KBTKemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual (Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan Lima Bahasa Melayu, 2003:19-20). Penjelasannya adalah seperti yang berikut:

(a) Kemahiran berfikir Kemahiran berfikir diajar kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang

mememerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan sangat penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

(b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajar kepada murid

supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan memperoleh maklumat yang terdapat dalam internet.

(c) Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar ialah penguasaan teknik belajar cara belajar.

Kemahiran ini dapat menanam sikap dan mengamalkan pembelajaran

SEMAK KENDIRI 7.2

Fikirkan definisi ciri-ciri kemahiran berfikir membuat perkaitan dan hubungan, analogi, inferens, kesimpulan dan menginterpretasi.

Page 11: 20140906065511_Topik 7 Kemahiran Berfikir.pdf

150 � TOPIK 7 KEMAHIRAN BERFIKIR

seumur hidup. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid dapat mengemaskinikan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah.

(d) Kajian Masa Depan Kajian masa depan adalah satu pendekatan pembelajaran bagi membolehkan

murid menyedari sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid dapat manfaat yang maksimum.

(e) Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik,

muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

(f) Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid

yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk belajar sepanjang hayat.

(g) Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi

pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Rujuk laman web di Internet dan kenal pasti definisi serta huraikan satu contoh aktiviti untuk keenam-enam jenis kemahiran bernilai tambah.

AKTIVITI 7.7

Page 12: 20140906065511_Topik 7 Kemahiran Berfikir.pdf

TOPIK 7 KEMAHIRAN BERFIKIR � 151

RUMUSAN

sosial teguh, saintifik, progresif, futuristik dan ekonomi yang bersaing, dinamik, giat dan kental.

terdapat dalam keadaan bawah sedar seseorang individu manakala dalam istilah yang luas, berfikir bermaksud kegiatan akal yang dapat menguasai tindakan manusia terhadap sesuatu situasi yang dihadapinya.

seseorang, jika lebih banyak pengetahuan dan pengalaman yang ada pada diri, lebih besar kemungkinan seseorang dapat berfikir dan memberi cadangan penyelesaian yang membina.

seseorang individu mencari punca bagi memperoleh jawapan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan membuat keputusan.

kepada kemahiran akal seseorang murid mengawal kemampuannya untuk bertindak balas terhadap simulasi yang berkait dengan aktiviti empat kemahiran asas berbahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.

minda untuk menilai kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan,menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak dan idea.

memodifikasikan atau mereka cipta sesuatu yang baru.

memodifikasi, mengubahsuai atau mencipta sesuatu yang baru.

dan menganalisis.

Page 13: 20140906065511_Topik 7 Kemahiran Berfikir.pdf

152 � TOPIK 7 KEMAHIRAN BERFIKIR

pelajaran bahasa Malaysia bagi membolehkan murid-murid memahami konsep-konsep yang disampaikan oleh guru, membolehkan murid-murid bercerita tentang laporan sesuatu perkara dan memberi jawapan yang benar kepada sesuatu soalan dan menilai sesuatu, peristiwa atau berita di samping menggalakkan mereka menghasilkan sesebuah karya yang bermutu.

tertentu seperti teknik penyoalan sama ada bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan; pengurusan grafik sama ada peta minda, peta konsep dan peta semantik/makna serta CoRT 1 yang terdiri daripada tujuh cabang iaitu PMI, CAF, C&S, AGO, FIP, APC dan OPV.

menjana idea, merumus dan meringkas boleh diserapkan melalui alat berfikir, iaitu pengurusan grafik melalui peta minda, peta konsep, peta nukleus, gambar rajah Venn, carta aliran, carta klasifikasi, carta jaringan, carta tulang ikan, peta rentetan, tangga hierarki dan pohon fikiran.

mengenal pasti benar salah, sebab akibat, idea utama dan sokongan, membezakan fakta dengan pendapat dan menyelesai masalah boleh diserapkan melalui alat berfikir, iaitu PMI dan C&S.

kemahiran berfikir, iaitu membuat perkaitan dan hubungan, analogi, inferens, kesimpulan dan menginterpretasi, iaitu alat berfikir CAF dan FIP.

sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global.

teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual.

Page 14: 20140906065511_Topik 7 Kemahiran Berfikir.pdf

TOPIK 7 KEMAHIRAN BERFIKIR � 153

RUJUKAN

Ee Ah Meng. (1987). Pedagogi untuk bakal guru. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (1995). Pendidikan sebagai suatu proses: Asas pendidikan 1. Shah Alam :

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Hj.Abdul Aziz & Arb’ie b Sujud. (1997). Pengajian Melayu 1: Ilmu bahasa dan kecekapan berbahasa. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). (1992). Teknik pengajaran Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang. (2006). Kursus penilaian tahap kecekapan (PTK): Pengajaran & pembelajaran (P&P) untuk pegawai perkhidmatan pelajaran gred DGA34, DG44 & DG48 (KUP). Selangor : Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd.

Alat-alat berfikir Analogi Idea utama dan sokongan Inferens Kajian masa depan Kecerdasan pelbagai Kemahiran belajar cara belajar Kemahiran berfikir Kemahiran berfikir secara kreatif Kemahiran berfikir secara kritis Kemahiran bernilai tambah Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi Kesimpulan Membanding dan membeza Membezakan fakta dengan pendapat Membuat perkaitan dan hubungan Menciri Menilai

Menganalisis MengelasMengenal pasti benar salahMenginterpretasiMengitlakMengkatogeriMengumpulMenjana idea Mensintesis Mentafsir Menyelesai masalah Menyusun aturMeramalMeringkasMerumusSebab akibat Pembelajaran konstruktivisme Pembelajaran kontekst

Page 15: 20140906065511_Topik 7 Kemahiran Berfikir.pdf

154 � TOPIK 7 KEMAHIRAN BERFIKIR

Shahabuddin Hashim, et.al. (2003). Pedagogi : Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah tingkatan lima Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.