20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    1/26

     

     

    PENGENALAN

    Topik ini membincangkan penulisan laporan kajian. Kita membuat kajian,mengutip data, menganalisis data dan menyediakan kertas laporan untukmenerangkan dapatan kajian tersebut. Biasanya, format/gaya yang digunakanuntuk menulis laporan kajian dibuat mengikut sistem “American Psychological

    “Anda perlu berhati-hati sekiranya anda tidak tahu ke mana hendak andatuju kerana jika tersilap anda tidak mungkin sampai ke tempat yang dituju.” 

    Yogi Berra

    Fikir Sejenak

    “Sekiranya seseorang itu ingin menulis dengan gaya yang jelas, lebih baik iamempunyai pemikiran yang jelas juga; dan sekiranya seseorang itu ingin

    menulis dengan gaya yang terpuji, biarlah dirinya sendiri mempunyaipemikiran yang terpuji.” 

    Johann Wolfgang von Goethe

    TTooppii

    99 

    PenulisanLaporan Kajian

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1.  Menyatakan pelbagai langkah dalam penulisan laporan kajian;

    2.  Menulis satu laporan kajian; dan

    3.  Menggunakan sistem APA dalam penulisan laporan kajian.

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    2/26

      TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN   179

    Association   (APA)”  atau anda boleh menggunakan sistem “Modern LanguageAssociation  (MLA)”. Anda boleh mendapat kedua-dua sistem ini di mana-manaperpustakaan atau kedai buku. Panduan gaya ini mengandungi ratusan rumus

    tentang nahu, sintaksis dan pelan lakarnya. Topik modul ini akan menyentuhkebanyakan subjek yang dinyatakan dalam kedua-dua buku panduan tersebut.

    GAYA PENULISAN LAPORAN KAJIAN

    Bagi menjadi seorang penulis terulung bukanlah mudah tetapi bagi seseorangyang mahu menjadi masyhur mungkin boleh dicapai. Ada beberapa cadanganyang boleh diikuti, sekiranya anda mahu menulis kertas yang mempunyai nilaikesusasteraan atau intelek yang tinggi mutunya. Rajah 9.1 menunjukkan lapan

    gaya penulisan laporan.

    (a)  Ambil Berat tentang Struktur Ayat AndaMenjadi suatu kebiasaan bagi kita mengandaikan bahawa sesuatu ayatyang kompleks atau yang panjang itu merupakan sesuatu yang simbolikatau tinggi mutunya. Sebenarnya, pendapat itu salah. Ia adalah kompleksdan sukar difahami. Yang terbaik adalah sesuatu yang mudah dan yangmempunyai subjek-verba-objek. Ayat jenis ini adalah yang paling mudahdan baik. Namun, kita perlu mengubah cara penulisan kerana terlalupendek pun tidak sedap bunyinya. Oleh itu, kita perlu selang-seli ayat

    pendek dan mudah dengan yang panjang dan kompleks, supaya bunyinyasedap dan lunak. Namun perlu diingat, janganlah pula terlalu banyak jenisayat begini.

    (b)  Tumpukan kepada Kata Kerja Aktif dan Hidup Jauhi penggunaan ayat pasif. Contohnya, “Kucing tidak disukai oleh banyak orang”  (cats are disliked by many people ) ditukar kepada “Ramaiorang tidak suka kucing”  (many people dislike cats ). Dalam konteks yangsama, kata kerja (made, jumped, went ) adalah lebih baik daripada katakerja “be ”  (is, are, were ). Secara amnya, kata kerja aktif/hidup dapat

    membangkitkan keinginan pelajar untuk belajar.

    (c)  Gunakan Bahasa Inggeris PiawaiPenggunaan Bahasa Inggeris Pasar lazimnya tidak memberi gambaranyang baik terhadap penulis, kecuali seseorang itu menulis cerita fiksyen.Bahasa lucah dan bahasa yang kurang manis tidak boleh diterima dalampenulisan kertas laporan.

    9.1

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    3/26

        TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 180

    (d)  Kurangkan Ayat Berklausa Adjektif, Adverba atau Frasa Jauhkan daripada menggunakan terlalu banyak ayat yang mengandungiklausa adjektif, adverba atau frasa. Ayat pendek seperti dalam frasa „Pada

    waktu pagi, kami pergi‰ (in the morning, we went  ) , diikuti oleh koma, boleh diterima. Jauhkan juga daripada penggunaan ayat yang diakhiridengan „walau bagaimanapun‰ (however ).

    (e)  Ambil Perhatian Panjang-pendek PerengganPerenggan yang melebihi satu muka surat dianggap terlalu panjang. Iamungkin mengandungi pernyataan taksa atau mengandungi lebihdaripada satu idea utama. Mengubah suai perenggan demikian, gugurkanteks yang tidak diperlukan untuk dimasukkan idea itu ke dalam perengganyang baru. Perenggan yang mempunyai satu ayat juga tidak digalakkan.

    Anda perlu ingat bahawa setiap perenggan mesti mengandungi satu ayattopik dan ayat lain yang menerangkan atau membangunkan topik tersebut.Sebagai panduan, sekurang-kurangnya terdapat satu perenggan dalam satumuka surat, dan sebaiknya mempunyai tiga perenggan dalam satu mukasurat.

    (f)  Gunakan Transisi antara PerengganKonvensyen seperti „Sebaliknya‰ (On the other hand ) „Namun‰ (still ),„Juga‰ (also) , „Meskipun begitu‰ (nevertheless ), „Oleh itu‰ (thus ), „Walau

     bagaimanapun‰ atau „Hasilnya‰ (as a result)   boleh membantu pembaca bergerak dari satu tahap pemikiran kepada tahap pemikiran yang lain. Caraini boleh melicinkan proses pembacaan.

    Rajah 9.1: Gaya penulisan laporan

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    4/26

      TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN   181

    (g)  Jauhkan “Klise” (  li hé Jauhkan daripada menggunakan perkataan atau perkataan tertentu beberapa kali. Terlalu banyak penggunaannya boleh membosankan

    pembaca.

    (h)  Terus kepada Isi yang Hendak Disampaikan Jangan sekali-kali menulis berbelit-belit. Tulis dengan ringkas, tepat dan jelas.

    9.1.1 Bahasa Komunikasi Kajian

    Walaupun kertas anda berhubung dengan subjek akademik, ini tidak bermaknakertas tersebut perlu menggunakan bahasa jargon dan tidak boleh langsungmengandungi bahasa halus. Bagaimanapun, kurangkan penggunaan jargonprofesional atau “perkataan susah”  untuk mengambil hati pembaca. Penulisananda perlu jelas dan natural. Jauhkan penggunaan frasa seperti „kekalahan yangteruk‰ (crushing defeat ) dan sebagainya serta adjektif yang tidak mengandungimakna seperti  great , beautiful  dan lain-lain lagi. Menggunakan bahasa Inggerisyang jelas, baik dan jangan menggunakan loghat. Gunakan kamus bagimenolong anda dalam ejaan, tanda baca dan nahu. Di samping itu, gunakan juga

     buku panduan pelajar dalam penulisan kertas tugasan dan buku lain. Gunakansemua ini!

    Susunkan perkataan atau struktur ayat berfungsi sebagai „isyarat‰ (signal )tersembunyi untuk membantu memahami topik tertentu. Sekiranya andamenggunakan ayat yang berbelit-belit, ini menunjukkan anda sendiri tidakmemahami apa yang anda tulis. Fikir dengan mendalam apa yang hendak

    disampaikan dan terangkan dengan tepat apa maksud sesuatu ayat. Kertas kajianperlu memperjelaskan maksud penulis dengan tepat dan sepatutnya tidakmenyusahkan pembaca. Sebaik mungkin, gunakan bahasa Inggeris tahapuniversiti. Sekiranya anda memetik penulisan secara langsung dan iamenggunakan slanga, anda dibenarkan menggunakan slanga, pijin ( pidgin ) atau

     bahasa basahan, contohnya, don't   bagi do not   atau isn't   bagi is not   dansebagainya. Kurangkan penggunaan singkatan bagi perkataan biasa.

     Jelaskan maksud “klise” (cliché ) dan berikan satu contoh.

    LATIHAN 9.1

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    5/26

        TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 182

    9.1.2 Terminologi dan Nahu yang Sesuai

    Guna bahasa Inggeris yang baik! Jauhi daripada melakukan kesilapan seperti

    yang berikut:

    (a)  Masukkan tanda “apostrophe ” (tanda punya) bagi perkataan “kepunyaan” ( possessive ) seperti „  the man's hat „;

    (b)  Masukkan “masa” (tense ) dalam laporan ( past, present   atau future );

    (c)  Kata nama dan kata kerja mesti serasi, contohnya, “They go ”, bukan“they goes ”; dan

    (d)  Semak kamus jika kurang pasti ejaan (masukkan tanda titik sebelahperkataan setiap kali anda menyemak perkataan!).

     Jauhi perenggan atau ayat yang panjang atau terlalu pendek. Dengan cara ini kitadapat memuaskan hati pembaca. Seperti yang dinyatakan tadi, setiap perengganmesti melebihi dua ayat dan tidak pula melebihi satu muka surat. Campur-adukan panjang-pendek, gaya dan ayat yang berbeza untuk mewujudkankepelbagaian. Seterusnya, jika anda menggunakan perkataan asing, gariskanperkataan tersebut (atau letakkan dalam italik) bagi semua perkataan asing,kecuali dalam bahasa Inggeris. Anda juga perlu menggaris nama saintifik sepertiHomo sapiens.

    9.1.3 Struktur Ayat dan Perenggan

    Kertas anda mesti bebas daripada kesilapan penulisan biasa. Sila ambil perhatiantentang perkara berikut:

    (a)  Jauhi Ayat Berpecah-pecah Berputus-putus)Setiap ayat mesti mempunyai subjek dan kata kerja. Sebagai panduan,setiap ayat mesti panjangnya satu atau dua baris.

    (b)  Semak Ejaan AndaPerkataan yang salah ejaannya memberi gambaran bahawa anda seorangyang cuai, kurang ilmu atau kedua-duanya sekali. Pastikan bahawa ayatyang salah ejaannya atau tersalah taip dibetulkan. Kedua-dua kesalahan initidak boleh diterima.

    (c)  Pastikan Kedua-dua Subjek dan Kata Kerja SelariSubjek dan kata kerja yang tidak secucuk apabila kedua-duanya dipisahkandengan beberapa perkataan lain.

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    6/26

      TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN   183

    (d)  Berhati-hati Mengenai Fungsi Kata KerjaPenulis yang lemah sering menggunakan kata kerja “sekarang”  sahaja.Gunakan fungsi kelmarin, masa depan dan fungsi lain sekiranya sesuai.

    Anda juga perlu konsisten apabila menggunakan kata kerja dalamperenggan.

    (e)  Guna Kata Ganti nama dengan BermaknaSalah guna kata ganti nama adalah perkara biasa. Kata ganti nama ialahkata yang menggantikan nama bagi orang yang sama menurut jantina danorang yang sama. Lebih baik anda tidak menggunakan kata ganti namalebih daripada satu kali yang merujuk kepada orang yang sama. Gunanama atau variasi nama sekiranya anda ingin ketepatan. Oleh sebab topikyang dibincangkan ini ialah kata ganti nama, tidak tepat sekiranya kitamenggunakan kata ganti nama jantina-spesifik (he , she, him, her ) merujukkepada objek yang tidak hidup. Sebagai contoh, untuk Malaysia kitagunakan, „I „ bukan “she ”.

    (f)  Jangan Pisahkan InfinitifHanya di tempat tertentu dan apabila sesuai sahaja kita untuk mengelakkesilapan interpretasi, kita tidak boleh memisahkan „to‰ dengan adverba.

    (g)  Elak Menggunakan Kata RingkasPerkataan seperti “can't ”, “won't ”, “don't ” terlalu informal dalam penulisanlaporan formal. Guna sahaja “canno t”, “will not ”, “do not ”.

    (h) 

    Berhati-hati dengan Kata Singkatan

     Jangan mulakan ayat dengan kata singkatan atau yang menggunakanangka (kecuali dieja). Untuk negara, elak daripada menggunakan singkatansebagai kata nama (kata nama: The U.S. did ) tetapi dibenarkan kataadjektif (The current U.S. policy on Iraq ). Kali pertama anda memberinama kepada seseorang, berikan dengan lengkap nama seseorang dannyatakan jawatan jika perlu. Anda juga tidak digalakkan menggunakanakronim kecuali sesuatu perkataan itu telah menjadi perkara biasa,walaupun tidak dieja sepenuhnya, seperti Pertubuhan Islam Sedunia (PIS),Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC - Organisation of Islamic Countries ). 

    (i)  Jangan Matikan Ayat dengan Kata PreposisiRumus ini tidak begitu ketat tetapi jika anda sering menggunakan“preposisi” dalam ayat, ini menandakan ayat tersebut kurang baik.

    (j)  Tahu Bila dan Mengapa Anda Menggunakan Tanda Berhenti yang SpesifikDinyatakan beberapa kali bahawa anda perlu menggunakan tanda bacadengan baik seperti koma, koma bernoktah, tanda kandungan, kurungandan lain-lain.

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    7/26

        TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 184

    (k)  Teliti Panjang-pendek PerengganPada peringkat awal perbincangan mengenai perenggan, dinyatakan

     bahawa “perenggan yang terlampau pendek”, terutama yang mempunyai

    satu baris sahaja. Anda perlu ingat bahawa setiap perenggan mestimempunyai ayat utama dan ayat-ayat lain untuk menerang danmembangunkan topik tersebut. Dinyatakan juga bahawa ayat transisi perluwujud dalam setiap perenggan supaya pembaca tidak terasa jemu dan

     bacaannya licin.

    9.1.4 Petikan dan Rujukan

    Semua petikan langsung PERLU dimasukkan ke dalam tanda petikan, termasukayat serta frasa dan perenggan pendek. Apabila anda memetik lebih daripada

    tiga, anda perlu inden teks lima ruang pada kedua-kedua hujung denganlangkau satu (single spacing ). Apabila anda menyalin sesuatu peta, carta ataugambar; anda perlu menyatakan dengan jelas dari mana anda memperoleh

     bahan tersebut. Begitu juga, anda perlu pastikan setiap gambar atau cartamempunyai topik yang jelas atau keterangan gambar (caption ) yang dapatmenjelaskan gambar atau carta tersebut. Bagi rujukan, anda perlu senaraikan,pada halaman terakhir, semua buku utama, artikel, rancangan TV, orang tertentudan tempat, bagi semua rujukan yang anda gunakan semasa menulis laporan.Senarai semua sumber hendaklah dituliskan menurut abjad dengan memulakannama keluarga/akhir penulis (bagi penulis Barat) tetapi sekiranya tidak ada

    nama penulis, seperti dalam rancangan TV, gunakan nama pertama dalam topik.Berikut ialah contoh bagaimana anda menulis rujukan.

    (a)  Bagi Hasil Bertulis Nyatakan:Nama akhir penulis, nama pertama, topik artikel (dalam petikan), bandarraya, penerbit, tahun halaman.

    (b)  Bagi Kertas Jurnal Nyatakan:Nama penulis, tahun diterbitkan, topik kertas jurnal, topik jurnal, nombornaskhah jurnal, serta nombor depan dan nombor belakang halaman kertas

     jurnal.

    (c)  Bagi Buku Nyatakan:Nama penulis, tahun diterbitkan, topik dan nombor edisi “tajuk” (title )sekiranya ada, nama penerbit di mana ia diterbitkan dan muka surat yangdirujuk.

    (d)  Bagi Rujukan daripada Internet Nyatakan:Nama penulis bagi halaman web, tarikh halaman web, topik halaman webdan URL yang lengkap.

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    8/26

      TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN   185

    Sebagai ingatan, setiap rujukan dalam teks mesti wujud dalam senarai rujukan,dan setiap rujukan dalam senarai rujukan mesti disebut dalam teks anda.

    MENYEMAK KANDUNGAN CADANGAN

    KAJIAN 

    Kertas cadangan kajian sebenarnya merupakan satu panduan bagi kitamenjalankan kajian sebenar. Walau bagaimanapun, oleh sebab terdapat beberapakekangan, anda mungkin tidak dapat menjalankan kajian seperti mana yangtelah dirancang. Namun, bagi laporan kajian, anda perlu menyemak semula isikandungan kertas cadangan tersebut supaya selari dengan perubahan yang andatelah lakukan dalam kajian sebenar. Isi kandungan yang akan disemak termasuk:Bab 1: Masalah Kajian, Bab 2: Tinjauan Literatur, Bab 3: Kaedah Kajian, Rujukandan Instrumen Kajian (dalam Lampiran). Selain membuat semakan ini, andaperlu menambah dua bab lagi, iaitu: Bab 4: Keputusan Kajian, dan Bab 5:

    Perbincangan dan Implikasi.

    Laporan kajian yang lengkap sepatutnya mengandungi isi kandungan sepertidalam Rajah 9.2.

    9.2

    Berikan satu contoh rujukan bagi bahan yang diambil daripadaInternet.

    LATIHAN 9.2

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    9/26

        TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 186

    Rajah 9.2: Contoh isi kandungan laporan kajian

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    10/26

      TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN   187

    9.2.1 Masalah Kajian

    Pernyataan masalah kajian menjadi tumpuan kajian. Oleh itu, anda perlumenyatakan dengan tepat masalah kajian. Perhatikan semua aspek/bahagiantertentu supaya kesilapan tidak berlaku. Sudah pasti anda sendiri mahumenghasilkan satu laporan yang bermutu tinggi, mudah dibaca dan difahami.Tumpukan perhatian kepada persoalan kajian dan bagaimana ia ditulis supaya

    mudah difahami pembaca. Mungkin anda perlu mengubahsuai persoalan kajian,menggugurkan/menambah persoalan kajian mengikut kajian sebenar yangdilakukan. Contoh pernyataan masalah adalah seperti yang berikut:

    “Kajian ini cuba mengenal pasti masalah disiplin pelajar serta ketakutan dankeresahan yang ditimbulkan oleh mereka terhadap masyarakat di sekelilingmereka.

    Walaupun pernyataan masalah ditulis dalam satu ayat sahaja, lazimnya ia diikutidengan beberapa perenggan yang menerangkan permasalahan tersebut denganlengkap. Anda perlu menyatakan dengan tegas mengapa masalah tersebutpenting untuk dikaji. Di samping itu, anda perlu masukkan pendapat orang lain(NGO, ahli politik, pemimpin masyarakat, pendidik, guru dan sebagainya). Andaperlu terangkan bagaimana masalah tersebut dapat dikaitkan denganperniagaan, keselamatan awam dan sebagainya, melalui data yang bolehmenerangkan skop dan perincian masalah tersebut.

    9.2.2 Tinjauan Literatur

    Tinjauan literatur memberikan konteks permasalahan kajian yang boleh

    menentukan kepentingan kajian dan seterusnya membayangkan bahawapenulis mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bidang ini.

    Pernyataan masalah kajian  perlu ringkas dan dapat menunjukkan variabelkajian.

    William Wiersma 

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    11/26

        TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 188

    Tinjauan literatur yang ditulis untuk cadangan kajian agak ringkas, maka iaperlu ditulis semula supaya kandungannya menjadi lebih mendalam. Selain itu,

     besar kemungkinan, disebabkan oleh beberapa kekangan, kajian sebenar tidak

    dapat dilaksanakan seperti yang dicadangkan. Di sini ada dua kemungkinanyang boleh berlaku iaitu pertama, kita tidak dapat mengutip selengkapnya datayang diperlukan, yang menyebabkan beberapa soalan kajian tidak dapatdijawab. Kedua, kita mungkin berjaya mengutip data tambahan yangmembenarkan kita menjawab beberapa soalan kajian baru. Perubahan inimengarah kita meneliti semula kandungan tinjauan literatur iaitu mengurangkansebahagian daripadanya dan menambah kandungan baru yang meliputi literatur

     berkaitan dan juga kajian berkaitan.

    Begitu juga sekiranya anda membuat petikan literatur secara ringkas dalam bab

    pertama, maka ia perlu dikembangkan dalam bab kedua supaya kandungannyamenjadi lebih jelas kepada pembaca. Selain dua sebab tadi, tinjauan literaturperlu ditulis semula dalam laporan akhir kajian, satu perkara lagi ialahkemungkinan terdapat beberapa literatur baru/terkini yang boleh dijadikanrujukan untuk kajian kita. Literatur ini perlu dimasukkan juga dalam tinjauanliteratur kita, supaya rujukan kita menjadi terkini. Perkara seterusnya yangmemaksa kita menambah kandungan literatur ialah kaedah pengutipan data.Contohnya, dalam cadangan kajian, kita akan menggunakan kaedah kuantitatifuntuk mengutip data, namun semasa kajian sebenar, kita dapati kaedah kualitatifperlu digunakan untuk mendapatkan data yang lengkap untuk kajian kita. Makakita perlu menambah literatur tentang kaedah kualitatif.

    Kebanyakan tinjauan literatur mempunyai masalah dari segi persembahannya, yangpenulisan semula dapat mengatasi masalah ini. Antara masalah ini ialah penulis:

    (a)  Kurang membuat organisasi dan penstrukturan maklumat yangdipaparkan;

    (b)  Mengulang perkara yang sama beberapa kali dalam teks;

    (c)  Memetik fakta daripada sumber tertentu tanpa menulis rujukan;

    (d)  Memaparkan fakta/konsep/teori/model secara berasingan, tanpafokus/tema tertentu;

    (e)  Tidak dapat menghasilkan kerangka konsep/teori/model yang sesuaiuntuk kajian;

    (f)  Tidak menilai secara kritis literatur dan kajian berkaitan yang dipaparkan; dan

    (g)  Gagal merujuk kepada literatur penting dan terkini dalam bidang kajian.

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    12/26

      TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN   189

    9.2.3 Kaedah Kajian

    Anda juga perlu melihat semula bahagian Kaedah Kajian dalam cadangan kajian

    anda. Bahagian ini membincangkan tentang kaedah kajian yang digunakandalam kajian anda yang meliputi reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian,alat kajian yang digunakan, tatacara pengumpulan data kajian, dan tatacarapenganalisisan data kajian. Bahagian ini perlu disemak semula supayakandungannya menepati apa yang dilakukan dalam kajian sebenar. Sepertimanayang dinyatakan lebih awal, kita mungkin menghadapi beberapa kekangansemasa kita menjalankan kajian yang menyebabkan kita terpaksa mengubahkajian kita semasa melaksanakannya. Perubahan ini memerlukan kita mengubahkandungan Kaedah Kajian sebagaimana yang terdapat dalam cadangan kajian.

    Sebagai contoh, anda mungkin ingin mengagihkan pelajar secara rawak kepadakumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan seperti yang dinyatakan dalamcadangan kajian. Namun apabila anda menjalankan kajian sebenar di sekolah,anda tidak dapat berbuat demikian, disebabkan pelajar tidak dapat dipisahkandikeluarkan dari kelas mereka. Maka rawatan dalam kajian eksperimen andaterpaksa dikenakan kepada pelajar yang sedia ada dalam sesuatu kelas yangmengubah reka bentuk kajian daripada reka bentuk eksperimen tulen kepadareka bentuk eksperimen kuasi. Perkara ini memerlukan kita menulis semula reka

     bentuk kajian yang digunakan dalam kajian sebenar iaitu mengubah reka bentukasal yang dijelaskan dalam cadangan kajian.

    9.2.4 Rujukan dan Lampiran

    Perubahan kandungan dalam Masalah Kajian dan Tinjauan Literatur akan turutmengubah bahagian Rujukan, disebabkan ada petikan yang tidak sesuai dibuangdan ada petikan baru yang kita tambah. Selain itu, apabila kita menulis babPenutup, kita perlu membuat perbincangan tentang dapatan kajian. Dalamperbincangan ini, kita perlu merujuk kepada teori, model atau dapatan kajianlepas. Seterusnya, kita juga ingin merujuk kepada penulisan yang terkini untukmemantapkan lagi bidang kajian kita. Jadi, apabila rujukan baru ini dibuat, kita

    perlu menyenaraikan rujukan ini dalam bahagian Rujukan. Ini bermakna kitaperlu menambah rujukan baru, selain daripada rrujukan yang terdapat dalamcadangan kajian.

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    13/26

        TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 190

    BAB 4: HASIL KAJIAN

    Topik ini disifatkan sebagai “membentangkan kes anda”  ( present your case )”.Hasil kajian dibahagikan kepada dua bahagian iaitu (a) profil responden; dan (b)dapatan kajian. Penulisan dapatan kajian adalah amat kritikal iaitu anda perlumeyakinkan pembaca bahawa dapatan kajian anda adalah benar iaitu iadisokong dengan jelas oleh hasil analisis data, kaedah analisis data dan sampel

    kajian yang digunakan. Sekiranya pembaca berasa keliru atau waswas dengandapatan kajian anda atau tidak dapat memahami interpretasi hasil analisis data,mereka tidak akan menerima hasil kajian anda sebagai sesuatu yang benar.Menulis dapatan kajian yang baik sukar sekali dibuat daripada apa yang kita

     jangkakan. Sebelum anda mula menulis dapatan kajian, pastikan anda telahmeneliti semua hasil analisis data dan anda sendiri memahami hasil tersebut.Sekiranya anda sendiri tidak memahaminya, jangan mengharapkan orang lainakan memahaminya.

    Hasil analisis data wujud dalam pelbagai bentuk, misalnya, dalam kajian

    kuantitatif, ia boleh berbentuk kekerapan dan peratus, min dan sisihan piawai,pekali korelasi dan regresi, hasil ujian-t dan ANOVA dan sebagainya. Hasilanalisis data ini, selain boleh dibentangkan dalam bentuk nombor dan jadual, ia

     juga boleh dibentangkan dalam bentuk grafik, seperti graf atau carta. Bagi kajiankualitatif pula, ia boleh mengandungi rumusan pernyataan yang telahdisintesiskan daripada dokumen lain atau diambil daripada nota lapangan, datapemerhatian atau data temu duga yang diambil daripada responden kajian.

    Hasil kajian  ialah hasil analisis data yang digunakan oleh pengkaji untukmenyediakan profil responden dan menjawab soalan-soalan kajian. 

    9.3

    Contoh rujukan buku:

    Ember, C. R. & Melvin, E., (1990). What is anthropology . Dlm. Anthropology

    (Ed. ke-6). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

    Contoh rujukan video:

    “NOVA: The People of the Forest,” KHET_TV, Honolulu, Hawaii, 1-23-91, 7-8:00 pm. 

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    14/26

      TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN   191

     

    9.3.1 Pengenalan

    Topik kecil “Pengenalan”  merupakan penjelasan tentang perkara yang akandibentangkan bagi topik “Hasil Kajian”  yang ditulis sepanjang satu perenggansahaja. Sebagaimana yang kita sedia maklum, topik “Hasil Kajian”  akanmembentangkan “Profil Responden”  dan “Dapatan Kajian”. Maka kandungan“Pengenalan”  perlu meliputi pengenalan tentang profil responden dan dapatan

    kajian. Contoh “Pengenalan” adalah seperti yang berikut:

    9.3.2 Profil Responden

    Topik kecil “Profil Responden”  menjelaskan latar belakang responden kajiankepada pembaca. Responden kajian ialah subjek yang terlibat secara langsungdalam kajian, seperti mereka yang menjawab soal selidik atau ditemu duga, ataumereka yang diperhatikan oleh pengkaji, atau yang menjawab soalan ujian dansebagainya. Profil responden kajian bermaksud latar belakang responden kajian,seperti jantina, umur, pendidikan, pencapaian, status sosioekonomi. Dalamkajian, profil responden adalah penting kepada pembaca iaitu membenarkan

    4.1 Pengenalan

     Bab ini menjelaskan profil responden kajian ini yang terdiri daripada 68orang pelajar dari sebuah sekolah menengah luar bandar. Seterusnya, bab initurut membentangkan hasil analisis data dan dapatan kajian tentang: (a)hubungan antara prestasi matematik dengan kaedah pengajaran, (b)pengetahuan dan kemahiran asas matematik pelajar, (c) minat pelajarterhadap matematik, (d) motivasi pembelajaran matematik pelajar, (e)

    pandangan pelajar terhadap kaedah pengajaran yang digunakan, dan (f)pencapaian matematik pelajar dalam ujian bulanan. 

    Penggunaan jadual adalah lebih berkesan untuk merumus hasil analisis datakajian, tetapi kandungannya perlu dilabel dengan lengkap danorganisasinya mestilah baik. 

     Jelaskan mengapa anda perlu meneliti hasil analisis data sebelum andamenulis dapatan kajian anda.

    LATIHAN 9.3

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    15/26

        TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 192

    mereka mentakbirkan/membuat inferens dapatan kajian kepada populasi kajian.Berasaskan maklumat tentang profil/latar belakang responden, pembaca bolehmenggunakan dapatan kajian untuk dilaksanakan/amalkan kepada kumpulan

    pelajar lain yang mempunyai latar belakang yang sama. Profil Responden bolehdibentangkan dengan menggunakan teks dan jadual seperti contoh berikut:

    4.2 Profil Responden

     Kajian ini melibatkan seramai 68 orang pelajar Tingkatan 4 di sebuah sekolahluar bandar. Taburan keseluruhan responden mengikut etnik ialah 40 orang(70.6%) pelajar Melayu, 28 orang (29.4%) pelajar Cina. Mereka terdiridaripada 22 orang (32.4%) pelajar lelaki dan 46 orang (67.6%) pelajarperempuan. Taburan responden ini menunjukkan pelajar Melayu adalah

    lebih ramai daripada pelajar Cina dan pelajar perempuan adalah lebih ramaidaripada pelajar lelaki. Taburan responden dalam kumpulan eksperimendan kumpulan kawalan, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1, jugamempunyai taburan yang sama mengikut etnik dan jantina.

    Jadual 4.1: Profil Responden Kajian

    Kumpulan Latar Belakang Frekuensi Peratus

    Eksperimen Etnik

     

    Melayu

     

    China Jantina

      Lelaki

     

    Perempuan

    26

    8

    1123

    76.5

    23.5

    32.467.7

    Kawalan Etnik  Melayu  China

     Jantina  Lelaki  Perempuan

    2212

    1123

    64.735.3

    32.467.7

    Jumlah Etnik  Melayu

     

    China Jantina

     

    Lelaki  Perempuan

    4820

    2246

    70.629.4

    32.467.6

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    16/26

      TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN   193

    9.3.3 Dapatan Kajian

    Topik kecil “Dapatan Kajian” memberikan hasil analisis data dan dapatan kajian

    yang ditulis berdasarkan soalan kajian. Hasil kajian ini hendaklah dilaporkansecara objektif, dengan menggunakan jadual dan/atau graf untuk memudahkanpembaca memahami hasil analisis data dan dapatan kajian yang diketengahkanoleh pengkaji. Contoh hasil analisis data dan dapatan kajian tentang hubunganantara prestasi matematik pelajar dengan kaedah pengajaran adalah seperti yang

     berikut:

    4.3 Dapatan Kajian

    Soalan Kajian 1

    Adakah terdapat hubungan antara prestasi matematik pelajar dengankaedah pengajaran?

    Hipotesis Nol

    H0: Tiada hubungan antara prestasi matematik pelajar dengan kaedahpengajaran.

     Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden kajian mengikut prestasi

    matematik pelajar (A, B) dan kaedah pengajaran (X, Y, Z). Ujian khai kuasadua pada aras keertian 0.05 telah dilaksanakan ke atas data ini. Hasil analisis

    khai kuasa dua memberikan nilai2

       = 5.912. Disebabkan nilai ini adalah

    lebih kecil daripada nilai kritikal 2 2;05.0   = 5.991, maka H0 diterima pada aras

    keertian 5%. Kesimpulan pengujian ini ialah data sampel mempunyaimaklumat yang cukup untuk menyokong bahawa tidak wujud hubunganantara prestasi matematik pelajar dengan kaedah pengajaran.

    Jadual 4.2: Jadual Kontingensi dan Ujian Khi Kuasa Dua

    Prestasi Pelajar Kaedah X Kaedah Y Kaedah Z

    2    

    Baik (A) 20 13 12

    5.912Biasa (B) 40 65 50

     Jumlah lajur 60 78 62

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    17/26

        TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 194

    9.3.4 Rumusan

    Topik kecil “Rumusan”  memberikan rumusan ringkas tentang apa yang telah

    dibentangkan dalam bab ini dan menyatakan apa yang akan dibincangkan dalam bab seterusnya. Contoh “Rumusan” adalah seperti yang berikut:

    BAB 5: PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI 

    Dalam Bab 4, anda telah memaparkan hasil analisis data dan dapatan kajian,setelah anda berjaya menjawab semua soalan kajian anda. Dalam Bab 5 akanmembincangkan tentang dapatan kajian anda sehingga kepada cadangan kajianlanjutan, supaya pembaca lebih memahami bidang yang dikaji. Bab 5 biasanyadibahagi kepada tujuh bahagian iaitu: (a) Pengenalan, (b) Ringkasan Kajian, (c)Perbincangan Dapatan Kajian, (d) Kesimpulan Dapatan Kajian, (e) ImplikasiDapatan Kajian, (f) Cadangan Kajian Lanjutan, dan (h) Rumusan.

    9.4.1 Pengenalan

    Topik kecil “Pengenalan”  seperti biasa, akan memaklumkan kepada pembacatentang kandungan bab secara keseluruhan. Contoh “Pengenalan” adalah sepertiyang berikut:

    5.1 Pengenalan

    Hasil analisis data dan dapatan kajian telah dibentangkan dalam babkeempat. Bab ini pula, sebagai penutup tirai, akan memberikan ringkasankajian, membincangkan dapatan kajian, memberi kesimpulan dapatankajian, membincangkan implikasi dapatan kajian dan mencadangkan kajianlanjutan.

    9.4

    4.4 Rumusan

    Bab ini telah menjelaskan profil responden kajian dan membentangkandapatan kajian tentang hubungan antara prestasi matematik dengan kaedahpengajaran, pengetahuan dan kemahiran asas matematik, minat terhadapmatematik, motivasi pembelajaran matematik, pandangan terhadap kaedahpengajaran dan pencapaian matematik. 

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    18/26

      TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN   195

    9.4.2 Ringkasan Kajian

    Topik kecil “Ringkasan Kajian”  akan mengimbas kembali kajian yang telah

    dijalankan. Terdapat pembaca yang hanya ingin membaca bab terakhir laporankajian. Ringkasan kajian akan membantu pembaca untuk mendapat gambaranmenyeluruh tentang kajian yang telah dijalankan. Kandungan penting ringkasankajian ialah objektif kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian,pengutipan data dan kaedah analisis data. Contohnya, “Ringkasan Kajian” adalah seperti berikut:

    9.4.3 Perbincangan Dapatan Kajian

    Topik kecil “Perbincangan Dapatan Kajian”  akan membentangkan bagaimanadapatan kajian ini menyokong dapatan kajian lepas, teori atau model yang

     berkaitan. Ia juga cuba menjelaskan dapatan kajian yang diperoleh denganmenggunakan model, teori, dapatan kajian lepas, pengalaman atau rasional.Selain membentangkan fakta yang menyokong dan menjelaskan dapatan kajian,

    5.2 Ringkasan Kajian

    Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan: (a) pengetahuan dan kemahiran

    asas matematik, (b) minat terhadap matematik, (c) motivasi pembelajaranmatematik, (d) pandangan terhadap kaedah pengajaran, (e) prestasimatematik, dan (f) hubungan antara prestasi matematik dengan kaedahpengajaran. Pengkaji telah menggunakan reka bentuk eksperimenmenggunakan tiga kaedah pengajaran ke atas tiga kumpulan pelajar. Alatukuran yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik minat, sikap danpandangan; ujian pengetahuan dan kemahiran asas matematik; dan ujianmatematik. Sampel kajian terdiri daripada 200 pelajar Tingkatan 4 di sebuahsekolah menengah luar bandar. Data dikutip daripada pelajar sebanyak duakali iaitu kali pertama sebelum mereka mengikuti kaedah pengajaran

    tertentu; dan kali kedua selepas mereka tamat mengikuti kaedah pengajarantersebut. Data dianalisis dengan menggunakan kekerapan dan peratus, mindan sisihan piawai serta analisis khai kuasa dua.

     Jelaskan mengapa anda perlu menulis “Ringkasan Kajian” dalam Bab5 “Perbincangan dan Implikasi”.

    LATIHAN 9.4

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    19/26

        TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 196

    pengkaji perlu juga membentangkan teori dan dapatan kajian yang bertentangandengan dapatan kajian yang dijalankan. Perbincangan dapatan kajian ini adalahpenting kepada pembaca, iaitu untuk mereka memahami dapatan kajian dan

    dapat menerimanya. Contoh “Perbincangan Dapatan Kajian” adalah seperti yang berikut:

    9.4.4 Kesimpulan Dapatan Kajian

    Topik kecil “Kesimpulan Dapatan Kajian”  akan menyenaraikan dapatan kajiandalam urutan yang sesuai, sebagai kesimpulan kepada hasil kajian yangdijalankan. Kesimpulan ini penting sebab sesetengah pembaca hanya inginmelihat kesimpulan dapatan kajian sahaja sebab mereka tidak perlu membacakeseluruhan laporan kajian. Contohnya, “Kesimpulan Dapatan Kajian”  adalahseperti yang berikut:

    5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

    Bahagian ini membincangkan dapatan kajian dari segi sokongannyaterhadap dapatan kajian lepas dan juga menjelaskan dapatan kajian inidengan menggunakan model, teori, dapatan kajian lepas, pengalaman danrasional.

    5.3.1 Hubungan antara Motivasi Pembelajaran dengan Pencapaian

    Matematik

    Kajian ini mendapati wujud hubungan positif antara motivasi pembelajarandengan pencapaian matematik. Ini bermakna seseorang pelajar yangmempunyai motivasi pembelajaran tinggi akan mendapat pencapaian tinggi,sebaliknya jika seseorang pelajar itu bermotivasi rendah, pencapaianmatematiknya juga akan rendah. Ini berlaku disebabkan pelajar yang

     bermotivasi tinggi akan berusaha lebih gigih untuk berjaya dalammatematik, dan sebaliknya. Menurut Habibah Elias (1993) dalam kajiannya

    tentang perkaitan antara motivasi pencapaian dengan pencapaian akademik,pelajar yang diberi latihan motivasi pencapaian mempunyai sikap dankebiasaan belajar yang lebih positif serta markah yang lebih tinggi daripadamereka yang tidak menerima latihan tersebut. 

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    20/26

      TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN   197

     

    9.4.5 Implikasi Dapatan Kajian

    Topik kecil “Implikasi Dapatan Kajian” akan membincangkan apakah implikasidapatan kajian terhadap amalan pendidikan, termasuk proses pengajaran danpembelajaran. Implikasi ini dibuat berasaskan kepada dapatan kajian yangdilaksanakan sahaja. Implikasi bagi dapatan kajian lain tidak boleh dibuat.Implikasi dapatan kajian adalah penting untuk membantu pembacamenggunakan dapatan kajian dalam amalan harian. Contoh “Implikasi DapatanKajian” adalah seperti yang berikut:

    9.4.6 Cadangan Kajian Lanjutan

    Topik kecil “Cadangan Kajian Lanjutan”  akan menyenaraikan cadangan beberapa kajian lanjutan untuk memantapkan lagi dapatan kajian dalam bidangyang dikaji. Bagi membantu pengkaji mencadangkan kajian lanjutan, pengkaji

     boleh meneliti semula batasan kepada kajian yang dijalankan. Contohnya, reka bentuk eksperimen kuasi telah digunakan dalam kajian sebab pelajar tidak dapat

    5.5 Implikasi Dapatan Kajian

    Kajian ini mendapati pengetahuan dan kemahiran asas matematik bagisebahagian besar pelajar adalah kurang memuaskan. Implikasi dapatan iniialah guru perlu menguji pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukanpelajar sebelum guru mula mengajar topik matematik baru. Selepas itu, guruperlu membuat ulangkaji pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukansehingga pelajar menguasainya. Pelajar perlu menguasai pengetahuan dankemahiran asas ini untuk memahami topik baru.

    5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian

     Bahagian ini menyenaraikan semua dapatan kajian sebagai kesimpulan

    kepada hasil kajian ini. Kajian ini mendapati:

    (a)  Pengetahuan dan kemahiran asas matematik bagi sebahagian besarpelajar adalah kurang memuaskan.

    (b)  Minat terhadap mata pelajaran Matematik sebahagian daripada pelajaradalah rendah.

    (c)  Hubungan antara prestasi matematik dengan kaedah pengajaran tidakwujud.

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    21/26

        TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 198

    dipisahkan. Justeru, pengkaji ingin mencadangkan supaya kajian akan datangdibuat dengan menggunakan reka bentuk eksperimen tulen, supaya dapatankajian menjadi lebih mantap/sah. Menurut Wiersma (2000), kajian pendidikan

    dapat dilihat sebagai suatu aktiviti yang berterusan yang sesuatu projek kajianitu dapat menambah ilmu dalam sesuatu bidang atau dapat mewujudkanpenyelesaian baru bagi masalah pendidikan. Contohnya, “Cadangan KajianLanjutan” adalah seperti yang berikut:

    9.4.7 Rumusan

    Topik kecil “Rumusan”  memberikan rumusan ringkas tentang apa yang telahdibentangkan dalam bab ini. Contoh “Rumusan” adalah seperti yang berikut:

    5.7 Rumusan

    Bab ini telah memberikan ringkasan kajian, membincangkan dapatan kajian,

    memberi kesimpulan dapatan kajian, membincangkan implikasi dapatankajian dan mencadangkan beberapa kajian lanjutan. Sebagai kata penutup,kajian ini hanya merupakan kajian awal tentang kesan kaedah pengajaranterhadap pencapaian matematik. Kajian yang lebih terperinci dan tepat perludilakukan untuk memantapkan lagi dapatan kajian tentang kaedahpengajaran ini.

    5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

     Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Berasaskankepada batasan ini, berikut dicadangkan beberapa kajian lanjutan:

    (a) 

    Kajian ini hanya melibatkan pelajar sekolah menengah yang berada dikawasan luar bandar. Kajian lanjutan dicadangkan supaya melibatkanpelajar sekolah menengah yang berada di kawasan bandar dan pinggir

     bandar dan juga pelajar-pelajar sekolah rendah.

    (b)  Kajian ini hanya menggunakan rekabentuk eksperimen kuasi dandilaksanakan selama 15 jam pengajaran. Kajian lanjutan dicadangkansupaya menggunakan reka bentuk eksperimen tulen dan dilaksanakandalam masa yang lebih lama, misalnya 30 jam pengajaran.

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    22/26

      TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN   199

      MAKLUMAT BERKAITAN 

    Selain kandungan Bab 1 hingga Bab 5, laporan kajian perlu mengandungimaklumat lain seperti halaman topik, pengakuan, abstrak, penghargaan, jadualkandungan, senarai jadual, senarai rajah, senarai singkatan, rujukan danlampiran. Perkara ini dijelaskan dalam bahagian berikut.

    (a)  Halaman TopikHalaman pertama tesis mengandungi topik, nama pelajar, nama ijazah,

     jabatan, fakulti, universiti, alamat universiti dan tahun tesis disiapkan.Topik tesis perlu bersifat informatif, spesifik dan pendek (lazimnya, 13perkataan maksimum) dan hendaklah merangkumi bidang kajian, variabel

    kajian dan tempat kajian.

    (b)  PengakuanHalaman kedua tesis mengandungi pengakuan pelajar iaitu kenyataan

     bahawa tesis yang dihantar adalah hasil karya pelajar sendiri kecualinukilan dan rumusan yang setiap satunya dijelaskan sumbernya.Contohnya, “Pengakuan” adalah seperti yang berikut:

    (c) 

    Abstrak

    Abstrak  merupakan rumusan yang mengandungi maklumat yang relevantentang laporan kajian menurut kategori yang spesifik. 

    William Wiersma 

    PENGAKUAN

    Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

    dan rumusan yang tiap-tiap satunya dijelaskan sumbernya.

    Tarikh ___________ _____________________(Tandatangan)

    (Nama)(No. Matrik)

    9.5

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    23/26

        TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 200

    Dalam semua tesis, bahagian abstrak sering disalin dan dibaca disebabkanpembaca berminat untuk mengetahui ringkasan kajian yang dijalankan dan

     juga dapatannya. Abstrak lebih baik ditulis di akhir penulisan laporan, iaitu

    setelah semua penulisan selesai dibuat. Oleh sebab ia merupakan rumusankajian, biasanya jumlah perkataan ialah lebih kurang 300 patah perkataan,yang termasuk objektif kajian, alat kajian, sampel kajian, tatacarapengutipan data dan penganalisisan data serta dapatan utama kajian.Abstrak biasanya ditulis dalam dua bahasa iaitu dalam bahasa Malaysiadan bahasa Inggeris.

    (d)  PenghargaanHalaman ini memaparkan penghargaan daripada pelajar kepada Tuhandan orang yang berkenaan seperti penyelia atau ahli jawatankuasa

    siswazah, kedua-dua ibu bapa, isteri/anak, rakan, dan juga kepada merekayang membantu anda secara langsung atau tidak langsung sebelum,semasa dan selepas kajian dijalankan.

    (e)  Jadual KandunganSesuatu laporan kajian yang panjang memerlukan jadual kandungan.

     Jadual ini menyatakan topik bab, topik besar dan topik kecil bersama mukasurat. Jadual ini bermula daripada Penghargaan hingga Lampiran.

    (f)  Senarai JadualSenarai Jadual memberikan senarai semua jadual yang terdapat dalamlaporan kajian bersama dengan muka surat bagi setiap jadual tersebut.Senarai ini mengandungi nombor jadual, topik jadual dan muka surat.

    (g)  Senarai RajahSama seperti Senarai Jadual, Senarai Rajah memberikan senarai semua rajahyang terdapat dalam laporan bersama dengan muka surat bagi setiap rajahtersebut. Senarai ini mengandungi nombor rajah, topik rajah dan mukasurat.

    (h)  Senarai SingkatanSenarai Singkatan memberikan senarai perkataan yang kerap digunakanoleh penulis. Ia dipendekkan/disingkatkan supaya tidak berlakukekaburan atau kesusahan kepada pembaca. Berikut ialah contoh perkataanyang telah disingkatkan:

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    24/26

      TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN   201

    Anon Tidak ketahui penulis Digunakan dengan cara tertentuapabila penulisnya tidak diketahui

    Ch., chs. Bab, bab tertentu

    Conf. Persidangan

    e.g. Contoh

    ed., eds. editor, beberapa editor

    et., al Dan lain lain

    ibid.Dalam perkara yg samaseperti disebut di atas

    loc.citDalam perkara yang

    dinyatakann.d. Tiada tarikh Digunakan kerana tanpa tarikh

    op.citDalam perkara yangdinyatakan cited  (operacitato )

    p., pp. Halaman,

    rev. Disemak

    suppl. Tambahan

    v., vol.,vols.

    Naskhah, beberapa

    naskah

    (i)  RujukanBahagian “Rujukan”  memberikan senarai semua rujukan yang disebutdalam teks. Sumber yang tidak dirujuk dalam teks tidak boleh disenaraikandalam bahagian Rujukan. Senarai rujukan ini ditulis mengikut sistemtertentu seperti APA.

    (j)  LampiranBahagian “Lampiran”  memaparkan bahan-bahan yang perlu dimasukkanke dalam tesis, tetapi ia mungkin mengganggu aliran bacaan jika iadimasukkan dalam Bab 1 hingga Bab 5. Jadi, bahan ini perlu dimasukkanke dalam lampiran. Bahan-bahan yang biasa dimasukkan ke dalamLampiran adalah seperti program komputer, hasil analisis data, gambaratau rajah, surat kebenaran membuat kajian daripada EPRD dan JPN, soalselidik, soalan ujian, rancangan mengajar, dan sebagainya.

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    25/26

        TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 202

      Topik ini memberi gambaran menyeluruh tentang penulisan laporan kajiandan anda telah diperkenalkan dengan beberapa konsep baru.

      Lima klasifikasi sistem penulisan kajian telah diterangkan untuk memberi

    sedikit variasi kepada penulisan laporan kajian, cara penulisan laporankajian, penyemakan kandungan cadangan kajian, hasil kajian, perbincangandan implikasi.

      Akhirnya maklumat lain yang mempunyai hubungan dengan penulisanlaporan kajian.

    Dapatan kajian

    Hasil kajian

    Perbincangan

    Profil responden

    Ringkasan kajian

    1.  Kita mengandaikan bahawa ayat yang kompleks atau panjang itu

    merupakan sesuatu yang tinggi mutunya. Adakah andaian ini benar dalampenulisan laporan kajian? Jelaskan.

    2.  Pengkaji perlu menyemak dan mengubah kandungan cadangan kajianuntuk dijadikan laporan akhir kajian. Jelaskan mengapa penulis perlu

     berbuat demikian.

    3.   Jelaskan mengapa seseorang pengkaji, dalam laporan akhir kajian, perlumencadangkan kajian lanjutan.

    Senaraikan apakah yang perlu ditambah sebagai maklumat tambahan,

    selain daripada kandungan lima bab dalam tesis/laporan kajian.

    LATIHAN 9.5

  • 8/19/2019 20141219051135_13 HBEF2503 Topik 9

    26/26

      TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN   203

    4.  Andaikan anda selaku seorang pengkaji yang telah menjalankan satu kajiandan sedang menulis laporan akhir berkaitan topik kecil: “Implikasi DapatanKajian”. Sebagai pengkaji, jelas perkara berikut:

    (a) Jelaskan apakah yang anda perlu tulis tentang implikasi dapatankajian?

    (b) Berikan topik kajian anda dan senaraikan dapatan kajian yang anda jangka bagi kajian ini.

    (c) Tuliskan “Implikasi Dapatan Kajian” dengan mengandaikan dapatan-dapatan kajian ini benar.