16
Teks Pengacara Majlis MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN ANAK ANGKAT PROGRAM HARI KEBUDAYAAN JEPUN HOMESTAY PELAJAR MUDA JEPUN KE MALAYSIA 2015 CUE: Ketibaan Para Jemputan ANN ( ): Selamat pagi dan salam sejahtera Diucapkan kepada hadirin hadirat yang dihormati sekalian. Majlis akan bermula sebentar lagi. Dengan itu,diharapkan hadirin hadirat sekalian berada di tempat duduk masing-masing untuk menyambut ketibaan Delegsi Jepun yang akan tiba sebentar lagi. CUE: Semasa Ketibaan Delegasi Jepun di SK Jalan Muara Tuang ANN ( ): Mengumumkan ketibaan Delegasi Jepun diiringi oleh ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ 1

2015 Program Homestay Pelajar Muda Jepun

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Lawatan Hari Kebudayaan Jepun

Citation preview

Teks Pengacara MajlisMAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN ANAK ANGKATPROGRAM HARI KEBUDAYAAN JEPUNHOMESTAY PELAJAR MUDA JEPUN KE MALAYSIA 2015

CUE:Ketibaan Para Jemputan

ANN ( ):Selamat pagi dan salam sejahtera Diucapkan kepada hadirin hadirat yang dihormati sekalian.Majlis akan bermula sebentar lagi.Dengan itu,diharapkan hadirin hadirat sekalianberada di tempat duduk masing-masing untuk menyambut ketibaan Delegsi Jepun yang akan tiba sebentar lagi.

CUE:Semasa Ketibaan Delegasi Jepun di SK Jalan Muara Tuang

ANN ( ):Mengumumkan ketibaanDelegasi Jepun diiringi oleh

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________CUE:Semasa Ketibaan Delegasi Jepun

ANN ( ):Selamat Datang dan Salam Satu Malaysia kepadaDelegasi Jepunke SK Jalan Muara Tuang

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ANN ( ):Kami amat mengalu-alukan lawatan pelajar-pelajar Jepun ke sekolah kami dan diharapkan selama satu minggu kita bersama, kita akan mencoret kenangan manis dan memupuk perhubungan yang akrab. Sekali lagi diucapkan selamat datang dan salam berkenalan.

ANN ( ):Sebelum memulakan majlis pagi ini,dipersilakan pelajar-pelajar Jepun untuk berdaftar dan seterusnyadiadakan satu sesi bergambar di antara keluarga angkat dengan anak angkat masing-masing.Dipersilakan.

CUE:Persembahan Selamat Datang oleh SMK Muara Tuang

ANN ( ):Hadirin dan hadirat sekalianTerima kasih di atas kerjasama anda semua.Majlis mempersilakan hadirin hadirat yang dihormati sekalian untuk mengambil tempat duduk masing-masing.

Kita amat gembira melihat keseronokan dan keakraban yang telah terjalin walaupun keluarga angkat baru sahaja berjumpa dengan anak angkat masing-masing.

ANN ( ):Sebagai sajian kepada majlis kita pagi ini,kita akan menyaksikan satu persembahan Selamat Datang yang akan dipersembahkan oleh Kelab Kebudayaan SMK Muara Tuang.Dipersilakan.

***Terima kasih diucapkan kepada penari-penari Kelab Kebudayaan SMK Muara Tuang diatas persembahan yang cukup menarik yang melambangkan intergrasi kaum yang terdapat di Sarawak bagi mengalu-alukan ketibaan delegasi Jepun ke sekolah kita yang tercinta.

ANN ( ):Untuk makluman hadirin hadirat sekaliansebentar lagi Puan Pengarah Pendidikan Sarawak Yang Berbahagia Puan Hajah Serina Binti Sauniakan tiba.Oleh itu, apabila ketibaan beliau diumumkan hadirin hadirat dipersilakan untuk berdiri sebagai tanda hormat.Terima kasih.CUE:Semasa Ketibaan Pengarah Pedidikan Sarawak

ANN ( ):Mengumumkan ketibaanYang Berbahagia Puan Hajah Serina Binti SauniPengarah Pendidikan Sarawak.

CUE:Selepas Pengarah Pedidikan Sarawak dan lain-lain mengambil tempat duduk masing-masing

ANN ( ):Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia diucapkan kepada

Yang Berbahagia Puan Hajah Serina Binti SauniPengarah Pendidikan Sarawak

Yang Berusaha Encik Mohd Sharkawi Bin Ali AkbarPegawai Pendidikan Daerah Samarahan

Yang Berusaha Encik Taib Bin KipliYang Dipertua PIBG SK Jalan Muara Tuang

Yang Berusaha Cik Wee Chin MiawGurubesar SK Jalan Muara Tuang

Yang DihormatiEncik Samat Bin Hj SalimPenolong Kanan 1, SK Jalan Muara Tuang

Yang Dihormati Encik Brown Sang Ak LaganPenolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Jalan Muara Tuang

Yang Dihormati Encik Hussein Bin Hj AyubPenolong Kanan Ko-kurikulum , SK Jalan Muara Tuang

Guru guru, murid-murid, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin hadirat sekalian.

Mencari timba si anak dara,Di bawah sarang burung tempua;Salam sembah pembuka bicara,Selamat datang untuk semua.

Terlebih dahulu saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran

Yang Berbahagia Puan Hajah Serina Binti SauniPengarah Pendidikan Sarawak.

Serta tuan-tuan, puan-puan dan hadirin hadirat yang dihormati untuk sama-sama menjayakan Majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat Program Kebudayaan Jepun Homestay Pelajar Muda Jepun Ke Malaysia 2015

Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Hajah Serina Binti Saunidi atas kesudian meluangkan masa, bersama-sama kami dalam menyerikan serta menjayakan majlis pada pagi ini.

CUE:Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku

ANN ( ):Sebagai pembuka tirai majlis kita pagi inihadirin hadirat yang dihormati sekalian diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu PertiwikuMajlis mempersilakan.

***Majlis mempersilakan hadirin hadirat yang dihormati sekalianmengambil tempat duduk masing-masing.

CUE:Bacaan Doa

ANN ( ):Duduk bersama satu tujuanIndah majlis gilang gemilangMohon doa kupohon tuhanSemoga Majlis peroleh keberkatan

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat.

Jesteru itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Hafiz Bin Mohd Nasiruntuk memimpin bacaan doa.Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan

***Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Hafiz Bin Mohd Nasir.CUE:Ucapan alu-aluan PPD Samarahan

ANN ( ):Untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian Program Kebudayaan JepunHomestay Pelajar Muda Jepun ke Malaysia 2015ini diadakan bertujuan untuk menyuburkan dan mengukuhkan semangat integrasi antara pelajar berlainan ras, budaya dan etnik.

Duduk sekawan gadis jelita,Buat santapan untuk pahlawan;Tampillah tuan kami meminta,Madah ucapan kata aluan.

Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan

Yang Berusaha Encik Mohd Sharkawi Bin Ali AkbarPegawai Pendidikan Daerah Samarahan

untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh

Yang Berusaha Encik Mohd Sharkawi Bin Ali Akbar.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

CUE:Ucapan Wakil Delegasi Jepun

ANN ( ):Terbang di awan burung jentayu,Di atas papan batang selisih;Tampillah tuan kami merayu,Bersama ucapan pengikat kasih.Majlis seterusnya mempersilakan

Yang Berusaha Encik ____________________________________________Wakil Delegasi Jepun

untuk menyampaikan ucapan beliau.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh

Yang Berusaha Encik _________________________________________________Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

CUE:Ucapan Pengarah Pendidikan Sarawak

ANN ( ):Daun semulur di pekan sari,Batang jerami rebah ke bumi;Madah dihulur sembah diberi,Kata perasmi hajatnya kami.

Saya bagi pihak majlis dengan berbesar hati mempersilakan

Yang Berbahagia Puan Hajah Serina Binti Sauni, Pengarah Pendidikan Sarawak

untuk menyampaikan ucapan beliau serta merasmikan majlis kita pagi ini.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

Yang Berbahagia Puan Hajah Serina Binti Sauni, Pengarah Pendidikan Sarawak

atas ucapan perasmian beliau sebentar tadi.

CUE:Persembahan Kebudayaan SMK Muara Tuang

ANN ( ):Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin hadiratMajlis pada pagi ini diteruskan dengan satu lagi persembahan oleh Kelab Kebudayaan SMK Muara Tuang iaitu Persembahan Malaysia Cultural And Traditional Dances Show.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***

Majlis merakamkan terima kasih kepada Kelab Kebudayaan SMK Muara Tuangdi atas persembahan yang amat berwarna warni dan menarik sekali.CUE:Persembahan Kebudayaan SMK Muara Tuang

ANN ( ):Tuan-tuan, puan-puan dan hadiran hadirat yang dihormatisekarang kita akan menyaksikan satu persembahan oleh pelajar-pelajar Jepunyang dinamakan Japanese Students Show Performance.Majlis mempersilakan.***Begitulah tadi satu persembahan yang cukup menghiburkan dan menarik sekali.Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada pelajar-pelajar Jepundi atas persembahan tadi.

CUE:Penyerahan Anak Angkat

ANN ( ):Tuan-tuan, puan-puan dan Hadirin hadirat yang saya hormati

Kini tibalah saat yang ditunggu-tungguTuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat sekalian,majlis pada pagi ini akan melakarkan satu lagi sejarah di mana majlis ini diteruskan dengan sesi peyerahan 27 anak angkat termasuk 2 guru pengiringnya kepada keluarga angkat masing-masing.

Untuk itu, majlis meminta semua keluarga angkat dan anak angkat untuk bersedia.

Majlis mempersilakan1. Pn Chong Phiat Fong dan Hiroki Mizuna (11 tahun)2. Pn Bahjah Bt Ismail dan Yuna Inada (12 tahun)3. Pn Dyg Fariza Bt Abang Wasili dan Gin Matsuda (11 tahun)4. Pn Foo Boi Chuandan Ayase Ogasawara (14 tahun)5. Pn Catherine Kiu Leh Jindan Honomi Tanaka (17 tahun)6. Pn Dyg Hamsiah Bt Adenidan Kazuki Lida (11 tahun)7. Cik Hadijah Bt Abdul KadirdanChiharu Kuroishi (12 tahun)8. Pn Habibah Bt Hassandan Takumi Kuribayashi (11 tahun)9. Pn Siti Bt Wajedidan Gaku Inoue (11 tahun)10.Pn Adelina Ak AlosdanEito Nakagawa (11 tahun)11.dan Akane Yano (11 tahun)12.Pn Jenny Teo Lam Leedan Shoma Ishii (11 tahun)13.Pn Bong Siaw Liandan Yukie Sato (11 tahun)14.Cik Phui Mui LingdanAya Tsuneishi (11 tahun)15.Pn Rosnani Bt AmitdanKureha Onodera (11 tahun)16.En Samat B Salimdan Yuma Sakato (11 tahun)17.En Wan Hazizul B Wan Hamiddan Renshi Murokoshi (11 tahun)18.Pn Nurafadila Bt RasdidanRyo Suzuki (11 tahun)

CUE:Penyerahan Anak Angkat

ANN ( ):19.Pn Sia Mee ChingdanYuya Ishida (11 tahun)20.Pn Siti Rahmah Bt Imandan Go Matsunaga (12 tahun)21.En Rizal B Apekdan Ryunisuke Ooi (12 tahun)22.Pn Josephine Yeo dan Junichi Saito (12 tahun)23.En Hussein B Hj AyuddanHayato Yoshimitsu (14 tahun)24.Pn Lai Chiet HuadanYuya Mizuma (11 tahun)25.Pn Tolin Ak LoriedanTakanori Suzuki (17 tahun)26.En Abg Ideris B Abg Jemalidan Reiko Ooi (Guru Pengiring)27.En Zumhari DrahmandanTaeko Koyama (Guru Pengiring)

CUE:Pertukaran Cenderamata

ANN ( ):Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas komitmen, nasihat serta kepercayaan yang diberikan kepada SK Jalan Muara Tuang sebagai hos keluarga angkat kepada pelajar-pelajar Jepunaturcara majlis diteruskan dengan pertukaran cenderamata.Dengan segala hormatnya dipersilakan

Yang Berusaha __________________________________________________________

naik ke pentas untuk menyampaikan cenderamata kepada

_________________________________________________________Dipersilakan.

***

Yang Berusaha __________________________________________________________

menyampaikan cenderamata kepada

_________________________________________________________Dipersilakan.

***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada_______________________________________________________dan

_______________________________________________________CUE:Pertukaran Cenderamata

ANN ( ):Demikian tadi pertukaran cenderamata di antara

__________________________________________________________dengan

__________________________________________________________

Maka berakhirlah sudah Majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat Program Kebudayaan Jepun Homestay Pelajar Muda Jepun Ke Malaysia 2015

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian

Yang Berbahagia Puan Hajah Serina Binti Sauni, Pengarah Pendidikan Sarawak

untuk menjayakan majlis kita pada pagi ini.

CUE:Jamuan

ANN ( ):Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,Melihat rusa tepi perigi;Salam perpisahan untuk semua,Dilain masa bersua lagi.

Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin hadirat yang dihormati,Majlis pada pagi ini juga nampaknya sudah sampai ke penghujung.

Sehubungan itu, saya bagi pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi menghadirkan diri untuk menjayakan majlis pada pagi ini.

Saya bagi seluruh warga kerja serta ahli jawatankuasa Program Hari Kebudayaan Jepun Homestay Pelajar Muda Jepun Ke Malaysia SK Jalan Muara Tuangmemohon berbanyak-banyak kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam majlis ini.

CUE:Jamuan

ANN ( ):

Ke pekan sudah, ke maran pun sudah,Cuma ke tenum sahaja yang belum;Ucapan sudah, perasmian pun sudah,Makan dan minum sahaja yang belum.

Terbang sekawan si burung merbuk,Batang selasih di Tanjung Dara;Padamu tuan kami persembah,Santapan kasih juadah mesra.

Justeru, saya dengan rasa rendah diri mempersilakan

Yang Berbahagia Puan Hajah Serina Binti SauniPengarah Pendidikan Sarawak

meninggalkan majlis diiringi oleh tetamu-tetamu kehormat yang laindan dipersilakan untuk menjamu selara.

Sehingga kita bertemu lagi dalam suatu majlis yang lain, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.14