15
KONSEP RAS DAN RASISME Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya lebih kurang sama. Orang melayu, cina dan india serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian. Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal biologikal yang lain.

216405503 Konsep Ras Dan Rasisme

Embed Size (px)

DESCRIPTION

s

Citation preview

Page 1: 216405503 Konsep Ras Dan Rasisme

KONSEP RAS DAN RASISME

Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga

maknanya lebih kurang sama. Orang melayu, cina dan india serta pelbagai etnik lain di

Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam

kehidupan seharian.

Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai

tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal nyata, seperti warna kulit,

warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri paling ketara yang digunakan untuk

membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh

sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain

berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini

ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah

gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna

kulit dan ciri-ciri fizikal biologikal yang lain.

Rasisme wujud pada dua tahap: tahap individu dan tahap institusi. Pada tahap individu,

rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yang

berstatus lebih tinggi dan ada ras yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkat

individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap institusi,

rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya

membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras ang berbeza. Rasisme pada

Page 2: 216405503 Konsep Ras Dan Rasisme

tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial.KONSEP PREJUDIS

DAN STEREOTAIP

Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain

yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak

diluahkan secara terbuka. Lazimnya, pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang

jelas, tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik memandang negatif

terhadap kumpulan etnik lain. Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar

diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman

tersebut adalah salah. Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada

satu generasi kepada generasi yang lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat

apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam

aspek politik, ekonomi atau sosial dan sebagainya.

Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu

kumpulan etnik seperti "semua orang Arab itu beragama Islam", "Orang Belanda itu

bersifat kedekut" dan sebagainya. Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran

berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada

sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain. Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan

dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang

negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini

kerana fahaman stereotaip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu

memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan

interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

Page 3: 216405503 Konsep Ras Dan Rasisme

Ringkasnya, setiap kumpulan etnik mmpunyai pandangan stereotaipnyaterhadap

kumpulan etnik yang lain. Sebagai contoh, orang barat mempunyai pandangan

stereotaip terhadap kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Begitu juga, etnik melayu

mempunyai gambaran stereotaip terhadap etnik cina dan india dansebaliknya. Maka,

setiap pertembungan etnik akan menghasilkan stereotaip yang berupa gamabran

negatif atau positif.

Hubungan Etnik (WAJ3106)

Hubungan Etnik (WAJ3106)

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Konsep Etnik

Kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam (adat resam,

pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi)

Menurut Scupin (2003) etnik atau etnisiti berasal daripada perkataan Yunani, ‘ethnos’.

Ia merujuk kepada orang bukan Yunani yang berkongsi cirri biologi, culture dan cara

hidup yang sama.

Dalam New Testament Yunani ‘ethnos’ merujuk kepada bangsa bukan Yunani atau

bukan kristian.

Abad ke -19, masyarakat Eropah menganggap perkataan etnik, etnikal, etnisiti,

ethnique dan ethni’e’ sama dengan istilah ras. Etnik dapat diklasifikasikan melalui

perbezaan culture. Etnik biasanya bersifat etnosentrik –menganggap ciri-ciri budayanya

Page 4: 216405503 Konsep Ras Dan Rasisme

sebagai wajar, betul dan lebih utama berbanding budaya orang lain yang dipandang

rendah, ganjil.

Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan kumpulan etnik tertentu.

Etnosentrisme merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam

kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka lebih

hebat.

Konsep Ras dan Rasisme

Ras merujuk kepada pengasingan kumpulan manusia berdasarkan perbezaan ciri

fizikal badan seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala dan tekstur rambut.

Menurut Banton (1987) ada 3 teori ras iaitu :

2.1. Ras sebagai keturunan-manusia berasal dari Adam dan Hawa.

2.2. Ras sebagai jenis

2.3. Ras sebagai subspesis-rujuk teori Charles Darwin.

Ahli sosiologi melihat ras sebagai sekumpulan manusia yang melihat diri mereka dan

juga dilihat oleh orang lain sebagai mempunyai sifat keturunan yang membezakan

mereka drp yang lain.

Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negetif oleh

sekelompok sosial atau anggotanya terhadap suatu kelompok lain berdasarkan

perbezaan fizikal-biologikal. Rasisme juga merupakan gabungan prejudis dan kuasa

yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri fizikal-biologikal

yang lain.

Page 5: 216405503 Konsep Ras Dan Rasisme

Menurut Hughes et.al.(2002) rasisme wujud pada 2 tahap.

Pada tahap individu rasisme ialah kepercayaan bahawa ada ras tertentu berstatus

superior manakala ada yang berstatus inferior (rendah)

Pada peringkat institusi pula rasisme melibatkan dasar dan implemen bersifat

diskriminasi yang mewujudkan kesan ketidaksamaan pada manusia dari ras yang

berlainan.

Prejudice/prasangka merupakan sikap atau tanggapan yang bersifat negetif terhadap

sekumpulan manusia/ras lain. Ada 3 komponen prasangka iaitu komponen kognitif,

afektif dan kelakuan.

Prejudice dalam etnik berlaku apabila sesebuah etnik memandang negetif terhadap

etnik lain.

Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negetif terhadap sesuatu

kumpulan etnik, cth ‘ melayu itu beragama Islam’. Ia juga merujuk kepada gambaran

yang berlebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada

kumpulan etnik tertentu.

Diskriminasi pula adalah pandangan, pemikiran dan kepercayaan negetif oleh

seseorang/kelompok terhadap anggota/kelompok etnik lain yang mempengaruhi

perilaku pihak yang berpandangan negetif.

Diskriminasi juga merujuk kepada layanan berlainan yang diberikan oleh

individu/kelompok kepada individu/kelompok lain.

Masyarakat Pluralistik Alam Melayu

Page 6: 216405503 Konsep Ras Dan Rasisme

1.Pluralisme merujuk kepada ideology yang menyamaratakan kepercayaan dan

pegangan yang berbeza dalam masyarakat.

2.Pluraliti merujuk kepada kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu

masa secara semulajadi.

3.Pluralistik merujuk kepada kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu

masa secara dirancang dipaksa oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

4.Kewujudan kepelbagaian etnik di alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap

pembentuksn masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam

kepelbagaian.

5.Kedatangan kolonial adalah disebabkan faktor Gospel, Glory dan Gold. Kedatangan

mereka telah memberi impak dalam system kehidupan masyarakat di alam Melayu.

6.Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan colonial Eropah

terbentuk melalui proses semulajadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan. Hasilnya

telah mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar, system

social, politik dan agama. Mereka secara sukarela sangggup berkahwin dengan

penduduk local.

7.Menurut al-Attas pengaruh Hindu-Buddha tidaklah mendominasikan masyarakat di

alam Melayu berbanding dengan kekuatan pengaruh islam.

Page 7: 216405503 Konsep Ras Dan Rasisme

8.Orang Cina dan India dibawa kea lam Melayu demi kepentingan ekonomi dan politik

Inggeris.

Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kesultanan Melayu Melaka.

1.Melaka dianggap sebagai “venice of the east”

2.Pelaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undnag laut Melaka yang

berteraskan Islam mampu memberi keadilan kepada masyarakat plural Melaka pada

ketika itu.

3.Sistem perdagangan antarabangsa juga berjalan baik hasil urustadbir berteraskan

Islam.

4.Masyarakat Melaka pada waktu itu terdiri daripada pelbagai etnik antarabangsa yang

hidup dalam suasana aman damai.

5.Penghijrahan semulajadi tanpa paksaan berlaku. Akomodasi antara pedagang Cina,

India dengan penduduk lokal berlaku.

6.Kedatangan pedagang antarabangsa telah menyumbangkan kepada multi budaya.

Hasilnya terbentuk masyarakat Baba dan Nyonya.

Page 8: 216405503 Konsep Ras Dan Rasisme

Pembentukan Masyarakat Pluraliti Oleh Kolonial

1.Stephen Jay Goul dalam bukunya Rocks of Ages:Science and Religion menyatakan

masyarakat terbahagi kepada dua:

i.masyarakat yang menyokong agama

ii.masyarakat sains moden

2.Kedatangan Inggeris kea lam Melayu membawa bersama mereka konsep pemikiran

pemisahan negara dan agama. Agama dianggap penyumbang kepada perselisihan

manakala sains dianggap penyumbang kepada kemajuan.

3.Inggeris telah memperkenalkan system pentadbiran berasaskan 3 unsur iaitu

legislative, eksekutif dan kehakiman.

4.Bernard Cohn (pengkaji India British) berpendapat kolonialisme:

i.bukan sahaja melibatkan penaklukan ruang tapi juga epistemology atau system

pemikiran penduduk peribumi.

Page 9: 216405503 Konsep Ras Dan Rasisme

ii.melibatkan proses penggantian system pemikiran local dengan system pemikiran

sistematik.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka

1.Perkembangan masyarakat plural selepas merdeka boleh dilihat dalam ruang politik,

perlembagaan, pendidikan dan ekonomi.

2.Malaysia dianggap negara yang berupaya melaksanakan system demokrasi dengan

berkesan.

3.demokrasi di negara ini berjalan dengan lancer terutamanya semenjak pilihanraya

1955 dimana etnik Melayu, Cina dan India telah bersatu mendesak Inggeris memberi

kemerdekaan.

4.Selepas tahun 1960an kerjasama parti-parti politik dalam pakatan pemerintah telah

berkembang. Pada tahun 1974 Barisan Nasional ditubuhkan.

5.Dasar-dasar kerajaan berkaitan hubungan etnik melalui formula tolak ansur telah

berjaya mengekalkan keharmonian masyarakat Malaysia.

Page 10: 216405503 Konsep Ras Dan Rasisme

6.Dalam Perlembagaan negara kontrak social merupakan satu kesepakatan yang telah

dirunding. Pembentukan parti-parti politik etnik dan perikatan sebagai model

pemuafakatan politik.

7.Perlembagaan menjadi asas pelaksanaan system politik negara ini.

8.perlembagaan mencatatkan kontrak social yang dipersetujui bersama antara kaum.

9.Dari segi sejarah ada 2 kontrak social di alam Melayu:

i.Berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji setia dan saling hormat menghormati antara

rakyat dan raja (Demang Lebar Daun dgn rakyat)

ii.Berlaku kontrak sosial masyarakat plural hasil daripada syarat dikenakan Inggeris

untuk beri kemerdekaan kepada negara ini.

10.Communities Liasion Committee (CLC) 1949 diadakan atas usaha Onn Jaafar dan

Tan Cheng Lock.

11.Sebelum Penyata Razak terdapat 4 sistem pendidikan di negara ini.

12.Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum,

sukatan dan orientasi.

Page 11: 216405503 Konsep Ras Dan Rasisme

13.Penyata razak dan Laporan Rahman Talib merealisasikan kenyataan ini.

14.Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar.

15.Mulai tahun 1957 kerajaan telah mempergiatkan pembangunan ekonomi untuk

merapatkan jurang antara etnik.

16.Ini dilaksanakan melalui Rancangan Malaya 1, 2, Rancangan Malaysia 1,2,3 dan

seterusnya. Juga melalui DEB dan DPN.

Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Konsep Modenisasi dan Pembangunan

1.Modenisasi merupakan satu proses transformasi/perubahan dalam semua aspek

kehidupan masyarakat. Perubahan ini berencana dan ia mempunyai matlamat,kaedah

dan penetapan ukuran pencapaian.

2.Modenisasi diklasifikasikan kepada 2 :

i. Pembangunan ekonomi

Page 12: 216405503 Konsep Ras Dan Rasisme

ii. Pembangunan politik

3.Pembangunan ekonomi mensasarkan mewujudkan masyarakat industri. Ia

merangkumi pembangunan teknologi, pembangunan agro, pembangunan perindustrian

dan urbanisasi.

4.Modenisasi dikatakan berasal usul dari Eropah akibat 2 revolusi iaitu Revolusi

Perancis (mengubah sistem politik feudah) dan Revolusi Perindustrian.

5.Isu modenisasi berkait rapat dengan falsafah dan praktikal. Dari segi falsafah ia

berkaitan dengan kemajuan/evolusi. Hal ini mebawa kepada teori sosial tentang

perubahan. Evolusionisme merujuk kepada gagasan bahawa perkembangan negara

miskin ke arah moden.