35471743 Peranan Wanita Dalam Sukan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

peranan wanita

Citation preview

Masalah Pendidikan Jilid 27 155

Kekangan Wanita dalam Aktiviti Fizikal:

Satu Ulasan Rujukan

Syed Kamaruzaman b. Syed Ali

Universiti Malaya

Abstract

This article is a review of research on barriers to "women s physical activity. It will discuss the meaning of physical activity and its benefits, physical activity and health problems, women:~ involvement in physical activity and obstacles women face during involvement in physical activity. These obstacles are related to environmental, psychological and sociological aspects. Several methods to surmount these problems are also discussed.

Pendahuluan

Memiliki badan yang sihat dan cergas sememangnya menjadi idaman setiap orang sarna ada lelaki mahupun wanita. Untuk mencapai impian tersebut aktiviti fizikal yang bersisternatik amat penting. Aktiviti fizikal adalah merupakan suatu aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh anggota tubuh badan. Menurut Corbin et al. (2002) pula, aktiviti fizikal boleh dijelaskan sebagai suatu pergerakan yang me lib atkan penggunaan otot-otot besar. Terdapat pelbagai aktiviti fizikal yang balch dilakukan. Misalnya jogging. walking, aerobics dances, field games. cycling. swimming. bowling dan golf (Zainun Ishak, 1994). Namun begitu dalam kesibukan pada zaman sains dan teknologi ini, kita telah disogokkan dengan pelbagai peralatan canggih yang bertujuan untuk meringankan kerja. Antaranya ialah lif, escalator, dan berbagai lagi yang boleh menyebabkan kita tidak banyak menggunakan tenaga. Fenomena ini telah menjadikan individu itu bertambah malas dan lemah, malah berasa sangat rugi jika menggerakkan anggota tubuh badan mereka. Keadaan ini jika dibiar berterusan akan menyebabkan pe1bagai risiko penyakit hipokinetik, iaitu penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kurangnya pergerakan fizika1. Penyakit tersebut termasuklah penyakit kardiovaskular (sakit jantung), tekanan darah tinggi, masalah kegernukan, sakit belakang, dan sakit sendi (Wee, 1997).

Sebenarnya, badan kita memerlukan lebih banyak peluang untuk bergerak aktif. Oleh yang demikian kita digalakkan melakukan aktiviti fizikal untuk menilai tahap kecergasan semasa. Aktiviti fizikal adalah merupakan suatu

156 Masalah Pendidikan Jilid 27

aktiviti yang penting dalam mengatasi masalah kesihatan (US Department of Health and Human Services, 1996). Menurut Jones (1996), latihan fizikal akan dapat meningkatkan fungsi sistem kardiovaskular, yang berupaya mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan mungkin mengurangkan aras tekanan darah. Di samping itu latihan fizikal juga menghasilkan otot yang kuat dan sendi yang senang bengkok atau lembut. Seterusnya kekuatan otot dan kelembutan sendi ini akan membolehkan kebanyakan tugas harian lebih mudah dilakukan dan membantu pencegahan sengal dan sakit serta arthritis.

Aktiviti Fizikal dan Masalah Kesihatan

Menurut Wee (1997), kckurangan pergerakan fizikal merupakan salah satu faktor yang menyebabkan penyakit kardiovaskular. Di negara ini, mengikut laporan Yayasan Jantung Negara, sejak tahun 1980 hingga sekarang, penyakit kardiovaskular merupakan penyebab kematian utama di Malaysia. Pada tahun 1992, 5487 kematian ataupun 23.2 peratus dari j umlah kematian disebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Sebenarnya dari tahun 1980 hingga 1992, kadar kematian akibat penyakit kardiovaskular telah meningkat dari 22 orang kepada 38 orang dalam setiap 100000 orang, iaitu pertambahan sebanyak 71.5 peratus (Wee, 1997).

Selain daripada masalah sakit jantung atau kardiovaskular, masalah lebihan berat badan turut dihadapi oleh orang ramai akibat dari kekurangan melakukan aktiviti fizikal. Di Malaysia, kadar kegemukan terus meningkat di kalangan remaja dan berdasarkan kajian oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), seorang daripada lima remaja di negara ini mengalami masalah kegemukan atau berat badan berlebihan (Berita Minggu, 2003). Menurut Noordin Darus (1999), aktiviti fizikal ataupun senaman merupakan faktor yang signifikan dalam mencegah kegemukan.

Sehubungan dengan itu, jika aktiviti fizikal itu ditingkatkan, masalah kegemukan akan dapat diatasi, penyakit dapat dihindarkan dan rnasalah kernatian sebelum tiba masanya akan dapat dikurangkan. Seterusnya jika kes-kes kematian berkaitan kegemukan boleh dicegah, maka hampir tujuh tahun jangka hayat seseorang itu boleh ditambahkan. Jangka hayat berkurangan 1 peratus bagi setiap paun lemak yang lebih bagi individu antara 45 hingga 50 tahun. Di Amerika Syarikat, hampir 55 peratus kematian adalah disebabkan penyakit kardiovaskular yang berkaitan dengan kegemukan dan cara hidup yang tidak aktif secara fizikal (Wee, 1997).

Masalah Pendidikan Jilid 27 157

Penglibatan Wanita dalam Aktiviti Fizikal

Zainun Ishak (1994) telah menjalankan satu kajian berkaitan dengan penglibatan rcmaja pcrempuan di dalam aktiviti fizikal di Malaysia. Di dalam kajian tersebut beliau mendapati hanya 37.9% terlibat dengan permainan di gelanggang, 36.5% terlibat dengan perrnainan di padang dan hanya 39.7% yang terlibat dengan aktivitijogging, cycling dan aerobics. Bilangan ini adalah keciljika dibandingkan dengan penglibatan aktiviti fizikal dari kalangan remaja lelaki. Ini menunjukkan bahawa bilangan remaja perempuan yang terlibat dengan aktiviti fizikal adalah sedikit di Malaysia.

Pada hari ini sebenarnya masih ada kaum wanita yang tidak dapat memastikan sarna ada sukan itu penting ataupun tidak kepada diri mereka. Melalui satu tinjauan yang dibuat oleh Nadhratul Wardah (2000), di dapati seramai 93.2% responden yang menyatakan sukan itu sangat penting, dan 1.4% mcnyatakan kurang penting. Dad tinjauan tersebut di dapati ramai kaum wanita sedar akan kepentingan me1aksanakan aktiviti sukan atau aktiviti fizikal, Namun untuk melaksanakannya agak sukar bagi mercka. Ini adalah kerana mengikut kajian yang dijalankan oleh National Association for Sport and Physical Education (NASPE, 2003), didapati lebih kurang 23% responden menyatakan masalah gangguan dari kerja lain, 18% menyatakan tidak ada masa, 12% menyatakan rna salah kesihatan, dan 12% tidak ada minat ataupun motivasi untuk melakukan aktiviti fizikal,

Hasil kajian yang dijalankan oleh Ford et al. (1991) terhadap wanita di Pittsburgh pula mendapati status ekonomi juga turut mempengaruhi penglibatan mereka di dalam aktiviti fizikal, Seramai 16.8% wanita yang mempunyai status ekonomi tinggi telah melibatkan diri secara aktif dan berterusan dalam aktiviti fizikal berbanding dengan hanya 7% wanita yang berstatus ekonomi rendah.

Sebenarnya kanak-kanak perempuan sejak kecil hinggalah dewasa, mereka telah mclibatkan diri dengan berbagai aktiviti fizikal. Tetapi kajian telah men genal pasti hanya 20% wanita dewasa yang bergiat aktif dalam aktviti tersebut dan 30% kurang aktif ataupun sederhana (USDHHS, 2000).

Faktor-faktor Kekangan

Berdasarkan perbincangan tersebut, sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menjadi kekangan kepada mereka (wanita) untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti fizikal. Kekangan atau halangan yang dihadapi oleh kaum wanita scmasa diperingkat kanak-kanak adalah sarna dengan halangan-halangan ketika mereka

158 Masalah Pendidikan Jilid 27

di peringkat dcwasa (Hall, 1998; Sherwood & Jeffery, 2000). Faktor-faktor yang menjadi kekangan kepada mereka untuk melakukan aktiviti fizikal dapat dikategorikan kcpada tiga aspek: persekitaran, sosiologi dan psikologi (Ransdell, Oakland, & Taylor, 2003).

Faktor Persekitaran

Aspek persekitaran rnerangkumi kurangnya penekanan ke atas aktiviti pendidikan jasmani di sekolah-sekolah, juga kurangnya program-program rekreasi yang mana ia sebenarnya disukai oleh remaja perempuan dan boleh menarik rninat mereka melakukan aktiviti tersebut, latarbelakang keluarga yang tidak berminat kepada aktiviti fizikal, pengaruh teknologi seperti televisyen dan komputer yang menghalang mereka dari melakukan aktiviti fizikal, keadaan cuaca yang tidak sesuai, dan masalah perbelanjaan kewangan yang tinggi (Browne, 1992; Luke & Sinclair, 1991; Sherwood & Jeffery, 2000).

Kemudian terdapat juga di antara mereka te1ah diingatkan oleh pihak-pihak tertentu supaya tidak menggunakan alat-alat senaman di luar bagi tujuan aktiviti fizikal kerana cuaca yang tidak sesuai dan perbelanjaannya yang tinggi (Hart et al., 1989; Sherwood & Jeffery, 2000).

Nadhratul Wardah (2000) telah menjaJankan satu tinjauan ke atas 1005 wanita di Malaysia tentang faktor- faktor yang menghalang wanita dari melibatkan diri dalam aktiviti fizikaJ. Antara dapatan beliau yang boleh dikategorikan dalam aspek persekitaran ialah kekurangan masa kerana banyak kerja dan sibuk belajar (87%) dan kekurangan masa kerana melaksanakan tanggungjawab di rumah (30.5%). Berdasarkan kepada faktor yang pertama didadapti lebih separuh daripada responden yang dikaji terlalu sibuk dengan hal-hal pekerjaan dan urusan pelajaran dan ini menghalang rnereka bergiat aktif dalam aktiviti fizikaJ.

Faktor Sosiologi

Halangan - halangan dari segi sosial pula ialah seperti pcnumpuan kepada kerjakerja lain yang lebih penting; kurangnya sokongan dari kawan-kawan, adik-beradik, atau keluarga, dan pengaruh daripada individu yang terlibat dengan aktiviti fizikal tidak menunjukkan kesan positif atau peningkatan (Sherwood & Jeffery, 2000).

Tambahan pula mengikut pendapat Roszilah Asrnuti dan Mohd Sofian (2003), wanita kini lebih suka kepada benda-benda yang cantik; menurut mereka kecantikan itu adalah suatu aspek yang penting dalam kehidupan sebagai seorang wanita,

Masalah Pendidikan Jilid 27 159

Nadhratul Wardah (2000) turut menyatakan bahawa masalah yang menyebabkan kurangnya wanita mclibatkan diri dalam sukan atau aktiviti fizikal ialah kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang aktiviti fizikal, tidak berminat dalam sukan, tidak mendapat sokongan dari masyarakat, masalah pakaian sukan yang tidak sesuai, menganggap tidak ada sebarang faedah, dan masalah larangan dalam agama ketika bersukan.

Di samping itu, menurut N adhratul Wardah (2000), masalah kebenaran daripada ibu bapa untuk melaksanakan aktiviti fizikal sebenarnya tidaklah besar, kerana melalui kajiannya, beliau mendapati lebih kurang 96.8% wanita menyatakan bahawa mereka tidak ada halangan dari ibu bapa mereka untuk me lib atkan diri dalam aktiviti sukan atau aktiviti fizikal. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa mereka menunjukkan sikap yang positifterhadap aktiviti fizikal.

Kemudian jika ditinjau perkembangan sukan masa kini, sebenarnya wanita tidak pcrnah dikecualikan daripada menyertai aktiviti kecergasan fizikal, tetapi peluang penyertaan mcreka dalam aktiviti tersebut telah dihadkan (Renzetti, 1989). Kemudian Plaisted (1995) serta Rodgers dan Douglas (1998) juga berpendapat bahawa penglibatan wan ita dalam sukan juga telah dihadkan oleh pertubuhan sukan itu sendiri. Misalnya International Olympic Committee (IOC) scndiri enggan memberi kebenaran kepada atlit wanita menyertai acara larian jarak jauh seperti marathon sehingga awal tahun 1980-an. Alasannya ialah atlit wanita tidak mempunyai ketahanan untuk mcnghadapi ketegangan acara tersebut.

Faktor Psikologi

Selain daripada aspek persekitaran dan sosial, aspek psikologi juga turut menyumbang kepada faktor penghalang kaum wanita melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Misalnya kurang yakin dengan kemampuannya terutama dari aspek fizikal, rasa tidak selesa dengan pendidikan luar, dan masalah kurang yakin dengan kemampuan did yang sebenarnya mereka boleh dibimbing untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar (Luke & Sinclair, 1991; Sherwood & Jeffery, 2000). Menurut Napolitano (2000), darjah keyakinan diri juga turut mcmpengaruhi kemampuan untuk melakukan aktiviti fizikal. Iaitu apabila rnereka tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, secara tidak lang sung mereka tidak akan dapat melakukan aktiviti fizikal dengan sempurna.

Terdapat juga di antara mereka yang bimbang dengan kemunculan dan penilaian terhadap tubuh badan mereka (McAuley & Burman, 1993). Dalam satu

160 Masalah Pendidikan Jilid 27

kajian ke atas wanita yang tinggi tahap kebimbangan sosial susuk badan (social physique anxiety-SPA) yang diukur menggunakan Social Physique Anxiety Scale (SPAS) (Hart et al., 1989), didapati wanita lebih mengalami tekanan berdasarkan laporan kendiri, merasai kurang selesa semasa penilaian susuk badan dan lebih kerap berfikiran negatiftentang penampilan tubuh badan mereka (Hart et. al., 1989). Oleh itu mereka memilih untuk berlatih di persekitaran yang terpencil dan persekitaran yang tidak menitikberatkan susuk badan (Crawford & Eklund, 1994).

Zainun Ishak (1994) pula menyatakan bahawa terdapat juga di antara wanita yang tidak aktif melakukan aktiviti fizikal kerana bimbang badan mereka akan berotot seperti lelaki. Kemudian menurut Cox (1998), wanita yang menyertai sukan dan berlatih dengan serius akan dianggap mannish atau kelakian dan unfeminine atau tidak kewanitaan. Masalah ini ada juga dinyatakan oleh Anderson dan Williams (1994) dalam Mohd Sofian (2003), iaitu wan ita takut jika dia menang dalam persekitaran yang dominannya kelakian, dia akan kehilangan kewanitaannya dan juga akan disingkirkan oleh masyarakat sama ada lelaki atau wanita. Menurut Cox (1994) juga, wanita sebenarnya mempunyai perasaan malu dalam penyertaan sukan yang tidak sesuai dengan perananjantina mereka. Situasi yang demikian menyebabkan kurangnya penglibatan yang ramai dari kalangan wanita untuk melakukan aktiviti fizikal ataupun sukan.

Ada juga di antara rnereka yang rasa ragu-ragu atau bimbang hendak mengikuti aktiviti fizikal kerana kurangnya kcyakinan dengan kemampuan fizikal mereka dan kadang-kadang rasa sukar dan kekok melakukan latihan di temp attemp at awam (Bain et a1., 1989). Hasil daripada tinjauan di Malaysia, Nadhratul Wardah (2000) juga mendapati lebih kurang 69.8% daripada sampel yang dikaji menyatakan bahawa mereka kekurangan kemampuan, kekuatan dan keyakinan untuk melakukan aktiviti fizikal.

Kesimpulan dan Cadangan

Aktiviti fizikal merupakan suatu aktiviti pergerakan yang perlu dilaksanakan oleh semua manusia tanpa mengira kaum atau jantina. Faedah dan kepentingan dari aktiviti ini tidak dapat dinafikan lagi. Melalui aktiviti fizikal seseorang individu itu dapat memelihara kesihatan badan secara keseluruhannya. Sehubungan dengan itu berbagai penyakit yang berkaitan akan dapat dihindarkan.

Semua penduduk sarna ada lelaki atau perempuan merupakan generasi yang penting dalam membantu membangunkan negara. Oleh yang demikian satu langkah yang drastik pcrlu diambil bagi menjamin kualiti kehidupan penduduk masa kini. Di antara langkah terse but termasuklah mengadakan usaha-usaha

Masalah Pendidikan Jilid 27 161

bagi menggalakkan kaum wanita agar mereka seiring dengan kaum lelaki dalam melakukan aktiviti fizikal bagi penjagaan kesihatan yang baik. Mereka perlu berasa lebih selesa dan mempunyai motivasi untuk melakukan aktiviti fizikal tersebut, Misalnya, selain daripada dorongan, faktor kemudahan peralatan juga perlu disediakan dan ini merupakan faktor penting dalam membantu meningkatkan penglibatan individu dalam aktiviti fizikal (Napolitano, 2000).

Bagi merealisasikan hasrat tersebut kerjasama padu daripada semua peringkat amat diperlukan. Pihak media massa adalah medan utama yang berperanan mcnyebarkan maklumat tentang kepentingan dan faedah aktiviti riadah atau senaman serta keperluannya dalam kehidupan seharian. Penyebaran maklumat ini boleh dilaksanakan melalui kepakaran yang telah sedia ada di dalam negara kita. Pakar motivasi sukan contohnya boleh memberikan galakan dan dorongan di samping memberi panduan mengatasi masalah psikologi di kalangan wanita untuk melaksanakan aktiviti fizikal. Mereka juga boleh berperanan untuk mcngikis masalah salah tanggapan masyarakat terhadap wanita yang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut,

Pakar-pakar agama juga boleh mcnggunakan saluran media untuk menghapuskan salah faham ten tang hukum dan larangan agama terhadap wanita yang melakukan aktiviti fizikal. Kepentingan riadah dalam agama, terutamanya agama Islam, perlu disebarkan dan dijelaskan agar tiada pcrasaan ragu terutamanya di kalangan kaum wanita yang ingin me lib atkan diri dalam aktiviti riadah. Malah pakar kesihatan dan pakar kecantikan yang ada juga perlu menggunakan media untuk mcnerangkan hubungan di antara aktiviti fizikal dengan kesihatan dan kecantikan tubuh badan. Begitu juga dengan kesannya terhadap sifat kewanitaan serta kcsan cuaca terhadap kulit dan bahan pelindung kulit yang sesuai semasa melakukan aktiviti fizikal.

Selain penggunaan media massa, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kcmenterian Pengajian Tinggi juga perlu mcmberikan penekanan tcrhadap pelaksanaan kurikulum pendidikan jasmani di institusi pendidikan termasuk sckolah. Mereka boleh membuat pemantauan sarna ada kurikulum yang dilaksanakan mengikut panduan yang tclah ditetapkan atau sebaliknya. Mata pelajaran pendidikan jasmani juga boleh dijadikan sebagai mata pelajaran teras dan seterusnya dijadikan sebagai subjek peperiksaan secara teori dan amali di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi.

Pihak institusi pendidikan pula perlu melaksanakan kurikulum pendidikan jasmani mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran tanpa membezakan di antara pelajar lelaki dan wanita. Mereka perlu me lib atkan

162 Masalah Pendidikan Jilid 27

semua pelajar lelaki dan wanita secara rnenyeluruh dalam aktiviti fizikal tanpa meragui tahap keupayaan pelajar percmpuan, malah sanggup mengambil risiko yang sarna sekiranya pelajar pcrempuan melakukan aktiviti yang sarna dengan pelajar lelaki. Tindakan yang sarna juga perlu diambil sekiranya terdapat pelajar lelaki atau perempuan yang tiada kclengkapan untuk melakukan aktiviti pendidikan jasmani, Sebagai contohnya, melarang pelajar perempuan membuat ulangkaji di dalam kelas scdangkan pelajar lelaki dipaksa melakukan aktiviti pendidikanjasmani dengan memakai uniform sekolah.

Pihak pemaju perumahan juga berperanan menyediakan sekurang-kurangnya satu kawasan lapang yang sesuai bagi semua golongan untuk melakukan aktiviti fizikal. Pihak pertubuhan sosial dan penduduk setempat juga perlu bekerjasama menjaga dan menambah alatan kemudahan di kawasan yang telah disediakan oleh pihak pemaju. Sekiranya perlu, penggunaan kawasan secara berjadual serta penyusunan program yang melibatkan aktiviti fizikal secara terancang hendaklah dibuat bagi menggalakkan penglibatan semua pihak.

Rujukan

Bain, L. L., Wilson, T., & Chaikind, E. (1989). Participant perceptions of exercise

programs for overweight women. Research Quarterlyfor Exercise and Sport, 60(2),

134-143.

Berita Minggu. (2003, September 28). Tabiat pemakanan tidak seimbang punca kegemukan, msA.

Browne, 1. (1992). Reasons for the selection or nonsclection of physical education studies by Year 12 girls. Journal of Teaching in Physical Education, 11, 402-410.

Corbin, C. B., Lindsey R., Welk, G. 1., & Corbin, W. R. (2002). Concepts a/fitness and wellness. A comprehensive lifestyle approach (4th ed.). Boston: McGrawHill.

Cox, R, H. (1994). Sport psychology: Concepts and applications (3rd 00.). USA: Brown. Cox, R. H. (1998). Sport psychology: Concepts and applications (4th ed.).Boston: McGraw-Hill.

Crawford, S., & Eklund, R. C. (1994). Social physique anxiety, reason for exercise, and attitudes towards exercise settings. Journal ofSport & Exercise Psychology. 16, 70-82.

Ford, E. S., Merritt, R. K., Heath, G. w., Rowell, K. E., Washburn, R. A., Kriska,

A., et al. (1991 ). Physical activity behaviors in lower and higher socio-economic status populations. American Journal of Epidemiology. 133, 1246-1256.

Hall, A. E. (1998). Perceived barriers to and benefits of physical activity among black and white women. TfOmen in Sport and Physical Activity Journal, 7(2), 1-32.

, Masalah Pendidikan Jilid 27 163

Hart, E. H., Leary, M. R., & Rejeksi, W. 1. (1989). The measurement of social physique anxiety. Journal of Sport & Exercise Psychology, 11,94-104.

Jones, 0. L. (1996). Rahsia kesihatan. Shah Alam: Fajar Bakti.

Luke, M. D., & Sinclair, G. 0. (1991). Gender differences in adolescents' attitudes toward school physical education. Journal of Teaching in Physical Education. 11. 31-46.

McAuley, E., & Burman, G. (1993). The social physique anxiety scale: Construct validity in adolescent females. Medicine and Science in Sport and Exercise, 9, 1049-1053.

Mohd Sofian Omar Fauzee (Ed). (2003). Sosio-psikologi: Sukan dan kegiatan fizikal. Kuala Lumpur: Karisma.

Nadhratul Wardah Salman. (2000). Women and sport in Malaysia: Opportunities and barriers. 3M ICHPER.SD Asia Congress 23-26 November 2000.

Napolitano, M. A. (2000). Breaking barriers to increased physical activity. The Physician and Sportsmedicine, 28(10).

NASPE (2003). Perceptions of physical education and physical activity. Journal of Physical Education, Recreation & Dance. 74.

Noordin Darus. (1999). The art of total wellness. Kuala Lumpur: WorldWellness Network. Plaisted, V. (1995). Gender and sport. Dalam T. Morris, & 1. Summer (Ed.), Sport psychology:

Theory. application and issues (pp. 538-574). Singapore: Wiley.

Ransdell, L. B., Oakland, D., & Taylor, A. (2003). Increasing physical education activity in girls and women: Lessons learned from the DAMET project. Journal of Physical Education, Recreation & Dance.

Renzetti, C. M., & Curran, D. 1. (1989). Women, men. and society: The sociology of gender.

Boston: Allyn and Bacon.

Rodgers, B., & Douglas, S. (1998). The complete idiot's guide to jogging and running. New York: Simon & Schuster.

Roszilah Asmuti & Mohd Sofian (2003). Penentuan penyertaan sukan dan aktiviti fizikal di kalangan atIit lelaki dan wanita, Dalam Mohd Sofian Omar Fauzee (Ed), Sosio-

psikologi sukan dan kegiatan fizikal (ms. 106-116). Kuala Lumpur: Karisma.

Sherwood, N. E., & Jeffery, R. W. (2000). The behavioral determinants of exercise: Implications for physical activity interventions. Annual Reviews in Nutrition, 20, 21-44.

U.S. Department of Health and Human Services. (1996). Physical activity and health: A report of the Surgeon General. Atlanta, GA: Centers for Disease Control and Prevention.

U.S. Department of Health and Human Services. (2000). Healthy people 2010. Washington, DC: USDHHS.

Wee, E. H. (1997). Kecergasan: Satu panduan hidup. Shah Alam: Fajar Bakti.

Zainun Ishak. (1994). Recreational activities of young adults in Malaysia. First ICHPER-SD Asia Congress Proceedings. Kuala Lumpur, Malaysia.