Upload
diayana-amirah-mohd-radin
View
77
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
3.0 Sumbangan Tokoh Islam kepada perkembangan Tamadun Dunia.
3.1 Sumbangan dalam bidang falsafah.
IBN KHALDUN
Ibnu Khaldun banyak menyumbang dalam perkembangan tamadun dunia.
Beliau telah memberikan pandangan serta teori-teori yang berkaitan dengan
peradaban manusia. Dalam bukunya yang bertajuk “Mukaddimah” ada menyebut
bahawa manusia tidak boleh hidup tanpa organisasi sosial yang mana menurut ahli
falsafah diistilahkan “kota” (al-madinah). Itulah yang dimaksudkan dengan
peradaban. Beliau juga menegaskan bahawa setiap individu itu tidak boleh berdiri
dengan sendiri tanpa pertolongan orang lain kerana tenaga manusia itu tidak cukup
untuk menjamin keselamatan dirinya. Oleh sebab itu, organisasi sosial adalah suatu
keharusan bagi manusia. Tanpanya, kewujudan manusia tidak akan sempurna. Ibnu
Khaldun amat cenderung terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan
kemasyarakatan. Konsep yang diajukan Ibn Khaldun untuk memahami proses
perubahan masyarakat adalah ashabiah. Ashabiah ini menyatukan orang untuk
meraih tujuan yang sama, juga untuk mengendalikan masyarakat. Ashabiah
terbentuk pada awalnya dari pertalian darah. Tetapi ia juga terbentuk dari
perserikatan, persekutuan dan kesetian social yang akhirnya membawa kepada
pembentukan sebuah Negara yang berdaulat. Negara akan memiliki wilayah luas
dan kedaulatan yang kuat jika mendasarkan pada agama. Merupakan watak yang
alami, negara memusatkan kekuasaan pada tangan satu orang (golongan), juga
merupakan watak alami negara menimbulkan kemewahan dan menumbuhkan sifat
menurut dan malas. Pemusatan kekuasaan pada satu tangan dan meratanya
kemewahan dan sifat malas merupakan indikasi kehancuran negara.
AL-KINDI
Al-Kindi merupakan ahli falsafah Islam yang terkenal. Sebelum beliau
melahirkan pemikiran falsafahnya, beliau terlebih dahulu mempelajari dan
mendalami falsafah Yunani melalui karya-karya terjemahan ke dalam bahasa Arab.
Selepas itu, barharulah beliau mengemukakan falsafahnya. Al-Quran dan Al-Sunnah
dijadikan panduan sebagai sumber dan akidah serta syarak dan akhlak.
Beliau dikatakan telah menghasilkan 263 karya falsafah sama ada yang besar
ataupun kecil. Keagungan pemikirannya diakui oleh ahli-ahli falsafah Barat sendiri
dan sebahagian karyanya diterjemah ke dalam bahasa-bahasa Eropah terutamanya
Latin dalam abad pertengahan.
Menurut Al-Kindi, agama dan falsafah tidak mungkin bertentangan. Agama
disamping sebagai wahyu yang juga menggunakan akal, dan falsafah juga
menggunakan akal. Pemikiran falsafah al-Kindi menjelaskan bahawa ;
“Adanya Tuhan menyebabkan adanya alam ini. Kegiatan Tuhan berkembang di
antara langit dengan bumi. Jiwa bumi adalah daya pergerakan Tuhan. Jiwa bumi
telah menyebabkan terjadinya langit, bintang dan planet-planet diangkasa lepas.
Jiwa manusia adalah pancaran jiwa bumi. Kerana itu, manusia bersifat dualisme.
Selama jiwa itu masih terikat dengan tuntutan berupa kebendaan, ia dipengaruhi
oleh langit dan bintang-bintang. Kalau jiwa terlepas daripada tubuhnya, ia kembali
kepada temppat asalnya iaitu kepada Allah dimana ia mendapat kemerdekaan dan
kebebasan. Kemerdekaan yang kekal dan abadi hanya dapat dicapai dalam dunia
akal budi iaitu keamanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Orang yang hendak
mencapai kemerdekaan dan kebebasan itu harus memperkembangkan kekuatan
akalnya dengan jalan ilmu ketuhanan iaitu akidah, dan ilmu tentang alam semesta
iaitu syarak dan akhlak.”
Al-Kindi juga telah membicarakan tentang hal jiwa manusia. Menurut al-Kindi,
jiwa manusia dikenali sebagai “nafs”. Ia merupakan “Jauhar” al-aqli, iaitu akal abadi
yang dianugerahkan oleh Allah. Ia memiliki dua tarikan iatu antara kebendaan,
keduniaan dan kejasmanian dan kerohanian, ketuhan dan keakhiratan.
Al-Kindi membahagikan akal kepada tiga, iaitu Aql al-Huyani , Aql bi al-Fi’ 1
dan Aql al-Fa’al. Aql al-Huyani merupakan anugerah Allah s.w.t. Aristotles
menggunakan common sense (akal biasa). Ia mempunyai kekuatan untuk
membezakan antara yang baik dan buruk. Aql bi al-Fi’ 1 pula adalah kekuatan untuk
memperolehi ilmu pengetahuan. Aql al-Fa’al adalah kekuatan yang merangsang
seseorang melakukan sesuatu.
Dalam diri manusia juga ada al-nafs yang mengandungi dua kekuatan, iaitu
kekuatan kebaikan dan kekuatan kejahatan. Al-nafs inilah yang akan mempengaruhi
jiwa kita. Jika kebaikan yang ada lebih dominan daripada kejahatan, maka baiklah
tingkah laku seseorang dan sebaliknya.
IMAM AL-GHAZALI
Keagungan Al-Ghazali dalam bidang falsafah sukar ditandingi sehingga
beliau digelar sebagai Hujjatul Islam iaitu pembela Islam dan Zainuddin iaitu hiasan
agama kerana hujahnya yang bernas. Dalam usia mudanya, beliau pernah dilantik
menjadi professor di Akademik Nizami iaitu sebuah universiti di Baghdad dalam
bidang fekah. Namun begitu, beliau sebenarnya sangat berminat lam bidang
falsafah lagi. Kegigihannya dalam mempelajari ilmu falsafah akhirnya
menjadikannya seorang ahli falsafah yang dikagumi kerana kejayaan beliau
menggabungkan antara falsafah dan tasauf dengan akidah, syarak dan akhlak.
Beliau telah menghasilkan 70 buah kitab dalam pelbagai bidang dan
kebanyakkannya dalam dalam bidang falsafah. Antara karyanya yang masyhur ialah
al-Munqiz min-al Dhalal iaitu falsafah dan akidah, Tahafut al-Falasifah iaitu falsafah,
Mizan al-Amal iaitu mantik, Ihya’ Ulumuddin iaitu tasauf dan lain-lain, al-Wajiz iaitu
fekah dan Mawasid al-Faladifah. Dalam karyanya iaitu Kitab Maqasid al-Falsafiyah,
beliau telah membentangkan pendapat ahli-ahli falsafah. Kitab Mi’eyar al-ilmi fi al-
mantiq, beliau telah menerangkan tentang pencapaian ilmu pengetahuan. Dalam
Kitab Al-Munqidh, beliau membicarakan tentang penghidupan dan kemajuan
pemikiran.
Asas-Asas Falsafah Al-Ghazali secara ringkasnya dikategorikan kepada
enam aspek penting iaitu: matematik, fizik, metafizik iaitu ketuhanan, politik, logik
dan etika iaitu akhlak. Malah menurutnya, Islam tidak melarang mempelajari ilmu-
ilmu seperti falsafah Greek asalkan ia tidak ber tentangan dengan Islam
sebagaimana dibahaskan di dalam karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah
mengenai fizik dan metafizik yang mengatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpa
kawalan.Walaupun beliau bersetuju dengan sumbangan teori falsafah yang
dipelopori oleh Aristotles dan Plato terhadap nilai keilmuan, namun tidak semua
beliau terima kerana terdapat bahagian dari bidang falsafah yang bertentangan
dengan akidah Islam.
IBN RUSYD
Ibn Rusyd sangat mahir dalam bidang ilmu fekah sehingga dilantik menjadi
kadi. Namun demikian, kemasyhuran dan kepakaran beliau lebih menonjol dalam
bidang falsafah lagi. Antara karya beliau yang paling masyhur hingga ke hari ini ialah
Mabadi al-Falasifah iaitu membincangkan tentang falsafah. Kulliah untuk bidang
perubatan, Tafsir Urjiza, Taslul iaitu ilmu kalam, Tahafut al-Tahafut untuk bidang
falsafah, Muwafaqah al-Hikmah wa al-Syariah untuk bidang falsafah dan fekah.
Beliau telah membuat pembaharuan dalam bidang falsafah Islam dengan
membawa pandangannya yang baru berrkaitan dengan Al-Quran. Beliau
menjelaskan bahawa;
“Al-Quran itu diturunkan oleh Tuhan untuk seluruh manusia. Oleh kerana manusia
mempunyai tingkat-tingkat tertentu, ada yang berilmu, ada yang bodoh, maka
pengertian al-Quran itu pun, tentu bertingkat pula menurut tingkat mereka.”
Justeru, al-Quran ditujukan kepada dua golongan dalam dua bentuk yang
berbeza iaitu, Mutaysabih dan Muhkam. Mutaysabih adalah untuk golongan ulama
yang harus ditafsirkan secara kiasan, falsafah dan ilmu yang tinggi. Muhkam pula
ditujukan untuk golongan awam yang ditafsirkan secara langsung. Beliau
menjelaskan bahawa tiada satu ayat al-Quran pun yang tidak boleh ditafsir. Semua
ayat ada kepentingan dan tujuan untuk manusia.
Selain itu, pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada persoalan
yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah
mengemukakan idea yang bernas lagi jelas dan melakukan pembaharuan semasa
dengan membuat huraian mengenai perkara tersebut. Hasil pemikiran yang
dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah
mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan
Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd, tetapi
memperolehi ilham daripada pembacaan karyanya. Pemikiran Voltaire dan
Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merobah
wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat
Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya, sama
ada secara langsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua
Eropah.
3.2 Sumbangan dalam bidang Sains dan Matematik
IBN SINA
Hasil karya beliau yang terkenal dalam bidang kedoktoran ialah
buku Al-Qanun fu al-Tibb iaitu peraturan perubatan. Buku itu
mengandungi 14 jilid yang merupakan satu himpunan perbendaharaan
mengenai ilmu perubatan. Dari segi penggunaan ubat, diagnosis dan
pembedahan dalam ilmu perubatan moden pada hari ini, banyak sumber
diambil daripada pemikiran Ibn Sina.
Buku-buku lain hasil karya beliau dalam bidang ini ialah Al-Urjuzah fi
al-Tibb iaitu puisi kedoktoran, Al-Adwiyah Al-Qalbiyah iaitu ubat-ubat
jantung, Kitab Al-Qoulanj iaitu penyakit Colic dan Majmu’ah Ibn Sina Al-
Kubrn iaitu cara-cara perubatan penyakit. Antara hasil karyanya ini,
banyak yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Latin dan menjadi
rujukan utama kepada bidang perubatan di universiti-universiti Eropah
sehingga abad ke-17. Karya tersebut telah disalin dan dicetak sebanyak
16 kali, iaitu 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi lagi dalam
bahasa Yahudi.
Penulis-penulis Barat menganggap Ibn Sina sebagai bapa
kedoktoran kerana beliau telah berjaya menyatukan teori perubatan
Yunani Hippocrates dan Galen, pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari
India, Parsi, serta pengalaman beliau sendiri.
Ibn Sina telah mengembangkan ilmu psikologi dalam bidang
perubatan. Beliau juga membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang
dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatiks. Beliau juga telah
mengembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung iaitu untuk
mengenalpasti dalam masa beberapa detik sahaja tentang
ketidakseimbangan humor yang berkenaan. Diagnosis melalui denyutan
jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim iaitu Doktor Islam di
Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan
Yunani.
Seorang doktor dari Amerika Syarikat 1981 melaporkan bahawa
para hakim di Afghanistan, China, India, dan Parsi sangat berkebolehan
dalam penentuan penyakit melalui denyutan jantung. Kaedahnya bukan
sahaja mengira beberapa denyutan jantung di tempat yang dirasai, tapi
mutunya yang pelbagai merangkumi sama ada kuat atau tidak denyutan,
masa antara denyutan, kandungan lembap dalam kulit dan sebagainya.
Daripada ukuran-ukuran tersebut, seseorang hakim mungkin mengetahui
penyakit yang dihadapi dalam tubuh pesakit tersebut dengan tepat.
Ibn sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan
bahawa penyakit paru-paru atau pulmonary tuberculosis adalah satu
penyakit yang boleh berjangkit. Beliau boleh memberikan tanda-tanda
atau simptom penyakit kencing
manis atau lebih dikenali sebgai diabetes dan kesan atau masalah yang
timbul daripadanya.
Beliau juga sangat berminat dalam bahagian berkenaan dengan
kesan akal ke atas jasad yang telah banyak menulis berkenaan dengan
gangguan psikologi. Sepanjang hidupnya, Ibn Sina telah menghasilkan
kira-kira 250 buah karya yang
kekal sehingga masa ini, termasuk 116 buah karyanya dalam bidang
perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bhasa Arab dan juga beberapa
karya dalam bahasa Parsi.
Al-Quran fi Al-Tibb merupakan karya beliau yang terkenal di Eropah
dan dicetak berulangkali pada zaman Renaissance. Karya beliau ini
mempunyai pengaruh asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman
tersebut malah merupakan buku rujukan yang utama di universiti-
universiti sehingga abad ke-17 Masihi.
FAKHRI AL-DIN AL-RAZI
Al-Razi banyak member sumbangan dalam bisang sains. Beliau merupakan
antara tokoh yang terawal menyedari mengenai pentingnya kebersihan, seperti yang
dapat dilihat dalam ketelitiannya ketika memilih tapak hospital Audidi. Al-Razi telah
menggantungkan daging yang baru pada beberapa tempat yang dicadangkan
sebagai tapak hospital Audidi dan memilih tempat yang daging menjadi busuk paling
lambat. Konsep kebersihan udara dan tempat telah disedari oleh pakar perubatan
Islam masa itu. Beliau juga telah banyak menghasilkan buku-buku kimia yang
kebanyakannya ditulis dalam bahasa Parsi antaranya Ketabe Serr (Buku berkenaan
Rahsia), Ketabe Serre Serr (Rahsia pada rahsia), Buku pertama berkenaan
Ujikaji,Buku kedua berkenaan Ujikaji, Resaale'ei Be Faan, Arezooyeh
Arezookhah,Surat kepada wazir Ghasem bin Abdullah, .Ketabe Tabvib. Sebagai ahli
alkhemi, Razi diakui sebagai menjumpai asid sulfirik, yang digunakan secar ameluas
("work horse") bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden. Dia juga
menjumpai ethanol dan hasil sulingannya, dan kegunaannya dalam perubatan. Al-
Razi merupakan seorang yang pemurah, dengan sifat perikemanusiaan terhadap
pesakitnya, dan murah hati terhadap golongan miskin, Dia sering kali memberikan
mereka rawatan penuh tanpa mengenakan sebarang bayaran, ataupun sebarang
bentuk bayaran lain. Apabila dia tidak bersama pelajar atau pesakitnya, dia sentiasa
menulis atau belajar.
AL-KHAWARIZMI
Al Khawarizmi adalah seorang ilmuan bijak pandai pada masa keemasan
Baghdad yang sangat besar sumbangannya terhadap ilmu Algebra dan aritmetika.
Al-Khawarizmi telah memberikan sumbangan dalam perkembangan ilmu matematik
Islam apabila mengemukakan asal-usul angka. Karya-karya beliau yang
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagni, iaitu kitab al-Jami wa
al-Tafiq bi Hisab al-Hindi. Kitab ini dikatakan ditulis oleh beliau berdasarkan kepada
matematik yang berasal dari India.
Al-Khawarizmi juga telah memperkenalkan satu teorem baru dalam
matematik iaitu Algebra. Bukunya Al-Maqala fi Hisab-al Jabr wa-al-Muqabilah
mengenai Algebra juga telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of
Chaster ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan ia adalah terjemahan yang
diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat. Di Eropah, ia dipanggil
Alchwarizmi, Alkarismi, Algorithmi, Algorismi. Panggilan inilah yang kemudian
dipakai untuk menyebut konsep algoritma yang diperkenalkan. Para pelajar Eropah
mengaitkan Al-Khawarizmi ini dengan New Arithmetic yang pada akhirnya menjadi
asas pernomboran angka, dimana penulisan angka Arab dikenal dengan Algorism
atau Algoritma.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan yang masyhur ialah Sistem
Nombor, karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero
Indorum. Selain itu beliau juga telah menghasilkan karya ‘Mufatih al-Ulum’ yang
bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang. Al-Jami wa al-Tafsir
bi Hisab al-Hind, Al-Amal bi’ Usturlab’, Al-Tarikh dan Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa
al-Muqabila.
Dalam bidang aritmetika, Al-Khawarizmi menulis kitab Al-Jam wal Tafriq bi
Hisab al-Hid (Book of Addition Substraction by the Methode Calculation). Edisi asli
berbahasa Arab telah hilang, tapi versi lainnya ditemukan pada tahun 1857 di
perpustakaan Universiti Cambridge. Karya Al-Khawarizmi itu dikenal sebagai buku
pelajaran pertama yang ditulis dengan menggunakan sistem bilangan perpuluhan.
3.3 Sumbangan dalam bidang politik
HASAN AL-BANNA
Sumbangan Hasan Al-Banna dilihat lebih tertumpu dalam bidang politik dan
ekonomi. Di antara hal yang tidak diragukan lagi ialah da’wah beliau itu amat
mementingkan komitmen dengan Islam, baik sebagai aqidah, syari’ah dan system
kehidupan. Beliau menjelaskan bahawa dakwah terdiri dari pelbagai aspek seperti
politik, dakwah gerakan, penyusunan strategi dan ekonomi. Orang yang mengamati
apa yang telah dituliskan oelh beliau dalam risalah-risalahnya akan mendapati
bahawa Imam Hasan Al Banna adalah seorang pemimpin politik yang diikuti
masyarakat. Beliau memiliki pemahaman politik Islam (Fiqih Siyasi Islami) yang
diambil dari pemahaman kalangan intelektual dan ulama Islam. Imam Hasan Al-
Banna kembali menegaskan bahwa Islam adalah agama yang komprehensif iaitu
mencakupi semua aspek kehidupan umat manusia. Beliau juga mengkritik fahaman
sekulerisme yang mengasingkan antara agama dengan politik dan pemerintahan.
Dengan lantang beliau menyatakan bahawa gerakan Islam manapun yang tidak
menyertakan permasalahan politik dan pemerintahan dalam program mereka, maka
pergerakan tersebut belum layak dinamakan gerakan Islam dalam konsep
pemahaman Islam yang komprehensif. Bidang politik sebagai salah satu elemen
kehidupan, jelas tidak dapat dipisahkan dengan norma-norma kehidupan. Dalam
Islam, kepedulian umat terhadap politik sudah muncul semenjak lahirnya Islam.
Pertikaian kaum muslimin dengan kaum musyrikin mustahil mampu diatasi jika tidak
menggunakan strategi politik yang jitu. Namun, politik yang dimaksudkan Islam jelas
yang berperadaban, bermoral, humanis, tidak menghalalkan segala cara dan
berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu, Islam tidak menafikan agama
dalam politiknya dan pemahaman secular itu adalah konsep politik barat semata-
mata. Islam dengan politiknya membawa misi pembahagiaan manusia di dunia
maupun akhirat kelak, sebuah politik yang melindungi semua hak mereka, sehingga
diharapkan pada suatu masa nanti umat Islam dan bukan Islam menggunakan etika
politik Islam yang akan melahirkan kebahagiaan bagi mereka.
3.4 Sumbangan dalam bidang ekonomi
IBN KALDUN
Ibnu Khaldun juga begitu arif dalam bidang ekonomi dan ianya banyak
ditonjolkan melalui bukunya yang bertajuk “Mukaddimah”. Ibnu Khaldun menyedari
bahawa ekonomi memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan
ekonomi sesebuah negara tersebut. Terdapat 3 teori yang dijelaskan oleh Ibnu
Khaldun berkaitan ekonomi iaitu teori pengeluaran, teori nilai, wang dan harta serta
teori pengagihan.
Teori pengeluaran ialah teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa
menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan
permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan
kerjasama masyarakat. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat
melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang
mahir dan cekap.
Teori nilai, wang dan harta pula berkaitan dengan nilai diguna (use value)
dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah
bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam
proses pengeluaran. "Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu
digunakan untuk mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi
manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh,”
kata Ibn Khaldun.
Manakala teori pengagihan pula ialah beliau membahagikan ekonomi kepada
tiga sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam. Menurut
Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh yang
terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas
kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan
oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran.
3.5 Sumbangan dalam bidang agama
SYEIKH ABDUL QADIR AL-JALANI
Beliau merupakan seorang yang alim, jujur, ikhlas dan benar. Kesemua nilai-
nilai ini menjadi simbol kepada Tareqat Qadariah yang terus menerus berkembang
hasil usaha dari pengesasnya iaitu Syaikh Abdul Qadir Jilani dan tareqat ini
berdasarkan pengalaman peribadi beliau tentang Islam, Iman, dan Ihsan. Ini akan
mengajar kita tentang Ikhlas, Wara’ , Zuhud, Taqwa, penyerahan diri sendiri,
ketabahan, kehambaan kepada Allah, mendekatkan diri kepada Allah dan
menjauhkan diri dari syaitan, menghayati kitab syariah, membersihkan hati daripada
perkara yang memusnahkannya, membersihkan kata-kata, sentiasa membuat
suruhan Allah atas sebab untuk mencari keredhaannya, bersungguh-sungguh dalam
menentang kehendak nafsu, dan mengamalkan perbuatan yang mulia.
Maksud tarikat secara umumnya ialah suatu jalan (tarikat) yang dilalui
seseorang Islam itu untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala. Beliau telah
mengkaji dan menjelaskan tariqat yang sebenar tanpa mengandungi kesesatan dan
penyelewengan. Berikut ini adalah modal asa Syeikh Abdul Qadir al-Jalani
merupakan prinsip tariqat dan suluknya menuju keredhaan Allah iaitu sabar, syukur,
tawadhu’, jujur dan ikhlas, bertawakkal kepada Allah Taala, zuhud terhadap dunia
dan beramal untuk akhirat, redha, cinta, mujahadah dan kasih saying. Semua ini
berkait rapat dengan hubungan kita dengan Allah. Syeikh Abdul qadir juga Berjaya
menyatukan antara fiqh dengan Tasawwuf. Dia mendahulukan fiqh ke atas
Tasawwuf, kerana fiqh adalah hakim bagi tasawwuf dan beliau sendiri adalah
seorang ahli fiqh sebelum menjadi seorang sufi. Beliau juga banyak membuka kelas
pengajian dan Berjaya mempersaudarakna antara ulama fiqh dengan ulama sufi
serta membersihkan tasawwuf daripada bid’ah dan kesesatan yang menyusup
kedalamnya.
SYEIKH DAUD BIN ABDULLAH AL-FATANI
Beliau banyak memberikan sumbangan terutamanya dalam menyebarkan
ilmu-ilmu berkaitan dengan Islam. Ketokohan Sheikh Daud al-Fathani dalam bidang
fiqh diperakui oleh semua ulama di Asia Tenggara yang memahami dan mengkaji
sejarah Islam di rantau ini. Demikian juga ketokohannya dalam bidang usuluddin,
tauhid dan ilmu kalam yang kiranya tidak perlu dijelaskan lagi. Beliau merupakan
antara tokoh yang memperkenal dan memperkembangkan ilmu tasawwuf serta
Tarekat Syathoriyah. Beliau begitu jelas menerangkan tentang adab-adab zikir yang
boelh dibahagikan kepada tiga iaitu adab sebelum melakukan zikir, adab ketika zikir
dan adab selepas berzikir seperti yang dinyatakan dibawah.
Bi
l
Adab sebelum melakukan zikir. Adab ketika berzikir. Adab selepas berzikir.
1 Taubat nasuha Duduk di tempat-tempat suci Menahan nafas beberapa kali
2 Menyucikan badan daripada
hadas
Meletakkan kedua telapak tangan
di atas kedua lutut.
Jangan meminum air selepas
dari berzikir hingga berselang
beberapa saat,
3 Mengharumkan pakaian dengan
bau-bauan dan bersiwak.
Menghadap kiblat Diam beberapa ketika sesudah
berzikir serta dengan
khusyuknya
4 Dengan niat menegakkan
perintah Allah.
Memakai wangi-wangian Meniatkan bagi wirid zikir.
5 Membesarkan Allah Ikhlas Mensyukuri akan nikmat-nikmat
Allah.
6 Benar zikirnya pada zahir dan batin
7 Makanan dan pakaian yang dipakai
mestilah dari sumber yang halal.
8 Duduk di tempat yang kelam (tak
begitu terang atau gelap)
9 Memejamkan mata
10 Faham makna
11 Dinafikan tiap-tiap yang maujud
pada hatinya selain Allah
12 Ucapkan dengan nyaring
13 Dengan kuat yang sempurna.
14 Terkenang kepada syeikhnya
15 Menjauhkan lafaz yang bakal
mengubah maknanya.
IBNU TAYMIYYAH
Ibn Taymiyyah telah memberikan seluruh hidupnya untuk berkhidmat kepada
dakwah dan ilmu pengetahuan. Di antara bidang utama yang diberikan perhatian
khususnya di dalam penulisannya ialah: Tafsir, Ilmu Kalam, Falsafah dan Tasawwuf
serta Fiqh.Tafsiran Ibn Taymiyyah terhadap ayat-ayat Al-Quran adalah berasaskan
keyakinan beliau bahawa Rasulullah S.A.W telah menyampaikan dengan lengkap
segala maksud Al-Quran. Para sahabat yang menjadi saksi ketika proses penurunan
wahyu itu pula lebih mengetahui maksud ayat daripada mana-mana generasi
selepasnya. Justeru itu beliau menyusun kaedah bagi mentafsir Al-Quran iaitu yang
pertama Tafsir Al-Quran dengan Al-Quran. Ini adalah martabat tertinggi dalam
pentafsiran; kerana Allah yang Maha Mengetahui maksud kalam-Nya. Kedua, tafsir
ayat melalui Al-Sunnah. Ketiga, tafsiran melalui perkataan para sahabat dan yang
keempat, tafsiran golongan Tabi‘in yang mempelajarinya dari para sahabat. Ibn
Taymiyyah telah mengarang tafsiran bagi beberapa surah Al-Quran yang sempat
ditulis semasa beliau berada di penjara.
Ibn Taymiyyah amat menghormati keempat-empat mazhab utama umat Islam.
Walaupun Ibn Taymiyyah menampilkan ijtihad-ijtihad yang kadangkala keluar
daripada apa yang sudah dibiasakan oleh orang ramai, namun cara istinbat
hukmumnya masih seperti para ulama lain. Sumber pengambilan hukum di sisi
beliau ialah: Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak (khususnya ijmak Sahabat) dan Qias.
Selain itu beliau juga berpegang kepada fatwa sahabat selagi mana tidak terdapat
pertentangan terhadapnya. Melalui susunan sumber hukum ini, Ibn Taymiyyah
mengorak langkah menulis dan mengeluarkan fatwa. Dalam hal ini, beliau tidak
bertaqlid kepada mana-mana mazhab, bahkan berpandu terus kepada dalil-dalil
yang diperolehi. Ini kerana kebenaran itu tidak hanya wujud pada imam-imam yang
empat sahaja. Namun pengaruh mazhab Hanbali masih wujud sedikit sebanyak
dalam cara istinbat hukumnya.
3.6 Sumbangan dalam bidang seni dan sastera
SAYYID QUTB
Sayyid Qutb ialah seorang penulis yang prolific yang bukan sahaja menulis
dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah ilmiyah terkemuka, malah menerbitkan
majalah-majalah yang lebih berwawasan dari majalah-majalah yang wujud masa itu
hingga menggugatkan pihak-pihak yang tertentu di zaman itu. Penulisan-penulisan
beliau diminati ramai terutama generasi muda. Pada tahun 1945 beliau bermula
menulis buku dan sehingga ke tahun 1950 beliau telah berjaya menghasilkan 26
buah buku yang bermutu dalam berbagai-bagai bidang penulisan sastera Islamiyah.
Tahun 1951-1964 merupakan masa peralihan beliau kepada penulisan-penulisan
Islamiyah yang serius karya agung yang menjadi buku-buku warisan Islamiyah yang
penting. Dan kerya yang menjadi mercu tanda daya penghasilan intelektualnya ialah
tafsir “ Fi Zilalil Qur’an ” dan Juzu’ pertama dari tafsir ini muncul pada tahun 1952
dan beliau telah menyelesaikan penulisan tafsir ini sebanyak tiga puluh Juzu‘ pada
akhir tahun lima puluhan, iaitu mengambil masa kira-kira hampir lapan tahun. Tafsir
Fi Zilalil Qur’an adalah ditulis dengan bersandarkan kepada kajian beliau yang
mendalam, yang ditimba secara langsung dari al-Qur’an dan as-Sunnah, di samping
bersumberkan kepada kitab-kitab tafsir yang mu’tabar. Pada 29 Ogos 1966 beliau
telah menemui syahadatnya di tiang gantung setelah didapati bersalah oleh
“Mahkamah Tentera” yang telah ditubukan oleh kerajaan revolusi di zaman itu.
Sayyid Qutb telah menghasilkan lebih dua puluh karya yang meliputi pelbagai
bidang seperti sastera, pendidikan, politik, ekonomi, kemasyarakatan, falsafah dan
keagamaan. Pada tahun 1940-an, beliau lebih cenderung untuk menumpukan
penulisannya hanya kepada seni sastera semata-mata tanpa menghubungkannya
dengan roh agama. Contohnya seperti buku Muhimmah al-Sya’ir fi al-Hayah yang
diterbitkan pada tahun 1933. Namun pada dekad 1940-an, beliau telah memiliki
kesedaran kembali kepada Islam, lalu beliau mencuba untuk menyuntik unsur-unsur
Islam ke dalam karya-karya sasteranya. Antara karya yang telah dihasilkannya pada
ketika itu ialah seperti al-Taswir al-Fanni fi al-Quran (1945) dan Masyahid al-
Qiyamah fi al-Quran (1947). Menjelang akhir dekad 1940-an, Sayyid Qutb menjadi
lebih serius dalam kehidupannya. Beliau telah menyertai Ikhwan pada tahun 1951,
beliau telah menghasilkan sebuah buku berupa kajian kemasyarakatan dan
perbandingannya dengan system iaitu al-A’dalah al-Ijtima’iyyah fi al-Islam yang
diterbitkan pada 1949. Selepas menganggotai Ikhwan, beliau telah diamanahkan
mengetuai Lujnah Dakwah yang bertanggungjawab menyebarkan idea Ikhwan. Oleh
itu, beliau berusaha menghasilkan beberapa buah buku berasaskan fikrah Islam
seperti Ma’rakah “I-Islam wa ‘I-Ra’s al Maliyyah (1951), Dirasat Islamiyyah(1953)
dan beberapa buah buku lagi. Beliau amat menentang terhadap pemerintah yang
zalim. Oleh itu, selepas beliau dipenjarakan pada tahun 1954, beliau telah
menghasilkan beberapa buah buku lagi yang menyeru umat Islam supaya
menggulingkan pemerintah yang zalim.
Kebanyakan karya yang ditulisnya adalah bercorak kritik dan ulasan beliau
terhadap karya-karya yang dihasilkan oleh penulis-penulis lain, sama ada dari Mesir
atau luar.
ALFARABI
Al-Farabi adalah tokoh seni muzik yang terkenal pada zaman Kerajaan
Abbasiyyah. Di dalam seni muzik, al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang
handal dan lagu hasil karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada
pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga
berjaya mencipta sejenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus. Al-Farabi adalah
pencipta dan pengembang seni muzik daripada alat rabah dan qanun.
Selain itu, beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam penciptaan not-
not muzik. Perkara yang paling penting ialah mengapa al-Farabi dianggap sebagai
guru kedua. Ini adalah kerana usahanya meletakkan dasar ilmu muzik itu. Aristotle
telah mendapat gelaran guru pertama kerana beliau meletakkan dasar ilmu logik
dalam sejarah. Begitu jugalah al-Farabi yang telah meletakkan dasar pertama ilmu
muzik dalam sejarah. Ilmu muzik telah dikenali sejak zaman Pythagoreans.
Pythagoras telah membuat ringkasan dan perbahasan mengenai muzik, manakala
al-Farabi telah berusaha menyempurnakan ilmu muzik dan menjelaskan kekurangan
perbahasan muzik Pythagoras.
Al-Farabi telah mengarang buku ilmu muzik dalam lima bahagian. Kini, buku-
buku ini masih dalam bentuk naskah dan belum lagi diterbitkan dalam bahasa Arab,
tetapi sebahagiannya telah diterbitkan dalam bahasa Perancis oleh D.Erlanger. Al-
Farabi turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori
muzik Islam berjudul al-Muziqi al-Kabir dan beberapa karya muzik lain yang telah
diterjemahkan yang bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On the
Classification of Rhythm. Buku-buku ini telah menjadi rujukan penting di Eropah dan
memberikan sumbangan penting dalam penciptaan not-not muzik.
Teorinya tentang harmoni dalam muzik belum lagi dipelajari secara
mendalam oleh ahli muzik. Hal ini sangat penting kerana pada bahagian ini, al-
Farabi telah membahaskan tentang estetika dan nilai muzik dalam kedamaian serta
keharmonian jiwa. Seorang sarjana Barat yang bernama Sarton telah menerbitkan
buku bertajuk “Introductian to the History of Science” yang mengatakan bahawa al-
Farabi telah mempunyai pengetahuan tentang muzik mensural dan telah
mengetahui tentang adanya major ketiga 4:5 dan minor ketiga 5:6 sebagai
konsonan.
3.7 Sumbangan dalam bidang ilmu pengetahuan.
HARUN AR-RASYID
Khalifah Harun Ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan yang terulung
kerana usaha beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah,
beliau membuka Baitul Hikmah iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu
pengetahuan. Seseorang khalifah sememangnya seorang yang bijak dan
berpengetahuan. Ilmu pengetahuan sangat penting yang seharusnya ada dalam diri
seorang khalifah. Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam
mentadbir Kota Baghdad selama 23 tahun lamanya.
Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah
salah satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Terdapat buku-buku yang
berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong
dalam kemajuan intelektual. Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan
ilmu pengetahuan kerana beliau seringkali menganjurkan majlis forum, syarahan
dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual
di masjid. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuan yang
datang untuk menuntut ilmu daripadanya. Sebagai seorang khalifah, beliau
seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam menyebarkan ilmu
pengetahuan kepada semua masyarakat dalam negaranya.
Satu lagi sumbangan Khalifah ar-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan
Abbasiyah ialah dengan tertubuhnya Baitul Hikmah. Sikap prihatin beliau dalam
bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai
satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan keilmuan ini
merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir
kerajaan Abbasiyah. Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi
antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku,
perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan. Ia juga merupakan
lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi kemasyhuran
Perpustakaan Iskandariah. Kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang khalifah,
beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan.
Sebagai kesimpulannya, Khalifah Harun ar-Rasyid merupakan seorang
khalifah yang begitu gigih berusaha untuk keamanan dan kemakmuran Kota
Baghdad. Beliau telah berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan dan yang paling
disebut-sebut ialah sebagai Zaman Keemasan Islam. Jasa dan sumbangan beliau
yang tidak terbilang ini, terutama dalam bidang ilmu pengetahuan serta perubahan-
perubahan yang telah dilakukan menggambarkan bahawa beliau seorang khalifah
yang amat prihatin dengan keamanan negara yang tiada tolok bandingnya. Peranan
beliau yang paling besar ialah sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu
pengetahuan. Baitul Hikmah merupakan hasil usahanya yang paling bermakna
kerana ianya merupakan kombinasi perpustakaan, pusat akademik dan balai
penterjemahan.
MUHAMMAD A’BDUH
Syeikh Muhammad Abduh banyak mengambil inspirasi daripada Gerakan
Islah yang dipelopori oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani. Kesannya, beliau lebih
bersikap terbuka berbanding sebelumnya. Beliau banyak memberi saranan ke arah
pembangunan rohani dan jasmani umat Islam. Saranan-saranan beliau meliputi
aspek-aspek seperti akidah dan integrasi ilmu. Dari segi akidah, Syeikh Muhammad
Abduh menyeru umat Islam kembali kepada ajaran agama sebenar dalam bentuk
yang asal dan murni serta menyesuaikannya dengan kehendak semasa. Syaratnya,
ia tidak boleh bercanggah dengan kehendak Al-Quran dan Sunnah. Beliau juga telah
menggabungkan kebaikan dari Barat dengan kesempurnaan Islam. Beliau tidak
menolak sesuatu daripada barat dan tidak pula cepat menerimanya, sebaliknya
beliau menerima barat dengan membuat beberapa pengubahsuaian yang selaras
dengan kehendak Islam. Beliau menolak sekeras-kerasnya konsep Taqlid al-
A'ma atau taklid buta. Beliau mengajak umat Islam mempelajari ilmu-ilmu Fardu
Ain dan Fardu Kifayah untuk membina umat yang mempunyai daya fikir yang tinggi
dan seterusnya mampu keluar daripada belenggu penjajahan.
Selain itu, Syeikh Muhammad Abduh mendapati sisitem pendidikan pada
masa itu hanya tertumpu kepada bidang-bidang agama dalam bentuk huraian kitab-
kitab klasik tanpa cuba disesuaikan dengan kehendak semasa. Berdasarkan
pengalamannya belajar di Tanta dan Universiti al-Azhar, beliau mendapati keadaan
pembelajaran di Tanta terlalu mundur, sehingga disifatkan anak muda yang suka
belajar di situ sentiasa dibendung rasa putus asa. Keadaan di Universiti al-
Azhar juga sama lalu beliau menyarankan supaya bidang-bidang ilmu Fardu
Kifayah dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dan universiti. Saranan itu diterima
oleh Kerajaan Mesir. Sukatan pengajian di Universiti al-Azhar diubah selaras dengan
saranan beliau dan dijadikan sebagai model kepada pusat-pusat pengajian tinggi
lain di seluruh dunia Islam.