8
4 bidang utama dalam Organisasi Kurikulum PSV KBSR : Menggambar ; Membuat corak dan rekaan ; Membentuk dan Membuat Binaan ; Mengenal kraf Tradisional Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, ia sebenarnya telah disusun mengikut perkembangan kanak-kanak dengan tujuan bagi melibatkan murid dengan pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni tersebut adalah dalam empat bidang utama iaitu; · Bidang menggambar · Bidang membuat corak dan rekaan · Bidang membentuk dan membuat binaan · Bidang kraf tradsional Kesemua empat bidang ini akan memberikan pengalaman seni yang sangat berharga yang akan dapat memperkembangkan dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid di sekolah rendah sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif selaras dengan matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.

4 bidang utama

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 4 bidang utama

4 bidang utama dalam Organisasi Kurikulum PSV KBSR : Menggambar ;

Membuat corak dan rekaan ; Membentuk dan Membuat Binaan ; Mengenal

kraf Tradisional

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, ia sebenarnya

telah disusun mengikut perkembangan kanak-kanak dengan tujuan bagi

melibatkan murid dengan pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni tersebut adalah

dalam empat bidang utama iaitu;

·         Bidang menggambar

·         Bidang membuat corak dan rekaan

·         Bidang membentuk dan membuat binaan

·         Bidang kraf tradsional

Kesemua empat bidang ini akan memberikan pengalaman seni yang

sangat berharga yang akan dapat memperkembangkan dan menyelaraskan

persepsi dan konsepsi visual murid di sekolah rendah sebagai asas bagi

menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif selaras dengan matlamat dan objektif

kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.

 

Selain daripada itu, Pendidikan Seni Visual ini membantu murid

menguasai beberapa kemahiran seperti kemahiran memanipulasi bahan, alat

dan teknik serta dapat berfikir secara kritis dan kreatif, belajar komunikasi secara

berkesan, membuat pilihan dan bijak membuat interpretasi Murid juga mendapat

pengetahuan baru seperti pengetahuan tentang alat, bahan dan teknik yang

boleh diaplikasikan dalam sebarang kegiatan seni.  Sebagai tambahan, dengan

mempelajari Pendidikan Seni Visual murid juga akan mendapat pengetahuan

Page 2: 4 bidang utama

mengenai sumber motif yang boleh dilihat melalui persekitaran, kraf tradsional,

prisnip rekaan, unsur seni, pembuatan hasil seni dan pelbagai lagi.

Organisasi kurikulum dalam Pendidikan Seni Visual merangkumi empat

aspek utama. Saya akan menghuraikan keempat- empat organisasi tersebut,

mengaitkannya dengan bidang kegiatan aktiviti seni visual dengan

perkembangan kanak- kanak berdasarkan kajian literature.

Pemerhatian secara aktif

Empat bidang kegiatan pendidikan seni visual memerlukan pemerhatian

yang aktif sebelum proses kerja dijalankan. Ini mempunyai persamaan dengan

organisasi kurikulum oleh Laura Chapman (1986), di mana pemerhatian juga

merupakan pokok utama sebelum menghasilkan sesuatu karya seni itu.  Murid-

murid perlu membuat pemerhatian terhadap alam sekeliling, benda- benda yang

berada di persekitaran mereka dari segi rupa dan bentuk. Ini sebenarnya

merangkumi tentang kesedaran murid mengenai pentingnya pemerhatian

keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid sebelum

memulakan kerja seni.

Pemerhatian secara aktif juga melatih murid memperkembangkan deria

penglihatan dan pancaidera lain melalui kajian perbandingan yang dibuat

terhadap apa yang telah diperhati. Pemerhatian seperti ini sangat penting kerana

ia dapat membantu dalam mengembangkan emosi dan imaginasi murid.

Domain kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial murid seperti

yang telah dibincangkan sebelum ini dapat dikembangkan menerusi pemerhatian

secara aktif. Jika kita ambil contoh pada aktiviti membentuk dan membuat

binaan, jelas menunjukkan bahawa pemahaman tentang asas seni visual turut

dikembangkan melalui kegiatan pemerhatian.  Brown (1980) mendapati bahawa

pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat

lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan

memperkayakan pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek

atau imej tampak di sekeliling mereka.

Page 3: 4 bidang utama

Justeru itu, jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang

sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang

kritis. Karya binaan yang dihasilkan dari bidang membentuk dan membuat

binaan  adalah dalam pelbagai bentuk yang kreatif. Ini terbukti bahawa melalui

pemerhatian secara aktif terhadap objek alam dan buatan manusia membantu

murid mendapat idea, imaginasi dan alam fantasinya dalam menghasilkan

sesuatu hasil yang kreatif.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Bidang kegiatan menggambar, membentuk dan membuat binaan,

membuat corak dan rekaan dan kraftangan memerlukan murid berinteraksi

dengan alat dan bahan semasa proses kerja menyiapkan karya. Kita ambil

contoh aktiviti membentuk dan membina kad dalam mbidang seni membentuk

dan membuat binaan , dalam proses kerja menyiapkan kad ucapan, murid-murid

menggunakan alat seperti gunting untuk menggunting bentuk yang

diingini. Selain daripada itu,murid juga dapat memanipulasikan  bahan yang

diberikan iaitu kertas dengan melipatnya bagi mendapatkan lipatan kad yang

diingini. Interaksi yang kritis dan kreatif telah ditunjukkan dalam aktiviti seni yang

saya jalankan.

Dalam organisasi kurikulum Laura Chapman (1986) turut menjelaskan

bahawa penerokaan adalah antara organisasi kurikulum yang penting. Melalui

penerokaan terhadap alat dan bahan maka akan terhasilah kreativiti dan idea-

idea yang menarik. Sebenarnya, dalam ke empat- empat bidang kegiatan seni di

sekolah rendah di Malaysia, murid- murid digalakkan membuat penerokaan dan

percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif mereka. Murid- murid akan

menggunakan pelbagai bahan dan alat yang mana dapat memperkembangkan

domain psikomotor dan kemahiran asas seni visual mereka.

Menurut Simpson (1956), interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan

bahan menunjukkan hasil belajar domain psikomotor yang jelas dan tampak dan

kemampuan bertindak individu. Hasil belajar Psikomotor ini merupakan lanjutan

Page 4: 4 bidang utama

dari domain kognitif iaiatu memahami sesuatu dan domain Afektif yang baru

tampak dalam bentuk kecenderungan- kecenderungan perilaku.

Apresiasi Seni Visual secara mudah

Apresiasi seni visual sangat penting sekali dalam memberikan

pengalaman kepada murid mengenai aspek pengetahuan seni visual dan

kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan

fungsi. Laura Chapman (1986) turut menjelaskan bahawa empat aspek utama

organisasi kurikulum adalah apresiasi dan perlanjutan. Apresiasi seni yang

dijalankan dapat menghasilkan karya yang lebih berkualiti dan kreatif di masa

hadapan.

Bagi organisasi kurikulum pendidikan seni visual di sekolah rendah di

Malaysia,apresiasi  seni visual secara mudah yang dijalankan membantu murid

menghargai karya seni yang dihasikan bukan sahaja oleh mereka sendiri tetapi

oleh rakan- rakan lain dan karya- karya yang ada di sekeliling mereka.

Berdasarkan kepada aktiviti menghasilkan kad ucapan dari bidang kegiatan

membentuk dan membuat binaan yang telah saya jalankan kepada murid- murid

tahun empat, jelas menunjukkan bahawa murid- murid mendapat pengalaman

dan dapat menggunakan karya yang dihasilkan untuk kegiatan kehidupan seperti

memberikan kepada seseorang dengan tujuan yang murni.

Selain daripada itu, apresiasi seni visual ini juga dapat melibatkan murid-

murid dengan perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari asek seni

melalui karya seni yang telah dihasilkan. Rakan- rakan dan murid itu sendiri

boleh membuat penilaian terhadap hasil akhir karya seni bagi tujuan positif untuk

meningkatkan lagi kualiti seni di masa hadapan.

Page 5: 4 bidang utama

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Selain daripada pengalaman apresiasi seni seperti yang telah dinyatakan

di atas, melalui bidang- bidang kegiatan seni di sekolah rendah, murid juga

dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam

persekitaran kehidupan mereka. Menghargai nilai baik dalam proses kerja dan

hasil akhir seni membentuk sahsiah yang baik di kalangan murid-murid.

Dalam organisasi kurikulum pendidikan seni visual, menghargai nilai baik

dalam kehidupan adalah termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar,

nilai patriotism, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat

membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua

keadaan. Feldman (1976) mendapati bahawa melalui Pendidikan Seni Visual,

kanak-kanak dapat meningkatkan kesedaran tentang berlakunya perubahan-

perubahan nilai manusia dari masa ke semasa.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa dalam mencapai

matlamat Pendidikan Seni Visual, objektifnya dan juga matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, peranan guru yang mengajar mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual ini amat penting sekali dalam memberi impak yang

maksimum kepada murid. Ini adalah kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di

sekolah rendah bergantung kepada kebijaksanaan guru tersebut dalam

mengendalikan aktiviti dan memperkembangkan domain kognitif, psikomotor,

afektif, kreativiti dan sosial murid- muridnya dalam melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis.

Jelas terbukti melalui tugasan ini, empat organisasi kurikulum yang

dijelaskan oleh Laura Chapman (1986) iaitu pemerhatian, penerokaan,

penghasilan dan apresiasi dan lanjutan mempunyai persamaan dengan

organisasi pendidikan seni visual sekolah rendah di Malaysia iaitu pemerhatian

secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi

seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik semua aspek.

Page 6: 4 bidang utama

Keberkesanaan dan kepentingan pendidikan seni visual di sekolah rendah

di Malaysia sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Walaupun ia bukanlah

mata pelajaran teras sepenting mata pelajaran UPSR namun, keberkesanannya

dalam membantu kemenjadian murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.