6
5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat Zafuan Karim

5 Tips Manipulasi Ar Rahnu

  • Upload
    f1z33

  • View
    23

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Ar Rahnu

Citation preview

Page 1: 5 Tips Manipulasi Ar Rahnu

5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu

Cara Selamat

Zafuan Karim

Page 2: 5 Tips Manipulasi Ar Rahnu

Ramai yang tanya saya cara nak untung besar dengan ar-rahnu. Tapi secara jujur saya katakan TAK ADA MAGIC dengan ar-rahnu. Ar-rahnu hanyalah pinjaman bercagarkan emas yang „interestnya‟ sekitar 14% – 18% setahun! Ia sangat tinggi, rendah sikit berbanding kad kredit! Keuntungan dengan ar-rahnu bergantung sejauh mana kebijaksanaan memanfaatkan pinjaman. Yang benar-benar kaya dengan pajakan emas ialah peniaga emas yang suruh pembeli pajak ramai-ramai. Dia untung atas komisyen, bukan sebab dia pajak emas. Sedangkan pemajak emas untung nasibnya “untung secupak, rugi segantang”! Kalau ada peniaga cakap “ar-rahnu adalah perniagaan”, sebenarnya keuntungan mereka ialah dengan menjual emas tu dengan jumlah yang lebih besar (sebab orang beli dengan duit pinjaman ar-rahnu), bukan dengan pajak tu sendiri. Pengalaman saya berkawan dengan otai-otai besar pelaburan emas, majoriti mereka tak main ar-rahnu. Mereka hanya memanfaatkan ar-rahnu untuk pusing modal bisnes jer. Bukan main “beli, pajak, beli, pajak, beli lagi dan pajak lagi” sebab cara macam tu terbukti menjerat pelabur ke dalam belengu hutang!

Keuntungan Teknik Manipulasi Ar-Rahnu

Persoalannya, macam mana yang dikatakan untung dengan Teknik Manipulasi Ar-rahnu? “Teknik Manipulasi Ar-Rahnu” ialah teknik memanfaatkan pinjaman ar-rahnu untuk beli lagi emas dengan harapan emas yang dibeli dengan pinjaman ar-rahnu dapat dijual bila harga emas naik melepasi “kos manipulasi”. Pemilik emas dapat dua (2) keuntungan iaitu: Untung #1 – Untung kenaikan harga emas dalam simpanan ar-rahnu yang masih lagi milik kita. Untung #2 – Untung kenaikan harga emas yang dibeli dengan duit pinjaman ar-rahnu yang ada di tangan.

Page 3: 5 Tips Manipulasi Ar Rahnu

Harga emas naik kita untung, harga emas jatuh pun peluang untuk buat lebih untung. Wow, untung dua dalam satu!

Kos Sebenar Memanipulasi Ar-Rahnu

Tapi syaratnya… Kenaikan harga emas mestilah melepasi dua kos dan kenaikan tu mestilah DALAM TEMPOH PAJAKAN (6 – 12 bulan). Kalau harga emas tak melepasi kos dalam masa 6 bulan, risiko kerugian sangat besar. Kos yang saya maksudkan ialah: Kos #1 – Susut nilai emas yang dibeli dengan duit pinjaman ar-rahnu. Katakanlah anda beli coin 1 dinar Public Gold, maka susut nilainya 6%. Susut nilai emas Public Gold sekitar 4.5% – 8.0% setiap item. Kos #2 – Kos “upah simpan” di ar-rahnu. Katakanlah 1.15% sebulan. Lagi lama dalam ar-rahnu, lagi meningkat kosnya. Kos sebenar pajakan ar-rahnu ialah sekitar 1.15% – 1.54% sebulan. Ia bergantung kepada kadar “upah simpan” dan “margin pinjaman” yang berbeza-beza antara setiap ar-rahnu.

Page 4: 5 Tips Manipulasi Ar Rahnu

Untung Secupak, Rugi Segantang?

Kiraan mengikut andaian emas yang dibeli dengan duit pinjaman; item yang susut nilainya 6% dan kos “upah simpan” 1.15% sebulan atas nilai pinjaman.

Sebagai contoh, perhatikan bulan ke-6 petak kuning dalam jadual di atas. Katakanlah pada bulan ke-6, harga emas naik 15%, maka kita untung 2.10% (15.00% – 12.90%) kalau jual emas yang ada ditangan iaitu yang kita beli dengan duit pinjaman ar-rahnu. Maksudnya, kalau dapat pinjaman ar-rahnu bernilai RM10,000, kita untung RM210. Itu belum kira keuntungan emas yang kita cagarkan dalam ar-rahnu. Tapi katakanlah harga emas cuma naik 8%, maka kita rugi 4.90% (8.00% – 12.90%) atau RM490. Kalau harga emas turun 5%, maka kita rugi 17.90% (5% + 12.90%) atau RM1,790!

Ok sekarang, nampak tak potensi untung berbanding rugi? Sebab tu saya panggil ini teknik “untung secupak, rugi segantang”. Kalau untung, untungnya sedikit. Kalau rugi, ruginya banyak! Jadi sebelum nak buat teknik ni, fikir dulu masak-masak. Kalau rasa lena tidur malam, boleh teruskan. Kalau boleh menggangu tidur, baik simpan jer emas tu.

Page 5: 5 Tips Manipulasi Ar Rahnu

5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat

Kalau nak buat teknik ni, ini tips penting untuk kurangkan risiko kerugian: Tips #1 – Pajak emas hanya bila berlaku penurunan mendadak, at least sekitar 10% – 15%. Biasanya bila harga turun mendadak, harga akan naik balik dalam tempoh tak begitu lama. Tips #2 – Asingkan sebahagian duit pinjaman untuk kos “upah simpan” selama 6 bulan. Kalau harga emas tak naik, mungkin anda boleh guna duit tu untuk bayar “upah simpan” dan mencuba lagi nasib dengan sambung tempoh pajakan. Tips #3 – Pajak dalam jumlah berpada-pada. Kalau anda ada 200 gram emas, pajak emas tu jangan lebih 100 gram. Katakanlah harga turun 5% yang menyebabkan anda kerugian 17.90%, anda masih ada ‘modal’ lain untuk tebus emas tu dari ar-rahnu. Tips #4 – Beli item emas yang “susut nilai”nya paling rendah. Lagi rendah susut nilainya, untungnya lebih cepat, dan lebih banyak. Emas yang susut nilai lebih rendah biasanya berbentuk “jongkong” atau “syiling dinar”, bukan “barang kemas”. Tips #5 – Berniaga emas! Bila anda berniaga emas, biasanya anda boleh jimat kos “susut nilai” sebab emas tu anda boleh jual kepada pembeli baru pada harga “PG Sell”. Jual emas tanpa susut nilai.

Page 6: 5 Tips Manipulasi Ar Rahnu

Keuntungan Emas Selepas 2012

Untuk pengetahuan anda, teknik ini memang “dijamin untung” sebelum tahun 2012 sebab harga emas naik secara konsisten. Pendek kata, kalau beli hari ni, 6 bulan akan datang confirm boleh jual sebab harga dah melepasi susut nilai. Tapi sejak 2012, kenaikan harga emas tak begitu konsisten. Dan itulah sebabnya pemajak tegar ramai yang kecundang.

Sejak 2012, orang paling gembira ialah pengumpul-pengumpul emas macam saya, bukan spekulator. Lagi harga turun, lagi saya senyum sebab matlamat saya nak tambah kepingan emas dari semasa ke semasa sebab saya percaya, akhir sekali orang yang paling kaya ialah mereka yang memiliki banyak “real asset” seperti emas, perak, tanah dan hartanah. “Real Asset” nilainya akan sentiasa naik dalam jangka panjang. Orang yang simpan duit kertas, kekayaannya confirm susut setiap tahun dimakan inflasi. Itu belum lagi kira duit tu bocor dibelanjakan. Wallahu a’lam.

ZAFUAN KARIM 02 OKTOBER 2014 11.45 P.M