27
PENGURUSAN DALAM BILIK DARJAH

7 pengurusan bilik darjah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 7 pengurusan bilik darjah

PENGURUSAN DALAM BILIK DARJAH

Page 2: 7 pengurusan bilik darjah

1.1 KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH (PBD)

Didefinisikan sebagai peraturan dan prosedur yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sihat.

Untuk memastikan kelancaran pengurusan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pembentukan dan mengekalkan persekitaran bilik darjah supaya pengajaran dan

pembelajaran dapat mencapai objektifnya.

Page 3: 7 pengurusan bilik darjah

Komponen Pengurusan Bilik

Darjah

Disiplin Bilik Darjah

Tugasan Bilik Darjah

Suasana yang Adil dan Saksama

Page 4: 7 pengurusan bilik darjah

Komponen-komponen utama (PBD)

1. Disiplin Bilik Darjah: Guru menentukan peraturan disiplin bagi murid-murid Guru memantau tingkah laku murid-murid; dan Guru menetapkan hukuman sewajarnya untuk setiap tingkah laku bermasalah.

2. Tugasan Bilik Darjah: Guru mengatur jadual waktu bilik darjah; dan Guru menyediakan giliran tugas harian bilik darjah.

3. Suasana Yang Adil Dan Saksama: Guru mengatur peraturan yang adil semasa mengadakan aktiviti secara berkumpulan; dan Guru menyusun kriteria dan peraturan untuk pertandingan sihat di kalangan murid-murid

Page 5: 7 pengurusan bilik darjah

Faktor-faktor mempengaruhi

Pengurusan Bilik Darjah

Susun Atur Persekitaran Fizikal Bilik

Darjah

Faktor Sosial

Faktor Emosi

Pelan Susun Atur

Fungsi Pelan Susun Atur

Pelbagai

Peraturan dan Panduan Kelas

Sosiometri

Kepimpinan Guru

Komunikasi Guru

Orientasi Tugas

Page 6: 7 pengurusan bilik darjah

1.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK DARJAH 1.2.1 Susun Atur Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Dalam merancang persekitaran fizikal bilik darjah, faktor-faktor berikut perlu diambil kira:

1. Keadaan Fizikal Dan Saiz Bilik Darjah

Bilik darjah harus selesa serta dilengkapi dengan peredaran udara yang baik dan pancaran cahaya yang mencukupi. Jika tidak murid-murid merasa mengantuk dan ini mengakibatkan mereka kurang memberi perhatian semasa P&P.

Saiz bilik darjah harus menampung diantara 25 hingga30 murid untuk mewujudkan keadaan pembelajaran yang selesa.

Page 7: 7 pengurusan bilik darjah

2. Kedudukan Murid-murid

Pola kedudukan murid-murid akan menentukan interaksi yang berlaku diantara seorang murid dengan rakan-rakan sebaya dan guru.

Guru-guru mesti memastikan bahawa kawasan kerja yang mencukupi disediakan bagi murid-murid untuk menjalankan tugas semasa mengadakan aktiviti-aktiviti pembacaan, penggunaan computer atau dalam penggunaan alat-alat pengajaran.

Sistem bergiliran harus diamalkan supaya murid-murid yang duduk dibahagian belakang kelas, berpeluang untuk duduk di hadapan kelas.

Supaya interaksi yang sihat berlaku diantara semua murid-murid.

Page 8: 7 pengurusan bilik darjah

3. Peralatan bilik darjah termasuk :

Peralatan seperti carta, peta dan gambar rajah; Perkakasan matematik seperti alat-alat pengiraan; Buku-buku pembacaan; dan Kapur dank rayon serta lain-lain alat tulis. Stok bagi alat-alat atau perkakas bilik darjah mesti sentiasa dipantau oleh guru dan

ditambahkan jikalau berlakunya kekurangan.

4. Perhiasan bilik darjah:

Setiap bilik darjah mesti dilengkapi sekurang-kurangnya dengan tingkap dan kipas dinding untuk mewujudkan keadaan persekitaran yang selesa dan kondusif.

Guru-guru juga perlu merancang perhiasan bilik darjah pada setiap sesi awal persekolahan supaya perhiasan lama di dalam bilik darjah dapat dihiaskan semula.

Bahan-bahan yang dapat dipamerkan adalah hasil seni lukisan, projek sains serta laporan esei karangan yang cemerlang.

Page 9: 7 pengurusan bilik darjah

1.2.1.1 Pelan Susun Atur Corak-corak susun atur bilik darjah adalah seperti berikut:1. Susun atur tradisional di mana murid-murid duduk secara individu atau berpasangan

berhadapan guru;2. Bentuk kumpulan di mana murid-murid duduk mengelilingi satu meja;3. Bentuk ‘U’ atau ladam kuda di mana murid-murid duduk di dalam bentuk ‘U’

berhadapan guru;4. Teater atau bentuk V di mana semua murid-murid menghadap guru.

1.2.1.2 Fungsi Pelan Susun Atur Pelbagai:1. Jika penyampaian arahan guru adalah secara kuliah, maka pelan susun atur jenis

tradisional amat sesuai dijalankan. 2. Bagi sekolah rendah, di mana murid-murid terlibat dalam pelbagai jenis aktiviti

pembelajaran, pelan susun atur secara berkumpulan amat sesuai digunakan.3. Jika terdapat bilik darjah yang mempunyai saiz kelas dengan bilangan murid kurang

daripada 40, maka pelan susun atur berkumpulan lebih sesuai digunakan.4. Untuk aktiviti pembelajaran yang melibatkan bilangan murid-murid yang lebih

kecil, pelan susun atur berbentuk U adalah paling berkesan dan efektif untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

5. Guru-guru dapat mengawal dan menghalang sebarang gangguan atau tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah dengan menggunakan pelan susun atur ini.

Page 10: 7 pengurusan bilik darjah

1.2.2 Faktor Sosial

• 1.2.2.1 Peraturan Dan Panduan Kelas Panduan dan peraturan bilik darjah yang digunakan dapat membantu guru-guru

mengawal dan mengurus bilik darjah. Peraturan-peraturan ini harus berfokus kepada aspek-aspek menumpukan perhatian, menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain, mengurangkan kebisingan dan penyelesaian semua kerja rumah dan tugasan sekolah.

• 1.2.2.2 Sosiometri Sosiometri digunakan untuk mengukur tahap perhubungan dan kaitan interaksi

yang berlaku diantara murid-murid di bilik darjah dan ia dapat diukur oleh guru-guru secara kuantitatif.

Dengan ini, peranan semua guru adalah untuk memastikan suasana sosio-emosi yang sihat diwujudkan di dalam pengurusan bilik darjah.

Guru-guru juga boleh menggunakan kaedah sosiometri yang ringkas untuk mengukur suasana sosial di dalam bilik darjah. Apabila pelbagai teknik sosiometri digunakan, data yang dikumpulkan boleh dikaji dan digunakan untuk menganalisis pola interaksi murid-murid di dalam bilik darjah.

Page 11: 7 pengurusan bilik darjah

1.2.3 Faktor Emosi 1.2.3.1 Tiga jenis kepimpinan guru adalah stail autoriti, demokratik dan laissez-faire.

1. Kepimpinan Autoriti Memerintah, menyesuai, tajam, kritikal dan keras. Guru-guru mengambil peranan muktamad dalam semua keputusan dengan

menggunakan suara keras dan tekanan. Guru-guru tidak memotivasikan murid-murid, sebaliknya hanya mengkritik mereka. Mewujudkan suasana permusuhan di mana murid-murid berasa takut, tidak yakin dan

membina harga diri yang negatif.

2. Kepimpinan Demokratik Mesra, prihatin tetapi tegas, melibatkan murid-murid apabila keputusan dibuat. Meningkatkan nilai diri dengan berkongsi masalah dan kesilapan murid-murid. Membuka ruang kepada murid untuk berinteraksi, berkomunikasi dan berdikari. Panduan diberi oleh guru-guru dalam setiap aspek pembelajaran. Murid-murid

sentiasa menjadi fokus guru.

3. Kepimpinan Laissez-Faire Permisif dan kurang minat. Membenarkan murid-murid membuat keputusan di dalam bilik darjah. Bilik darjah tidak teratur dan murid-murid bebas bergaul. Murid-murid akan berasa kecewa dan mengalami stress.

Page 12: 7 pengurusan bilik darjah

1.2.3.2 Komunikasi Guru Guru-guru harus mempunyai kualiti komunikasi seperti berikut:1. Pendengar Dan Penyampai Efektif : Memberi masa yang cukup bagi murid-murid untuk membuat respon; Memberi masa untuk mendengar pandangan murid-murid;2. Memberi Arahan Secara Lisan Dengan Jelas: Memberi arahan langkah demi langkah sebelum memulakan sebaramg aktiviti

pembelajaran supaya murid-murid tidak keliru untuk memulakan tugas mereka. Menggunakan bahasa yang mudah supaya senang difahami oleh murid-murid3. Menggunakan Komunikasi Bukan Lisan secara Positif: Berkomunikasi secara mesra dan prihatin; Menunjukkan air muka yang terkawal semasa bercakap dan mendengar;4. Membuat Keputusan Di Dalam Bilik Darjah: Langkah-langkah: Penilaian: Membuat anggapan tentang faedah atau kesuaian kenyataan-kenyataan

daripada murid-murid; Interpretasi: Tidak mengubah atau menginterpretasikan kenyataan-kenyataan orang lain;

dan Penyokongan: Berusaha untuk menolong murid-murid setiap masa.5. Peka Terhadap Oriental Fizikal: Peka terhadap orientasi fizikal (halangan seperti meja, almari) semasa berkomunikasi

dengan murid-murid;

Page 13: 7 pengurusan bilik darjah

Rutin Bilik Darjah

Konsep Rutin Jenis-jenis

Rutin

Rutin Kelas Bukan

Akademik

Rutin Akademik

Rutin Interaksi

Rutin Pentadbiran

Page 14: 7 pengurusan bilik darjah

1.3 RUTIN BILIK DARJAH Rutin bilik darjah yang sistematik dapat mengelakkan sebarang gangguan di dalam bilik darjah

seperti berikut:1. Meringankan suasana tegang dan menyediakan murid-murid persekitaran untuk menduga

apa yang berlaku dan kelakuan yang diterima.2. Membenarkan murid-murid untuk menyediakan tugasan harian mereka.3. Menyempurkan tugasan dengan lancar dengan peluang-peluang gangguan yang kurang.4. Melaksanakan tugas-tugas yang diagihkan kepada mereka dengan bertanggungjawab.5. Meninggikan lagi sikap positif dan kemahiran social murid-murid melalui interaksi social dan

kerja kumpulan murid-murid dan; 6. Member kesan kepada guru-guru untuk berfokus pada arahan dan pencapaian matlamat

pembelajaran.

Page 15: 7 pengurusan bilik darjah

1.3.1 Konsep Rutin Rutin adalah peraturan-peraturan yang disediakan untuk murid-murid dengan tujuan untuk

melicinkan semua kerja yang terlibat di bilik darjah. Arahan yang digunakan di dalam bilik darjah boleh dikategorikan kepada lima bidang:1. Percakapan;2. Pergerakkan;3. Pengawalan masa;4. Perhubungan guru-murid dan;5. Perhubungan murid-murid.

Page 16: 7 pengurusan bilik darjah

1.3.2 Jenis-jenis Rutin

1.3.2.1 Rutin Pentadbiran

Rutin pentadbiran melibatkan hal-hal pentadbiran sekolah dan tidak melibatkan aktiviti pengajaran secara langsung termasuk:

1. Mengurus surat-menyurat kepada ibubapa, pejabat daerah dan Kementerian Pelajaran Malaysia;

2. Menyediakan laporan kehadiran dan pengajian murid-murid;

1.3.2.2 Rutin Kelas Bukan Akademik

Rutin bukan akademik membantu guru-guru bekerja untuk bekerja dengan lebih berkesan semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Iari bila melibatkan aspek-aspek yang berikut:

1. Cara murid-murid menyimpan buku-buku, kasut dan lain-lain;2. Menyimpan rekod pelajaran;3. Membuat pengumuman tertentu;

Page 17: 7 pengurusan bilik darjah

1.3.2.3 Rutin Akademik Terdiri daripada tiga jenis rutin iaitu:1. Rutin Pergerakan murid-murida. Cara murid-nurid memasuki bilik darjah;b. Cara murid-murid keluar dari bilik darjah;c. Cara guru melepaskan murid-murid pada waktu akhir persekolahan;

2. Rutin pengurusan tugas diamalkan oleh guru-guru untuk mengurus kesemua tugasan akademik seperti:

a. Prosedur dalam melaksanakan tugasan pengajaran;b. Perancangan penilaian berbeza bagi murid-murid;c. Penyerahan dan penerimaan buku-buku latihan; dand. Pengedaran bahan-bahan pembelajaran dan cara-cara mengumpul dan menyimpan bahan-

bahan tersebut.

3. Rutin Pembelajaran Melibatkan prosedur-prosedur berikut:a. Memastikan arahan dapat diterima dengan jelas oleh murid-murid;b. Membuat demonstrasi bagaimana satu prosedur dijalankan;c. Memodelkan rutin-rutin bilik darjah supaya ia dapat dituruti oleh murid-murid;d. Menentukan garis panduan untuk tingkah laku dan interaksi murid-murid yang sesuai dalam

pelaksanaan setiap aktiviti pembelajaran;e. Menguji ejaan dan matematik di papan hitam; dan

Page 18: 7 pengurusan bilik darjah

1.3.2.4 Rutin Interaksi Guru-guru juga harus menetapkan rutin interaksi yang terdiri daripada langkah-langkah

tersebut:a. Respon murid-murid dan cara mereka menjawab soalan;b. Cara bagaimana murid-murid bertanya soalan;c. Cara murid-murid melibatkan diri dalam perbincangan bilik darjah;d. Cara murid-murid member perhatian kepada guru-guru di dalam bilik darjah;e. Cara murid-murid mendengar arahan guru;f. Cara murid-murid menyerahkan tugasan;g. Tingkah laku murid-murid di dalam aktiviti berkumpulan; danh. Cara murid-murid mendapat perhatian guru.

1.4 Disiplin Di Bilik Darjah

1.4.1 Konsep Konsep disiplin ialah peraturan-peraturan yang dikenakan atas murid-murid dengan tujuan

mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran supaya dapat mengawal tingkah laku tersebut. Sebuah bilik darjah yang berdisiplin digambarkan sebagai sebuah bilik yang harmonis di mana aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sistematik dan lancar tanpa sebarang gangguan.

Page 19: 7 pengurusan bilik darjah

Disiplin Di Bilik Darjah

KonsepFaktor-faktor

Yang Menyumbang

Masalah Disiplin

Cara-cara menangani Masalah Disiplin

Faktor Dalam Faktor

Luaran

Teguran Membina

Hukuman

Mencegah Salah Laku

Pengurusan Disiplin

Tanpa Stress

Page 20: 7 pengurusan bilik darjah

1.4 Disiplin Di Bilik Darjah

1.4.1 Konsep

Konsep disiplin ialah peraturan-peraturan yang dikenakan atas murid-murid dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran supaya dapat mengawal tingkah laku tersebut. Sebuah bilik darjah yang berdisiplin digambarkan sebagai sebuah bilik yang harmonis di mana aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sistematik dan lancar tanpa sebarang gangguan.

Page 21: 7 pengurusan bilik darjah

1.4.2 Faktor-faktor Yang Menyumbang Kepada Masalah Disiplin Di Dalam Bilik Darjah

Faktor-faktor ini merupakan faktor luaran atau faktor dalaman. Faktor dalaman yang boleh menyebabkan masalah terdiri dari keupayaan dan harga diri seorang individu selain daripada kadar mental dan perkembangan moralnya. Faktor-faktor yang lain termasuk personaliti, kerencatan akal, kekurangan motivasi dan murid-murid yang kurang member perhatian di dalam bilik darjah.

Faktor Dalaman

Faktor-faktor dalaman yang menyebabkan masalah disiplin di dalam bilik darjah adalah seperti berikut:

1. Kadar Perkembangan Mental Menurut Kohlberg, semua individu melalui enam peringkat perkembangan moral yang

mempengaruhi tingkah laku dan disiplin diri. Empat peringkat awal berlaku apabila individu masih melalui proses persekolahan.

Murid-murid berfungsi pada peringkat berlainan dan akan mempelajari cara-cara disiplin diri. Guru-guru dapat membantu murid-murid melalui peringkat-peringkat perkembangan moral ini jika terdapat sebarang masalah.

Page 22: 7 pengurusan bilik darjah

2. Peringkat Perkembangan Yang Bercanggah Jika seorang murid berada di peringkat tiga, tetapi sebenarnya hanya berada di peringkat

perkembangan satu atau dua, dia akan menunjukkan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah.

Justeru itu, guru-guru akan menghadapi masalah untuk mengawal dan mengawas murid-murid seperti ini.

3. Personaliti Dan Perangai (Tingkah Laku) Murid-murid yang ekstrovet dan suka bercakap juga boleh mengganggu proses pengajaran

dan pembelajaran. Terdapat juga murid-murid yang sensitive dan memerlukan perhatian guru untuk menyelesaikannya.

4. Kekurangan Kemahiran Sosial Murid-murid yang mempunyai kemahiran social yang rendah di sebabkan oleh konflik

dengan ibubapa juga boleh menunjukkan masalah disiplin.5. Kurang Keupayaan Mental Dan Fizikal Murid-murid yang kurang keupayaan mental dan fizikal di bilik darjah juga mungkin menjadi

punca masalah disiplin bagi guru. Sebagai contoh, murid-murid yang hiperaktif sentiasa mengganggu murid-murid yang lain semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Page 23: 7 pengurusan bilik darjah

Faktor luaran yang dapat menjejaskan konsep kendiri murid-murid adalah suasana di rumah, sekolah, status sosio-ekonomi, pergaulan, negatif, dan pengaruh psikologi dari keganasan, penderaan dan dadah.

Faktor-faktor luaran yang menyebabkan masalah disiplin di bilik darjah adalah:

1. Pengajaran Di Bilik Darjah Guru-guru yang tidak merancang pengajaran dengan berkesan tidak dapat mengawal disiplin

di bilik darjah. Murid-murid yang berada di dalam keadaan begini akan mengambil kesempatan untuk bermain, bergaduh dan lain-lain.

2. Saiz Bilik Darjah Bilikmerancang pengajaran dengan berkesan tidak dapat mengawal disiplin di bilik darjah.

Murid-murid yang berada di dalam keadaan begini akan meng darjah yang terlalu besar di mana guru-guru tidak dapat mengawal kelas juga menyebabkan masalah disiplin. Terdapat murid-murid yang mengambil kesempatan dan yang duduk di balakang jauh dari pandangan guru-guru untuk menyebabkan kacau di dalam bilik darjah.

Page 24: 7 pengurusan bilik darjah

3. Berpuak Dan Geng Murid-murid membentuk geng atau kumpulan juga boleh menyebabkan pergaduhan antara

satu geng dengan lain yang berlainan semasa di sekolah atau di luar sekolah.

4. Sistem Persekolahan Sistem persekolahan yang mengamalkan sistem disiplin yang longgar dan ini menyebabkan

masalah disiplin dikalangan murid-murid. Namun begitu, terdapat juga sistem persekolahan yang mengamalkan arahan yang terlalu ketat dan ini juga boleh menyebabkan masalah disiplin di kalangan murid-murid.

5. Persekitaran Di Rumah Latar belakang sosio-ekonomi seperti ibubapa yang terlibat dalam kegiatan yang tidak

bermoral, atau murid-murid berasal dari keluarga yang tidak bahagia, ibubapa yang bercerai, keluarga yang kurang disiplin dan tidak teratur juga boleh menyebabkan ke masalah-masalah disiplin. Murid-murid seperti begini membawa unsur-unsur negatif sekolah dan mereka kurang bermotivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru mesti mempunyai satu strategi dan pelan untuk mengawal murid-murid seperti ini untuk meningkatkan imej kendiri mereka.

Page 25: 7 pengurusan bilik darjah

1.4.3 Cara-Cara Menangani Masalah Disiplin Dalam Bilik Darjah 1.4.3.1 Teguran Membina Guru-guru mesti mengalakkan teguran membina semasa murid-murid mengganggu dalam bilik

darjah atau menunjukkan masalah disiplin. Ini boleh dilakukan melalui empat langkah seperti berikut:

1. Mendengar Pendapat Murid-Murid Guru-guru mesti mendengar pendapat murid-murid dan mengambil kira perasaan mereka dan

tidak berat sebelah.

2. Menganalisa Situasi Murid-murid digalakkan untuk mengambil nota dan keterangan dalam menganalisa setiap situasi

pembelajaran. Murid-murid juga digalakkan untuk menanya soalan apabila mereka kurang jelas mengenai sesuatu.

3. Memberi Pandangan Guru-guru mesti member pendapat atau pandangan secara objektif dan tidak bersifat emosi

dengan melibatkan hal peribadi murid-murid. Kendiri murid-murid juga harus dipertimbangkan. Memberi Cadangan berguna supaya murid-murid dapat membaiki atau mengetahui di mana

mereka boleh mendapat bantuan / menyelesaikan masalah mereka. 1.4.3.2 Hukuman Hukuman adalah salah satu cara untuk menyelesaikan masalah disiplin di bilik darjah. Guru-guru

perlu memberi amaran yang mencukupi sebelum mengambil sebarang tindakan disiplin. Jika murid-murid menunjukkan tingkah laku bermasalah, guru-guru mesti memberikan amaran dan memastikan yang beliau melaksanakan amaran tersebut. Guru-guru harus mengenakan hukuman hanya selepas semua langkah memodifikasikan tingkah laku lain tidak berkesan.

Page 26: 7 pengurusan bilik darjah

1.4.3.3 Mencegah Salah Laku Beberapa teknik bagaimana guru-guru dapat mencegah salah-laku ialah seperti berikut:1. Mengelak daripada menjerit atau mengkritik secara negatif;2. Mengelak daripada mengenakan hukuman atau denda semasa murid-murid menghadapi

sebarang masalah tetapi menggalakkan pemberian ganjaran;3. Merancang peraturan-peraturan bilik darjah yang mudah dan jelas difahami oleh murid; dan4. Membincang peraturan bilik darjah dengan murid-murid.5. Mengambil langkah-langkah yang sistematik untuk mengenakan tindakan disiplin seperti

berikut: Peringatan; Amaran; Amaran bertulis; dan Lawatan ke pejabat Guru Besar.6. Memanggil murid-murid dengan nama mereka dan guru-guru perlu sentiasa mengadakan

kontak mata dengan murid-murid bila member arahan.7. Guru-guru mesti memastikan segala tindakan disiplin dilaksanakan dengan serta merta.8. Sebarang tingkah laku bermasalah mesti dikendalikan dengan secepat mungkin supaya tidak

menjadi lebih serius.

1.4.3.4 Pengurusan Disiplin Tanpa stress Pengurusan disiplin tanpa stress adalah satu proses kompleks dan tidak boleh dianggap sebagai

satu kerja yang ringan. Guru-guru harus merancang cara-cara untuk mengumpul maklumat mengenai sesuatu salah laku dan member pelbagai cadangan sebelum mengambil sesuatu tindakan disiplin.

Page 27: 7 pengurusan bilik darjah

Langkah-langkah yang boleh diamalkan oleh guru-guru di dalam pengurusan disiplin tanpa stress adalah:

1. Mengamalkan Disiplin Peribadi Yang Tinggi Berada di kelas sebelum murid-murid sampai; Peka terhadap keperluan semua murid; dan Meningkatkan lagi kemahiran pergaulan dan berkomnikasi dengan murid-murid.2. Empati Terhadap Murid-Murid Mendengar pandangan dan perasaan murid-murid sampai; Sabar dan mesra, bersuara secara lembut; Membantu murid-murid dalam membuat pilihan yang betul; Memajukan kendiri murid-murid; dan Menggunakan logik untuk menyelesaikan konflik yang kukuh.3. Pengajaran Melaksankan tugasan secara sistematik; Merancang pelajaran dan mengurus bilik darjah dengan bijak; Harus berinovatif dan mengamalkan refleksi.4. Pengurusan Mengadakan komunikasi dua hala dengan ibubapa.