8 Prinsip Pengurusan Berkualiti

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 8 Prinsip Pengurusan Berkualiti

    1/1

    8 Prinsip Pengurusan Berkualiti

    1. Tumpuan kepada pelanggan

    Pelanggan merupakan sebabnya wujud sesebuah organisasi. Kehendak semasa dan masa depan

    pelanggan perlu difahami organisasi. Oleh itu organisasi perlu dapat melebihi ekspetasi pelanggan.

    2. Kepimpinan

    Pengurusan atasan perlu mewujudkan kesepakatan dalam memandu organisasi mencapai matlamat

    pewujudannya serta menilai semula sistem pengurusan kualiti bagi memastikan ianya masih sesuai dan

    berkesan.

    3. Penglibatan anggota organisasi

    Semua anggota merupakan sumber penting kepada organisasi. Penglibatan dan kompetensi

    anggota-anggota ini amat diperlukan untuk menyumbang kepada peningkatan prestasi organisasi.

    4. Pendekatan proses

    Pendekatan proses bermakna input, proses transformasi input-input ini dan output kepda proses

    transformasi itu dikenalpasti. Hasil yang dihasratkan, iaitu output daripada proses transformasi ini akan

    dapat dicapai dengan lebih cekap apabila aktiviti-aktiviti dan sumber-sumber yang terlibat diuruskan

    mengikut pendekatan proses.

    5. Pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem.

    Pendekatan sistem bermakna semua proses yang ada hubungkait dikenalpasti dan diuruskan dengan

    baik supaya objektif organisasi dapat dicapai dengan lebih berkesan dan cekap.

    6. Penambahbaikan secara berterusan

    Usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan hendaklah menjadi objektif tetap organisasi.

    Organisasi perlu merancang dan mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan ke atas

    sistem pengurusan sistem kualitinya. Tindakan ini boleh diambil berasaskandasar kualiti, objektif-objektif

    kualiti, hasil audit, penganalisisan ke atas data, tindakan pembetulan dan pencegahan serta kajian

    semula pengurusan.

    7. Pendekatan membuat keputusan berdasarkan fakta.

    Keputusan-keputusan hendaklah berdasarkan kepada data dan maklumat yang tepat supaya

    keputusan-keputusan inin lebih berkesan.

    8. Hubungan dengan pelanggan untuk faedah bersama

    Organisasi dan pelanggannya saling bergantung antara satu sama lain. Hubungan yang baik akan

    membawa faedah dan meningkatkan prestasi kedua-dua pihak.

    http://www.bptv.edu.my/v3/index.php/profil-bahagian/profil-bahagian/8-prinsip-pengurusan-berkualitihttp://www.bptv.edu.my/v3/index.php/profil-bahagian/profil-bahagian/8-prinsip-pengurusan-berkualiti