8
1 LAPORAN 8 ORGANISASI TAUHIDIK : PROFIL ISU DAN CABARAN KE ARAH SISTEM PENGURUSAN ISLAM BERKUALITI KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI Kepelbagaian Kaedah Komunikasi 1. • Pemimpin perlu mengamalkan kepelbagaian kemahiran komunikasi untuk meningkatkan tahap komunikasi dalam organisasi seperti: Komunikasi secara atas ke bawah (downward comunication) Komunikasi bawah ke atas (upward comunication) Komunikasi mendatar (horizontal comunication) Kaedah Formal Dan Tidak Formal 2. • Pemimpin perlu menggunakan kedua-dua kaedah komunikasi formal dan tidak formal. Strategi Komunikasi 3. • Pemimpin perlu mempunyai strategi untuk menanamkan misi, visi dan objektif organisasi kepada kakitangan bawahan. • Pemimpin juga perlu bijak menggunakan strategi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. • Pemimpin juga perlu memahami psikologi kakitangan, memiliki EQ yang tinggi seterusnya mampu memotivasikan kakitangannya.

KE ARAH SISTEM PENGURUSAN ISLAM BERKUALITI

  • Upload
    others

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KE ARAH SISTEM PENGURUSAN ISLAM BERKUALITI

1

LAPORAN 8 ORGANISASI TAUHIDIK : PROFIL ISU DAN CABARAN

KE ARAH SISTEM PENGURUSAN ISLAM BERKUALITI

KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI

Kepelbagaian Kaedah Komunikasi1.

• Pemimpin perlu mengamalkan kepelbagaian kemahirankomunikasi untuk meningkatkan tahap komunikasi dalamorganisasi seperti:Komunikasi secara atas ke bawah (downward comunication)Komunikasi bawah ke atas (upward comunication)Komunikasi mendatar (horizontal comunication)

Kaedah Formal Dan Tidak Formal2.

• Pemimpin perlu menggunakan kedua-dua kaedah komunikasi formal dan tidak formal.

Strategi Komunikasi3.

• Pemimpin perlu mempunyai strategi untuk menanamkanmisi, visi dan objektif organisasi kepada kakitanganbawahan.

• Pemimpin juga perlu bijak menggunakan strategimenyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

• Pemimpin juga perlu memahami psikologi kakitangan,memiliki EQ yang tinggi seterusnya mampu memotivasikankakitangannya.

Page 2: KE ARAH SISTEM PENGURUSAN ISLAM BERKUALITI

2

…(SAMBUNGAN) KE ARAH SISTEM PENGURUSAN

ISLAM BERKUALITI

KONSEP INSANIYYAH

Prinsip Insaniyyah Merupakan prinsip utama

untuk memastikan pengurusan berkualiti.

Pemimpin dan pekerja harus menerapkan

sifat keinsanan dalam setiap aspek pentadbiran.

Fitrah manusia sejak lahir perlu diatur

mengikut landasan al-Qur'an dan Sunnah

Rasulullah SAW untuk berfungsi sebagai insan berkualiti.

Asas-asas kehambaan terhadap Allah SWT

harus ditanam dalam diri setiap individu

untuk taat dan patuh kepada setiap

perintah dan larangan Allah SWT.

Insan yang mempunyai prinsip Insaniyyah

(kemanusiaan sejati), pasti melaksanakan segala amanah dan

tugasan dengan sempurna kerana yakin dengan kehendak dan ketetapan Allah SWT.

Sebagai panduan untuk manusia melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran di dunia, maka Allah SWT telah

menurunkan kitab suci melalui para Nabi dan

Rasul.

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bahawa Baginda

bersabda: "Aku tinggalkan dalam

kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali

akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada

keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah (SAW)"

Riwayat

Imam Malik RA

Page 3: KE ARAH SISTEM PENGURUSAN ISLAM BERKUALITI

3

…(SAMBUNGAN) KE ARAH SISTEM PENGURUSAN

ISLAM BERKUALITI

SIFAT IHSAN BERPAKSIKAN TAUHIDIK

Sifat ihsan berteraskan nilai ketaqwaan yang sebenar kepada

Pencipta dan pesuruhNya perlu ada dalam setiap

jiwa insan

Sistem pengurusan yang didukungi oleh sifat ihsan

dengan nilai keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan sangat berbeza berbanding

sistem pengurusan Barat dan Timur.

Sifat ihsan (suka melakukan kebaikan) berkait rapat dengan aspek kecemerlangan

dalam pekerjaan apabila seseorang

berusaha melakukan tugas melebihi

keperluan minimum sebagaimana hadis Rasulullah (SAW):

“Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku

ihsan (kebaikan) dalam segala hal”

(Hadis Riwayat Muslim)

Firman Allah SWT di dalam al-Qur'an:

“....... Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orangyang berbuat perkara-

perkara yang baik."Surah Ali 'Imraan; 3 : 134

Maksud ihsan seperti yang dijelaskan oleh

Rasulullah SAWdalam hadisnya:

"Ihsan itu ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya, tetapi

jika kamu tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia

melihat kamu."(Hadis Riwayat

Muslim)

Page 4: KE ARAH SISTEM PENGURUSAN ISLAM BERKUALITI

4

… (SAMBUNGAN) KE ARAH SISTEM PENGURUSAN

ISLAM BERKUALITI

SIFAT IHSAN BERPAKSIKAN TAUHIDIK

Tiga komponen utama sifat ihsan menurut Syed Othman al-Habshi (1998)

Komponen PertamaIhsan bermaksud tingkah laku yang betul, baik, kebajikan,

berperikemanusiaan dan belas kasihan sepertimana firman Allah SWT:

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap

lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras

hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah

dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka

bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."

(Surah Ali 'Imraan; 3 : 159)

Komponen Kedua Ihsan yang difahami daripada hadis Rasulullah SAW yang memberi maksud suatu perasaan takut yang timbul dalam

diri dan merasakan dirinya sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT waktu mendekatkan diri kepadaNya (muraqabah):"Bahwa ihsan adalah engkau menyembah Allah seolah-olah

engkau melihatNya. Sekiranyapun engkau tidak (dapat) melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu."

(Hadis Riwayat Muslim)

Komponen Ketiga Ihsan yang bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan

dengan kaedah yang terbaik (proficiency).

Page 5: KE ARAH SISTEM PENGURUSAN ISLAM BERKUALITI

5

… (SAMBUNGAN) KE ARAH SISTEM PENGURUSAN

ISLAM BERKUALITI

SIFAT IHSAN BERPAKSIKAN TAUHIDIK

Sidek Baba (2012)

mengklasifikasikan ihsankepada lima

bentuk utama

PertamaJiwa kehambaan

KeduaJiwa

kekhalifahan

KetigaIhsan melalui petunjuk atau

hidayah al-Qur'an sebagai pedoman hidup

KeempatIhsan dengan

diutuskan para rasul dan nabi

untuk menyampaikan utusan dakwah kepada seluruh umat manusia

KelimaIhsan anugerah

rahmat dan nikmat kurniaan

Ilahi kepada manusia

Page 6: KE ARAH SISTEM PENGURUSAN ISLAM BERKUALITI

6

… (SAMBUNGAN) KE ARAH SISTEM PENGURUSAN

ISLAM BERKUALITI

SIFAT IHSAN BERPAKSIKAN TAWHIDIK

Organisasi yang mengamalkan keadilan dan kesaksamaan antara pihak pengurusan dan para pekerja akan melahirkan nilai kepuasan yang

tinggi antara mereka sekaligus memberikan kebahagiaan sejagat (Hasan Al-Banna, Ab. Mumin & Siti Arni, 2011).

Sistem pengurusan organisasi yang diikat dengan konsep tauhidik iaitu keimanan yang teguh hanya kepada Allah SWT dan RasulNya, akan

berjalan lancar dan berkualiti.

Mohd Affandi (1992) menjelaskan paradigma tauhidik sebagai: "Satu kaedah ilmu berasaskan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Berkuasa serta Maha Adil dan Maha Pengampun serta Maha Sempurna dan

tiada satu pun yang menyerupaiNya, Pencipta segala makhluk".

Ihsan yang disulami dengan nilai tauhidik yang merangkumi konsep tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah akan meningkatkan lagi konsep ihsan.

Ihsan yang diamalkan dalam pengurusan akan membantu majikan dan pekerja untuk mencapai matlamat organisasi cemerlang.

Page 7: KE ARAH SISTEM PENGURUSAN ISLAM BERKUALITI

7

… (SAMBUNGAN) KE ARAH SISTEM PENGURUSAN

ISLAM BERKUALITI

PENGURUSAN DENGAN SYURA

•Barat sering menegaskan prinsip pemuafakatan,

kerjasama dan bermesyuarat memberi kesan yangpositif terhadap kepuasan para pekerja(Ebrahimpour & Withers, 1992; Dimitriades, 2000).

•Namun, konsep pemuafakatan yang diutarakanBarat hanya memberikan pencapaian secara luaran

sahaja.

•Konsep yang diguna pakai oleh Barat jauh berbezadengan konsep yang ditekankan oleh Islam yangberpaksikan kepada al-Qur'an dan SunnahRasulullah SAW serta amat mementingkan

permesyuaratan dalam setiap tindak tandukseharian.

•Ayat suci al-Qur'an dari Surah Ali 'Imraan (3 : 159)

dan Surah Asy-Syura (42 : 38) jelas mendorong umatIslam untuk mengamalkan syura atau konsepbermesyuarat secara kolaboratif dalam apa juaaktiviti dan seterusnya bertawakkal kepada AllahSWT agar tercapai matlamat yang digarapkan.

•Menurut Mohd Affandi (1985) yang

mengemukakan Model Pengurusan Dengan Syura,menjelaskan bahawa seseorang pekerja akanmenetapkan pembahagian sesuatu pencapaiankepada tiga matlamat utama iaitu:

• Penetapan falsafah pengurusan berdasarkan kitab

suci al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW.

• Keutamaan kepada lahirnya seseorang pemimpinatau pengurus yang mempunyai watak atau akhlakyang tinggi.

• Pelaksanaan amalan pengurusan sesebuahorganisasi yang akan berjaya di dunia dan diakhirat.

Page 8: KE ARAH SISTEM PENGURUSAN ISLAM BERKUALITI

8

… (SAMBUNGAN) KE ARAH SISTEM PENGURUSAN

ISLAM BERKUALITI

BUDAYA ISTIQOMAH DAN KOMITMEN TINGGI

Definisi Komitmen

•Sikap dan

perlakuan untuk bekerja kuat, pengekalan dan kesetiaan dalam sesuatu

organisasi, penerimaan dan kepercayaan terhadap matlamat

organisasi, penglibatan dan penyertaan dalam pekerjaan, ikatan emosi dan

identifikasi terhadap organisasi yang membantu meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan organisasi (Noralai dan Norhasni (2010)).

Definisi Istiqomah

•Istiqomah ialah

berpendirian teguh pada keyakinan yang benar, tetap, berlanjutan dan

mempercayai (Ensiklopedia Islam (1998)).

Istiqomah Dalam Al-Quran

•Allah berfirman: "Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui(peraturan janjiKu)"(Surah Yunus; 10: 89).

•“..... Maka selagi

mereka berlaku lurus (tetap setia) terhadap kamu,hendaklah kamu berlaku lurus (tetap setia) pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.”

(Surah At-Taubah; 9 : 7)

Peranan Istiqomah dan Komitmen

•Individu yang

beristiqomah tersebut akan bekerja dengan tekun, berusaha dengan giat dan

gigih berjuang untuk mencapai cita-citanya.

•Bertitik tolak dengan prinsip

istiqomah dan komitmen yang tinggi, seseorang individu akan berpuas hati untuk melakukan kerja dengan lebih baik dan efektif.