14
Kos Penggunaan Tenaga Elektrik Kuasa ialah kadar pengunaan tenaga: Kuasa = Tenaga (J) Masa (s) Unit: Watt (W) 1 kilowatt = 1000 W Alat elektrik Voltan (V) Kuasa (W) Kipas berdiri 240 75 Peti sejuk 240 103 Mesin basuh 240 400 Pengisar buah 240 300 Cerek elektrik 220-240 2000-2400 Periuk nasi 240 650 Pengering 240 500-1000

8.5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: 8.5

Kos Penggunaan Tenaga Elektrik

Kuasa ialah kadar pengunaan tenaga:

Kuasa = Tenaga (J) Masa (s)

Unit: Watt (W)1 kilowatt = 1000 W

Alat elektrik Voltan (V) Kuasa (W)

Kipas berdiri 240 75

Peti sejuk 240 103

Mesin basuh 240 400

Pengisar buah 240 300

Cerek elektrik 220-240 2000-2400

Periuk nasi 240 650

Pengering rambut

240 500-1000

Page 2: 8.5

Hubungan antara kuasa, voltan dengan arus

Arus (A) = Kuasa (W)

Voltan (V)

I = P V

Contoh:Sebuah alat elektrik bertanda 150 W dan dibekalkan dengan

voltan 250 V. Hitung arus elektrik yang mengalir

menerusi alat itu.

Arus (A) = Kuasa (W) Voltan (V)

Arus = 150 250

= 0.6 A

Page 3: 8.5

Hubungan antara tenaga elektrik, kuasa dan masa.

Tenaga elektrik (kWj) = kuasa (kW) x masa (j)

Contoh:Sebuah alat elektrik yang mempunyai

kuasa 1 kW (1000W) digunakan selama 5 jam. Hitung tenaga elektrik

yang digunakan.

Tenaga elekrik (kWj) = Kuasa (kW) x masa (j)

= 1 x 5 = 5 kWj

Page 4: 8.5

Kos menggunakan suatu alat elektrik adalah berdasarkan kuantiti tenaga elektrik yang digunakan.

Tenaga elektrik disukat dalam unit kilowatt-jam. Satu unit tenaga elektrik bermakna satu kilowatt-jam (kWj) tenaga elektrik.

Pengiraan kos tenaga elektrik yang digunakan

1 kWj = 1 unit tenaga

Kegunaan tenaga elektrik (unit)

Kadar bayaran (RM)

Bagi 200 unit yang pertama 0.128

Bagi 800 unit yang seterusnya 0.258

Bagi unit tambahan yang seterusnya

0.278

Page 5: 8.5
Page 6: 8.5

Contoh:Kadar tarif bagi penggunaan elektrik di suatu

rumah kediaman ditunjukkan di bawah ini.

100 unit pertama 20 sen per unit200 unit kedua 25 sen per unitTambahan unit 28 sen per unit

Hitungkan kos penggunaan elektrik sebanyak 500 unit.

Penyelesaian:100 x 0.2 = RM 20.00

200 x 0.25 = RM 50.00200 x 0.28 = RM 56.00

Jumlah kos = RM 20.00 + RM 50.00 + RM 56.00

= RM 126.00

Page 7: 8.5

1) Penghawa dingin dengan 2 kW (2000W) digunakan selama 5 jam. Hitung kos tenaga elektrik yang digunakan jika satu unit tenaga (kilowatt-jam) berharga 20 sen.

2) Satu alat elektrik dengan kuasa 500W digunakan selama 2 jam. Hitung kos tenaga jika satu unit tenaga adalah RM 0.20.

3) Satu alat elektrik dengan kuasa 500W digunakan selama 2 jam. Hitung kos tenaga yang digunakan dalam sebulan jika satu unit tenaga adalah RM0.20.

Latihan..cuba buat..

Page 8: 8.5

4) Sebuah pengering rambut ditandakan 1.5 kW dan 240V. Berapakah nilai arus yang digunakan oleh pengering rambut itu.

5) Empat buah kipas elektrik dengan setiap satunya 100W digunakan selama 5 jam. Jika satu kilowatt-jam tenaga berharga 25sen, berapakah kos tenaga elektrik yang digunakan?

6) Kadar tarif bagi penggunaan tenaga elektrik di rumah ditunjukkan seperti di bawah:

100 unit pertama 20 sen per unit 200 unit kedua 25 sen per unit Unit tambahan 28 sen per unitHitung kos penggunaan elektrik sebanyak 450 unit.

Ada lagi…..cuba buat..

Page 9: 8.5

Fungsi Fius

Fius wayar Fius kartrij

Dawai fius

Fius kartrij pepejal

Fius arus besar

Fius kartrij kaca

Page 10: 8.5

Terdapat dua jenis fius:a)Fius dawai (Wire fuse) – Dawai fius yang boleh diganti apabila sudah

leburb)Fius kartrij (Cartridge fuse) – Dawai

fius tidak boleh diganti apabila sudah lebur. Sebagai ganti, suatu fius

kartrij yang baru perlu digunakan.

Fius disukat dalam unit

ampere (A).Fungsi : Mencegah

arus berlebihan daripada mengalir

menerusi litar atau alat elektrik semasa litar

pintas.

Apabila arus yang lebih besar mengalir menerusi fius, dawai di dalamnya

menjadi panas dan lebur. Dawai itu putus dan

pengaliran arus menerusi litar atau alat elektrik itu

dihentikan.

Litar pintas akan berlaku di bangunan jika dawai bumi bersentuhan dengan dawai hidup. Arus tinggi yang berlebihan yang mengalir dapat menyebabkan kebakaran.

Litar pintas disebabkan oleh kerosakan yang tidak sengaja pada sistem pendawaian yang membolehkan arus elektrik mengalir tanpa melalui rintangan atau beban pada litar lengkap.

Page 11: 8.5

Dawai bumi adalah alat keselamatan dalam sistem pendawaian elektrik.

Dawai bumi menghubungkan badan logam alat elektrik seperti seterika, cerek elektrik atau peti sejuk ke bumi.

Sebarang arus terbocor pada badan alat elektrik akan disalurkan dengan selamat melalui dawai bumi ke bumi. Arus elektrik terbocor dikatakan dibumikan.

Jika tiada dawai bumi, seseorang yang tersentuh badan logam alat elektrik yang arusnya terbocor akan terkena renjatan elektrik dan menyebabkan kecederaan atau kematian.

Peranan dawai bumi

Page 12: 8.5

Kepentingan Langkah-langkah Keselamatan dalam Penggunaan Elektrik

Langkah-langkah

keselamatan semasa

penggunaan elektrik

Jangan sentuh wayar elektrik

atau alat elektrik dengan

tangan yang basah

Jangan ganti dawai fius

yang terputus dengan dawai

biasa.

Jangan guna alat elektrik

semasa berlakunya guruh dan

kilat.Jangan cucuk

sebarang bahan ke

dalam lubang soket

Jangan baiki sendiri alat

elektrik atau litar elektrik yang rosak.

Padamkan suis utama sebelum

sebarang litar elektrik

diperbaiki

Jangan sambung

palam elektrik yang terlalu banyak pada punca kuasa yang sama

Jangan guna palam

elektrik yang telah retak atau pecah.

Jangan bermain

berhampiran dengan

punca kuasa

Jangan guna wayar

elektrik yang penebatnya

telah tertanggal

Page 13: 8.5

Langkah-langkah yang perlu diambil semasa berlakunya

kejutan elektrik

Matikan suis dengan segera

Bawa mangsa ke klinik atau hospital dengan

segera

Jangan sentuh mangsa. Pisahkan mangsa

daripada punca elektrik dengan menyentuhnya dengan penebat yang

kering

Berikan pertolongan cemas

kepada mangsa yang tidak

sedarkan diri atau telah berhenti

nafas jika boleh.

Page 14: 8.5

Kepentingan Penjimatan Elektrik

Tindakan yang menyebabkan pembaziran

elektrik

Cara menjimatkan elektrik

Lampu, kipas, televisyen, radio dan penghawa dingin dibiarkan beroperasi apabila tidak menggunakannya lagi.

Matikan suis alat elektrik apabila tidak menggunakannya lagi.

Guna alat elektrik seperti seterika atau mesin pembasuh hanya untuk kuantiti pakaian yang sedikit.

Kumpulkan kuantiti pakaian yang banyak sebelum menggunakan seterika atau mesin basuh.

Guna alat elektrik yang berkuasa tinggi

Gantikan alat elektrik berkuasa tinggi dengan alat elektrik berkuasa rendah yang menjalankan fungsi yang sama.

Buka pintu peti sejuk dengan kerap

Jangan buka pintu peti sejuk selalu. Banyak tenaga dibazirkan untuk menyejukkannya jika dibuka dengan kerap.