2
Anda juga boleh mengetahui tentang Kempen PerlembagaanKu atau mengikutinya di: • www.perlembagaanku.com • www.malaysianbar.org.my/ constitutional_law_committee • www.facebook.com/MyConstitution • www.twitter.com/MyConsti • www.youtube.com/user/PerlembagaanKu Kami boleh dihubungi di: Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan Sekretariat Majlis Peguam No. 15, Leboh Pasar Besar 50050 Kuala Lumpur t: 03.2031.3003 f: 03.2026.1313 e: [email protected] Buku Panduan Rakyat 9. Pilihanraya & Demokrasi jawatan atau hilang kelayakan. Walaubagaimanapun, kekosongan ini tidak perlu diisi jika ia berlaku dalam tempoh 2 tahun Parlimen dibubarkan kecuali jika mempengaruhi kekuatan parti yang mempunyai bilangan majoriti ahli Parlimen di Dewan Rakyat. 5. Siapakah ‘pengundi tidak hadir’ ? Pengundi tidak hadir ialah rakyat berdaftar yang tidak boleh menghadiri secara fizikal di stesen pengundian di bahagian pilihanraya pengundi tersebut untuk membuang undi pada hari pengundian. SPR telah menetapkan bahawa mereka yang berkhidmat dengan tentera laut, darat atau udara, atau dalam perkhidmatan awam Kerajaan yang bertugas di luar Negara, atau sedang dalam pengajian sepenuh masa di mana-mana institutsi pengajian tinggi di luar Malaysia boleh mendaftar sebagai pengundi tidak hadir. Pengundi tidak hadir mengundi melalui undi pos, bermakna undi pos dihantar ke lokasi mereka bagi membolehkan mereka mengundi. Kertas undi kemudian dihantar kembali ke bahagian pilihanraya yang relevan untuk dikira. 6. Adakah perlu seseorang menjadi ahli parti politik untuk menjadi calon pada pilihanraya untuk Dewan Rakyat? Tidak. Seseorang calon yang tidak bertanding sebagai ahli mana-mana parti politik dikenali sebagai “calon bebas”. 7. Adakah terdapat had yang boleh dibelanjakan oleh seseorang calon dalam kempen pilihanraya? Parlimen telah menetapkan bahawa seseorang calon Dewan Rakyat boleh membelanjakan sebanyak maksimum RM200,000. Walaubagaimanapun, ini tidak termasuk jumlah yang parti politik boleh belanjakan ke atas calon-calon. 8. Bolehkah kita mengundi untuk memilih Senator ke Dewan Rakyat? Pada masa kini, kita tidak boleh. Terdapat 70 Senator yang dilantik seperti berikut: • 26 Senator dilantik oleh 13 Dewan Undangan Negeri (2 daripada setiap Negeri); • 4 Senator dilantik oleh YDPA untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2), Labuan (1) dan Putrajaya (1); 40 Senator dilantik oleh YDPA. Walaubagaimanapun Perlembagaan menyatakan bahawa Parlimen boleh • meningkatkan bilangan Senator untuk dilantik oleh Negeri-negeri daripada 2 kepada 3; • menetapkan bahawa Senator-senator dipilih secara terus oleh rakyat Negeri-negeri tersebut; dan • mengurangkan bilangan ahli-ahli yang dilantik atau memansuhkan ahli-ahli yang dilantik. 9. Bolehkah keputusan pilihanraya dicabar? Ya. Sesuatu keputusan boleh dicabar dengan cara memfailkan Petisyen Pilihanraya dalam tempoh 21 hari selepas keputusan disiarkan dalam Warta Kerajaan. Alasan-alasan untuk mencabar termasuklah: • rasuah, ugutan atau sebarang salah laku yang mempengaruhi keputusan pilihanraya; • pencabulan undang-undang dan peraturan pilihanraya; amalan korup atau haram yang dilakukan calon- calaon atau ajen mereka. calon-calon didapati tidak layak bertanding. 10. Bolehkah sempadan bahagian pilihanraya diubah? Ya, jika Parlimen meluluskan perubahan tersebut berdasarkan syor-syor SPR yang dibuat selepas melakukan semakan. Perlembagaan menyatakan bahawa SPR mesti menyemak semula sempadan untuk bahagian pilihanraya Dewan Rakyat sekurang- kurangnya sekali setiap 8 tahun. 11. Apakah prinsip-prinsip yang terpakai oleh SPR dalam mengesyorkan perubahan kepada sempadan? Perlembagaan menetapkan SPR untuk mengambil kira beberapa prinsip dalam semekan tersebut seperti: • bahagian pilihanraya tidak bersilang dengan sempadan Negeri. Sebagai contoh, sebahagian daripada keseluruhan bahagian pilihanraya tidak sepatutnya berada di Kedah dan sebahagian lagi di Perak; • kemudahan pentadbiran yang sedia ada untuk mewujudkan mekanisme pendaftaran dan pengundian; bahawa bilangan pengundi dalam setiap bahagian pilihanraya perlu lebih kurang sama rata kecuali di mana daerah-daerah yang sukar dihubungi dan bahagian pilihanraya di luar Bandar, penekanan tertentu boleh diberikan terhadap bahagian- bahagian pilihanraya tersebut; dan, Kesulitan mengubah sempadan dan mengekalkan hubungan tempatan. 12. Bagaimana boleh saya ketahui sekiranya sempadan bahagian pilihanraya diubah, dan bolehkah rakyat mempersoalkan perubahan tersebut? Sebaik SPR membuat semakan, ia boleh membuat syor-syor perubahan kepada bahagian pilihanraya. Ia perlu memaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri tentang syor- syor tersebut, dan menyiarkan dalam Warta Kerajaan dan sekurang-kurangnya satu surat khabar yang diedarkan dalam bahagian pilihanraya tersebut menyatakan: • kesan syor-syor SPR dan bahawa salinan syor- syor boleh diperiksa di tempat yang ditetapkan dalam bahagian pilihanraya tersebut; • bahawa representasi boleh dibuat kepada SPR dalam masa 1 bulan selepas penyiaran notis. Jadi, jika anda melihat notis sedemikian, anda boleh membuat representasi kepada SPR dan SPR akan mempertimbangkan representasi tersebut. Selain itu, mana-mana Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan yang terjejas berikutan syor-syor tersebut atau 100 atau lebih orang dalam daftar-daftar pemilih untuk bahagian pilihanraya tersebut, boleh membuat representasi kepada SPR bagi membantah syor-syor di mana SPR mesti mengadakan inkuiri tempatan. Jika SPR mengubah syor-syor, proses penyiaran notis dan meminta representasi sekali lagi dilakukan. Walaubagaimanapun, SPR tidak perlu mengadakan lebih daripada dua siasatan berkenaan syor-syor tersebut. Selesai melalui prosedur di atas, SPR menghantar laporan tersebut kepada Perdana Menteri yang perlu membentangkan laporan tersebut di Dewan Rakyat. Syor-syor tersebut mesti diluluskan oleh undian tidak kurang daripada separuh (50%) daripada jumlah bilangan ahli Parlimen untuk berkuatkuasa. 13. Bagaimana saya boleh memeriksa sama ada saya telah didaftarkan untuk mengundi dan jika ya, di mana satu stesen pengundian? Semak dengan SPR. Pada masa kini, anda boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk sebarang maklumat mengenai status undi anda. M AJLIS PE G U A M B A R C O U NCIL M A L A Y S I A Kempen PerlembagaanKu Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan Disember 2010 Majlis Peguam

9. Pilihanraya & Demokrasi - Aburedza · PDF filetidak boleh menghadiri secara fizikal di stesen ... Sebagai contoh, ... SPR juga mengendalikan pilihanraya untuk kesemua 13 Dewan Undangan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 9. Pilihanraya & Demokrasi - Aburedza · PDF filetidak boleh menghadiri secara fizikal di stesen ... Sebagai contoh, ... SPR juga mengendalikan pilihanraya untuk kesemua 13 Dewan Undangan

Anda juga boleh mengetahui tentang Kempen PerlembagaanKu atau mengikutinya di:

• www.perlembagaanku.com• www.malaysianbar.org.my/ constitutional_law_committee• www.facebook.com/MyConstitution• www.twitter.com/MyConsti• www.youtube.com/user/PerlembagaanKu

Kami boleh dihubungi di:Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan Sekretariat Majlis PeguamNo. 15, Leboh Pasar Besar50050 Kuala Lumpur

t: 03.2031.3003f: 03.2026.1313e: [email protected]

Buku Panduan Rakyat 9. Pilihanraya &

Demokrasi

jawatan atau hilang kelayakan. Walaubagaimanapun, kekosongan ini tidak perlu diisi jika ia berlaku dalam tempoh 2 tahun Parlimen dibubarkan kecuali jika mempengaruhi kekuatan parti yang mempunyai bilangan majoriti ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

5. Siapakah ‘pengundi tidak hadir’ ?

Pengundi tidak hadir ialah rakyat berdaftar yang tidak boleh menghadiri secara fizikal di stesen pengundian di bahagian pilihanraya pengundi tersebut untuk membuang undi pada hari pengundian.

SPR telah menetapkan bahawa mereka yang berkhidmat dengan tentera laut, darat atau udara, atau dalam perkhidmatan awam Kerajaan yang bertugas di luar Negara, atau sedang dalam pengajian sepenuh masa di mana-mana institutsi pengajian tinggi di luar Malaysia boleh mendaftar sebagai pengundi tidak hadir.

Pengundi tidak hadir mengundi melalui undi pos, bermakna undi pos dihantar ke lokasi mereka bagi membolehkan mereka mengundi. Kertas undi kemudian dihantar kembali ke bahagian pilihanraya yang relevan untuk dikira.

6. Adakah perlu seseorang menjadi ahli parti politik untuk menjadi calon pada pilihanraya untuk Dewan Rakyat?

Tidak. Seseorang calon yang tidak bertanding sebagai ahli mana-mana parti politik dikenali sebagai “calon bebas”.

7. Adakah terdapat had yang boleh dibelanjakan oleh seseorang calon dalam kempen pilihanraya?

Parlimen telah menetapkan bahawa seseorang calon Dewan Rakyat boleh membelanjakan sebanyak maksimum RM200,000. Walaubagaimanapun, ini tidak termasuk jumlah yang parti politik boleh belanjakan ke atas calon-calon.

8. Bolehkah kita mengundi untuk memilih Senator ke Dewan Rakyat?

Pada masa kini, kita tidak boleh. Terdapat 70 Senator yang dilantik seperti berikut:• 26 Senator dilantik oleh 13 Dewan Undangan

Negeri (2 daripada setiap Negeri); • 4 Senator dilantik oleh YDPA untuk Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur (2), Labuan (1) dan Putrajaya (1);

• 40 Senator dilantik oleh YDPA.

Walaubagaimanapun Perlembagaan menyatakan bahawa Parlimen boleh• meningkatkan bilangan Senator untuk dilantik

oleh Negeri-negeri daripada 2 kepada 3; • menetapkan bahawa Senator-senator dipilih

secara terus oleh rakyat Negeri-negeri tersebut; dan

• mengurangkan bilangan ahli-ahli yang dilantik atau memansuhkan ahli-ahli yang dilantik.

9. Bolehkah keputusan pilihanraya dicabar?

Ya. Sesuatu keputusan boleh dicabar dengan cara memfailkan Petisyen Pilihanraya dalam tempoh 21 hari selepas keputusan disiarkan dalam Warta Kerajaan.

Alasan-alasan untuk mencabar termasuklah: • rasuah, ugutan atau sebarang salah laku yang

mempengaruhi keputusan pilihanraya;• pencabulan undang-undang dan peraturan

pilihanraya; • amalan korup atau haram yang dilakukan calon-

calaon atau ajen mereka. • calon-calon didapati tidak layak bertanding.

10. Bolehkah sempadan bahagian pilihanraya diubah?

Ya, jika Parlimen meluluskan perubahan tersebut berdasarkan syor-syor SPR yang dibuat selepas melakukan semakan. Perlembagaan menyatakan

bahawa SPR mesti menyemak semula sempadan untuk bahagian pilihanraya Dewan Rakyat sekurang-kurangnya sekali setiap 8 tahun.

11. Apakah prinsip-prinsip yang terpakai oleh SPR dalam mengesyorkan perubahan kepada sempadan?

Perlembagaan menetapkan SPR untuk mengambil kira beberapa prinsip dalam semekan tersebut seperti: • bahagian pilihanraya tidak bersilang dengan

sempadan Negeri. Sebagai contoh, sebahagian daripada keseluruhan bahagian pilihanraya tidak sepatutnya berada di Kedah dan sebahagian lagi di Perak;

• kemudahan pentadbiran yang sedia ada untuk mewujudkan mekanisme pendaftaran dan pengundian;

• bahawa bilangan pengundi dalam setiap bahagian pilihanraya perlu lebih kurang sama rata kecuali di mana daerah-daerah yang sukar dihubungi dan bahagian pilihanraya di luar Bandar, penekanan tertentu boleh diberikan terhadap bahagian-bahagian pilihanraya tersebut; dan,

• Kesulitan mengubah sempadan dan mengekalkan hubungan tempatan.

12. Bagaimana boleh saya ketahui sekiranya sempadan bahagian pilihanraya diubah, dan bolehkah rakyat mempersoalkan perubahan tersebut?

Sebaik SPR membuat semakan, ia boleh membuat syor-syor perubahan kepada bahagian pilihanraya. Ia perlu memaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri tentang syor-syor tersebut, dan menyiarkan dalam Warta Kerajaan dan sekurang-kurangnya satu surat khabar yang diedarkan dalam bahagian pilihanraya tersebut menyatakan:

• kesan syor-syor SPR dan bahawa salinan syor-syor boleh diperiksa di tempat yang ditetapkan dalam bahagian pilihanraya tersebut;

• bahawa representasi boleh dibuat kepada SPR dalam masa 1 bulan selepas penyiaran notis.

Jadi, jika anda melihat notis sedemikian, anda boleh membuat representasi kepada SPR dan SPR akan mempertimbangkan representasi tersebut.

Selain itu, mana-mana Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan yang terjejas berikutan syor-syor tersebut atau 100 atau lebih orang dalam daftar-daftar pemilih untuk bahagian pilihanraya tersebut, boleh membuat representasi kepada SPR bagi membantah syor-syor di mana SPR mesti mengadakan inkuiri tempatan.

Jika SPR mengubah syor-syor, proses penyiaran notis dan meminta representasi sekali lagi dilakukan. Walaubagaimanapun, SPR tidak perlu mengadakan lebih daripada dua siasatan berkenaan syor-syor tersebut.

Selesai melalui prosedur di atas, SPR menghantar laporan tersebut kepada Perdana Menteri yang perlu membentangkan laporan tersebut di Dewan Rakyat.

Syor-syor tersebut mesti diluluskan oleh undian tidak kurang daripada separuh (50%) daripada jumlah bilangan ahli Parlimen untuk berkuatkuasa.

13. Bagaimana saya boleh memeriksa sama ada saya telah didaftarkan untuk mengundi dan jika ya, di mana satu stesen pengundian?

Semak dengan SPR. Pada masa kini, anda boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk sebarang maklumat mengenai status undi anda.

MAJLIS PEGUAM BAR COUNCIL

MALAYSIA

Kempen PerlembagaanKuJawatankuasa Undang-Undang

Perlembagaan

Disember 2010

Majlis Peguam

Page 2: 9. Pilihanraya & Demokrasi - Aburedza · PDF filetidak boleh menghadiri secara fizikal di stesen ... Sebagai contoh, ... SPR juga mengendalikan pilihanraya untuk kesemua 13 Dewan Undangan

Dalam Buku Panduan Rakyat 1: Apa itu Perlembagaan Persekutuan?, kita mempelajari bahawa Perlembagaan Persekutuan mewujudkan suatu sistem pemerintahan di Malaysia. Ia adalah sistem “demokrasi” yang bermakna rakyat Malaysia menentukan siapa yang mentadbir negara. Ini kita lakukan dengan cara mengundi ketika pilihanraya.

Mengikut Perlembagaan, pilihanraya diadakan untuk memilih 222 ahli-ahli Dewan Rakyat (dikenali sebagai “Ahli Parlimen) dan 576 ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Dalam Buku Panduan ini, kita akan memfokuskan pada pilihanraya untuk Dewan Rakyat.

Pilihanraya untuk Dewan Rakyat diadakan apabila

Parlimen “dibubarkan”. Apabila Parlimen “dibubarkan”

ini bermakna ia telah dihentikan daripada berfungsi. Ini boleh berlaku dalam dua cara:

• Parlimen dibubarkan secara automatic lima tahun selepas persidangan pertama Dewan Rakyat; atau

• Perdana Menteri boleh memohon supaya Yang Di Pertuan Agong (“YDPA”) membubarkan Parlimen, dan YDPA seterusnya boleh membuat keputusan untuk melakukan sedemikian. Dalam kebanyakan perkara, YDPA mesti bertindak atas nasihat Perdana Menteri, Walaubagaimanapun Perlembagaan menyatakan YDPA boleh menolak untuk membenarkan permohonan untuk membubarkan Parlimen sebelum penggal lima tahun berakhir.

Sebaik Parlimen dibubarkan, “pilihanraya umum” mesti diadakan dalam masa 60 hari untuk memilih 222 ahli-ahli Parlimen yang baru.

Perlembagaan tidak memberi butir-butir bagaimana pilihanraya dikendalikan. Ia bagaimanapun mewujudkan Suruhanjaya Pilihanraya (“SPR”) dan mempertanggungjawabkan SPR untuk mengendalikan pilihanraya bagi Dewan Rakyat. Parlimen juga telah membuat undang-undang tentang bagaimana pilihanraya seharusnya diadakan dan telah memberikan SPR kuasa-kuasa yang diperlukan bagi mengendalikan pilihanraya.

Di bawah undang-undang, sebaik Parlimen dibubarkan, SPR akan menetapkan “hari pencalonan” dan “hari pengundian” untuk pilihanraya umum.

Terdapat 222 kawasan pengundian (dikenali sebagai “bahagian pilihanraya”) di seluruh Malaysia, satu untuk setiap kerusi di Dewan Rakyat. Pada hari pencalonan, sesiapa yang ingin dicalonkan sebagai ahli Parlimen untuk bahagian pilihanraya tertentu mestilah memfailkan dokumen yang sewajarnya dengan pegawai SPR bagi bahagian pilihanraya tersebut (“pegawai pilihanraya”). Individu yang memfailkan dokumen-dokumen tersebut menjadi calon. Jika terdapat lebih daripada satu calon bagi sesebuah bahagian pilihanraya akan diadakan. Jika terdapat hanya satu calon, calon tersebut akan diumumkan sebagai pemenang.

Selepas proses pencalonan, tempoh berkempen bermula dan berterusan sehingga sehari sebelum hari pengundian. Ini adalah apabila calon-calon akan cuba memujuk para pengundi supaya mengundi mereka.

Pada hari pengundian, para pengundi akan ke pusat pengundian di bahagian pilihanraya mereka dan mengundi calon pilihan mereka. Sebaik tempoh mengundi tamat, undi dikira dan pemenang akan diumumkan. Calon yang menang adalah calon yang mendapat undian terbanyak dalam bahagian pilihanraya tersebut.

Mana-mana parti politik atau gabungan parti-parti yang mampu mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen (sekurang-kurangnya 112 daripada 222) akan diundang oleh YDPA untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Mana mana rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia dan berumur

sekurang-kurangnya 21 tahun boleh mengambil bahagian dalam pilihanraya untuk menjadi ahli Parlimen.

Seseorang tidak boleh menjadi Ahli Parlimen jika:• Tidak sempurna akal; • Muflis;• Memegang jawatan berpendapatan (jawatan

berpendapatan bermaksud memegang jawatan dalam kehakiman, Suruhanjaya Pilihanraya, Audit Negara dan apa-apa jawatan yang diisytiharkan Parlimen);

• Membelanjakan wang lebih daripada yang dibenarkan undang-undang untuk kempen pilihanraya;

• Didapati bersalah atas kesalahan jenayah di mana hukuman yang dikenakan adalah penjara untuk satu tahun atau lebih, atau denda RM2000 atau lebih;

• Menjadi rakyat negara lain atau mengisytiharkan kesetiaan kepada negara lain.

Di bawah Perkara 119 Perlembagaan, anda boleh mengundi jika:

• Anda adalah rakyat Malaysia; • Anda berumur sekurang-kurangnya 21

tahun; • Anda bermastautin di bahagian pilihanraya di mana

anda berniat untuk mengundi; • Anda telah mendaftar untuk menjadi mengundi.

Seseorang itu hilang kelayakan menjadi pengundi jika: • tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman

penjara; atau • telah didapati bersalah dalam mana-mana bahagian

Komanwel dan dijatuhi hukuman mati atau penjara melebihi tempoh 12 bulan dan masih belum selesai menjalani hukuman.

Tidak. Peruntukan kerusi bergantung kepada bilangan penduduk dan kawasan serta penekanan yang dibenarkan Perlembagaan ke atas kawasan-kawasan luar bandar. Di bawah Perlembagaan, bilangan Ahli Parlimen/bahagian pilihanraya untuk setiap Negeri dan Wilayah adalah seperti berikut:

• Johor : 26 • Pahang : 14 • Sarawak : 31• Kedah : 15 • Penang : 13 • Selangor : 22• Kelantan : 14 • Perak : 24 • Terengganu : 8• Melaka : 6 • Perlis : 3 • Labuan : 1• Putrajaya : 1 • Sabah : 25 • Kuala Lumpur : 11• Negeri Sembilan : 8

Perlembagaan pernah dipinda untuk mengubah jumlah bilangan ahli Parlimen.

Seperti yang telah diperjelaskan sebelum ini, Perlembagaan menetapkan

Suruhanjaya Pilihanraya bagi mengendalikan pilihanraya bagi Dewan Rakyat.

SPR juga mengendalikan pilihanraya untuk kesemua 13 Dewan Undangan Negeri. SPR mendaftarkan pengundi, menyediakan dan mengemaskini daftar-daftar pemilih (yang menyenaraikan nama-nama individu yang boleh mengundi), menyemak sempadan bahagian pilihanraya dan membuat syor-syor kepada Dewan Rakyat

2. Adakah undi saya rahsia?

Di bawah undang-undang, setiap pengundi harus mengundi untuk calon yang bertanding untuk pilihanraya dengan cara menandakan pada kertas undi yang kemudian dimasukkan ke dalam peti undi yang selamat. Tiada sesiapa patut bertanya kepada anda siapa atau parti politik mana yang anda undi.

Sejak pindaan undang-undang pada tahun 2006, tiada sesiapa patut menulis nombor pengundi anda di atas keratan kertas undi yang diberi kepada anda. Ini bermaksud kertas undi anda yang telah ditanda tidak boleh dikesan kepada anda.

3. Apakah sistem pengundian ”pemenang undi terbanyak”?

Perlembagaan tidak menyatakan bagaimana pilihanraya dimenangi. Walaubagaimanapun, Parlimen telah menetapkan bahawa calon dengan undian tertinggi berbanding dengan calon lain akan menang dalam sesebuah bahagian pilihanraya. Ini dikenali sebagai “pemenang undi terbanyak” atau dalam bahasa Inggeris, “first past the post”..

Ini bermakna calon yang menang mungkin tidak akan mendapat majoriti daripada jumlah undi. Contohnya, dalam Bahagian Pilihanraya A, Calon 1 mendapat 32% undi, Calon 2 mendapat 35% undi dan Calon 3 mendapat 33% undi. Tiada seorangpun yang mendapat majoriti mutlak melebihi 50%, tetapi calon yang mendapat undian terbanyak akan diumum sebagai pemenang. Dalam kes ini, Calon 2 adalah pemenang.

Terdapat sistem-sistem berbeza yang diamalakan di negara-negara lain.

4. Apa itu pilihanraya kecil?

Pilihanraya kecil adalah pilihanraya yang diadakan bagi sesebuah bahagian pilihanraya apabila terdapat “kekosongan luar jangka”. Ini berlaku apabila seseorang ahli Parlimen meninggal dunia, meletak

berkenaan perubahan sempadan.

SPR dianggotai Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 5 orang ahli lain yang dilantik oleh YDPA selepas rundingan dengan Majlis Raja-raja. Dalam memilih ahli-ahli, YDPA mesti mengambil kira keperluan suatu Suruhanjaya Pilihanraya yang mendapat kepercayaan awam.

Seseorang ahli SPR boleh memegang jawatan sehingga mencapai umur 66 tahun. Ahli tersebut akan dipecat daripada memegang jawatan sekiranya beliau:

• adalah seorang bankrap yang belum dilepaskan; atau

• mengambil bahagian dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan bergaji; atau ,

• adalah seorang ahli mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Pengerusi SPR tidak boleh menjadi ahli mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan mana-mana badan yang bersifat komersil sama ada menerima bayaran atau keuntungan atau tidak.

1. Adakah perlu saya mendaftar jika saya ingin mengundi?

Ya, anda perlu mendaftar dengan SPR untuk menjadi pengundi. Pada masa kini, anda boleh mendaftar di mana-mana pejabat SPR di Malaysia atau pejabat pos berkomputer. Anda boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendaftar.

Selepas anda mendaftar, ia akan mengambil masa kira-kira 4 bulan sebelum nama anda tersenarai dalam daftar-daftar pengundi dan anda boleh mengundi.

Bilakah pilihanraya diadakan?

Bagaimanakah pilihanraya dikendalikan?

Siapakah yang layak untukmenjadi Ahli Parlimen?

Siapakah yang layak untuk mengundi?

Adakah terdapat bilangan AhliParlimen/bahagian pilihanrayayang sama rata untuk setiap Negeri dan Wilayah?

Apa itu SuruhanjayaPilihanraya (“SPR”)

Soalan-soalan Lazim