10
1.0 PENGENALAN Pada 6 hingga 10 April 2015, Jawatankuasa PPDa SK Seri Kepong telah melaksanakan minggu PPDa peringkat sekolah. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberikan tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibubapa. Program Pendidikan Pencegahan dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah. Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat. 2.0 RASIONAL Langkah pencegahan awal perlu diadakan kepada murid bagi menyedarkan mereka tentang bahaya dadah. 3.0 MATLAMAT Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah, ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibubapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Bebas Dadah Tahun 2016 . 4.0 OBJEKTIF 1

97686777 Laporan Minggu Anti Dadah SKDS 2012

Embed Size (px)

DESCRIPTION

free

Citation preview

1

1.0PENGENALAN

Pada 6 hingga 10 April 2015, Jawatankuasa PPDa SK Seri Kepong telah melaksanakan minggu PPDa peringkat sekolah. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberikan tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibubapa.

Program Pendidikan Pencegahan dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat.2.0RASIONAL

Langkah pencegahan awal perlu diadakan kepada murid bagi menyedarkan mereka tentang bahaya dadah.

3.0 MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah, ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibubapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Bebas Dadah Tahun 2016.

4.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:

4.1 Memberi pengetahuan kepada murid mengenai bahaya dadah;4.2 Menimbulkan kesedaran kepada murid mengenai pentingnya Pendidikan Pencegahan Dadah;4.3 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya hidup sihat;4.4 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat sekolah rendah lagi;4.5 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah;4.6 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid;4.7 Membentuk tingkahlaku dan nilai positif di kalangan warga sekolah.

5.0 KUMPULAN SASAR

5.1 Semua murid SK Seri Kepong.5.2 Semua guru dan kakitangan SK Seri Kepong.6.0TARIKH PERLAKSANAAN6 April 2015 hingga 10 April 20157.0TEMPAT7.1Dewan Perhimpunan SK Seri Kepong7.2Kelas8.0JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat.

EN. MAT ADINI BIN CHE DIN

(Guru Besar)

Pengerusi.

EN. NAZRI BIN ABDULLAH

(GPK. Hal EhwalMurid)

Naib Pengerusi.

PN. NAJIHAH BT. IBRAHIM(GPK. TADBIR DAN KURIKULUM)

PN. SARASWATHY A/P KUNJU

(GPK. KOKURIKULUM)

EN. ZAINUDDIN BIN NGADIMAN

(GPK. KOKURIKULUM)

Penyelaras Program.

EN.AHMADI ABIDIN BIN MUHAMMAD.

Setiausaha.

EN. AIMAN BIN IZHAR

AJK.

Semua ahli Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling serta Jawatankuasa Guru Penyayang/ Murid Contoh/ Sambutan HariLahir.

9.0AKTIVITI

HARIMASAPERJALANAN PROGRAM

ISNIN

(6 APRIL 2015)7.40 - 8.10 pagi (Perhimpunan pagi)

8.10 - 10.10 Pagi

10.10 1.30 Petang Perasmian minggu Ppda peringkat SK Seri Kepong.

Ceramah AADK Sentul Pameran bahan daripada AADK Sentul

SELASA

(7 APRIL 2015)10.30 11.30

pagi Pertandingan mewarna dan melukis poster Prasekolah, PPKI, Tahap 1 dan Tahap 2.

RABU

(8 APRIL 2015)2.00 3.35 Petang

(kokurikulum) Pertandingan mendeklemasi sajak PPDA Tahap 2 SK Seri Kepong

KHAMIS

(9 APRIL 2015)- Pertandingan kuiz anti dadah tahap 2 SK Seri Kepong

JUMAAT

10 APRIL 201510.10 10.35 Pagi

(Rehat) Penutupan minggu PPDA / penyampaian hadian.

10.0PERBELANJAAN

PERBELANJAANKUANTITIJUMLAH

1. Pertandingan Mewarna (Prasekolah, PPKI, danTahap 1)RM 1.00 x 10RM 10.00

2. Pertandingan Kuiz Anti Dadah (Tahap 1 &Tahap 2) RM 3.00 x 4RM 12.00

3. Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2) RM 3.00 x 3RM 9.00

4. Pertandingan Deklamasi Sajak (Tahap 2)RM 3.00 x 3RM 9.00

5. Pameran AADK zon SentulRM5.00 x 4RM 20.00

6. Cenderahati penceramahRM 100.00RM100.00

JUMLAH BESARRM 171.00

11.0KEPUTUSAN PERTANDINGAN

BILPERTANDINGANPERTAMAKEDUAKETIGASAGUHATI

1

Melukis Poster Tahap 2Gan ZoeyNur Azzah Aqilah bt Muhammad RidzuanAhmad Hariz Fitri1) Michelle Vyanne

2Mewarna Tahap 1Adam DanialAinur Farahin bt RahmatJulliet Couree1) John Willian

3Mendeklamasi Sajak Tahap 2Hosnol Hatimah bt MaskumIzyan DyanaWardatul Ummah1) Alif Najmi Bin Sahri

4Mewarna Pra SekolahAqil MuslimIzzat FarishAjmal solehin-

5Mewarna PPKITan Chung MinJoannaGan tek Chai-

6Kuiz PPDAAdam ImanSyed Ahmad HaikalAlif Aiman-

15.0ISU DAN MASALAH

15.1 Masalah pertama ialah berkenaan dengan tayangan slaid ceramah yang tidak berapa jelas kerana keadaan dewan sekolah yang terbuka dan terang. Walaubagaimanapun, murid-murid masih dapat memahami dan melihat serba sedikit tayangan slaid tersebut di samping ceramah dan penerangan yang sangat jelas dan menarik oleh penceramah jemputan.15.2 Masalah kedua adalah berkenaan waktu ketibaan pegawai-pegawai dari AADK yang hanya dapat tiba pada pukul 8.30 pagi berbanding permintaan dari pihak sekolah iaitu pukul 8.00 pagi. Ini menyebabkan waktu rehat murid terganggu dan agak lewat sedikit. Walaubagaimanapun, program penutup dapat juga dijalankan dengan lancar.16.0PENUTUPMinggu Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah Tahun 2015 SK Seri Kepong telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pihak jawatankuasa pelaksana mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan murid yang mambantu dalam pelaksanaan Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah Tahun 2015 ini. Diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan lebih lancar pada tahun-tahun yang akan datang.1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAHDisediakan oleh :

(EN. AHMADI ABIDIN BIN MUHAMMAD)

Penyelaras Program Minggu PPda SK. Seri Kepong

Disemak oleh:

(En Nazri Bin Abdullah)

GPK Hal Ehwal Murid

Disahkan oleh:

(EN. MAT ADINI BIN CHE DIN)

Guru Besar Seri KepongGambar Aktiviti

7