Upload
others
View
42
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
TEKS UCAPAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PENGERUSI KOPSYA
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN
TAHUNAN KALI KE–7 (2018) KOPSYA
2
4 MEI 2019 (SABTU)
2.30 PETANG
AUDITORIUM, ANGKASA
Terima kasih saudari Pengacara
Majlis,
3
Yang Dihormati,
- Yang Berusaha Encik Amran Abd
Kadir
Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
Cawangan Wilayah Persekutuan
4
- YBhg. Dato’ Hj. Kamarudin Ismail
Timbalan Pengerusi KOPSYA
merangkap Timbalan Presiden
ANGKASA
5
- Yang Berusaha Tuan Hj. Mohamad
Azmi Omaruddin
Setiausaha KOPSYA merangkap
Naib Presiden ANGKASA
- Yang Berusaha Tuan Hj. Mansor Ab
Rahman
Bendahari KOPSYA
6
- Anggota-Anggota Lembaga
KOPSYA
- Jawatankuasa Audit Dalaman
KOPSYA
7
- YBhg. Dato’ Syed Mohd Ghazali
Wafa Syed Adwam Wafa
Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA
- Pengurusan Kanan KOPSYA dan
ANGKASA
8
- Para Perwakilan dan Pemerhati
yang dirahmati ALLAH S.W.T.
Assalamualaikum WBT, Salam
Persaudaraan dan Salam Satu
Koperasi.
9
Alhamdulillah, bersyukur kita ke
hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan
limpah kurniaNya dapat kita
bersama-sama berada di
Mesyuarat Agung Perwakilan
Tahunan kali ke-7 KOPSYA pada
hari ini.
10
Seperti yang sedia maklum pada
mulanya Mesyuarat kita telah
ditetapkan pada waktu pagi, walau
bagaimanapun kita berlapang
dada dan meminda ke sebelah
petang kerana memberi laluan
kepada Mesyuarat Agung Bank
Rakyat. Dengan itu saya
11
mengucapkan ribuan terima kasih
dan tahniah di atas usaha dan
komitmen para perwakilan untuk
hadir petang ini, di mana sudah
tentu yang dari jauh terpaksa
pulang pada malam hari atau esok
pagi. InshaALLAH hari Isnin kita akan
menyambut Ramadan Mubarak.
12
Justeru itu, saya juga mengambil
kesempatan ini mengucapkan
Selamat Menyambut Ramadan
Mubarak dan Selamat Berpuasa
kepada semua muslimin yang
hadir.
13
Para Hadirin Sekalian,
Lafaz penuh kesyukuran
dipanjangkan ke hadrat Ilahi
kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya kita berjaya
mengharungi tahun 2018 yang
penuh cabaran. Walaupun begitu,
14
KOPSYA tetap komited
melaksanakan pelbagai inisiatif
untuk merealisasikan Visi dan Misi
KOPSYA terutama dalam memberi
manfaat kepada Koperasi Anggota
dengan memberi perkhidmatan
kewangan dan ke arah
mempelbagaikan rantaian nilai
15
dalam perniagaan. KOPSYA
sentiasa bersedia membantu
memacu kompetensi koperasi
dalam menjana pertumbuhan dan
pengukuhan sosio ekonomi
Koperasi Anggota.
16
Saya menyanjung tinggi
sumbangan bakti semua Anggota
Lembaga, Jawatankuasa dan
warga kerja dalam melaksanakan
inisiatif-inisiatif yang telah dirancang
dengan penuh tanggungjawab
dan saya berharap semuanya akan
terus gigih mencurahkan idea dan
17
usaha pada masa akan datang
bagi merealisasikan impian
KOPSYA. Saya juga mengucapkan
terima kasih kepada semua
anggota yang terus memberi
sokongan padu kepada KOPSYA
untuk terus bergerak maju tanpa
menoleh ke belakang lagi.
18
Para Hadirin dan Hadirat dikasihi
sekalian.
Bilangan Koperasi yang menyertai
KOPSYA meningkat dengan begitu
baik sekali. Sehingga 30 April 2019
jumlah keanggotaan KOPSYA
adalah 1,395 buah koperasi dengan
19
jumlah pegangan syer terkumpul
sebanyak RM50.62 Juta.
Untuk makluman semua, mengikut
taburan negeri, 5 buah negeri telah
mendahului negeri-negeri lain.
Didahului dengan negeri Selangor
sebanyak 217 buah koperasi diikuti
20
dengan negeri Perak 148 buah
koperasi, Wilayah Persekutuan 141
buah koperasi seterusnya Johor 117
buah koperasi dan negeri Kedah
92 buah koperasi. Tahniah
diucapkan kepada negeri-negeri
yang saya sebutkan tadi.
21
Slide Keanggotaan – jadual
mengikut negeri.
Saya menyeru Koperasi Anggota
yang sedia ada turut sama
berkempen bagi menambah
keanggotaan dan secara tidak
langsung akan meningkatkan
22
jumlah modal syer agar KOPSYA
dapat bergerak dengan lebih
pantas lagi seperti mana yang
dimandatkan dalam sektor
perkhidmatan kewangan.
Sehubungan dengan ini, KOPSYA
melancarkan hari ini Kempen
Penambahan Modal Syer Minimum
23
Koperasi sehingga tiga kali ganda
iaitu dari RM1,000 ke RM3,000.
Kempen ini telah diterangkan oleh
Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg.
Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa
sebelum Mesyuarat kita bermula
tadi. Kepada perwakilan yang
berhasrat untuk menambah syer
24
bolehlah mendapatkan borang di
booth KOPSYA. Marilah kita
bersama-sama menyokong
kempen dan pelbagai program
yang telah dan akan disediakan
oleh KOPSYA.
Hadirin dan Hadirat yang dihormati.
25
Pembiayaan adalah perniagaan
teras KOPSYA. KOPSYA perlu
sentiasa kompetitif supaya banyak
koperasi dapat menikmati
kemudahan pembiayaan melalui
dana yang diberikan dan
seterusnya dapat melonjakkan
prestasi dan pertumbuhan
26
perniagaan koperasi ke tahap yang
lebih tinggi.
Sehingga akhir tahun 2018, KOPSYA
telah mengeluarkan pembiayaan
kepada 99 buah koperasi dengan
jumlah pengeluaran sebanyak
RM369 juta. Pengeluaran
27
pembiayaan yang paling tinggi
adalah pengeluaran untuk kredit
iaitu berjumlah RM326 juta dan
diikuti pengeluaran untuk projek
Koperasi sebanyak RM27.3 juta dan
pembiayaan Musyarakah
Mutanaqisah iaitu pembiayaan
Hartanah berjumlah RM4.3 juta.
28
Slide pengeluaran pembiayaan
Untuk makluman para perwakilan,
pembiayaan kepada koperasi
kredit adalah dengan
menggunakan dana dari Institusi
kewangan iaitu CIMB Islamic Bank
Berhad, MBSB Bank dan Bank Islam
29
Malaysia Berhad. KOPSYA telah
juga menerima banyak
permohonan pembiayaan
perniagaan bukan kredit yang
kebanyakannya kita tidak dapat
memanfaatkan dana perbankan.
Dengan dana dalaman yang
terhad serta syarat ketat perbankan
30
telah merencatkan pengeluaran
pembiayaan. Pihak pengurusan
terus berusaha mengadakan
perbincangan dengan Institusi
kewangan bagi meluaskan sumber
pendanaan seperti usahasama
dengan Agrobank, kerjasama
strategik dengan Kerajaan Negeri
31
Sembilan dan peluang-peluang
penerbitan instrumen kewangan.
Untuk Pengetahuan para
perwakilan, cadangan kerjasama
strategik bersama Kerajaan Negeri
Sembilan adalah untuk
merealisasikan hasrat YAB Menteri
Besar Negeri Sembilan untuk
32
menggerakkan wawasan
Pembangunan Ekonomi Negeri
melalui gerakan koperasi bagi
meningkatkan pendapatan serta
kebajikan rakyat khususnya
golongan B40 di dalam kawasan
Negeri Sembilan dalam usaha murni
Kerajaan Negeri untuk menangani
33
kemiskinan dan ketidakseimbangan
sosioekonomi.
Para Hadirin dan Hadirat sekalian.
Saya mengucapkan ribuan terima
kasih di atas kepercayaan anggota
meletakkan deposit pelaburan
34
dengan KOPSYA. Melalui empat
produk pelaburan yang ada, jumlah
deposit pelaburan daripada
Koperasi Anggota adalah
berjumlah RM37.2 juta.
Slide pelaburan
35
Kami berharap semoga terus
mendapat sokongan Koperasi
Anggota meletakkan deposit
pelaburan, agar KOPSYA dapat
bergerak membantu koperasi
melalui dana dalaman.
36
Bagi perniagaan KOPSYA Gold
pula, KOPSYA sedang
mempergiatkan usaha untuk
melantik ejen atau wakil jualan
KOPSYA Gold melalui usahasama
bersama Koperasi Anggota. Saya
yakin usahasama ini boleh
membantu menjana ekonomi
37
koperasi, dan saya menyeru
kepada semua Koperasi Anggota
yang berminat, bolehlah tampil
untuk menjadi wakil jualan KOPSYA
Gold.
Sidang Perwakilan yang dihormati.
38
Perniagaan Hotel Aliya telah
berjalan dalam tempoh 3 tahun,
namun perniagaan ini masih
mencatatkan kerugian. Prestasi
Hotel Aliya sehingga 31 Disember
2018 mencatatkan kerugian
sebanyak RM1.7 juta berbanding
tahun 2017 sebanyak RM2.5 juta. Ini
39
menunjukkan trend operasi Hotel
Aliya adalah positif kerana kerugian
telah dapat dikurangkan sebanyak
RM797 ribu.
Untuk makluman, bagi mengatasi
prestasi kewangan yang negatif
40
Pihak Pengurusan telah mengambil
beberapa langkah seperti : -
• Mengenalpasti sektor segmen
pasaran yang tidak mendapat
sambutan dan mempergiatkan
promosi melalui sektor-sektor
tersebut.
41
• Menjalinkan kerjasama bersama
Agoda International dalam
program “Agoda Guarantee’.
Agoda telah meletakkan wang
pendahuluan sebanyak RM280 ribu
sebagai jaminan komitmen dan
telah bersetuju untuk meneruskan
42
program ini dengan menambah
wang pendahuluan ke RM400 ribu.
• Mengadakan rundingan semula
dengan pihak Majlis Agama Islam
Selangor untuk pengurangan kadar
sewaan bangunan.
43
• Menaik taraf servis perkhidmatan
untuk tarikan pelanggan.
• Rundingan semula dengan
pembekal-pembekal bagi
mendapatkan harga yang
minimum.
44
Jawatankuasa Task force juga telah
ditubuhkan bagi memantau
kemajuan prestasi Hotel Aliya. Kami
juga telah melantik Pengurus Besar
baharu dari Industri Hotel bagi
memantau keseluruhan operasi
Hotel. Justeru itu, dengan pelbagai
langkah yang telah dan akan
45
diambil kami menjangkakan
bahawa, perkembangan yang
positif pada tahun-tahun hadapan.
Untuk makluman para perwakilan,
Hotel Aliya telah memenangi
tempat ke dua anugerah tandas
terbersih 2018 di Klang untuk
46
kategori Hotel anjuran Majlis
Perbandaran Klang.
Saya menyeru agar Koperasi
Anggota terus menyokong dengan
menggunakan kemudahan di Hotel
Aliya seperti mengadakan
Mesyuarat Agung, Seminar dan
47
program-program anjuran Koperasi
serta percutian bersama keluarga.
Dato’-dato’, Tuan-Tuan dan Puan-
puan sekalian.
Bagi prestasi kewangan, pada
keseluruhannya untuk tahun
48
kewangan berakhir 31 Disember
2018, KOPSYA telah mencatatkan
keuntungan bersih kumpulan
sebanyak RM5.21 juta. Ini
menunjukkan penurunan sebanyak
3.89% berbanding RM5.42 yang
direkodkan pada tahun 2017 tetapi
melepasi belanjawan 2018.
49
Penurunan tersebut seiring dengan
pengeluaran pembiayaan kepada
RM258.4 juta daripada RM294.6 juta
dari tahun sebelumnya. Bagi
makluman para perwakilan,
penurunan pengeluaran
pembiayaan ini adalah kesan
50
langsung daripada isu kelulusan
50e.
Slide Kesan 50e kepada KOPSYA.
Namun begitu, pembiayaan
merupakan penyumbang terbesar
kepada pendapatan iaitu
51
sebanyak RM20.87 juta di mana
jumlah pendapatan keseluruhan
adalah RM22.3 juta.
Hadirin Perwakilan Sekalian.
Cabaran 2018 yang telah berjaya
diharungi akan menjadi asas bagi
52
kejayaan yang lebih besar pada
tahun-tahun yang akan datang.
Saya bagi pihak Anggota Lembaga
mengucapkan tahniah kepada
pengurusan dan warga kerja di atas
komitmen yang telah diberikan.
53
Setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM) dan ANGKASA yang sentiasa
memberi sokongan, kerjasama dan
bimbingan kepada KOPSYA bagi
melaksanakan tanggungjawab
yang diamanahkan. Penghargaan
54
juga kepada Koperasi Anggota,
Anggota Lembaga, Jawatankuasa,
warga kerja yang telah memberi
kerjasama, sumbangan dan
sokongan pada KOPSYA pada
majlis hari ini. Ucapan terima kasih
juga ditujukan kepada semua pihak
yang telah sudi menghulurkan
55
pertolongan serta bekerjasama
dalam memajukan KOPSYA. Saya
yakin setiap bantuan dengan niat
yang baik akan mendapat
ganjaran yang setimpal daripada
ALLAH S.W.T., Tuhan Yang Maha Esa.
56
Akhir kata, saya menyeru kepada
semua Koperasi Anggota agar terus
menyokong dan melanggani
produk dan perkhidmatan yang
telah disediakan oleh KOPSYA serta
memberi sokongan padu agar Visi
dan Misi KOPSYA akan terlaksana
dengan jayanya.
57
Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir
Rahim, saya merasmikan Mesyuarat
Agung Perwakilan Tahunan kali ke-7
KOPSYA.
Sekian, Wabillahi Taufik Wahidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakaatuh.