35
OLAHRAGA( PECUT ) PENDAHULUAN Sejak bertahun–tahun dahulu lagi sukan olahraga ini diamalkan oleh manusia untuk menilai kekuatan dan keupayaan seseorang individu menerusi perlakuan melompat, berlari dan membaling. Ini kerana sukan melibatkan aktiviti fizikal yang berasaskan persaingan dan seandainya seseorang individu itu dapat menguasai tiga kemahiran asas iaitu melompat, berlari dan membaling akan dianggap sebagai seorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi didalam masyarakat dan pemerintah. Selain itu, sukan olahraga ini juga digunakan oleh kaum lelaki khususnya untuk mencapai kekuatan yang di impikan. Ketiga- tiga kemahiran yang diamalkan oleh manusia ini di perkembangkan lagi dari masa ke samasa mengikut kesesuaian zaman dan seterusnya menjadi sukan yang dipertandingkan sehinggalah pada masa ini. Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk menilai dan menentukan siapakah yang lebih pantas apabila berlari, melompat lebih tinggi dan melempar lebih jauh dari pada orang lain. Sukan olahraga ini telah pun wujud sebelum zaman masihi lagi terutamanya di zaman Greek kuno iaitu sukan Olimpik kuno.Sukan olahraga ini juga merupakan salah satu acara pertama yang di pertandingkan di sukan olimpik moden yang pertama kali diadakan di Athen pada tahun 1896.Satu pertubuhan telah di wujudkan untuk memantau,membuat peraturan-peraturan olahraga iaitu IAAF (Pertubuhan Olahraga Amator Antarabangsa) yang memantau olahraga sehinggalah ke peringkat antarabangsa.Olahraga ini juga terdapat pelbagai bentuk tetapi matlamat dan objektifnya adalah sama dan terus- menerus diperkembangkan. Apa yang perlu kita tahu bahawa sukan olahraga ini merupakan satu eleman yang sangat penting didalam sukan olimpik 1

Acara 100m,200m,400m

  • Upload
    86mmc

  • View
    2.350

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

PENDAHULUAN

Sejak bertahun–tahun dahulu lagi sukan olahraga ini diamalkan oleh

manusia untuk menilai kekuatan dan keupayaan seseorang individu menerusi

perlakuan melompat, berlari dan membaling. Ini kerana sukan melibatkan

aktiviti fizikal yang berasaskan persaingan dan seandainya seseorang

individu itu dapat menguasai tiga kemahiran asas iaitu melompat, berlari dan

membaling akan dianggap sebagai seorang yang mempunyai kedudukan

yang tinggi didalam masyarakat dan pemerintah.

Selain itu, sukan olahraga ini juga digunakan oleh kaum lelaki

khususnya untuk mencapai kekuatan yang di impikan. Ketiga-tiga kemahiran

yang diamalkan oleh manusia ini di perkembangkan lagi dari masa ke

samasa mengikut kesesuaian zaman dan seterusnya menjadi sukan yang

dipertandingkan sehinggalah pada masa ini. Objektif pertandingan ini

diadakan adalah untuk menilai dan menentukan siapakah yang lebih pantas

apabila berlari, melompat lebih tinggi dan melempar lebih jauh dari pada

orang lain.

Sukan olahraga ini telah pun wujud sebelum zaman masihi lagi

terutamanya di zaman Greek kuno iaitu sukan Olimpik kuno.Sukan olahraga

ini juga merupakan salah satu acara pertama yang di pertandingkan di sukan

olimpik moden yang pertama kali diadakan di Athen pada tahun 1896.Satu

pertubuhan telah di wujudkan untuk memantau,membuat peraturan-

peraturan olahraga iaitu IAAF (Pertubuhan Olahraga Amator

Antarabangsa) yang memantau olahraga sehinggalah ke peringkat

antarabangsa.Olahraga ini juga terdapat pelbagai bentuk tetapi matlamat

dan objektifnya adalah sama dan terus- menerus diperkembangkan.

Apa yang perlu kita tahu bahawa sukan olahraga ini merupakan satu

eleman yang sangat penting didalam sukan olimpik kuno sehingga lah ke

sukan Olimpik moden.Sukan olahraga ini dikaji oleh para penyelidik untuk

memahami dengan lebih mendalam dan sepesifik bagaimana manusia

melakukan pergerakan dan seterusnya bagaimana aktiviti sukan olahraga ini

berperanan kepada peningkatan keadaan tubuh badan seseorang individu.

Selain itu hasil dari penyelidikan dan pemerhatian para penyelidik dalam

peningkatan keadaan tubuh badan seseorang individu dalam aktiviti sukan

1

Page 2: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

ini telah menjadi asas untuk prestasi yang paling optimum untuk sukan

olahraga ini.

SEJARAH

Sejarah berlari pecut merupakan acara terawal dalam pertandingan

olahraga yang dicatatkan. Semasa sukan olimpik Greek kuno hampir

keseluruhan acara adalah acara berlari pecut, manakala pada zaman sukan

Olimpik moden sukan Olimpik kuno adalah merupakan bahan rujukan utama

dalam pertandinan berlari pecut yang diadakan oleh golongan bawahan dan

bangsawan.

Salah satu acara pecut yang diadakan yang pernah dicatatkan ialah

perlumbaan yang diadakan di Kent, England pada tahun 1754. Pada abad ke-

19 dan acara pecut ini menjai popular.Perkembangan acara pecut ini

dihalang oleh ketiadaan undang-undang dan peraturan piawai dan prosedur

permulaan serta tiada keseragaman dalam penjagaan masa yang tepat.Ini

menjadi satu masalah kepada pelari untuk menentukan mana satu cara masa

diambil yang dapat diterima oleh semua pelari.

Setelah kajian dan pelbagai cara digunakan maka persetujuan dibuat

untuk menjadikan permulaan berdiri sebagai permulaan yang sangat baik

dan sesuai digunakan dan cara ini dipersetujui oleh semua pihak.Cara yang

digunakan ialah meletakkan kaki hadapan pada garis permulaan,manakala

kaki belakang berada pada 15-20 cm daripada garisan. Tubuh badan pelari

akan dicondongkan sedikit kehadapan sehingga pada sudut 90 darjah

ataupun selari dengan padang.

SENARAI PELAIR PECUT DUNIA

100M LELAKI

NAMA CATATAN MASA(S) TAHUN NEGARA

Usain Bolt 9.58 16.08.2009(Berlin) JAMAICA

Tyson Gay 9.69 16.08.2008(Shanghai) USA

Asafa Powell 9.72 02.09.2008(Lausanne) JAM

100M WANITANAMA CATATAN MASA(S) TAHUN NEGARA

Florence Griffith Joyner 10.49 16.07.1988(Indianapolis) USA

2

Page 3: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

Carmelita Jeter 10.64 20.09.2009(Shanghai) USA

Marion Jones 10.65 12.09.1998(Johannesburg) USA

200M LELAKINAMA CATATAN MASA(S) TAHUN NEGARA

Usain Bolt 19.19 20.08.2009(Berlin) JAM

Michael Johnson 19.32 01.08.1996(Atlanta) USA

Tyson Gay 19.58 30.05.2009(New York City) USA

200 PEREMPUANNAMA CATATAN MASA(S) TAHUN NEGARA

Florence GriffithJoyner 21.34 29.09.1988(Seoul) USA

Marion Jones 21.62 11.09.1998(Johannesbur

g)

USA

Merlene Ottey 21.64 13.09.1991(Bruxelles) JAM

400M LELAKINAMA CATATAN MASA(S) TAHUN NEGARA

Michael Johnson 43.18 26.08.1999(Sevilla) USA

Harry Reynolds 43.29 17.08.1988(Zurich) USA

400M WANITA

NAMA CATATAN MASA(S) TAHUN NEGARA

Marita Koch 47.60 06.10.1985(Canberra) GRD

Jarmila Kratochvilova 47.99 10.08.1983(Helsinki) CZE

PELARI PECUT NEGARA

LELAKI

Acara Record Athlete Negeri Tempat Tarikh100 Meter 10.30s Watson Nyambek Sarawak B. Jalil, K.L 15/07/1998200 Meter 20.92s Dr. M. Jegathesan Selangor Mexico City

(Olympic)15/10/1968

400 Meter 46.41s Mohd Zaiful Z. Abidin K. Lumpur Brunei DS 20/07/2001

3

Page 4: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

WANITA

Acara Record(s)

Athlete Tempat Tarikh

100M 11.50 G.Shanti K.Lumpur 07/05/93200M 23.37 G.Shanti Fukuoka,JPN 22/07/98400M 52.56 Rabi Abdul Salam Manila PHL 3/12/1993

LARI PECUT

Definisi:

Lari pecut bagi sukan olahraga didifinisikan sebagai acara yang berlari

dengan pantas.Larian pecut ini bergantung kepada beberapa factor iaitu

jarak,rintangan angin,permukaan balapan,jenis kejohanan dan seterusnya

taraf atlit itu sendiri.Larian pecut terbahagi kepada tiga iaitu 100 meter,200

meter dan 400 meter. Larian ini juga merupakan acara yang dibuat tanpa

sebarang bantuan dan kebolehan berlari dalam kadar tertinggi.

Untuk berlari dengan pentas seseorang atlit perlu mempunyai

kemahiran,fikiran dan kebolehan yang baik terutamanya bakat

semulajadi.Terdapat dua faktor yang penting untuk dikuasai oleh atlit-atlit

pelari pecut di mana factor ini menentukan kepantasan larian iaitu kelajuan

jarak langkah dan kaki semasa berlari.Atlit juga perlu mempunyai kordinasi

yang baik,kelenturan badan yang tinggi dan keupayaan untuk merehatkan

diri semasa berlari.

Seseorang atlit mempunyai jarak optimum yang berbeza-beza dan

dipengaruhi oleh panjang kaki,kekuatan dan mobiliti bergerak.Seorang atlit

mempunyai jarak langkah 1.5 hingga 2 meter pada larian pecut.Jarak langkan

ini dapat dipertingkatkan melalui kekuatan pergelangan kaki,lutut,dan sendi

pinggang.Selain itu motivasi dan ransangan juga sangat penting untuk

meningkatkan prestasi seseorang pelari pecut.

PANDUAN KHUSUS

Berikut akan didedahkan secara khusus bagi setiap acara yang

tergolong dalam kategori lari pecut. Walaupun secara umumnya kita telah

4

Page 5: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

ketahui tentang aspek-aspek larian pecut, adalah perlu kita mengetahui

dengan lebih mendalam beberapa perbezaan antara ketiga-tiga acara pecut

tersebut.

1. Acara 100 Meter.

Acara 100 meter adalah dianggap sebagai acara yang boleh

menentukan manusia ataupun individu yang terpantas dalam sesuatu

kejohanan atau negara ataupun wilayah, malah di dunia secara tidak rasmi.

Acara ini dianggap sebagai acara yang diminati ramai dan yang paling

istimewa, khususnya dikalangan peminat olahraga. Oleh yang demikian,

tidak hairanlah bagi mereka yang menceburkan diri dalam sukan olahraga ini

akan didedahkan dengan acara ini. Oleh kerana masa yang diambil untuk

menamatkan acara ini terlalu cepat dan pantas, maka segala aspek larian

perlu diberikan perhatian oleh setiap pelari.

Boleh dikatakan semua peserta ataupun pelari 100 meter memberikan

tumpuan utama kepada acara memulakan larian, iaitu aspek yang paling

penting dalam acara ini. Ini adalah disebabkan permulaan ini boleh

menentukan kedudukan setiap pelari. Pelari akan melonjak daripada blok

permulaan sebaik sahaja menerima isyarat yang diberikan oleh pegawai

pelepas. Selepas itu pelari akan memecut dan mengekalkan pecutannya

sehingga ke garisan penamat. Sebelum memulakan larian, para peserta akan

menumpukan perhatian kepada isyarat yang diberikan oleh pegawai pelepas.

Pada waktu inilah para pelari akan menggunakan kebijaksanaan mereka

untuk memulakan larian mereka sebaik sahaja pistol dibunyikan. Para pelari

ataupun peserta hendaklah sentiasa peka dengan pegawai pelepas yang

berkemungkinan melepaskan isyarat awal ataupun lewat.

Peringkata dalam larian pecut biasanya bermula dengan pecutan

ataupun lonjakan dari blok permulaan. Selepas itu barulah pelari memulakan

larian yang akan membawa kepada peningkatan kelajuan sehinggalah

kelajuannya mencapai ke tahap maksimum sehingga sampai ke garisan

penamat. Peringkat ini akan digunakan oleh pelari yang terlatih dan

berpengalaman, manakala pelari-pelari baru lebih gemar mengekalkan

kelajuan yang sama sepanjang larian, kecuali apabila dicabar oleh pelari lain.

5

Page 6: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

Seorang pelari itu seharusnya menumpukan perhatiannya kepada lariannya

sendiri dan tidak terpengaruh dengan mudah gaya atau corak gaya larian

peserta/pelari lain.

Dalam acara lari pecut 100m, larian boleh diklasifikasikan kepada empat

fasa, iaitu:

1. Mulaan.

2. Penambahan kelajuan ( pick-up )

3. Pelajuan (acceleration )

4. Kelajuan Maksimum.

1. Mulaan.

Untuk fasa ini, pelari akan berusaha dengan seberapa cepat yang

mampu untuk menukar posisi lariannya dari pegun kepada aksi larian iaitu

dengan lonjakan yang sebaik mungkin. Tujuannya adalah untuk mencapai

langkah pemecutan penuh seberapa cepat yang boleh.

2. Penambahan Kelajuan ( Pick – Up )]

Dalam fasa ini, iaitu dalam jarak lebih kurang tujuh hingga lapan

langkah yang pertama. Fasa ini dinamakan penambahan kelajuan (Pick-up),

kerana posisi yang digunakan oleh pelari nyata berbeza dengan fasa

memulakan larian. Selain daripada itu, terdapat variasi berlebihan dalam

kelajuan pada langkah-langkahnya dalam jarak pendek lebih kurang 9 meter

sesaat.

3. Pelajuan ( acceleration )

Dalam fasa yang ketiga ini, kelajuan pelari akan bertambah dalam

lebih kurang 30 ke 35 meter selepas fasa yang kedua.

4. Kelajuan Maksimum

Pada fasa ini pelari akan berlari pada tahap kelajuan maksimum dan

mengekalkan rentak larian pada tahap tersebut.

6

Page 7: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

Acara 200 Meter.

Dalam acara 100 meter pelari hanya perlu berlari mengikut lorong

yang lurus dari awal hinggalah ke akhirnya. Pelari hanya perlu mengekalkan

teknik lariannya semata-mata. Ini berbeza dengan larian dalam acara 200

meter dan 400 meter. Dalam acara ini, selain harus mempunyai kekuatan,

kepantasan dan penumpuan, pelari juga memerlukan pengawalan dan

keseimbanagn badan serta kemahiran berlari semasa melalui selekoh.

Acara 200 meter adalah acara yang dilakukan dengan usaha yang

sepenuhnya tetapi dalam keadaan terkawal.Perbezaan yang paling ketara

antar acara 100 dan 200 meter adalah daya ketahanan kelajuan yang boleh

didefinisikan sebagai keupayaan mengekalkan kelajuan yang tinggi

merentasi jarak yang lebih jauh berbanding 100 meter. Untuk acara 200

meter, atlet perlu memperolehi teknik larian yang betul pada bahagian

selekoh kerana jarak berlari di atas selekoh lebih kurang 100 meter.

Permulaan untuk acara 200 meter adalah hampir sama dengan

permulaan 100 meter, kecuali blok permulaan yang harus diletakkan pada

sudut 90 darjah daripada garisan permulaan, bukan daripada garisan

lorongnya. Gaya dekam pula sering digunakan dan dianggap sesuai untuk

acara ini.

Umumnya larian 200 meter mempunyai empat fasa yang digunakan

oleh setiap pelari. Empat fasa tersebut adalah seperti berikut:

1. Permulaan yang dilakukan di garisan permulaan yang disediakan khas

untuk acara ini. Pada permulaan ini, pelari yang berlari dilorong paling

luar akan kelihatan berada pada kedudukan paling hadapan ,

walaupun pada hakikkatnya jarak larian adalah sama.

2. Kemahiran berlari di selekoh seharusnya dikuasai oleh pelari 200

meter. Caranya adalah, atlet/pelari akan condong kesebelah selekoh

dan memusingkan sedikit tubuh badan untuk mendahulukan bahu kiri.

Ini akan menolong seluruh badan atlet bergerak dalam gaya yang lebih

berkoordinasi. Sekiranya kemahiran ini tidak dikuasai, ianya akan

menyebabkan pelari lebih mudah tergelincir keluar.

7

Page 8: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

3. Selepas melepasi selekoh pelari akan berlari dilorong lurus yang

jaraknya lebih kurang 100 meter. Ini bermakna perlari perlu

mengimbanagi semula badannya supaya keseimbanagan tengah

badan dapata diperolehi semula. Dalam situasi ini, pelari menghadapi

keadaan yang sukar, kerana gaya larian terpaksa diubah suai. Pada

saat ini perlu menggunakan kaedah larian 100 meter iaitu berlari pada

tahap kelajuan yang semaksimum mungkin. Walaubagaimanapun

kebanyakan pelari mula memperlahankan lariannya disebabkan tidak

dapat mengekalkan kelajuan yang tinggi sepanjang lariannya.

4. Lorong lurus 100 meter adalah bahagian yang memerlukan

kemantapan dan kekuatan mental yang tinggi. Sebaiknya pelari perlu

mengekalkan kelajuan lariannya supaya kepantasan tertinggi dapat

dicapai sehingga ke garisan penamat, dengan kata lain pelari

menigkatkan kadar pecutan untuk menuju ke garisan penamat.

Manakala cara menamatkan larian 200 meter adalah sama dengan

100 meter, iaitu menghulurkan bahagian dada pelari kehadapan

seboleh mungkin.

Acara 400 meter.

Ramai yang menganggap bahawa acara 400 meter tergolong dalam

acara jarak sederhana dan bukannya termasuk dalam kategori acara pecut.

Pada hakikatnya, acara ini adalah termasuk dalam acara pecut, walaupun

mempunyai cara larian yang agak berbeza dengan 100 dan 200 meter.

Disebabkan jarak larian yang berbeza dengan acara 100 dan 200

meter, pelari seharusnya dapat merancang lariannya dengan baik. Ini adalah

disebabkan, seorang pelari tidak mungkin dapat mengekalkan larian dan

berlari pada kelajuan yang sama sepanjang jarak tersebut, pelari harus dapat

mengawal penggunaan tenaganya supaya mampu berlari pada kelajuan yang

optimum dan memecut pada jarak tertentu. Dalam perlumbaan, pelari

seharusnya dapat mengukur kekuatannya berbanding dengan pelari lain.

Bagi memudahkan larian, kita bahagikan jarak 400 meter ini kepada

dua peringkat, iaitu 200 meter pertama dan 200 meter kedua. Pelari

hendaklah memperuntukkan masa yang wajar untuk setiap jarak pada

8

Page 9: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

kedua-dua peringkat tersebut. Misalnya, pada jarak 200 meter pertama masa

yang diperuntukkan selama 20 ke 25 saat dan begitu juga pada jarak 200

meter terakhir, iaitu selama 20 ke 25 saat juga. Perancangan yang sebegini

akan memudahkan pelari menentukan tahap kelajuannya pada jarak

tertentu.

Biasanya pelari 400 meter akan cuba untuk mendapatkan suatu

permulaan dan larian yang baik pada selekoh yang pertama, larian yang

selesa pada lorong lurus yang pertama, meningkatkan kelajuan pada selekoh

kedua, diikuti meningkatkan kelajuan pada bahagian lurus terakhir sehingga

ke garisan penamat.

Berlari pada jarak ini, pelari seharusnya dapat mengawal dan

mengekalkan lariannya walaupun dalam keadaan yang tertekan, samaada

dari pelari yang lain ataupun dari mana-mana pihak. Sebagai kesimpulan,

menggunakan strategi larian yang bersesuaian terutama dalam acara pecut

seperti 400 meter adalah perlu, dan amat penting. Ini adalah disebabkan oleh

faktor asas bahawa adalah tidak mungkin seseorang pelari yang baik

sekalipun mampu mengekalkan lariannya pada kelajuan yang sama

sepanjang jarak tersebut.

BLOK PERMULAAN DAN ATURAN PENGGUNAAN.

Blok permulaan adalah suatu alat yang digunakan oleh pelari dalam

kesemua acara pecut. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan dan

membantu pelari dalam membuat permulaan. Blok permulaan adalah

merupakan gabungan besi dan keluli yang direka untuk tujuan ini.

Penggunaan blok permulaan dalam acara pecut adalah penting, kerana blok

akan memberikan bantuan dalam lonjakan dan tolakan kepada pelari

sekaligus membantu pelari menghasilkan permulaan yang baik. Para pelari

juga diingatkan supaya menggunakan blok permulaan ini dengan baik tanpa

mendatangkan sebarang kecederaan.

Berikut adalah secara ringkas tentang panduan atau aturan

penggunaan blok permulaan. Perkara ini penting untuk mengelakkan setiap

peserta dari kecederaan ataupun melakukan kesilapan yang menyebabkan

rentak permulaan dan larian yang kurang memuaskan.

9

Page 10: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

a. Pelari hendaklah meletakkan blok permulaan pada tempat dan

kedudukan yang sesuai bagi diri mereka. Pelari hendaklah memastikan

agar blok dalam keadaan yang baik dan dipasang dengan baik dan

ketat supaya dapat digunakan dengan berkesan dan selesa.

b. Jarak blok daripada garisan permulaan hendaklah mampu memberi

keselesaan, imbangan dan kecekapanm mekanikal kepada pelari

semasa berada terutamanya pada kedudukan sedia.

c. Jarak antara bahagian hadapan blok dengan garisan permulaan adalah

di antara 30 hingga 50 cm, manakal jarak di antara bahagian belakang

dengan hadapan bergantung kepada jenis gaya dekam yang

digunakan.

d. Pelari hendaklah dapat menentukan kaki mana yang akan digunakan

untuk memijak bahagian belakang blok dan kaki mana pula yang akan

diletakkan pada bahagian hadapannya, sesuai dengan keselesaannya.

e. Apabila bermula pada lorong lurus seperti acara 100 meter, blok

permulaan hendaklah diletakkan di tengah lorong. Manakala di lorong

lurus, blok hendaklah diletakkan di sebelah luar lorong dengan cara

tangen kepada garisan permulaan. Melalui posisi ini, atlet boleh berlari

lurus dalam jarak beberapa langkah yang pertama.

PANDUAN UMUM LARI PECUT

Lari pecut ialah acara jarak dekat yang terdiri daripada acara 100m,

200m, dan 400m yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobic

untuk membuat larian sepantas yang mungkin. Dua factor asas

mempengaruhi kepantasan seseorang pelari iaitu panjang langkah dan

kekerapan langkah.

A. ARAHAN PERMULAAN

Untuk semua acara sehingga 400 meter termasuk 400 meter, arahan

untuk memulakan perlumbaan adalah “ke garisan, sedia, bang”

B. TEKNIK MULA LARI PECUT

10

Page 11: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

Terdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Untuk

pertandingan masa kini, gaya dekam digunakan dan semua pelari

dikehendaki menggunakan blok permulaan.

Gaya Berdiri

Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam

kelas pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum. Gaya

ini paling digemari di sekolah rendah kerana ia merupakan gaya yang

paling berkesan. Walau bagaimanapun ia tidak digunakan untuk

acara ini dalam pertandingan rasmi.

1.Persediaan

Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum

arahan ‘ke garisan’ diberi.

2. Ke garisan

Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan

rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit

ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.

Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.

Condongkan badan ke hadapan.

Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan

dengan kaki hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan

mesti diletakkan di hadapan.

3. ‘Sedia”

Condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke

hadapan.

Bengkokkan lebih lutut kaki hadapan.

Kaki belakang tolak ke tanah.

Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol

ataupun tiupan wisel.

4.’Bang’ atau ‘mula’

11

Page 12: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki

hadapan

FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNK LARI PECUT

Mengikut pakar fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang berikut:

1. Fasa permulaan.

2. Fasa larian

a. Fasa pecutan

b. Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan

c. Fasa larian di selekoh

3. Fasa penamat.

Fasa Permulaan

Bukan semua atlit adalah sama dan dengan itu teknik permulaan adalah

berbeza. Walaupun terdapat banyak variasi, pada amnya terdapat tiga cara

iaitu:

1. Gaya Peluru [Bullet/Bunch/Kangaroo Start]

2. Gaya Sederhana [Medium Start]

3. Gaya Panjang [Elongated Start]

Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan

1. Gaya peluru

a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 1/2 tapak.

b) Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki

hadapan.

c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

2. Gaya Sederhana

a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 ½ tapak

b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki

hadapan.

12

Page 13: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Memulakan larian dengan Blok

Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan

capat. Terdapat banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi

kita akan melihat gaya yang dicadangkan oleh Mach seorang atlit dan

jurulatih yang berwibawa (dalam Payne,1985).

Gaya memulakan larian juga melibatkan tiga gaya :

1. Gaya peluru

Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garisan

permulaan. Blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan

dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

2. Gaya sederhana

Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garisan permulaan

dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

3. Gaya panjang

Blok hadapan diletak dua tapak dari garisan permulaan dan blok

belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Penempatan Blok Permulaan yang Lebih Tepat

Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Women’s hurdling: Novice

to championship mengemukakan satu cara penempatan blok yang lebih

tepat. Cara ini melibatkan ukuran panjang kaki.

Nilai dicari Cara mengira Keputusan (in/cm)

Panjang kaki Dari Trochenter ke

tanah

Penempatan blok Panjang kaki___x 0.55

13

Page 14: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

hadapan

Jarak antara blok Panjang kaki___ x 0.42

Penempatan blok di selekoh

Acara larian 200m dan 400m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu

penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara

100 m. Blok diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan

bahagian hadapan ditujukan ke garis dalam lorong supaya bahagian

dalam blok adalah tangent kepada garisan dalam.

Fasa Pecutan

Selepas arahan pelepas ‘ke garisan; diberi, pelari mengambil tempatnya

di blok permulaan.

Kedudukan tangan

Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu.Ibu jari dan

jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara

satu sama lain, diletak di belakang garis mula.

Kedudukan kepala dan leher

Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari ‘torso’. Mata pandang

ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan ‘sedia’ diberikan,

pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.

Pergerakan tangan dan kaki

Selepas ‘bang’ atau tembakan pistol, pergerakan di hadapan (bukan ke

atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki.

14

Page 15: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan

ke hadapan. Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Tangan

dibengkokkan 90°darjah.

Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap

rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan

larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan

berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut

bertambah dalam fasa ini.

Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan

o Fasa pecutan di antara jarak 30 meter dan 60 meter.Dalam lari

pecut,pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95% daripada

kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet

mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutan akan ditentukan oleh tahap

daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlet tidak mungkin boleh

berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 – 18 meter, maka apa

yang diperlukan oleh atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih

rendah dari kelajuan maksimum.

Teknik Larian di Selekoh

o Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa

‘centritugal’. Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun

untuk mengimbangkan kuasa ‘centritugal’ seorang pelari seharusnya

merendahkan badan kearah dalam. Tangan kiri terus dihayun lurus,

manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

15

Page 16: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

Teknik Penamat

o Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk

berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk

100 m dan 210 m untuk 200 m. Jadi dengan itu adalah mustahak bagi

seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara

yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan

bahagian torso ke hadapan seperti yang ditunjuk dalam rajah dengan

mengangkat ke atas dan menarik tangan ke belakang.

PRINSIP-PRINSIP MEKANIK DALAM ACARA LARI PECUT.

Prinsip-prinsip mekanik yang terdapat dalam acara lari pecut adalah seperti

berikut;

a). Pergerakan ( motion )

b). Halaju ( Velocity )

c). Pecutan ( Acceleration )

d). Halaju Resultant ( Resultant velocity )

e). Daya ( Force )

f). Pusat Graviti ( Pusat Of GravitY ).

a. Pergerakan

Pergerakan didefinisikan sebagai pertukaran tempat atau kedudukan.

Ia adalah dalam satu bentuk yang relatif. Pergerakan terdapat dalam

berbagai jenis, tetapi dalam acara pecut terdapat dua jenis iaitu, Pergerakan

“Linear” dan “Angular”.

16

Page 17: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

Pergerakan Linear.

Pergerakan badan dalam satu garisan yang lurus dan ia bergerak

dalam kepantasan yang sama, jarak dan arah yang sama. Oleh sebab itu,

seseorang pelari pecut mestilah memperolehi putaran kaki yang baik.

Pergerakan Angular

Pergerakan badan dalam paksi yang tetap. Pergerakannya dibahagikan

kepada yang sama dan yang tidak sama. Pergerakan badan dikatakan sama

apabila jarak yang sama di habiskan dalam masa yang sama. Ianya tidak

sama apabila jarak yang tidak sama dihabiskan dalam masa yang sama.

Pergerakan seseorang pelari pecut tidak sama, kerana dari 30 meter

hingga 70 meter adalah dalam keadaan acceleration, dan dari 80 meter

hingga 100 meter berlaku decelartion.

b. Halaju

Halaju didefinisikan sebagai kadar pergerakan sesuatu objek dalam

satu arah, dan diukur dalam meter per saat.

c. Pecutan ( acceleration )

Pecutan bagi sesuatu objek yang bergerak ialah kadar perubahan

halaju. Ianya akan diukur dalam meter per saat.

d. Halaju Resultant.

Dalam mengambil langkah larian seseorang, pelari menggunakan dua

jenis halaju pada badannya serentak, iaitu daya mendatar dan menegak.

Pergerakan ‘component’ tidak selalu berlaku pada sudut tepat, tetapi ia juga

boleh digunakan untuk sudut-sudut ‘obtuse’ dan ‘acure’.

a mendatarb menegakc halaju resultant

e. Daya.

17

Page 18: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

Daya adalah kesan badan terhadap sesuatu.Pergerakan dalam

olahraga boleh dihasilkan apabila daya digunakan. Tetapi, besar

kemungkinan boleh terdapat daya tanpa pergerakan. Dalam lari pecut, punca

utama daya ialah daripada pergerakan dalaman otot-otot pelari. Manakala

bahagian luar boleh dibahagikan kepada ;

a. Tarikan ke bawah oleh gravity.

b. Tolakan ke atas oleh halangan tanah.

c. Halangan udara.

f. Kuasa Graviti.

Kuasa Graviti adalah kuasa menarik benda ke arah pusat dunia.

Pusat Graviti : ialah titik pada badan, di mana berat keseluruhan badan

ditumpukan. Adalah lebih baik jika seseorang pelari menetapkan laluan pusat

gravity seberapa mendatar yang boleh.

LATIHAN ANSUR MAJU

A. Latihan mendorong

1) Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.

2) Berlari mengutip pundi saga/kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan.

3) Larian bayang-bayang; secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelekkan diri disentuh.

4) Lari berganti-ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan.

B. Larian teknik pecut

1. Berlari dengan melangkah panjang.

2. Berjalan dengan lutut tinggi; dalam kumpulan, mengangkat lutut.

18

Page 19: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

3. Berjalan dengan lutut tinggi, dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

4. Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

5. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kakii diluruskan.

6. Berlari menyepak ke belakang.

7. Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.

8. Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras

hidung.

C. Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan

Melonjak untuk jarak

Melangkah panjang (Bounding)

Melonjak dan melangkah melepasi halangan

Melompat memusing, mendekam dan memecut.

Berpasangan :Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

19

Page 20: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

LATIHAN UNTUK LARI PECUT.

- Di samping teknik larian yang betul , seorang pelari mesti

mengamalkan/menjalani latihan tertentu untuk memantapkan larian dan

daya pecutan. Beberapa kaedah ataupun aktiviti yang dijalankan khusus

untuk pelari pecut, di samping untuk acara olahraga yang lain. Kaedah

latihan tersebut adalah :

1. Berlari setempat sambil mengangkat kaki setinggi yang boleh dan

tangan dihayunkan dengan pantas mengikut gerak kaki.

2. Berlari pecut samaada berpasangan ataupun bersendirian ataupun

berkumpulan dalam jarak tertentu seperti 20 hingga 300 meter.

3. Berlari biasa untuk 20 meter, kemudian memecut sejauh 30 ke 50

meter.

4. Berlari sambil mengejar pasangan yang kedudukan asalnya sejauh 30

meter.

5. Berlari pecut secara berulang-alik. Bermula dengan pecutan 20 meter,

kemudian diikuti dengan 30, 40, 50 meter dan seterusnya.

6. Berlari pecut untuk beberapa jarak di selekoh, dengan penekanan

diberikan kepada aspek mencondongkan badan, sesuai untuk latihan

200 dan 400 meter.

7. Berlari ke suatu jarak tertentu kemudian berhenti dan melakukan

latihan fizikal, kemudian lari lagi untuk jarak tertentu dan berhenti

untuk melakukan latihan fizikal, dan berlari pecut seterusnya untuk jarak

tertentu dan lakukan latihan fizikal semula. Kemudian berlari lagi

untuk kembali ke kedudukan asal.

SPRINT DRILLS

20

Page 21: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

1. Ankling Step Over The Shin

2. Straight Leg Run

3. High Knee Stepping

4. High Knee Skipping

5. Butt Kick

6. Impulse Step

7. Sprinting Lunges

8. Speed Stepping

9. Backward Strides

10. Butt Kick With Command 1,2,3

11. Straight Leg Fast Leg

Teknik Larian

Sebagai acara yang jaraknya agak jauh,sudah tentu ianya memerlukan

gaya dan strategi serta bentuk larian yang berbeza dengan acara pecut jarak

dekat seperti 100 dan 200 meter. Seseorang pelari yang menyertai acara ini

harus patuh pada gaya, bentuk dan strategi larian agar mampu

menghasilkan kejayaan atau prestasi yang baik, dan pada masa yang sama

dapat mengelakkan dari sebarang kecederaan.

Antara cara larian dalam acara 400 meter ini adalah seperti berikut:

1. Pelari hendaklah menggunakan bahagian hujung tapak kaki dan

bukan keseluruhan tapak kakinya.

2. Pelari hendaklah mengangkat lututnya setinggi yang boleh.

3. Pelari hendaklah berlari mengikut rentak, teknik dan

perancangan larian sendiri tanpa terpengaruh dengan larian

peserta yang lain, kerana dia sendiri yang tahu teknik dan

kemampuan yang akan digunakannya.

4. Pelari hendaklah mempunyai keyakinan, ketahanan mental dan

konsentrasi untuk berlari dalam acara ini.

5. Pelari hendaklah bersedia mengikut latihan dan mematuhi

segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan oleh jurulatih,

21

Page 22: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

serta mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan

bagi acara ini.

KESALAHAN-KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PESERTA.

Setiap peserta, sebelum didedahkan dengan teknik larian yang betul,

para peserta selalunya melakukan pelbagai kesalahan. Kesalahan-kesalahan

ini jika tidak diperbetulkan akan mengganggu pelari semasa melakukan

pecutan.

Antara kesalahan yang biasa dilakukan oleh setiap pelari, adalah

seperti berikut:

1. Berlari Di Atas Tapak Kaki.

Sekirannya pelari melakukan cara ini, ianya akan mengganggu

pecutan pelari tersebut. Ini adalah disebabkan oleh berat

badan pelari menghalangnya untuk terus memecut.

2. Hayunan Tangan Menyilang Badan.

Semasa melakukan pecutan pelari seharusnya menghayunkan

tangan selari dengan badan, supaya pelari dapat memecut dan

bergerak dengan lebih selesa. Hayunan yang menyilang badan

akan mengganggu pelari dan akan menyebabkan pelari tidak

selesa.

3. Memandang Ke atas.

Semasa melakukan larian pelari hendaklah membrikan tumpuan

sepenuhnya kepada lariannya sambil terus memandang ke

hadapan. Pelari tidak seharusnya berlari sambil mendongak

ataupun memandang ke atas. Ini akan menyebabklan peserta

melakukan beberapa kesilapan lagi yang akan mengakibatkan

peserta lain terganggu dan memasuki lorong peserta lain.

4. Berlari Tanpa Melakukan Hayunan.

22

Page 23: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

Berlari tanpa menghayunkan tangan tidak memberikan

sebarang kelebihan. Kaedah atau cara ini, iaitu berlari dengan hanya

meluruskan kedua tangan ke bawah lebih membebankan pelari

tersebut.

PERMAINAN KECIL YANG MELIBATKAN LARI PECUT.

Permaian kecil yang berbagai bentuk boleh di adakan dalam

Pendidikan Jasmani yang bertemakan lari pecut. Ini adalah perlu untuk

kegunaan para pendidik semasa melaksanakan latihan dan program

pengajaran dan pembelajaran. Tujuan utama aktiviti permaianan kecil ini

adalah untuk memudahkan pelajar mempraktikkan teknik berlari yang telah

mereka pelajari. Dalam perkara ini, secara tidak langsung guru dapat menilai

pembelajaran para pelajarnya dengan memerhatikan perlakuan mereka

semasa melakukan setiap aktiviti permainan kecil.

Antara permainan kecil yang dijalankan sesuai dengan tema lari pecut

adalah seperti berikut:-

a. Lumba lari berganti-ganti antara dua tempat.

b. Lari ulang alik ataupun lari kutip mata.

c. Nombor sama berlari (bulatan).

d. Pukul berapa Datuk Harimau ?

e. Belalang, belatuk.

Kesemua aktiviti ini boleh dilaksanakan dengan berpandukan pada arahan

dan pemantauan daripada guru, supaya pelajar dapat memberikan mutu

permaianan serta teknik yang baik digunakan oleh para pelajar.

UNDANG-UNDANG LARI PECUT.

Setiap acara ataupun jenis sukan olahraga yang dipertandingkan,

ianya mempunyai undang tertentu. Undang-undang tersebut akan

menentukan bahawa setiap keputusan ataupun hasil dari setiap acara itu

dapat diterima dengan baik oleh semua pihak. Untuk acara lari pecut, ianya

23

Page 24: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

tidak terkecuali daripada undang-undang tersebut. Antara undang-undang

yang khusus untuk lari pecut adalah seperti berikut:

a. Blok permulaan hendaklah kukuh dan selamat digunakan, dan

diperbuat tanpa spring yang boleh membantu pelari.

b. Sebelum acara dimulakan, peserta hendaklah terlebih dahulu

memanaskan badan. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang

kecederaan.

c. Semasa berada di garisan permulaan, pelari ataupun peserta

tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan atau kawasan

di depan garisan, sama ada dengan tangan ataupun kaki.

d. Apabila memulakan larian dengan gaya dekam, kedua-dua

tangan hendaklah menyentuh tanah.

e. Setiap peserta ataupun pelari hanya dibenarkan melonjak dari

blok permulaan selepas pistol pegawai pelepas dibunyikan.

Peserta yang melonjak sebelum isyarat diberikan adalah dikira

batal.

f. Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan batal sekali

sahaja. SAekiaranya ia melakukan untuk kali yang kedua, ianya

akan dibatalkan terus.

g. Dalam perlumbaan yang melibatkan lorong, peserta hendaklah

berlari mengikut lorong asalnya dari awal hingga akhir

perlumbaan.

h. Pemenang ditentukan dengan mengambil kira peserta yang

dapat mencecahkan torsonya ataupun bahagian hadapan

dadanya pada pita penamat/garisan penamat.

PERATURAN 143 IAAF (Pakaian, kasut dan Nombor Peserta)

Kasut

Peserta boleh bertanding berkaki ayam atau dengan memakai kasut

pada sebelah atau kedua-dua belah kaki. Tujuan memakai kasut dalam

pertandingan ialah memberi perlindungan dan kestabilan kepada kaki

dan kasut, bilangan mempunyai cengkaman yang baik pada tanah.

Bagaimanapun, kasut demikian tidak harus dibuat sedemikian

sehingga memberi bantuan tambahan, dan tiada spring atau perkakas

24

Page 25: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

dalam sebarang bentuk boleh dipasang pada kasut. Tali kasut boleh

meliliti bahagian kekura kaki dibenarkan.

Bilangan Paku

Bahagian tapak dan tumit kasut harus dibuat supaya boleh memasang

sehingga 11 paku. Sebarang bilangan paku sehingga 11 boleh

digunakan tetapi lubang paku tidak harus melebihi.

Dimensi Paku

Apabila satu pertandingan dikendalikan di atas permukaan

sintetik,bahagian paku yang terkeluar dari tapak kasut tidak harus

melebihi 9mm kecuali bagi acara lompat tinggi dan merejam lembing

yang tidak harus melebihi 12mm. Paku-paku ini semaksimumnya harus

mempunyai diameter 4mm.Bagi permukaan bukan sintetik,panjang

maksimum paku ialah 25mm dan diameter maksimum ialah 4mm.

Peraturan 121 Penjaga Masa

1. Bilangan penjaga masa yang mencukupi perlu disediakan untuk

acara trek.

2. Tiga orang penjaga masa rasmi adalah diwajibkan dengan satu

atau dua penjaga masa tambahan bagi mengambil masa

pemenang. Salah seorang merupakan Ketua Penjaga Masa.

3. Penjaga masa mesti ditempatkan segaris dengan garis penamat.

Jika boleh mereka ditempatkan sekurang-kurangnya 5 meter dari

garis tepi trek dan berada di atas bangku bertingkat.

4. Setiap penjaga masa bertindak sendirian dan Ketua Penjaga Masa

menentukan masa untuk setiap peserta.

Peraturan 160

1. Untuk pengambilan masa dengan tangan, masa perlu dibaca kepada

1/10 saat lebih panjang. Contoh 10.11 s dibaca sebagai 10.25s.

25

Page 26: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

2. Masa mula dikira bila asap tembakan dilihat.

3. Dalam kes tiga jam randik digunakan, pertimbangan berikut boleh

diambil:

a. Jika dua daripada tiga masa adalah sama,maka masa yang sama

itu adalah masa rasmi. Contoh:: 10.9, 10.1,10.1, masa rasmi

10.1 saat.

b. Jika ketiga-tiga masa adalah tidak sama, maka masa yang

tengah adalah masa rasmi.Namun begitu, jika salah satu terlalu

beza dengan dua masa yang lain, maka masa itu tidak boleh

dikira.

Contoh: Jam 1 Jam2 Jam3

11.6 11.5 11.2

(11.2 tidak dikira, masa rasmi = 11.6 )

Dalam kes ini keputusan 3 (c) adalah berkaitan.

c. Jika dua jam digunakan dan masa adalah tidak sama, maka

masa

,maka masa yang lebih panjang diterima sebagai masa rasmi.

26

Page 27: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

RUMUSAN.

Acara pecut merupakan acara yang sentiasa menjadi tumpuan dalam

mana-mana kejohanan. Para penonton akan merasa puas dengan hasil yang

mereka tontoni, manakala jurulatih akan dapat kepuasan daripada hasil yang

telah dipraktikkan oleh para pesertanya. Justeru itu, para peserta seharusnya

cuba untuk mempraktikkan segala yang telah dicurahkan oleh pihak tertentu.

Dalam hal ini, dengan terhasilnya kerja ini, yang berkaitan dengan

kaedah dan teknik larian pecut jarak 100 meter, 200 meter dan 400 meter,

kita akan dapat mengenali dan memahami dengan lebih jelas lagi tentang

sukan olahraga khususnya acara pecut.

Dalam acara lari pecut ini, kita dapat aplikasikannya kepda tiga acara

yang berbeza pada jarak, teknik larian dan kekuatan fizikal. Pada

keseluruhannya, lari pecut memerlukan beberapa kombinasi mantap yang

diperlukan oleh setiap pelari semasa melakukan larian. Kombinasi tersebut

adalah penumpuan minda atau pemusatan minda terhadap acara yang

disertai, kekuatan fizikal, ketahanan mental serta daya pecutan yang

semaksimum mungkin.

27

Page 28: Acara 100m,200m,400m

OLAHRAGA( PECUT )

BIBLIOGRAFI

1. Ahmad Wafi,1996. Olahraga – Balapan, Siri Teras Sukan,

Cetakan Pertama, Goodmark Enterprise: Kuala

Lumpur

2 Helen Tan, 1996. Manual Olahraga, Junjuara Publicatioan:

Kuala Lumpur.

3. Sidhu N.s., 1980. Panduan Latihan Olahraga, Kuala Lumpur.

4. Henry J. Montoye et. Al.1996. Measuring Physical Activity and

Energy Expenditure, Human Kinetics. Kanada.

5. Buku Peraturan Pertandingan Sukan, Majlis Sukan Sekolah-

Sekolah Malaysia.

6. Buku Panduan, 1998 – 1999. Kesatuan Olahraga Amator

Malaysia.(KOAM).

7. Teng Boon Tong, 1989. Panduan Pengajaran Olahraga,

Longman Malaysia, Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

8. Olahraga Balapan, Siri Mengenal Sukan, Dihasilkan atas

kerjasama British Athletic Federation, Edisi Bahasa Inggeris (Asal)

1994.

10. Ratal Wirjasantosa, 1984. Supervisi Pendidikan Olahraga,

Universitas Indionesia, Indonesia.

28