A.complete Kump

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sains rph

Citation preview

TUGASAN KUMPULAN(BAHAGIAN A)

JABATAN SAINS & MATEMATIKINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLISPENGENALANMenurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Berdasarkan kepada jenis strategi pengajaran dan pembelajaran maka kepentingan strategi dapat dikenalpasti iaitu ia membantu guru dalam merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif-objektif pelajaran yang telah ditentukan. Bagi kanak kanak yang mempunyai masalah pembelajaran pula, guru perlu bijak menyusun strategi dalam proses p&p yang dijalankan. Hal ini adalah untuk memberi peluang kepada kanak kanak ini untuk merasai pengalaman belajar seperti orang lain di samping dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka.

STRATEGI MENGADAPTASI PENGAJARAN SAINS KEPADA KANAK KANAK KURANG UPAYA DARI SEGI PEMBELAJARAN (PEMBELAJARAN PELBAGAI DERIA)Di peringkat umur awal kanak-kanak, kanak-kanak melibatkan diri secara aktif dengan persekitaran untuk memperolehi konsep-konsep asas serta kemahiran proses asas dalam setiap pembelajaran. Berbeza dengan kanak kanak yang mempunyai masalah dari segi pembelajaran. Mereka ini memerlukan bimbingan dan sokongan daripada guru dan masyarakat untuk memahami konsep yang ingin ditekankan. Oleh itu, tanggapan bahawa kanak kanak ini tidak boleh belajar dan tidak akan dapat belajar adalah salah sama sekali. Sebaliknya, guru haruslah memainkan peranan dengan menggunakan strategi strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan masalah yang dihadapi kanak kanak. Pembelajaran secara deria merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan untuk membantu kanak kanak yang kurang upaya dari segi pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Westwood (2006). Menurut beliau juga, pengajaran pelbagai deria bermaksud, melibatkan seberapa banyak deria yang mungkin dalam proses pembelajaran dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran, perhatian dan ingatan kanak - kanak. Kaedah pengajaran pelbagai deria adalah satu pemulihan pengajaran intensif untuk kanak kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Kenyataan ini disokong oleh Nasruddin (1991) yang berpendapat bahawa penggunaan pelbagai deria boleh mendatangkan kesan kesan yang lebih baik dalam memahami dan menguasai pengajaran. Menurut Ann Logsdone, apabila murid diajar dengan menggunakan pelbagai deria yang konsisten maka mereka akan belajar dengan lebih mudah, cepat dan boleh mengekalkan serta menggunakan konsep yang lebih mudah untuk pembelajaran. Beliau juga mengatakan, kebanyakan murid kurang upaya mahupun murid normal akan menikmati pembelajaran sekiranya guru mengaplikasikan penggunaan pelbagai deria dalam satu satu sesi. Selalunya, pengajaran mahir memerlukan pemindahan maklumat dari minda guru ke minda pelajar. Melalui pemindahan itulah yang menentukan sama ada berlakunya proses pembelajaran ataupun tidak. Berlainan dengan guru yang menggunakan strategi pembelajaran pelbagai deria, proses pemindahan strategik ini bertujuan untuk berhubung secara langsung dengan deria pelajar. Guru bukan hanya bertumpukan kepada deria kanak kanak ini, sebaliknya guru menggunakan deria sebagai pintu masuk ke dalam minda kanak kanak tersebut. Pengajaran Sains di sekolah-sekolah khas mempunyai potensi besar yang boleh mengubah murid kerana aktiviti 'hands-on' dan peluang pembelajaran pelbagai deria yang disediakan adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Hal ini adalah kerana pada terasnya, pembelajaran pelbagai deria merupakan satu cara pengajaran yang memerlukan pelajar untuk mengaktifkan fakulti penuh mereka - melihat, mendengar, menghidu, merasa, bergerak, menyentuh, memikirkan, intuiting, menikmati - dalam situasi yang pelbagai (Lawrence, 2008). Sebagai contoh, dalam pembelajaran huruf 'A', guru atau rakan sebaya boleh menyebutkan nama abjad serta dalam masa yang sama, mengajar murid untuk menyebutkan bunyi huruf tersebut. Bagi deria sentuhan, murid boleh diajar untuk membuat simbol tangan yang mewakili bentuk huruf atau membuat huruf menggunakan tanah liat. Pelbagai cara lain boleh dilakukan dan kesemua aktiviti yang dilakukan perlu melibatkan penggunaan deria dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Strategi pembelajaran secara deria mempunyai banyak kelebihan. Menurut Lawrence (2008), strategi ini mempunyai potensi untuk melibatkan murid sepenuhnya dalam pengalaman pembelajaran. Strategi ini malah dapat menghasilkan hasil pembelajaran yang baik kerana semakin kerap penggunaan peralatan atau teknik yang memerlukan pelbagai deria manusia, semakin banyak guru dapat menolong murid mempelajari kemahiran teknomotor (William G. Perry Jr, 1982). Selain itu, murid juga dapat meningkatkan keyakinan diri apabila mereka berasa yakin untuk terus berusaha kerana menyedari bahawa masih terdapat pelbagai teknik pembelajaran yang dapat membantu mereka melangkah ke hadapan.Selain itu, mereka juga dapat memahami isi pelajaran yang ingin dipelajari apabila guru membenarkan murid menyentuh atau menggunakan sebarang deria mereka. Sebagai contoh, guru membenarkan mereka menyentuh bahan maujud seperti model pakaian. Menerusi sentuhan itu, mereka dapat menggambarkan apa yang ingin dipelajari. Terdapat sebuah kajian yang menyatakan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa yang mereka dengar sahaja, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65% daripada apa yang mereka dengar dan lihat. Hal ini membuktikan bahawa semakin banyak deria yang digunakan semakin kuat ingatan jangka panjang seseorang. Bagi mendapatkan pembelajaran yang lebih menarik, guru boleh mengubahsuai dan mempelbagaikan bahan ketika proses pengajaran dan pembelajaran.Walaupun strategi ini dapat mmberikan banyak kebaikan dalam proses pengajaran kanak-kanak, masih terdapat kelmahan yang akan wujud skiranya tidak mengaplikasikan strategi dengan betul. Dalam hal ini, peranan guru sagat penting dalam memlilih deria yang akan digunakan oleh kanak-kanak semasa proses p&p memandangkan kanak-kanak ini tidak mempunyai masalah kesihatan yang sama. Seharusnya guru perlu mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid sebelum menjalankan strategi yang dirancang. Pemilihan deria yang salah kepada murid-murid boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik mereka. Selain itu penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) juga sagat penting dalam strategi ini. Sekiranya guru gagal menggunakan BBM yang sesuai mengikut deria yang sesuai dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran ini, pemerolehan ilmu dan pengetahuan secara optimum tidak akan terlaksana.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4 PENDIDIKAN KHAS(Model 5-Phase Needham)

Matapelajaran: Sains Kelas: Tahun 4K Bilangan Murid: 6 murid (3 lelaki and 3 perempuan) Tarikh: 6 September 2013 (Jumaat)Masa: 10.30-11.30 a.m. (1 Jam)Tema: TumbuhanTajuk: Bahagian bahagian dalam tumbuhan

Objektif Pembelajaran: Memahami bahagian asas dalam tumbuhan

Hasil Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran ini murid dapat :1. Mengenalpasti bahagian bahagian pada tumbuhan.2. Memberikan sebab mengapa tumbuhan memerlukan cahaya, air, udara dan tanah untuk hidup.3. Mengenalpasti bahagian tumbuhan di dalam lembaran kerja yang diberi.Pengetahuan Sedia Ada:Murid pernah memerhatikan tumbuhan yang terdapat di persekitaran.Strategi Pengajaran : Pembelajaran pelbagai deria.Kemahiran Proses Sains : 1. Memerhati2. Meramalkan3. Mengelaskan4. Berkomunikasi

Kemahiran Manipulatif : Tiada

Kemahiran Berfikir : Menjana Idea

Kemahiran Saintifik : Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam dan Nilai Murni sekeliling, bekerjasama, berani mencuba.

Bahan Bantu Mengajar: Video, Pemancar LCD, Laptop, Kotak hitam pemain CD, tumbuhan sebenar, gula gula.

8

Fasa/MasaIsi KandunganAktiviti P&PCatatan

GuruMurid

Orientasi(5 minit)

Terdapat pelbagai jenis tumbuhan di dunia ini.Guru meminta murid menamakan tumbuhan yang diketahui.

Guru bertanya ibu murid ada menanam pokok ataupun tidak. Sekiranya ada, pokok jenis apa yang ibu murid tanam?

Guru menayangkan jenis jenis pokok dan murid perlu meneka.

Guru menerangkan tentang topik yang akan dilakukan pada hari ini.Murid mengikut arahan guru dengan baik.

Jangkaan Jawapan :-Bunga kertas-Pokok Mangga(Semua jawapan diterima)

Nilai:-Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

BBM: -Laptop-LCD

Cetusan Idea(10 minit)Keperluan asas tumbuhan:Tumbuhan perlu makanan, udara, air and tanah untuk terus hidup.Guru membawa murid keluar ke Taman Herba.

Skrip:Di mana ibu kamu tanam pokok?

Bolehkah pokok hidup tanpa udara?

Bolehkah tumbuhan hidup tanpa makan dan minum?

Bolehkah tumbuhan hidup tanpa cahaya dan tanah?

Adakah tumbuhan itu makhluk hidup seperti manusia?

Bagaimana dengan bunga plastik? Adakah bunga plastik memerlukan air untuk hidup?

Sekiranya bunga plastik perlukan air, adakah ia akan mati seperti tumbuhan lain?

Jangkaan Jawapan:-Pasu/Tanah(Semua jawapan diterima)

-Boleh/Tidak(Semua jawapan diterima)

-Boleh/Tidak(Semua jawapan diterima)

-Boleh/Tidak(Semua jawapan diterima)

-Ya/Tidak(Semua jawapan diterima)

-Boleh/Tidak(Semua jawapan diterima)

-Ya/Tidak(Semua jawapan diterima)

KPS:-Memerhati.-Meramalkan.

Nilai: -Berani mencuba.

Penstrukturan Semula Idea(30 minit)Tumbuhan perlu: Makanan dan air untuk kekal sihat. Udara untuk bernafas Tanah untuk melindungi akar daripada bahaya.Guru membawa dua gula gula berbeza warna. Setiap murid diminta mengambil satu. Murid dibahagikan berdasarkan warna gula gula. Guru memberi tumbuhan sebenar kepada murid. Guru mengarahkan murid mengklasifikasikan bahagian bahagian tumbuhan tersebut.

Guru meminta murid menyatakan bahagian tumbuhan diketahui di hadapan kelas. Murid terbahagi kepada dua kumpulan.

Murid membuat keputusan di dalam kumpulan dan mempersembahkan hasil di hadapan kelas.KPS:-Berkomunikasi

Nilai:-Bekerjasama

BBM:-Tumbuhan sebenar-Gula gula.

Aplikasi Idea(10 minit)Tumbuhan mempunyai cara hidup tersendiri dengan menggunakan keperluan asas.

Guru bertanya soalan kepada murid.

Skrip:Tumbuhan akan mati sekiranya diletakkan di tempat bertutup. Mengapa ini terjadi?

Apa akan terjadi sekiranya kamu letak tumbuhan di atas simen?

Lakukan aktiviti praktikal.

Skrip:Letakkan tumbuhan masing masing dan di dalam kotak hitam yang berada di hadapan kamu.

Lampu akan ditutup. Adakah kamu boleh hidup dalam keadaan gelap begini?

Tumbuhan dan manusia adalah sama. Kedua duanya memerlukan keperluan asas untuk terus hidup.

Jangkaan Jawapan:-Tumbuhan tidak mendapat cahaya/udara yang cukup. (Semua jawapan diterima)

-Tumbuhan akan mati.(Semua jawapan diterima)

KPS:-Meramalkan

Kemahiran Berfikir:-Menjana idea

Nilai:-Berani mencuba.

Refleksi(5 minit)Kesimpulan Sebelum kelas berakhir, Guru menyanyikan lagu : Tanya Sama Pokok

sambil melakukan gerakan mengikut irama.Murid menyanyi bersama sama sambil meniru pergerakan guru.

BBM:CD-RomPemain CD

RUMUSAN Konklusinya, dalam proses pembelajaran kanak kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, strategi pengajaran adalah satu elemen yang sangat penting. Strategi yang sesuai dalam proses p&p kanak kanak ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka keluar dari kepongpong mereka yang kurang berminat untuk belajar. Strategi yang sesuai dapat mewujudkan rasa gembira dalam kalangan mereka untuk menutut ilmu. Selain itu, strategi juga penting dalam menyusun kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikutprinsip dan teori pembelajaran. Apabila seseorang guru itu mempunyai strategi yang sesuai, guru itu dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lancar tanpa adasebarang masalah kerana persediaan awal telah dibuat dengan mengatur langkah-langkah pengajaran sebaiknya.

RUJUKANLawrence, B. (2008). A Teacher's Guide to Multisensory Learning : Improving Literacy by Engaging the Senses. United States: ASCD Publications.Nasruddin, B. (1991). Penggunaan Media Bahan Murah Dalam Pengajaran Bahasa Melayu KBSR. Jabatan Pengajian Melayu: Maktab Perguruan Kent.Westwood, P. (2006). Teaching and Learning Difficulties : Cross-curricular perspectives. Australia: Acer Press.

16