Upload
amadfuad
View
351
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
ADAT DAN BUDAYA ETNIK DI MALAYSIASABTU, 25 SEPTEMBER 2010
KAUM CINA-205091
KAUM CINA
Masyarakat cina diMalaysia terdiri daripadabeberapa sukudialek.Terdapat enam kumpulan diale
k utama iaituHakka,Kantonis,Teochew,Hainan,danFuzhou(Hokchiu).Sandakan pernah bergelar “
Hong KongKecil” kerana bandar itu dijadikan tempat tinggal kedua bagikebanyakan pendatang d
ari Guangdong.Maka,secara amnyaterdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang cinaMalaysia.Jus
teru itu,masyarakat cina mengamalkan pelbagaibentuk adat resam dan pantang larang dalam kehi
dupan seharian mereka.
Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan merancang dan
mengatur sesuatu perkahwinan dengan sebaik-baiknya.Mengikut kepercayaan mereka,pasangan
yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidaksah.Terdapat dua bentuk perkahwinan
masyarakat cina iaitu eksplisit dan implisit.Pada asasnya,adat resamperkahwinan mereka merang
kumi beberapa peringkat.Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakanggadis yang dii
ngini.Hal ini kerana mereka terlalu mengambil berat tentang nama,keturunan,peribadi,watak dant
ingkah laku.Seorang wakil dihantar ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berk
aitanperkahwinan.Segala ketetapan yang telah dipersetujui dimaklumkan kepada ibu bapa pihak l
elaki.Hari pertunanganpula dilakukan berdasarkan kalender cina.Dalam upacara ini,khidmat tuka
ng tilik digunakan untuk menetapkantarikh perkahwinan berpandukan kepada sebuah buku iaitu
Toong-su.Hari perkahwinan diadakan setelah bertunangselama setahun atau mengikut tempoh ya
ng ditetapkanAkhir sekali,mereka akan menandatangani dua pucuk suratiaitu Keat Foon Chung S
u sebagai bukti perkahwinan mereka.
Di samping itu,pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita
cina semasa mengandung danselepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir tidak diti
mpa kejadian buruk.Sebagai contoh,wanitamengandung dilarang melakukan kerja-kerja
memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalamikecacatan.Mereka juga terpaksa berpa
ntang selama 40 hari selepas melahirkan anak.Seperti masyarakatmelayu,mereka turut mengadak
an kenduri apabila bayi tersebut mencapai umur
sebulan.Masyarakat cina jugamengamalkan adat mencukur rambut bayi kerana mereka mengang
gap rambut bayi yang baru lahir adalah rambutsementara.
Masyarakat cina berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian.
Apabila berlakukematian,mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai tanda penghormatan t
erakhir kepada si mati.Mayat akandimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu y
ang diukir menarik.Mereka akan mengupah lebihramai orang untuk menangisi si mati.Semasa m
engiringi mayat,pelbagai jenis lagu dimainkan.Selepas upacarakematian,ahli keluarga menjalani
adat berkabung.Pakaian berwarna hitam akan dipakai untuk beberapa harisehingga hari perkabun
gan tamat.
Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat cina bagi menandaka
n kedatangantahun baru menurut kalender mereka.Orang cina mempercayai bahawa terdapat
12 binatang yang menaungikalender mereka.Semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersa
ma pada malam Tahun Baru.Buah limaumandarin dan kuih bakul turut menjadi kemestian bagi
merayakan Tahun Baru Cina.Perayaan penutup bagi TahunBaru Cina adalah perayaan Chap Goh
Meh.
Pada asalnya,busana kaum cina berlapis-lapis,penuh dengan sulaman benang emas dan sutera.Na
mun,ia masih bolehdilihat pada masa kini walaupun telah diubahsuai.Jubah labuh,Cheongsam,Ba
ju Shanghai dan Samfoo masih kekaldipakai dalam upacara majlis.Kebanyakannya dihasilkan da
ri negara China dengan menggunakan fabrik sutera danbroked yang berwarna terang dengan raga
m hias benang emas dan sutera.
Dalam aspek pemakanan pula,masyarakat cina mempunyai pelbagai jenis makanan.Salah satu da
ripadanya adalahkuih bulan.Kuih bulan merupakan sejenis kuih cina yang sering dimakan sewakt
u perayaan pertengahan musimluruh.Kuih tersebut dibuat daripada adunan manis dan memiliki i
nti biji buah teratai di tengahnya.Selain itu,Gan PanMian juga merupakan makanan masyarakat c
ina.Nama lainnya ialah Kompua.Ia adalah sejenis mee bagi masyarakatFoochow.Ding Bian Hu
merupakan makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan pagi danlewat mala
m.
Tarian naga adalah satu bentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya cina.Tarian ini
seringdipersembahkan pada musim perayaan.Masyarakat cina menganggap bahawa naga mewak
ili kekuatan yang bolehmenghilangan nasib buruk dan mencegah jenayah.Gerakan-gerakan dala
m persembahan ini melambangkan peranannaga yang menunjukkan kuasa dan maruah.Tarian sin
ga juga terdapat dalam adat warisan masyarakat cina.Duatarian singa yang amat terkenal ialah “T
arian Singa Utara” dan “Tarian Singa Selatan”.
Dicatat oleh Jelajah edisi daus di 3:55 PTG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
CARI BLOG INI
BLOG ARCHIVE
KAUM CINA-205091
MINANGKABAU-205201KAUM KADAZAN-205296KAUM IBAN-205269
Search
KAUM BAJAU-205084MASYARAKAT MELANAU-205172KAUM MURUT-205297BABA DAN NYONYA-205273MASYARAKAT INDIA-207294
ABOUT ME
Jelajah edisi dausBelawai, Tanjung Manis, Sarawak, Malaysia
Kenali Diri & Berkongsi Pandangan...kecemerlangan Kita Bergantung kepada Tahap Usaha ditambah dengan Kegigihan..:)
Lihat profil lengkap saya
FISH
Templat Picture Window. Dikuasakan oleh Blogger.
awasan dengan jumlah penduduk yang besar
Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Sarawak, Sabah, Johor
BahasaBahasa Hokkien, Bahasa Hakka, Bahasa Kantonis, Bahasa Teochew, Bahasa Hokchiu, Bahasa Hainan, Bahasa Kwongsai, Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris
Agama AgamaBuddha, Taoisme, Konfucianisme, Kristian, Islam, Hindu, Iktikad Baha'i, Atheisme, Freethinker
Kelompok etnik Peranakan
terdekat
Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: ??????; Cina Tradisional: ??????; pinyin: M?láix?
yà Huárén atau Cina Ringkas: ??????; Cina Tradisional: ??????; pinyin: M?láix?yà
Tángrén) ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk
tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang
tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia,
lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang
Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini.
Pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di Melaka; abad ke-18 di Pulau Pinang)
membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk kebanyakan
adat Melayu secara takat-takat yang berbeza (terhad di Pulau Pinang, menyeluruh
di Melaka), berbahasa Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina. Sebaliknya
pula, pendatang-pendatan yang lebih lanjut (seawalnya abad ke-19) yang
mengekalkan adat Cina dikenali sebagai sinkheh (??, "tetamu baru").
Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya
dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab
agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam.
Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak
bukan beragama Islam untuk memeluk agama pasangannya. Kebanyakan orang
Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya
dan politik.
Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi
semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia
untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam
ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti
golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Pada tahun 2006,
terdapat 7-7.5 juta orang Cina di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa
terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik
ekonomi negara.
Sejarah
Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan,
terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka
datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis (indentured
labour), dikenali sebagai kuli (??, "kuasa susah-payah"). Yang selainnya datang
secara bebas untuk bekerja, dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi
orang Cina di Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira
sejuta sekitar tahun 1949.
Suku dialek
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam
kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu.
Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu
tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.
Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan
Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur
dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Johor Bahru dan Perak, di mana mereka
mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.
Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang,
Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam
populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan
Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu
pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari
Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan
1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia,
terutamanya RTM2 dan 8TV.
Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang,
Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan
kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu
negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia
menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan
kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.
Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang,
kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan
Pontian.
Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia
yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka
kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur,
Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan
semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur
oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa
Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan
formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk
menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan
Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali
Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa
Kantonis.
Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina
Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku
sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.
WARISAN BUDAYA INDIAKumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India
merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari
Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman
penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang
lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan
beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik.
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu
kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk
di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri
kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.
Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan
dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran
dan perkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu
maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
Tanda Hormat
Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang
kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman
atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda
hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan
sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.
Peranan Keluarga
Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan
peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah
umpama Tuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu.
Penjagaan anak perempuan amat diberi perhatian.
Perkahwinan
Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati.
Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat
tilikan masa bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi
segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun
nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan
dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik. Upacara
perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang
ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api
dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan tersebut.
Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau
usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk
gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan
ibu” dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk
melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.
Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis
iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing.
Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat
perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.
Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali
sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini
termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-
buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam
dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita
hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal).
Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti
air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi,
wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan
dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya.
Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang
dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak
kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan
upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut
seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan.
Semasa Bersalin
Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India di mana ia akan dicatat
dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi
ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.
Kelahiran
Kelahiran seorang bayi adalah acara penting keluarga dan masyarakat. Semua
saudara mara dimaklumkan apabila lahir seorang bayi. Selama 16 hari selepas lahir
keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 upacara
penting diadakan untuk menamakan anak. Rumah akan dihiasi cantik, buaian
dihiasi dan jiran-jiran dijemput bersama meraikannya.
Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut bintang dan hari
kelahirannya. Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah
itu mengikut aksara bintangnya. Ketika menamakan, bayi itu dipangku oleh orang
tua satu persatu sambil menyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Selepas itu,
saudara mara yang hadir akan memberinya gelang untuk dipakaikan sebagai tanda
selamat. Pada hari ke 30, bayi itu dibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa
selamat.
Potong Tali Pusat
Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan
rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini
dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak
digunakan oleh ahli sihir.
SELEPAS KELAHIRAN
Menyapu Madu
Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada
lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang
merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala
digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya
bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan
lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur.
Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut
bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu
tumbesaran bayi tersebut.
Membawa Bayi Pulang Ke Rumah
Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga,
kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi
dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan
bala atau sebarang malapetaka dari pada berlaku.
Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang
dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga
kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga
kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang
tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke
dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.
Mandi Selepas Bersalin
Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang
lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu
pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan.
Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan
mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah
kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu
akan mandi selang sehari selepas bersalin.
Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu tengah hari oleh seorang wanita
yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan
bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-
bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga
digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.
Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang
belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan
telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas
dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi
bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai
dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil
menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi
diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari
tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung
dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.
Mendodoi Bayi
Upacara penting dalam masyarakat India ialah amalan mendodoi. Upacara ini juga
dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan
dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi
tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan
dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja.
Memberi Nama
Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia
dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli
keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan
dewa-dewa.
Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh
kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan
dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini
akan mempengaruhi perwatakannya kelak.
Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia
MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA
Definisi Melayu
Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang
bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan
adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu
merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), yaitu
penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing
yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut. Walau begaimana
pun jua, dalam artikel ini, definisi Melayu mengikuti definisi Pemerintah Malaysia.
Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan Minang, Jawa, Aceh, Bugis,
Mandailing, dll, yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti
adat istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu. Bahkan orang
bukan pribumi yang berkawin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam
juga diterima sebagai orang Melayu.
Penyebaran penduduk Melayu di Malaysia
Mengikut 1997 Vital Statistics Malaysia Report, penduduk Malaysia semuanya
berjumlah hampir 21 juta (jumlah sebenar 20.997.220), dan daripada jumlah
tersebut, penduduk Melayu ialah 10,2 juta (48,5 %). Penduduk pribumi lain
(termasuk Iban, Kadazan, Melanau, Bidayuh, Murut, dll) berjumlah 2,2 juta (10,5 %).
Selebihnya terdiri daripada penduduk bukan pribumi, iaitu orang Tionghoa (5,4 juta
– 25,7%), dan orang India, Serani dll (3,1 juta – 14,7%).
Sebagian besar daripada penduduk Melayu (kurang lebih 65%) tinggal di kawasan
desa, di kampung-kampung. Pada masa dulu, sebuah kampung Melayu merupakan
satu unit politik, satu unit ekonomi, satu unit genealogi, dan satu unit keagamaan.
Kini, kewujudan kampong Melayu tidak sepenuhnya memenuhi keempat-empat ciri
di atas.
Sistem ekonomi
Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, mayoritasnya menjalankan aktivitas
pertanian dan menangkap ikan. Aktivitas pertanian termasuk mengusahakan
tanaman padi, karet, kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran (mixed farming).
Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja dalam sektor dinas,
sebagai pekerja di sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain.
Penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu perkotaan relatif masih rendah
dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk non-pribumi,
terutamanya orang Tionghoa. Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah
berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli korporat. Ramai yang tinggal di
bandar-bandar besar dan mampu memiliki kereta mewah dan rumah banglo. Selain
itu itu juga, ramai orang Melayu yang mempunyai pendidikan yang tinggi, samada
universitas di dalam maupun di luar negara.
Sistem politik
Sistem politik Melayu adalah musyawarah, musyawarah dijalankan didalam
lumbung yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat setempat. Lumbung disini
bukan hanya tempat penyimpanan padi atau hasil bumi lainnya, namun juga
berfungsi sebagai wadah untuk menyimpan segala aset masyarakat setempat baik
yang bergerak maupun yang diam yang ditujukan untuk mengangkat harkat dan
martabat hidup pribumi setempat. musyawarah yang dijalankan biasanya
membahas mengenai pengelolaan sistem tanah adat berdasarkan budaya dan adat
setempat. Sehingga, sistem musyawarah yang dijalankan akan memiliki corak dan
karakter yang berbeda antara daerah yang satu dengan yang lainnya. Disini dapat
dilihat bahwa suku melayu telah mengenal sistem politik yang egaliter dan
mengakar kepada budayanya. maka, tidak mengherankan bahwa suku melayu
mempunyai ikatan persaudaraan yang kuat, sebab musyawarah memaknakan
adanya tolong-menolong dan kesetiakawanan sosial sebagai suatu permufakatan.
Musyawarah juga merupakan sarana dimana rakyat dapat diposisikan untuk
membangun aturan-aturan dasar dalam kehidupannya baik pada tatanan nilai
maupun pada tatanan norma yang bersumber kepada hukum adat setempat.
Sistem musyawarah ini lambat laun hilang diakibatkan hancurnya sistem tanah
adat melalui culture stelsel yang diberlakukan oleh kaum penjajah. Hancurnya
sistem tanah adat berakibat kepada hilangnya musyawarah dalam kehidupan
masyarakat melayu. Hal ini diperparah dengan dipecah belahnya suku melayu yang
berada di wilayah Kalimantan Utara dengan kalimantan selatan dengan pendirian
federasi malaysia yang dibentuk atas bantuan militer inggris.
Agama dan kepercayaan
Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam. Namun demikian, sisa-sisa unsur
agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka.
Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Proses
sinkretisme terjadi di mana unsur kepercayaan sebelum Islam ada secara laten atau
disesuaikan dengan unsur Islam. Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu
perbomohan Melayu (pengobatan tradisional), dan dalam beberapa upacara adat.
Adat istiadat
Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar
selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu.
Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan
ajaran Islam dibenarkan. Melalui “principle of co-existence” ini orang Melayu dapat
menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek
tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan.
Kesenian
Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibagi menjadi dua: seni persembahan
(tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal,
hadrah, kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan
tangan, tenunan, anyaman dll). Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak,
juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai
identitas tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur
tempatan dan luar.
Sistem kekeluargaan dan perkawinan
Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok:
yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral)
yang mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system)
Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka
sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan
Islam.
Orang Melayu melakukan perkawinan monogami dan poligami. Bentuk perkawinan
endogami (pipit sama pipit, enggang sama enggang), eksogami juga terjadi, malah
di sebagian tempat diutamakan. Perkawinan campur juga ada. Semua perkawinan
Melayu dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang perkawinan Islam
(Mazhab Shafie).
Pendidikan
Sebelum penjajahan, orang Melayu mendapat pendidikan agama. Semasa
penjajahan, peluang pendidikan sekular adalah terbatas, dan lebih terpusat di
daerah perkotaan. Pendidikan sekular hanya dikembangkan selepas merdeka. Kini,
pendidikan sekular menjadi saluran mobilitas sosial yang utama di kalangan orang
Melayu. Kewujudan kelas menengah Melayu di Malaysia paling utamanya melalui
saluran pendidikan.
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di semua
institusi pengajian awam di Malaysia. Bahasa Melayu yang menjadi lingua franca
penduduk Dunia Melayu (Nusantara) sejak sekian lama juga telah dipilih oleh
pemerintah Indonesia menjadi bahasa resmi negara tersebut.
ADAT RESAM
Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan.
Adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di
dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang
diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.
ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU
Kelahiran
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami
isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak
yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu
disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat
tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung,
bersalin dan selepas lahir.
Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung
Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada
wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau
lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang
mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di
dalam perut.
Peralatan untuk upacara ini termasuk
Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan
Segantang beras
Sebiji kelapa
Beberapa urat benang mentah
Damar
Minyak kelapa atau minyak urut
Lilin
Tepak sirih yang lengkap isinya
Pengeras sebanyak RM1.25
Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi.
Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.
Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain
basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu
didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air
buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan
kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.
Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir
nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan membentangkan
ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain. Ibu yang hamil
dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang hamil dengan
menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah
dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya
sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke
atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan
melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikut adatnya, kain
yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya
pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini
dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya
Hindu.
Sewaktu Bersalin
Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan.
Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi
adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang
dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan
digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam
rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping
itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.
Potong Tali Pusat
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu
disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan
menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah
tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh
kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api
sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.
Azan/Qamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi
perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan
upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur
keagamaan.
Membelah/Mulut
Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam
agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan
membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap atau
merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang
dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu
menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak
diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.
Berpantang
Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang
yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan
mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama
empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama
seratus hari.
Tempoh Berpantang
Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut
kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antara
makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan di seluruh anggota
badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai
sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada
badan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar,
direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.
Bertungku
Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku
dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungku
diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain
yang di lapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang dipercayai
dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat.
Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi
masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya
dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung. Amalan
berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun selepas
bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin.
Selepas lahir
Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan.
Tanggal Pusat/Cuci Lantai
Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika
itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai
kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur di
samping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.
Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.
Nasi kunyit dan lauk-lauk
Seekor ayam hidup
Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang
Hadiah untuk bidan sepersalinan
Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan memulakan
jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan kaki ayam ke atas
lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Mak bidan akan
menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan dimandikan, diurut
dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta sedikit wang akan
dihadiahkan kepada bidan tersebut.
Memberi Nama
Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada
bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala
untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.
Cukur Rambut/ Potong Jambul
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong
jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.
Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan.
Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar,beras kunyit dan
bertih.
Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku
seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian
kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan
melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.
Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas
dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah
majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta
ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting
sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi.
Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil,
iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara
menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak
menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau
sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke
dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon
anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.
Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah
membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan.
Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu
atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah sekali
sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan
jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya
ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah
sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan
pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan
adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.
Naik Buai
Adat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan di
kalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan dalam suasana penuh meriah
terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu sulung.
Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan
kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri
kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam
atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan
bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada hari ini, masyarakat Melayu
menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.
JejakTanah/TurunTanah
Di sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai meraikan anak yang
baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk memijak
tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan secara berbeza-beza dari
satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara mahupun barangan yang digunakan.
Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas kenduri selesai,
tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan. Di atas tikar
disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanan dan minuman.
Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam tangan, gelang,
cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang. Lazimnya jumlah barangan
yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih barang
tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.
Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal masa depan kanak-
kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika kanak-kanak itu mengambil
gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan. Adat ini jug boleh dilakukan
secara sederhana iaitu dengan memijakkan kaki kanak-kanak itu ke piring-piring kecil yang
berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak bidan.
Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca.
Bersunat / Berkhatan
Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu
beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan
menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan
dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga
dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan
akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib
kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi
kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak
lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.
Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia
umpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India