ADAT KELAHIRAN DAN KEMATIAN SUKU KAUM BAJAU KOTA BELUD.docx

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/21/2019 ADAT KELAHIRAN DAN KEMATIAN SUKU KAUM BAJAU KOTA BELUD.docx

    1/6

    Enriquez OribioCT10210186

    ADAT KELAHIRAN DAN KEMATIAN SUKU KAUM BAJAU KOTA BELUD

    1.0 Adat Kelahiran

    Dalam kehidupan masyarakat bajau adat resam yang berkaitan dengan kelahiran amat

    dititik beratkan. Orang Bajau sangat menjaga bakal keturunan mereka yang akan lahirke dunia ini dengan harapan boleh menjadi anak yang membantu keluarga, menjadi

    anak yang soleh dan solehah sejajar dengan pegangan agama mereka iaitu agama

    Islam. Adat kelahiran ini dititik beratkan sewaktu anak berada dalam kandungan ibu

    lagi.

    1.1 Sewaktu mengandung.

    Sewatu dalam kandungan ibu lagi, orang Bajau akan mengamalkan beberapa adat,

    antaranya adalah adat berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai

    tanda kelahiran dan melenggang perut. Berpantang sewaktu mengandung adalah bagimengelakkan bahaya kepada wanita dan anak dalam kandungan. Pantang larang juga

    adalah bagi tujuan memudahkan wanita bersalin. Beberapa pantang larang harus

    dipatuhi oleh wanita bajau yang mengandung, antaranya ialah wanita hamil tidak

    boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus. Wanita

    hamil dilarang memakan semua jenis sotong kerana akan menyukarkan proses

    kelahiran. Makanan yang pedas serta makanan kategori sejukseperti timun, nangka

    juga menjadi pantang kepada ibu hamil. Wanita bajau yang hamil juga dilarang mandi

    atau minum dengan air hujan yang jatuh dari bumbung rumah. Hal ini dipercayai akan

    menyebabkan tembuni atau uri dibawah dibimbangi akan menyebabkan kematian

    terutama bagi wanita yang hamil sulung.

    Pantang larang memarut kelapa bagi wanita hamil dipercayai akan menyebabkan

    kesukaran ketika bersalin. Wanita hamil juga dilarang menziarah kematian kerana

    dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit yang dipanggil

    ketaguran. Sebelum wanita melahirkan, selalunya setelah tujuh bulan hamil,

    masyarakat bajau mengadakan upacara menempah bidan, bidan tersebut akan

    bertanggungjawab menjaga wanita hamil tersebut sehingga 44 hari selepas kelahiran.

    Terdapat barangan tertentu yang akan dihadiahkan kepada bidan tersebut. Wanita

    Bajau juga perlu melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai melenggang

    di kalangan masyarakat Bajau. Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu

    mengandung anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh

    bulan keatas. Cara adat ini dijalankan hampir sama dengan upacara melenggang perutyang dijalankan oleh masyarakat Melayu Semenanjung.

    1.2 Semasa Bersalin

    Apabila tiba masa bersalin terdapat barang-barang tajam atau jenis limau yang

    diletakkan di bahagian-bahagian tertentu rumah bagi mengelakkan gangguan

    makhluk halus. Adat memotong tali pusat, bidan akan memotong tali pusat bayi dan

    setelah itu mengikat pusat bayi dengan benang. Pemotongan tali pusat itu harus

    disertakan dengan saksinya yang terdiri daripada segantang beras, emas dan lilin yang

    akan dipasang. Bahan-bahan tersebut dengan sedikit wang dan kain putih sepanjang

  • 7/21/2019 ADAT KELAHIRAN DAN KEMATIAN SUKU KAUM BAJAU KOTA BELUD.docx

    2/6

    Enriquez OribioCT10210186

    tujuh hasta diberikan kepada bidan. Namun adat memotong tali pusat ini, sedikit demi

    sedikit dilupakan kerana keadaan zaman sekarang wanita yang melahirkan disambut

    oleh bidan jururawat di hospital.

    1.3 Selepas Bersalin.

    Adat-adat yang dijalankan selepas kelahiran bayi adalah seperti Qamat/Azan,

    menanam tembuni(uri), rawatan bidan, berpantang, bergunting, bertimbang dan lain-

    lain. Bagi masyarakat Bajau yang menganut ajaran Islam , mengazankan dan

    mengqamatkan bayi yang baru lahir adalah disunatkan.hal ini bukan satu adat tetapi

    lebih berbentuk ritual. Bayi lelaki akan diazankan manakala bayi perempuan akan

    diqamatkan di telinga bayi tersebut. Semasa azan diserukan, bayi ditaklik dengan

    makanan manis dan selepas itu barulah bayi diberi minum susu. Pada hari kelahiran

    itu juga, tembuni atau uri ibu akan dicuci, dibungkus dengan kain putih dan

    diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditaman bersama-samakelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu

    untuk menandakan kelahiran.

    Bagi ibu yang baru bersalin, dia juga akan menjalani pantang dari segi pemakanan,

    larangan membuat kerja berat dan adat-adat tertentu. Antara pantang bagi wanita baru

    bersalin ialah tidak boleh makan sembarangan makanan. Selain bubur atau nasi tanpa

    lauk, si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan.

    Pemakanan perlu dikawal dengan rapi sepanjang tempoh ini. Ibu diberikan air ubat

    yang diperbuat daripada ramuan akar-akar kayu dan herba akan diminum bagi

    memulihkan kesihatan selepas bersalin. Wanita yang baru melahirkan juga tidak

    boleh bersiar-siar sebelum hari ke-44 supaya dia tidak diserang angin sejuk.

    Bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus menjaga keadaan mereka berdua

    beranak sehingga hari ke-44. Bagi memulihkan kesihatan ibu, bidan akan

    memandikan si ibu dan bayinya sambil membaca doa selamat. Ini dilakukan pada

    malam hari ketiga, ketujuh, kedua puluh dan ke empat puluh empat. Selepas tamat

    tempoh berpantang, bidan secara rasminya akan menyerahkan tugasnya kepada suami

    dan keluarga wanita tersebut.

    1.4 Bergunting dan bertimbang

    Upacara bergunting ini merupakan bercukur rambut bayi dalam ajaran Islam, sunat

    dilaksanakan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Kenduri besar-besaran diadakan.

    Semasa kenduri ini berlangsung upacara berzanji diadakan selama satu setengah jam

    dan apabila tiba pada ayat-ayat tertentu yang menandakan masanya untuk

    menggunting rambut bayi, bayi akan didukung dan rambutnya akan digunting oleh

    mereka yang berzanji secara bergilir- gilir. Lazimnya orang yang menggunting

    rambut bayi akan diberikan cenderahati berbentuk makanan atau bunga telur. Bunga

    telur juga akan disedekahkan kepada semua tetamu yang hadir. Upacara ini biasanya

    diakhiri dengan jamuan makan yang dihadiri oleh keluarga terdekat, sanak saudara,jiran dan sahabat handai. Secara umunya, orang bajau amat teliti tentang masa

  • 7/21/2019 ADAT KELAHIRAN DAN KEMATIAN SUKU KAUM BAJAU KOTA BELUD.docx

    3/6

    Enriquez OribioCT10210186

    kelahiran anak mereka, bayi yang dilahirkan pada bulan Muharam dan Safar dianggap

    bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan dari menimpa bayi. Upacara

    bertimbang akan diadakan dimana satu buaian dengan dua buai seperti neraca dibina

    menggunakan kayu. Pada satu lekah buaian bayi akan diletakkan dan pada buai yang

    sebelah lagi akan diletakkan pelbagai barang seperti beras, tebu, makanan kuih

    tradisional dan kelapa bagi menimbangi berat bayi tersebut. Buaian timbang mestisama berat antara berat bayi dan berat makanan. Kemudian buaian timbang itu akan

    dipusing sebanyak 3 pusingan bagi bayi yang lahir pada bulan Safar dan 7 pusingan

    bagi bayi yang lahir pada bulan Muharam. Jika ibu bernazar maka si ibu pun akan

    ditimbang sekali bersama bayi dalam buaian timbangan tersebut. Dengan itu maka

    tamatlah upacara bergunting bayi tersebut.

    Gambar 1 : Adat bertimbang kaum Bajau

  • 7/21/2019 ADAT KELAHIRAN DAN KEMATIAN SUKU KAUM BAJAU KOTA BELUD.docx

    4/6

    Enriquez OribioCT10210186

    2.0 Adat Kematian

    Di Sabah etnik Bajau sinonim dengan agama Islam seperti Melayu adalah beragama

    Islam, kaum Bajau juga beragama Islam. Maka secara dasarnya adat yang berkaitan

    dengan kematian kaum Bajau adalah berlandaskan ajaran Islam. Namun terdapat adat

    resam tempatan yang ditambah. Pengurusan jenazah dan mengebumian menurut

    syariat Islam. Seperti ajaran Islam orang Bajau percaya akan kehidupan di alam

    baqa. Pengurusan pengebumian merupakan fardhu qifayah, iaitu sekiranya tidak

    diuruskan dengan betul maka keluarga dan masyarakat setempat berdosa kerana

    mengabaikan tanggungjawab mereka. Upacara kematian mereka dilakukan dengan

    teliti berlandaskan keperluan agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati

    dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat.

    Kehidupan si mati di alam baqabergantung kepada amalan mereka di dunia. Orang

    Bajau percaya bahawa amalan yang baik dan rajin beribadat akan mendapat balasanyang baik di akhirat. Orang yang buruk amalannya akan mendapat balasan azab yang

    setimpal. Tanggungjawab menguruskan hal-ehwal si mati terserah kepada keluarga

    atau kaum kerabat dekatnya. Kebaikan yang dilakukan oleh si mati akan diterima oleh

    si mati di akhirat. Contohnya amalan sedekah kepada orang lain selepas berlakunya

    satu-satu kematian adalah bekalan si mati di akhirat. Oleh sebab itu di kalangan orang

    Bajau. Wang, pakaian dan benda kepunyaan si mati disedekahkan kepada orang lain.

    Benda-benda yang disedekahkan ini dipercayai kebaikkannya akan diterima oleh si

    mati di alam akhirat. Ini adalah berdasarkan konsep buat baik di balas baik buat jahat

    dibalas jahat.

    2.1 Upacara Memandikan dan Mengafankan Jenazah.

    Bagi kaum Bajau apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibacakan dan

    mayat si mati ditutup dengan kain. Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan

    sepenuhnya menurut ajaran Islam. Dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan

    menurut cara Islam. Jenazah dimandikan menggunakan beberapa jenis air oleh ahli

    agama yang lazimnya terdiri daripada lima atau tujuh orang dewasa dan tiga atauempat bagi kanakkanak.

    Jenazah dimandikan menggunakan air yang telah ditapis dengan kain putih, diasap

    dengan kemenyan dan dibacakan ayat-ayat suci oleh iman supaya terlepas dari segala

    kotoran. Setelah jenazah dimandikan, rambutnya akan dibersihkan menggunakan air

    lubi yang diperbuat daripada santan. Penggunaan air lubi disusuli dengan air

    sembilan. Air ini merupakan air yang suci yang telah ditapis dengan menuangkan air

    biasa ke dalam cerek yang mulutnya ditutup dengan kain putih. Air ini hendaklah

    disiramkan ke atas jenazah dari kepala hingga ke kaki. Selesai dimandikan, jenazah

    seterusnya dikafankan. Jenazah dikafankan sebanyak dua lapis. Lapisan pertama

  • 7/21/2019 ADAT KELAHIRAN DAN KEMATIAN SUKU KAUM BAJAU KOTA BELUD.docx

    5/6

  • 7/21/2019 ADAT KELAHIRAN DAN KEMATIAN SUKU KAUM BAJAU KOTA BELUD.docx

    6/6

    Enriquez OribioCT10210186

    seperti kenduri tujuh ini, duang diberikan kepada tetamu. Duang ini diisi dengan

    pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada makanan tradisional, kuih-muih, lauk-

    pauk dan makanan ringan akan diberikan. Satu duang yang besar dipanggil kepala

    duang akan diberikan kepada imam yang membaca doa. Kenduri tahlil secara besar-

    besaran ini akan diadakan lagi pada hari ke 40, ke 70 ke 100 dan setiap ulangtahunkematian si mati.

    Gambar 2 : Perkuburan orang Bajau (Islam) panji putih dan hijau lambang keturunan.