22
ADAT KEMATIAN KAUM KADAZAN, MURUT & BAJAU

Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

ADAT KEMATIAN KAUM KADAZAN, MURUT & BAJAU

Page 3: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

Masa Moden

• Keluarga si mati akan berkabung selama 7 hari bermula dari saat pertama si mati menghembuskan nafasnya. Berikut merupakan kronologi Hari Berkabung bagi keluarga si mati:

• Hari pertama- hari ke-3 : Mayat masih disimpan di dalam keranda dalam rumah.

• Hari ke-3 dan hari ke-4 : Jasad disemadikan dalam tanah.• Hari ke-6 : Upacara " Momisok “ : Roh si mati akan

dipanggil untuk berjumpa ahli keluarga.

Page 4: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

• Hari ke-7 : Upacara " Mogukus " : Membakar barangan milik si mati agar dapat digunakan pada alam kematiannya. Keluarga si mati akan memakai perca kain yang berwarna biru, kuning, dan warna-warna lain dan kesemua perca kain akan dibakar bersama dengan barangan si mati semasa upacara ini

Page 5: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

• Sepanjang 7 hari tersebut, permainan katam-katam akan dimainkan.

• Permainan katam-katam : Permainan yang memberi keuntungan ( berunsurkan perjudian) kepada pengunjung atau saudara-mara yang datang ke rumah si mati.

• Hari ke-40 : Upacara sembayang.• Hari ke-100 : Upacara sembayang.

Page 6: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

• Mogombiruoh : mempercayai kepada alamat akan mati • Adat memberitahu : Penduduk kampung akan diberitahu

tentang kematian supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati. Pekerjaan menanam padi amat dilarang

• Adat berjaga-jaga : mayat tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah,mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.

• Moginupus : simpati terhadap si mati. Bagi keluarga yang kaya,kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir.

Page 7: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

BAJAU

• Pengebumian etnik Bajau hampir sama dengan masyarakat Islam .

• seseorang yang telah meninggal dunia akan meneruskan hidupnya di alam baqa

• keluarga dan saudara mara akan berdosa sekiranya si mati tidak dikebumikan dengan betul

• Upacara kematian dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat.

Page 8: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

• Sama ada kehidupan si mati di alam baqa baik atau tidak bergantung kepada dua faktor utama iaitu:

1) Kelakuannya di dunia• kelakuan yang baik dan selalu beramal ibadat

akan diperlakukan dengan baik di akhirat. Sesetengah berpendapat bahawa semua orang akan mendapat layanan yang sama di akhirat kerana menurut mereka, Tuhan bersifat penyayang.

Page 9: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

2) Cara pengebumian yang betul• si mati harus dikebumikan dengan baik, iaitu

selaras dengan keperluan adat dan agama. Tanggungjawab untuk menguruskan hal-ehwal si mati terserah kepada keluarga atau kaum kerabat dekatnya. Kebaikan yang dilakukan oleh mereka untuk si mati akan diterima oleh si mati di akhirat.

Page 10: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

Upacara Memandikan dan Mengafankan Mayat• Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa

akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain.

• “tawak-tawak patai” : pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi kematian tersebut.

• Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Page 11: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

• Mayat akan dimandikan dengan beberapa jenis air oleh ahli agama yang lazimnya terdiri daripada lima atau tujuh orang dewasa dan tiga atau empat bagi kanak-kanak.

• “air lubi” (santan) : digunakan bagi menghilangkan daki rambut pada mayat ,

• “air sembilan”. Air ini merupakan air yang suci yang telah ditapis baik-baik dengan menuangkan air biasa ke dalam cerek yang mulutnya ditutupkan dengan kain putih serta diasapkan dengan kemenyan terlebih dahulu sebelum dituangkan ke dalam cerek. Air ini hendaklah disiramkan ke badan si mati dari kepala hingga ke kaki dan digunakan sebanyak sembilan mangkuk. Selepas selesai dimandikan, mayat sudah boleh dikafankan.

• Mayat dikafankan sebanyak dua lapis. • Lapisan pertama - baju dan seluar putih. • lapisan kedua – mayat dibungkus dengan sehelai kain putih • Setelah dikafankan, si mati akan disembahyangkan oleh orang

ramai

Page 12: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

Semasa Pengebumian (Pagkubulan)• Apabila mayat sudah sedia untuk dibawa ke tanah

perkuburan, sekali lagi dibunyikan gong sebagai isyarat. • Adat naja-naja : berjalan berulang-alik di bawah keranda si

mati oleh keluarga dan saudara mara terdekat akan dilakukan.

• Bagi mayat yang berpangkat tinggi tembakan sebanyak tiga kali akan dibunyikan sebelum mayat mereka dikebumikan.

• Dua gong atau sulimbak akan dipalu dan tiap satunya akan dipalu sebanyak tiga kali.

• Bagi orang biasa yang tidak jelas pangkatnya, hanya sebuah gong dengan paluan sebanyak tiga kali sahaja dilakukan.

Page 13: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

• Apabila mayat hendak dikebumikan, adakalanya bersama-sama mayat tersebut disertakan beberapa biji buah pinang untuk mewakili anak cucu si mati yang masih kecil.

• Pinang tersebut dibungkus dalam sehelai kain putih yang sama dan diletakkan di sisi mayat. Tujuannya adalah supaya semangat mereka akan bersama si mati ke alam baqa.

• Selain pinang, lazimnya tidak ada benda lain yang dikuburkan bersama-sama mayat kerana perbuatan ini dianggap menyalahi undang-undang agama Islam.

Page 14: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

Selepas Pengebumian : Kenduri Arwah dan “Menjaga-jaga”• Selesai pengebumian, satu tempat tidur yang

terdiri daripada tikar atau tilam beserta bantal akan dibentang untuk memperingati si mati.

• Setiap pagi dan petang, seorang imam akan menjaga tempat tidur tersebut serta membacakan doa untuk si mati.

Page 15: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

• Tujuh hari berturut-turut diadakan kenduri arwah dan bacaan doa selamat secara kecil-kecilan kecuali pada hari ketujuh.

• Semasa kenduri arwah, bilangan piring yang dihidangkan untuk ketujuh-tujuh hari adalah berbeza antara satu hari dengan hari yang lain

• Lazimnya kenduri hari pertama disajikan tiga piring, pada hari kedua, lima piring dan pada hari ketiga tujuh piring.

• Angka ganjil ini merupakan sesuatu yang sinonim dengan agama Islam. Kenduri hari ketujuh adalah yang paling besar dan istimewa sekali dan bilangan orang yang hadir juga adalah ramai berbanding hari-hari sebelumnya.

Page 16: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

Pantang larang selepas kematian :

• Tidak boleh memecahkan barang-barang seperti gelas, mangkuk dan lain-lain barangan kerana ini menunjukkan petanda yang tidak baik.

• Tidak boleh membakar benda yang menjadi makanan.• Tidak boleh melakukan kerja-kerja seperti menjahit baju,

bertukang atau menganyam.• Tidak boleh bersin di rumah si mati kerana ada kemungkinan

kematian akan berlaku di rumah orang yang bersin tadi.• Dari hari pertama sehingga hari ketujuh, rumah si mati tidak

boleh dicuci.• Selepas kenduri hari ketujuh pula, mereka akan mengadakan

kenduri pada hari kedua puluh dan pada hari keempat puluh.

Page 17: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

MURUT

• Mayat akan dikebumikan mayat bergantung kepada punca kematian seseorang itu.

• Mayat perlu diuruskan dengan tertib dan baik dengan mengikuti adat-adat tertentu bagi menggelakkan becana dan musibah.

• Terdapat tiga proses dalam pengebumian iaitu semasa kematian, pengebumian, dan selepas pengebumian.

Page 18: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

Semasa kematian• ahli keluarga si mati akan memukul gong dan

ketika gong dipukul, semua penduduk perlu berhenti daripada melakukan aktiviti masing-masing.

• Selepas itu, mayat akan dimandikan dan akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik serta bersih.

• Mayat akan berada di rumah selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam bajau iaitu bangkalan kaum Murut.

Page 19: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

• Mayat akan berada di rumah selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam bajau iaitu bangkalan kaum Murut.

• Tajau akan ditutup dengan kayu dan di atasnya diletakkan lampu kecil bagi menakutkan hantu syaitan.

• Pada hari kedua tajau akan dibawa keluar dari bilik tepat pukul 12.00 tengah malam dan ketika ini ahli keluarga akan menangis sambil mengelilingi tajau tersebut.

• Pada hari ketiga, kaum lelaki akan pergi ke tanah perkuburan untuk membaiki rumah perkuburan sekiranya terdapat kerosakkan.

Page 20: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

• Pada malam ke empat, mereka akan bersuka ria sebagai menghormati malam terakhir si mati berada dirumah.

• Keesokkan harinya, tajau mayat akan diusung dengan menggunakan usungan kayu ke tanah perkuburan.

• Ketika ini, ahli keluarga perempuan si mati akan menangis kerana mereka percaya akan roh si mati akan selamat ke syurga dan bertujuan mengucap selamat jalan.

Page 21: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

Semasa pengebumian • Gong akan dibunyikan sepanjang jalan • Tajau dihantar ke tapak pengebumian dan tajau

tersebut akan dihias dengan manik-manik beraneka warna dan dipaku dengan kayu yang berukir.

• Ketika ini mereka akan meraikan majlis makan-makan.

Page 22: Adat Kematian Kaum Kadazan, Murut & Bajau

Selepas pengebumian• Ahli keluarga akan meletakkan tiga potongan

bara setelah empat hari tajau di tanah perkuburan.

• Bara-bara tersebut akan dikawal apinya oleh keluarga si mati, supaya roh si mati tidak dapat meniup api tersebut kerana mereka percaya sekiranya si mati dapat meniup api sehingga menyala kemungkinan rumah tersebut ditimpa bencana.

• Adat tolak bala akan diadakan bagi menandakan pantang larang adat kematian sudah selesai.