11
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA LATAR BELAKANG ADAT PERKAHWINAN Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur sama ada oleh ibu bapa atau orang tengah (mei- ngin) dan implicit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asanya adat resam perkahwinan masyarakat Cina merangkumi peningkatan merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. UPACARA AWAL PERKAHWINAN Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 40a-a21SM. Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan nama baik keluarga serta keperluan bapa dan suaminya. - Adat Merisik Mengikut kebudayaan Cina, perkahwinan merupakan penyatuan antara dua buah keluarga. Setelah bakal pengantin lelaki perempuan mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan, kedua-dua keluarga akan menyertainya. Keluarga lelaki akan melamar gadis pilihan anak mereka untuk dijadikan menantu. Sebelum pihak keluarga lelaki melamar gadis tersebut, anak mereka perlu menjemput bakal anak menantu mereka mengadap kedua-dua ibu bapa mereka untuk mendapat restu dari keluarga sebelum

Adat Perkahwinan Cina

Embed Size (px)

Citation preview

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA LATAR BELAKANG ADAT PERKAHWINAN

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur sama ada oleh ibu bapa atau orang tengah (mei-ngin) dan implicit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asanya adat resam perkahwinan masyarakat Cina merangkumi peningkatan merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

UPACARA AWAL PERKAHWINAN Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 40a-a21SM. Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan nama baik keluarga serta keperluan bapa dan suaminya.

-

Adat Merisik

Mengikut kebudayaan Cina, perkahwinan merupakan penyatuan antara dua buah keluarga. Setelah bakal pengantin lelaki perempuan mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan, kedua-dua keluarga akan menyertainya. Keluarga lelaki akan melamar gadis pilihan anak mereka untuk dijadikan menantu. Sebelum pihak keluarga lelaki melamar gadis tersebut, anak mereka perlu menjemput bakal anak menantu mereka mengadap kedua-dua ibu bapa mereka untuk mendapat restu dari keluarga sebelum meneruskan perkahwinan. Adat Meminang

Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.

-

Adat Pertunangan

Pada hari pertunangan, keluarga pihak lelaki akan memberikan Hadiah Besar kepada pihak keluarga perempuan. Ini adalah upacara formal bagi kedua-dua keluarga untuk mengiktiraf secara rasmi dan memberikan tanda persetujuan mereka terhadap perkahwinan yang bakal berlangsung. Hadiah Besar yang diberikan ketika lamar an ini kebiasaanya merupakan duit penanda yang dibalut dengan sampul berwarna merah dan beberapa barangan lain termasuk teh, kek menambah kebahagian, sepasang binatang ternakan, manisan dan gula, arak serta tembakau.

Duit penanda yang diberikan kebiasaannya berjumlah RM99.00 atau RM 999.00 kerana nombor sembilan pada masyarakat Cina memberi erti berpanjangan. Teh merupakan hadiah paling penting kerana kedua-dua keluarga mendoakan pasangan terbabit mendapat keturunan yang ramai sebagaimana daun teh yang diberikan. Keseluruhan hadiah yang diberikan mestilah mempunyai nilai yang sama. Keluarga pengantin perempuan akan mengagihkan kek menambah kebahagian kepada saudara mara dan kawan-kawan mereka sebagai satu bentuk pengumuman. Namun, pada hari ini kedua-dua keluarga akan mengagihkan kek terbabit bersama-sama jemputan perkahwinan. Selain itu, kedua-dua keluarga akan menumpukan kepada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Beberapa hari sebelum hari perkahwinan, keluarga pengantin perempuan akan menghantar hantaran kepada pengantin lelaki atau rumah baru pasangan terbabit. Hantaran mestilah berbentuk keperluan harian untuk rumah baru pengantin seperti peralatan tempat tidur, kain linen dan set meja makan dan sebagainya.

Ini merupakan peluang kepada keluarga pengantin perempuan untuk menunjukkan kasih sayang dan kekayaan mereka kepada anak mereka. Keluarga pengantin lelaki akan menjemput saudara mara terdekat atau kawan untuk ke set katil pengantin di rumah baru tersebut. Di sebahagian tempat di China pada masa dahulu, budak lelaki yang belum berkahwin akan dijemput untuk tidur di atas katil pengantin pada malam sebelum hari perkahwinan bagi membawa kesuburan kepada pasangan yang baru berkahwin

-

Pantang Larang Sebelum Perkahwinan

Pada pertemuan semasa pertunangan, keluarga keluarga pengantin lelaki akan mempersembahkan seekor angsa hidup kepada keluarga pengantin perempuan. Walau bagaimanapun, keluarga pengantin perempuan tidak boleh membunuh angsa tersebut kerana ia mewakili pengantin perempuan berkenaan.

Jika angsa tersebut tidak mengeluarkan bunyi bising ketika diserahkan kepada keluarga pengantin perempuan, ia menunjukkan bahawa pengantin lelaki mempunyai personaliti yang baik dan menarik. Jika sebaliknya, ia menunjukkan pengantin berkenaan mudah marah. Keluarga perempuan akan membiarkan angsa tersebut di kawasan tasik atau kolam di mana ia akan membesar dengan sendirinya.

-

Istiadat Pemasangan Kain Merah Pada Pintu Besar

Orang ramai akan diberitahu dahulu sehari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Caranya ialah memasang sehelai kain merahdi luar pintu besar rumah kedua-dua pengantin. Kain tersebut mestilah berukuran 270cm panjang. Nombor sembilan dipilih sebagai tanda perkahwinan akan berkekalan dan panjang umur. Justeru itu, kain yang dipasang adalah berbentuk angka Sembilan

-

Istiadat Song-Tiu

Istiadat terakhir yang dilakukan sebelum majlis perkahwinan ialah istiadat Song-Tiu. Adat ini mesti dijalankan jika majlis perkahwinan berkenaan ingin diteruskan. Unsur-unsur penting yang terkandung dalam istiadat ini adalah pemujaan nenek moyang dan penyisiran rambut.

Adat ini dilakukan oleh kedua-dua bakal pengantin di rumah masing-masing. Mula-mula, mereka diarahkan supaya mandi. Air mandi akan dicampurkan dengan daun-daun delima. Selepas itu, mereka dihendaki dipakai sehingga pagi esok dan selepas ditanggalkan, baju tersebut tidak boleh dipakai sepanjang hidup lagi.

Ketika bakal pengantin sedang mandi, ahli keluarga mereka akan menyediakan meja pemujaan untuk upacara sembahyang. Di hadapan meja itu terdapat sebuah meja yang berbentuk segi empat yang ditutup dengan sekeping kertas merah yang besar. Di atas meja tersebut pula diletakkan seekor ayam rebus, sepiring limau manis, sepiring jambu apael, tiga cawan kecil teh Cina, tiga cawan kecil wain beras, sebuah tong besi yang mengandungi padi atau pasir, tiga batang kemenyan besar dan tiga mangkuk sup manis (tong-yuen) serta dua batang lilin besar.

Sembilan biji pulut merah akan diletakkan di dalam setiap mangkuk sup. Tujuan meletakkan sembilan biji pulut merah di dalam mangkuk sup adalah untuk menjemput tuhan-tuhan dan nenek moyang mereka agar datang majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan. Selain barangbarang tersebut, sebilah gunting, sebatang pembaris, segulung benang merah, sebuah cermin dan sebatang sikat juga disediakan. Barang-barang tersebut akan diletakkan di dalam tong besi yang berisi padi atau pasir.

Selepas itu, pengantin akan bersembahyang dengan berdiri menghadap meja pejaan. Beberapa

batang kemenyan akan dipengang, lalu digerak-gerakkan tangan sebanyak tiga kali menghala ke atas dan ke bawah supaya tuhan dan nenek moyang mereka datang untuk istiadat menyisir rambut pasangan pengantin. Setelah bersembahyang, bakal pengantin akan duduk di atas kerusi atau berdiri di hadapan meja. Hal ini dipercayai membolehkan nenek moyang sedang duduk di meja menyaksikan upacara tersebut. Seorang perempuan (bagi pengantin perempun) atau lelaki (bagi pengantin lelaki) yang telah berkahwin dan mempunyai anak yang ramai akan dipanggil untuk menjalankan istiadat tersebut.

Mereka akan berdiri di belakang pengantin dengan memegang sikat yang telah disediakan untuk upacara tersebut. Tugas menyisir dimulakan dari atas kepala sehingga ke kaki sebanyak tiga kali. Setiap gerakan akan dibaca ayat-ayat yang membawa maksud tertentu agar pasangan pengantin panjang umur, memperoleh perkahwinan yang bahagia dan berkemampuan melahirkan anak. Selepas upacara menyisir selesai, bakal pengantin akan memakan tiga biji pulut daripada setiap mangkuk yang disediakan. Bagi pengantin perempuan, sikat berkenaan akan disimpan bersama pembaris dan segulung benang merah dalam sebuah bakul kecil. Kemudian, barang-barang tersebut akan dibawa ke rumah pengantin lelaki.

Istiadat ini mesti dilakui oleh mereka yang hendak berkahwin. Bagi mereka yang belum atau tidak pernah mengalami perkahwinan akan dianggap belum dewasa walaupun telah berusia. UPACARA SEMASA PERKAHWINAN Adat Perkahwinan

Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki akan pergi menjemput pengantin perempuan terlebih dahulu bersama dengan rombongan pihak lelaki. Rombongan ini kebiasaannya diiringi kereta yang berhias. Setelah sampai di rumah pengantin perempuan pengantin lelaki hendaklah menempuh segala halangan sebelum menjemput pengantin perempuan ke rumahnya. Halangan yang biasanya ditempuh adalah seperti dikenakan bayaran atau diminta melakukan apa sahaja oleh pihak pengantin perempuan.

Hantaran yang biasa diberikan seperti tebu yang memberi erti kepada agar dipanjangkan umur. Manakala, hantaran lain yang biasa diberikan ialah brang-barang manis seperti buah-buahan, manisan, kek dan sebagainya. Mengikut kepercayaan mereka, dengan memberi hantaran sedemikian, mereka akan memperoleh kehidupan yang baik dan sempurna pada masa akan datang.

Ibu bapa pengantin perempuan akn menyerahkan anak gadis mereka kepada pengantin lelaki setelah pengantin lelaki berjaya masuk ke dalam rumah setelah berjaya menempuh halanganhalangan yang diberikan oleh pihak pengantin perempuan. Upacara yang pertama sekali yang

dilakukan setelah pengantin lelaki dibenarkan masuk ke dalam rumah pengantin perempuan ialah mereka akan melakukan upacara sembahyang.

Upacara ini dilakukan bertujuan memberikan penghormatan atau mendapatkan restu daripada nenek moyang mereka yang telah lama meninggal dunia. Upacara ini sebaliknya juga berlaku di rumah pengantin lelaki. Mereka berkahwin dengan mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesahkan status mereka sebagai suami dan isteri yang sah. Selepas upacara sembahyang itu selesai, mereka mengadakan jamuan besar-besaran bagi menjamu tetamutetamu yang hadir semasa majlis perkahwinan mereka.

-

Upacara Minum Teh

Upacara minum teh ini diadakan pada hari perkahwinan sahaja karana ia mempunyai tujuantujuannya yang tersendiri. Antara tujuan ialah:1. 2. Untuk merapatkan hubungan di antara kedua pasangan pengantin. Untuk memperkenalkan saudara mara kepada kedua-dua pengantin sama ada dari pihak

pengantin lelaki mahupun dari pihak pengantin perempuan. Upacara minum teh ini biasanya akan diberi tanda penghormatan kepada mereka yang lebih tua, iaitu dari peringkat yang lebih tua kepada yang lebih muda. Biasanya, keluarga sebelah bapa yang akan didahulukan. Setelah semuanya selesai, barulah diberikan kepada kanak-kanak.

Satu perkara yang dianggap penting juga ialah bagi mereka yang diberikan teh untuk diminum oleh pengantin terlebih orang itu terlebih dahulu perlu membuat permintaan atau mendoakan perkara baik kepada pasangan pengantin. Antara permintaan yang biasa dibuat ialah semoga pengantin mendapat cahaya mata terutamanya anak lelaki dengan segera dan semoga pengantin hidup bahagia sehingga akhir hayat. Setelah selesai upacara minum teh, orang itu akan memberikan angpau kepada pasangan pengantin sebagai tanda permulaan kehidupan yang baru.

-

Pantang Larang Semasa Perkahwinan

Ketika pengantin lelaki datang untuk menjemput pengantin perempuan, kawan-kawan pengantin perempuan akan cuba menghalang pihak lelaki daripada memasuki bilik pengantin pada pagi hari perkahwinan tersebut. Ia merupakan satu permainan yang dikenali sebagai Permainan Pintu Perkahwinan. Walau bagaimanapun pihak pengantin perempuan perlu memperuntukkan masa tertentu kerana upacara di rumah pengantin lelaki harus berjalan seperti yang telah dijadualkan.

Apabila pengantin perempuan meninggalkan rumahnya dan menuju ke kenderaan pihak lelaki,

dia harus memakai kasut yang biasa dipakainya kerana ia menggambarkan bahawa pengantin perempuan berkenaan tidak membawa sesuatu bersamanya walaupun nasib baik ibu bapanya.

Apabila pengantin perempuan memasuki rumah pengantin lelaki, mentua dan kakak iparnya tidak seharusnya mangadap pintu memerhatikan pengantin perempuan masuk. Ini menurut kepercayaan masyarakat Cina bagi menghalang sebarang pertelingkahan pada masa akan datang.

Selain itu, wanita yang mengandung dan orang yang baru kematian saudara mara tidak boleh melibat dengan majlis perkahwinan atau menyentuh pakaian pasangan pengantin dan sebagainya di rumah baru pasangan tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku.

-

Kelengkapan Perkahwinan Baju Pengantin Kebiasaannya warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik. Mengikut

kepercayaan masyarakat Cina, warna yang terang boleh menghalau roh-roh jahat daripada mendekati mereka. Pakaian tradisional pengantin di Utara China kebiasaanya berbentuk jubah yang dikenali Qi Pao. Pakaian ini akan disulam dengan benang emas dan perak. Pakaian pengantin perempuan di Selatan China pula memakai pakaian dua bahagian yang dikenali Qun Gua, Kwa atau Cheongsam yang juga disulam dengan jahitan berbentuk naga dan burung Pheonix. Pada masa dahulu, tudung berwarna merah akan dipakai oleh pengantin perempuan untuk menutupi mukanya sepanjang majlis perkahwinan berlangsung. Pengantin baru ini hanya akan melihat satu sama lain untuk kali pertama pada malam perkahwinan tersebut. Lilin Naga dan Pheonix Lilin berwarna merah yang diukir menyerupai naga dan burung Pheonix digunakan pada

hari perkahwinan adalah untuk melambangkan penyatuan terhadap keluarga baru. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, lilin ini akan digunakan pada malam perkahwinan bagi menghalau roh-roh jahat dengan Selain itu, wanita yang mengandung dan orang yang baru kematian saudara mara tidak boleh melibat dengan majlis perkahwinan atau menyentuh pakaian pasangan pengantin dan sebagainya di rumah baru pasangan tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku. Kelengkapan Perkahwinan Baju Pengantin Kebiasaannya warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik. Mengikut

kepercayaan masyarakat Cina, warna yang terang boleh menghalau roh-roh jahat daripada

mendekati mereka. Pakaian tradisional pengantin di Utara China kebiasaanya berbentuk jubah yang dikenali Qi Pao. Pakaian ini akan disulam dengan benang emas dan perak. Pakaian pengantin perempuan di Selatan China pula memakai pakaian dua bahagian yang dikenali Qun Gua, Kwa atau Cheongsam yang juga disulam dengan jahitan berbentuk naga dan burung Pheonix. Pada masa dahulu, tudung berwarna merah akan dipakai oleh pengantin perempuan untuk menutupi mukanya sepanjang majlis perkahwinan berlangsung. Pengantin baru ini hanya akan melihat satu sama lain untuk kali pertama pada malam perkahwinan tersebut. Lilin Naga dan Pheonix Lilin berwarna merah yang diukir menyerupai naga dan burung Pheonix digunakan pada

hari perkahwinan adalah untuk melambangkan penyatuan terhadap keluarga baru. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, lilin ini akan digunakan pada malam perkahwinan bagi menghalau roh-roh jahat dengan

UPACARA SELEPAS PERKAWINAN Pengantin lelaki akan memberikan anak babi panggang kepada keluarga pengantin perempuan untuk diagihkan kepada sanak saudara yang lain.

-

Peraturan Isteri

Seorang wanita harus mematuhi beberapa peraturan. Isteri terikat dengan keluarga suami. Oleh hal yang demikian, peraturan yang dikenakan perlu dipatuhi. Isteri tidak boleh keluar dari rumah mahupun untuk menziarahi keluarga selagi tidak mendapat keizinan suami. Selain itu, isteri juga patut melayan suami dengan menjaga makan minuman dan sebagainya.

-

Hak Suami Isteri

Mengikut adat resam masyarakat Cina, suami boleh menceraikan isterinya jika isterinya tidak dapat melahirkan anak lelaki seperti yang dihendaki oleh suami. Isteri melakukan perbuatan sumbang seperti melakukan perbuatan curang dengan lelaki lain atau melarikan diri dari rumah. Isteri tidak menghormati ibu bapa mertua seperti memukul mereka, tidak melakukan suruhan mereka atau menjadi batu api dan mengumpat sesama keluarga sehingga memberi kesan yang tidak baik terhadap rumah tangga. Suami juga boleh menceraikan isterinya sekiranya isteri melakukan perkara-perkara tersebut. Isteri yang mencuri harta benda kepunyaan suami atau mertua boleh diceraikan. Di samping itu, penceraian boleh berlaku apabila isteri menghidap penyakit berbahaya yang boleh memberi kesan kepada suami, ahli keluarga yang lain atau anak.

Walaupun bagaimanapun, masyarakat Cina tidak boleh menceraikan isterinya sekiranya isteri

berkabung selama tiga tahun atas kematian ibu bapanya. Suami yang miskin pada masa dahulu telah menjadi kaya setelah berkahwin kerana dibantu oleh isteri juga tidak boleh menceraikan isterinya. Akhir sekali, isteri yang tidak mempunyai ahli keluarga atau rumah untuk dituju turut tidak boleh diceraikan. Carta aliran: Proses Perkahwinan Maysarakat Cina

Merisik -> meminang ->

bertunang

->

majlis perkahwinan