Upload
jasrinarahim
View
537
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
8/13/2019 Perkahwinan Melayu & Cina
1/16
1
1. MAKNA ADAT DAN PERKAHWINAN
1.1 Adat
Merujuk Kamus Dewan, maksud adat 1. satu peraturan yang diamalkansecara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam sesuatu masyarakat (sehingga
merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi), lembaga; 2.cara yang sudah
menjadi kebiasaan.
1.2 Perkahwinan
Kahwinpula mengikut Kamus Dewan adalah perikatan yang sah antara lelaki
dengan perempuan menjadi suami isteri, nikah.
Manakala perkahwinan pula adalah 1. perihal kahwin, pernikahan; 2.
Pergabungan antara dua unsur dan lain-lain yang berlainan.
Berbeza dengan masyarakat Melayu, maksud perkahwinan menurut Islam
pula ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula perkahwinan
ialah Ijab dan Qabul (Akad).
8/13/2019 Perkahwinan Melayu & Cina
2/16
2
2. PENGENALAN KEPADA PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA DAN
MASYARAKAT MELAYU
2.1 Pengenalan Perkahwinan Masyarakat Cina
Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan masyarakat
Cina ataupun juga dikenali sebagai masyarakat Tionghua. Ia merupakan peralihan
yang bakal mempengaruhi perubahan bagi seseorang lelaki. Institusi perkahwinan
memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta
memulakan zuriat sendiri. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, pasangan yangberkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.
Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan masyarakat Cina iaitu
Eksplisit dan Implisit. Eksplisit adalah perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa atau
orang tengah (moi-ngin),manakala Implisit membawa makna perkahwinan di mana
kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan memilih pasangan sendiri.
8/13/2019 Perkahwinan Melayu & Cina
3/16
8/13/2019 Perkahwinan Melayu & Cina
4/16
4
3. PERBEZAAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA
DAN MASYARAKAT MELAYU
3.1 Pemilihan Tarikh Pertunangan
3.1.1 Masyarakat Cina
Bagi masyarakat Cina, khidmat tukang tilik digunakan untuk menghitung hari
dan masa yang sesuai bagi upacara pertunangan berdasarkan bintang atau tarikh
kelahiran kedua pasangan berpandukan kepada buku Toong-Su.
Jika tarikh yang dipilih tidak sesuai, dikhuatiri akan ditimpa bencana dan
perkahwinan akan mengalami kegagalan.
3.1.2 Masyarakat Melayu
Tiada sebarang keistimewaan yang tertentu terhadap pemilihan tarikh majlis
pertunangan atau majlis perkahwinan. Masyarakat Melayu biasanya akan berkumpul
bersama seluruh keluarga dan saudara-mara untuk membincangkan tarikh yang
sesuai bagi sesebuah majlis. Tarikh yang dipilih biasanya pada hujung minggu atau
musim cuti bagi memudahkan ahli keluarga datang berkumpul di rumah.
Menurut perspektif Islam, tiada hari yang bertuah atau hari yang malang.
Semua bulan adalah baik dalam Islam dan bahawa perkahwinan itu adalah sunnahNabi Muhammad s.a.w, oleh itu ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
3.2 Majlis Pertunangan
3.2.1 Masyarakat Cina
Majlis pertunangan diadakan di rumah pihak perempuan. Bakal pengantin
lelaki akan berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Bagi
membuktikan persetujuan untuk berkahwin, bakal pengantin perempuan akan
menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang yang tertulis nama
gadis, umur dah tarikh lahirnya kepada tukang tilik. Setelah mendapat tarikh, nyik-
korakan diberi kepada bakal pengantin lelaki dan perempuan. Ianya mengandungi
peraturan dan adat-adat tertentu yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin.
8/13/2019 Perkahwinan Melayu & Cina
5/16
5
3.2.2 Masyarakat Melayu
Majlis pertunangan masyarakat Melayu juga diadakan di rumah pihak
perempuan. Upacara dimulakan dengan penyerahan tepak sirih dari wakil pihak
lelaki iaitu keluarga dan saudara mara terdekat penyerahan kepada wakilperempuan sebagai tanda lamaran secara rasmi.
Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun atau mengikut persetujuan
kedua pihak. Selain dari membincangkan berkenaan jumlah hantaran, perkara
berkenaan putus tunang juga turut dibincangkan. Jika pihak lelaki yang memutuskan
tali pertunangan, semua wang hantaran dan belanja yang diberikan kepada pihak
perempuan dianggap hangus. Sebaliknya jika pihak perempuan yang memutuskan,
semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali.
Bagi masyarakat Melayu, bakal pengantin lelaki tidak boleh berada di dalam
rumah keluarga perempuan sewaktu majlis sedang berlangsung. Jika beliau
mengikuti rombongan keluarganya, dia haruslah berada jauh di luar rumah. Bakal
pengantin lelaki hanya boleh masuk untuk bertemu keluarga atau menyertai jamuan
makan lepas semua majlis disempurnakan.
3.3 Cincin Pertunangan
Cincin pertunangan
3.3.1 Masyarakat Cina
Upacara bertukar cincin pertunangan dilakukan oleh kedua-dua bakal
pengantin. Kedua-dua bakal pengantin akan memakai cincin di jari manis kiri
sehingga menjelang hari perkahwinan.
8/13/2019 Perkahwinan Melayu & Cina
6/16
6
3.3.2 Masyarakat Melayu
Upacara pemakaian cincin pertunangan akan disempurnakan oleh ibu atau
saudara perempuan kepada bakal pengantin lelaki. Beliau akan menyarungkan
cincin pertunangan kepada bakal pengantin perempuan.
3.4 Hantaran dan Mas Kahwin
3.4.1 Masyarakat Cina
Hantaran dan mas kahwin akan diberi semasa upacara bertukar cincin
perkahwinan pada hari perkahwinan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Antara
barang hantaran adalah:
- Sebentuk cincin
- Sepersalinan pakaian
- Kain
- Wang tunai
Contoh hantaran perkahwinan masyarakat Cina
Sekiranya pihak lelaki tidak dapat menyediakan barang hantaran yang cukup,
sejumlah wang tunai akan diberi kepada pengantin perempuan. Menurut amalan
masyarakat Cina, semakin besar hantaran perkahwinan yang diberikan, semakin
tinggilah martabat keluarga pihak lelaki. Keluarga pihak lelaki juga tidak akan
meminta sebarang pengurangan jumlah hantaran yang telah ditetapkan oleh pihak
perempuan kerana ia boleh menjatuhkan martabat keluarga.
8/13/2019 Perkahwinan Melayu & Cina
7/16
7
3.4.2 Masyarakat Melayu
Hantaran bagi majlis pertunangan dan majlis persandingan biasanya terdiri
dari Sirih Junjung atau Tepak Sireh, sebentuk cincin, Bunga Rampai, barang kemas,
manisan dan kuih-muih, telekung dan sejadah, Al-Quran dan buah-buahan. Namunmengikut perkembangan semasa, barang hantaran kini termasuklah peralatan
elektronik, set alatan kecantikan dan kesihatan, minyak wangi dan lain-lain. Kedua-
dua pihak lelaki dan perempuan akan menyediakan hantaran mereka masing-
masing.
Contoh hantaran perkahwinan masyarakat Melayu
Jumlah hantaran bagi majlis pertunangan dan majlis perkahwinan agak unik
kerana jumlahnya mestilah ganjil. Jumlah hantaran genap dikatakan memberi
implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran pihak gadis pula melebihi jumlah
hantaran pihak lelaki.
Mengikut adat, jika pihak gadis mempunyai kakak yang masih belum
berkahwin, hantaran juga akan turut diberikan kepadanya semasa majlis
perkahwinan. Adat ini dipanggil Langkah Bendul.
Adat Menghantar Belanja juga turut diadakan semasa majlis bertunang
ataupun dilakukan secara berasingan seperti beberapa minggu sebelum majlis
persandingan dijalankan. Menghantar Belanja adalah upacara dimana pihak lelaki
akan datang ke rumah pihak perempuan untuk menghantar sebahagian wang
hantaran perkahwinan. Sebahagian lagi akan dibawa bersama rombongan pihak
lelaki sewaktu majlis persandingan. Hal ini biasanya tidak berlaku dikalangan
golongan yang berkemampuan dimana keluarga pengantin perempuan akan
mengeluarkan dahulu wang bagi menampung perbelanjaan perkahwinan.
8/13/2019 Perkahwinan Melayu & Cina
8/16
8
3.5 Persiapan Hiasan dan Pakaian Pengantin
3.5.1 Masyarakat Cina
Pengantin perempuan akan dihias dan diandam oleh wanita yang dianggapmempunyai nasib yang baik dan bersama-sama wanita yang masih mempunyai
keluarga. Kumpulan wanita yang ditugaskan menghiasi pengantin digalakkan untuk
mengucapkan kata yang baik ketika mengikat sanggul pengantin perempuan.
Pada zaman dahulu, pengantin akan dihias dengan pakaian yang diperbuat
daripada kain sutera bersulam benang emas dan perak Kwa atau Cheongsam
yang juga disulam dengan jahitan berbentuk naga dan burung Pheonix. Warna baju
sebaik-baiknya adalah berwarna putih, merah atau kuning. Walaubagaimanapun,
masyarakat Cina menganggap, warna merah bakal memberi petanda baik dan
gembira. Maka itu, adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana
dipercayai warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
Contoh pakaian tradisional pengantin masyarakat Cina
Untuk pengantin lelaki pula, kebiasaannya memakai Samfoo yang
bermaksud baju dan seluar dalam dialek Kantonis. Bajunya longgar dan terbelah di
depan, berkolar tinggi serta dipakai dengan seluar atau kain yang longgar. Samfoo
juga diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Bapanya pula akan
meletakkan topi yang dihias dengan daun pokok saru di atas kepala pengantin lelaki.
Sebaliknya, pada zaman ini, pengantin memilih pakaian berwarna putih atau
kuning. Corak pemakaiannya adalah lebih menuju ke arah budaya Barat. Pada
pandangan orang Barat, warna putih membawa makna kesucian,
walaubagaimanapun bagi masyarakat Cina dahulu, warna putih adalah bermaksud
kematian.
8/13/2019 Perkahwinan Melayu & Cina
9/16
9
3.5.2 Masyarakat Melayu
Dalam adat masyarakat Melayu terdahulu, pakaian pengantin diperbuat dari
fabrik kain Songket dengan potongan Teluk Belanga bagi busana lelaki manakala
Kebaya Labuh bagi perempuan. Pemilihan kain Songket adalah kerana mengikutadat zaman dahulu, Songket hanya dipakai oleh golongan Raja-raja Melayu. Sesuai
dengan panggilan Raja Sehari, maka pengantin akan dikenakan pakaian Songket
bagi menggambarkan mereka yang dianggap sebagai raja pada hari perkahwinan.
Contoh pakaian tradisional pengantin Melayu
Tugas menghias dan mempersiapkan pengantin dilakukan oleh tukang
andam atau dikenali sebagai Mak Andam. Namun kini khidmat Mak Andam
semakin dilupakan dan diganti dengan khidmat dari jurusolek professional yang
diupah untuk mempersiapkan pengantin.
Seperti masyarakat Cina, pada zaman ini, pengantin Melayu juga merasakan
pemakaian Songket tidak lagi relevan dengan peredaran masa. Pengantin Melayu
kini lebih suka memilih fabrik moden dengan potongan moden tetapi masih
mengekalkan sedikit ciri-ciri corak potongan klasik.
3.6 Perlaksanaan Majlis Perkahwinan
3.6.1 Masyarakat Cina
Majlis perkahwinan masyarakat Cina dimulakan di rumah pengantin lelaki
dimana pengantin bersama sekumpulan seudara-mara dan rakan-rakan akan
membawa Tandu untuk menjemput pengantin perempuan. Namun pada masa kini
Tandu telah digantikan dengan penggunaan kereta-kereta mewah yang dihias
cantik.
8/13/2019 Perkahwinan Melayu & Cina
10/16
10
Tandu Pengantin
Setibanya di rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki akan dihalang dari
memasuki rumah oleh rakan-rakan pengantin perempuan di hadapan pintu. Merekaakan mengajukan beberapa soalan berkenaan pengantin perempuan. Ini bertujuaan
untuk menduga sejauh mana pengantin lelaki menyayangi pengantin perempuan
tersebut. Manakala pihak lelaki akan cuba membayar pihak perempuan dengan
memberikan Li Shiiaitu duit yang dibalut dengan sampul merah untuk menemukan
pasangan terbabit. Upacara ini dikenali sebagai Permainan Pintu yang berasal
daripada zaman nenek moyang masyarakat Cina yang mengambarkan bahawa
pengantin perempuan merupakan wanita cantik dan keluarga serta kawan-
kawannya tidak sanggup berpisah dengannya.
Pengapit pengantin perempuan akan mengiringi pengantin perempuan
dengan berlindung disebalik payung merah menuju ke Tandu pengantin lelaki.
Saudara-mara pengantin akan melontar beras, kacang merah dan kacang hijau
kearahnya. Signifikannya, payung tersebut akan melindunginya dari roh jahat,
manakala beras dan kacang akan menarik perhatian ayam emas yang membawa
tuah.
Setelah perarakan perkahwinan oleh ahli-ahli perarakan pengantin tiba di
rumah pengantin lelaki, bunga api dan muzik gong dan drum dimainkan untuk
menyambut ketibaan mereka. Pengantin perempuan akan melangkah di atas besenbesi yang mempunyai colok yang menyala. Ia dipercayai akan membawa tuah dan
menjauhkan dari roh-roh jahat. Seterusnya kedua pengantin akan melutut sebanyak
tiga kali kepada syurga dan bumi, nenek moyang dan ibubapa mereka dan yang
terakhir, pasangan pengantin akan tunduk antara satu sama.
Sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua
pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su dihadapan beberapa orang
saksi.
8/13/2019 Perkahwinan Melayu & Cina
11/16
11
3.6.2 Masyarakat Melayu
Akad Nikah adalah acara penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu
yang beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih bersifat ajaran agama yang
merasmikan ikatan perkahwinan. Upacara Akad Nikah dijalankan selepas semuaperjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti Mas
Kahwin, wang belanja dan barangan hantaran seperti yang dipersetujui. Tok kadi
atau Tok Imam akan menemui pengantin perempuan untuk bertanyakan
persetujuaan atau tidak dengan pernikahan tersebut. Khutbah nikah akan dibacakan
oleh Tok Kadi dan beliau akan turut menerangkan secara umum akan
tanggungjawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan perkahwinan dari sudut
agama.
Akad Nikah dilakukan di masjid, pejabat kadi atau dirumah pengantin
perempuan. Dalam upacara Akad Nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi
wali untuk menikahkan beliau. Ataupun dia juga boleh mewakilkannya kepada Tok
Kadi atau Tok Imam. Tok Kadi atau Tok Imam akan membaca lafaz nikah sambil
berjabat tangan dengan pengantin lelaki. Pengantin lelaki dikehendaki
mengulanginya. Lafaz nikah berbunyi,
Akunikahkan dikau d engan (nama pengant in perempu an) dengan mas
kahwin sebanyak (mengikut n egeri) tunai
dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi,
Akuterima nikahnya (nama pengant in peremp uan) dengan mas kahwin
sebanyak (mengiku t negeri) tunai
Setelah kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul kemudiannya diiukuti
dengan pengantin lelaki melakukan upacara membatalkanairsembahyang. Suami
akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya sambil
keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan
tersebut telah sah diijabkabulkan.
3.7 Memohon Restu
3.7.1 Masyarakat Cina
Acara kemuncak adalah upacara minum teh. Upacara minum teh adalah
upacara yang sangat penting dan masih diamalkan. Kedua pengantin akan melutut
di hadapan datuk dan nenek, ibu dan ayah serta kaum keluarga yang lebih tua.
Kemudian kedua-dua pengantin akan memberikan teh kepada mereka. Upacara ini
8/13/2019 Perkahwinan Melayu & Cina
12/16
12
melambangkan penerimaan dan restu kedua pengantin ke dalam keluarga mertua
masing-masing dan bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Upacara minum teh
Kebiasaannya, mereka yang menerima minuman teh akan memberikan
hadiah berbentuk barang kemas atau Li Shi kepada pengantin perempuan.
Manakala tetamu yang hadir akan membawa ang-pau berwarna merah atau hadiah
yang dibungkus kertas merah untuk diberikan kepada pasangan pengantin.
3.7.2 Masyarakat Melayu
Ketika upacara bersanding, satu upacara yang dipanggil Merenjis atau
Tepung Tawar akan dilakukan. Rempah ratus yang digunakan untuk upacara ini
ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai
daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Ahli kerluarga yang lebih
tua dan ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar
ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan
pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga
kepada para hadirin.
Signifikan kepada penggunaan rempah ratus ketika Merenjis atau Tepung
Tawar adalah seperti berikut:
- Beras kunyit sebagai ganti emas yang pernah diamalkan oleh masyarakat
dahulu kepada pengantin sebagi tanda kegembiraan.
- Beras basuh sebagai simbol doa restu kepada pengantin supaya murah
rezeki sehingga ke anak cucunya.
- Bertih sebagai simbol supaya berkembang keturunan mereka hasil dari
perkongsian hidup.
8/13/2019 Perkahwinan Melayu & Cina
13/16
13
- Air tepung tawar ialah sebagai penawar sewaktu mengalami sakit pening
dan lain-lain penyakit semasa menjalani kehidupan sebagai suami isteri.
- Inai pula mewakili simbol atau tanda pengantin masih mempunyai dara dan
menjaga kehormatan diri yang menjadi kemegahan bagi kedua-dua
pengantin.
Upacara Merenjis atau Tepung Tawar
8/13/2019 Perkahwinan Melayu & Cina
14/16
14
4. PERBEZAAN DARI SEGI PANTANG LARANG PERKAHWINAN
Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal pengantin tidak kira bagi masyarakat Cina mahupun Melayu. Apa
yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka.
Walaubagaimanapun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan
perkara ini kepada mereka. Sebahagian dari pantang larang ini tidak lagi diikuti
kerana bertentangan dengan agama ataupun tidak lagi relevan dengan peredaran
semasa. Namun, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yang difikirkan sesuai masih
diikuti.
4.1 Masyarakat Cina
Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis pengkebumian
selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkahwinan. Jika berlaku kematian
dikalangan keluarga kedua belah pihak, bakal pengantin perlu menangguhkan
perkahwinan sekurang-kurangnya selama 100 hari atau sehingga setahun. Ini
sebagai tanda berkabung dan menghormati keluarga si mati.
Seperti mana pemilihan baju pengantin, hiasan dalam majlis perkahwinan
tidak digalak menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau. Dalam bilik tidur
bakal pengantin, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang
biasa dan bukannya sudut bilik.
4.2 Masyarakat Melayu
Pantang larang bermula dengan tidak keluar dengan pasangan selama 40
hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Ia bertujuan
untuk mengawal nafsu dan juga untuk menjaga nama baik keluarga. Selain itu, ia
juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam menjelang hari perkahwinan.
Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
Selain itu, pasangan pengantin dilarang bebas keluar ke mana-mana kerana
takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Tidak makan nasi
dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum perkahwinan bagi mengelakkan
perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas waktu maghrib
atau matahari terbenam bagi mengelakkan diri dari perkara sihir.
Pasangan pengantin juga perlu mengelakkan diri daripada terkena cahaya
matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
8/13/2019 Perkahwinan Melayu & Cina
15/16
15
5. KESIMPULAN
Adat budaya merupakan suatu amalan yang diamalkan oleh nenek moyang
setiap kaum sejak dahulu dan ditinggalkan untuk menjadi suatu warisan secara
turun temurun. Adat budaya ini dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai sesebuahagama. Namun adakalanya adat budaya tradisional ini kadang kala bertembung dan
bercanggah dengan nilai-nilai agama terutama agama Islam.
Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, memiliki pelbagai
adat resam dan budaya. Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian dari
semua golongan masyarakat Malaysia.
Melalui kertas kerja ini, bolehlah dikatakan bahawa perkahwinan adalah
permulaan kepada satu kehidupan yang baru. Pasangan lelaki dan perempuan yang
berkahwin akan memulakan kehidupan mereka sebagai suatu keluarga.
Kemudianya selepas memiliki anak, mereka akan menurunkan adat budaya
kepercayaan mereka kepada insan baru. Disinilah bermulanya kepada penyambung
warisan budaya dan adat resam sesebuah masyarakat.
Melalui pemerhatian yang lebih mendalam, perjalanan perlaksanaan
sesebuah perkahwinan antara kedua-dua masyarakat adalah hampir sama. Ini boleh
dikatakan, ianya saling mempengaruhi antara satu sama lain. Ini boleh dibuktikan
dengan mengambil satu sejarah dimana perkahwinan antara Sultan Mansur Shah
dengan Puteri Hang Li Po pada tahun 1458.
Hasil dari perkahwinan dua budaya dan agama itu telah menjadi punca
kepada terhasilnya kebersamaan antara budaya dalam masyarakat Malaysia.
Oleh itu kita perlu kenal apakah persamaan mahupun perbezaan setiap kaum
dan lahirkan rasa hormat terhadap apa yang mereka percayai dengan tidak
mempersoalkan serta menyentuh isu yang sensitif terutama berkaitan dengan adat
dan budaya.
Persamaan adat budaya boleh dijadikan sebagai satu garis perpaduan antara
kaum di Malaysia. Manakala perbezaan adat resam dan budaya tidak seharusnya
menjadi penjarak kepada kaum.
8/13/2019 Perkahwinan Melayu & Cina
16/16
16
6. RUJUKAN
1. Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996)
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_Cina
4. http://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-perkahwinan-
masyarakat-di-malaysia-18/
5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bersanding
6. http://bmk12010.blogspot.com/
7. http://infolib.bernama.com/equip-
bernama/index.jsp?lang=en&module=ROOT&action=article_18.jsp
8. http://alhafiz.net/soaljawabagama
9. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanggal12_12_12/Article/cetak
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_Cinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_Cinahttp://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-perkahwinan-masyarakat-di-malaysia-18/http://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-perkahwinan-masyarakat-di-malaysia-18/http://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-perkahwinan-masyarakat-di-malaysia-18/http://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-perkahwinan-masyarakat-di-malaysia-18/http://ms.wikipedia.org/wiki/Bersandinghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bersandinghttp://bmk12010.blogspot.com/http://bmk12010.blogspot.com/http://infolib.bernama.com/equip-bernama/index.jsp?lang=en&module=ROOT&action=article_18.jsphttp://infolib.bernama.com/equip-bernama/index.jsp?lang=en&module=ROOT&action=article_18.jsphttp://infolib.bernama.com/equip-bernama/index.jsp?lang=en&module=ROOT&action=article_18.jsphttp://infolib.bernama.com/equip-bernama/index.jsp?lang=en&module=ROOT&action=article_18.jsphttp://alhafiz.net/soaljawabagamahttp://alhafiz.net/soaljawabagamahttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanggal12_12_12/Article/cetakhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanggal12_12_12/Article/cetakhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanggal12_12_12/Article/cetakhttp://alhafiz.net/soaljawabagamahttp://infolib.bernama.com/equip-bernama/index.jsp?lang=en&module=ROOT&action=article_18.jsphttp://infolib.bernama.com/equip-bernama/index.jsp?lang=en&module=ROOT&action=article_18.jsphttp://bmk12010.blogspot.com/http://ms.wikipedia.org/wiki/Bersandinghttp://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-perkahwinan-masyarakat-di-malaysia-18/http://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-perkahwinan-masyarakat-di-malaysia-18/http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_Cinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan