Upload
lydung
View
215
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Hukum orang Yang Berhadas Menyentuh Mashaf Al quran Yang Mempunyai
Tulisan Lain di Dalamnya
Sekiranya terdapat tulisan yang banyak di sebelah tepi mashaf,
adakah ia masih dianggap seperti mashaf dan haram bagi orang
yang berhadas menyentuhnya atau menanggungnya? Atau adakah ia
dinamakan sebagai kitab tafsir mengikut penjelasananya
Hukumnya sama seperti kitab tafsir, iaitu jika sekiranya huruf-huruf
yang digunakan untuk menulis di tepi mashaf itu lebih banyak da-
ripada huruf-huruf Al Quran maka harus orang yang berhadas me-
nyentuh atau menanggungnya. Tetapi jika huruf-huruf yang ditulis itu diang-
garkan lebih sedikit daripada huruf-huruf Al Quran, ia masih kekal sebagai
mashaf dan haram bagi orang-orang yang berhadas menyentuh dan me-
nanggungnyaWallahu'alam.
MUTIARA
HIKMAH Berkata Imam Hassan al Basri: Jika tidak ada ulama, nescaya jadilah manusia itu umpama binatang.
Ayuh kita meriahkan
program kerohanian…
Setiap Selasa dan Ra-
bu– KELAS TAHSIN
AL QURAN
Setiap Rabu & Jumaat
– KELAS ASAS
TAJWID MUSLIMAT
Khamis (minggu 1&4)
- DAURAH ILMU
Selasa (minggu kedua
dan keempat)-
PENGAJIAN
FARDHU AIN
Ahad- Khamis
BIMBINGAN AL
QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN
ISLAM DARUL
SYIFA’ Setiap Selasa bermula
10 Mac 2015 - KELAS
TALLAQQI AL
QURAN DAN IQRA’ 13 Jumaat 2015 -
KURSUS HAJI BER-
SIRI 15 November 2014 -
PROGRAM DAIE
SISWA Hubungi talian:
049282567/60/58/69/
66/63
Dan layari…
www.pusatislam.uum.edu.
AGAMA
m/s 4
S
J
TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM 2015
Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad bin Zakaria ar-
Razi. Dalam kalangan sarjana Barat lebih mengenali ar-Razi dengan panggi-
lan Rhazes atau Rasis. Beliau dilahirkan di Rayy pada awal tahun kedua
abad ke-9 Masihi/1 Syaaban 251 Hijrah/865 Masihi. Beliau merupakan
seorang pemuda yang rajin dalam bekerja dan seorang ilmuan Islam yang
mempunyai sifat pemurah, suka menderma, ramah dalam bergaul, suka men-
gasihi dan menyayangi orang-orang miskin.
Menurut Dr. Umar Faruk, ar-Razi memulakan pengajian
kedoktorannya ketika berusia 30 tahun. Selain menekuni bidang perubatan,
doktor Muslim ini juga turut mendalami dunia falsafah yang sangat terkenal
pada saat itu. Beliau mempelajari ilmu falsafah daripada salah seorang
gurunya iaitu al-Balkhi, seorang pakar falsafah dan juga ilmu-ilmu penge-
tahuan klasik.
Ar-Razi telah mencurahkan bakti yang besar dalam bidang kedoktoran dan
berjaya mengkaji pelbagai gejala penyakit seperti penyakit cacar dan cam-
pak bermula dari symptom dan cara pengubatannya. Sehingga sekarang
hasil perubatan beliau diguna pakai oleh pakar-pakar kedoktoran pada hari
ini.
Ar-Razi telah menghasilkan keseluruhan bukunya sebanyak 148 buah. Anta-
ra karyanya yang terulung ialah al-Hawi. Menurut pendapat orientalis Barat,
karya ar-Razi ini banyak memberikan pengaruh terhadap ilmuan Barat Latin
yang sungguh luar biasa hingga kurun waktu berabad lamanya.
Beliau meninggal dunia di kota Rayy pada tahun 925 Masihi ketika situasi
dan keadaan politik yang tidak menentu. Pada waktu itu, beliau berumur 60
tahun.
AZ
Pemilihan Rasul
Rasul Pengurniaan Allah S.W.T
Penentuan pangkat kenabian dan kerasulan bukanlah diperolehi secara
waris atau dengan usaha ketaatan yang bersungguh-sungguh dari seseorang hamba, tetapi ia adalah adalah suatu anugrah dan perlantikan dari Allah SWT kepada sesiapa yang Ia kehendaki dari kalangan hamba-Nya. Firman Allah
S.W.T dari surah Ali-Imran ayat 73 yang bemaksud: “Katakan bahawa pengurniaan darjat nabi dan rasul itu ditangan Allah S.W.T. Dialah yang mengurniakannya kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Halus Rahmat-Nya lagi Maha Menge-tahui”.
Rasul Sebagai Perantaraan
Sebagaimana yang kita maklum zat Allah S.W.T itu berlainan dari semua makhluk, bahkan Ia adalah suatu zat yang Maha Mulia dan Maha Tinggi darjat-
Nya dari segala yang lain. Oleh itu mengikut kebiasaan dalam peraturan alam yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T bahawa dua benda yang berlainan itu tid-ak dapat dibuat perhubungan secara langsung tanpa ada satu alat sebagai
perantaraan, sebagaimana api tidak dapat disambung secara langsung dengan air melainkan mesti ada satu perantaraan.
Demikian juga hal makhluk dengan Allah S.W.T, maka dengan sebab itu diutuskan seorang yang bersih sebagai penyambung diantara Allah S.W.T dengan makhluknya, dan kadangkala diselangi pula dengan perantaraan ma-
laikat. Namun apapun yang ditetapkan oleh Allah S.W.T, Ia tetap berkuasa atas segala sesuatu.
Wallahua’lam.
Sidang Redaksi
Pengarang:
Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Pe-
rundingan, Pusat Islam
UUM Dengan kerjasama:
Bahagian Hal Ehwal
Masjid , Pusat Islam UUM
04-9282563/64/6758
BIL 23/ 2015
Gema Jumaat
m/s 2
Kemanisan Iman Daripada Anas RA daripada Nabi S.A.W sabdanya, “Sesiapa yang memiliki tiga perkara nescaya dia akan dapat merasakan kemanisan iman, iaitu bahawa dia mengasihi Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain dan dia mengasihi seseorang hanya semata-mata kerana Allah serta dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas dia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka”. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Huraian Hadith: 1. Terdapat 3 perkara untuk merasakan kemanisan iman iaitu: I. Mengasihi Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain II. Mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah sahaja III. Benci kembali kepada kekufuran setelah mendapat hidayah dan taufik daripada Allah S.W.T. 2. Umat Islam disuruh supaya mengasihi seseorang itu hanya kerana Allah dan bukan kerana harta, kedudukan, pangkat dan sebagainya. 3. Umat Islam dituntut supaya berpegang teguh kepada agama Allah sekalipun menghadapi berbagai-bagai dugaan, rintangan dan ancaman. 4. Iman yang sempurna hanya wujud apabila seseorang itu merasa kelazatan melakukan taat, serta mengutamakan taat kepada Allah daripada harta benda dunia. 5. Cintakan Allah dan Rasul bermaksud mengutamakan keredhaan kedua-duanya daripada keredhaan yang lain (manusia dan hawa nafsu). 6. Kebencian kepada kekufuran ialah dengan menjauhi sebab yang boleh membawa kepadanya sama ada perbuatan, perkataan atau iktikad.
SIFAT HURUF
1.SIFAT BERLAWANAN
BIL SIFAT HURUF CARA BACAAN
1. 1.AL-JAHR
2.AL-HAMS
ا ب ج د ذ ر ز ض ط ظ ع غ ق ل م ن و ء ي
ت ث ح خ س ش
ه ص ف ك
Nyaring-Ketika menyebutnya
nafasnya tertahan kerana tekanan
kuat pada makhrajnya.
Mendesas –Ketika menyebutnya
nafas
terlepas kerana lemah makhrajnya.
HADITH PILIHAN
m/s 3
“SYARIAH ASAS KEMAKMURAN NEGARA”.
Kemakmuran negara dan kesejahteraan ummah samada di dunia dan akhirat adalah menjadi impian kita semua.
Justeru, agama Islam telah menyusun satu sistem yang lengkap untuk dipatuhi oleh setiap manusia yang
dinamakan syariah. Syariah menurut seorang ulama terkenal Syeikh Mahmud Syalthut ialah peraturan dan
hukum yang ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk dipatuhi oleh manusia dalam menguruskan hubungannya den-
gan Allah S.W.T dan sesama manusia serta seluruh alam. Menurut Imam al-Syatibi bahawa Allah S.W.T telah
menetapkan syariah ini dengan mengambil kira segala bentuk kebaikan. Sebagaimana firman Allah SWT di
dalam surah al-Baqarah ayat 29:
Maksudnya:“Dialah yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju ke arah
langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
Syariah merupakan asas kepada kemakmuran negara yang berteraskan kepada maqasid al-Syariah.
Secara ringkasnya Maqasid al-Syariah ialah melakukan kebaikan bertujuan untuk menjaga tatasusila,
kepentingan dan sistem hidup. Dalam hal ini Imam Ibn Taimiyah pernah menyebut bahawa: Maqasid yang
wajib bagi pemerintah ialah memastikan kebaikan agama bagi manusia, jika hilang agama, mereka akan menjadi orang yang sangat rugi dan nikmat dunia yang diperolehi tidak akan memberi manafaat kepadanya.
Manakala menurut Imam al-Ghazali bahawa lima maslahah utama yang perlu dipelihara dalam maksud syariah
iaitu; agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Firman Allah SWT dalam surah al-Haj ayat 41:
Maksudnya: “Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka
mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari
melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”
Berdasarkan kepada tanggungjawab ini, maka menjadi suatu amanah kepada pemerintah untuk
menjaga segala kepentingan-kepentingan yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan agama seperti keamanan
negara, keselamatan nyawa dan harta benda, kebajikan rakyat, keselamatan akidah serta kemudahan
menunaikan perintah agama. Pencapaian maqasid perlu didasari oleh tingkah laku serta persepsi tiga
komponen yang berkaitan dalam sesebuah negara iaitu; pertama: pihak pemerintah (pembuat dasar), kedua:
agensi-agensi pelaksana (pelaksana dasar) dan ketiga: masyarakat secara keseluruhannya menjurus ke arah
pencapaian maqasid.
Sebagai umat Islam kita perlu sedar bahawa syariah Islam yang diturunkan oleh Allah SWT adalah
asas kepada kemakmuran negara. Ketahuilah bahawa syariah itulah sebenarnya agama, yang meliputi hukum-
hakam yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Menegakkan, melaksanakan dan berusaha ke arahnya adalah
tanggungjawab kita semua. Justeru, sebagai umat Islam kita wajib mendokong tanpa berbelah bagi segala usaha
bagi meletakkan syariah Islam sebagai asas kemakmuran negara. Rasulullah SAW berpesan dalam sabdanya
yang bermaksud : “Mana-mana pemimpin yang menguruskan urusan umat Islam sedangkan ia tidak
mengambil berat dan tidak mempedulikan mereka nescaya ia tidak akan masuk syurga bersama
mereka.”(Riwayat Muslim)
Marilah sama-sama kita sekalian memperteguhkan keimanan kepada Allah, SWT memperbanyakkan
amal kebajikan, menjauhi segala perbuatan berdosa dan maksiat. Suburkan perasaan perpaduan di antara rakyat
yang berbilang kaum, eratkan hubungan silaturrahim sesama kita, semoga dengan perasaan mahabbah
berterusan dalam kehidupan harian kita dan sentiasa aman damai serta makmur. Tanggungjawab memakmurkan
negara memerlukan penglibatan semua pihak lebih-lebih lagi golongan ulama’ yang semestinya memberi
kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat. Inilah kunci utama pembangunan ummah yang menjadi prinsip
asas kejayaan generasi sahabat dalam menegakkan syariat Islam.