13
Akhiran Kata Kerja i. -kan ii.-i

Akhiran kata kerja

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Akhiran kata kerja

Akhiran Kata Kerja

i. -kanii. -i

Page 2: Akhiran kata kerja

Golongan kata yang boleh gabung akhiran -kan

• Kata nama Diri - dirikan

• Kata kerja tansitif Kirim - kirimkan

• Kata kerja tak transitif Terbang - terbangkan

• Kata adjektif Panjang - panjangkan

• Kata tugas Sudah - sudahkan

Page 3: Akhiran kata kerja

Jenis kata kerja berakhiran -kan

Biasanya kata kerja yang menerima akhiran ini akan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat transitif aktif atau pasif. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu:

i. Dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua.

ii. Dalam ayat suruhan.

Page 4: Akhiran kata kerja

Contoh dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan kedua.

• Puisi-puisi tersebut telah aku bukukan.• Madrasah itu kami dirikan bersama-sama.• Peristiwa itu kamu riwayatkan dengan jelas.• Tangkapan ikan hari ini kau pasarkan juga.• Santapan itu adinda hidangkan buat kekanda.

Page 5: Akhiran kata kerja

Contoh dalam ayat suruhan

• Terbangkan layang-layang itu.• Sila padamkan tulisan dipapan hitam.• Panjangkan potongan kain ini.• Harap kamu sudahkan perkara yang telah

kamu mulakan ini.• Hentikan kenderaan anda di garisan kuning.

Page 6: Akhiran kata kerja

Aspek makna akhiran -kan

1. Kausatif atau menyebabkan jadi Waris-wariskan Biru-birukan Jilid-jilidkan2. Benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat

orang lain Kirim-kirimkan Masak-masakkan Pukul-pukulkan

Page 7: Akhiran kata kerja

Golongan kata yang boleh gabung dengan akhiran -i

• Kata namaBelakang-belakangi

• Kata kerjaKahwin-kahwini

• Kata adjektifDalam-dalami

• Kata tugasSerta-sertai

Page 8: Akhiran kata kerja

Jenis kata kerja berakhiran -i

Akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif dan wujud dengan awalan meN- atau di-. Seperti imbuhan -kan juga, kata kerja yang hadir dengan akhiran -i tanpa awalan wujud hanya dalam dua bentuk.

i. Dalam ayat pasif bagi orang pertama dan kedua.

ii. Dalam ayat suruhan

Page 9: Akhiran kata kerja

Contoh dalam ayat pasif bagi orang pertama dan kedua

• Tidak patut awak belakangi orang tua sendiri.• Jangan engkau tangisi pemergiannya.• Segala keterangan beliau perlu kamu halusi.• Hotel itu telah kami duduki sejak tiga hari yang

lalu.• Usah kamu dekati pelajar perempuan itu lagi.

Page 10: Akhiran kata kerja

Contoh dalam ayat suruhan

• Contohi perangai baik pemuda itu.• Ikuti segala arahan pengawal tersebut jika

hendak selamat.• Tolong baiki basikal yang pancit ini.• Jauhi segala perkara berkaitan dadah.• Patuhi undang-undang jalanraya.

Page 11: Akhiran kata kerja

Aspek makna akhiran -i

1. Kausatif atau menyebabkan jadi Baik-baiki Hadiah-hadiahi Derhaka-derhakai2. Lokatif iaitu unsur tempat Dekati mereka-merapati mereka Turuni lurah-turun ke lurah Naiki kereta-menggunakan kereta

Page 12: Akhiran kata kerja

Persamaan antara kedua-dua akhiran ini

Persamaannya ialah kedua-duanya akhiran ini membawa maksud kausatif. Contohnya:

Bulatkan – menyebabkan jadi bulat Warnakan – menyebabkan jadi berwarna Baiki – menyebabkan menjadi pulih Sudahi – menyebabkan menjadi penamat

Page 13: Akhiran kata kerja

Perbezaan antara kedua-dua akhiran ini

• Akhiran –kan mengandungi unsur benefaktif:kirimkan – menyampaikan sesuatu untuk

orang lainCapaikan – mengambilkan sesuatu untuk

orang lain• Akhiran –i mengandungi unsur lokatif:Tunggangi – duduk di atas belakang sesuatu.Dekati – dekat pada tempat atau orang.