10
IUS 3292 MUQARANAH AL-ADYAN ESEI PERBANDINGAN AGAMA “AKHLAK DALAM AJARAN KONFUSIANISME” NAMA PENSYARAH : DR MOHD SAFRI BIN ALI NAMA PELAJAR : MUHAMMAD AZRAN BIN MOHD NOOR NO MATRIK : 037795 1

Akhlak Menurut Ajaran Konfusianisme

Embed Size (px)

DESCRIPTION

artikel

Citation preview

IUS 3292MUQARANAH AL-ADYAN

ESEI PERBANDINGAN AGAMAAKHLAK DALAM AJARAN KONFUSIANISME

NAMA PENSYARAH : DR MOHD SAFRI BIN ALINAMA PELAJAR : MUHAMMAD AZRAN BIN MOHD NOORNO MATRIK: 037795KURSUS : IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH) DENGAN KEPUJIAN

Akhlak Menurut Ajaran KonfusianismeSesungguhnya kepentingan akhlak di dalam mana-mana ajaran agama yang terdapat di seluruh dunia ini, sudah tidak dapat dipertikaikan lagi. Jika dilihat pada mana-mana agama sekalipun di dunia ini, pasti di dalamnya terdapat bab yang mengajarkan berkenaan dengan akhlak. Bukan Islam sahaja yang mengajarkan tentang akhlak, tetapi ianya juga terdapat di dalam agama Kristian, Hindu, Buddha, Taonisme, Konfusianisme dan lain-lain. Apakah yang dimaksudkan dengan akhlak?Perkataan akhlak sebenarnya berasal dari perkataan arab iaitu perkataan ( ( dan akhlak merupakan jamak kepadanya. Ia membawa maksud budi pekerti, kelakuan, dan juga tabiat. Menurut Ibnu Mandzur di dalam kamusnya Lisanul Arab, perkataan ( (bermaksud agama, tabiat dan perangai, dan pada hakikatnya ia adalah suatu gambaran bagi dalaman seseorang insan itu. (Ibnu Mandzur : 194)Oleh kerana akhlak itu sendiri terdapat makna agama di dalamnya, maka tidak hairanlah mengapa akhlak menjadi satu ajaran yang amat penting bagi sesebuah agama. Di sana terdapat juga beberapa istilah lain yang boleh dianggap sama maksudnya dengan akhlak, iaitu moral dan etika. Namun, sesetengah ilmuan memberi pengertian berbeza bagi istilah-istilah tersebut. Apapun, itu bukan perbincangan utama kita di sini kerana fokus perbincangan kita adalah berkenaan akhlak dalam ajaran Konfusianisme.Ajaran Konfusianisme ini diasaskan oleh Kung Fu Tze. Kung adalah namanya, yang dinisbahkan kepada kabilahnya, manakala Fu Tze bermaksud pemimpin atau ahli falsafah. Maka, maksud Kung Fu Tze adalah pemimpin Kung atau ahli falsafah Kung. Ajaran ini bermula sejak beratus-ratus tahun sebelum Masihi lagi. Pada asalnya ajaran Konfusianisme ini hanyalah sebuah ajaran falsafah, namun setelah mengalami beberapa kali proses perkembangan, ia menjadi sebuah ajaran agama yang sangat berpengaruh khususnya di China. (Ahmad al-Maghlus : 648)Akhlak telah menjadi perkara asas yang didakwahkan oleh ajaran ini. Bahkan pengasasnya sendiri telah menunjukkan peribadi yang tinggi di dalam kehidupan, di samping mengajak masyarakat kepadanya. Bagi Kung Fu Tze, akhlak akan bekerja mendidik rasa damai dalaman bagi seseorang agar berasa aman atas segala perkara yang mengelilingi kehidupan jiwanya, raganya tunduk kepada norma-norma sosial. (Nadwah Belia Islam Antarabangsa : 753)Di samping itu, menurut pandangan Kung Fu Tze, akhlak itu juga bergantung pada usaha seseorang insan. Beliau membezakan antara apa yang disebut sebagai undang-undang langit dan perbuatan manusia. Akhlak itu perbuatan yang bergantung pada diri manusia, manakala kedudukan seseorang itu ditentukan oleh undang-undang langit. Taat, setia, saling mempercayai, dan kemuliaan, itu suatu perbuatan insan. Manakala kehidupan yang panjang atau singkat, kaya atau miskin, itu ketentuan dari langit. (Khalifah Hasan : 124)Di sana juga terdapat persoalan berkaitan dengan tabiat insan, adakah ia tabiat yang baik mahupun buruk? Adakah akhlak itu selari dengan tabiat insan, atau ianya bertentangan dengan tabiat insan? Persoalan ini telah menimbulkan kepelbagaian pandangan yang timbul di dalam ajaran Konfusianisme. Ada yang menyatakan bahawa tabiat insan itu adalah sesuatu yang neutral, berkecuali, tidaklah ianya itu baik dan tidaklah ianya itu buruk. Ada yang berpandangan bahawa ianya bercampur antara baik dan buruk, dan ada juga berpandangan bahawa ianya baik bagi sebahagian manusia, dan buruk bagi sebahagian yang lain. (Khalifah Hasan : 125)Apapun di sana, terdapat pandangan Chu Hsi (1130-1200 Masihi), seorang tokoh dan pengasas bagi ajaran Neo-Konfusianisme, yang mengatakan bahawa, pada asalnya tabiat manusia itu adalah baik, namun kegagalan dalam mengurus dan mengawal tabiat itu akan menyebabkan ianya menjadi rosak dan jahat. (Khalifah Hasan : 126)Mencius (372-289 SM) pula, salah seorang tokoh terkemuka ajaran ini, telah meletakkan ciri-ciri untuk menjadi manusia yang sebenar, kepada empat akhlak yang asas iaitu katanya seseorang yang tidak memiliki perasaan simpati itu bukanlah manusia. Seseorang yang tanpa perasaan malu dan gelisah itu bukanlah manusia. Seseorang yang tanpa perasaan hormat dan kerelaan itu bukanlah manusia. Dan seseorang yang tidak memiliki perasaan terhadap perkara yang benar mahupun salah itu bukanlah manusia. Perasaan simpati adalah sifat kemanusiaan. Perasaan malu dan tidak suka itu wujud dari kebenaran. Begitu juga perasaan hormat dan kerelaan. Dan perasaan terhadap perkara yang benar dan salah itu pula, wujud dari kebijaksanaan. Walaupun memiliki keempat hal ini, jikalau manusia itu tidak mengembangkannya sendiri, ia tetap akan rosak. Sekiranya setiap orang menyedari akan keempat hal ini di dalam diri mereka, serta memahami cara untuk mengembangkannya, nescaya hasilnya bagaikan api yang mula menyala, atau mata air yang mula memancar. (Tu Wei-Ming : 14)Perbincangan akhlak yang dilontarkan ini adalah dari sudut pengkhususannya, adapun secara umumnya, akhlak yang terdapat di dalam ajaran Konfusianisme, dapat tercermin pada beberapa perkara. Ianya boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu kekeluargaan, kemasyarakatan, dan juga pemerintahan.Antara akhlak yang diajar di dalam ajaran Konfusianisme bagi aspek kekeluargaan adalah seseorang itu perlu mentaati bapanya dan patuh padanya. Selain itu, di dalam keluarga juga, saudara yang kecil, perlu taat kepada saudaranya yang lebih besar. (Nadwah Belia Islam Antarabangsa : 754)Di dalam aspek kemasyarakatan pula, seseorang itu perlulah bersikap ikhlas terhadap kawan-kawannya. Seseorang anggota masyarakat juga tidak boleh melukai orang lain dengan ucapan ketika berbincang. Ini dibimbangi mengguris perasaan orang tersebut secara langsung. Ucapan seseorang itu pula harus sebanding dengan perbuatan. Seseorang itu dilarang untuk menampakkan perkara-perkara yang tidak sejalan dengan posisinya. Di samping itu, seseorang itu perlu menjauhkan diri daripada sifat nepotisme (memilih kerana ada hubungan tertentu bukan kerana keupayaan), di dalam suatu perantaraan atau bersikap prejudis terhadap seseorang. (Nadwah Belia Islam Antarabangsa : 754)Di dalam aspek pemerintahan pula, secara ringkas dan umumnya adalah, rakyat perlu patuh kepada penguasa dan tunduk padanya. Di sana juga terdapat akhlak yang dikhususkan perlu ada bagi setiap penguasa iaitu menghormati orang-orang yang sepatutnya diberi penghormatan. Selain itu, penguasa juga perlu menumbuhkan sifat kasih sayang di dalam dirinya kepada orang yang mempunyai kaitan tali persaudaraan dengannya. Penguasa juga perlu bergaul dengan para menteri dan stafnya dengan baik. Di samping itu sebagai penguasa, mereka perlu memerhatikan kemaslahatan awam disertai dorongan kepada aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Penguasa juga perlu bersikap bertimbang rasa kepada kerajaan-kerajaan lain yang berada di bawah empayarnya, dan mereka juga perlu berusaha untuk merealisasikan kehidupan yang aman dan makmur kepada empayar kekuasaan dan jajahannya, dan juga kepada semua masyarakat secara umumnya. (Nadwah Belia Islam Antarabangsa : 754)Oleh itu, jelaslah di sini bahawa ajaran Konfusianisme adalah antara agama yang mementingkan akhlak di kalangan penganutnya. Sejak dari awal kemunculan sehingga kepada pembaharuannya, ajaran ini mengajarkan dan menyampaikan kepada masyarakat mengenai akhlak. Pengaruhnya yang kuat telah menyebabkan ajaran ini telah bertebaran bukan sahaja di tanah besar China tapi juga di negara-negara Timur, Selatan, Asia Tenggara malah tidak terkecuali Eropah, terutama pada adab pertengahan dan pada zaman moden ini. (Nadwah Belia Islam Antarabangsa : 756)Walaubagaimanapun, ajaran Konfusianisme ini bukanlah ajaran Samawi sepertimana yang telah kita maklum. Walaupun akhlak terpuji yang diajar di dalam ajarannya, namun ianya hanyalah sebahagian kecil perkara yang sudah menjadi fitrah bagi setiap insan untuk memilikinya,, malah ianya masih tidak dapat membantu untuk mendekatkan diri insan kepada Sang Penciptanya iaitu Allah SWT. Maka kerana itu, barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak adalah dari kalangan orang-orang yang rugi. Firman Allah Taala di dalam surah Aali Imran ayat 19 bermaksud, Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. (Nadwah Belia Islam Antarabangsa : 756)

Rujukan1. Al-Maghlus, Sami Abdullah. 2007. Athlas al-Adyan. Riyadh : Obekan Publisher.2. Ibnu Mandzur, Muhammad Bin Mukarram. 1999. Lisanul Arab. Cetakan Ketiga. Beirut : Dar al-Ihya at-Turats al-Arabi.3. Muhammad Khalifah Hasan. 2002. Tarikh al-Adyan Dirasah Wasafiyah Muqaranah. Kaherah : Dar ats-Tsaqafah al-Arabiah.4. Nadwah Belia Islam Antarabangsa. 2000. Al-Mausuah al-Muyassarah fi al-Adyan wal Mazahib wal Ahzab al-Muasoroh. Cetakan Keempat Riyadh : Dar an-Nadwah al-Alamiah.5. Tu Wei Ming. 2005. Etika Konfusianisme Modern. (Terj : Zubair). Jakarta : Teraju Mizan.7