3
c. Kaedah Syarahan Kaedah syarahan merupakan kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi penerangan, huraian dan penjelasan kepada pelajar. Ia juga merupakan satu bentuk penyampaian atau penerangan mengenai statu isi pengajaran secara lisan oleh guru. Pembelajaran mengenai kaedah ini merupakan kebergantungan pelajar kepada guru, secara tidak langsung ia boleh melahirkan rasa hormat dan sanjungan pelajar terhadap guru. Tujuan kaedah syarahan untuk : a) merangsang pelajar meneruskan pembelajaran b) menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran c) membuat penelitian dan ulangkaji d) mengembangkan isi pelajaran e) menyampaikan maklumat yang telah dirancang. Dalam melaksananakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap kedudukan pelajar dalam kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan mendengar percakapannya dengan jelas. Guru juga perlu bertutur dengan jelas dan terang serta menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar. Terdapat bebrapa langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk

Akidah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Akidah

c. Kaedah Syarahan

Kaedah syarahan merupakan kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak

melibatkan diri dalam memberi penerangan, huraian dan penjelasan kepada pelajar. Ia

juga merupakan satu bentuk penyampaian atau penerangan mengenai statu isi

pengajaran secara lisan oleh guru. Pembelajaran mengenai kaedah ini merupakan

kebergantungan pelajar kepada guru, secara tidak langsung ia boleh melahirkan rasa

hormat dan sanjungan pelajar terhadap guru.

Tujuan kaedah syarahan untuk :

a) merangsang pelajar meneruskan pembelajaran

b) menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran

c) membuat penelitian dan ulangkaji

d) mengembangkan isi pelajaran

e) menyampaikan maklumat yang telah dirancang.

Dalam melaksananakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap

kedudukan pelajar dalam kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan

mendengar percakapannya dengan jelas. Guru juga perlu bertutur dengan jelas dan

terang serta menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar. Terdapat

bebrapa langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mengaplikasikan kaedah ini

supaya ianya lebih berkesan. Antaranya ialah:

a) Syarahan hendaklah diberi pada masa yang seauai seperti hendak mengenalkan

tajuk atau isi pelajaran baru.

b) Guru hendaklah menyampaikan syarahan yang ringkas dan bernas

Page 2: Akidah

c) Guru perlu menyampaikan syarahan dengan menggunakan intonasi suara yang

sesuai supaya dapat pelajar memahami dengan mudah dan jelas

d) Syarahan perlu diikuti dengan ujian bertulis untuk mengukur kefahaman dan

tumpuan pelajar

e) Syarahan juga perlu digabungjalinkan dengan teknik-teknik lain seperti soaljawab,

perbincangan dan sebagainya supaya ianya lebih menarik dan tidak membosankan.

Rasulullah SAW sebagai Rasul, pendidik dan contoh utama umat Islam sentiasa

mengambil contoh dan roh al-Quran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan. Baginda

juga telah telah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

dengan fitrah manusia. Antara kaedah yang diamalkan baginda termasuklah kaedah

syarahan. Sebagai contoh yang boleh dilihat ketika baginda menyampaikan pengajaran

di rumah Arqam bin Abi Arqam, di Masjid Nabawi dan di tempat-tempat lain. Baginda

telah memanggil orang-orang Quraisy ke Bukit Safa dan menyampaikan syarahan

baginda di sana.

Rumusan

Kaedah P&P akidah merupakan satu cara atau jalan dalam menyampaikan

pendidikan akidah kepada murid. Kaedah yang digunakan berdasarkan kepada method

yang digunakan oleh Rasulullah ketika mengajar para sahabat mengenai akidah. Selain

itu terdapat juga kaedah baru yang boleh digunakan. Kaedah ini dikenal pasti dapat

memberikan kefahaman kepada murid dengan lebih mendalam terhadap pelajaran

yang disampaikan.Kaedah P&P akidah ini tidak terhad kepada apa yang dibincangkan.

Page 3: Akidah

Terdapat perbagai kaedah yang boleh didedahkan kepada murid mengikut kesesuaian

di dalam kelas bergantung kepada guru itu sendiri. Namun dengan perbincangan dalam

unit ini sudah mencukupi sekadar memberi panduan kepada guru Pendidikan Islam.