Upload
others
View
15
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Aktiviti Pejabat Bendahari UTM Kuala Lumpur
1. Lawatan ke PTJ 2014
Pejabat Bendahari Kuala Lumpur telah mengadakan sesi perbincangan berkaitan dengan proses
kerja kewangan universiti semasa lawatan ke PTJ bagi tahun 2014. PTJ yang dilawati adalah IBS
MJIIT , PHB, UPMU, HEMA, SPS dan Razak School. Perkara yang dibincangkan adalah proses
perolehan Universiti, pengurusan aset , pengurusan kutipan, yuran pelajar dan bayaran.
Hasil dari lawatan yang dibuat, pihak PTJ telah mendapat pencerahan berkaitan dengan proses
kerja kewangan universiti kerana perbincangan dilakukan secara 2 hala dan hands on.
2. Pemeriksaan Mengejut dari Audit Negara
Pada 31 Mac 2014 pihak Jabatan Audit Negara telah datang mengaudit secara mengejut ke
Pejabat Bendahari UTM Kuala Lumpur. Seramai 4 orang Juru Audit telah membuat pemeriksaan
ke atas Proses Kutipan di Kaunter, menyemak peti besi panjar wang runcit dan mengadakan
sesi perbincangan bagi membentangkan penemuan audit serta mencadangkan
penambahbaikan keatas penemuan tersebut .
3. Taklimat Perlaksanaan EFT
Pada 11 Mac 2014 Taklimat Perlaksanaan EFT Fasa ke 2 iaitu pembayaran terus ke akaun
Syarikat Pembekal. Taklimat telah disampaikan olah En Nasimin Bin Ngadi dari Pejabat
Bendahari UTM Johor Bahru. Seramai 80 orang peserta dari PTJ telah menghadiri taklimat
tersebut.
4. Perlupusan Dokumen Kewangan
Perlupusan Dokumen Kewangan bagi tahun 2007 telah dilupuskan setelah mendapat kelulusan
dari Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Audit Negara, Arkib Negara dan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Negara. Gotong royong telah diadakan secara berperingkat pada 21 Mac, 4
April dan 11 April 2014 .
5. Lawatan Naib Canselor dan Pengarah Kampus ke Pejabat Bendahari UTMKL
Pada 18 Julai 2014 Pejabat Bendahari telah dilawati oleh Dato Naib Canselor bersama dengan
Pengarah Kampus dan beramah mesra dengan semua pegawai Pejabat Bendahari . Beliau juga
meninjau persekitaran ruang kerja Pejabat Bendahari dan bertemu dengan semua staf.
6. Hari Bersama Pelanggan
Pada 23 September 2014 Pejabat Bendahari telah menyertai Hari Bersama Pelanggan UTM
Kuala Lumpur. Majlis telah diadakan di Dewan Besar UTM Kuala Lumpur. Di majlis tersebut
wakil Pejabat Bendahari telah memberi taklimat mengenai isu isu semasa berkaitan dengan
kewangan Universiti. Selain dari itu kaunter juga dibuka untuk bersemuka dengan pelanggan
bagi menyelesaikan masalah berkaitan.
7. Lain – Lain Aktiviti
7.1 Majlis Perpisahan Cik Rosnah Binti Mansor
Pada tahun 2014, Dua orang staf Pejabat Bendahari Kuala Lumpur telah bersara iaitu Cik
Rosnah Bt Mansur bersara pada 30 Januari 2014 dan Puan Noor Rihan Bt Idris telah bersara
pada 15 Oktober 2014. Manakala Cik Saidatul Safura Bt Rashdan telah berpindah ke Majlis
Daerah Tangkak pada 30 Oktober 2014.
Majlis Perpisahan Cik Rosnah Mansur (bersara)
Majlis Perpisahan Puan Noorihan binti Idris (bersara) dan Cik Saidatul Safura binti Saidan
(berpindah).