Upload
shi-ting
View
234
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/27/2019 aktiviti pergerakan - Copy.docx
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-pergerakan-copydocx 1/17
Konsep dan Kepentingan Pergerakan
Dalcroze (1950) pernah mengatakan cara terbaik bagi kanak-kanak belajar
adalah dengan cara “melakukan” (Learning by doing) kerana tubuh adalah alat
yang paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik dan
seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga
(pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara
improvisasi kepada muzik. Pergerakan adalah perlakuan atau aksi individu yang
boleh berlaku secara automatis, spontan ataupun terurus di mana ia melibatkan
perancangan yang lebih tersusun melalui postur, gerak isyarat dan pelbagai
pergerakan badan.
Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi kanak-kanak untuk
penglibatan yang aktif falam situasi pembelajaran muzik. Ia memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan
mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal
yang bersifat “non verbal ”. Oleh itu, respon kepada muzik merupakan pelengkap
kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam
dunia kanak-kanak muzik dan pergerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat
semula jadi kanak-kanak memang suka bergerak.
7/27/2019 aktiviti pergerakan - Copy.docx
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-pergerakan-copydocx 2/17
3.0 Konsep dan Definisi Pergerakan Muzik Terarah
Muzik dan pergerakan merupakan unsur kesenian. Menurut Campbell (1995),
muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural.
Oleh yang semikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak
prasekolah dalam bentuk elemen muzik. Pergerakan pula didefinisikan sebagai
sebarang bentuk gerak (movement ) yang dilakukan oleh seseorang itu akan
menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Muzik dan
pergerakan membolehkan kanak-kanak mengamati, menyerap dan bertindak
balas mengikut cara dan gaya kreatif yang tersendiri. Kanak-kanak pada
umumnya terpesona dengan rentak dan irama muzik. Terarah bermaksud
terkawal, di mana pergerakan yang melibatkan perancangan yang lebih tersusun.
Potensi pergerakan yang terpendam dalam diri kanak-kanak boleh
dimajukan dengan menggunakan muzik dan bentuk-bentuk irama tertentu
membangkitkan intensiti dalam diri kanak-kanak ke tahap yang lebih tinggi,
penglibatan diri secara aktif dan menyuburkan minat serta mempertingkatkan
rasa keriangan. Kanak-kanak memperoleh keseronokan apabila mereka
bergerak mengikut rentak irama. Aktiviti-aktiviti berirama paling sesuai
terutamnya untuk kanak-kanak kecil. Ia juga dapat dijadikan sebagai jentera
kepada pergerakan ekspresif.
Penguasaan dan pengawalan pergerakan adalah penting untuk menjamin
agar pengalaman-pengalaman pergerakan yang ditempuhi kanak-kanak itu
benar-benar memuaskan dan menyeronokkan mereka. Seperti kata Barbara
Mettler (1961), … untuk membina kebebasan, kesedaran dan pengawalan dalam
menggunakan badan sebagai alat penyataan dan pergerakan, dan juga sebagai
media pernyataan.
Apabila kanak-kanak memahami kenapa penguasaan dan kesedaran
terhadap pergerakan itu penting, maka ia menjadi suatu pengalaman
pembelajaran kepada mereka apabila mereka sedar bahawa mereka memainkan
peranan dalam menentukan pergerakan mereka. Apabila kanak-kanak
7/27/2019 aktiviti pergerakan - Copy.docx
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-pergerakan-copydocx 3/17
bertambah mahir dalam menguasai semua elemen pergerakan, mereka dapat
mengadunkan diri mereka ke dalam pergerakan-pergerakan mereka dengan
cara yang lebih bersefahaman dan bermakna.
Penguasaan ke atas pergerakan tubuh badan sendiri seperti berjalan,
berlari, melompat, memusing dan sebagainya boleh meningkatkan pemahaman
kanak-kanak terhadap kemungkinan-kemungkinan pergerakan, bahan-bahan
pergerakan dan pengalaman-pengalaman pergerakan. Mereka menguasai
bentuk-bentuk (pergerakan) sendiri dalam ruang adalah satu lagi proses belajar
bagi kanak-kanak. Adalah penting untuk menyedari tentang bentuk-bentuk tubuh
badan mereka semasa berada dalam keadaan kaku dan dalam keadaan
bergerak. Contohnya merespon dengan serta merta terhadap ujaran kata-kata
seperti “kaku” atau “berhenti” memperlihatkan dengan jelas akan maksud -
maksud yang spesifik yang dimengerti oleh seseorang kanak-kanak seperti
“berhenti seperti sediakala”, “kekalkan bentuk anda”, “kekalkan imbangan badan”,
“jangan bergerak” dan lain-lain lagi. Kesan daripada kemahiran-kemahiran
pergerakan tersebut akan memupuk disiplin dalam kalangan kanak-kanak.Jelas
sekali bahawa pengalaman-pengalaman pergerakan mengajar kanak-kanak
untuk menguasai dan menyedari tentang kemahiran-kemahiran pergerakan yang
boleh digunakan bukan sahaja dalam pergerakan, tetapi juga dalam permainan-
permainan, sukan, dan aktiviti-aktiviti harian.
Persepsi mereka yang bertambah mantap itu juga boleh digunakan untuk
bidang-bidang seni yang lain. Mereka mungkin menemui elemen-elemen
geraktari dimanifestasikan melalui karya-kerya lukisan, muzik dan sastera, dan
kesedaran mereka ini boleh membantu mereka mengapresiasi unsur-unsur
jaluran, corak, warna dan bentuk dalam karya lukisan, melodi, harmoni dan lirik
dalam seni muzik; dan bayangan-bayangan dalam kesusasteraan.
Dalam bidang muzik, apabila kanak-kanak melakukan pergerakan dengan
iringan muzik, mereka menyesuaikan diri mereka mengikut pergerakan dan
rentak yang dilakukan oleh rakan-rakan atau pasangan-pasangan mereka. Ini
akan menimbulkan rasa atau kesedaran terhadap kewujudan diri mereka sendiri
7/27/2019 aktiviti pergerakan - Copy.docx
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-pergerakan-copydocx 4/17
dan juga terhadap rakan-rakan yang lain. Proses ini sebenarnya merupakan
wahana untuk mencetuskan idea dan perasan secara spontan dengan lebih
yakin dan bebas.
7/27/2019 aktiviti pergerakan - Copy.docx
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-pergerakan-copydocx 5/17
4.0 Definisi dan Konsep Pergerakan Kreatif
Secara umumnya, pergerakan kreatif merupakan interpretasi idea, perasaan
serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Ia
memberi penekanan kepada empat elemen asas, iaitu tubuh badan, ruang,
masa dan tenaga yang merupakan perbendaharaan pergerakan untuk
membolehkan kanak-kanak serta remaja berkomunikasi di simpang
meningkatkan potensi-potensi seperti kebebasan menyatakan perasaan melalui
pergerakan, ritma dan kreativiti.
Menurut Murray (1980), pergerakan kreatif merujuk kepada daya cipta
seseorang untuk mencipta bentuk atau idea baru, menyusun objek, pola atau
idea yang sedia ada untuk diintegrasikan ke dalam masyarakat. Lloyd (1990)
menyatakan bahawa kanak-kanak menggunakan pergerakan-pergerakan
berentak untuk meluahkan perasaan dan pemikiran idea merupakan satu bentuk
pernyataan yang unik.
Gladys Andrew Fleming menggunakan istilah “Pergerakan Kreatif
Berirama” untuk pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau mentakrifkan istilah ini
sebagai penghubung antara fikiran dan perasaan yang dipancarkan melalui
perantaraan anggota tubuh badan. Ia membayangkan cara seseorang individu
menggunakan pergerakan dalam menyelesaikan tiga komponen utama dalam
geraktari: untuk tujuan-tujuan ekspresi, komunikasi atau kepuasan peribadi
(Fleming, 1976:4).
Menurut pandangan Geraldine Dimondstein (1983) pula, pergerakan
kreatif merupakan “interpretasi idea-idea, perasaan dan kesan-kesan
pancaindera kanak-kanak yang dilahirkan secara simbolik dalam bentuk-bentuk
pergerakan yang menggunakan anggota-anggota fizikal. Persepsi beliau
mengenai kepentingan bidang gerak tari dalam pendidikan telah dihuraikan
dengan lebih lanjut dalam kenyataan beliau:
7/27/2019 aktiviti pergerakan - Copy.docx
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-pergerakan-copydocx 6/17
“Bentuk seni gerak tari adalah berbeza daripada bentuk -bentuk seni yang lain,
tidak seperti cat, tanah liat, bunyi atau perkataan-perkataan yang menjadi bahan-
bahan untuk seni tersebut; seni gerak tari menggunakan ruang, masa dan
tenaga sebagai bahan-bahannya. Bahan-bahan ini menjadi “perbendaharaan
kata” yang digunakan oleh setiap individu dalam melakukan pergerakan, yakni
anggota tubuh bergerak melalui ruang dan gerak laku tersebut memerlukan
masa serta menggunakan tenaga sebagai penggeraknya. Melalui paduan di
antara pelbagai bahan tersebut, maka lahirlah bentuk, lapisan dan struktur
pergerakan yang mencorakkan imej-imej yang member i makna dan kesan
melalui pancaindera kinestatik visual.”
Secara kesimpulannya, pergerakan kreatif merupakan aktiviti yang
bersifat semulajadi dan tidak formal, dan pada masa yang sama pengalaman-
pengalaman dalam kegiatan pergerakan ini membantu kanak-kanak mengesan
potensi-potensi mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannya
sebagai alat perhubungan. Terdapat enam elemen dalam pergerakan kreatif iaitu
ruang, masa, bentuk badan, beban, aliran dan irama. Pengalaman geraktari
dapat membantu kanak-kanak menjalin paduan antara mental fizikal dan
persekitaran serta membantu mereka untuk melahirkan segala perasaan
dalaman yang terpendam melalui perantaraan pergerakan. Ia merupakan aktiviti
yang menyentuh jiwa kanak-kanak.
7/27/2019 aktiviti pergerakan - Copy.docx
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-pergerakan-copydocx 7/17
5.0 Kepentingan Pergerakan Kreatif Kepada Kanak-Kanak
Peranan pergerakan kreatif dalam pendidikan adalah bertujuan untuk
mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bentuk pergerakan yang berunsur
seni. Pendidikan bentuk ini membolehkan kanak-kanak menggunakan gerak geri
anggota sebagai media untuk melahirkan perasaan dalaman, mengintegrasikan
motor dengan kognitif, meninjau hubungan antara personaliti dengan pergerakan,
dan meneroka batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri dalam proses pendidikan.
Sebagaimana yang kita tahu, kanak-kanak mempunyai minat yang
mendalam terhadap kegiatan-kegiatan yang bertenaga. Kegiatan-kegiatan ini
dapat membantu mereka mencari pengetahuan dan pengalaman dalam alam
pembelajaran. Mereka mempunyai keinginan dan minat semulajadi terhadap
rentak dan irama, gerak laku yang beritma, dan akan menggunakan daya
kreativiti mereka untuk melakukan gerakan-gerakan spontan sesuai dengan
rentak irama. Kanak-kanak pada umumnya dianggap sebagai “nakal” lantaran
tingkah laku yang demikian memberi implikasi bahawa sifat suka bermain-main
itu merupakan sebahagian daripada ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak. Bermain
merupakan fitrah kanak-kanak.
Kanak-kanak mempunyai sifat-sifat yang dinamik dan spontan serta naluri
ingin tahu yang sukar dipuaskan (Dauer and Pangrazi 1983:11). Oleh kerana
sifat-sifat ini mereka cenderung memperolehi pembelajaran melalui kegiatan-
kegiatan berbentuk permainan yang menyeronokan. Dengan menyesuaikan
naluri ingin bermain ini ke dalam bentuk pergerakan-pergerakan kreatif, akan
mewujudkan situasi dan persekitaran yang dapat menyuburkan tumbesaran dan
perkembangan semula jadi mereka. Pengalaman-pengalaman kreatif ini ada
hubungkaitnya dengan pernyataan kendiri. Ia membabitkan keperluan untukmelahirkan idea-idea, berfikir, mencuba dan bertindak. Bentuk-bentuk ekspresi
yang bersifat kreatif seperti melukis, memahat, membuat tembikar, berlakon,
bermain alat-alat muzik, berdendang dan sebagainya adalah dianggap sebagai
pendekatan-pendekatan terhadap pengalaman kreatif yang bersifat konvensional.
Walaupun demikian, yang menjadi intisari ekspresi kreatif ialah aktiviti fizikal.
7/27/2019 aktiviti pergerakan - Copy.docx
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-pergerakan-copydocx 8/17
Aktiviti fizikal atau pergerakan merupakan bentuk ekspresi kreatif yang lazimnya
menjadi kebiasaan kanak-kanak. Mengikut Fleming (1976:9), salah satu unsur
yang paling dinamik dalam program kanak-kanak ini ialah pengalaman kreatif itu
sendiri. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada pengalaman-pengalaman
sedemikian untuk membolehkan mereka melahirkan perasaan dalaman mereka
secara kreatif.
Pengalaman-pengalaman ini mencetuskan satu dimensi baru dalam hidup
mereka. Melaluinya kanak-kanak akan dapat merasakan hubungan padu di
antara perlakuan berfikir, bertindak balas, penyampaian idea-idea, sikap dan
citarasa. Dalam hubungan ini tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa
pergerakan kreatif merupakan satu penyelesaian terhadap persoalan
menyalurkan daya ciptaan dan produktiviti kanak-kanak.
Mengikut Sandi Combest (1975:55),
Selagi pendidikan untuk kanak-kanak menjadi semakin bersepadu dan
berkembang sebagai agen pengkayaan personaliti total, maka pengalaman-
pengalaman yang melibatkan kanak-kanak ini secara menyeluruh dalam bentuk
aktiviti-aktiviti ekspresif dan konstruktif dianggap amat signifikan.
Justeru, adalah amat penting diberi penekanan yang khusus terhadap
permainan dan pengalaman yang bercorak imaginatif dan kreatif dalam
sebarang aktiviti pergerakan kanak-kanak. Kreativiti dan pergerakan merupakan
dua unsur yang mendasari kreativiti semula jadi dalam diri kanak-kanak.
Perlakuan mereka tidak dibendung oleh sebarang batasan. Mereka berkhayal
dan bertindak dengan bebas. Mereka mencipta pergerakan berdasarkan dayaimaginasi dan kecekapan kreatif mereka serta berbangga dengan hasil ciptaan
itu. Bagaimanapun, gerak laku mereka itu tidaklah boleh dipandang sebagai
perlakuan “olok-olok” atau “main-main” kerana pada hakikatnya apa yang
mereka lakukan itu sesungguhnya merupakan naluri perasaan dan rasa kekitaan
mereka. (Dimondstein. 1983:44, 1971:6).
7/27/2019 aktiviti pergerakan - Copy.docx
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-pergerakan-copydocx 9/17
6.0 Aktiviti-Aktiviti Pergerakan Muzikal Terarah
1. Senamrobik / Senaman Aerobik
Menurut Marta Dinata (2007), senam aerobik adalah siri gerak yang dipilih
secara sengaja dengan cara mengikuti irama muzik yang dipilih sehingga
melahirkan peruntukan ritma, kontinuitas dan tempoh tertentu.
Senamrobik merupakan satu sistem gabungan antara rangkaian
pergerakan dan muzik yang sengaja dibuat sehingga muncul keselarasan antara
pergerakan dan muzik tersebut untuk mencapai tujuan tertentu.
2. Drama
Perkataan drama berasal dari kata Yunani Kuno “draomai ” yang bermaksud
bertindak atau berbuat dan “drame” yang berasal dari kata Perancis yang diambil
oleh Diderot dan Beaumarchaid untuk menjelaskan lakon-lakon mereka tentang
kehidupan kelas menengah.
Secara umumnya, drama ialah melakukan gerakan dan melakonkan aksi.
Menurut Sir John Pollock (1958), drama didefinisikan sebagai satu pertunjukan
yang berlaku penyatuan antara lakonan dan pengucapan atau persembahan
gerak laku, serta melakonkan atau meniru watak-watak. Drama harus
mengandungi persoalan, tindakan, perkembangan dan klimaks serta kesimpulan.
Drama mampu membantu perkembangan keseluruhan bagi kanak-kanak.
Drama merupakan aktiviti yang penting sebagai memberi ruang dan peluang
kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan atau mengekspresi diri mereka
secara terkawal dan sistematik. Penggunaannya dapat mendorong dan
merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran
yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan,
memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam
pembelajaran iaitu salah satu alat bentu pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat
7/27/2019 aktiviti pergerakan - Copy.docx
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-pergerakan-copydocx 10/17
menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada peajar di
samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
3. Pantomin
Pantomin adalah lakonan situasi tanpa dialog manakala skripnya akan dibaca
oleh kanak-kanak dan mengiringi lakonan tersebut. Melalui aktiviti pantomin ini,
kanak-kanak diberi peluang untuk melahirkan perasaannya melalui gerak badan
dan bukan melalui kata-kata. Ini dapat membina keyakinan diri dan motivasi
kepada kanak-kanak yang lemah dalam kemahiran lisan.
Guru harus memperkenalkan pantomin tentang sesuatu cerita dengan
langkah-langkah yang mudah. Di samping itu, guru menerangkan apakah
pentomin yang perlu dilakukan seseorang pelakon sebelum kanak-kanak
berlokon. Contohnya, guru boleh berpantomin bagaimana menangkap ikan,
memotong rumput dan sebagainya.
Permainan teka-teki atau tajuk nyanyian boleh dijadikan aktiviti permulaan
pada pantomin. Kanak-kanak perlu melakonkan pantomin secara individu untuk
memahirkan teknik-teknik itu dahulu sebelum mempentominan dengan dua
orang apabila sudah mahir dalam teknik ini. Kanak-kanak boleh mencuba
pantomin secara berkumpulan iaitu memerlukan penyelerasan dengan beberapa
pelakon yang lain apabila telah mahir. Untuk pentomin kumpulan, seorang
pelajar boleh membaca cerita dengan suara yang kuat sambil melakonkan
pantomin itu.
Aktiviti ini boleh dijalankan dengan iringan muzik latar yang sesuai. Guru
dan pelajar yang menjadi penonton boleh menyediakan ruang lakonan dan
peralatan yang diperlukan.
7/27/2019 aktiviti pergerakan - Copy.docx
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-pergerakan-copydocx 11/17
4. Teater
Teater berasal dari kata Yunani, “Theatron” dalam bahasa Inggeris bermaksud
“Seeing Place” iaitu tempat menonton. Secara umumnya, teater boleh diertikan
sebagai segala hal yang dipertunjukkan di hadapan orang ramai.
Teater merupakan satu bentuk seni persembahan yang menggabungkan
3 elemen utama yang sangat penting iaitu penonton, pelakon dan cerita.
Terdapat juga gabungan elemen tambahan lain seperti pengcahayaan, kostum,
props dan tempat persembahan. Tetapi jika tiada elemen tambahan pun,
persembahan teater masih boleh diadakan.
Pengcahayaan
Tempat Persembahan
Props dan Kostum
7/27/2019 aktiviti pergerakan - Copy.docx
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-pergerakan-copydocx 12/17
Teater merupakan sesuatu yang hidup dan merupakan kombinasi
pelbagai unsur seni seperi seni visual, muzik, tarian, lakon dan sebagainya. Ia
menggambarkan atau mencerminkan masyarakat realiti. Ia berbeza dengan
drama tv atau di filem kerana teater dipersembahkan secara langsung dan boleh
mewujudkan interaksi 2 hala.
7/27/2019 aktiviti pergerakan - Copy.docx
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-pergerakan-copydocx 13/17
7.0 Aktiviti-Aktiviti Pergerakan Kreatif
1. Makyung
Makyung berasal dari kerajaan lama Patani, yang sekarang menjadi sebahagian
daripada Thai Selatan. Dalam Hikayat Patani, cerita Sembilan Belas,
mencatatkan tentang kumpulan opera yang berkemungkinan merujuk kepada
makyung. Ia berasal dibawa ke Kelantan lebih kurang 200 tahun dahulu dan dari
sana ke Kedah. Selepas kemangkatan Sultan Mohamad IV pada tahun 1920,
makyung tidak lagi dikhaskan sebagai permainan istana khusus untuk raja dan
kaum kerabatnya, tetapi mula dipersembahkan untuk rakyat biasa. Dalam proses
transisi ini, makyung kehilangan banyak ciri-ciri kehalusan yang berkaitan
dengan permainan istana. Akibat perubahan dari istana ke kampung, makyung
dalam usahanya menarik penonton baru, telah menyerapkan ciri-ciri dan
keanehan kehidupan rakyat biasa. Walaubagaimanapun makyung hari ini masih
lagi melambangkan sebilangan ciri-ciri istana dalam bahasa, muzik dan tariannya.
Pada masa dahulu, makyung dimainkan untuk berbagai-bagai upacara;
tetapi yang terpenting ialah selepas menuai sebagai tanda kesyukuran dan pada
ketika-ketika lain untuk berdamping dengan semangat-semangat tertentu. Selain
itu, Makyung boleh dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara
perubatan. Tetapi pada hari ini makyung pada umumnya dimainkan untuk
upacara-upacara sekular seperti perkahwinan, hari keputeraan sultan, dan hari
kelepasan umum.
Cerita Makyung merupakan sebuah hasil sastera rakyat. Cerita-cerita
Makyung diperturunkan secara lisan dan sarat dengan pengajaran atau unsur-
unsur moralnya. Kanak-kanak boleh mempelajari sesuatu pengajaran melalui
cerita-cerita Makyung tersebut.
Secara ringkasnya, Makyung merupakan suatu bentuk dramatari Melayu
yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan,
muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan
7/27/2019 aktiviti pergerakan - Copy.docx
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-pergerakan-copydocx 14/17
bersahaja. Dramatari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani,
Kelantan, Kedah serta di Kepulauan Riau-Indonesia.
2. Main Peranan
Main peranan merupakan satu lakonan spontan yang melibarkan sekumpulan
murid tanpa menggunakan skrip. Dengan kata lain, main peranan ialah
dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakon-pelakon
cuba meyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada murid-murid lain supaya
mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara
spontan.
Kanak-kanak diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang
ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.Proses ini biasanya dimulakan
dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada
kanak-kanak dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui
filem, televisyen, mendengar rakaman dan lain-lain. Selepas itu, kanak-kanak
perlu membayangkan bagaimana situasi tersebut kemudian melakonkannya
mengikut situasi tersebut.
Antara watak-watak yang disukai mereka ialah doktor, polis, guru dan
sebagainya.
3. Tarian
Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakan badan, kaki, dan
tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian boleh dilakukan secara
bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Penyanyi juga sering mengiringi
sesuatu persembahan tarian. Kanak-kanak terutamanya kanak-kanak
prasekolah paling suka menyanyi dan menari. Tarian merupakan aktiviti yang
sering dilakukan di prasekolah.
7/27/2019 aktiviti pergerakan - Copy.docx
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-pergerakan-copydocx 15/17
Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan terdiri daripada kaum
melayu, cina, india, iban, sumazau, kadazandusun dan sebagainya. Tarian yang
dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri.
Sebagai contohnya tarian zapin, gamelan, kipas, ngajat dan sumazau. Pelbagai
adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum ini,
terutama dapat dilihat daripada tariannya. Justeru, melalui tarian, kanak-kanak
boleh mempelajari dan menghayati budaya setiap kaum di Malaysia.
4. Dekon
Dekon merupakan perkataan yang terbentuk daripada gabungan dua perkataan,
iaitu deklamasi dan lakon. Dekon dipersembahkan oleh seorang yang akan
mendeklamasikan puisi atau sajak dan pada masa yang sama berlakon.
Contohnya, seorang kanak-kanak akan mendeklamasikan sajak atau puisi dan
pada masa yang sama, seorang atau beberapa orang kanak-kanak akan
melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak atau puisi.
5. Gimnastik
Gimnastik ditakrifkan sebagai “bentuk senaman yang sistematik yang direka
untuk menghasilkan kesan-kesan tertentu terhadap tubuh badan”. Latihan-
latihan dirian, gulingan, lompatan imbangan dan sebagainya serta aktiviti-aktiviti
yang menggunakan peralatan-peralatan, baik kecil mahupun besar, adalah
aktiviti-aktiviti yang termasuk dalam bidang gimnastik. Jenis-jenis aktiviti ini
menyediakan asas untuk perlakuan-perlakuan fizikal di mana elemen-elemen
kekuatan, kelenturan, ketangkasan, daya tenaga, ketahanan otot dan imbangan
boleh dipertingkatkan dengan cara tertentu. Situasi pembelajaran yang amat
individualistik juga boleh membantu membentuk sifat-sifat seperti ketekunan,
kecekalan, keberanian dan keyakinan kendiri.
Gimnastik dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu gimnastik pendidikan,
gimnastik artistik dan gimnastik irama.
7/27/2019 aktiviti pergerakan - Copy.docx
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-pergerakan-copydocx 16/17
Kanak-kanak gemar melakukan aktiviti-aktiviti tersebut kerana mereka
tertarik kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti melompat, memanjat,
bergayut, menggolek, memusing, mengalih dan sebagainya. Seorang kanak-
kanak yang tertarik dengan sesuatu bentuk pergerakan gimnastik dan ingin
menguasainya terpaksalah bergantung kepada keupayaan dan usahanya sendiri
bagi mengatasi rintangan-rintangan seperti ketinggian, masa, daya kuasa dan
ruang. Kepuasan yang mereka perolehi akan mendorongnya untuk meneruskan
kegiatannya, dan dengan hati yang tabah sanggup menghadapi masalah-
masalah yang jauh lebih mencabar. Kanak-kanak juga boleh memanipulasi
pelbagai alatan seperti tali, bola gym, gelung dan belatan untuk melakukan
pelbagai pergerakan kreatif.
7/27/2019 aktiviti pergerakan - Copy.docx
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-pergerakan-copydocx 17/17
8.0 Rumusan
Secara intihannya, pemilihan sesuatu aktiviti dan cara mendorong kanak-kanak
untuk belajar hendaklah diasaskan kepada perkembangan sifat-sifat tabii dan
keperluan-keperluan mereka. Kegiatan-kegiatan yang dirancang itu tidak hanya
mencabar keupayaan kanak-kanak malahan perlu dibentuk dengan cara tertentu
supaya mempunyai ciri-ciri keselamatan. Ini memberi peluang kepada para
pengajar yang terlibat supaya dapat membimbing kanak-kanak menyedari
tentang batasan-batasan keupayaan dan kemampuan mereka.
Para guru tidak harus terlalu mengawal pergerakan kanak-kanak yang
cuba melakukan pergerakan yang mencabar kerana ini akan membantut
keupayaan mereka. Kanak-kanak memerlukan perhatian daripada guru-guru
mereka dalam segala perlakuan. Para guru boleh melakukannya melalui kata-
kata rangsangan, pujian dan maklum balas yang positif semasa mereka
melakukan aktiviti-aktiviti pergerakan. Sikap dan tingkah laku terpuji dapat dibina
serta diperkukuhkan dalam sanubari kanak-kanak.
Persekitaran yang merangsangkan adalah penting dalam menyediakan
kepelbagaian dan cabaran yang diperlukan untuk pertumbuhan yang sihat.
Pengalaman-pengalaman baru dalam aktiviti pergerakan akan memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk cuba mencipta idea-idea baru mengenai pergerakan
serta menggalakkan mereka berkongsi idea-idea tersebut dengan rakan-rakan
mereka. Perkembangan sosial mereka akan meningkat secara tidak langsung.
Peringkat umur prasekolah merupakan peringkat yang paling sesuai untuk
didedah kepada mereka aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif.