Upload
bob-bol
View
316
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
1/19
Tajuk: Pentadbiran dan pengurusan Pendidikan Teknik & Vokasional
PENGENALANPendidikan PTV telah wujud sejak sebelum kemerdekaan tetapi oleh sebab
pengurusan dan pentadbiran yang kurang cekap ianya tidak dapat berjalan lancar
dan teratur. Namun begitu, pelbagai cara dan usaha telah dilakukan dan
dilaksanakan untuk memajukan bidang PTV ini. Antaranya, perwujudan
Jawantankuasa Barnes, Jawatankuasa Lemon dan Jawatankuasa Winsteadt. Dewasa
ini, dengan kemajuan yang telah dicapai oleh negara, Pendidikan Teknik dan
Vokasional telah dinaik taraf dengan diperbaharui dalam pelbagai bidang kemahiran.
Namun begitu, tanpa pengurusan dan pentadbiran yang cekap, PTV tidak akan
mencapai kemajuan seperti hari ini. Umpama pahat dengan penukul, tanpa
pentadbiran dan pengurusan yang mantap maka tidak akan berkembanglah bidang
PTV dalam negara ini.
Pengurusan dan pentadbiran yang cemerlang sangat penting dalam
menyusun isntitusi dan menggerakkan kakitangannya ke arah mencapai matlamat
institusi.Organisasi dengan segala sumber yang ada padanya,sama ada sumber
manusia atau sumber bukan manusia,menjadi perkara penting yang perlu diberi
perhatian oleh pengurus yang mentadbir organisasi berkenaan.Pengurus yang
dimaksudkan adalah menyeluruh termasuk pengurus dalam bidang
pendidikan,bidang kejuteraan danlain-lain bidang kehidupan.Tanggungjawab utama
pengurus ialah memastikan bahawa organisasi yang dipimpinnya bergerak menuju
kepada matlamat yang telah ditetapkan dengan menggunakan sumber yang paling
minimum tetapi mencapai matlamat secara menyeluruh.Hal ini dapat dicapai dengan
mengamalkan pengurusan yang cekap dan menggunakan sumber yang sedia ada
secaraoptimun dan berhemah.
7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
2/19
Matlamat ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa kesefahaman yang mendalam
pihak pengurusan tentang pengertian pengurusan organisasi yang dipimpin
beliau.Pemimpin pengurusan juga perlu menguasai kemahiran komunikasi dan
perhubungan bagi menyokong beliau mewujudkan perhubungan yang baik bukansahaja antara anggota dalam sesuatu organisasi tetapi juga dengan organisasi-
organisasi lain.
Oleh itu,pengurusan ialah pencapaian objektif melalui orang yakni pengurus
bertanggungjawab atas kerja orang lain.Bush dan West-Burnham(1994)
meghasilkan satu definisi tentang prinsip pengurusan yang
meliputi,perancangan,pengambilan sumber,pengawalan,pengaturan,pimpinan dan
penilaian.Sebagai intipati,pengurus memimpin,mengurus dan mentadbir.Amat
penting bagi pengurus memastikan semua perkara terus berlaku,mengatasi
masalah,memulakan aktiviti baru dan menyatukan aktiviti secara bersama.Secara
khususnya,fungsi utama pengurusan Pendidikan Teknik dan vokasional ialah untuk
menguruskan polisi,pembelajaran,pelajar dan sumber.Pentadbir organisasi mesti
mencipta,mengekal dan meningkatkan keadaan yang boleh mewujudkan
pembelajaran yang berkesan.
7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
3/19
1. Definisi PengurusanPengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan
yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan
dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia
seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan
teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk
kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi
pengurusan.Pengurusan juga adalah melaksanakan sesuatu melalui manusia,satu
proses sosial dibentuk, disusun untuk mengujudkan kerjasama, penyertaan dan
penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu objektif
atau matlamat dan melibatkan proses kemanusiaan.
2.Definisi pentadbiranPentadbiran ialah sebuah istilah yang menghuraikan tingkah laku kerja dan
fungsi atau yang pencapaian matlamat-matlamatorganisasi. Disebabkan pentingnyatanggungjawab pentadbiran di dalam sesebuah pertubuhan, keadaan sistematik
dan konsisten boleh diwujudkan oleh para pentadbir yang mahir.Ianya satu proses
yang memusatkan kepada identifikasi, penyelenggaraan, pengawalan dan
penyertaan penggunaan sumber-sumber sama ada berupa tenaga manusia
mahupun bahan dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai
objektif yang telah ditetapkan.
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengarahan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengawalan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Matlamat&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sumber_manusia&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kewanganhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sumber_alam_semula_jadi&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Istilah&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tingkah_laku&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Disfungsi&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Matlamat&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pertubuhan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tanggungjawab&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pertubuhan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pentadbiran_(perniagaan)&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengarahan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengawalan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Matlamat&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sumber_manusia&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kewanganhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sumber_alam_semula_jadi&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Istilah&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tingkah_laku&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Disfungsi&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Matlamat&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pertubuhan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tanggungjawab&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pertubuhan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pentadbiran_(perniagaan)&action=edit7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
4/19
3. Proses Pengurusan dan pentadbiranPengurusan dan pentadbiran dalam sesuatu organisasi tentunya melalui satu
proses tertentu. Proses pengurusan pentadbiran adalah langkah atau prosedurbagaimana seseorang pengurus pentadbir itu bertindak untuk mencapai objektif
serta melaksanakan tanggungjawabnya.Senarai semak bagi satu proses pengurusan
pentadbiran adalah seperti berikut:-
a)Menentukan matlamat dan objektif dengan jelas.
b) Menentukan tenaga manusia - mengagih tanggungjawab, kewibawaan
serta Penggunaan bahan sumber.
c) Menentukan dasar prosedur, tata cara kerja yang meliputi satu-satu tugas.
d) Menentukan tugas, panduan tugas, keperluan kecekapan dan penggunaan
jenis staf.
e) Menentukan keperluan kewangan, kemudahan-kemudahan bahan serta
kemudahan.
f) Menentukan jangkawaktu dan urutan aktiviti yang dijalankan.
g) Membuat penilaian dan menentukan standard serta kualiti kerja.
7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
5/19
4.Tugas PengurusanFungsi/tindakanutama
Tugas Pasukan Individu
Kenalpastimatlamat
Jelaskanmatlamat
Tentukanjangka masa
Kumpulmaklumat
Pilih pasukan
Jelaskanmatlamat danrasional
Menjanakankomitmen
Memastikanindividu fahamtentang matlamat
Respons kepadasoalan
Melibatkan setiaporang
Rancangdan ambilkeputusan
Kenal pastipilihan
Semakkeperluan
Kenal pastikriteriakejayaan
Rujuk kepadapasukan
Senaraicadangan
Cambah fikiran
Dengar cadangan
Bimbing untuksesuatu kemahiran
Mengaturdan berimaklumat
Tentukanprosedur
Beri taklimatdan rancangantindakan
Dengar danresponskepadamaklum balas
Bentuk strukturyang sesuai
Sebarkanrancangan yangdipersetujui
Jawab soalan
dan pertanyaan
Memuktamadkanrancangan
Beri sokongankepada individu
Galakkanpendedahanmasalah
Hargai pencapaianindividu
Kawal,sokongdan awasi
Laporkemajuankepada yangberkenaan
Baikirancangan
tindakan
Tunjukkancontoh
Selaraskan kerjadengankumpulan kecil
Semak sumberyang digunakan
Beri maklum
balas tentangtugas
Tanganiperselisihan
Beri sokongankepada individu
Galakkanpendedahanmasalah
Hargai pencapaian
individu
Mententeramkanjika perlu
Penilaian/kajisemula
Nilai kejayaanmatlamat
Lapor tentangprestasikejayaan
Ambil kiratindakan masadepan
Beri maklumbalas tentangpencapaian
Jemput pasukanmembuat semak
semula tentangkeberkesanantugas mereka
Hargaiperkembanganindividu
Beri setiap individumaklum balas
tentangpencapaianmatlamat
7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
6/19
5.Peringkat pengurusan dan pentadbiranPengurusan merupakan satu proses sosial. Banyak percubaan digunakan untuk
menganalisis peringkat-peringkat proses pengurusan ini dan didapati banyak
perubahan.
5.1. Planning (merancang)Terdiri daripada:
i. menentukan apa, bila, siapa dan bagaimana hendak dibuat.
ii. mengenalpasti objektif dan menetapkan kaedah pencapaian keberkesanan
yang paling maksimum melalui proses penetapan matlamat.
iii. mengumpul serta menganalisis maklumat.
iv. mencari alternatif atau pilihan.
v. menyediakan atau menghubung perancangan dengan keputusan.
5.2. Organising (mengelola)i. mendapatkan peralatan, kelengkapan dan staf untuk mengwujudkan rangka
dasar yang baik untuk menjalankan segala aktiviti perancangan yang telah
dirancangkan.
ii. mengumpulkan segala komponen pekerjaan ke dalam satu struktur yang
baik.
iii. membentuk struktur kuasa atau wibawa (authority) dan menyelaraskan
jentera pelaksanaan.
iv. menyusun dan menjelaskan kaedah dan prosedur.
v. memilih, melatih dan memberitahu staf serta mendapatkan sumber-sumber
lain yang perlu.
7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
7/19
5.3. Directing (mengarah)i. terdiri daripada membentuk rangka kerja untuk masa dan perbelanjaan.
ii. memperkenalkan dan memberi kepimpinan dalam pelaksanaan
perancangan
dengan cara membuat keputusan.
iii. mengeluarkan arahan-arahan tertentu.
iv. memimpin, mengelola dan memberi motivasi.
5.4. Controlling (mengawal)i. menilai segala kerja yang dijalankan di peringkat perancangan.
ii. melaporkan segala penyelewengan, kelemahan dengan segera supaya
dapat dibetulkan.
iii.Menunjukkan jalan mengikut langkah-langkah yang betul dengan cara
membentuk matlamat dan taraf.
iv. menetapkan pencapaian dan memperbaiki penyelewengan dan kelemahan.
7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
8/19
6.Prinsip PengurusanTerdapat berbagai prinsip tentang pengurusan. Henry Fayol mengemukakan 14
prinsip pengurusan yang wujud dalam organisasi iaitu:-
1. Pembahagian kerja.
2. Kewibawaan.
3. Disiplin.
4. Menerima arahan dari orang lain.
5. Seorang ketua bagi satu unit atau bahagian.
6. Mementingkan kehendak masyarakat daripada kehendak individu.
7. Gaji atau upah.
8. Pemusatan
9. Aliran Kewibawaan.
10. Mengikut arahan.
11. Persamaan.
12. Kestabilan kerja
13. Inisiatif atau daya usaha.
14. espirit de corp.
7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
9/19
7.Elemen Pengurusan dan pentadbiran7.1. Membuat Keputusan
Amat penting kerana seseorang pengurus itu membuat keputusan atau
untuk membuat tindakan alternatif selanjutnya. Elemen ini timbul di dalam
semua peringkat proses pengurusan.
7.2. Menyelesai Masalah.Membuat keputusan yang lebih rumit ketika memilih alternatif bagi
mengatasi halangan atau masalah yang akan membantu pencapaian
matlamat organisasi.
7.3. Hubungan Manusia.Digunakan untuk mendapatkan kerjasama dan penyertaan pekerja,
menggunakan motivasi dan daya kepimpinan yang baik.
7.4. Komunikasi.Satu kuasa penggerak dan proses dinamik dalam organisasi yang
dapat membantu kerjasama dan kemajuan secara berkelompok ke arah
pencapaian matlamat organisasi.
7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
10/19
8.Pembahagian TugasPertimbangan yang terakhir dalam jadual ialah pembahagian yang
perlu diuruskan.Dengan bertambahnya tanggungjawab dan jawatan dalam
pengurusan kemajuan guru,terdapat juga kesan dari pembahagian tugas
yang efisien.Waktu yang diagihkan mesti mencerminkan keperluan sesuatu
tanggungjawab dan tugas.Pembahagian tugas untuk kerja pengurusan
penting untuk pengurusan yang berkesan.
Perincian dan keterangan tentang jawatan dapat membantu sesiapa
yang membuat pembahagian tugas.Jika seseorang staf mempuyai peranan
yang jelas dan khusus berkaitan dengan beberapa jam dalam jadual
waktu,sudah pasti tiada masalah untuk membentuk jadual untuk peringkat
individu.Jika terdapat ruang yang kurang jelas atau tidak dikenal pasti,ia akan
menghalang proses pembentukan jadual dengan baik.
Oleh itu,pengurus haruslah berusaha untuk terlibat sama dalam proses
merancang pengurusan yang teratur.Keperluan individu dan pasukan perlu
dikenal pasti untuk kepentingan perancangan yang berkesan.Salinan bagi
surat menyurat mesti disimpan.Berunding dan bertolak ansur untuk tujuan
menyelesaikan masalah.Pengurus harus mempunyai pengetahuan dan
kefahaman dalam proses perancangan pengurusan.Dengan kemahiran dan
kebolehan yang diperlukan,pengurus haruslah berada dalam kedudukan
untuk merancang jauh ke hadapan.
7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
11/19
Proses Perkembangan dan perlaksanaan tugas di sekolah
7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
12/19
9. Standard (Piawaian) dalam PTVWalaupun terdapat banyak badan-badan yang membuat pemantauan
standart di Malaysia,hanya dua elemen sahaja yang betul-betul terarah kepada
PTV iaitu Majlis Latihan Vokasional Malaysia(MLVK) dan Standart Kemahiran
Pekerjaan Kebangsaan(NOSS).Kedua-dua elemen ini berkait rapat dengan
Pendidikan dan Latihan Vokasional di Malaysia.
9.1.Pengenalan Sistem Standard di MalaysiaTerdapat beberapa badan di Malaysia yang terlibat dalam menetapkan
standart pendidikan dan latihan.Di peringkat pendidikan tinggi,lembaga
Akreditasi Negara atau LAN yang ditubuhkan pada tahun 1996 berfungsi
untuk merangka dasar,prosedur,standart dan memantau kualiti program yang
ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi.
Di peringkat sekolah pula,Jemaah Nazir Sekolah berperananmemastikan kualiti program di sekolah.Untuk program-program professional
pula terdapat badan-badan professional yang memantau kualiti dan standard
seperti Instituon of Engineers Malaysia(kejuteraan),Malaysia Medical
Assotiaon(perubatan) dan lain-lain.
Di sektor industri,SIRIM berperanan untuk memantau kualiti industri
termasuk menganugerahkan pengkitirafan ISO untuk syarikat-syarikat yang
layak.Di sektor awam,Mampu ditugaskan untuk menganugerahkan
pengiktirafan ISO kepada institusi dan pejabat awam yang mencapai tahap
kualiti yang ditetapkan.
7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
13/19
9.2.Definisi standardStandard bolehlah didefinisikan sebagai sesuatu peraturan,kriteria atau
piawaian yang ditetapkan sesebuah badan yang mempunyai kuasa atau diberi
kuasa. Standard biasanya digubal oleh badan profesional yang mempunyai
kepakaran dalam sesuatu badan. Contohnya, Amerika Syarikat, badan-badan
profesional seperti National Council for Accrediation for Teacher Education
(NCATE) memantau program pendidikan manakala Accrediation Board for
Engineering Technology (ABET) memantau program Kejuruteraan dan
Teknologi.
9.3.Kepentingan standardStandard atau piawai adalah penting kepada individu atau organisasi
dalam menbuat keputusan tentang sesuatu perkara. Standard juga digunakan
untuk menentukan dan memantau kualiti individu atau program.
7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
14/19
10.Bahagian-bahagian dalam Majlis Latihan Vokasional (MLVK) adalah sepertiberikut:
6 bahagian
penting
dalam
MLVK
Bahagian
Perancang
an
Penyelidik
an danGalakan
Bahagian
Penyelarasan
dan Khidmat
Runding
Bahagian
kurikulum
Bahagian
Persijilan
Bahagian
Pengiktiraf
an
Bahagian
Pentadbiran
dan
Kewangan
7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
15/19
10.1.Bahagian Perancangan Penyelidikan dan GalakanBahagian ini bertanggungjawab melaksanakan 3 tugas utama iaitu:
Penyelidikan dan perancangan
Promosi
Pusat Sumber
10.2. Bahagian Penyelarasan dan Khidmat RundingBahagian ini bertanggugjawab menyelaras jawatankuasa dan program
berikut:
Jawantankuasa Penasihat Kemahiran (JPK)
Jawatankuasa Tetap Penyelarasan antara agensi latihan
(JTPAAL)
Program pembangunan kemahiran pengajar (PKP), tenaga
pengajar latihan vokasional
Jawatankuasa kerjasama pengambilan pelatih secara bersepadu
ke institusi kemahiran awam
10.3. Bahagian KurikulumBahagian ini bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berikut:
Standard kemahiran pekerjaan kebangsaan (NOSS)
Pembangunan panduan bahan pembelajaran
7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
16/19
10.4. Bahagian PensijilanBahagian ini bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berikut:
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Pentauliahan Program Latihan
Ujian Kemahiran
Pentauliahan pencapaian terdahulu
Pusat bertauliah
Pertandingan kemahiran (Peringkat kebangsaan dan
antarabangsa)
10.5. Bahagian PengiktirafanPengiktirafan persijilan kemahiran Malaysia melibatkan pihak-pihak seperti
kerajaan sendiri, khususnya JPA dan Kementerian berkaitan, pihak industri dan
majikan serta badan antarabangsa dan organisasi luar negara. Bahagian ini
bertanggungjawab melaksanakan urusan penilaian dan kelulusan program latihan
termasuk:
Bidang-bidang yang belum ada NOSS
Pentauliahan tahap 3,4 dan 5
Program yang dikendalikan oleh badan organisasi lain (awam
dan swasta, dalam atau luar negara)
10.6. Bahagian Pentadbiran dan KewanganBahagian ini bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berikut:
Pentadbiran
Penjawatan
Kewangan
Pembangunan Kakitangan
7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
17/19
KesimpulanKefahaman tentang tujuan pengurusan dan pentadbiran dalam konteks PTV
merupakan satu asas penting. Penyataan yang boleh didapati oleh semua memberi
titik permulaan kepada semua aktiviti pengurusan dan pentadbiran PTV iaitu amalan
dan polisi. Sebagai suatu organisasi, PTV harus melibatkan diri dalam
perkembangan, pelaksanaan dan penilaian pernyataan visi dan misi. Seperti yang
ditunjukkan, perkongsian dan pernyataan visi dan misi sangat penting untuk
mengenal pasti objektif dan polisi utama yang akan menjadi rangka kerja pendidikan
yang kursus kesesuaiannya untuk sesuatu masyarakat.
Oleh itu, pengurusan dan pentadbiran ialah pencapaian objektif melalui orang
yakni pengurus bertanggungjawab atas kerja orang lain. Sebagai intipati pengurusan
dan pentadbiran memimpin, mengurus dan mentadbir. Amat penting bagi
pengurusan dan pentadbiran memastikan semua perkara terus berlaku, mengatasi
masalah, memulakan aktiviti baru dan mempelbagaikan aktiviti yang sedia ada.
7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
18/19
Sumber rujukan
Hasmah Jalil(2007).Rancangan Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Yahya Emat al-Haj(2005).Buku Pendidikan Teknik dan Vokasional di
Malaysia,IBS BUKU sdn.bhd.
Sonia Blandford(1999).Bahariah Yusuf(penterjemah).Pengurusan Peringkat
Pertengahan di Sekolah,Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad,Kuala
Lumpur.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengurusandiakses pada 23 Febuari 2008
members.tripod.com/~ifah/pengurusan.htm diakses pada 24 Febuari 2008
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengurusanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pengurusan7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV
19/19