31
[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014] ALIS20 – FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM TUGASAN KAJIAN FESYEN BARAT IKUTAN MASYARAKAT MALAYSIA PENSYARAH USTAZAH HIDAYATUL SAKINAH BT MOHD ZULKIFLI PELAJAR NOR AZIMAH BT ABDUL BASIR (1311171166) NUR ADILAH BT ZULKIFLE (1311171043) NURUL FATINI BINTI YUSRI (1311171071) NUR NAJAA BT MAMAT (1311171084) AINAA RASYIQAH BT AHMAD ROZI (1311170592) 1

alis20 folio

Embed Size (px)

DESCRIPTION

alis folio 20

Citation preview

Page 1: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

ALIS20 –

FALSAFAH AKHLAK

DALAM ISLAM

TUGASAN KAJIAN

FESYEN BARAT IKUTAN MASYARAKAT MALAYSIA

PENSYARAH

USTAZAH HIDAYATUL SAKINAH BT MOHD ZULKIFLI

PELAJAR

NOR AZIMAH BT ABDUL BASIR (1311171166)

NUR ADILAH BT ZULKIFLE (1311171043)

NURUL FATINI BINTI YUSRI (1311171071)

NUR NAJAA BT MAMAT (1311171084)

AINAA RASYIQAH BT AHMAD ROZI (1311170592)

1

Page 2: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

ISI KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN 3

2 ISU KAJIAN 4

3 TUJUAN KAJIAN 5

4 PERBINCANGAN 6

5 PENUTUP

6 RUJUKAN

2

Page 3: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

PENGENALAN

Manusia merupakan sebaik-baik kejadian yang dicipta oleh Allah. Firman Allah S.W.T:

Al-Quran dalam surah At- Tinn 95:4 Maksudnya: “ Sesungguhnya Kami mencipta manusia

dalam bentuk yang sebaik-baiknya”. Berdasarkan ayat ini, manusia sebagai ciptaan-Nya

sepatutnya berasa bersyukur di atas kurniaan ini. Oleh itu, salah satu cara menunjukkan tanda

kesyukuran kepada Allah S.W.T adalah melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala

kemungkaran seperti menutup aurat.

Menutup aurat merupakan tuntutan yang wajib dalam Islam. Jadi, apabila seseorang itu

tidak menutup aurat pasti mengundang kemurkaan Allah S.W.T. Sebab itulah agama Islam

menitikberatkan mengenai menutup aurat. Tetapi masyarakat Islam sekarang seolah-olah

mengabaikan dan membelakangkan soal menutup aurat terutamanya cara berpakaian dan terikut

dengan cara pemakaian Barat.

Budaya berpakaian orang Barat sangatlah bertentangan dengan budaya berpakaian

orang Malaysia. Budaya berpakaian orang Barat cenderung kepada pakaian yang pendek,

terbuka dan jarang sedangkan budaya Malaysia sangatlah terkenal dengan cara pemakaiannya

yang menutup aurat sesuai dengan ajaran Islam.

Budaya pakaian orang Barat secara tidak langsung telah menular dalam masyarakat

Malaysia dan memengaruhi generasi muda di Malaysia. Anak muda sekarang sudah berani

berpakaian mengikut cara Barat tanpa takut akan kesan ketara yang akan terjadi iaitu

meningkatkan gejala maksiat di Malaysia.

3

Page 4: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

ISU KAJIAN

Kaji masalah berpakaian dan berfesyen yang melampau yang melanda masyarakat

Malaysia. Adakah Malaysia sudah tiada jati diri sehingga terikut-ikut dengan kehidupan Barat.

Bincangkan.

4

Page 5: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian kami ialah:

1. Mengkaji dan membincangkan tentang hukum menutup aurat dan ciri-ciri

pakaian menurut Islam terhadap lelaki dan wanita

2. Mengkaji masalah berpakaian dan berfesyen yang melampau yang melanda

masyarakat Malaysia

3. Mengkaji punca-punca masyarakat Malaysia terpengaruh dengan cara

pemakaian budaya Barat

4. Mengakaji kesan pemakaian Barat terhadap kehidupan seorang muslim

5. Mengkaji langkah penyelesaian terhadap masalah ini

5

Page 6: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

PERBINCANGAN

Hukum menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut Islam terhadap lelaki dan wanita

Islam tidak pernah menentukan fesyen atau bentuk pakaian yang diberi nama pakaian

Islam. Islam menerima semua fesyen dan reka bentuk pakaian asalkan pakaian itu menutup aurat

dengan sempurna dan tidak membangkitkan nafsu seks sama ada lelaki atau wanita.

Dalam persoalan mentup aurat ini kita boleh lihat adanya tiga kategori manusia. Yang

pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan

ketiga, langsung tidak menutup aurat. Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna

kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup

aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat. Kumpulan kedua menutup

aurat, tetapi tidak sempurna. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala

tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang

kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton

kepada orang. Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup

aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup.” Kata-kata ini,

tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal. Kumpulan ketiga yang tidak

menutup aurat langsung sudah semestinya tidak mengambil berat akan azab yang akan

ditimpakan oleh Allah kepada mereka kelak.

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak

tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram)

walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua

6

Page 7: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah dalam surah

an-nur ayat 31 “katakanlah kepada wanita yang beriman, “hendaklah mereka menahan

pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya

kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke

dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah

mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau

saudara-saudara laki-laki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-

wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak

mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat

wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka

sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman

supaya kamu beruntung.”

Aurat lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut dan lelaki turut wajib menutup

aurat. Hal ini berdasarkan hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk

bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku; “Apakah

kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan

Malik)

7

Page 8: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

Masalah berpakaian dan berfesyen yang melampau yang melanda masyarakat Malaysia

Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian

bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin

moden. Tetapi kebanyakkan wanita Melayu yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan

terdedah, kaki terdedah dan dada terdedah.

1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi

Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan

bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans

low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat

apabila membonceng motorsikal.

2. Tudung Nampak Bayang Rambut

Ini satu lagi fesyen yang melampau. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini,

bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di

bahagian belakang tudung. Sekarang menjadi trend memakai tudung tapi rambut diikat sangat

tinggi macam bonggol unta.

http://bubblesman.blogspot.com/2012/10/trend-melampau-perempuan-melayu-sekarang.html

8

Page 9: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

Pelbagai fesyen baru timbul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Trend 'punk', 'funky',

'rappers', 'gengster', 'skinhead', 'grunge' dan sebagainya juga mempunyai cara pemakaian mereka

yang tersendiri. Trend demikian bukan hanya di kalangan kaum lelaki malah kaum perempuan.

Walaupun pakaian remaja lelaki tidak begitu menimbulkan masalah dalam mendedahkan aurat,

namun ia tidak sopan malah menjatuhkan maruah budaya negara kita. Ini kerana pakaian tersebut

melambangkan kelemahan pegangan remaja kita terhadap agama dan budaya bangsa.

Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang

begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja. Namun apa boleh

disimpulkan di sini, pakaian tradisi kita yang telah dieksploitasikan. Baju kurang misalnya,

pakaian rasmi negara kita yang begitu sopan dipandang mata, namun yang menyedihkan kainnya

telah dibelah sehingga menampakkan betis ketika si pemakai melangkah.

Bangsa asing mentertawakan akan kebodohan dan kelemahan remaja kita kerana dengan

mudah mereka membeli dan mempengaruhi minda remaja kita. Sebilangan dari remaja kita juga,

lupa atau tidak tahu akan jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan,

sementara perempuan pula sebaliknya. Golongan seperti ini akan dilaknat oleh Allah. Ini jelas

dinyatakan dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah

melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

http://www.citusarawak.net/index.php?option=com_content&view=article&id=97:pakaian-

remaja-di-mana-silapnya&catid=38:slideshow

9

Page 10: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

Punca-punca masyarakat Malaysia terpengaruh dengan cara pemakaian budaya Barat

Pada zaman globalisasi ini, negara-negara di seluruh dunia yang terpisah oleh jarak

ribuan kilometer dianggap sangat dekat kesan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.

Oleh sebab itu, apabila berlaku suatu perkembangan terbaru di sesebuah negara, terutamanya

negara maju, maka perkembangan itu akan melanda negara-negara lain dengan pantas. Golongan

remaja yang paling mudah terikut-ikut trend semasa. Mereka akan meniru cara pergaulan,

berpakaian, berkomunikasi atau cara berhibur yang ditonton di televisyen atau dilayari melalui

internet.

Pengaruh rakan

Menurut Hashim bin Haji Bedu, Khairulhelmi bin Katip, Mohd Fahmi bin Mohd Sahid &

Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor dalam kertas kerja Seminar Kaunseling Keluarga 2008 di

UTM Skudai bertajuk Keruntuhan Akhlak Dan Gejala Sosial Dalam Keluarga: Isu Dan Cabaran,

mereka menerangkan bahawa remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada

peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja

perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam

kalangan remaja.

Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan

perkara-perkara tersebut. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang

menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya,

umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan

10

Page 11: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya

perkara perkara tersebut.

Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh

membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi

mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada

gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika

mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka

akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga

kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam

gejala sosial.

Faktor Keluarga

Tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain

menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap,

berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini

menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Ibu

bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak.

Tanpa bimbingan yang betul, remaja kemungkinan akan membelanjakan wang mereka dengan

membeli pakaian yang tidak menepati syariat Islam. Namun, ada ibu bapa yang terikut dengan

fesyen barat, lalu diikuti oleh anak-anak mereka.

Sifat suka meniru

Remaja memang memiliki sifat suka meniru dan cepat terpengaruh dengan sesuatu yang

dianggap menarik. Mereka memiliki sikap suka mencuba sesuatu yang baharu tanpa berfikir

11

Page 12: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

panjang tentang kebaikan atau keburukannya.Antara aspek kehidupan yang kerap berubah

termasuklah gaya berpakaian. Remaja suka meniru cara masyarakat Barat berpakaian

sebagaimana yang ditonton di televisyen. Oleh sebab itu, bilangan remaja yang berani

berpakaian menjolok mata hingga mendedahkan aurat semakin meningkat. Sesungguhnya hal ini

merupakan suatu trend yang kurang sihat bagi masyarakat timur yang terkenal dengan adab

sopan. Apabila artis tempatan juga mengikuti fesyen barat, dalam masa yang sama remaja yang

meminati artis-artis tersebut terikut-ikut dengan fesyen mereka.

Media massa

Menurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di blognya bertajuk Masalah Sosial

Di Kalangan Remaja : Punca Dan Penyelesaian, pengaruh persekitaran luaran dan media massa

juga sentiasa membentuk cara pemakaian para remaja yang masih mentah dalam menghadapi

kehidupan harian. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang

seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Malah, pakaian yang seksi-

seksi lebih laris di pasaran sekarang.

 Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk.

Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pemakaian yang

terlalu ikutkan barat dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta

rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan

perkara yang tidak baik. Umpamanya cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang

mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan

mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media

ini mudah diperolehi.

12

Page 13: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

Gaya hidup

Sesetengah remaja mengamalkan gaya hidup moden.Gaya hidup moden biasanya

diamalkan di bandar bagi sesetengah golongan masyarakat. Meraka lebih suka mengikut fesyen

terkini seiring dengan arus pemodenan dan globalisasi. Bagi mereka pakaian tradisional

dianggap lapuk di telan zaman. Ada juga remaja yang tidak mempunyai pegangan agama yang

kuat. Seseorang yang kurang mendapat didikan agama mudah terdorong kepada unsur-unsur

negatif dengan meniru fesyen dari negara barat.

13

Page 14: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

Kesan pemakaian Barat terhadap kehidupan seorang muslim

Terdapat beberapa kesan pemakaian Barat terhadap kehidupan seorang muslim. Antara kesan-

kesannya ialah muslim yang meniru cara pemakaian budaya barat akan dipandang rendah dan

tidak dihormati oleh masyarakat disekelilingnya. Tambahan pula, meraka yang mengamalkan

cara pemakaian barat yang seksi dan menjolok mata akan mengundang berlakunya kejadian

yang tidak diingini ke atas dirinya seperti mangsa raba atau rogol. Bayangkan jika kita memakai

seluar panjang, berbaju kurung, bertudung dan baju berlengan panjang, perogol mengambil masa

yang lama untuk 'mengerjakan' anda. Malah kita sempat untuk menjerit meminta bantuan.

Berbanding jika kita berpakaian seksi, ini memberi peluang kepada penjahat untuk merogol

dengan mudah dan pantas. Berpakaian menjolok mata seolah-olah kita yang memberi peluang

untuk mereka melakukan kejahatan.

Seterusnya, dosa seorang wanita muslim yang tidak menutup aurat dengan sempurna

kerana terpengaruh dengan cara pemakaian barat bukan ditanggung oleh dirinya sahaja malah

beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Dek kerana

dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab

mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Mereka ialah suaminya, ayahnya, saudara

lelakinya dan anak lelakinya. Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab

memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita.

Selain golongan-golongan di atas, terdapat juga golongan-golongan lain yang terlibat

kerana dosa wanita tersebut. Golongan yang pertama ialah sahabat. Sahabat yang menyuruh,

mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu

menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat. Sahabat yang tidak menegur

14

Page 15: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Golongan yang

kedua ialah orang yang melihat. Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan

menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya

sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda. Golongan

yang ketiga ialah jurufoto. Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang

tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu

dalam majalah, internet dan seumpamanya. Golongan yang seterusnya ialah penerbit surat

khabar, majalah, blog dan sebagainya. Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita

adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya.

Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang

ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat. Selaian itu golongan

penjual/ penyebar tutut sama terlibat. Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa

sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged,

Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang

haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan. Golongan yang terakhir ialah pembeli/

pembaca. Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang

menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat

ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-

golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka. Golongan-

golongan yang disebutkan diatas adalah antara orang ynag akan menanggung dosa keran seorang

wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna berlandaskan syariat Islam.

Selain itu, wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna kerana terikut-ikut dengan budaya

barat akan menerima azab yang pedih di akhirat kelak. Hal ini jelas dinyatakan dalam hadith.

15

Page 16: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

Rasulullah S.A.W bersabda : “Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang

akan digantung rambutnya sehingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu yang

semasa di dunia enggan menutup rambutnya daripada dilihat laki-laki yang bukan

mahramnya.” (HR Bukhari & Muslim). Sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah

Radhiallahu‘anhu menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Ada dua

golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad SAW) melihatnya, iaitu; kaum

lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan

wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada

menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan

melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka

tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu

sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (HR Muslim)

16

Page 17: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

Langkah penyelesaian terhadap masalah berfesyen yang melampau

1) Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah seorang remaja atau

anak. Ini kerana merekalah orang pertama yang dikenali oleh seorang anak. Setiap insan

dilahirkan adalah sama tetapi yang mengubah dan mencorak tingkah laku dan peribadi ialah ibu

bapanya sendiri. Didikan dan asuhan yang diberikan oleh mereka amat penting dalam membina

kekuatan jati diri seseorang remaja dalam mengharungi segala rintangan dan cabaran dalam

dunia ini. Islam telah menetapkan tatacara dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa hendaklah

memberikan contoh dan teladan yang terbaik kepada anak-anak dari segi pakaian dengan

mengamalkan cara berpakaian yang betul dalam islam serta membimbing anak-anak menteladani

cara mereka berpakaian. Marilah merenung kata-kata Zig Ziglar yang sememangnya wajar

dicontohi oleh ibu bapa.

‘ Remind your daughter that if she is not careful, she can do considerable amount of flirting with

a glance of her eyes. Also, be sure to carefully supervise the way she dresses. A skirt that is to

tight or too short is an invitation to trouble. Father should explain to their daughters that men are

sightoriented and some of them can rationalize anything. Tell your daughter that seductive

behaviour and clothing are not appropriate at any time especially not at the office. A pragmatic

father can give his daughter many invaluable insights into male psyche.’

Jika seorang bukan Islam mengetahui cara-cara mendidik anak-anak berpakaian apatah

lagi seorang muslim yang telah pun ditunjukkan cara-cara mendidik anak oleh Rasullulah s.a.w.

17

Page 18: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

Oleh itu,ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menangani cara

berpakaian yang terlampau mengikut budaya barat.

2) Peranan Masyarakat sesama Islam

Masyarakat merupakan sebuah organisasi yang amat penting dalam membentuk jati diri

umat islam. Jika keadaan masyarakat baik akhlaknya, maka baiklah akhlak remajanya begitulah

sebaliknya. Masyarakat yang berada di sesuatu kawasan mestilah mengambil berat keadaan yang

berlaku di sekeliling mereka. Mereka tidak boleh berpegang dengan prinsip ‘Jangan jaga tepi

kain orang.’. Ini kerana sikap seumpama ini hanya membawa keburukan kepada masyarakat

islam sendiri. Kalau ada di kalangan mereka mulai terpesong cara pemakaiannya,masyarakat

islam terutamanya perlu adpis dan memberi teguran yang membina supaya hidayah itu sampai ke

hati seseorang itu. Dengan cara ini. kita harus memastikan bahawa masyarakat itu sendiri perlu

mangamalkan cara pemakaian islam yang betul sebelum menegur seseorang itu. Maruah islam

perlulah dijaga,supaya penganut agama lain tidak memandang serong akhlak orang islam. Untuk

memastikan perkara ini tidak berlaku, umat islam perlu bersatu untuk mengadakan amar makruf

dan nahi mungkar demi kebaikan bersama melalui saluran dakwah,usrah,ceramah dan kempen-

kempen yang dapat menarik minat perhatian ramai umat islam.

3) Memperbanyakkan kempen mendekati remaja

Remaja laksana kain putih yang belum dicemari dengan apa-apa. Sekiranya amalan hidup

agama islam hendak dipraktikkan dalam kehidupan, ia perlu bermula dari umur yang muda lagi

supaya senang dibentuk dan dididik. Oleh itu, penyampaian kempen dan lain-lain aktiviti yang

melibatkan kesedaran hendaklah segera disebarkan dalam kalangan remaja.

Melalui kempen ini juga, memberikan kesempatan kepada remaja dan masyarakat islam

membuka mata dan fikiran mereka betapa besarnya ancaman Barat terhadap mereka. Secara

18

Page 19: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

tidak langsung kita boleh mengawal umat islam daripada terpengaruh dengan cara berpakaian

melampau barat.

Kempen-kempen ini hendaklah menjurus kepada pembentukan akhlak dan sahsiah umat

islam supaya golongan-golongan ini ini dapat membezakan amalan gaya hidup islam dengan

gaya hidup barat. Dengan cara ini, golongan islam yang terpesong ini dapat diserapkan dengan

cara yang betul dalam pemakaian islam secara praktikal.

4) Membekalkan remaja dengan ilmu

Keilmuan adalah satu perkara yang amat penting sebagai persediaan dan pertahanan

remaja dalam menyusun tindakan dan menyertai arus perubahan atau era globalisasi hari ini.

Oleh itu, pendidikan agama hendaklah ditingkatkan di sekolah-sekolah supaya golongan remaja

merupakan golongan yang mempunyai pegangan hidup yang bermakna serta dapat menyemai

nilai-nilai dan akhlak yang baik dan murni supaya dapat membezakan amalan buruk dan baik

dalam mengamalkan gaya hidup seharian. Belakangan ini, masyarakat pendidik dan didikan itu

sendiri terutamanya tidak mementingkan subjek-subjek yang remeh seperti pendidikan

agama,oleh itu, perkara ini haruslah diubah. Subjek pendidikan islam perlu dijadikan antara

subjek yang wajib lulus dan ilmu praktikal islam perlu dijadikan sebahagian daripada ko-

kurikulum.

5) Media Massa

Marcapada ini, media massa lebih gemar menayangkan siaran-siaran yang menunjukkan

golongan-golongan yang mendedahkan aurat kerana bagi mereka siaran begini lebih 'komersial'.

Tidak dapat dinafikan bahawa alasan mereka itu ada yang benar namun,sekiranya mereka tidak

menayangkan siaran-siaran tersebut, maka umat islam tidak akan melihatnya bahkan juga tidak

19

Page 20: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

akan terpengaruh dengan budaya-budaya buruk tersebut. Adalah lumrah manusia untuk

mengamalkan apa yang majoriti masyarakat mengamalkan seperti cara berpakaian dan media

massa ialah saluran yang paling konversional untuk masyarakat mengikuti perkembangan masa

kini.

20

Page 21: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

LAMPIRAN

21

Page 22: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

PENUTUP

Kesimpulannya, aurat merupakan sesuatu yang perlu dijaga dengan baik agar kehidupan

di dunia ini dipenuhi dengan keberkatan dan tergolong dalam golongan yang terpuji di akhirat

kelak. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani umatnya. Segeralah memohon

keampunan Allah S.W.T. Janganlah masyarakat Islam di Malaysia pada hari ini mudah tertipu

dengan godaan syaitan. Semua pihak seperti yang dibincangkan sebelum ini perlu sedar akan

tanggungjawab masing-masing dalam mewujudkan masyarakat Islam yang menutup aurat

supaya kehidupan di dunia ini diberkati Allah S.W.T.

Tambahan pula, pakaian seseorang melambangkan keperibadian muslim seseorang.

Pada zaman ini, masyarakat telah terpengaruh dengan cara pemakaian Barat sehingga

mengabaikan ajaran Islam dan melanggar garis panduan pemakaian yang telah ditetapkan oleh

Allah dan Nabi Muhammad. Ini menunjukkan bahawa masyarakat kini mendapat pendidikan

Islam yang kurang sehingga menyebabkan masyarakat senang terpengaruh dengan cara

pemakaian budaya Barat.

Selain itu, hati adalah punca segala perbuatan dan sifat-sifat manusia yang tercela.

Pelajar yang berdampingan dengan perbuatan maksiat dan zina adalah manusia yangmemiliki

hati yang kotor, rosak dan mati. Perintah Tuhan diabaikan sebaliknya cenderung mengikut kata

hati atas pujukan dan tipu daya syaitan. Oleh itu, kita hendaklah memantapkan akidah dan

menjaga hati kita daripada terpengaruh dengan pujukan syaitan yang melanggar perintah Allah

seperti hal-hal yang telah dibincangkan tadi.

22

Page 23: alis20 folio

[FALSAFAH AKHLAK DALAM ISLAM] [2014]

RUJUKAN

Mohd Asri Zainul Abidin. 2004. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah. Johor

Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Shaik Kadir. 2009. Pendekatan Islam. Selangor: Marshall Cavendish Editions.

Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin. 2004. Aurat Kod Pakaian Islam. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

http://waesiiz.blogspot.com/2011/02/pengaruh-budaya-barat-terhadap-remaja.html. 2/2/2014

http://www.slideshare.net/NurulMajid1/18003584-proposalbukuteks. 14/2/2014

http://bestfriendyustin.blogspot.com/2013/03/pengaruh-berpakaian-budaya-barat.html. 20/2/2014

http://www.citusarawak.net/index.php?option=com_content&view=article&id=97:pakaian-

remaja-di-mana-silapnya&catid=38:slideshow 27/2/2014

http://bubblesman.blogspot.com/2012/10/trend-melampau-perempuan-melayu-sekarang.html

28/2/2014

23