Upload
nguyennguyet
View
263
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PEMBELAJARAN
DI KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SITI AZWANEE BINTI ABDULLAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kemahiran generik
dalam pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini berdasarkan kepada empat daripada tujuh
kemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM iaitu kemahiran
komunikasi, kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri, etika atau moral dan
keyakinan diri. Responden kajian adalah terdiri daripada 228 orang pelajar tahun akhir
Fakulti Pendidikan. Responden adalah terdiri daripada empat jabatan iaitu Jabatan
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Jabatan Sains Sosial, Jabatan Matematik dan
Sains serta Jabatan Multimedia Pendidikan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini
adalah soal selidik. Data kajian dianalisis menggunakan perisisan Statistical Packages
for the Social Science (SPSS 16.0 For Windows) untuk mendapatkan nilai min,
kekerapan, peratusan dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
kemahiran generik yang dikaji adalah tinggi dimana min keseluruhan bagi aspek
kemahiran komunikasi adalah 4.00, aspek kemahiran fleksibel atau mampu
menyesuaikan diri adalah 3.69, aspek etika atau moral ialah 4.19 dan aspek keyakinan
diri adalah 3.92. Ujian ANOVA pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara kemahiran generik yang dikaji berdasarkan jabatan responden.
Pengkaji juga mencadangkan beberapa perkara untuk mempertingkatkan lagi tahap
amalan kemahiran generik di kalangan pelajar.
vi
ABSTRACT
The objective of this study was to identify the level of generic skills practice in
learning among the final year students of Faculty of Education at University
Technology Malaysia (UTM). This research was based on four out of seven UTM
Graduate Attributes that are communication skills, adaptability, ethics and integrity and
also self-esteem. A total of 228 final year students were selected as respondents for the
study consisting of four departments which are Department of Technical and
Engineering Education, Department of Social Science, Department of Mathematics and
Science and Department of Multimedia in Education. Data obtained was analyzed using
Statistical Packages for the Social Science (SPSS 16.0 For Windows) to find mean,
frequency percentage and standard deviation. The findings indicated that the levels of
generic skills usage are high where the cumulative mean value for communication skill
aspects is 4.00. As for adaptability aspects, the mean value is 3.69 followed by ethics
and integrity aspects with 4.19 for the mean value. The final aspect is the self-esteem
with the mean 3.92. The ANOVA Tests showed that there were no significant
differences in the practice of generic skills based on student’s departments. Several
suggestions are presented to increase the level of the generic skills practice among
students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan. 1
1.2 Latar Belakang Masalah. 2
1.3 Penyataan Masalah. 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Rasional Kajian 10
1.8 Kepentingan Kajian 11
1.9 Skop Kajian 12
viii
1.10 Batasan Kajian 12
1.11 Definisi Operasional
1.11.1 Tahap 13
1.11.2 Amalan 13
1.11.3 Kemahiran Generik 13
1.11.4 Kemahiran Komunikasi 14
1.11.5 Kemahiran Fleksibel 14
1.11.6 Etika atau Moral 14
1.11.7 Keyakinan Diri 15
1.11.8 Pembelajaran 15
1.11.9 Pelajar 15
1.12 Penutup 16
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Kemahiran Generik 18
2.2.1 Definisi Kemahiran Generik 18
2.2.2 Konsep Kemahiran Generik 20
2.2.3 Kepentingan Kemahiran Generik 24
2.3 Kemahiran Generik di Malaysia 25
2.4 Kemahiran Komunikasi 27
2.4.1 Jenis-jenis Kemahiran Komunikasi 30
2.4.2 Model Komunikasi 31
2.5 Kemahiran Fleksibel atau Mampu Menyesuaikan Diri 32
2.6 Etika atau Moral 34
2.6.1 Kepentingan Etika 36
2.7 Keyakinan Diri 38
2.7.1 Cara-cara Meningkatkan Keyakinan Diri 41
ix
60
2.8 Kajian-kajian Lepas 43
2.9 Penutup 45
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 46
3.2 Reka Bentuk Kajian 46
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 47
3.4 Instrumen Kajian 49
3.4.1 Bahagian A 49
3.4.2 Bahagian B 50
3.4.3 Bahagian C 50
3.4.4 Bahagian D 50
3.4.5 Bahagian E 50
3.5 Kesahan Soal Selidik 51
3.6 Kajian Rintis 52
3.7 Penganalisaan Data 53
3.8 Prosedur Kajian 55
3.9 Penutup 56
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 57
4.2 Analisis Data Bahagian A 57
4.2.1 Jantina 58
4.2.2 Jabatan 58
4.3 Analisis Data Bahagian B 59
4.3.1 Tahap Amalan Kemahiran Komunikasi dalam
Pembelajaran di Kalangan Pelajar-pelajar
x
62
65
67
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
4.3.2 Tahap amalan Kemahiran Fleksibel atau
Mampu Menyesuaikan Diri dalam Pembelajaran
di Kalangan pelajar Tahun Empat Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
4.3.3 Tahap Etika atau Moral dalam Pembelajaran
di Kalangan Pelajar-Pelajar Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
4.3.4 Tahap Keyakinan Diri Pelajar Tahun Empat
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia dalam Pembelajaran
4.3.5 Purata Min bagi Persoalan Kajian 69
4.3.5.1 Purata Min bagi Aspek Kemahiran 70
Komunikasi Mengikut Jabatan
4.3.5.2 Purata Min Aspek Kemahiran 71
Fleksibel atau Mampu Menyesuaikan
Diri Mengikut Jabatan
4.3.5.3 Purata Min Aspek Etika atau Moral 72
Mengikut Jabatan
4.3.5.4 Purata Min Aspek Keyakinan Diri 72
Mengikut Jabatan
4.4 Pengujian Hipotesis 73
4.4.1 Hipotesis Nol 1 73
4.4.2 Hipotesis Nol 2 74
4.4.3 Hipotesis Nol 3 75
4.4.4 Hipotesis Nol 4 76
4.5 Penutup 77
xi
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 78
5.2 Rumusan Kajian 78
5.3 Perbincangan 80
5.3.1 Persoalan Kajian 1 80
5.3.2 Persoalan Kajian 2 83
5.3.3 Persoalan Kajian 3 85
5.3.4 Persoalan Kajian 4 88
5.3.5 Persoalan Kajian 5 90
5.4 Cadangan 91
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 93
5.6 Penutup 94
RUJUKAN 95 LAMPIRAN
Lampiran A - D 106 - 121
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Istilah Kemahiran Generik di Negara-negara Lain 18
3.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut
Jabatan
48
3.2 Bilangan Item Mengikut Bahagian, Aspek, Nombor
Soalan dan Bilangan Item
51
3.3 Skala Likert untuk Bahagian B,C,D dan E 51
3.4 Klasifikasi Terhadap Item 54
3.5 Pengkelasan Tahap Taburan Responden Bagi Amalan
Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Fleksibel atau
Mampu Menyesuaikan Diri, Etika atau Moral dan
Keyakinan Diri Pelajar Dalam Pembelajaran Berdasarkan
Analisis Markat Min
54
3.6 Analisis Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian 55
3.7 Penentuan Hipotesis Nol 1 hingga 5 Berdasarkan Nilai
Signifikan
55
4.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut
Jantina
58
4.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut
Jabatan
59
4.3 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan
Piawai bagi Kemahiran Komunikasi Dalam
Pembelajaran
60
xiii
4.4 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan
Piawai bagi Kemahiran Fleksibel atau Mampu
Menyesuaikan Diri Dalam Pembelajaran
63
4.5 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan
Piawai bagi Tahap Etika atau Moral Dalam Pembelajaran
65
4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan
Piawai bagi Tahap Keyakinan Diri Dalam Pembelajaran
67
4.7 Purata Min Keseluruhan Persoalan Kajian 70
4.8 Purata Min Aspek Kemahiran Komunikasi Mengikut
Jabatan
71
4.9 Purata Min Aspek Kemahiran Fleksibel atau Mampu
Menyesuaikan Diri Mengikut Jabatan
71
4.10 Purata Min Aspek Etika atau Moral Mengikut Jabatan 72
4.11 Purata Min Aspek Keyakinan Diri Mengikut Jabatan 73
4.12 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan Antara Tahap
Amalan Kemahiran Komunikasi Dalam Pembelajaran
Mengikut Jabatan Responden
74
4.13 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan Antara Tahap
Amalan Kemahiran Fleksibel Dalam Pembelajaran
Mengikut Jabatan Responden
75
4.14 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan Antara Tahap
Etika atau Moral Dalam Pembelajaran Mengikut Jabatan
Responden
75
4.15 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan Antara Tahap
Keyakinan Diri Dalam Pembelajaran Mengikut Jabatan
Responden
76
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Model Kearns 22
2.2 Model Komunikasi 31
xv
SENARAI SINGKATAN
ICT Information and Communication Technology
IPT Institusi Pengajian Tinggi
KPT
MPP
Kementerian Pengajian Tinggi
Majlis Perwakilan Pelajar
NCVER National Centre for Vocational Education Research
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
SPA Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPC Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
SPE Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SPF Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPH Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPI Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPJ Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan
Mekanikal)
SPK Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
SPL Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)
SPM Ijazah Sarjana Muda Pendidikan serta Komputer (Matematik)
SPN Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
SPP Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
SPS Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPSS Statistical Packages for Social Science
SPT
PMP
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
Persatuan Mahasiswa Pendidik
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Contoh Set Soal Selidik 106
B Pengesahan Item Soal Selidik 114
C
D
Carta Alir Prosedur Kajian
Surat Pengesahan Pelajar
118
121
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam
usaha kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah negara bangsa yang maju, cemerlang,
gemilang dan terbilang menjelang Wawasan 2020. Ini bermakna Wawasan 2020
bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju
dengan caranya yang tersendiri. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang
sempurna dan tidak semata-mata diukur daripada segi pencapaian lahiriah atau fizikal.
Kemajuan yang diimpikan oleh negara meliputi penglibatan semua pihak. Malah ia akan
meliputi lahirnya satu masyarakat yang sempurna dan lengkap daripada segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Ia selari dengan teras Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu menghasilkan insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan
intelektual.
Perkara ini diterjemahkan oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran, sama ada secara formal mahupun tidak formal. Oleh itu,
kemahiran insaniah (generik) atau “Soft Skills” diperkenalkan bertujuan untuk
mengembangkan bakat yang ada di dalam diri setiap pelajar supaya lahir sebagai insan
yang seimbang daripada semua sudut.
2
Peranan IPT bukan hanya sekadar memfokuskan kepada proses penyaluran
pengetahuan semata-mata, malah ia turut memainkan peranan dalam menerapkan
kemahiran-kemahiran tertentu di dalam kurikulumnya. IPT perlu menjana graduan yang
memiliki kemahiran yang seimbang dan menyeluruh sama ada dari sudut kualiti
intelektual mahupun keterampilan insaniah yang merangkumi aspek sikap, akhlak dan
sebagainya.
Oleh itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyenaraikan tujuh
Atribut Graduan UTM iaitu kemahiran komunikasi, bekerja dalam kumpulan,
penyelesaian masalah, fleksibel atau mampu menyesuaikan diri, pembelajaran sepanjang
hayat, etika atau moral dan keyakinan diri. UTM telah mengambil langkah dengan
memantapkan lagi perlaksanaan penerapan kemahiran generik dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan pelajarnya.
Dengan ini, satu kajian akan dijalankan untuk mengenalpasti tahap amalan
kemahiran generik dalam pembelajaran di kalangan pelajar tahun empat Fakulti
Pendidikan UTM. Adalah diharapkan kajian ini akan memberikan sumbangan dalam
pembentukan pelajar yang lengkap dari segi ilmu dan kemahiran dalam merealisasikan
Wawasan 2020 seperti yang dirancang oleh negara.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kemahiran generik di kalangan mahasiswa bukan lagi merupakan isu yang
baharu. Malah ia sudahpun menjadi isu global. Ia merupakan isu yang sering
diperkatakan oleh bukan sahaja pihak industri tetapi juga pemimpin negara, para
akademik dan masyarakat awam. Saban tahun, pihak IPT akan melahirkan ribuan
graduan sama ada lulusan sijil, diploma, ijazah dan sebagainya sehingga menyebabkan
lambakan graduan di pasaran mengakibatkan nisbah tenaga kerja dan kekosongan kerja
tidak seimbang. Ia akan mengakibatkan pengangguran di kalangan graduan. Ini terbukti
3
dengan perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Job
Clearing System (JCS) iaitu jumlah siswazah menganggur dan tidak bekerja semasa
mendaftar setakat 12 Jun 2006 adalah sebanyak 20,217 orang (Muhamad Shahabudin,
2008).
Salah satu isu yang dikatakan merupakan faktor penyebab ialah disebabkan
kekurangan dan kelemahan graduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi-institusi
pengajian tinggi (IPT) itu sendiri (Buletin P&P edisi September 2004). Menurut Hasliza
(dalam Mohd Adib, 2007), antara faktor lulusan Institusi Pendidikan Tinggi tidak
mendapat tempat di pasaran pekerjaan adalah kerana mereka tidak mempunyai
kemahiran–kemahiran soft skills atau generik. Selain itu, faktor lain yang dikenalpasti
ialah tiada keyakinan diri, kurang daya keterampilan, lemah penguasaan Bahasa Inggeris,
tidak mampu berfikir secara kritikal, kurang kemahiran menyelesaikan masalah, kurang
kemahiran berkomunikasi dan kerja berkumpulan, kurang kemahiran menggunakan
kemudahan ICT (Informational and Communication Technology) dan sebagainya.
Dalam kajian yang dijalankan oleh The British Colombia Report (1999), didapati
ramai pihak majikan di industri telah meluahkan rasa kurang senang terhadap
kekurangan kemahiran generik di kalangan pelajar yang akan memasuki pasaran kerja.
Majikan di industri menekankan kepentingan kemahiran generik untuk kejayaan bekerja
dan menyarankan agar kemahiran generik di ajar di sekolah. Hasil daripada cadangan
laporan kajian tersebut, jabatan pendidikan negeri di negara berkenaan telah membentuk
dasar untuk menggalakkan pengintegrasian kemahiran generik ke dalam program
pendidikannya (Cassel dan Kolstad, 1998).
Selain kemahiran teknikal dalam pengkhususan masing-masing, kemahiran
generik (meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran penyelesaian
masalah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan
kemahiran mencari dan mengurus maklumat) merupakan atribut yang amat perlu
dikuasai dan diamalkan oleh setiap graduan universiti, khususnya dalam usaha
4
melahirkan modal insan yang berketerampilan (Mohd Salleh Abu dan Zaki Kamsah,
2006).
Pihak Institusi Pengajian Tinggi sering menekankan bahawa pelbagai usaha telah
dijalankan bagi memastikan program pendidikan yang dilaksanakan mampu
menyediakan tenaga mahir yang diperlukan oleh negara. Namun terdapat banyak
rungutan dari pihak majikan yang mengatakan bahawa kebanyakan graduan yang
dikeluarkan gagal memenuhi keperluan seperti mana yang diharapkan. Atas dasar
tersebut, kebanyakan institusi pengajian tinggi mula memfokuskan bukan lagi kepada
proses penyaluran pengetahuan semata-mata malah memfokuskan kepada penerapan
kemahiran generik di kalangan pelajarnya.
Penerapan kemahiran ini amat diperlukan sebagai salah satu langkah untuk
mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan universiti tempatan dewasa ini
(Buletin P& P, Edisi Jun, 2007). Penerapan kemahiran generik ini diperlukan bagi
membolehkan graduan memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam dunia
pekerjaan. Sehubungan itu, pelajar perlu dilengkapkan bukan sahaja dengan
pengetahuan teknikal atau bidang tertentu tetapi juga dengan sikap, kemahiran dan trait
yang betul. Secara umumnya, mereka memerlukan kemahiran generik yang mempunyai
nilai tambah merentasi bidang kurikulum (Bennett, Dunne & Carre, 1999).
Kemahiran generik seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran berkomunikasi, dan kemahiran bekerja
secara berkumpulan merupakan atribut yang amat perlu dikuasai dan diamalkan oleh
graduan universiti, khususnya di era persaingan global berasaskan pengetahuan atau k-
economy ini. Di samping aspek teknikal, kebanyakan majikan menggunakan penguasaan
kemahiran generik ini sebagai asas dalam pengambilan graduan untuk bekerja dalam
institusi atau syarikat mereka (Buletin P&P Edisi 1, Jun 2004).
5
Menurut Datuk Mustapha Mohamed (2006), bekas Menteri Pengajian Tinggi
Malaysia, IPT perlu menggunapakai pendekatan yang betul dan sesuai untuk
menerapkan kemahiran insaniah di kalangan graduan. Antara kemahiran yang harus
dikuasai ialah kebolehan berkomunikasi, penguasaan bahasa, keupayaan berfikir secara
kritis, kemampuan menyelesaikan masalah, keserasian bekerja dalam pasukan, memiliki
daya keusahawanan, bakat kepimpinan serta nilai moral dan etika tinggi.
Penerapan kemahiran generik yang dilaksanakan oleh IPT amat diperlukan bagi
membolehkan seseorang graduan memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam
dunia pekerjaan yang sebenarnya mula diberi perhatian. Pada asasnya kemahiran generik
diperlukan kerana sebab-sebab berikut:
i) Keperluan untuk sentiasa berdaya saing.
ii) Keperluan untuk mendapatkan ilmu baru dalam dunia berasaskan ilmu (k-world)
sekarang ini.
iii) Keperluan untuk bersosial dan berinteraksi dalam dunia yang serba
kebergantungan.
iv) Keperluan tempat kerja.
Selaras dengan kualiti yang diharapkan, kemahiran generik perlu diaplikasikan
ke dalam pembelajaran. Pelaksanaan pembangunan kemahiran generik di kalangan
pelajar IPT hendaklah berfokuskan gabungan pelbagai program dan aktiviti utama dalam
aktiviti formal pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kemahiran generik amat diperlukan
oleh seorang pelajar untuk mengadaptasikan diri dengan pelbagai situasi pekerjaan dan
sekaligus dapat melahirkan seorang pelajar yang berkualiti dalam semua bidang.
Kebanyakan Institusi Pendidikan Tinggi terkemuka luar Negara (seperti Griffith
University dan Monash University di Australia, Alverno College di Milwaukee di USA
dan The Under-Graduate Key Skills Project di United Kingdom) juga memberi fokus
terhadap kecekapan dengan menerapkan kemahiran generik pelajar secara komprehensif
berasaskan program yang direkabentuk khusus. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6
sendiri tidak terkecuali dalam mengalami arus perubahan ini. Program pembinaan atribut
graduan UTM dan penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar merupakan antara
program yang telah dijalankan bagi menyahut cabaran tersebut.
Berdasarkan program tersebut juga, UTM telah berjaya menyenaraikan atribut
graduan yang sewajarnya dicapai oleh pelajar UTM iaitu kemahiran komunikasi, bekerja
dalam kumpulan, penyelesaian masalah, mampu menyesuaikan diri, pembelajaran
sepanjang hayat, keyakinan diri dan etika atau moral (Buletin P&P Edisi 1, Jun 2004).
UTM telah menetapkan kemahiran dan nilai yang perlu diterapkan untuk graduannya
sebagai melengkapi diri ke pasaran kerjaya di samping kemahiran teknikal
pengkhususan masing-masing.
Menurut Mohd Salleh Abu dan Zaki Kamsah (2006), Senat UTM telah
menetapkan bahawa usaha pembangunan kemahiran generik di kalangan pelajar perlu
dibuat secara menyeluruh melibatkan pelbagai pendekatan yang berasaskan aktiviti P&P
serta program/aktiviti pembangunan sokongan seperti:
i) Penerapan kemahiran generik melalui aktiviti P&P secara ‘stand-alone’ (iaitu
melalui pelbagai kursus yang direkabentuk khas seperti Bahasa Inggeris,
Keusahawanan dll.).
ii) Penerapan kemahiran generik melalui aktiviti P&P secara ‘embedded across the
subjects’ (iaitu kemahiran generik diterapkan kepada pelajar secara merentasi
kurikulum matapelajaran bagi setiap kursus yang diikuti).
iii) Pembangunan kemahiran generik melalui pelbagai aktiviti English Language
Support Programme (ELSP).
iv) Pembangunan kemahiran generik melalui Program Degree ++.
v) Pembangunan kemahiran generik melalui kehidupan kampus (campus life).
7
Sehubungan dengan itu, mahasiswa yang sedang dalam pengajian perlu
melengkapkan diri dengan pengetahuan akademik dalam pengkhususan mereka dan
berusaha mencari nilai tambah atau ‘added value’ dalam diri supaya menjadi tarikan
pihak majikan untuk memilihnya berbanding ribuan lagi pemohon yang ingin bekerja
dengannya.
1.3 Penyataan Masalah
Mahasiswa yang sedang dalam pengajian perlu berusaha mencari nilai tambah
atau added value dalam diri supaya menjadi insan yang berketerampilan. Universiti
Teknologi Malaysia telah merancang, membangun dan melaksanakan pelbagai program
dan aktiviti yang bertujuan untuk melengkapkan bakal graduan dengan kemahiran
generik yang diperlukan oleh bakal majikan. Salah satu model dan pendekatan yang
digunakan adalah penerapan kemahiran generik melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P) secara ‘stand-alone’ dan ‘embedded across the subjects’.
Bagaimanapun, timbul persoalan tentang sejauhmana para pelajar mengamalkan
kemahiran generik yang telah diterapkan dalam pembelajaran mereka. Kebanyakan
kajian yang dijalankan terhadap kemahiran generik adalah berkaitan dengan kepentingan
kemahiran generik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap amalan
kemahiran generik dalam pembelajaran daripada aspek kemahiran komunikasi,
kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri, etika atau moral dan keyakinan diri.
8
1.4 Objektif Kajian
Objektif khusus kajian ini adalah untuk meninjau dan mengenalpasti perkara-
perkara berikut:
1.4.1 Mengenalpasti tahap amalan kemahiran komunikasi pelajar-pelajar Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam pembelajaran.
1.4.2 Mengenalpasti tahap amalan kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri
pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam
pembelajaran.
1.4.3 Mengenalpasti tahap etika atau moral pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia dalam pembelajaran.
1.4.4 Mengenalpasti tahap keyakinan diri pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia dalam pembelajaran.
1.4.5 Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan
kemahiran komunikasi, kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri,
etika atau moral serta keyakinan diri pelajar dalam pembelajaran berdasarkan
jabatan.
9
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, berikut adalah persoalan-persoalan
kajian yang akan dijawab dalam kajian ini:
1.5.1 Apakah tahap amalan kemahiran komunikasi pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia dalam pembelajaran?
1.5.2 Apakah tahap amalan kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri
pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam
pembelajaran?
1.5.3 Apakah tahap etika atau moral pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia dalam pembelajaran?
1.5.4 Apakah tahap keyakinan diri pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia dalam pembelajaran?
1.5.5 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan kemahiran
komunikasi, kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri, etika atau
moral serta keyakinan diri pelajar dalam pembelajaran berdasarkan jabatan?