7
Tajuk : Amalan Demokrasi di Malaysia

Amalan Sistem Demokrasi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSA

Citation preview

Page 1: Amalan Sistem Demokrasi

Tajuk : Amalan Demokrasi di Malaysia

Page 2: Amalan Sistem Demokrasi

Perkataan demokras berasal daripada Yunani, iaitu demos (rakyat) dan krotos (kekuasaan). Keseluruhan makna perkataan demokrasi bererti kekuasaan rakyat. Oleh itu, kerajaan demokrasi ialah kerajaan atau pemerintahan yang dipilih oleh rakyat. Beberapa prinsip utama yang dijadikan sebagai dasar dalam pembentukan kerajaan demokrasi adalah seperti berikut:-

a) Pemerintahan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya.

b) Kerajaan bertanggungjawab membentuk dan melaksanakan dasar-dasar negara untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.

c) Hak-hak asasi individu rakyat termaktub dan terjamin dalam perlembagaan negara.

d) Persamaan dan keadilan dalam semua aspek seperti politik, ekonomi,sosial dan undang-undang.

e) Warganegara yang patriotik.f) Amalan kepelbagaian budaya dalam masyarakat.g) Ketelusan dalam pemerintahan untuk memaklumkan sesuatu yang

benar dan tepat kepada rakyat.

Banyak negara mengamalkan sistem kerajaan demokrasi seperti Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, India, Indonesia dan termasuklah negara kita, Malaysia. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan. Kerajaan demokrasi berpalimen merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya. Kerajaan yang dipilih berkewajipan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat. Manakala raja berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Amalan kerajaan demokrasi seperti ini menjamin perpaduan, keselamatan, pembangunan dan kesejahteraan negara.

Page 3: Amalan Sistem Demokrasi

Kerajaan di Malaysia sudah mentadbir negara ini selama 52 tahun sejak merdeka iaitu Barisan Nasional. Perdana Menterinya pun daripada Barisan Nasional. Antara perdana menteri tersebut ialah:-

a) Tunku Abdul Rahmanb) Tun Abdul Razakc) Tun Hussein Onnd) Tun Dr. Mahathire) Tun Abdullah Ahmad Badawif) Dato’ Seri Najib Tun Razak

Kesemua perdana menteri tersebut berasal dari barisan nasional dan mentadbir negara dengan betul. Antara peranan kerajaan terhadap negara ialah:-

a) Menjaga kebajikan rakyat.b) Menjamin keselamatan rakyat dengan menyediakan balai polis dan

tentera.c) Mengawal setiap sempadan negara.d) Mengawal kemasukan pendatang asing.e) Menaiktaraf infrastruktur negara.f) Mengekalkan keharmonian negara.g) Memelihara perpaduan antara kaum di Malaysia.h) Mengutamakan pendidikan rakyat.

Page 4: Amalan Sistem Demokrasi

Malaysia mempunyai lebih kurang 28 juta rakyat di dalam negara ini. Namun, apakah peranan-peranan untuk mengekalkan demokrasi di negara ini. Antara peranan rakyat Malaysia ialah:-

a) Menjamin keselamatan negara dengan kerjasama semua pihak.b) Mengekalkan keharmonian sejagat melalui komuniti setempat.c) Menghormati kedaulatan raja-raja.d) Menghormati bendera Malaysia.e) Mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.f) Sentiasa mengekalkan nama baik negara.g) Tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan haram.

Page 5: Amalan Sistem Demokrasi