Upload
dodang
View
232
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
AMALAN STRATEGI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA RINI DAN
HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK.
GAN SHIAU LI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Kimia)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Ditujukan Khas Untuk :
emak dan ayah yang dikasihi di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
kakak dan adik-adik yang memberi inspirasi secara langsung dan tidak langsung
dalam perjuangan sepanjang program sarjana ini
Tidak Ketinggalan :
rakan-rakanku yang mendoakan kejayaanku – Ee hoe, Sot Chen, Kim Mau,
Siew Ling, Yean Fah, Wei Han,
Agnes, Nik Diana
Setiinggi-Tinggi Penghargaan Kepada :
Dr. Azlina binti Mohd Kosnin
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Azlina
binti Mohd Kosnin, selaku penyelia projek yang telah bersama-sama bertungkus-
lumus membantu, membimbing, menunjuk-ajar dan memberi motivasi demi
motivasi sepanjang tempoh menyiapkan projek penyelidikan ini.
Penulis juga ingin merakamkan terima kasih kepada guru-guru yang telah
memberi kerjasama dan bantuan sepanjang tempoh pengedaran soal selidik di
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor.
Akhirnya, kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak
langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini. Sesungguhnya budi
baik kalian amatlah bermakna buat diri ini. Terima kasih.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan strategi pembelajaran
di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini, Skudai,
Johor dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Strategi pembelajaran yang
dikaji ialah kaedah belajar dalam kumpulan, kaedah mencatat nota, pengurusan
masa, kaedah membaca dan kemahiran di dalam kelas. Kajian ini melibatkan 95
orang pelajar tingkatan 4 yang mewakili keseluruhan populasi. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Data-data yang dikumpul diproses dan
dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Social Sciences Version
11.0 (SPSS 11.0) dan dinyatakan di dalam bentuk min, sisihan piawai dan kolerasi
Pearson. Dapatan kajian ini menunjukkan kaedah belajar dalam kumpulan bagi
pelajar-pelajar adalah pada tahap yang tinggi. Sementara dari segi kaedah mencatat
nota, pengurusan masa, kaedah membaca dan kemahiran di dalam kelas pelajar-
pelajar adalah berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara strategi pembelajaran dengan
pencapaian akademik pelajar (r = 0.10). Beberapa cadangan untuk mengatasi
kelemahan dan cadangan kajian lanjutan telah dicadangkan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research was to identify the learning strategy and its
relationship with academic achievement among the students from Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor. Learning strategy
include group learning method, note taking method, time management, reading
method and classroom skills. A set of questionnaire was given to 95 form 4
students. The data were collected, processed and analyzed using Statistical Package
For Social Sciences Version 11.0 (SPSS 11.0) and the findings were presented in
mean, standard deviation and Pearson Correlation. The results of the research show
that the students have a high level of group learning. However, the students have
moderate level of strategies related to note taking, time management, reading and
classroom skills. The result also show that not significant relationship between
learning strategies with academic achievement (r = 0.10). Several suggestions and
ideas for further research were suggested in order to overcome the problems.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
1.8.1 Strategi Pembelajaran 8
1.8.2 Pencapaian Akademik 8
1.9 Penutup 8
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Teori Pembelajaran 10
2.3 Strategi-strategi Pembelajaran yang
Dibincangkan Dalam Kajian 12
2.3.1 Kaedah belajar dalam kumpulan 12
2.3.2 Kaedah mencatat nota 13
2.3.3 Pengurusan masa 16
2.3.4 Kaedah membaca 17
2.3.5 Kemahiran di dalam kelas 19
2.4 Kajian-kajian Terdahulu 20
2.4.1 Kajian Strategi Pembelajaran
Pelajar-Pelajar 21
2.4.2 Kajian Perkaitan Strategi
Pembelajaran dan Pencapaian
Akademik Pelajar-pelajar 24
2.5 Penutup 25
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Populasi Kajian 27
3.4 Tempat Kajian 27
3.5 Instrumen Kajian 27
3.6 Kajian Rintis 29
3.7 Prosedur Kajian 30
3.8 Analisis Data 31
3.9 Penutup 33
ix
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 34
4.2 Analisis Bahagian A 35
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 35
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 35
4.2.3 Taburan Responden Mengikut
Keputusan PMR 36
4.3 Analisis Persoalan Kajian (Bahagian B) 38
4.3.1 Bagaimanakah Tahap Strategi
Pembelajaran Pelajar-Pelajar Di
Sekolah Menengah? 38
4.3.1.1 Kaedah Belajar Dalam Kumpulan 39
4.3.1.2 Kaedah Mencatat Nota 41
4.3.1.3 Pengurusan Masa 42
4.3.1.4 Kaedah Membaca 44
4.3.1.5 Kemahiran Di Dalam Kelas 46
4.3.2 Adakah Terdapat Perkaitan Antara Strategi
Pembelajaran Pelajar-Pelajar Dengan
Pencapaian Akademik? 48
4.4 Analisis Tambahan 48
4.4.1 Adakah Pelajar Berpendapat Bahawa
Mereka Mempunyai Strategi Pembelajaran
Yang Berkesan? 49
4.4.2 Adakah Pendapat Pelajar Mempunyai
Perkaitan Dengan Strategi Pembelajaran
Mereka? 49
4.5 Penutup 50
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 51
5.2 Perbincangan Dan Rumusan 51
x
5.2.1 Tahap Strategi Pembelajaran
Pelajar-Pelajar Di Sekolah Menengah 52
5.2.1.1 Kaedab Belajar Dalam Kumpulan 52
5.2.1.2 Kaedah Mencatat Nota 53
5.2.1.3 Pengurusan Masa 54
5.2.1.4 Kaedah Membaca 55
5.2.1.5 Kemahiran Di Dalam Kelas 56
5.2.2 Perkaitan Antara Strategi Pembelajaran
Dan Pencapaian Akademik Pelajar 57
5.3 Implikasi Dan Cadangan Kajian 59
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 60
5.5 Penutup 60
RUJUKAN 61
LAMPIRAN
Lampiran A-E 65-86
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Perbezaan amalan belajar antara pelajar yang
berjaya dengan yang gagal 19
3.1 Skala Likert dengan markah skor 29
3.2 Taburan item mengikut strategi pembelajaran 29
3.3 Pengelasan min 32
3.4 Pengelasan semula skala 32
4.1 Taburan responden mengikut jantina 35
4.2 Taburan responden mengikut bangsa 36
4.3 Taburan responden mengikut keputusan PMR bagi
tujuh mata pelajaran 38
4.4 Pengelasan min 39
4.5 Analisis kaedah belajar dalam kumpulan 40
4.6 Analisis kaedah mencatat nota 41
4.7 Analisis pengurusan masa 43
xii
4.8 Analisis kaedah membaca 45 4.9 Analisis kemahiran di dalam kelas 47 4.10 Perkaitan antara strategi pembelajaran dengan
pencapaian akademik 48
4.11 Taburan responden berkenaan pendapat sama ada
mereka mengetahui strategi pembelajaran yang berkesan
atau tidak 49
xiv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Set soal selidik 65-72 B Jadual peratusan dan frekuensi 73-82 C Pengesahan soalan soal selidik 83 D Surat kebenaran daripada BPPDP 84-85 E Surat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Johor 86
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani
manusia. Dalam masyarakat moden ini, pendidikan adalah penting untuk
menyediakan masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan dan pembaharuan
serta membuat pengubahsuaian demi memberikan sumbangan untuk pembangunan
masyarakat. Negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia
amat menitikberatkan pembangunan dan perkembangan bidang pendidikan bagi
memastikan rakyat mereka dilengkapi ilmu serta kemahiran terkini, sekali gus
menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi.
Dalam usaha mencapai hasrat pembangunan serta menjadi sebuah negara
maju melalui perindustrian pada tahun 2020, Malaysia mengalami perubahan dalam
dimensi ekonomi dan sosial.
Pendidikan telah memainkan peranan sebagai perantaraan bagi menangani
impak pembangunan dan teknologi maklumat di Malaysia di samping
mempertahankan tamadunnya dalam acuan yang tersendiri.
2
Sehubungan itu, pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak
perkembangan bermula dengan perubahan dari segi falsafah dan kurikulum
sehinggalah kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran. Perubahan demi
perubahan yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk memperbaiki pencapaian
akademik pelajar-pelajar serta melahirkan masyarakat yang bersatu padu, jati diri
dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian.
Proses pembelajaran merupakan proses yang penting dalam kehidupan kita,
khasnya dalam bidang pendidikan. Pembelajaran ialah proses pemerolehan
maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan
sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang
manusia.
Menurut pandangan ahli kognitif, Robert M. Gagne dalam bukunya The
Condition of Learning mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku
atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang
disebabkan oleh proses pertumbuhan (Mok, 2000). Manakala aliran behaviouris
pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku, iaitu
cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis
pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna
kendiri dan nilai individu.
Kejayaan dalam pembelajaran bukan sahaja hasil daripada keupayaan dan
kerajinan semata-mata tetapi juga hasil daripada keberkesanan kaedah belajar.
Suatu kajian telah dilakukan di sebuah universiti di Kanada mendapati bahawa
antara faktor yang menyebabkan pelajar berjaya ialah: menghadiri kuliah, membaca
semua bahan rujukan, menyiapkan kerja rumah, meluangkan masa untuk belajar,
kesihatan mental yang baik, bilangan kawan yang kecil untuk mengurangkan aktiviti
sosial , mencatat nota, mendengar syarahan pensyarah dengan teliti, tidak suka
berkhayal dan membuat persiapan bersungguh-sungguh apabila menghadapi
peperiksaan (Sabri, 2003). Daripada kajian tersebut, didapati bahawa untuk
mencapai kejayaan, strategi pembelajaran seseorang pelajar adalah penting.
3
Menurut Weinstein & Mayer (1986), perbezaan dalam strategi pembelajaran
adalah berkaitan dengan perbezaan dalam pencapaian seseorang pelajar.
Kulik dan rakan-rakannya menyatakan strategi pembelajaran yang berkesan
boleh menghasilkan pembelajaran yang lebih baik. Ini boleh ditunjukkan melalui
beberapa kajian di mana pelajar diajar menggunakan strategi pembelajaran yang
lebih berkesan telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian (Weinstein,
Alexander, Goetz, 1988).
1.2 Latar Belakang Masalah
Proses pembelajaran merupakan proses yang penting dalam kehidupan kita,
khasnya dalam bidang pendidikan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
memang tidak dapat dinafikan bahawa model pengajaran yang digunakan oleh guru
adalah penting. Namun, strategi pembelajaran setiap pelajar juga memainkan
peranan yang penting dalam pencapaian akademik.
Menurut Sabri (2003) dalam bukunya Kemahiran Belajar Berkesan,
sekumpulan pakar psikologi pembelajaran mendapati bahawa perbezaan antara
individu dalam kapasiti kerja dan belajar dinilai dengan:
1. Kebijaksanaan dan kebolehan istimewa 50-60%
2. Rajin, usaha dan kaedah belajar yang efektif 30-40%
3. Peluang dan faktor-faktor persekitaran 10-15%
Kebolehan adalah penting untuk berjaya dalam pendidikan di peringkat tinggi tetapi
kebolehan semata-mata adalah tidak mencukupi. Ramai pelajar yang cerdik tetapi
gagal terutamanya dalam mata pelajaran sains kerana mereka membuat kerja-kerja
yang tidak sesuai ataupun tidak mengetahui bagaimana untuk belajar secara
berkesan.
4
Kebolehan seseorang itu bukan diukur di kalangan mereka yang mempunyai
darjah kecerdasan yang tinggi sahaja. Pelajar yang bukan genius dan yang
mempunyai darjah kecerdasan biasa seperti kebanyakan menikmati kejayaan yang
dikehendaki dengan menggunakan teknik belajar yang berkesan.
Perkara-perkara penting dalam kemahiran belajar adalah seperti teknik
mengambil nota, teknik mengulang kaji, teknik mengingat, teknik membaca dan
pengurusan masa harus dipelajari dan diamalkan tetapi hanya sedikit pelajar sahaja
yang mendapat tunjuk ajar yang sistematik dalam perkara ini.
Terdapat beberapa kajian lepas telah menyatakan bahawa kebanyakan
pelajar-pelajar masih tidak mendapat bimbingan yang baik tentang teknik belajar
yang berkesan. Sebagai contoh dalam kajian yang dijalankan oleh Chiam (1983)
terhadap sekolah-sekolah luar bandar, mendapati bahawa 60.9% daripada pelajar-
pelajar menyedari bahawa kebiasaan belajar mereka tidak berkesan. Mereka
biasanya menambah masa belajar untuk memperbaiki pencapaian masing-masing
tetapi sering gagal dalam peperiksaan kerana kaedah yang digunakan tidak cekap
dan tidak berkesan. Ini berbeza daripada remaja bandar yang berpendapat mereka
tidak cukup belajar tetapi sebenarnya mereka telah menggunakan masa dengan
aktiviti yang ada kaitannya dengan pelajaran mereka seperti menghadiri kelas
bimbingan, menyiapkan kerja sekolah atau mengulangkaji (Siti Hawa Munji, 1987).
Seterusnya kajian oleh Kamaruddin Kachar (1984) juga melaporkan bahawa
sebanyak 76% pelajar luar bandar tidak mendapat bimbingan tentang teknik belajar
yang berkesan seperti memahami pelajaran, mengingat fakta-fakta, menjawab
soalan-soalan, meghuraikan konsep dan memberi pendapat tentang isu-isu penting.
Sementara itu, terdapat 70% pelajar belajar selama purata 4 jam sehari semasa
mereka di tingkatan VI dan usaha ini sia-sia sahaja kerana yang sebenarnya
diperlukan ialah panduan teknik belajar yang berkesan (Siti Hawa, 1987).
5
Di sekolah menengah, peperiksaan SPM merupakan peristiwa penting bagi
pelajar tingkatan 5 di alam sekolah. Oleh itu, pelajar memerlukan satu strategi
pembelajaran yang bersistematik. Kecemerlangan pelajar adalah menjadi harapan
pelbagai pihak terutamanya ibu bapa, pihak sekolah dan ahli masyarakat. Pelajar
yang memperolehi pencapaian yang rendah atau gagal tidak semestinya
menunjukkan ia malas atau lembab, mungkin mereka tidak pernah diberi panduan,
tunjuk ajar serta pendedahan tentang strategi dan kaedah belajar yang berkesan.
Maka, pengetahuan tentang strategi pembelajaran yang berkesan adalah penting
untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Sabri (2003), kejayaan dalam proses pembelajaran bukan sahaja
hasil daripada keupayaan dan kerajinan semata-mata tetapi juga hasil daripada
keberkesanan kaedah belajar. Namun mengikut kajian lepas yang telah
dibincangkan dalam latar belakang masalah, masih terdapat ramai pelajar yang tidak
mengetahui strategi pembelajaran yang berkesan. Kebanyakan pelajar bergantung
kepada teknik-teknik belajar yang dipelajari di sekolah atau yang mereka peroleh
daripada pemerhatian dan pengalaman.
Sehubungan dengan itu, penyelidik membuat kajian ini adalah untuk
mengetahui bagaimanakah tahap strategi pembelajaran yang ada pada pelajar-pelajar
di sekolah menengah serta hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar-
pelajar.
6
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan antara
strategi pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar-pelajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor.
Secara khususnya, objektif kajian adalah seperti berikut:
(i) mengenalpasti strategi pembelajaran pelajar-pelajar di sekolah
menengah.
(ii) mengenalpasti perkaitan antara strategi pembelajaran pelajar dengan
pencapaian akademik.
1.5 Persoalan Kajian
Berhubung dengan pernyataan masalah dan objektif kajian, berikut adalah
beberapa persoalan kajian:
(i) Bagaimanakah tahap strategi pembelajaran pelajar di sekolah
menengah?
(ii) Adakah terdapat perkaitan antara strategi pembelajaran pelajar
dengan pencapaian akademik?
1.6 Kepentingan Kajian
Melalui kajian yang dijalankan, penyelidik dapat mengkaji strategi
pembelajaran pelajar-pelajar dari segi kaedah belajar dalam kumpulan, kaedah
mencatat nota, pengurusan masa, kemahiran di dalam kelas dan kaedah membaca