20
LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN Bahagian 1 TAJUK : BATUAN TUJUAN : Mengenalpasti dan mengelaskan tiga jenis batuan mengikut spesifikasi. a) Batu Igneous b) Batu Sedimentary c) Batu Metamorfik BAHAN : 9 jenis batu RADAS : 100ml air, duit syiling , kepingan logam, piring petri, bikar, silinder penyukat, penimbang elektronik . PENGENALAN : Bumi diliputi lapisan luar berbentuk batuan keras yang disebut kerak bumi. Kerak bumi terdiri daripada kombinasi satu atau lebih mineral, dan biasanya terdiri daripada unsur-unsur seperti karbon, oksigen dan besi. Terdapat kira-kira 3000 jenis mineral yang berbeza di dalam perut bumi. Mineral ialah bahan binaan bagi batuan. Hal ini bermakna batuan terdiri daripada satu atau lebih komposisi mineral. Sebagai contoh batu granit terbentuk daripada campuran mika, kuarza dan lain-lain. Seterusnya batuan ini akan membentuk kerak bumi. Batuan bolah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu batuan igneus, batuan enapan dan batuan metamorphosis ( jelmaan). Ketiga-tiga jenis batuan di atas berbeza dari segi warna, kandungan mineral, struktur dan EDA ROHANI BINTI CHE DERIS PPG SCE-A 1

Amali Batu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Amali Batu

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN

Bahagian 1TAJUK : BATUAN

TUJUAN : Mengenalpasti dan mengelaskan tiga jenis batuan mengikut

spesifikasi.

a) Batu Igneous

b) Batu Sedimentary

c) Batu Metamorfik

BAHAN : 9 jenis batu

RADAS : 100ml air, duit syiling , kepingan logam, piring petri, bikar,

silinder penyukat, penimbang elektronik .

PENGENALAN :

Bumi diliputi lapisan luar berbentuk batuan keras yang disebut kerak bumi. Kerak bumi terdiri daripada kombinasi satu atau lebih mineral, dan biasanya terdiri daripada unsur-unsur seperti karbon, oksigen dan besi. Terdapat kira-kira 3000 jenis mineral yang berbeza di dalam perut bumi. Mineral ialah bahan binaan bagi batuan. Hal ini bermakna batuan terdiri daripada satu atau lebih komposisi mineral. Sebagai contoh batu granit terbentuk daripada campuran mika, kuarza dan lain-lain. Seterusnya batuan ini akan membentuk kerak bumi. Batuan bolah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu batuan igneus, batuan enapan dan batuan metamorphosis ( jelmaan). Ketiga-tiga jenis batuan di atas berbeza dari segi warna, kandungan mineral, struktur dan tekstur, keasidan, kekerasan dan ketahanan serta cara pembentukan.

Komposisi mineral batuan dapat ditentukan berdasarkan sifat-sifat batuan seperti:

i) Keras dan lembut mineral yang membentuk batuan. Jika mineral yang membentuk batuan adalah keras, maka batuan

tersebut akan tahan dan stabil seperti batuan granit. Jika mineral yang membentuk batuan adalah lembut, maka batuan

tersebut akan lemah serta mudah dilulurhawakan seperti batu kapur. Keras dan lembut mineral pembentuk batuan sering kali dirujuk

kepada skala kekerasann yang diberikan oleh Mohs.

EDA ROHANI BINTI CHE DERISPPG SCE-A 1

Page 2: Amali Batu

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN

Oleh sebab itu, bagi kumpulan batuan igneus seperti granit, riolit dan andersit adalah keras disebabkan oleh mineral yang membentuknya keras iaitu terdiri daripada feldspar dan kuarza (tahap 6 dan 7).

Batu kapur pula dibentuk oleh mineral kalsit yang lembut ( tahap 3), maka mudah dilulurhawa dan digondolkan.

ii) Kestabilan mineral dan bahan perikat yang membentuk batuan. Sesetengah batuan mendak dibentuk menerusi proses penyimenan.

Oleh itu, batuan mendak mempunyai banyak bahan perikat untuk menyimen mineral-mineral pembentuk tersebut.

Kestabilan bahan perikat ini menjamin keteguhan batuan. Mengikut Bowen, mineral seperti Kuarza, feldspar dan biotit diikat olah bahan perikat yang stabil manakala mineral seperti olivine, augit, dan anotit diikat oleh mineral yang tidak stabil.

iii) Darjah mobility atau pergerakan mineral apabila menerima kehadiran air dan asid lemah.

Mineral yang paling cepat bergerak dan bergerak balas akan menyebabkan batuan itu menjadi lemah seperti mineral kalsium, natrium, magnesium dan kalium.

Mineral seperti kuarza, mika, ferum, dan aluminum yang lambat bertindak balas menyebabkan pembentukan batuan yang teguh.

LANGKAH-LANGKAH: :

1. Sampel batu dikumpul, dilabel dengan tarikh dan tempat dijumpai.

2. Batuan dikenalpasti dan dikelaskan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan.

4. Seterusnya, setiap jenis batuan dikenalpasti berdasarkan jenis mineral yang

terdapat dalam batuan tersebut. Jenis batuan dikenalpasti berdasarkan jenisnya dan

diberi nama kemudian dilabelkan.

5. UJian dijalankan ke atas batu bagi menguji jenis batu, warna, berat, Isipadu, kegilapan,

kekerasan, lapisan, textur dan corak.

6. Pemerhatian direkodkan dalam jadual 1.

EDA ROHANI BINTI CHE DERISPPG SCE-A 2

Page 3: Amali Batu

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN

KEPUTUSAN / HASIL DAPATAN :

JENIS BATUAN NAMA BATUAN WARNA JISIM (g)

ISIPADU (ml)

KILAUAN KEKERASAN (SKALA MOPS)

LAPISAN TEKSTUR RUPA BENTUK

SEDIMENTARY

Shale Kelabu 232 90 Tiada 4 Ada

(berlapis)

Licin

Conglomerate Perang 77 20 Tiada 4 Ada

(berlapis)

Kasar

EDA ROHANI BINTI CHE DERISPPG SCE-A 3

Page 4: Amali Batu

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN

Rock gypsum Putih

Kelabu

30 14 Tiada 5.5 Ada

(berlapis)

Kasar

Tuff Perang 192 90 Tiada 4 Tiada Kasar

Rhyclite Perang 391 Tiada 5.5 Tiada Licin

EDA ROHANI BINTI CHE DERISPPG SCE-A 4

Page 5: Amali Batu

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN

IGNEUS

Sycnite Hitam

putih

25 10 Tiada 5.5 Tiada Kasar

Metachonglo merate Merah 245 150 Tiada 4 Tiada Kasar

EDA ROHANI BINTI CHE DERISPPG SCE-A 5

Page 6: Amali Batu

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN

METAMORFIK Slate grey Kelabu 170 80 Tiada 4 Tiada Licin

Migmatite Putih 92 40 Tiada 5.5 Tiada Kasar

EDA ROHANI BINTI CHE DERISPPG SCE-A 6

Page 7: Amali Batu

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN

PERBINCANGAN :

9 jenis batu yang mempunyai cirri yang berlainan telah dikenalpasti dan

diuji dengan beberapa kaedah untuk menentukan ciri-cirinya. Setelah dianalisis

satu persatu batuan ini, saya mendapati setiap batuan ini mempunyai jisim yang

berbeza, tekstur yang berbeza, kekilatan yang berbeza Cuma apa yang sama

adalah dari segi kekerasan.

Batuan juga berkitar dan berubah-ubah mengikut ruang dan masa. Kitar batuan

ditakrifkan sebagai perubahan yang dialami oleh batuan seperti kejadian batuan

baharu, pemusnahan batuan atau perubahan fizikal dan kimia batuan akibat proses-

proses dalaman dan luaran bumi. Kerana tempoh masa yang sangat panjang, batuan

mendak ini terus tertimbus jauh ke dalam bumi akibat daripada pemendapan yang

berlanjutan sehingga batuan mendak tadi mengalami tekanan dan suhu yang tinggi.

Akibat daripada tekanan dan suhu yang tinggi, maka batuan mendak akan bertukar

menjadi batuan metamorphosis.Suhu dan tekanan di dalam perut bumi sentiasa tinggi

dan menyebabkan batuan metamorphosis yang baharu terbentuk mudah lebur dan cair

lalu bertukar kepada magma. Magma yang cair akan dipaksa naik ke permukaan bumi

dan membeku di dalam lapisan –lapisan kerarak bumi atau dipermukaan bumi. Magma

yang membeku membawa maksud batuan metamorphosis telah bertukar kepada

batuan igneus.

KESIMPULAN :

Perbezaa jenis batuan menentukan konfigurasi (kepelbagaian) bentuk

bumi di sesebuah kawasan kerana batuan unsur yang membentuk muka bumi.

Ciri-ciri ini menunjukkan sifat-sifat geologi. Batuan yang menjadi asas

pembentukan bentuk bumi itu pula sentiasa mengalami proses-proses geomorfik

(gondola) melalui agen luluhawa, hakisan dan proses gerakan jisim.

Melalui proses ini maka dapat disimpulkan bahawa mineral memainkan

peranan utama dalam kehidupan dan taraf hidup manusia. Ia menjadi semakin

penting dan pada masa ini kita bergantung terhadap mineral dalam pelbagai

EDA ROHANI BINTI CHE DERISPPG SCE-A 7

Page 8: Amali Batu

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN

perkara, dari pembinaan bangunan pencakar langit hingga kepada pembuatan

alatan elektronik teknologi tinggi. Sesungguhnya tanpa mineral masyarakat

moden tidak akan wujud kerana ianya sebagai penyumbang kerangka asas

pengeluaran industri.

Selain daripada itu batu-batuan ini menjadi penting kepada ahli-ahli

geologi terutamanya dalam menentukan umur bumi.

EDA ROHANI BINTI CHE DERISPPG SCE-A 8

Page 9: Amali Batu

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN

Bahagian 2

Berkenaan dengan lawatan anda ke Jabatan Mineral dan Goelogi anda dikehendaki untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

1. Kenalpasti kawasan dan tanda kawasan pada peta dimana anda dapat menjumpai ketiga-tiga batuan di Timur dan Barat Malaysia.

Malaysia Barat:

Batuan Igneus banyak terdapat di kawasan bukit bukau seperti di banjaran-banjaran di Malaysia. Contohnya Banjaran Titiwangsa.

Batuan Enapan banyak terdapat di kawasan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

Batuan Metamorfik banyak terdapat di kawasan Gua Musang Kelantan, Pulau Langkawi dan Raub Pahang.

Malaysia Timur: Batuan igneus banyak terdapat di kawasan pergunungan di Taman

Sabah. Batuan jenis ini banyak didapati dikawasan lereng-lereng gunung yang curam dan mempunyai tekstur yang kasar.

Batuan Enapan banyak terdapat di kawasan Gunung Kinabalu di Sabah. Batuan Mateamorfik banyak di Kawasan, Sarawak.

EDA ROHANI BINTI CHE DERISPPG SCE-A 9

Page 10: Amali Batu

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN

Rujukan:

Buku

Azlina Azmi (2011). Sumber Mineral Khazanah Dari Perut Bumi. Petaling Jaya;Penerbit Prisma Sdn.Bhd.

Micheal A.Seed (2008). Foundations of Astronomy. Thomson Brook/Cole.

Modul

Modul Sains: Bumi dan Angkasa Lepas

Laman Sesawang

http://geology.com/rocks/igneous-rocks.shtml

http://geology.com/rocks/sedimentary-rocks.shtml

http://geology.com/rocks/metamorphic-rocks.shtml

http://inani.tripod.com/batu.htm

EDA ROHANI BINTI CHE DERISPPG SCE-A 10

Page 11: Amali Batu

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN

BACAAN LEBIH LANJUT

http://inani.tripod.com/batu.htm

PELBAGAI JENIS BATUAN 

 [    Batuan igneus    Batuan enapan    Batuan metamorfosis    ]  

Bagaimana batuan di kelaskan ?             Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita. Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan (a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini. (b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan; (c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu: (a) batuan igneus; (b) batuan enapan; (c) batuan metamorfosis. 

  Batuan Igneus          Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan  berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan  ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis

EDA ROHANI BINTI CHE DERISPPG SCE-A 11

Page 12: Amali Batu

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN

asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium. Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu :l. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan - Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan. Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal. Batu jalar dalam ini, umpamanya granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan dan hakisan.2. Batu Gunung Berapi atau Terobosan -  Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus. Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. Setengah-setengah batu basol membeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menara-menara batu. Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-rekahan. Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar.          Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan yang berukir.   

Batuan Enapan          Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama telah dijeniskan ke dalam satu golongan. Mengetahui sifat-sifat

EDA ROHANI BINTI CHE DERISPPG SCE-A 12

Page 13: Amali Batu

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN

pelbagai jenis batu-batan itu sangatlah penting. Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu :l. Batuan enapan yang terjadi secara mekanik -  Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir merupakan batuan enapan yang paling banyak terdapat. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza. Susunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling. Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi). Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu.2. Batuan enapan yang terjadi secara organik -  Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-hidupan yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan  meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur. Batu yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan  ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan. Batuan  di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat. Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu. Semua bahan-bahan ini sangat tinggi nilainya dari segi ekonomi.3. Batuan enapan yang terjadi secara kimia -  Batu jenis ini terenap melalui tindakan kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada lapisan yang pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat didapati dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu. Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.  Batuan Metamorfosis            Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa tersebut di atas taditerutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung  akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan

EDA ROHANI BINTI CHE DERISPPG SCE-A 13

Page 14: Amali Batu

LAPORAN AMALI 2: MENGENALI BATUAN

metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di kawasan pergunungan di Sarawak.          Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang dimaksudkan itu ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral batuan. Batuan metamorfosis mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan atau batuan metamorfosis yang lain. Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma ialah antara 100°C hingga 800°C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan bentuknya.  Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Apabila magma panas mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah rekahan, batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis. Proses ini dikenali sebagai metamorfisma terma. Batu marmar dan slat bintik terbentuk secara metamorfisma terma ini.  Metamorfisma yang berlaku secara besar-besaran adalah metamorfisma serantau. Di kawasan kerak bumi yang pernah mengalami proses pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosis seperti syis dan gneis. Hal ini terjadi apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi mengalami tekanan yang kuat dan haba yang tinggi. Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan batuan mertgalami proses penghabluran semula.          Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil. Sesetengah batuan metamorfosis yang berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari. Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran juga terjadi apabila mineral yang mempunyai kepadatan berlainan terasing lalu membentuk lapisan-lapisan. Contoh batuan berjalur ialah batu loh dan syis. Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang nipis. Batuan metamorfosis tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh pecah kepada beberapa lapisan.  

 

EDA ROHANI BINTI CHE DERISPPG SCE-A 14