12
PROSIDING PERKEM VIII, JILID 3 (2013) 1340 - 1351 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII) “Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju” Johor Bahru, 7 9 Jun 2013 Pembasmian Kemiskinan Melalui Program Amanah Ikhtiar: Kajian Kes Cawangan Kota Setar, Kedah Syuhada Abd Halim Doris Padmini Selvaratnam Norlaila Abu Bakar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia E-mail: [email protected] ABSTRAK Pembiayaan melalui kredit mikro merupakan satu program yang diperkenalkan untuk membantu mengatasi masalah kemiskinan. Profesor Muhammad Yunus telah memperkenalkan skim kredit mikro menerusi model Bank Grameen bagi mengatasi masalah kemiskinan di Bangladesh. Inisiatif Bank Grameen telah diiktiraf sebagai program pembasmian kemiskinan yang paling berjaya pada dekad 1980-an, 1990-an dan millennium baru. Matlamat kerajaan dalam membasmi kemiskinan telah bermula sejak perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merupakan satu badan yang bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan kredit kepada golongan berpendapatan rendah di bandar atau luar bandar di mana penyaluran kredit mikro ini adalah bertujuan untuk menambahkan pendapatan mereka dengan menyediakan sumber pinjaman bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan. Kajian ini lebih menfokuskan kepada kemiskinan luar bandar iaitu dijalankan di sembilan blok Cawangan Kota Setar, Kedah yang terdiri daripada Blok Langgar, Blok Titi Gajah, Blok Kota Setar, Blok Kubang Rotan, Blok Kuala Kedah, Blok Tajar, Blok Kota Sarang Semut dan Blok Pokok Tai. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kehidupan responden sebelum dan selepas menyertai AIM. Objektif khusus kajian ini adalah untuk (i) menganalisis sama ada pembiayaan kredit mikro yang disediakan oleh AIM dapat meningkatkan pendapatan responden (ii) menganalisis sama ada pembiayaan kredit mikro yang disediakan oleh AIM dapat meningkatkan taraf hidup responden. Kaedah persampelan rawak berlapis telah digunakan di mana responden dipilih secara rawak mengikut Pusat yang terdapat di sembilan Blok di Cawangan Kota Setar. Data diperoleh dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 478 responden di 27 pusat yang telah dipilih di sembilan Blok yang terdapat di Cawangan Kota Setar, Kedah. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Kaedah statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah statistik deskriptif, ujian-t, ujian Khi Kuas Dua. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembiayaan kredit mikro membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup responden. Kata kunci: kredit mikro, pendapatan, taraf hidup, kemiskinan ABSTRACT Financing through micro-credit is a program that was introduced to help overcome poverty. Professor Muhammad Yunus has introduced the micro-credit scheme through the Grameen Bank model for poverty alleviation in Bangladesh. The Grameen Bank initiative has been recognized as the most successful poverty reduction strategy in the 1980s, 1990s and the new millennium. The government's aim of tackling poverty started since the implementation of the New Economic Policy (NEP). Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) is an organization responsible for providing credit to low-income groups in urban or rural areas where the transmission of micro-credit is intended to supplement their income by providing a source of loans to start small businesses. This research focuses on rural poverty in Kota Setar Kedah. Field survey was carried out in nine blocks in Kota Setar, Kedah consisting of Block Langgar, Block Titi Gajah, Block Kota Setar, Block Kubang Rotan, Block Kuala Kedah, Block Tajar, Block Kota Sarang Semut, and Block Pokok Tai. The main objective of this study was to examine the life of the respondents before and after joining AIM. The specific objectives of this study were to analyze whether micro-credit financing provided by the AIM (i) can increase the income of the respondents; and (ii) improve their living standard. Stratified sampling method was used, whereby the respondents were randomly selected according to the centers available in the nine blocks in Kota Setar. Data was collected by distributing questionnaires to 478 respondents at 27 centers that have

Amanah Iktiar

  • Upload
    wajfa

  • View
    22

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kemiskinan

Citation preview

  • PROSIDING PERKEM VIII, JILID 3 (2013) 1340 - 1351

    ISSN: 2231-962X

    Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)

    Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju Johor Bahru, 7 9 Jun 2013

    Pembasmian Kemiskinan Melalui Program Amanah Ikhtiar: Kajian

    Kes Cawangan Kota Setar, Kedah

    Syuhada Abd Halim

    Doris Padmini Selvaratnam

    Norlaila Abu Bakar

    Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    E-mail: [email protected]

    ABSTRAK

    Pembiayaan melalui kredit mikro merupakan satu program yang diperkenalkan untuk membantu

    mengatasi masalah kemiskinan. Profesor Muhammad Yunus telah memperkenalkan skim kredit mikro

    menerusi model Bank Grameen bagi mengatasi masalah kemiskinan di Bangladesh. Inisiatif Bank

    Grameen telah diiktiraf sebagai program pembasmian kemiskinan yang paling berjaya pada dekad

    1980-an, 1990-an dan millennium baru. Matlamat kerajaan dalam membasmi kemiskinan telah bermula

    sejak perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merupakan satu

    badan yang bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan kredit kepada golongan berpendapatan

    rendah di bandar atau luar bandar di mana penyaluran kredit mikro ini adalah bertujuan untuk

    menambahkan pendapatan mereka dengan menyediakan sumber pinjaman bagi memulakan perniagaan

    kecil-kecilan. Kajian ini lebih menfokuskan kepada kemiskinan luar bandar iaitu dijalankan di

    sembilan blok Cawangan Kota Setar, Kedah yang terdiri daripada Blok Langgar, Blok Titi Gajah, Blok

    Kota Setar, Blok Kubang Rotan, Blok Kuala Kedah, Blok Tajar, Blok Kota Sarang Semut dan Blok

    Pokok Tai. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kehidupan responden sebelum dan selepas

    menyertai AIM. Objektif khusus kajian ini adalah untuk (i) menganalisis sama ada pembiayaan kredit

    mikro yang disediakan oleh AIM dapat meningkatkan pendapatan responden (ii) menganalisis sama

    ada pembiayaan kredit mikro yang disediakan oleh AIM dapat meningkatkan taraf hidup responden.

    Kaedah persampelan rawak berlapis telah digunakan di mana responden dipilih secara rawak mengikut

    Pusat yang terdapat di sembilan Blok di Cawangan Kota Setar. Data diperoleh dengan mengedarkan

    borang soal selidik kepada 478 responden di 27 pusat yang telah dipilih di sembilan Blok yang terdapat

    di Cawangan Kota Setar, Kedah. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for

    Social Science (SPSS). Kaedah statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah statistik deskriptif,

    ujian-t, ujian Khi Kuas Dua. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembiayaan kredit mikro membantu

    meningkatkan pendapatan dan taraf hidup responden.

    Kata kunci: kredit mikro, pendapatan, taraf hidup, kemiskinan

    ABSTRACT

    Financing through micro-credit is a program that was introduced to help overcome poverty. Professor

    Muhammad Yunus has introduced the micro-credit scheme through the Grameen Bank model for

    poverty alleviation in Bangladesh. The Grameen Bank initiative has been recognized as the most

    successful poverty reduction strategy in the 1980s, 1990s and the new millennium. The government's

    aim of tackling poverty started since the implementation of the New Economic Policy (NEP). Amanah

    Ikhtiar Malaysia (AIM) is an organization responsible for providing credit to low-income groups in

    urban or rural areas where the transmission of micro-credit is intended to supplement their income by

    providing a source of loans to start small businesses. This research focuses on rural poverty in Kota

    Setar Kedah. Field survey was carried out in nine blocks in Kota Setar, Kedah consisting of Block

    Langgar, Block Titi Gajah, Block Kota Setar, Block Kubang Rotan, Block Kuala Kedah, Block Tajar,

    Block Kota Sarang Semut, and Block Pokok Tai. The main objective of this study was to examine the

    life of the respondents before and after joining AIM. The specific objectives of this study were to

    analyze whether micro-credit financing provided by the AIM (i) can increase the income of the

    respondents; and (ii) improve their living standard. Stratified sampling method was used, whereby the

    respondents were randomly selected according to the centers available in the nine blocks in Kota

    Setar. Data was collected by distributing questionnaires to 478 respondents at 27 centers that have

  • Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1341

    been randomly selected from the nine blocks in Kota Setar, Kedah. Respondents, who were unable to

    read or write, were assisted by the enumerators. Data was analyzed using the Statistical Package for

    Social Science 21 (SPSS). The statistical methods used in this study are descriptive statistics and

    regression analysis. The results show that micro-credit financing helped to improve the income and

    living standards of the respondents.

    Keywords: micro credit, poverty, income, standard of living

    PENGENALAN

    Miskin merujuk kepada ketidakcukupan sumber untuk memenuhi keperluan hidup iaitu pendapatan

    yang tidak cukup untuk menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya untuk diri

    sendiri dan isi rumah. Kemiskinan pula boleh diterangkan dengan merujuk kepada keadaan miskin

    seperti status ekonomi seseorang individu atau sesebuah isi rumah, kekayaan, sikap, pekerjaan dan

    pilihan penggunaan. Seseorang dikatakan miskin kerana tidak mempunyai harta ataupun pilihannya

    terhadap barangan dan perkhidmatan bawahan (inferior) (Laily Paim & Sharifah Azizah 2010).

    Dapat dilihat sejak tahun 1971 lagi kerajaan telah menitikberatkan masalah kemiskinan.

    Matlamat kerajaan dalam membasmi kemiskinan telah bermula sejak perlaksanaan Dasar Ekonomi

    Baru (DEB) yang telah diperkenalkan pada tahun berkenaan adalah bertujuan untuk menangani

    ketidakseimbangan ekonomi yang ketara pada ketika itu. Malaysia telah mencatat kejayaan yang

    membanggakan dalam usaha membasmi kemiskinan. Secara keseluruhannya, kadar kemiskinan telah

    menurun daripada 49.5 peratus pada tahun 1970 kepada 5.7 peratus pada tahun 2004. Keadaan yang

    sama berlaku kepada kadar kemiskinan bandar, luar bandar dan kemiskinan tegar. Pada tahun 2004,

    kadar kemiskinan bandar, luar bandar dan miskin tegar masing-masing 2.5 peratus, 11.9 peratus dan

    1.2 peratus (Unit Perancang Ekonomi).

    Dalam usaha membasmi kemiskinan di Malaysia, satu badan telah ditubuhkan bagi

    melaksanakan dasar-dasar pembasmian kemiskinan ini. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah satu

    institusi yang memberi pinjaman kredit kepada mereka yang memerlukannya. AIM telah memberi

    bantuan kewangan kepada golongan miskin, iaitu mereka yang berpendapatan di bawah garis

    kemiskinan di seluruh negara yang ingin menjalankan aktiviti ekonomi. Hal ini termasuk kegiatan

    perniagaan kecil-kecilan, pendidikan, pembelian aset bagi memperluaskan perniagaan.

    eujudan AIM dengan membantu golongan miskin untuk memperbaiki taraf ekonomi keluarga

    telah menyedarkan golongan ini untuk terlibat dan mendapatkan pembiayaan kredit mikro tanpa

    cagaran dari Skim Pinjaman Ikhtiar yang disediakan oleh AIM. AIM akan menyediakan pembiayaan

    kredit mikro bagi sahabat yang ingin memulakan perniagaan atau sahabat yang ingin menambahbaik

    perniagaan sedia ada. Keberkesanan pembiayaan kredit mikro yang disediakan oleh AIM dilihat

    mampu membantu golongan ini mengembangkan kemahiran yang diperoleh oleh mereka. Namun

    persoalannya, adakah kesan pembiayaan kredit mikro ini mampu meningkatkan pendapatan dan taraf

    hidup Sahabat?

    Oleh itu, artikel ini akan mengkaji keadaan kehidupan Sahabat sebelum dan selepas menerima

    pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Kajian ini akan menganalisis sama ada pendapatan dan taraf

    hidup Sahabat meningkat atau tidak selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.

    KAJIAN LEPAS

    Analisis kajian yang dilakukan oleh Saifoul et.al. (2012) adalah untuk melihat impak kredit mikro ke

    atas ketaksamarataan pendapatan di kalangan sahabat Amanah Ikhtiar di Kedah dan Kelantan. Objektif

    kajian ini ialah menganalisis impak kredit mikro ke atas ketaksamarataan pendapatan di kalangan

    sahabat Amanah Ikhtiar di Kedah dan Kelantan. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah

    temuduga yang dilakukan ke atas 495 orang responden. Selain itu, kajian ini juga menggunakan data

    yang diperoleh dari Kajian Penyelidikan Impak 6 AIM. Pekali Gini telah digunakan bagi mengukur

    ketidaksamarataan pendapatan. Hasil kajian mendapati bahawa pendapatan dari sumber projek yang

    dibiayai oleh mikro ini memberi kesan kesamaan (equalising effect) ke atas ketaksamarataan

    pendapatan. Dengan andaian ceteries paribus, peningkatan syer pendapatan dari sumber projek kredit

    mikro akan memancu kepada pengurangan dalam jumlah ketaksamarataan.

    Zaini, Rindam dan Supian (2012) telah membuat kajian mengenai pencapaian skim kredit

    mikro AIM dalam landskap pembangunan luar bandar. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menilai

    sejauhmana perkembangan cawangan, jangkauan keahlian modal yang dikeluarkan, produk pinjaman

  • 1342 Syuhada Abd Halim, Doris Padmini Selvaratnam, Norlaila Abu Bakar

    dan prestasi ekonomi di kalangan peserta program AIM. Kaedah kajian yang dilakukan adalah dengan

    melihat beberapa kajian impak yang pernah dijalankan oleh AIM sendiri dan pengkaji-pengkaji bebas

    sejak tahun 1990 hingga 2006. Hasil perbincangan berdasarkan beberapa kajian lepas telah

    menunjukkan pencapaian skim kredit mikro AIM meningkatkan prestasi ekonomi sahabat. Selain itu,

    jangkauan peserta dan jumlah pinjaman yang dikeluarkan juga meningkat setiap tahun.

    Jahangir et.al. (2002) telah membuat kajian mengenai kesan kredit mikro ke atas kemiskinan

    yang dilakukan di Bangladesh. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengumpul maklumat

    mengenai individu yang menerima kredit mikro dari tiga organisasi utama di Bangladesh iaitu

    Grameen Bank, Bangladesh Rural Advancement Committe (BRAC) dan Association of Social

    Advancement (ASA) bagi melihat kesan kredit mikro ke atas kemiskinan dalam tempoh enam tahun.

    Kaedah yang digunakan adalah kaedah soal selidik yang dilakukan ke atas 952 orang iaitu 432 orang

    lama di cawangan Grameen Bank, 100 orang baru di cawangan Grameen Bank , 210 bagi cawangan

    BRAC dan ASA. Manakala 42 orang lagi digugurkan dari kajian kerana maklumat mereka telah hilang.

    Kajian ini telah menggunakan regresi logit untuk mendapatkan keputusan kajian. Hasil kajian

    menunjukkan bahawa keberkesanan kredit mikro tidak akan berlaku dalam jangka masa pendek tetapi

    ia akan berkesan dalam jangka masa panjang. Keberkesanan ini telah dilihat selepas 6 tahun penyertaan

    responden.

    Kajian yang dilakukan oleh Abdullah, Sazali dan Malarvizhi (2010) adalah untuk melihat

    kesan pembiayaan kredit mikro AIM ke atas aset perusahaan mikro di Malaysia. Kajian ini dilakukan

    bertujuan untuk mengkaji kesan program mikro kredit AIM ke atas isi rumah miskin tegar terhadap

    aset perusahaan mikro di Semenanjung Malaysia. Kaedah kajian yang dilakukan ialah menggunakan

    reka bentuk keratan rentas dengan persampelan rawak berstrata di mana sampel dipilih dari tiga

    kawasan yang berbeza iaitu di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Lima hipotesis telah dibina

    iaitu terdiri daripada nilai pasaran ternakan (Market value of livestock), nilai pasaran pertanian dan

    peralatan pengeluaran, nilai pasaran stok pertanian atau bahan mentah, nilai pasaran aset perusahaan

    (trading assets) dan nilai pasaran aset perusahaan mikro (microenterprise assets). Dapatan kajian ini

    menunjukkan bahawa penyertaan program kredit mikro AIM ini telah membawa kepada peningkatan

    dalam aset perusahaan mikro iaitu nilai pasaran stok pertanian dan bahan mentah, perdagangan aset dan

    jumlah aset perusahaan kecil.

    Zaini, Supian dan Norziani (2012) telah membuat kajian mengenai prestasi ekonomi daripada

    program kredit mikro luar bandar di mana kajian kes dilakukan di Kedah. Objektif kajian ini dilakukan

    adalah untuk mengkaji prestasi ekonomi berdasarkan program AIM dengan (i) menganalisis sama ada

    ia mempunyai kesan dalam meningkatkan pendapatan peserta selepas penggunaan pinjaman, (ii)

    menganalisis sama ada program AIM telah membawa kepada pengurangan kemiskinan di kalangan

    peserta dan (iii) melihat sama ada AIM masih sesuai diteruskan di Malaysia. Kajian ini telah

    menggunakan data primer iaitu melakukan soal selidik di sebelah daerah di Kedah iaitu di Baling, Sik,

    Pendang, Padang Terap, Kuala Muda, Kubang Pasu, Kota Setar dan Kulim. Hasil kajian menunjukkan

    bahawa program AIM sangat berkesan dalam mengurangkan kemiskinan di Malaysia. AIM juga dilihat

    sebagai pelengkap kepada program pembasmian kemiskinan yang dilakukan oleh kerajaan. Dapatan

    kajian juga menunjukkan program kredit mikro AIM berkesan dalam meningkatkan pendapatan peserta

    serta mengurangkan insiden kemiskinan di kalangan peserta selepas terlibat dalam program AIM.

    Analisis kajian yang dilakukan oleh Abdullah, Joseph dan Nurul Huda (2012) adalah untuk

    mengkaji kesan program kredit mikro AIM ke atas aset perusahaan mikro di luar bandar Malaysia.

    Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan program AIM ke atas perusahaan mikro yang

    dimiliki oleh wanita miskin di kawasan luar bandar Malaysia. Kaedah persampelan rawak berstrata

    telah digunakan untuk menjalankan kajian ini. Data dikumpul daripada 281 responden luar bandar

    daripada tujuh cawangan dalam lima negeri di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian menunjukkan nilai

    pasaran semasa ternakan, pertanian/kelengkapan pengeluaran, stok pertanian/bahan mentah, aset

    perusahaan dan kenderaan yang dimiliki oleh responden yang telah lama menyertai program AIM ini

    lebih tinggi berbanding responden yang baru menyertai program AIM. Bagi menggalakkan

    pembangunan perusahaan mikro, AIM perlu menyediakan latihan yang mencukupi, persekitaran yang

    baik dan fleksibel dan mempelbagaikan program pinjaman kepada peserta AIM.

    Dalam tahun 2011, Norma dan Jarita telah melakukan kajian mengenai An economic impact assessment of a microcredit program in Malaysia: The case of Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

    Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan sama ada pinjaman AIM menyumbang kepada

    peningkatan dalam pendapatan dan untuk mengenalpasti faktor-faktor lain yang menyumbang kepada

    peningkatan dalam pendapatan. Kaedah yang dilakukan adalah menggunakan soal selidik di mana

    soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik meliputi latar belakang sosioekonomi responden,

    pinjaman daripada AIM, pendapatan dan aset yang diperoleh sebelum dan selepas meminjam daripada

    AIM, perbelanjaan responden, kesedaran mengenai produk kewangan Islam dan pendapat mengenai

  • Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1343

    produk tersebut. Regresi Ordinal Least Squares (OLS) telah digunakan untuk menentukan faktor-

    faktor yang boleh mempengaruhi pemboleh ubah tertentu. Beberapa proksi telah digunakan

    menganggar pemboleh ubah prestasi ekonomi (pemboleh ubah bergantung) seperti pendapatan per

    kapita, nisbah pendapatan dan nilai aset. Manakala bagi pemboleh ubah bebas termasuklah tahap

    pendidikan, umur, status perkahwinan, pemilikan aset, jumlah pinjaman dan sebagainya. Dapatan

    kajian menunjukkan bahawa prestasi ekonomi peserta AIM adalah ditentukan oleh jumlah wang yang

    dipinjam dari AIM. Faktor lain yang mempengaruhi prestasi ekonomi peserta AIM adalah tahap

    pendidikan. Responden yang berpendidikan adalah lebih berpengetahuan dalam mengendalikan projek-

    projek mereka.

    Analisis kajian yang dilakukan oleh Abdullah, Joseph dan Sazali (2012) adalah untuk

    mengkaji kesan program kredit mikro AIM ke atas kualiti hidup peserta di kawasan luar bandar di

    Malaysia. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk keratan rentas dengan kaedah persampelan rawak

    berstrata bagi mengkaji sama ada penyertaan peserta dalam program pembiayaan kredit mikro AIM

    dapat meningkatkan kualiti hidup golongan miskin luar bandar. Hasil kajian menunjukkan bahawa

    pembiayaan kredit mikro dapat meningkatkan kualiti hidup isi rumah miskin luar bandar di Malaysia

    dan dapatan kajian juga telah menunjukkan bahawa status penglibatan responden dikaitkan dengan saiz

    dan kualiti rumah yang di milik.

    Abdullah et.al. (2011) telah melakukan kajian mengenai kesan penyertaan dalam program

    kredit mikro terhadap aset yang dimiliki oleh isi rumah miskin tegar di Malaysia. Kajian ini

    menggunakan reka bentuk keratan rentas dengan pendekatan quasi-experimental bagi mengkaji

    bagaimana penyertaan dalam skim kredit mikro ini memberi kesan ke atas aset isi rumah miskin tegar.

    Hasil daripada kajian ini mengesahkan bahawa jumlah pinjaman yang diterima mempunyai hubungan

    positif dengan jumlah aset dan bilangan responden yang mendapat pekerjaan yang kemudiannya

    membawa kepada peningkatan dalam aset isi rumah. Dengan mendapat jumlah pinjaman yang tinggi ia

    dapat membantu menjana pendapatan dan mengurangkan pengangguran dalam kalangan isi rumah.

    Analisis kajian yang dilakukan oleh AIM bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah

    untuk mengukur impak sosioekonomi program kredit mikro terhadap taraf kehidupan Sahabat,

    mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan pembangunan perusahaan mikro,

    menilai impak kredit ke atas tingkat pekerjaan dan pendapatan perusahaan mikro dan mengukur

    persepsi Sahabat terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh AIM. Reka bentuk pensampelan yang

    digunakan adalah kebarangkalian rawak strata mengikut cawangan AIM. Pemilihan sampel dibuat

    secara rawak mengikut senarai daftar pusat. Borang soal selidik merupakan kaedah yang digunakan

    untuk memungut maklumat. Data diperoleh menggunakan SPSS12.0, SPSS 16.0 dan E-Views 7.0 dan

    kaedah statistik yang digunakan adalah statistik deskriptif, ujian berstatistik dan analisis regresi

    berganda. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif antara tempoh menyertai AIM,

    pengalaman berkaitan projek dan jumlah pinjaman dengan tingkat pendapatan yang diperoleh Sahabat.

    Selain itu, hasil kajian juga mendapati program kredit mikro AIM memberi kesan ke atas peluang

    pekerjaan dan secara tidak langsung telah memberikan kesan ke atas modal sosial dalam kalangan

    Sahabat.

    Analisis kajian yang dilakukan oleh Zaimah (2010) memfokuskan kepada bagaimana Sahabat

    yang telah memperoleh pinjaman kredit mikro menguruskan pinjaman yang diperoleh. Kajian ini

    dilakukan di Mukim Tobiar dan Daerah Pendang, Kedah. Data dipungut menggunakan borang soal

    selidik secara temubual bersemuka. Analisis kajian dilakukan menggunakan perisian SPSS. Kaedah

    statistik deskriptif telah dilakukan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan Sahabat

    menggunakan pinjaman yang diperoleh untuk membiayai kegiatan ekonomi yang mereka usahakan.

    Selain itu, sebahagian pembiayaan yang diperoleh adalah untuk penambahbaikan rumah dan

    perbelanjaan pendidikan anak-anak Sahabat.

    METODOLOGI

    Kajian ini melibatkan kaji selidik di mana data primer yang melibatkan 478 orang responden telah

    dikumpul. Daripada 478 borang soal selidik yang diedarkan, hanya 338 (70.71 %) borang soal selidik

    yang lengkap dapat digunakan untuk dianalisis. Analisis dilakukan menggunakan SPSS 21 (Statistical

    Package for Social Science). Kaedah persampelan rawak berlapis telah digunakan untuk membuat

    pemilihan sampel kajian. Manakala kaedah statistik yang digunakan adalah statistik deskriptif, ujian

    Khi Kuasa Dua dan ujian-t.

    DAPATAN KAJIAN

    Profil Responden

  • 1344 Syuhada Abd Halim, Doris Padmini Selvaratnam, Norlaila Abu Bakar

    Jadual 1 menunjukkan profil Sahabat di Cawangan Kota Setar. Seramai 336 orang Sahabat adalah etnik

    Melayu dan beragama Islam dan 0.6 peratus (2 orang) adalah etnik India dan beragama Hindu. Taraf

    perkahwinan Sahabat di 27 buah Pusat menunjukkan bahawa seramai 284 orang (84%) Sahabat telah

    berkahwin, manakala 14.2 peratus adalah ibu tunggal dan selebihnya tidak pernah berkahwin.

    Taburan umur Sahabat pula menunjukkan bahawa Sahabat yang berada di antara lingkungan

    umur 28-37 merupakan peratusan yang tertinggi yang terlibat di dalam program pembiayaan kredit

    mikro iaitu sebanyak 37.3 peratus diikuti 27.2 peratus bagi lingkungan umur 38-47 tahun, 19.5 peratus

    berada dalam lingkungan 18-27 tahun dan 12.4 peratus berada di lingkungan 48-67 tahun. Taburan

    umur yang paling rendah adalah seorang iaitu yang berada di lingkungan 68-77 tahun. Umur minimum

    Sahabat adalah 24 tahun manakala umur maksimum adalah 75 tahun.

    Jumlah tanggungan yang tertinggi yang ditunjukkan ialah di antara lingkungan 5 orang ke atas

    iaitu seramai 154 orang (45.6%) diikuti dengan 3 hingga 4 orang, iaitu seramai 120 orang dan 55 orang

    berada dalam lingkungan 1 hingga 2 orang. Selebihnya Sahabat tidak mempunyai tanggungan.

    Manakala, bilangan ahli isi rumah menunjukkan bahawa bilangan isi rumah yang tertinggi ialah

    seramai 141 orang (41.7%) iaitu berada dalam lingkungan 5 hingga 6 orang diikuti dengan tanggungan

    yang berada dalam lingkungan 3 hingga 4 orang iaitu sebanyak 26.0 peratus (88 orang). Manakala 82

    orang dan 27 orang Sahabat masing-masing mempunyai bilangan ahli isi rumah dalam lingkungan 7

    orang ke atas dan 1 hingga 2 orang. Secara purata terdapat seramai 2.82 orang bagi setiap isi rumah.

    Tahap pendidikan Sahabat menunjukkan bahawa 49.1 peratus (166 orang) Sahabat mendapat

    pendidikan menengah atas manakala 23.7 peratus (80 orang) mendapat pendidikan menengah rendah.

    Terdapat seramai 20 orang (5.9%) mendapat pendidikan sehingga peringkat STPM. Sahabat yang tidak

    mempunyai pendidikan adalah sebanyak 4.1 peratus (14 orang) dan Sahabat yang mendapat pendidikan

    sehingga sekolah rendah ialah seramai 50 orang (14.8%).

    Profil Pembiayaan Mikro

    Jadual 2 menunjukkan profil pembiayaan mikro Sahabat di Cawangan Kota Setar. Tempoh penyertaan

    yang tertinggi adalah dalam lingkungan lebih daripada 5 tahun iaitu sebanyak 54.7% (185 orang)

    diikuti dengan 23.4 peratus (79 orang) yang berada dalam lingkungan 3 hingga 4 tahun. Peratusan

    penyertaan yang paling rendah adalah sebanyak 6.8 peratus (23 orang) Sahabat iaitu yang baru

    menyertai skim pembiayaan kredit mikro iaitu yang berada dalam lingkungan kurang dari 1 tahun.

    Terdapat beberapa sebab mengapa Sahabat menyertai program AIM. Sebanyak 82.8 peratus

    Sahabat menyertai AIM kerana memudahkan mereka mendapatkan modal kewangan untuk

    menjalankan projek mereka. Menambah pendapatan keluarga merupakan kedua tertinggi mengapa

    Sahabat menyertai AIM iaitu seramai 62.7peratus. Mendapat galakan dari Sahabat AIM dan mendapat

    sokongan daripada Sahabat kumpulan masing-masing menunjukkan peratusan sebanyak 24.9 peratus

    dan 18.3 peratus. Lain-lain lebih merujuk kepada meningkatkan taraf hidup sebanyak 2.1 peratus.

    Taraf pinjaman Sahabat yang tertinggi adalah Skim Pinjaman Ikhtiar Mesra (I-Mesra) iaitu

    sebanyak 58.6 peratus (198 orang). Skim Pinjaman Ikhtiar Srikandi (I-Srikandi) pula merupakan kedua

    tertinggi iaitu sebanyak 47.9 peratus diikuti dengan Skim Pinjaman Sejahtera (I-Sejahtera) sebanyak

    32.2 peratus. Skim Pinjaman Bistari (I-Bistari), Skim Pinjaman Wibawa (I-Wibawa) dan Skim

    Pinjaman Wawasan (I-Wawasan) masing-masing menunjukkan peratusan sebanyak 5.6 peratus, 4.4

    peratus dan 4.1 peratus.

    Jumlah pinjaman RM5001 ke atas menunjukkan jumlah pinjaman yang paling tinggi yang

    telah dibuat oleh Sahabat iaitu sebanyak 62.1 peratus diikuti dengan RM4000-RM5000 sebanyak 14.5

    peratus, RM2001-RM3000 sebanyak 11.5 peratus, RM3001-RM4000 sebanyak 6.6 peratus dan

    RM1001-RM2000 serta RM500 - RM1000 sebanyak 2.7 peratus.

    Impak Skim Kepada Pendapatan Sahabat

    Jadual 3 menunjukkan jumlah pendapatan bulanan Sahabat sebelum dan selepas menerima pembiayaan

    kredit mikro daripada AIM. Sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM, terdapat 36.4

    peratus Sahabat yang mempunyai pendapatan bulanan di dalam lingkungan kurang daripada RM440.

    Namun, selepas menerima pembiayaan daripada AIM pendapatan di bawah RM440 telah berkurang

    daripada 36.4 peratus kepada 0.9 peratus. Begitu juga dengan pendapatan dalam lingkungan RM441

    hingga RM750 mengalami pengurangan dari 27.2 peratus sebelum menerima pembiayaan kredit mikro

    daripada AIM kepada 16.0 peratus selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Jumlah

    pendapatan telah mengalami peningkatan iaitu dari 24.0 peratus kepada 32.5 peratus bagi pendapatan

  • Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1345

    dalam lingkungan RM751 hingga RM1000, 11.5 peratus kepada 28.4 peratus dalam lingkungan

    RM1001 hingga RM2000 dan 0.9 peratus kepada 22.2 peratus dalam lingkungan RM2001 ke atas.

    Nilai signifikan bagi jumlah pendapatan bulanan Sahabat sebelum dan selepas menggunakan

    Khi Kuasa Dua (Pearson Chi-square) ditunjukkan dalam jadual. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah

    0.000, iaitu p < 0.005. Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah pendapatan selepas

    Sahabat menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.

    Impak Skim Kepada Taraf Hidup Sahabat

    Impak terhadap taraf hidup Sahabat dilihat dari status tanah yang di miliki, jenis pemilikan rumah,

    bilangan bilik tidur, peralatan dapur dan rumah serta anggaran perbelanjaan bulanan Sahabat. Jika

    berlaku peningkatan selepas menerima pembiayaan kredit daripada AIM maka taraf hidup Sahabat

    menunjukkan peningkatan.

    Jadual 4 menunjukkan status tanah, jenis pemilikan rumah, bilik tidur dan anggaran

    perbelanjaan bulanan Sahabat sebelum dan selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM 37 peratus Sahabat memiliki tanah sendiri.

    Bilangan Sahabat yang memiliki tanah sendiri telah meningkat selepas mereka menerima pembiayaan

    kredit mikro daripada AIM iaitu sebanyak 44.7 peratus. Status tanah milik keluarga mengalami

    pengurangan sebanyak 3 peratus (10 orang) iaitu dari 36.1 peratus sebelum menerima pembiayaan

    kredit mikro daripada AIM kepada 33.1 peratus selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada

    AIM. Bagi status tanah milik kerajaan pula, sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM

    hanya 8.3 peratus Sahabat yang mempunyai status tanah milik kerajaan dan selepas menerima

    pembiayaan kredit mikro daripada AIM hanya 7.7 peratus yang mempunyai status tanah mereka milik

    kerajaan. Terdapat 18.6 peratus Sahabat yang menyewa tanah tempat kediaman mereka. Namun

    bilangan ini telah berkurang kepada 14.5 peratus. Nilai signifikan bagi status tanah tempat kediaman

    Sahabat sebelum dan selepas menggunakan Khi Kuasa Dua (Pearson Chi-square) ditunjukkan dalam

    jadual. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0.000, iaitu p < 0.005. Ini menunjukkan bahawa status

    tanah mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro

    daripada AIM.

    Bagi pemilikan rumah Sahabat pula, pemilikan rumah sendiri menunjukkan peratusan yang

    paling tinggi sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM iaitu sebanyak 50 peratus

    diikuti dengan milik keluarga 29 peratus, rumah sewa 18.6 peratus dan lain-lain pemilikan 8 peratus.

    Selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM, berlaku peningkatan pada pemilikan rumah

    sendiri sebanyak 9.5 peratus menjadikannya 59.5 peratus. Manakala pemilikan rumah milik keluarga

    telah berkurang sebanyak 4.4 peratus (15 orang) menjadikannya 24.6 peratus, rumah sewa 18.6 peratus

    kepada 14.5 peratus dan lain-lain pemilikan rumah 2.4 peratus kepada 1.5 peratus. Nilai signifikan bagi

    jenis pemilikan rumah Sahabat sebelum dan selepas menggunakan Khi Kuasa Dua (Pearson Chi-

    square) ditunjukkan dalam jadual. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0.000, iaitu p

  • 1346 Syuhada Abd Halim, Doris Padmini Selvaratnam, Norlaila Abu Bakar

    AIM, terdapat perubahan di dalam perbelanjaan bulanan Sahabat iaitu perbelanjaan dalam lingkungan

    kurang daripada RM1000 sebanyak 42.3 peratus, RM1001 hingga RM2000 sebanyak 47.3, RM2001

    hingga RM3000 sebanyak 8.6 peratus dan RM3001 hingga RM4000 sebanyak 1.8 peratus.

    Perbelanjaan minimum sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM bagi

    Sahabat-sahabat di Cawangan Kota Setar adalah sebanyak RM 215 manakala selepas menerima

    pembiayaan kredit mikro daripada AIM, berlaku peningkatan sebanyak RM55 menjadikan

    perbelanjaan minimum selepas menerima pembiayaan kredit mikro adalah sebanyak RM270. Bagi

    perbelanjaan maksimum pula, sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM perbelanjaan

    minimum Sahabat-sahabat di Cawangan Kota Setar adalah RM3230 manakala selepas menerima

    pembiayaan kredit mikro daripada AIM telah mengalami peningkatan kepada RM3930. Purata

    keseluruhan perbelanjaan sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM adalah

    RM963.17 manakala selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM adalah sebanyak

    RM1259.59.

    Keputusan ujian-t menunjukkan bahawa keputusan kajian adalah signifikan (t= -10.834, df =

    337, p < 0.05). Hipotesis null ditolak dan keputusan kajian menunjukkan bahawa perbelanjaan bulanan

    Sahabat mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro

    daripada AIM.

    Nilai p ialah 0.000

  • Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1347

    Tahap pendidikan yang tinggi sangat penting bagi setiap individu kerana pendidikan tinggi mampu

    menjana peluang pekerjaan yang lebih baik dalam membantu meningkatkan pendapatan. Dalam kajian

    yang dilakukan di AIM Kota Setar, walaupun 42.6 peratus Sahabat berada di bahawa Menengah

    Rendah tetapi semangat mereka untuk berusaha keluar dari kemiskinan telah berjaya dilakukan.

    Peningkatan tahap kesihatan Sahabat dari 63.3 peratus kepada 74.9 peratus selepas menerima

    pembiayaan kredit mikro daripada AIM menunjukkan bahawa Sahabat berkeupayaan untuk bekerja

    dengan lebih baik. Sebaliknya, jika tahap kesihatan Sahabat kurang baik maka mereka tidak

    berkeupayaan untuk bekerja dengan lebih baik. Hal ini turut dinyatakan oleh Chambers, R. (1983) yang

    menyatakan bahawa jika kelemahan fizikal seperti tahap kesihatan yang rendah, tidak berkeupayaan

    dan kekurangan zat makanan akan memberi kesan kepada keupayaan individu untuk bekerja dan

    memperoleh pendapatan. Kesannya individu tersebut terpaksa bergantung kepada ahli keluarga yang

    lain untuk menjaganya dan keadaan ini menyebabkan ahli keluarga tidak berpeluang untuk bekerja.

    Peningkatan dalam tahap kesihatan, kemudahan infrastruktur, kos sara hidup dan lain-lain telah

    menunjukkan Sahabat telah memiliki taraf hidup yang lebih baik (World Bank Development 1990:

    Poverty).

    Jumlah pendapatan yang diperolehi oleh Sahabat sebelum dan selepas menerima pembiayaan

    kredit mikro daripada AIM telah menunjukkan perubahan yang positif. Berdasarkan purata Pendapatan

    Garis Kemiskinan (PGK) 2009 di negeri Kedah, PGK bagi kawasan luar bandar adalah sebanyak

    RM720 sebulan (Malaysian Urban Rural Nation Indicators Network on Sustainable Development,

    2011). Sebelum Sahabat menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM, seramai 215 orang iaitu

    63.6 peratus Sahabat yang berada di bawah PGK. Namun, selepas menerima pembiayaan kredit mikro

    daripada AIM bilangan Sahabat yang berada di bawah PGK semakin berkurang kepada 57 orang

    (16.9%) menunjukkan bahawa 83.1 peratus Sahabat telah melepasi PGK setelah menerima pembiayaan

    kredit mikro daripada AIM. Ini menunjukkan bahawa pembiayaan kredit mikro yang diberikan oleh

    AIM dan penyertaan Sahabat dalam AIM mampu meningkatkan jumlah pendapatan bulanan mereka

    sekaligus mengurangkan insiden kemiskinan di Malaysia. Peningkatan pendapatan ini telah

    membuktikan bahawa program AIM telah berjaya menyumbangkan pulangan yang lumayan kepada

    Sahabat yang menyertainya.

    Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pembiayaan kredit mikro yang diberikan oleh AIM

    dan penyertaan Sahabat dalam AIM telah mengubah taraf kehidupan mereka. Jika ditinjau dari

    perubahan yang berlaku kepada Sahabat, perubahan yang jelas bukan sahaja dari segi pendapatan

    malah berlaku perubahan dalam pemilikan harta benda. Dari hasil kajian yang diperoleh terbukti

    bahawa terdapat perubahan dalam status tanah, jenis pemilikan rumah, bilik tidur, peralatan dapur dan

    peralatan rumah serta perbelanjaan bulanan Sahabat yang menunjukkan taraf kehidupan mereka

    bertambah baik. Status tanah milik sendiri telah mengalami peningkatan dari 37 peratus kepada 44.7

    peratus begitu juga dengan pemilikan rumah sendiri telah mengalami peningkatan dari 50 peratus

    kepada 59.5 peratus. Peralatan dapur seperti peti sejuk dan dapur gas juga menunjukkan peningkatan

    berdasarkan ujian Khi Kuasa Dua yang telah lakukan iaitu peti sejuk dan dapur gas mempengaruhi

    peningkatan taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Peralatan

    dapur seperti meja/kerusi makan, sofa, kabinet, katil, radio, mesin basuh, kipas elektrik dan seterika

    elektrik menunjukkan peningkatan yang positif. Sahabat dilihat telah mampu memiliki peralatan-

    peralatan rumah selepas mereka menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Begitu juga dengan

    bilangan bilik tidur di mana Sahabat mampu menambah bilangan bilik tidur. Peningkatan dalam

    peralatan dapur, peralatan rumah dan bilangan bilik tidur telah memberikan keselesaan hidup kepada

    Sahabat-sahabat.

    Perbelanjaan bulanan juga menunjukkan perubahan yang positif iaitu perbelanjaan yang

    kurang daripada RM1000 telah berkurang dari 63.9 peratus kepada 42.3 peratus. Majoriti Sahabat

    berbelanja dalam lingkungan RM1001 hingga RM2000 sebulan.

    Berdasarkan pandangan umum Sahabat terhadap AIM, 97.9 peratus Sahabat bersetuju bahawa

    pembiayaan kredit yang diberikan oleh AIM mampu meningkatkan taraf hidup mereka dan 99.4

    peratus berpendapat bahawa AIM juga mampu meningkatkan pendapatan mereka. Ini diperkuatkan lagi

    kenyataan-kenyataan yang menyokong keberkesanan AIM iaitu mereka bersetuju bahawa AIM wajar

    diteruskan dan diperluaskan di seluruh negara dan AIM merupakan salah satu cara yang dilihat

    berkesan dalam membasmi kemiskinan di Malaysia.

    Secara keseluruhannya, AIM telah berjaya melaksanakan peranan utamanya untuk

    mengurangkan kemiskinan negara melalui pembiayaan kredit mikro yang diberikan kepada Sahabat.

    Bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan

    rendah telah membantu meningkatkan keyakinan dalam diri dan meningkatkan taraf hidup mereka.

    Penglibatan Sahabat dalam AIM juga mampu meningkatkan pendapatan sekaligus membolehkan

    mereka menikmati taraf hidup yang lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum mereka menerima

  • 1348 Syuhada Abd Halim, Doris Padmini Selvaratnam, Norlaila Abu Bakar

    pembiayaan kredit mikro dan menyertai program AIM. Pembiayaan kredit mikro yang disediakan oleh

    AIM telah membantu mereka untuk mengubah corak kehidupan mereka. Pembiayaan yang diberikan

    membolehkan mereka memulakan projek perniagaan dan menambah baik projek perniagaan yang sedia

    ada. Selain itu, manfaat yang boleh diperoleh oleh Sahabat ialah manfaat kepada pembaikan rumah dan

    peluang pendidikan anak-anak Sahabat. Dengan adanya AIM ini, kehidupan Sahabat-sahabat akan

    berubah dan kemiskinan di Malaysia dapat dikurangkan.

    RUJUKAN

    Abdullah, AM,. et. al. 2010. Impact Of Amanah Ikhtiar Malaysias Microcredit Schemes On Hardcore Poor Households Quality Of Life. International Research Journal of Finances and Economics.

    Abdullah, AM,. et. al. 2011. Examining The Effect Of Participation In Microcredit Program On Assets

    Owned By Hardcore Poor Households In Malaysia. Vol 5(22): 9286-9296.

    Abdullah, AM,. et. al. 2012. Examining The Effect Of Amanah Ikhtiar Malaysias Microcredit Program On Microenterprise Assets In Rural Malaysia. Vol.8, No4.

    Abdullah, AM,. et. al. 2012. Examining The Effect Of Amanah Ikhtiar Malaysias Microcredit Program On Their Clients Quality Of Life In Rural Malaysia. International Journal Of

    Economics and Finance. Vol.4, No.1.

    Amanah Ikhtiar Malaysia & Universiti Kebangsaan Malaysia. Pembangunan Lestari Keluarga Miskin

    Melalui Kewangan Mikro :Penemuan Kajian Impak 6, Amanah Ikhtiar Malaysia

    Chambers, R. (1983). Rural poverty: Putting the last first. Longman.

    Jahangir, AL. et.al. 2002. The Impact Of Micro-Credit On Poverty: Evidence From Bangladesh.

    Laily Paim & Sharifah Azizah. 2010. Kemiskinan di Malaysia: Isu Fundamental dan Paparan Realiti.

    Penerbitan UPM: Serdang.

    Laman Web Amanah Ikhtiar Malaysia. http://www.aim.gov.my

    Malaysian Urban Rural Nation Indicators Network on Sustainable Development. 2011. Kadar

    Kemiskinan

    Mohamed Zaini. 2010. Pembasmian Kemiskinan Di Malaysia: Pengalaman Amanah Ikhtiar Malaysia.

    Penerbit: Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Norma,MS., Jarita, D. 2011. An Economic Impact Assessment Of A Microcredit Program In Malaysia:

    The Case Of Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). International Journal of Business and Society,

    Vol. 12, No.1: 1-14

    Saifoul Zamzuri., et.al. 2012. Impak kredit mikro ke atas ketaksamarataan pendapatan di kalangan

    sahabat Amanah Ikhtiar di Kedah dan Kelantan. Jilid 1. 228-237.

    Unit Perancang Ekonomi.

    World Bank Development. 1990: Poverty Reduction and Equity.

    Zaimah Ramli. 2010. Pengurusan Kredit Mikro Di Kalangan Wanita. Vol 5, No. 1: 132-141

    Zaini.O,. et.al. 2012. Pencapaian skim kredit mikro Amanak Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam lanskap

    pembangunan luar bandar: Satu penilaian. Malaysia Journal of Society and Space.

    Zaini.O,. et.al. 2012. The Economic Performance Of The Amanah Ikhtiar Malaysia Rural Microcredit

    Programme: A Case Study In Kedah.

    JADUAL 1: Profil Responden

    Pemboleh ubah Bilangan

    Sahabat (orang)

    Peratus

    (%)

    Agama:-

    Islam

    Hindu

    Kristian

    Buddha

    336

    2

    0

    0

    99.4

    0.6

    0.0

    0.0

  • Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1349

    Lain-lain 0 0.0

    Jumlah 338 100.0

    Etnik:-

    Melayu

    India

    Cina

    Lain-lain

    336

    2

    0

    0

    99.4

    0.6

    0.0

    0.0

    Jumlah 338 100.0

    Taraf Perkahwinan:-

    Bujang/Tidak berkahwin

    Ibu Tunggal

    Berkahwin

    6

    48

    384

    1.8

    14.2

    84.9

    Jumlah 338 100.0

    Umur:-

    18 hingga 27 tahun

    28 hingga 37 tahun

    38 hingga 47 tahun

    48 hingga 57 tahun

    58 hingga 67 tahun

    68 hingga 77 tahun

    66

    126

    92

    42

    11

    1

    19.5

    37.3

    27.2

    12.4

    3.3

    0.3

    Jumlah 338 100.0

    Min

    Minimum

    Maksimum

    42 tahun

    24 tahun

    75 tahun

    Tanggungan:-

    Tiada

    1 hingga 2 orang

    3 hingga 4 orang

    5 orang ke atas

    9

    55

    120

    154

    2.7

    16.3

    35.5

    45.6

    Jumlah 338 100.0

    Min

    Median

    Mod

    3.24

    3

    4

    Bilangan isi rumah:-

    1 hingga 2 orang

    3 hingga 4 orang

    5 hingga 6 orang

    7 orang ke atas

    27

    88

    141

    82

    8.0

    26.0

    41.7

    24.3

    Jumlah 338 100.0

    Min

    Median

    Mod

    2.82

    3

    3

    Tahap Pendidikan:-

    Tidak bersekolah

    Sekolah Rendah

    SRP/PMR Dan Setaraf Dengannya (Menengah Rendah)

    SPM Dan Setaraf Dengannya (Menengah Atas)

    STPM Dan Setar Dengannya

    Sijil/Diploma/Ijazah Dan Setaraf Dengannya

    14

    50

    80

    166

    20

    8

    4.1

    14.8

    23.7

    49.1

    5.9

    2.4

    Jumlah 338 100.0

    Sumber: Kaji selidik 2013

    JADUAL 2: Profil Pembiayaan Mikro

    Pemboleh ubah Bilangan

    Sahabat (orang)

    Peratus

    (%)

    Tempoh Penyertaan:-

    Kurang dari 1 tahun

    1 hingga 2 tahun

    23

    51

    6.8

    15.1

  • 1350 Syuhada Abd Halim, Doris Padmini Selvaratnam, Norlaila Abu Bakar

    3 hingga 4 tahun

    Lebih daripada 5 tahun

    79

    185

    23.4

    54.7

    Jumlah 338 100.0

    Sebab menyertai AIM:-

    Mudah mendapat modal kewangan untuk menjalankan projek

    Mendapat galakan dari sahabat AIM sebelum ini

    Mendapat sokongan daripada sahabat sekumpulan

    Menambah pendapatan keluarga

    Lain-lain

    280

    84

    62

    212

    7

    82.8

    24.9

    18.3

    62.7

    2.1

    Jumlah 338 100.0

    Taraf Pinjaman:-

    Skim Pinjaman Ikhtiar Mesra

    Skim Pinjaman Ikhtiar Srikandi

    Skim Pinjaman Wibawa

    Skim Pinjaman Wawasan

    Skim Pinjaman Sejahtera

    Skim Pinjaman Bistari

    198

    162

    15

    14

    109

    19

    58.6

    47.9

    4.4

    4.1

    32.2

    5.6

    Jumlah Pinjaman:-

    RM500 RM1000 RM1001-RM2000

    RM2001-RM3000

    RM3001-RM4000

    RM4001-RM5000

    RM5001 dan ke atas

    9

    9

    39

    22

    49

    210

    2.7

    2.7

    11.5

    6.6

    14.5

    62.1

    Jumlah 338 100.0

    Sumber: Kaji selidik 2013

    JADUAL 3: Jumlah Pendapatan Bulanan Sahabat

    Jumlah Pendapatan Bulanan Sebelum Selepas

    Bilangan Peratus % Bilangan Peratus %

    kurang daripada RM440 123 36.4 3 0.9

    RM441 - RM750 92 27.2 54 16.0

    RM751 - RM1000 81 24.0 110 32.5

    RM1001 - RM2000 39 11.5 96 28.4

    RM2001 ke atas 3 0.9 75 22.2

    Jumlah 338 100.00 338 100.00

    Nilai p 0.000

    Sumber: Kaji selidik 2013

    JADUAL 4: Status Tanah, Jenis Pemilikan Rumah, Bilangan Bilik Tidur Sahabat dan Anggaran

    Perbelanjaan Bulanan

    Pemboleh ubah Sebelum Selepas

    Bilangan Peratus % Bilangan Peratus %

    Status Tanah:-

    Milik sendiri

    Milik keluarga

    Milik kerajaan

    Sewa

    125

    122

    27

    63

    37.0

    36.1

    8.3

    18.6

    151

    112

    26

    29

    44.7

    33.1

    7.7

    14.5

    Jumlah 338 100.0 338 100.0

    Nilai p 0.000

    Jenis Pemilikan Rumah:-

    Milik sendiri

    Milik keluarga

    Sewa

    Lain-lain

    169

    98

    63

    8

    50.0

    29.0

    18.6

    2.4

    201

    83

    49

    5

    59.5

    24.6

    14.5

    1.5

    Jumlah 338 100.0 338 100.0

    Nilai p 0.000

  • Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1351

    Bilangan Bilik Tidur:-

    1

    2

    3

    4 ke atas

    49

    128

    135

    26

    14.5

    37.9

    39.9

    7.7

    15

    84

    180

    59

    4.4

    24.9

    53.3

    17.5

    Jumlah 338 100.0 338 100.0

    Nilai p 0.000

    Perbelanjaan Bulanan:-

    kurang daripada RM1000

    RM1001 - RM2000

    RM2001 - RM3000

    RM3001 - RM4000

    216

    108

    12

    2

    63.9

    32.0

    3.6

    0.6

    143

    160

    29

    6

    42.3

    47.3

    8.6

    1.8

    Jumlah 338 100.0 338 100.0

    Minimum

    Maksimum

    Min

    RM 215

    RM3230

    RM963.17

    RM270

    RM3930

    RM1259.59

    Paired Sampel Test (Ujian-t) -10.834

    Nilai p 0.000

    Sumber: Kaji selidik 2013

    JADUAL 5: Peralatan Dapur Dan Peralatan Rumah Sahabat

    Pemboleh ubah Sebelum Selepas

    Nilai

    p Bil

    (Ada)

    % Bil

    (Tiada)

    % Bil

    (Ada)

    % Bil

    (Tiada)

    %

    Peralatan Dapur :-

    Peti sejuk

    Dapur gas

    311

    327

    92.0

    96.7

    27

    11

    8.0

    3.3

    334

    335

    98.8

    99.1

    4

    3

    1.2

    0.9

    0.000

    0.000

    Peralatan Rumah:-

    Meja/kerusi makan

    Sofa

    Kabinet

    Katil

    Televisyen

    Radio

    Mesin Basuh

    Kipas Elektrik

    Seterika Elektrik

    153

    62

    127

    234

    331

    163

    252

    318

    327

    45.3

    18.3

    37.6

    69.2

    97.9

    48.2

    74.9

    94.1

    96.7

    185

    276

    211

    104

    785

    175

    85

    20

    11

    54.7

    81.7

    62.4

    30.8

    2.1

    51.8

    25.1

    5.9

    3.3

    301

    262

    302

    318

    334

    271

    331

    334

    334

    89.1

    77.5

    89.3

    94.1

    98.8

    80.2

    97.9

    98.8

    98.8

    37

    76

    36

    20

    4

    67

    7

    4

    4

    10.9

    22.5

    10.7

    5.9

    1.2

    19.8

    2.1

    1.2

    1.2

    0.000

    0.002

    0.002

    0.000

    1.000

    0.000

    0.001

    0.001

    0.000

    Sumber: Kaji selidik 2013