21
Ambiguiti Atau Ketaksaan... Dicatat oleh elLyieDa at 05 Oktober 2009 ulasan (0) Sumber: Akhbar Sisipan Tutor Ketaksaan Ayat Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran Ambiguiti: Makna kata/perkataan atau ungkapan dalam ayat yang mernpunyai pelbagai kemungkinan tafsiran, iaitu lebih daripada satu makna atau tafsiran. Dengan demikian, ambiguiti disebut juga ketaksaan. Lewah Dalam Makna Dicatat oleh elLyieDa at 29 September 2009 ulasan (0) Kami berjuang demi untuk negara dan bangsa Perkataan demi dan untuk membawa makna yang sama. Oleh itu, penggunaan kedua-dua perkataan yang sama maknan dalam satu ayat secara berurutan dianggap lewah, kerana penggunaan salah satu daripadanya sudah mencukupi. Ayat di atas boleh sahaja ditulis: Kami berjuang demi negara dan bangsa atau Kami berjuang untuk negara dan bangsa Dengan demikian kita memenuhi aspek ekonomi dalam bahasa, iaitu meng- gunakan bahasa dengan baik, kemas dan ekonomis yakni tidak membazir perkataan. kita semua Dalam bahasa Melayu, kita ialah kata ganti nama orang pertama yang membawa maksud jamak. Tetapi, banyak pengguna bahasa Melayu kurang yakin dengan aspek jamak ini, lalu menegaskan lagi dengan menambah perkataan semua , pada hal kita telah pun mencukupi. Dalam hal ini, semua dalam kita semua dianggap lewah. KONSEP TRANSFORMASI GENERATIF Dicatat oleh elLyieDa at ulasan (0)

Ambiguiti Atau Ketaksaan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ambiguiti Atau Ketaksaan

Ambiguiti Atau Ketaksaan...

Dicatat oleh elLyieDa at 05 Oktober 2009 ulasan (0)

Sumber: Akhbar Sisipan Tutor Ketaksaan Ayat

• Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan

(ambiguity).

• Ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran

Ambiguiti:

Makna kata/perkataan atau ungkapan dalam ayat yang mernpunyai pelbagai kemungkinan tafsiran, iaitu lebih daripada satu makna atau tafsiran.

Dengan demikian, ambiguiti disebut juga ketaksaan.

   

Lewah Dalam Makna

Dicatat oleh elLyieDa at 29 September 2009 ulasan (0)

“Kami berjuang demi untuk negara dan bangsa”Perkataan “demi” dan “untuk” membawa makna yang sama. Oleh itu,

penggunaan kedua-dua perkataan yang sama maknandalam satu ayat secara berurutan dianggap lewah, kerana penggunaan salah satu

daripadanya sudah mencukupi.Ayat di atas boleh sahaja ditulis: “Kami berjuang demi negara dan bangsa” atau

“Kami berjuang untuk negara dan bangsa”Dengan demikian kita memenuhi aspek ekonomi dalam bahasa, iaitu meng-

gunakan bahasa dengan baik, kemas dan ekonomisyakni tidak membazir perkataan.

“kita semua”Dalam bahasa Melayu, “kita” ialah kata ganti nama orang pertama yang

membawa maksud jamak. Tetapi, banyak pengguna bahasa Melayu kurang yakin dengan aspek jamak ini, lalu menegaskan lagi dengan menambah perkataan “semua”, pada hal “kita” telah pun mencukupi. Dalam hal ini, “semua” dalam “kita semua” dianggap lewah.

   

KONSEP TRANSFORMASI GENERATIF

Page 2: Ambiguiti Atau Ketaksaan

Dicatat oleh elLyieDa at ulasan (0)

Bagi Chomsky “language is not a habit Structure”. Hipotesisnya, semua bahasa dilihat

dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang. Chomsky

telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis Transformasi Generatif iaitu

kemampuan berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur dalaman dan struktur luaran.

Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia

secara sedar dan tidak sedar. Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses

mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk rumus-rumus.

Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan

bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain.

Seterusnya, strukrur dalaman pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk

berbahasa serta bagaimana cara menyusun ayat-ayat untuk diujarkan. Konsep yang

terakhir iaitu struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh

seseorang iaitu apa yang diujarkan. Menurutnya lagi, ayat-ayat yang diungkapkan oleh

penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya. Ia diketahui, disedari

dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan.   

KONSEP TRANSFORMASI GENERATIF

Dicatat oleh elLyieDa at ulasan (0)

Bagi Chomsky “language is not a habit Structure”. Hipotesisnya, semua bahasa dilihat dari

struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang. Chomsky telah

mengemukakan empat konsep utama dasar analisis Transformasi Generatif iaitu kemampuan

berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur dalaman dan struktur luaran. Kemampuan berbahasa

ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar. Proses

ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk

rumus-rumus.

Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan

bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain. Seterusnya, strukrur dalaman

pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa serta bagaimana cara menyusun ayat-

ayat untuk diujarkan. Konsep yang terakhir iaitu struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa

yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan. Menurutnya lagi, ayat-ayat yang

Page 3: Ambiguiti Atau Ketaksaan

diungkapkan oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya. Ia diketahui,

disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan

Bagi Chomsky "language is not a habit structure". Hipotesisnya , semua bahasa dilihat dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang.

Chomsky telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis TG iaitu kemampuan berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur dalam dan strutur luaran.

Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar. Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapar dalam bentuk rumus-rumus.

Perlakuan bahas aini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain.

   

Linguistik Tranformasi Generatif

Dicatat oleh elLyieDa at ulasan (0)

Semua manusia mempunyai "LAD" = Alat pemerolehan bahasa, Lat inilah yang membolehkan kita mempelajari bahasa.

Dengan LAD, manusia berupaya menghasilkan ayat yang kompleks dan panjang.

LAD terletak dalam otak.

Setiap manusia mempunyai rumus tatabahasa.

LAD juga dirujuk sebagai "innate" atau konsep "Innate".

Chomsky berpendapat penutur sesuatu bahasa mampu menghasilkan ayat-ayat yang tidak terhad bilangannya.

Chomsky beranggapan bahawa bahasa adalah lakuan yang diatur oleh rumus-rumus.

Page 4: Ambiguiti Atau Ketaksaan

Pandangan beliau dimasukkan ke dalam buku yang bertajuk Syntactic Structure (1957) dan diperkukuhkan lagi dalam Aspect of the Teory Syntax (1965) yang menceritakan konsep transformasi dalam bahasa.

   

Kerangka Generatif Chomsky

Dicatat oleh elLyieDa at ulasan (0)

Di utarakan oleh Avram Noam Chomasky (1928)

Profesor emeritus linguistik di Institut Teknologi Massachusetts

Telah mencipta nahu generatif pada tahun 1950

Pendekatan nahu sejagat ( universal grammar) yang menekankan konsep innate dalam pembelajaran bahasa.

   

Makna Asosiatif

Dicatat oleh elLyieDa at 16 September 2009 ulasan (0)

Merangkumi makna konotatif,makna stilistik, makna afektif dan makna kolokatif.

Makna konotatif bermaksud kata tertentu berasosiasi dengan nilai rasa terhadap kata itu ,seperti kata babi,anjing,ramping.

Makna stilistik : makna gaya

Makna afektif : berkaitan dengan emosi.   

01 February 2008

PENGAJARAN BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN KHAS

BAHASA MELAYUDALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

PERKEMBANGAN BAHASA

Page 5: Ambiguiti Atau Ketaksaan

Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan.

1.1. DEFINISI BAHASA:

Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakilikonsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya.

1.2. FUNGSI-FUNGSI BAHASA

1.2.1 Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untukmemenuhi keinginan dan hajat.

1.2.2 Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain.

1.2.3 Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.

1.2.4 Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.

1.2.5 Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial.

1.2.6 Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yangtelah dialami.

1.2.7 Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU

a. Kemahiran Lisan

b. Kemahiran Bacaan

c. Kemahiran Tulisan

d. Kemahiran Ejaan

KEMAHIRAN LISAN

1.1 PENGENALAN

Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.

1.2 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN

Page 6: Ambiguiti Atau Ketaksaan

KEMAHIRAN MENDENGAR

Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:

- Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.- Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.- Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.- Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.- Mendengar secara kritikal.- ” auding”- Mengikut arahan.- Memahami urutan atau sekuan.- Mengingat kembali.- Menentukan idea utama / terpenting.- Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.

Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.3: KEPENTINGAN LISAN

Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis.

Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.

Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain.

Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian jika seseorang itu tidak

Page 7: Ambiguiti Atau Ketaksaan

menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.

Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.

Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh.

Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.

1.4: PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN

Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.

Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:

- Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.- Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.- Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.- Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.- Mendengar secara kritikal.

Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid.

Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ”auding”.

1.5: CARA MEMPERBAIKI KELEMAHAN-KELEMAHAN LISAN

1.5.1. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.

1.5.2. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.

1.5.3. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid.

1.5.4. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..

1.5.5. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.

1.5.6. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran

Page 8: Ambiguiti Atau Ketaksaan

dan pembelajaran.

1.5.7. Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.

1.6: PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN

1.6.1. Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :

1.6.1.1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah. Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untukdidengar oleh pendengar yang ada.

1.6.1.2. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia adamurid.

1.6.1.3. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenaiperkara-perkara tertentu.

1.6.1.4. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.

1.6.1.5. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahanmereka sendiri.

1.6.1.6. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjahpencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :

o Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian.o Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.o Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur.

1.6.1.7. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuksekali dua sahaja.

1.6.1.8. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yangberikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.

1.6.1.9. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jikadidapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secaraspontan.

2. KEMAHIRAN BACAAN

2.1 DEFINISI MEMBACA

Frak Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-

Page 9: Ambiguiti Atau Ketaksaan

perkembangan yang diterima.

Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu.

Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.

KESIMPULANNYA:

Membaca adalah proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara, memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid.

2.2 PROSES BACAAN

2.2.1. BACAAN SEBAGAI PROSES SENSORI (KEDERIAAN)a. Penglihatan : Mengenal dan memahami lambang-lambang.b. Pendengaran : Pendengaran yang jelas.

2.2.2. MEMBACA SEBAGAI PROSES PENGAMATAN (PERCEPTUAL)

a. Diskriminasi: Mengecam, mencari dan membezakan / mengasingkan.b. Latar belakang : Mengenal objek / bentuk / corak yang bertindih.c. Ingatan : Mengingat kembali apa yang dilihat / didengar.d. Turutan : Memahami giliran, urutan dan sekuan.e. Sintesis : Membuat kesimpulan

2.2.3. MEMBACA SEBAGAI PROSES BAHASA (LINGUISTIK)

a. Seni bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

2.2.4. MEMBACA SEBAGAI PROSES MENTAL (KOGNITIF)

a. Daya fikir disemua peringkat: Kefahaman.

2.3. KESEDIAAN MEMBACA

Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahiran-kemahiranyang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu membaca. Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan. Ia juga adalah satu proses yang berterusan yang perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu.

2.3.1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA

2.3.1.1.KEADAAN FIZIKAL

Page 10: Ambiguiti Atau Ketaksaan

- Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang.- Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik.- Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu.- Umur: Peringkat umur yang berbeza.- Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaanmembaca.- Kemampuan urat saraf: Otot-otot tangan dan mata khususnya.- Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am.

2.3.1.2 PENGALAMAN DAN PERSEKITARANKeadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai.

2.3.1.3. EMOSI, MOTIVASI DAN SAHSIAH

- Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangandan gangguan emosi.- Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca .- Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal, murung, tidak suka bercakapdan lain-lain.

2.3.1.4 KECERDASAN DAN PERKEMBANGAN KOGNITIF:

- Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza.

2.3.1.5 DAYA DISKRIMINASI (PENGAMATAN)

- Diskriminasi Penglihatan.- Diskriminasi Pendengaran.

2.3.1.6PENGUASAAN BAHASA

- Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa.

2.4 MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN

2.4.1 BENTUK HURUF

- Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.- Huruf terbalik.- Bunyi huruf yang seakan-akan sama.- Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.- Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.- Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.

2.4.2 PERINGKAT SUKU KATA

Page 11: Ambiguiti Atau Ketaksaan

- Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.- Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.- Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.- Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.- Salah memecah / membatang suku kata.- Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.- Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.- Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.- Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.

2.4.3 KESUKARAN DALAM PENGAMATAN

- Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.- Mengeja sebelum membaca.- Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.- Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan- Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.- Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.- Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.- Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.- Menyebut perkataan mengikut loghat.

2.4.4 KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT

- Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.- Tertinggal.- Pembalikan perkataan.- Mengulang.- Merangkak-rangkak.- Membaca mengikut loghat.

2.4.5 STRATEGI MEMBANTU KANAK-KANAK KE ARAH MEMBACA

- Mengenal pasti kanak-kanak.- Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.- Susun strategi pemulihan.- Pelaksanaan.- Penilaian

3 KEMAHIRAN TULISAN

3.1. DEFINISI

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentukgrafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkanlambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yangbermakna serta dijadikan alat komunikasi.

Page 12: Ambiguiti Atau Ketaksaan

3.2. PERANAN TULISAN

Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapatmelahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.

Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.

Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasadan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.

Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakatkanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulisdan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini).

Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajaklain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA

3.3.1 Pra Tulisan

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagimenyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima olehkelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di ataspermukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka denganmenggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan bendatersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga keperingkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanakmendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisanperlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti sepertimenggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain- lain.

2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dansebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.

4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

3.3.2 TULISAN MEKANIS

Page 13: Ambiguiti Atau Ketaksaan

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah fahamdan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanismerupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagaipermulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta.membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelahkemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermuladengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil /sempit.

Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

- Kemahiran mengawal dan memegang pensel.- Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.- Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

3.3.3 TULISAN KREATIF

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkatini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkatmekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

- Membina ayat.- Mengarang cerita.- Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.- Menulis surat kiriman.- Lain-lain yang berkaitan.

3.3. MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN

- Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.- Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.- Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan- Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.- Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,- Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.- Masalah pembalikan huruf atau perkataan.- Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.- Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.- Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.- Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.- Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.- Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.- Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.- Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

3.4. CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN

Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat

Page 14: Ambiguiti Atau Ketaksaan

ermulaan dan mendirikan asas.

Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul,sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti denganmudah.

Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat denganteliti dan betul.

Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengansempurna.

Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.

Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanakiItu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

4. EJAAN

4.1. DEFINISI

Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untukmelahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanak mahirmengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melaluikemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemahdalam ejaan.

4.2. PUNCA KANAK-KANAK LEMAH DALAM EJAAN

4.2.1. Lemah dalam ingatan penglihatan.

- Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatuperkataan.

- Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

4.2.2. Lemah dari segi Analisis Pendengaran.

- Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.

- Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.

- Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.

- Kemungkinan lemah dalam bacaan.

4.3. AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENGEJA

Page 15: Ambiguiti Atau Ketaksaan

- Membina perkataan berirama ( sama di pangkal, tengah atau hujung )Contoh: la bu la ku la yu la ki dll.

- Mendiskriminasi perkataan.

- Melengkapkan atau menambah perkataan.

- Membina perkataan di dalam perkataan.

- Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan.

- Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga.

- Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina.

- Permainan teka teki.

- Permainan Silang kata.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBAHASA MELAYU UNTUK MURID-MURID PEMULIHAN

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN2. MENGENAL PASTI MASALAH3. STRATEGI PENGAJARAN4. PELAKSANAAN5. PENILAIAN

1. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN

1.1 Berdasarkan IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan 2M)1.2 Berdasarkan PKBS, atau1.3 Berdasarkan pemerhatian guru, atau1.4 Berdasarkan perbincangan dengan guru besar, guru darjah, guruBahasa Melayu, ibu bapa, atau kesemua di atas.

2. MENGENAL PASTI MASALAH

2.1 Masalah yang berkaitan dengan fizikal atau deria murid:· Adakah murid itu mengalami kecacatan atau masalah penglihatan, pendengaran atau pertuturan.· Jika masalah tersebut ’agak berat’, ianya memerlukan bantuan pakar yang berkemungkinan

Page 16: Ambiguiti Atau Ketaksaan

dikategorikan sebagai murid pendidikan khas.· Jika masalah tersebut ’ringan’ – memadai dengan menjalankan ujian pengamatan serta latihan-latihan yang berkaitan.

2.2 Masalah yang berkaitan dengan akademik murid:2.2.1 Jalankan ujian diagnostik mengikut prosedur (contoh ujian diagnostik terdapat dalam buku Panduan - Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas – terbitan JPK, KPM)2.2.2 Dalam buku tersebut ada 3 jenis ujian diagnostik BM, iaitu LISAN, PRAKTIK DAN BERTULIS. (Jalankan ujian LISAN dan BERTULIS sahaja)2.2.3 Jangan fotostat semua helaian kemudian dibukukan dan diberi kepada murid untuk menjawab.2.2.4 Beri sehelai demi sehelai. Masa menjawab tidak terhad. Guru tengok cara murid menjawab. Jika murid membuat kesalahan semasa menjawab, biarkan. Murid boleh menjawab secara individu atau kumpulan kecil.2.2.5 Murid berhenti menjawab jika gagal menjawab 3 item berturut-turut. Jangan teruskan ujian.

2.3 Masalah yang berkaitan dengan hal-hal seperti sosial dan emosi;2.3.1 Masalah sosial seperti:· Selalu tidak hadir ke sekolah· Tiada galakan keluarga· Kemiskinan· Takut· Malu· Rasa rendah diri, dan lain-lainPerlu diselesaikan terlebih dahulu, dengan cara kaunseling, bantuan kewangan atau lain-lain bantuan yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.

3. STRATEGI PENGAJARAN

3.1 Setelah selesai menjalani ujian diagnostik, guru perlu menganalisis semua jawapan murid dan merekodkannya.3.2 Guru menyenaraikan semua masalah yang dihadapi oleh murid.3.3 Tampal senarai masalah di fail murid, agar mudah dirujuk.

Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 1.2.08

6 comments: Anonymous said...

hello, thanks for creating this blog. I'm also a guru pemulihan at penang. Nice to meet you.

23/11/08 6:33 PM Anonymous said...

assalamualaikum~~ hehe..kiter pn, bdk pemulihan gak..kat selangor...

Page 17: Ambiguiti Atau Ketaksaan

bgus blog ckg nie...banyak membantu...

2/4/09 12:50 PM Asma' said...

mm..bagus blog ni..x tau pon ader b4 ni...sy pon bkl jadik cg pemulihan.....

2/4/09 1:21 PM Anonymous said...

buat banyak lg input-input...terutama bg opsyen nie....bgs lar ada org rajin wat camnie...dapat kongsi ilmu

21/4/09 8:41 PM Ateh Salim said...

Alangkah baiknya jika dicatat dari mana nota ini diperolehi. Nota ini adalah 100% dari JPN Johor yang telah digunakan sekian lama dan digunakan pula oleh KPM.

Ateh b Salim - Ketua JU Johor