Anak Tikus Melancong

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cerita

Citation preview

Anak Tikus Melancong

Ibu tikus menyuruh anaknya melancong bagi memperluas pengetahuan dan pengalamannya.Anak tikus menceritakan pengalaman kepada ibunya sekembalinya daripada melancong.

Kata anak tikus itu, Saya ternampak seekor haiwan yang besar dan cergas. Di atas kepalanya ada jambul yang besar dan suaranya yang nyaring! "

"Oh, itu ayam jantan, anakku, " kata ibu tikus. " Apa lagi yang kau temui? " tanyanya lagi.

Kata anak tikus itu, " Saya terserempak dengan seekor haiwan yang lemah lembut sifatnya. Ia mempunyai empat kaki, berekor panjang, dan bulunya lembut serta cantik. Haiwan itu sentiasa menjerit ' miau' ,'miau' , ibu. "

"Adakah kamu menghampirinya? tanya ibu tikus kebimbangan. Jawab anak tikus itu, "Sebenarnya ia ingin memeluk saya, tetapi apabila saya terdengar suara ayam jantan, saya melarikan diri kerana ketakutan, ibu! "

"Hai, anakku yang lurus! Haiwan yang lemah lembut sifatnya itu ialah kucing.Ia suka menangkap dan makan kaum kita! Nyaris-nyaris kamu ditipuinya." Kata anak tikus sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, "Oh, barulah saya faham sekarang, ibu! Lain kaliapabila saya mendengar bunyi 'miao', saya akan melarikan diri, ibu!"Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas :

1. Mengapakah ibu tikus menyuruh anaknya melancong ?

A Mencari makanan

B Menemui kawan-kawannya

C Menemui kucing

D Memperluas pengetahuan dan pengalaman

2. Anak tikus menceritakan haiwan pertama yang ditemuinya

ialah__________.

A arnab

B kucing

C ayam jantan

D itik

3. Anak tikus menceritakan pula haiwan kedua yang ditemuinya

ialah___________.

A arnab

B kucing

C ayam jantan

D itik

4. Ibu tikus mengatakan kucing suka menangkap dan makan apa?

A ulat

B tikus

C ayam jantan

D itik

Si Bangau

Seekor bangau yang cantik bersiar-siar di tepi sungai.

Pada waktu itu, terdapat dua ekor ikan berenang-renang di permukaan sungai. Si bangau boleh menangkap ikan itu. Tetapi, oleh sebab kekenyangan, ia tidak ingin melakukannya.

Apabila Si Bangau lapar, ia pun pergi mencari ikan. Ia ternampak belut, tetapi ia tidak menggemarinya. Dia benak fikirannya, ia tidak akan makan ikan yang rendah tarafnya.

Si Bangau pun melepaskan belut apabila ternampak ikan kecil."Malulah aku, kalau aku makan ikan sekecil itu," fikirnya.

Hari semakin gelap.Di sungai itu tidak kelihatan ikan lagi.Si Bangau pula kelaparan.

Akhirnya Si Bangau ternampak siput.Dengan pantas, ia pun menyambar lalu menelan siput yang bercengkerang keras itu.

Usahlah terlalu memilih kerana pada akhirnya kita sendiri yang akan kerugian.

Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas:

belut* siput* bersiar-siar* gelap* kekenyangan

1. Seekor bangau yang cantik ____________________ di tepi

sungai.

2. Si Bangau tidak makan ikan yang ditangkapnya kerana ia

Masih _________________________ .

3. Si Bangau pun melepaskan _____________ apabila ia ternampak ikan kecil .

4. Si Bangau tidak dapat mencari ikan lagi walaupun ia sudah laparkerana hari semakin _______________ .

5. Akhirnya Si Bangau ternampak _____________ lalu

memakannya.AnjingDenganTuannya

Seekor anjing terjatuh ke dalam sebuah perigi yang cetek airnya.

Anjing itu berusaha melompat tinggi untuk keluar dari perigi itu tetapi gagal.

Anjing itu pun menyalak sekuat-kuat hatinya untuk mendapatkan bantuan.

Tuan anjing itu mengambil sebatang galah untuk menyelamatkannya.

Anjing berusaha memanjat galah itu.Malangnya galah itu licin. ia tidak dapat keluar, walaupun mencubanya beberapa kali.

Anjing yang kesejukan itu telah memarahi tuannya kerana tidak bersungguh-sugguhnya hendak menyelamatkannya.

Tuan terpaksa masuk ke dalam perigi itu untuk menyelamatkan anjingnya.

Semasa memasuki perigi itu, kakinya terkena kepala anjing itu, anjing itu menyangka bahawa tuannya sengaja hendak melemaskannya.

Anjing itu pun terus menggigit kaki tuannya dengan sepantas kilat.

Tuan yang tercedera itu pun memanjat untuk keluar dari perigi itu.Dia berasa kesal lalu berkata," anjing itu sendiri yang mencari maut.Jadi, mengapa pula saya bersusah-payah menyelamatkannya?"

Orang yang tidak tahu membalas budi akan kerugian akhirnya.Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas :

1. Di manakah anjing itu terjatuh ? A. Di dalam sungai yang cetek.

B. Di dalam parit yang cetek. C. Di dalam perigi yang cetek. D. Di dalam longkang yang cetek

2. Bagaimanakah anjing itu meminta bantuan ? A. Menyalak dengan sekuat-kuat hatinya. B. Menjerit dengan sekuat-kuat hatinya. C. Mengiau dengan sekuat-kuat hatinya. D. mengembek dengan sekuat-kuat hatinya.

3. Mengapakah anjing itu memarahi tuannya ? A kerana tuannya mengambil sebatang galah untuk

menyelamatkannya. B kerana tuannya mengambil sebatang galah untuk

memukulnya. C kerana tuannya gagal menyelamatkannya. D kerana tuannya tidak bersungguh-sungguh hendak menyelamatkannya.

4. Mengapakah anjing itu hendak menggigit kaki tuannya ? A kerana menyangka tuannya sengaja hendak melemaskannya. B kerana kaki tuannya terkena kepala anjing itu. C kerana anjing itu berasa sakit dan sejuk. D kerana anjing itu dipukul oleh tuannya.

5. Akhirnya, anjing itu (tidak /dapat) diselamatkan oleh tuannya.

Singa Dengan Lembu Jantan

Singaingin menjadi lembu jantan mangsanya. Tetapi, ia takut akan tanduk lembujantan yang tajam itu.

Pada suatu hari, singa mengundang lembu jantan menikmati hidangan kambing jantan di kediamannya.Sebenarnya pekara itu adalah muslihat singa untuk makan lembu jantan.

Apabila lembu jantan tiba, ia mendapati ditempat itu hanya terdapat sebuah kuali dan sudip yang besar serta tiada kambing sepertiyang dinyatakan oleh singa.

Lembu jantan pun meninggalkan tempat itutanpa diketahui oleh singa.

Beberapa hari kemudian, lembu jantan pula mengundangsinga kejamuannya untuk menikmatdaging rusa.

Dengan gembira, singa pun bergegaske tempat lembu jantan itu.

Sebaik sahaja tiba di situ, singa berasa hairan dan terkejut kerana di situ tiada daging rusa.Sebaliknya hanya adasebuah kuali dan sudip yang lebih besar daripada barang-barang singa di tempat itu.

Sambil tertawa, lembu jantan berkata, "lihatlah kuali dan sudip saya lebih besar berbanding kepunyaan kamu.Semua ini cukup untuk memasak daging seekor singa!"

Dengan sekelip mata sahaja,singa terpontang-panting meninggalkan tempat tersebut.

Selesaikan soalan berdasarkan cerita pendek di atas :

bergegas* terpontang-panting*hidangan*tanduk* besar*menikmat

1. Singa ingin menjadi lembu mangsanya, tetapi ia takut

akan___________________lembu jantan yang tajam itu.

2. Singa mengundang lembu jantan menikmati

____________________ kambing jantan di kediamannya.

3. Lembu jantan pula mengundang singa kejamuannya untuk

_______________________daging rusa.

4. Singa berasa gembira lalu______________________ke tempat

lembu jantan itu.

5. Lembu jantan ketawa sambil berkata bahawa kuali dan sudipnya

lebih _________________berbanding kepunyaan singa.

6. Setelah mendengar kata-kata lembu jantan itu, singa pun

lari_______________________meninggalkan tempat tersebut.

Ayam Jantan Dengan Musang

Seekor ayam jantan yang pintar telah bertindak sebagai pengawal.Ia bertenggek di atas dahan pokok di tepi padang sambil memerhatikan sekumpulan ayam mencari makanan.

Seekor musang ke bawah pokok itu lalu berkata, "Wahai adikku ayam, usahlah kita berkelahi lagi!Marilah turun dan bermaaf-maafan serta berpelukan sebagai kawan."

Jawab ayam jantan itu, "Itu berita baik untuk aku.Lagipun masanya memang tepat lebih-lebih lagi dengan kehadiran dua ekor anjing di belakang kamu.Jadi, bolehlah kita berpelukan bersama-sama!"

Sebaik sahaja mendengar kedatangan anjing, musang ketakutan lalu berkata,"Lain kali sahajalah kita berpelukan!"Dengan sekelip mata musang itu pun menghilangkan dirinya.

Sebenarnya tiada seekor pun anjing yang datang ke tempat itu.Ayam-ayam yang lain pula sibuk mencari makanan di tempat itu dengan aman.Ayam jantan yang pintar itu telah berjaya menyelamatkan nyawa mereka.

Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas :

1. Apakah tujuan ayam jantan bertenggek di atas dahan pokok ? A ingin menjadi pengawal. B ingin mencari makanan. C ingin memerhati sekumpulan ayam. D ingin berkokok.

2. Siapakah datang ke bawah pokok itu ? A seekor kucing B seekor anjing C seekor kambing D seekor musang

3. Mengapakah ayam jantan mengatakan itu berita baik untuknya ? A kerana dapat bermaaf-maafan. B kerana dapat berpelukan bersama-sama dengan musang. C kerana boleh turun ke bawah pokok itu. D kerana kehadiran dua ekor anjing di belakang musang.

4. Sebaik sahaja mendengar kedatangan anjing, musang pun______. A merasa gembira B berasa ketakutan C berasa marah D berasa kecewa

5. Bagaimana ayam jantan berjaya menyelamatkan nyawa ayam- ayam yang lain ? A menipu musang bahawa kehadiran dua ekor anjing. B memarahi dan menghalau musang pergi dari situ. C berkokok dengan sekuat hatinya. D bermaaf-maafan dan berpelukan dengan musang itu.

Serigala dengan Penggembala

Seekor serigala ingin memakan kambing. Bagaimanapun, ia tidak berpeluang melakukannya kerana kambing dikawal dengan ketat oleh penggembala.

Serigala mencari akal. Ia pun mengambil kulit kambing lalu menyambar sebagai seekor kambing.

Semasa serigala yang menyambar itu mendekati kambing, penggembala tidak mengetahuinya.

Apabila malam menjelang, penggembala pun memasukkan kambing ke dalam kandang. Serigala pun mengikut sama masuk ke dalam kandang itu.

Kandang itu kukuh buatannya. Serigala gembira kerana berjaya membolosi kandang itu. " Ha ! Ha ! Ha ! Penggembala yang cerdik itu pun berjaya aku tipu. Pada kali ini dapatlah saya membaham kambingnya ! "

Pada ketika itu, penggembala mengasah parangnya. Sebenarnya dia mengetahui muslihat serigala itu.

Semasa serigala menanggalkan kulit kambing ingin menyerang kambing, penggembala itu pun muncul.

Dengan sepantas kilat, penggembala itu terus menetak serigala.

Sebelum mati, ia mengeluh, " Hai, ingatkan penggembala itu dapat aku tipu, rupa-rupanya aku yang ditipu penggembala itu ! "

Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas :

1. Mengapakah serigala tidak berpeluang memakan kambing ? A kerana ia tidak lapar. B kerana kambing telah menyembunyikan diri. C kerana semua kambing telah melari diri apabila melihat kehadiran serigala. D kerana kambing dikawal dengan ketat oleh penggembala.

2. Bagaimana serigala dapat mendekati kambing ? A ia menyamar menjadi kambing dengan mengambil kulit kambing. B ia mendekati kambing tanpa kesedaran penggembala. C ia mendekati kambing semasa penggembala sedang tidur. D ia menyamar menjadi penggembala dengan mengambil kulit kambing.

3. Serigala berasa gembira kerana_____________. A ia berjaya memakan kambing dalam kandang itu. B ia berjaya membolosi kandang itu. C penggembala berasa ketakutan. D penggembala telah dimakannya.

4. Mengapakah penggembala mengasahkan parangnya ? A kerana parangnya tumpul. B kerana hari sudah menjelang malam. C kerana ingin menyembelih kambing. D kerana dia mengetahui muslihat serigala itu.

5. Bagaimanakah keadaan serigala pada akhir cerita ini ? A ia berjaya memakan kambing. B ia berjaya membunuh penggembala itu. C ia dibunuh oleh penggembala itu. D ia telah melarikan diri.

Kucing dengan Burung Nuri

Pada suatu hari, tuan rumah kucing telah membeli seekor burung nuri. Burung nuri itu diperiharanya di dalam sangkar.

Tuan rumah amat menyayangi burung nuri itu. Setiap hari selepas makan, dia akan bermain dengan burung nuri itu sambil mendengar nyanyiannya yang merdu itu.

Dia memberi burung nuri makanan yang lazat-lazat. Di samping itu, dia sering memandikan dan mengusap-ngusap pelepah burung kesayangannya itu dengan lembut.

Kucing yang dipelihara oleh tuan rumah itu berasa iri hati. Ia pun memarahi burung nuri. " Setelah sekian lama bertungkus-lumus menangkap tikus, aku hanya diberikan tulang ikan sahaja, malah sering dipukul oleh tuan rumah. "

"Kamu yang tidak perlu bekerja dan hanya tahu menyanyi sahaja lebih disayangi tuan rumah. Tidak adil ! Langsung tidak adil kepada diri saya ! " sambung kucing.

Nuri pun menjawab, " Sebenarnya kamulah yang beruntung kerana bebas, sedangkan aku terkurung di dalam sangkar ini. Adakah kamu sudi menikmati kemewahan tanpa kebebasan ?

Setelah mendengar kata-kata nuri, barulah kucing sedar bahawa ia lebih beruntung dan bahagia berbanding dengan nuri.

Selesaikan soalan berdasarkan cerita pendek di atas : beruntung *sangkar*lazat*iri hati *menyayangi1. Burung nuri itu diperihara oleh tuan rumah kucing itu di dalam

sebuah _______________.

2. Tuan rumah itu amat __________________ burung nuri itu.

3. Burung nuri itu diberi makanan yang ________________ oleh

tuan rumahnya.

4. Kucing yang diperihara oleh tuan rumah itu berasa

_________________.

5. Setelah mendengar kata-kata nuri, barulah ia sedar bahawa ia

lebih _______________ dan bahagia berbanding dengan nuri.

Sang Lamri dengan Burung Gagak

Pada musim dingin, seekor gagak yang kelaparan beterbangan ke merata-rata tempat untuk mencari makanan.

Tiba-tiba, gagak itu ternampak putik buah ara.

Tanpa berlengah lagi , gagak pun terus hinggap di dahan pohon ara itu. Ia berhasrat menunggu buah itu membesar dan masak.

Burung gagak itu mengangankan bahawa buah itu telah masak, ranum dan manis rasanya dan ia dapat menikmatinya sepuas hatinya.

Hari demi hari berlalu. Buah ara belum membesar dan masak lagi. Gagak pula, semakin bertambah lapar.

Gagak berasa kecewa lalu berteriak, " Wak ! Wak ! "

Sang Lamri kasihan melihat perlakuan gagak lalu bertanya kepada gagak mengapa ia berkelakuan sedemikian.

Selepas mendengar penjelasan gagak, Sang Lamri pun berkata, " Usahlah asyik bergantung kepada harapan sahaja. Berusahalah mencari jalan untuk mengatasi masalah yang kamu hadapi sekarang juga ! "

Sebaik sahaja mendengar nasihat Sang Lamri, gagak pun terbang untuk mencari makanan di tempat lain.

Selesaikan soalan berdasarkan cerita pendek di atas :

menunggu*nasihat*kelaparan*kasihan*ranum

1. Seekor burung gagak yang _______________ berterbangan ke merata-rata tempat untuk mencari makanan.

2. Gagak itu hinggap di atas dahan pokok ara kerana ia ingin _____________ buah itu membesar dan masak.

3. Burung gagak itu menggangankan bahawa buah itu telah masak, __________ dan manis rasanya.

4. Sang Lamri merasa _____________ apabila melihat perlakuan gagak itu.

5. Setelah mendengar ______________ Sang Lamri, gagak pun terbang ke tempat lain untuk mencari makanan.