30
Analisis Bahasa Bahasa boleh dibahagikan kepada dua jenis bentuk komunikasi. Iaitu komunikasi verbal dan komunikasi non verbal . KOMUNIKASI VERBAL Bentuk komunikasi merupakan komunikasi yang disampaikan dengan cara tertulis atau lisan. Contoh komunikasi verbal: Seorang pencuri menikam perempuan tua. Seorang nelayan menangkap ikan. Melalui komunikasi verbal , pesanan-pesanan yang disampaikan mudah difahami dan mudah digunakan. Kebanyakkan digunakan dalam kuliah. Komunikasi verbal biasanya dilakukan dengan cara: Berbicara Menulis Pendengaran Membaca

Analisis Bahasa.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Analisis BahasaBahasa boleh dibahagikan kepada dua jenis bentuk komunikasi. Iaitu komunikasi verbal dan komunikasi non verbal .

KOMUNIKASI VERBAL Bentuk komunikasi merupakan komunikasi yang disampaikan dengan cara tertulis atau lisan. Contoh komunikasi verbal: Seorang pencuri menikam perempuan tua. Seorang nelayan menangkap ikan. Melalui komunikasi verbal , pesanan-pesanan yang disampaikan mudah difahami dan mudah digunakan. Kebanyakkan digunakan dalam kuliah. Komunikasi verbal biasanya dilakukan dengan cara: Berbicara Menulis Pendengaran Membaca

KOMUNIKASI NON VERBAL Pesanan disampaikan tidak menggunakan suara. Contoh komunikasi non verbal: Menggunakan gerak isyarat Bahasa tubuh Ekspresi wajah dan kontrak mata Penggunaan objek (pakaian, potongan rambut) Penggunaan bunyi(siren) Pengunaan gambar Bahasa isyarat dan tulisan tidak dianggap sebagai komunikasi non verbal kerana kedua-duanya menggunakan kata walaupun tidak diluahkan menggunakan mulut. Tujuan komunikasi non verbal: Mengekspresi sesuatu emosi Memberi sifat, melengkapi, menentang atau mengembangkan pesanan verbal Mengendalikan orang lain Mempermudah tugas-tugas khusus. Memberi isyarat Jenis-jenis komunikasi non verbal: Komunikasi objek

Sebuah ambulans.Ia merupakan salah satu bentuk komunikasi objek.Komunikasi objek yang paling umum ialah gambar.Gambar Rajah 1

Sentuhan Sentuhan termasuk bersalaman, menggenggam tangan, berciuman, pukulan, tepukan, tendangan dan sebagainya. Sentuhan menyebabkan suatu perasaan atau rasa pada penerima sentuhan sama ada positif atau negatif. Melibatkan deria sentuhan. Ia adalak bentuk komunikasi yang menggunakan deria anggota. Gerakan Tubuh Gerak tubuh meliputi kontrak mata, ekspresi wajah, isyarat dan sikap tubuh serta bahasa badan. Gerakan tubuh digunakan untuk menggantikan suatu kata, misalnya mengganguk untuk mengatakanya; untuk menjelaskan sesuatu; menunjukkan perasaan, misalnya menunjukkan ibu jari untuk ucap tahniah.

Analisis Bahasa dalam petikan.

VERBAL BILNADAPENGERTIANCONTOH

1PatriotismeCinta akan negara bagi merangsang pertumbuhan ekonomi

2RomantikKegembiraan masih mampu mengekalkan tahap pemulihan yang kukuh.

3Ode/ odaMemuji atau menyanjung semua rakyat Malaysia memberi kerjasama sepenuhnya dan sokongan padu serta memainkan peranan dengan lebih berkesan.

4Melankoliksedih Persekitaran global kini menjadi tidak menentu dan rumit, dan akan menghalang pemulihan ekonomi dunia.

NON VERBALBILANGGOTA BADANCONTOH

1Penggunaan jari tanganmengumumkan 10 langkah baru

2Penggunaan matasemua rakyat Malaysia

3Penggunaan reaksi mukapencerobohan ke atas iraq dan ancaman SARS.

Laras Bahasa

Dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangs sesuatu wacana digunakan. Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara. Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan. Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa. Contoh: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akanmenghasilkan laras yangberbeza. Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi. Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.Tiga Dimensi Laras (Halliday)

Tajuk wacana merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, suka, enidikan, matematik dan sebagainya. Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan. Jika wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan. Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selariperlawanan bola sepak, ragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempoh perlawanan bola sepak berkenaan.

Cara penyampaian Sama ada wacana berkenaan disampaikan secara lisan atau tulisan. Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa? Jika tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan?

Gaya penyampaian mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal. Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaikan dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif?

Jenis dan Ciri Laras Bahasa Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus. Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti bidang hiburan (laporan suskan, berita sukan), pengetahuan dan peneranagn (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklam). Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku). Permbeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah:kosa katatatabahasagayaLaras Bahasa Biasa Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.) Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuand an penerangan (syarahan, encana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan). Gayat ayat sederahana, ringkas dan padat. Struktur ayat mudah, contohny: Di larang memijak rumput. Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.Laras Bahasa Biasa

Formal/RasmiTak Formal

Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

.Laras Bahasa Perniagaan Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindkan. Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya. Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:(a) slogan: Kami Ada Cara(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.Laras Bahasa Akademik Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan. Bersifat teknikal. Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan thesis, penulis perlu mengikut fornmati tertentu seperti perlu ada cattan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab. Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.Laras Bahasa Undang-Undang Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya.Laras bahasa media Berita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersnediri, laind aripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah. Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pemvbaca akhbar. Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah, pertama, baasa yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas danketuiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai. Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.Laras Bahasa Sastera Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis. Beberapa ciri bahasa sastera:a kreatif dan imaginatif: kabur mesejb. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan katac. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.Laras Bahasa Agama Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

Kesimpulan: Golongan larasBidangSituasiContoh Bahan

BiasaHiburan PengetahuanMaklumatUpacara/.MajlisKhalayak UmumBerita, laporan. iklan, surat peribadi Ucapan syarahanAcara majlis umumDoa, khutbah

KhususDoa-khutbah TeknikalIlmiahKhalayak UmumAcara majlis rasmi Rencana, ekonomi, undang-unang, fizik, kimia, dan lain-lain.Tesis, rencana matematik, biologi, Fizik, Kimiz, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya.

Laras Bahasa dalam petikan.BILJENIS BAHASAPENGERTIANCONTOH

1Bahasa asingPerkataan yang dibawa masuk dari bahasa lain Foreign Direct Investment.

2Bahasa akademikPerkataan yang digunakan dalam bidang sains dan teknologi CDC (Centre for Disease Control)

4Bahasa ekonomi

Perkataan yang digunakan dalam bidang ekonomimerangsang pertumbuhan ekonomi.

RM 600 juta.

Gaya Bahasa

Bermaksud cara atau ragam bahasa itu digunakan khususnya dalam tulisan atau karangan yang berbentuk sastera. Biasanya digunakan dalam karangan. Ia bertujuan untuk mengharukan dan membangkitkan perasaan seni disamping membangunkan serta menghidupkan daya fikir dan intelek para pembaca. Terdapat pelbagai jenis gaya bahasa dalam Bahasa Melayu. Berikut dihimpunkan jenis-jenis gaya bahasa bersama istilah-istilah yang berkaitan dengannya. Contoh-contoh gaya bahasa1. Aliterasi Gaya bahasa yang berwujud pengulangan konsonan pada suatu atau beberapa kata.Contoh : Kau keraskan kalbunya

2. Asonansi Gaya bahasa repetisi iaitu pengulangan vokal pada suatu atau beberapa kata.Contoh: mati api di dalam hati

3. Perumpamaan atau Simile Perbandingan dua hal yang pada hakikatnya berlainan tetapi dianggap sama. Gaya bahasa ini ditandai dengan pemakaian kata: seperti, sebagai, ibarat, umpama, bak, laksana, serupa.Contoh: Cantik laksana bidadari

4. Metafora Gaya bahasa perbandingan yang membandingkan dua hala secara implisitContoh: Aku adalah burung yang terbang bebas

5. Personifikasi Gaya bahasa yang melekatkan sifat-sifat insani pada barang atau benda yang tidak bernyawa atau pad aide yang abstrak.Contoh: Tugas menantikan kita

6. Depersonifikasi Gaya bahasa yang melekatkan sifat benda tak bernyawa pada manusia atau insane. Gaya bahasa ini ditandai dengan pemakaian kata: jikalau, seumpama, bila, dll.Contoh: Kalau engkau jadi bunga, aku jadi tangkainya

7. Antitesis Gaya bahasa yang mengandung gagasan-gagasan yang bertentangan yang dinyatakan dengan kata-kata yang berlawanan.Contoh: Dia tertawa di atas penderitaanku

8. Hiperbola Gaya bahasa yang mengandung pernyataan yang melebih-lebihkan baik jumlah, ukuran, ataupun sifatnya dengan tujuan untuk menekankan, memperhebat, meningkatakan kesan dan pengaruhnya.Contoh: Angkatlah pandang matamuke swarga lokake sejuta lilin alityang gemetar

9. Klimaks Sejenis gaya bahas yang berupa susunan ungkapan yang makin lama makin meningkat kepentingannya dari gagasan atau ungkapan sebelumnya.Contoh: Hidup kita diharapkan berguna bagi saudara, orang tua, nusa bangsa, dan Negara.

10. Antiklimaks Pernyataan yang berisi gagasan-gagasan yang disusun dengan urutan dari yang penting ke yang tidak penting.Contoh: Kampanye dicanangkan mulai dari pusat ke daerah, sampai ke pelosok desa.

11. Eufimisme Ungkapan yang lebih halus sebagai pengganti ungkapan yang lebih kasar.Contoh: kamar kecil = WC

MetaforaPerbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak(tidak boleh dihitung).Contoh: perahuduka = perahu (konkrit) + duka (abstrak)rakyat Malaysia memberi kerjasama

SinkopePenggunaan singkatan kataInstitut Penyelidikan Perubatan (IMR).

AliterasiGaya bahasa yang berwujud pengulangan konsonan pada suatu atau beberapa kata.MAHATHIR BIN MOHAMADPengulangan konsonan M

Gaya Bahasa dalam petikan.

CARA MENGGUNAKAN OHP- OVER HEAD PROJECTOR

OHP atau Overhead projector adalah alat bantu mengajar yang digunakan untuk menampilkan gambar ke atas permukaan skrin.Overhead projector biasanya terdiri dari sebuah kotak besar berisi lampu yang sangat terang di atas dan kipas untuk mendinginkannya. Di atas kotak terdapat sebuah lensa Fresnel besar yang pemantulkan cahaya ke atas kertas. Di atas kotak, biasanya di lengan panjang, adalah cermin dan lensa yang memfokuskan dan meneruskan cahaya ke depan. Cara-cara menggunakan OHP adalah: Susun semua helaian transparan yang akan dipersembahkan dengan teraturuntuk memudahkan persembahan. Lebih baik, jika menomborkan setiap helaiantransparan, bermula dari helaian pertama hingga helaian terakhir. Letakkan transparan terlebih dahulu di atas OHP dengan baik sebelum nyalakanlampu. Periksa arah cahaya, apakah posisi tayangan tepat pada layar. Arah tayanganyang tidak tepat akan membentuk efek key stone (menyempit pada salah satusisinya). Jika mungkin, posisi layar bahagian atas dipancarkan agak depan dari biasa. Aturkan posisi transaparansi dan ketepatan fokusnya sehingga memperolehhasil visual yang baik. Penerangan dalam ruangan tetap seperti biasa (kecuali jika ada cahaya kuatyang masuk ke ruang. Jadi, lampu yang berhampiran dengan skrin biasanyadimatikan). Gambar atau tulisan yang dipaparkan pada skrin boleh dilihat oleh pelajardengan jelas. Pelajar harus dapat terlihat visual tanpa dihalang oleh guru ataupelajar lain. Jangan menunjuk-nunjuk tulisan/ gambaran yang ada pada skrin tetapitunjukkan pada transparan di OHP. Semasa persembahan, pandang menghadap ke arah pelajar. Elakkan membacatulisan pada skrin (kecuali ketika mengawal ketepatan fokus dan posisitayangan). Tunjukan bahagian material yang anda sedang persembahkan. Sebaiknyatidak menunjukan tulisan atau visual dengan menggunakan jari tetapigunakan alat tunjuk. Jika perlu, tutup sebahagian permukaan trasparan menggunakan kertas. Hal inikerana, untuk membantu perhatian perlajar pada pokok perbincangan atauuntuk menarik minat pelajar terhadap tulisan yang tertutup. Segera matrikan OHP jika tayangan tidak diperlukan lagi. Hal ini untukmenghindari OHP menjadi terlalu panas dan merosakkan lampu. Simpan helaian transparan ke dalam fail yang sepatutnya. Setiap helaian dilapisdengan kertas untuk mengelakan cepat rosak. Kertas pemisah juga pentingkerana transparan mudah dibaca pada saat memilih sebelum menayangkan. PENGGUNAAN DALAM PENDIDIKANOverhead projector yang memudahkan mudah murah lingkungan interaktif bagi para pendidik. Bahan pengajaran pra-dapat dicetak pada lembaran plastik, atas mana pendidik dapat langsung menulis dengan menggunakan non-permanen, dicuci spidol warna. Hal ini menjimatkan waktu, kerana transparansi dapat pra-dicetak dan digunakan berulang-ulang kali.

CARA MENGGUNKAN GAMBARDefinisi: Merupakan salah satu sumber primer (pertama) yang memberi lebih banyak penerangan terhadap sesuatu perkara yang tidak ketahui manusia. Dapat lebih penerangan /pengetahuan melalui penglihatan. Contoh : gambar rajah Gambar adalah perpaduan yang bermula dari titik, garis, bidang dan warrna yang dikomposisikan untuk mencitrakan sesuatu bahan. Pada abad ke-20, Henri Brueli (seorangpasturPerancis)Mengatakan bahawa gambar menggambarkan kehidupan lingkungansekitar.Bagaimana peralatan berikut digunakan untuk menyampaikan maklumat??? Kita dapat mengetahui tentang kehidupan manusia pada zaman-zaman tertentu yang menjadi rahsia dan dapat diketahui melalui kajian.contoh :gambar gua Pengalaman tersendiri Menggambarkan pergerakan sesuatu kartuncontoh :gambar animasi Dapat mencitrakan dan mengertikan sesuatu benda. Juga dijadikan bukti untuk sesuatu kes. Mengusulkan suatu idea atau bantahan yang belum terpublikasi.

CARA MENGGUNAKAN CARTA

Menyampaikan data dalam bentuk grafik Memberikan gambaran yang ringkas dengan cara yang mudah difahami oleh semua. Memberikan maklumat yang tepat dan padat dengan jumlahnya dalam angka Menarik minat pembaca dan menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat serta tepat. Boleh dibuat dengan tangan ataupun Komputer Menunjukkan jumlah sesuatu data dalam bentuk peratus Data yang dikumpulkan mesti berkaitan antara satu sama lain Hanya boleh digunakan untuk menunjukkan beberapa data sahaja dalam suatu masa. Boleh menggambarkan data diskrit dan data selanjar Hanya baik untuk digunakan bagi 2-6 kategori. Maklumat yang kita perolehi daripada carta: Punca data diperolehi Tajuk yang sempurna Data dan jumlah yang tepat

CARA MENGGUNAKAN PERSEMBAHAN POWERPOINT

Microsoft PowerPoint merupakan sebuah program dalam komputer sebahagian daripada Microsoft Office, yang dapat digunakan untuk mengatur dan mempersembahkan informasi dalam bentuk slide elektronik.Powerpoint biasanya digunakan oleh pelajar, guru, ahli perniagaan untuk menyampaikan sesuatu maklumat ataupun sesuatu hal kepada orang lain dan menarik minat mereka.Kita harus tahu komponen-komponen yang terdapat dalam powerpoint 2007 dan fungsinya. Microsoft office button: butang yang berisi sebuah menu pull down, seperti new, open, save, save as, print, close, dan lain-lain. Quick access toolbar: Merupakan toolbar yang berisi butang butang perintah secara cepat dan secara default. Dalam bahagian itu, terdapat 3 perintah iaitu, save, undo, dan redo. Butang butang ini biasanya ditambahkan mahupun dihilangkan dengan peredaran masa. Title bar: Berisi dengan nama file yang sedang dibuka diikuti dengan nama aplikasi. Sekiranya, powerpoint dibuka pertama kali, secara automatic ia akan diberi nama seperti presentation 1. Tab ribbon : Toolbar yang mempunyai beberapa kumpulan, dimana kumpulan-kumpulan tersebut terdiri daripada pelbagai perintah yang sudah diklasifikasikan dengan fungsinya masing-masing. Group: Terdiri dari kumpulan beberapa perintah yang sudah diklasifikasikan sesuai dengan fungsinya. Perintah-perintah tersebut ditanda dengan gambar. Slide pane: Untuk menampilkan slide-slide yang telah dibuat. Placeholder: Digunakan untuk masukkan teks didalamnya. Slide number: Digunakan untuk melihat slide yang aktif dan jumlah slide yang telah digunakan. View mode: Digunakan untuk mengatur mode tampilan. Terdapat 3 pilihan tampilan iaitu normal, slide sorter, dan slide show. Zoom slider : Digunakan untuk memperbesar atau memperkecil tampilan slide.

Cara menggunakan power point Klik start ALL program pilih open office klikmicrosoftpowerpoint pilih slide (tambah slide) denganklikkanan new slide tulis document apa yang andainginkan simpan di my document dengan cara klik file => save as =>tulis nama file dan klik ok selesai