Upload
tuan-adli
View
86
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Analisis data ruang
Dalam analisis spatial dibuat, kreteria-kreteria menjadi sumber
utama dalam menghuraikan dan membuat analis data bagi kawasan
kajian yang akan dipilih. Kreteria in dipilih berdasarkan kepada keperluan
terhadap pemilihan bagi kawasan pembangunan Taman Tema. Terdapat 6
kreteria yang telah dikenalpasti untuk digunakan dalam analisis ruang
bagi kawasan Taman Tema. Antara kreteria tersebut adalah :
1. Pembangunan taman tema hanya dibenarkan dalam zon
pelancongan dan rekreasi.
2. Jarak dari pusat bandar adalah 5 km
3. Jarak dari petempatan utama minimum 1 km
4. Jarak dari lebuhraya utama minimum 5 km
5. Bukan dalam Kawasan Tadahan Air
6. Keluasan minimum Taman Tema ialah 40 hektar (100 ekar)
Setelah kreteria ditentukan, penghasilan data akan diperolehi melalui
jalan kerja yang dilakukan dengan menggunakan perisian aplikasi
ArchView 3.3. Perisian ini memainkan peranan penting dalam menentukan
pemilihan kawasan yang boleh dibangunkan Taman Tema di negeri Pulau
Pinang. Di akhir proses analisis, data yang diperolehi akan menghasilkan
kawasan yang memenuhi kesemua kreteria yang telah ditetapakan.
Analisis 1 : Jenis pemilihan kreteria
1. Pembangunan taman tema hanya dibenarkan dalam zon
pelancongan dan rekreasi.
Kreteria utama adalah zon bagi kawasan Taman Tema hanya dibenarkan
dalam kawasan zon pelancongan dan rekreasi sahaja. Di Pulau Pinang,
terdapat beberapa kawasan yang telah dizonkan menjadi kawasan
pelancongan dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang. Zon-zon
tersebut terdiri daripada zon
2. Jarak dari pusat bandar minimum 5 km
Gambarajah 1: zon pelancongan yang terdapat di Pulau Pinang berdasarkan RSN
Dalam pemilihan tapak Taman Tema, keperluan jarak kawasan daripada
bandar adalah sejauh 5 kilometer minimum. Dalam kajian yang dibuat,
bandar-bandar terlebih dahulu di kenal pasti di Pulau Pinang. Antara
bandar yang terdapat di Pulau Pinang adalah bandar Batu Feringgi,
Tanjung Bungah, Tanjong Tokong, Bukit Bendera, Georgetown, Jelutong,
Gelugor , Balik Pulau, Bayan Lepas dan Ayer Itam. Dalam kreteria ini, bagi
kawasan yang berada dalam kawasan radius tidak akan dipilih sebagai
kawasan yang boleh dibangunkan Taman Tema. Kawasan yang berada
diluar kawasan radius kebarangkalian akan dipilih.
3. Jarak dari pusat petempatan utama minimum 1 km
Pemilihan kawasan Taman Tema hendaklah sekurang-kurang mempunyai radius 1 kilometer dari kedudukan pusat petempatan utama di Pulau
Gambarajah 2: Radius 5 kilometer dari pusat bandar yang terdapat di Pulau Pinang
Pinang. Kawasan pusat petempatan utama dikenalpasti melalui data yang diperolehi daripada Geoportal Pulau Pinang. Dalam proses analisis yang dibuat, radius petempatan ditentukan mengikut kawasan pusat petempatan utama yang terdapat di Pulau Pinang. Gambarrajah dibawah menunjukan hasil radius yang telah dibuat.
4. Jarak dari lebuhraya utama minimum 5 km
Gambarajah 3: Radius 1 kilometer dari pusat petempatan utama di Pulau Pinang
Bagi jarak pemilihan kawasan Taman Tema dengan lebuhraya akan
ditentukan melalui kedudukan lebuhraya yang jaraknya 5 kilometer
daripada jalan tersebut. Kawasan yang berada dalam lingkungan radius 5
kilometer dari lebuhraya tersebut tidak akan dipilih sebagai kawasan
pilihan. Di Pulau Pinang hanya terdapat 1 sahaja lebuhraya di pulau iaitu
Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu adalah sepanjang 17.84 kilometer.
5. Bukan dalam Kawasan Tadahan Air
Gambarajah 4: Radius 5 kilometer dari Lebuhraya Dr Lim Chong Eu
Kawasan tadahan air merupakan kawasan terpelihara dan semestinya
tiada pembangunan dibenarkan dalam kawasan tersebut. Dalam kreteria
pemilihan kawasan Taman Tema, kawasan tadahan air merupakan
kawasan yang tidak akan dipilih dalam menentukan kawasan bagi Taman
Tema. Di Pulau Pinang hanya terdapat 1 kawasan sahaja yang telah di
wartakan sebagai kawasan tadahan air iaitu di kawasan balik pulau.
Kawasan tadahan air boelh dilihat seperti gambarajah di bawah.
6. Keluasan minimum Taman Tema ialah 40 hektar (100
ekar)
Gambarajah 5: Kawasan tadahan air yang terdapat di Pulau Pinang
Keperluan minimum bagi pembangunan kawasan Taman Tema adalah
seluas 40 hektar atau 100 ekar. Proses penentuan keluasan kawasan
merupakan proses terakhir dan pemilihan kawasan dibuat berdasarkan
keluasan minimum yang diperolehi setelah kesemua kreteria pemilihan
kawasan Taman Tema di buat.
Analisis kedua : Persilangan kreteria
Setelah analisis pertama kreteria ditentukan, analisis seterusnya
merupakan analisis persilangan antara kreteria. Persilangan kreteria
dibuat untuk menganalisis kawasan yang bekemungkinan mempunyai
potensi dipilih sebagai kawasan pilihan bagi pembangunan Taman Tema.
Persilangan 1 :
Persilangan 2 :
+
Hasil Persilangan
Persilangan
Zon Pelancongan Radius 5 kilometer dari pusat bandar
Analisis ketiga : Persilangan antara persilangan 1 dengan
persilangan 2
Persilangan
+
Hasil Persilangan
Radius 1 kilometer pusat petempatan utama
Radius 5 kilometer dari lebuhraya
Analisis ketiga merupakan persilangan yang akan dibuat antara
persilangan yang telah diperolehi hasil analisis kedua.
Analisis keempat : Hasil persilangan analisis ketiga dengan kawasan tadahan air
Persilangan
+
Persilangan 1 Persilangan 2
Hasil Persilangan
Analisis seterusnya merupakan analisis yang dibuat antara hasil
persilangan ketiga dengan kawasan tadahan air yang terdapat di Pulau
Pinang. Kawasan yang berada dalam lingkungan kawasan tadahan air
tidak akan dipilih sebagai kawasan pembangunan Taman Tema.
Analisis kelima : Penentuan kawasan yang memenuhi kesemua kreteria
Persilangan
+
Hasil persilangan analisis ketiga
Kawasan tadahan air
Hasil Persilangan
Analisis ini merupakan analisis terakhir bagi menentukan kawasan yang
memenihu keenam-enam kreteria yang telah ditentukan. Analisis terakhir
merupakan analisis luas kawasan minimum bagi pembangunan taman
tema adalah 40 hektar atau 100 ekar. Dalam analisis terakhir ini, keluasan
kawasan akan diambilkira dalam menetukan kawasan yang boleh
dibangunkan taman tema.
Daripada pengiraan keluasan luas kawasan yang diperolehi mendapati
kesemua kawasan mempunyai keluasan yang lebih daripada 100 ekar. Hal
16486380.97 m² = 4073.873 ekar
2524790.23 m² = 623.889 ekar
1025048.90 m² = 253.295 ekar
11113027.05 m² = 2746.088 ekar
Pengiraan luas kawasan bagi menentukan kawasan yang memenuhi kesemua kreteria
nini menunjukkan bahawa kesemua kawasan merupakan kawasan yang
memenihu kesemua kreteria pemilihan kawasan Taman Tema.
Kesimpulan
Setelah analisi kesemua kreteria dibuat, penemuan terakhir telah
diperolehi bagi kawasan yang memenuhi kesemua kreteria pemilihan
kawasan Taman Tema di Pulau Pinang. Daripada hasil akhir yang
diperolehi dapatlah disimpulkan bahawa terdapat empat kawasan yang
memenuhi kesemua kreteria pemilihan tersebut. Kesemua kawasan ini
terletak di kawasan Balik Pulau.
1
23
4
Hasil terakhir