Upload
ytengku
View
59
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
Analisis item
Tujuan
• Menilai kesesuaian item dari segi kesukarannya , sama ada terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar
• Menunjukkan keupayaan sesuatu item mengasingkan pelajar pandai daripada pelajar lemah
Indeks kesukaran item(item difficulty index) (p)
Indeks kesukaran item,(p)• Indeks ini digunakan untuk menunjukkan item / soalan
yang digunakan itu sama ada terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah.
• Cara pengiraan bagi mendapatkan indeks kesukaran bagi ujian berbentuk objektif ialah :
• • P = Bilangan calon yang memberi jawapan betul• __________________________________• Jumlah calon yang menjawab soalan itu
• Cara pengiraan indeks kesukaran bagi ujian berbentuk objektif ialah :
• P = Bil.calon yang menjawa betul suatu item Jumlah calon yang menjawab item itu• Contoh: 40 pelajar menjawab satu item soalan
dan 30 darinya menjawab betul. Maka Nilai p bagi soalan ini ialah 30/40 = 0.75
• Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00; [ 0.00 < p < 1 ]
• P = 0 jika tiada pelajar menjawab betul; rumusannya soalan terlalu sukar
• P = 1 jika semua pelajar menjawab betul; rumusannya soalan terlalu senang
Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item
Nilai (p) Pengkelasan Item/status
P < 0.30 Terlalu sukar/ubahsuai
0.3 ≤ p ≤ 0.80 Sederhana/terima
P > 0.8 Terlalu mudah/ubahsuai
soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir semua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar tidak akan dapat dijawab oleh hampir semua pelajar soalan-soalan begini tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaan dengan yang lebih tinggi keupaayaan
• Jika indeks kesukaran bagi sesuatu item ialah 0.65, ini bermakna 65% pelajar akan dapat menjawab item tersebut dengan betul.
Indeks bagi soalan esei
• p = __Markah Purata__ Julat Markah Penuh
Contoh : Markah purata bagi 10 pelajar ialah 6.3 Julat markah penuh item ialah 10
[markah minimum – markah maksimum;Maka p = 6.3 / 10 = 0.63 [63%]
• Bagi calon yang ramai
• P = BT + BR
J Dimana, BT bil.calon dlm kump.tinggi menjawab betul BR
bil.calon dlm kump.rendah menjawab betul dan J ialah bilangan calon kump. Tinggi & rendah
Kepentingan indeks kesukaran
• mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati soalan soalanberkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar (soalan sukar)
• mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu yang boleh dikuasai pelajar dan yang tidak boleh dikuasai pelajar;
• memberi maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji
• mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan (content bias), seperti kandungan yang ditekankan semasa pengajaran
Indeks diskriminasi,d
• ID berfungsi untuk membezakan calon-calon kumpulan cerdas dengan calon kumpulan lemah / lambat
• ID berfungsi untuk membezakan keupayaan pelajar-utk tujuan tertentu
• ID untuk menentukan sama ada item itu sesuai digunakan atau tidak .
Bagaimana mengira ?
1. Membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan pencapaian:
27% pelajar berpencapaian rendah46% pelajar berpencapaian sederhana27% pelajar berpencapaian tinggi
• .
2. Tentukan :-R L, bil. pelajar yang menjawab betul dlm .kump. Rendah( Right Lower), -R U, bil.pelajar yang menjawab betul dlm.kump.tinggi(Right Upper) -T (L + U), bil. pelajar berpencapaian rendah
dan tinggi (Total)
3. Menggunakan formula berikut:
Indeks Diskriminasi (d) = (R U – R L)
(½ T (L + U))
• ID boleh bernilai 1.00, sekiranya semua pelajar berpencapaian tinggi dan tiada seorang pun pelajar berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul
• ID boleh bernilai 0.00, sekiranya bilangan pelajar berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama
• ID boleh bernilai -1.00, sekiranya semua pelajar berpencapaian rendah dan tiada seorang pun pelajar berpencapaian tinggi menjawab soalan ini dengan betul
Tafsiran dan keputusanID,d Tafsiran Item Keputusan
d > 0.40 Diskriminasi positif tinggi Amat sesuai diterima
0.20 < d ≤ 0.40 Diskriminasi positif sederhana
Ubahsuai item
0.00 ≤ d ≤ 0.20 Diskriminasi positif rendah Tulis item semula
d < 0.00 Diskriminasi negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik
Item buruk dan perlu dibuang
Tujuan Indeks Diskriminasi
• mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati soalan-soalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar pandai
• mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu yang tidak boleh dikuasai pelajar pandai
• memberi maklum balas kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji
• mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan, seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa pengajaran atau langsung tidak diajar
• mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpencapaian tinggi untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang tertentu