Upload
others
View
154
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya, MOHD KHAIRIL AZLAN BIN MUKHTAR (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT TERHAD TIDAK TERHAD
TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap No 154, EN. MUHAMAD HAFIZ BIN ISMAIL
Felda Jengka 2,
26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur. Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh : 2 MEI 2008
KAJIAN MENGENAI TAHAP PRESTASI KECERGASAN
FIZIKAL BERASASKAN KEMAHIRAN MOTOR BAGI ATLET
SKUASY SUKMA JOHOR 2008
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
i
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.
Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penyelia : EN. MUHAMAD HAFIZ BIN ISMAIL
Tarikh : 2 MEI 2008
ii
KAJIAN MENGENAI TAHAP PRESTASI KECERGASAN FIZIKAL
BERASASKAN KEMAHIRAN MOTOR BAGI ATLET SKUASY SUKMA JOHOR 2008
MOHD KHAIRIL AZLAN BIN MUKHTAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan ).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2008
iii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………….
Nama Penulis : MOHD KHAIRIL AZLAN BIN MUKHTAR
Tarikh : 2 MEI, 2008
iv
DEDIKASI
Buat Keluarga Tersayang
Bonda Hjh. Pn. Zainab Bt Md Jusoh
Kekanda-kekanda
Mohd Amin
Mustapha Kamal M. Bakri
Adinda-adinda
Salmah Sakinah
Kesemua Para Pensyarah Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)
yang banyak Membantu
Terutamanya kepada En Muhamad Hafiz Bin Ismail dan Puan Asha Hasnimy Bt Mohd Hashim
Rakan-rakan seperjuangan
Pelajar Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah…………………….
Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana telah melimpahkan kurniaNya dapat
penyelidik menyiapkan projek sarjana muda ini tepat pada masanya sebagai syarat akhir
kursus sebelum menerima segulung ijazah.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat para pensyarah
Sains Sukan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terutamanya buat
pensyarah pembimbing En Muhamad Hafiz Bin Ismail dan Pn. Asha Hasnimy Bt Mohd
Hashim sebagai penasihat akademik penyelidik di atas bimbingan dan tunjuk ajar tanpa
rasa jemu sepanjang penyelidik menyiapkan penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Johor
yang banyak membantu dalam kajian ini. Selain itu, kepada pelajar-pelajar Sains Sukan,
UTM yang memberikan kerjasama dan komitmen kepada penyelidik terutamanya
kepada rakan-rakan seperjuangan kemasukan 2004/2008. Terutama kepada Rahimi,
Syed, Firdaus, Bear, Khairul, Salleh, Apis dan Preston South Vc. Terima kasih kawan..
Penghargaan ini juga ditujukan kepada ibu bapa dan adik beradik tersayang yang
sentiasa memberikan sokongan kepada penyelidik.
Moga Allah rahmati dan kurnia kebahagiaan buat anda semua. Sekian terima kasih
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap prestasi Kecergasan Fizikal
Berasaskan Kemahiran Motor bagi atlet skuasy Sukma Johor 2008. Seramai 6 orang
pemain skuasy Sukma Johor dipilih untuk menjadi sampel dalam penyelidikan ini.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan enam komponen
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor iaitu ketangkasan, kepantasan,
keseimbangan, masa reaksi, kuasa dan koordinasi. Antara ujian-ujian yang digunakan
adalah Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan bagi komponen koordinasi, Ujian
Lari Pecut 40 Meter bagi komponen kepantasan, Ujian Dirian Bangau bagi komponen
keseimbangan, Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) bagi komponen ketangkasan, Ujian
Tindak Balas Pilihan Nelson bagi komponen masa reaksi dan Ujian Lompat Dirian
Menegak bagi komponen kuasa. Ujian ini dijalankan secara ‘Pre’ dan ‘Post’ iaitu
perbezaan antara ujian pertama dengan ujian kedua. Semua data yang diperolehi
daripada ujian yang dilakukan oleh sampel akan direkodkan di dalam borang skor dan
ditetapkan pencapaian berdasarkan norma yang telah ditetapkan. Program SPSS 13
(Statistical Packages for Social Science) dan Microsoft Office Excel 2003 digunakan
untuk menganalisis prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor atlet
skuasy Sukma Johor 2008. Dapatan kajian menunjukkan di mana hanya tiga ujian yang
memperolehi perbezaan yang signifikan. Antara ujiannya adalah Ujian Balingan Bola
Tenis Sebelah Tangan p = 0.039, Ujian Dirian Bangau p = 0.022 dan Ujian Tindak
Balas Pilihan Nelson p = 0.029 di mana ia lebih kecil dari aras signifikan yang
ditetapkan iaitu p < 0.05. Oleh itu, hipotesis nol 1, 3 dan 5 ditolak. Manakala bagi tiga
ujian lain iaitu Ujian Lari Pecut 40 Meter p = 0.363, Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) p =
0.167 dan Ujian Lompat Dirian Menegak p = 0.069 adalah lebih besar dari aras
signifikan yang ditetapkan p < 0.05. Ini membuktikan bahawa tiga ujian ini telah
menunjukkan yang ianya tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian pre
dan ujian post. Oleh yang demikian, hipotesis nol 2, 4 dan 6 adalah diterima.
vii
ABSTRACT
The objectives of this research are to evaluate the level of physical fitness and
the motor skill for the Squash Athlete in SUKMA Johor 2008. Six players were
choosing as a sample in this research. The instrument that used in this research based on
6 components which are coordination, power, reaction time, balance, speed and agility.
The test include Throw The Tennis Ball With Used By One Hand ( coordination), 40m
Run (speed), Blind Stork (Balance), Shutter Run (T-Test) (Agility), Nelson Reaction
(time reaction), and Standing Broad Jump (power). This test was determined by Pre and
Post where the different is among first test and second test. All collected data from this
test were recorded in score form. The achievement based on the specific norms SPSS 13
Programmed (Statistical Packages for Social Science) and Microsoft Office Excel 2003
has been used to analyze the level of physical fitness based on motor skill. The
experiment was proven that where 3 test have the different in significant aspect such as
Throw The Tennis Ball With Used By One Hand p = 0.039, Blind Stork p = 0.022 and
Nelson Reaction p = 0.029, where its smaller than p < 0.05. So, null hypothesis 1, 3
and 5 not accepted. However the 3 other tests like 40m Run p = 0.363, Shutter Run (T-
Test) p = 0.167 and Standing Broad Jump p = 0.069 are bigger than constant significant
p < 0.05. The result was shown that the 3 test not have any different in significant
among Pre and Post Test. So that, the null hypothesis 2, 4 and 6 were accepted.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGAKUAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN PENULIS iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI LAMPIRAN xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI JADUAL xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Kepentingan Kajian 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Operasional 10
ix
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Ujian Kemahiran Asas Motor 15
2.3 Kaitan Kajian Lepas Sukan Beraket 17
2.4 Konseptual Teoreties 20
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Reka Bentuk Kajian 26
3.3 Populasi dan Persampelan 26
3.4 Tempat Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 27
3.6 Pentadbiran Kajian 27
3.7 Prosedur Kajian 30
3.7.1 Prosedur Kajian 30
3.7.2 Instrumen Kajian 30
3.7.3 Prosedur Latihan 30
3.7.4 Ujian Lari Pecut 40 Meter 31
3.7.5 Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan 33
3.7.6 Ujian Dirian Bangau 35
3.7.7 Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) 38
3.7.8 Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson 41
3.7.9 Ujian Lompat Dirian Menegak 43
3.8 Pengumpulan Data 45
3.3 Penganalisisan Data 46
3.10 Penutup dan Kesimpulan 46
4 PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 47
4.2 Analisis Diskriptif 48
x
4.3 Analisis Inferensi 61
4.4 Penutup 73
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 74
5.2 Ringkasan kajian 75
5.3 Perbincangan 75
5.4 Kesimpulan 81
5.5 Masalah Yang Dihadapi 82
5.6 Cadangan Kajian 83
5.6.1 Penerangan prosedur yang jelas 83
5.6.2 Bilangan subjek 84
5.6.3 Sediakan pembantu yang mahir` 84
5.6.4 Pemilihan tempat kajian 84
5.6.5 Jantina 84
5.6.6 Emosi subjek 85
5.6.7 Jangka masa ujian 85
5.7 Penutup 85
BIBILIOGRAFI 86
LAMPIRAN 89
xi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Lantikan 89
B Surat Kontrak Persetujuan Subjek Ujian 91
C Surat Kebenaran Menggunakan Subjek Ujian 92
D Skor Ujian 93
E Borang Skor 94
F Skala Nilai Genting Ujian-t 96
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Konseptual Sistem Kawalan Loop Tertutup 21
2.2 Model Tiga Peringkat Pembelajaran Fitts Dan
Posners 22
2.3 Model Tiga Sistem Ingatan 23
4.1 Peratusan Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah
Tangan 49
4.2 Peratusan Ujian Lari Pecut 40 Meter 51
4.3 Peratusan Ujian Diran Bangau 53
4.4 Peratusan Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) 55
4.5 Peratusan Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson 57
4.6 Peratusan Ujian Dirian Menegak 59
4.7 Lengkungan taburan – t Ujian Balingan Bola
Tenis Sebelah Tangan 62
4.8 Lengkungan taburan – t Ujian Lari Pecut 40
Meter 64
4.9 Lengkungan taburan – t Ujian Diran Bangau 66
4.10 Lengkungan taburan – t Ujian Lari Ulang Alik
(T-Test) 68
4.11 Lengkungan taburan – t Ujian Tindak Balas
Pilihan Nelson 70
4.12 Lengkungan taburan – t Ujian Dirian Menegak 72
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Norma skor mentah Ujian Lari Pecut 40 Meter 32
3.2 Norma skor mentah ujian Balingan Bola Tenis
Sebelah Tangan 35
3.3 Norma skor mentah Ujian Dirian 38
3.4 Norma skor mentah Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) 40
3.5 ` Norma skor mentah Ujian Tindak Balas Pilihan
Nelson 43
3.6 Norma skor mentah Ujian Lompat Dirian Menegak 45
4.1 Data kumpulan atlet skuasy, bilangan subjek
dan umur subjek 48
4.2 Skor mentah, pencapaian dan mata bagi Ujian
Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan 49
4.3 Norma skor mentah Ujian Balingan Bola Tenis
Sebelah Tangan 50
4.4 Skor mentah, pencapaian dan mata bagi Ujian
Lari Pecut 40 Meter 51
4.5 Norma skor mentah Ujian Lari Pecut 40 Meter 52
4.6 Skor mentah, pencapaian dan mata Ujian Dirian
Bangau 53
4.7 Norma skor mentah Ujian Dirian Bangau 54
4.8 Skor mentah, pencapaian dan mata bagi Ujian
Lari Ulang Alik (T-Test) 55
xiv
4.9 Norma skor mentah Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) 56
4.10 Skor mentah, pencapaian dan mata bagi Ujian
Tindak Balas Pilihan Nelson 57
4.11 Norma skor mentah Ujian Tindak Balas Pilihan
Nelson 58
4.12 Skor mentah, pencapaian dan mata bagi Ujian
Lompat Dirian Menegak 59
4.13 Norma skor mentah Ujian Lompat Dirian Menegak 60
4.14 Perbandingan Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah
Tangan di antara ujian pre dan ujian post bagi 6
orang atlet skuasy Sukma 61
4.15 Perbandingan Ujian Lari Pecut 40 Meter di
antara ujian pre dan ujian post bagi 6 orang
atlet skuasy Sukma 63
4.16 Perbandingan Ujian Dirian Bangau di antara
ujian pre dan ujian post bagi 6 orang atlet
skuasy Sukma 65
4.17 Perbandingan Ujian Lari Ulang-alik (T-Test)
di antara ujian pre dan ujian post bagi 6 orang
atlit skuasy Sukma 67
4.18 Perbandingan Ujian Tindak Balas Pilihan
Nelson di antara ujian pre dan ujian post bagi
6 orang atlit skuasy Sukma 69
4.19 Perbandingan Ujian Lompat Dirian Menegak
di antara ujian pre dan ujian post bagi 6 orang
atlit skuasy Sukma 71
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bersukan adalah satu amalan hidup yang baik untuk diri kita. Ianya haruslah
dijadikan salah satu daripada aktiviti hidup yang berterusan. Kecergasan berasaskan
fizikal dan kemahiran motor melalui bersukan yang sistematik dan teratur sangat penting
kepada kedua-dua aspek kesihatan fizikal dan mental. Kecergasan seseorang itu boleh
mempengaruhi kebolehan terhadap sesuatu kemahiran motor yang dilakukan sama ada
di dalam aktiviti sukan atau permainan. Tubuh badan yang sihat juga menjadi salah satu
faktor penentu kepada kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, terutamanya bagi
pencapaian matlamat yang memerlukan aktiviti fizikal sahaja. Untuk mencapai tujuan
tersebut pergerakan memainkan peranan penting di dalam kehidupan dan juga aktiviti
sukan. Lakuan motor adalah amat penting dalam setiap permainan yang ingin diceburi
supaya setiap apa aktiviti yang dilakukan tidak mendatangkan masalah kepada
pergerakan dan kecederaan terutama dalam permainan skuasy bagi kajian ini.
Skuasy ialah satu sukan beraket dalaman yang mana dulunya dikenali sebagai
"Squash Rackets", satu rujukan kepada bola lembut yang boleh dipenyek (bahasa
Inggeris: squashable), digunakan dalam perlawanan skuasy. Permainan ini dimainkan
oleh dua pemain (atau dalam sesuatu masa empat pemain bagi beregu) dengan raket
'piawai' dalam gelanggang berdinding empat dengan satu bola getah yang kecil dan
berongga.
2
Amerika Syarikat menjadi negara pertama untuk membentuk sebuah persatuan
yang berdedikasi dan mengkodifikasikan permainannya pada tahun 1907. Pada tahun
yang sama, Persatuan Tenis dan Raket (British) metubuhkan satu jawatankuasa kecil
skuasy untuk mentadbir permainan, yang menjadi secara progresif dikanunkan semasa
tahun 1920-an. Kemudiannya, Persatuan Raket Skuasy (British) ditubuhkan dan
mengambil alih pentadbiran permainan dalam 1928. Sukan ini sekarang ditadbir oleh
WSF (Persekutuan Skuasy Dunia). Permainan profesional lelaki diuruskan oleh PSA
(Persatuan Skuasy Profesional) dan wanita oleh WISPA (Persatuan Pemain Skuasy
Antarabangsa Wanita).
Skuasy berterusan hampir secara eksklusif permainan bagi kelas pertengahan
atas dan atau kelas atasan sehingga sekitar tahun 1950-an, apabila pengendali-
pengendali komersial mula membina gelanggang untuk orang awam. Permainan ini
menjadi terkenal, dengan penyertaan memuncak sekitar awal tahun 80-an. Walaupun
berlaku kemerosotan dalam bilangan pemain membilang, permainan ini popular di
kebanyakan tempat, terutama Australia, barat laut Eropah, Amerika Utara dan Asia
(terutamanya selatan dan tenggara).
Sejarahwan skuasy menyatakan bahawa permainan ini berasal dari Harrow
School pada kurun ke-19, hanya di luar London, England, sebagai satu penambahan
raket. Pembinaan gelanggang yang pertama direkodkan seperti di Harrow dalam tahun
1860-an. Kemungkinan bahawa gelanggang skuasy awal telah dibina di Harrow oleh
satu gelanggang dengan membahagikan dewan gelanggang raket, yang mana merupakan
lebih tepat lagi sama seperti tiga saiz gelanggang skuasy Sepanyol (untuk membenarkan
lebih banyak pemain bermain di dalam gelanggang pada masa yang sama).
Di dalam kajian ini, kita dapat melihat kepentingan kemahiran motor dalam
permainan skuasy. Pada masa lalu, terdapat beberapa cara untuk mengklasifikasikan
latihan fizikal. Salah satu kriteria yang digunakan adalah idea berdasarkan anatomi yang
menyatakan individu berada dalam keadaan yang baik apabila ia sihat dan kuat. Kriteria
3
ini merujuk khusus kepada ahli gimnastik Sweden iaitu I. Ling. (Torngren, 1942).
Pengasas gimnastik German, Friederich Jahn pula berpendapat alatan yang digunakan
oleh atlit sebagai kriteria. Leshaft membahagikan latihan kepada tiga bahagian.
Bahagian pertama adalah latihan yang mudah seperti kalistenik; bahagian kedua adalah
latihan yang lebih kompleks dan ada perkembangannya atau progresif, seperti lompatan
dan gusti; manakala yang bahagian ketiga adalah berdasarkan latihan yang asanya lebih
kompleks seperti dalam sesuatu permainan, meluncur, skuasy dan lawan pedang.
Selain mengklasifikasikan atlit kepada acara sukan individu (skuasy, tinju,
olahraga dan gimnastik) dan acara berpasukan (bola sepak, bola tampar dan sepak
takraw) penggunaan kebolehan biomotor juga digunakan sebagai kriteria. Kemampuan
atau kebolehan biomotor melibatkan kekuatan, kelajuan, daya tahan dan koordinasi
(Grantin, 1940). Aspek penting praktikal yang perlu diketahui oleh jurulatih untuk
mengklasefikasikan latihan adalah berdasarkan kriteria prestasi motor yang diperlukan
(Farfel, 1960). Kemahiran motor dalam sukan terbahagi kepada tiga bahagian atau
kumpulan iaitu cyclic, acylic dan gabungan acylic.
Bahagian atau kumpulan kemahiran CYCLIC meliputi sukan-sukan seperti jalan
kaki, berlari, merentas desa, ski, acara pecut, berenang, lumba basikal dan lain-lain. Ciri
utama dalam sukan ini adalah penglibatan pergerakan motor yang berulang. Apabila
pusingan pergerakan motor dipelajari atau dikuasai, akan membolehkan pergerakan
tersebut dilakukan dalam jangka masa yang lama. Walaubagaimanapun setiap pusingan
pergerakan adalah hasil daripada gabungan daripada beberapa fasa pergerakan yang
menjadikannya satu pusingan pergerakan yang lengkap. Sebagai contoh dalam
pergerakan mendayung, terdapat empat fasa pergerakan “the catch”, “drive through
water”, “finish” and “recovery”.
Kumpulan kemahiran ACYLIC meliputi sukan-sukan seperti, lontar peluru,
lempar cakera, kebanyakkan acara gimnasik, skuasy dan sukan berpasukan. Kemahiran
ini adalah hasil gabungan dari kesempurnaan fungsi yang dilakukan melalui satu aksi.
4
Sebagai contoh kemahiran fore hand bagi permainan squash adalah hasil gabungan
pergerakan-pergerakan hayunan, transisi, pusingan, pukul dan langkah yang semuanya
dilakukan melalui satu aksi sahaja.
Kumpulan kemahiran GABUNGAN ACYLIC pula adalah hasil gabungan
peergerakan cyclic dan diikuti oleh pergerakan acylic. Kemahiran ini meliputi semua
jenis lompatan bagi acara padang dan balapan “figure skating”, “lumbling lines”, dan
“vauling” dalam gimnastik dan acara terjun.
Komponen-kompenen yang terlibat dalam aspek perlakuan atau kemahiran
motor adalah terdiri daripada koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa
tindakbalas dan kepantasan. Aspek perlakuan motor dapat membantu dalam hal-hal yang
bersabit dengan gerakerja fizikal yang spesifik. Meningkatkan tahap kemahiran tersebut
dapat menghasilkan satu gerklaku yang efisyen serta meringankan bebanan yang
mungkin timbul ketika anda giat mengerjakan aktiviti yang lebih dari lakuan kebiasaan
seperti mengangkat benda-benda yang berat.
Kemampuan motor dapat membantu keseluruhan (total fitness). Latihan yang
mengandungi aktiviti untuk memperkayakan komponen perlakuan motor ini seperti
berlari, lompat selang seli dan senaman-senaman kalistenik yang dikerjakan secara
berterusan dapat melahirkan tubuh badan yang kuat dan sihat.
Kecepatan atlit tindak balas kepada stimulus biasanya menentukan tahap
kejayaan dan masa reaksi pula didefinisikan sebagai masa antara kewujudan sesuatu
isyarat untuk stimulus dan permulaan untuk pergerakan Charles et.al (1993). Mengikut
eksperimen yang dijalankan oleh Welford (1957, 1958), Griew (1958, 1956) dan
Crossman (1960) dalam buku Welford, Alan Travis (1968), subjek yang lebih tua (umur
30 ke atas) melakukan pergerakkan yang lebih lambat berbanding dengan subjek yang
lebih muda (umur 30 tahun ke bawah). Justeru itu, kemahiran motor dalam perminan
5
skuasy amat penting untuk meningkatkan pencapaian seseorang atlit dalam sesuatu
perlawanan.
1.2 Penyataan Masalah
Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan tahap prestasi kecergasan
berdasarkan kemahiran motor bagi atlet skuasy Sukma Johor 2008. Berdasarkan
maklumat yang diterima, kebanyakkan atlet bagi permainan skuasy Sukma Johor 2008
mempunyai prestasi yang cemerlang dalam setiap kejohanan. Namun, setiap kejayaan
itu, atlet-atlet tersebut haruslah meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa supaya
prestasi yang membanggakan sebelum ini dapat dikekalkan. Sebelum ini, ramai atlet-
atlet skuasy sukma johor tidak dapat mengekalkan prestasi cemerlang yang pernah
mereka kecapi akibat daripada kurang menguasai kemahiran motor dan kurang
mengikuti ujian-ujian yang menguji kemahiran motor atlet. Justeru itu, dengan adanya
kajian ini, Kita boleh melihat kelemahan-kelemahan yang terdapat pada atlet Sukma
Johor 2008 dari segi segi kemahiran motor. Selain itu kita juga boleh menentukan sejauh
mana keberkesanan latihan dan ujian-ujian kemahiran motor yang akan dilakukan pada
atlet skuasy Sukma Johor 2008 sebelum dan selepas ujian dan latihan tersebut. Kajian
ini dilakukan adalah untuk menguji dan untuk memastikan yang atlet skuasy Sukma
Johor 2008 dapat mencapai tahap prestasi yang mengikut piawai-piawai atau standard
yang telah ditentukan dan ditetapkan.
1.3 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini boleh meningkatkan tahap prestasi atlet skuasy Sukma Johor
2008 dari segi kemahiran motor. Antara sumbangan-sumbangannya ialah:
6
1.3.1 Mengetahui keberkesanan latihan dan ujian-ujian kecergasan dari segi kemahiran
motor yang telah dijalankan keatas atlet-atlet skuasy Sukma Johor 2008.
1.3.2 Dapat memberikan maklumat kepada atlet-atlet skuasy Sukma Johor 2008 sejauh
manakah tahap prestasi kecergasan dan kemahiran motor mereka dan keperluan untuk
meningkatkan kejayaan mereka dalam setiap kejohanan.
1.3.3 Dapat dijadikan panduan bagi jurulatih-jurulatih dan atlet untuk merancangkan
program latihan yang sesuai mengikut tahap kecergasan atlit dalam kemahiran motor.
1.3.4 Dapat memberi pengetahuan dan kemahiran kepada individu tentang ujian-ujian
yang boleh digunakan untuk menguji tahap kecergasan seseorang atlet berasaskan
kemahiran motor.
1.3.5 Dapat meninjau keberkesanan program latihan yang dirancangkan untuk
menolong dalam meningkatkan tahap prestasi atlet skuasy Sukma Johor 2008
berasaskan kemahiran motor.
1.3.6 Dapat memberikan kesedaran kepada para atlet-atlet skuasy Sukma Johor
supaya mereka akan meningkatkan tahap kecergasan mereka dalam kemahiran motor
supaya mereka boleh mempromosikan dan mengekalkan kejayaan yang telah mereka
kecapi selama ini supaya dapat meningkatkan nama negeri dan negara agar setanding
dengan negara luar.
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Untuk mengukur tahap kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor bagi atlet
skuasy Sukma Johor 2008 disepanjang tempoh ke temasya Sukan Sukma 20
7
1.4.2 Untuk menilai prestasi atau pencapaian atlet skuasy Sukma Johor 2008 sebelum
dan selepas latihan.
1.4.3 Untuk melihat pengaruh latihan kemahiran motor terhadap lakuan motor yang
betul bagi atlet skuasy Sukma Johor 2008.
1.5 Persoalan kajian
1.5.1 Adakah ujian-ujian kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor dapat
menunjukkan peningkatkan prestasi dan pencapaian atlet skuasy Sukma Johor 2008
dalam ujian pre dan ujian post?
1.5.2 Adakah latihan yang berjadual dan bersistematik dalam ujian pre dan ujian post
dapat meningkatkan tahap prestasi bagi atlet skuasy Sukma Johor 2008?
1.5.3 Adakah ujian-ujian kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor ini
bersesuaian untuk kita mengukur dan menilai tahap prestasi atlet skuasy Sukma Johor
2008 dalam perlakuan motor?
1.6 Hipotesis Kajian
1. Ho1 – Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi Ujian Balingan Bola Tenis
Sebelah Tangan di antara ujian pre dan ujian post bagi atlet skuasy Sukma
Johor 2008.
Ha1 – Terdapat perbezaan yang signifikan bagi Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah
8
Tangan di antara ujian pre dan ujian post bagi atlet skuasy Sukma Johor 2008.
2. Ho2 – Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi Ujian Lari Pecut 40 Meter di
antara ujian pre dan ujian post bagi atlet skuasy Sukma Johor 2008.
Ha2 – Terdapat perbezaan yang signifikan bagi Ujian Lari Pecut 40 Meter di antara
ujian pre dan ujian post bagi atlet skuasy Sukma Johor 2008.
3. Ho3 – Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi Ujian Dirian Bangau di
antara ujian pre dan ujian post bagi atlet skuasy Sukma Johor 2008.
Ha3 – Terdapat perbezaan yang signifikan bagi Ujian Dirian Bangau di antara
ujian pre dan ujian post bagi atlet skuasy Sukma Johor 2008.
4. Ho4 – Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi Ujian Lari Ulang Alik (T-Test)
di antara ujian pre dan ujian post bagi atlet skuasy Sukma Johor 2008.
Ha4– Terdapat perbezaan yang signifikan bagi Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) di
antara ujian pre dan ujian post bagi atlet skuasy Sukma Johor 2008.
5. Ho5 – Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi Ujian Tindak Balas Pilihan
Nelson di antara ujian pre dan ujian post bagi atlet skuasy Sukma Johor 2008.
Ha5 – Terdapat perbezaan yang signifikan bagi Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson di
antara ujian pre dan ujian post bagi atlet skuasy Sukma Johor 2008.
6. Ho6 – Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi Ujian Lompat Dirian Menegak
di antara ujian pre dan ujian post bagi atlet skuasy Sukma Johor 2008.
9
Ha6 – Terdapat perbezaan yang signifikan bagi Ujian Lompat Dirian Menegak di
antara ujian pre dan ujian post bagi atlet skuasy Sukma Johor 2008.
1.7 Skop Kajian
Kajian ini hanya meninjau keberkesanan program latihan kecergasan yang
berlandaskan kepada kemahiran motor yang telah dilalui oleh atlet skuasy Sukma Johor
2008. Sampel hanya dipilih hanyalah 6 orang sahaja. Penekanan latihan kecergasan
berlandaskan kemahiran motor hanyalah tertumpu pada 5 komponen iaitu Koordinasi,
Imbangan, Ketangkasan, Kuasa, Masa Tindakbalas dan Kepantasan. Jangkamasa latihan
adalah selama 2 bulan di mana sesi latihan adalah 3 kali seminggu.
1.8 Batasan kajian
Kajian ini mempunyai beberapa batasan yang di luar daripada kawalan
penyelidik. Ia adalah bertujuan untuk menghindar daripada beberapa yang tidak diingini
semasa menjalankan kajian. Kajian ini adalah terbatas kepada atlet-atlet skuasy sukma
Negeri Johor sahaja. Ketepatan kajian adalah terbatas kepada kemampuan dan
kesungguhan yang diperlihatkan oleh subjek dalam menjalankan ujian yang diberikan
oleh penyelidik
Kajian ini juga terbatas kepada beberapa faktor seperti pemakanan, persekitaran,
saiz fizikal, tahap kesihatan, emosi dan aktiviti seharian subjek itu sendiri. Batasan
faktor-faktor ini adalah di luar kawalan penyelidik.
10
1.9 Definisi operasional
Terdapat beberapa istilah dan konsep yang telah digunakan dalam perbincangan
kajian ini. Istilah dan konsep adalah seperti berikut :-
1.9.1 Koordinasi
Ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan
seseorang individu. Ianya melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota-
anggota badan.
1.9.2 Imbangan
Imbangan ialah kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat
graviti seseorang dan dasar (tapak) menyokongnya diubahkan. Kebolehan mengekalkan
kedudukan badan dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam
keadaan diam.
1.9.3 Kuasa
Kuasa adalah kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan
individu melakukan sesuatu pergerakan pantas (mengejutkan/explosive) yang kuat
dalam jangkamasa yang singka dengan kecekapan yang tinggi. Ia adalah hasil kuncupan
otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat ianya merupakan gabungan antara
kekuatan otot dan kepantasan kuncupan otot.
11
1.9.4 Ketangkasan
Ialah kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan berurutan ke
sesuatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh. Kebolehan menukar
kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.
1.9.5 Masa Tindakbalas
Masa tindakbalas adalah sesuatu jangkamasa yang diambil untuk bergerak
bertindak selepas menerima ransangan untuk berbuat demikian.
1.9.6 Kelajuan
Kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam
masa yang singkat mengikut suatu arah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa
bergerak. Kelajuan ditentukan hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah.
1.9.7 Kecergasan
Merupakan satu keadaan dimana seseorang itu mempunyai keupayaan untuk
melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan penggunaan tenaga yang minima
serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan dimasa kesengganan dan ketika dalam
keadaan kecemasan.
12
1.9.8 Subjek atlet
Ia dimaksudkan kepada atlit squash sukma Negeri Johor 2008.
1.9.9 SPSS
Statistical Package For Social Sciences.
1.9.10 Kemahiran motor halus
Penggunaan sekumpulan kecil otot untuk mengawal pergerakan pada tangan.
1.9.11 RPM
Pusingan per minit (Repetition per minute).
13
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Satu perkara yang menarik dalam bidang sukan ialah asal usul seorang ahli sukan
itu. Adakah ianya ditentukan oleh genetik atau alam persekitaran. Ini adalah kerana
pebezaan ini adalah terlalu sukar untuk dilihat kerana dua perkara yang dinyatakan tadi
mempunyai kesan yang tersendiri seperti faktor alam sekitar yang melibatkan banyak
pekara dan diantaranya seperti iklim, minat, permakanan, latihan serta pengaruh rakan
serta tekanan dari ibu bapa. Ianya tidak terlepas juga oleh faktor pengaruh sosial budaya.
Menurut Vasundevan (1991), tahap perbezaan individu atau tingkah laku sukan
dalam perlakuan wujud bagi kanak-kanak dari semua peringkat. Ia amat penting di mana
perbezaan jenis pengalaman pelajaran dari tadika hingga ke pusat pengajian tinggi
biasanya mendapat perhatian. Sebagai contohnya berapa ramai kanak-kanak dapat
melakukan sesuatu sebelum ia memasuki sekolah? Yang lain mungkin hanya melakukan
sesuatu setelah umur belasan tahun. Akibatnya ada sesetengah kanak-kanak lebih pandai
dan sesetengahnya tidak dapat mengejar pencapaian yang lain. Seterusnya Vasundevan
menyatakan tiga faktor utama menggariskan dimensi tingkahlaku dalam aktiviti fizikal
dan sukan iaitu kebolehan motor atau kejaguhan seseorang, kapasiti motornya dan juga
kemahiran motor dan kesukannya.
14
Bahagian pertama bab ini membincangkan hasil kajian yang berkaitan dengan
ujian kemahiran asas motor terhadap atlit atau pelajar sekolah. Bahagian kedua,
mengandungi Kerangka Konseptual Teoretis yang digunakan oleh penyelidik.
Seterusnya penyelidik menghuraikan konseptual teoreties yang berkaitan dengan
prestasi kemahiran asas motor. Penyelidik menggunakan pendekatan Teori Loop
Tertutup Adams (1971) untuk menjelaskan proses pengajaran dan pembelajaran motor
adalah salah satu faktor penting yang mempengaruhi skor pencapaian ujian kemahiran
asas motor.
Sehubungan itu penyelidik terdahulu juga turut mengakui bahawa pencapaian
kemahiran asas motor dipengaruhi oleh proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Beberapa model pengajaran dan pembelajaran telah dikemukakan oleh penyelidik
contohnya Sistem Kawalan Loop Tertutup (Schmidt, 1991), Model Fasa Perkembangan
Motor (Gallahue, 1982), Model Tiga Peringkat Fitts dan Posners dan Model Sistem
Ingatan (Schmidt, 1991).
Menurut Wissel (1961), kemahiran asas motor ialah kemahiran menguasai
pergerakan asas yang melibatkan aktiviti seperti berlari, melompat, memukul,
membaling dan menangkap dengan baik. Pergerakan asas tersebut boleh dilakukan
dengan sempurna sama ada secara berasingan atau digabungkan mengikut keperluan
pergerakkan.
Bagi Wuest (1991), kemahiran asas motor tidak boleh dinilai berdasarkan
pemerhatian sahaja dan memberi markah mengikut skala abjad yang berlandaskan
kepada penilaian subjektif secara global semata-mata. Pada hakikatnya penilaian prestasi
kemahiran asas motor boleh dinilai dengan objektif dan berkesan melalui proses
pengukuran dan penilaian perubahan tingkahlaku yang mantap.
15
Mengikut Petray, Blazer dan Leeds (1989), penilaian adalah sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran serta tujuan untuk mendapatkan data yang boleh
digunakan oleh jurulatih bagi menilai status pencapaian kemahiran asas motor atlit.
Terdapat dua faktor utama yang mengawal kemahiran-kemahiran motor. Ianya
bolehlah kita nyatakan sebagai sikap atau persekitaran dan faktor genetik, termasuk
perkambangan sistem saraf dan fungsi neurologikal. Demikian menurut Vasudevan
(1989) dan tambahnya lagi kemahiran motor yang rendah pada sesetengah kanak-kanak
adalah disebabkan oleh kombinasi faktor yang disebutkan.
2.2 Ujian Kemahiran Asas Motor
Kajian awal tentang Ujian Kemahiran Asas Motor dan Kecergasan fizikal
dilakukan oleh AAHPER (American Alliance For Health, Phsical Education and
Recreation, 1958 & 1965). Kajian ini menggunakan tujuh item ujian iaitu Mendagu,
Bangkit Tubi Kaki Lurus, Lari Ulang Alik (4 x 30 kaki), Lompat Jauh Berdiri, Lari
Landas 50 Ela, Membaling Bola Sofbol dan Larian atau Berjalan 600 Ela.
Penyelidikan yang dilakukan oleh AAHPERD (1976), telah menghasilkan
Norma Ujian Kemahiran Asas Motor untuk pelajar berumur 10 hingga 17 tahun.
Mengikut Ross, Pate, Corbin (1987), ujian ini adalah ujian yang pertama bagi menguji
prestasi lakuan motor atlit.
Item ujian yang diperkenalkan oleh AAHPERD (1976), Mendorong penyelidik
lain membuat kajian perbandingan tentang item yang sama atau mengubahsuai item
tersebut. Milne, Seefeldt dan Reuschlein (1976), telah membuat kajian berkaitan
pehubungan antara gred, jantina dan rasa ke atas prestasi motor tadika, gred satu dan
gred dua. Keputusannya, pelajar dari semua peringkat gred memperolehi kejayaan yang
16
signifikan bagi ujian yang berkaitan dengan kelajuan, kuasa dan daya tahan. Pelajar
lelaki mempunyai prestasi yang lebih baik dari dalam ujian ketangkasan, kelajuan dan
kuasa kuasa kecuali ujian kelembutan. Prestasi pelajar gred dua lebih baik berbanding
pelajar tadika. Keseluruhannya prestasi pelajar lelaki lebih baik daripada pelajar
perempuan bagi setiap gred dalam ujian perlakuan motor.
Berdasarkan item ujian tersebut Pissanos, More dan Reeve (1982), membuat
kajian bagi menentukan kesan umur, jantina dan komposisi badan ke atas prestasi
kemahiran motor pelajar sekolah rendah, seramai 80 orang subjek telah dipilih untuk
melakukan ujian yang dijalankan.
Hasil kajian tersebut menunjukkan umur adalah signifikan bagi mengjangkakan
prestasi perlakuan motor ke atas ujian kemahiran motor (Pate, Ross, Dotson dan Gilbert
(1985), Ross Pate, Deply, Gold dan Svilar (1987), komposisi badan dan daya tahan
kardiovaskular. Walaubagaimanapun umur tidak dapat menganggarkan prestasi palajar
atau atlit dalam aspek daya tahan otot, kekuatan otot dan kelembutan. Ini menunjukkan
umur memberi kesan kepada kemahiran asas motor tetapi umur tidak memberi kesan
kepada kecergasan motor.
Morris, William, Atwater dan Wilmore (1982), mengkaji perbezaan umur dan
jantina pelajar yang berumur tiga hingga enam tahun. Kajian telah dilakukan ke atas 269
orang kanak-kanak lelaki dan perempuan. Keputusan kajian menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan di antara umur dan jantina dalam menentukan prestasi
kemahiran asas motor.
Perbezaan di antara jantina dalam prestasi kemahiran asas motor berlaku lebih
awal semasa pelajar pra-sekolah ( Morris et al., 1982). Perbezaan ini lebih ketara bagi
pelajar perempuan yang sedang meningkat umur. Menurut Mc Cullagh, Stient dan Neiss
(1990), pelajar yang lebih tua di sekolah dapat melakukan aktiviti motor yang lebih baik
berbanding dengan pelajar yang lebih muda. Dapatan yang sama juga diperolehi oleh
17
Branta, (1982). Pengrazi, dan Corbin (1990) menjelaskan bahawa kumpulan pelajar
sekolah atau atlit yang lebih tua mempunyai prestasi perlakuan motor yang lebih baik.
Atlit atau pelajar tersebut didapati mempunyai kelebihan tisu-tisu otot, kepanjangan ruas
tulang, kecekapan koordinasi, kuasa otot, dan kekuatan otot. Selain itu atlit yang
mempunyai perkembangan fizikal yang lebih awal menunjukkan kelebihan dalam
aktiviti larian pecut, membaling dan memukul bola.
Hasil kajian menunjukkan prestasi kemahiran motor atlit lelaki lebik baik
berbanding perempuan untuk semua ujian. Tidak ada perbezaan yang signifikan di
antara atlit lelaki dan perempuan dari segi kandungan lemak badan. Ini menunjukkan
bahawa kandungan lemak tidak dapat mempengaruhi prestasi perlakuan motor. Walau
bagaimanapun prestasi tersebut mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor biologikal dan
persekitaran yang berbeza di antara atlit lelaki dan perempuan.
Thomas dan French ( 1985 ), merumuskan perubahan biologi yang berbeza pada
atlit akan mepengaruhi prestasi perlakuan motor. Pengaruh persekitaran yang berbeza di
antara atlit lelaki dan perempuan juga boleh mempengaruhi prestasi dalam perlakuan
motor.
Berdasarkan kajian-kajian di atas, pengaruh umur dan jantina adalah signifikan
terhadap perkembangan kemahiran asas motor. Beberapa kajian telah dijalankan untuk
melihat perngaruh umur dan jantina keatas prestasi kemahiran motor.
2.3 Kaitan Kajian Lepas dengan Sukan Beraket
Kajian yang dibuat oleh Powel & Howe (1939) ke atas atlit badminton sekolah di
sesebuah sekolah telah memperolehi nilai kesahan antara 0.63 hingga 0.77 bagi ujian
lompat jauh berdiri, lari pecut 60 ela, melontar bola dan lompat menegak. Ini
18
menunjukkan bahawa, setiap ujian yang dilakukan mempunyai kesahan yang tinggi dan
signifikan. Kajian ini telah disokong oleh hasil dapatan kajian McCloy (1940) dan
Humiston (1942) menunjukkan bahawa di antara komponen ujian yang sesuai diguna
bagi mengukur kecergasan motor ialah kepantasan, kuasa dan koordinasi. Pengukuran
tahap prestasi kecergasan motor memerlukan prosedur ujian yang jelas dan mudah
difahami oleh penguji. Selain daripada mengenalpasti ujian yang dapat mengukur
komponen kecergasan, perhatian harus diberikan kepada nilai kesahan serta
kebolehpercayaan ujian.keberkesanan mengukur prestasi kecergasan motor adalah
bergantung kepada jenis dan kesahan ujian yang dipilih.
Dapatan yang hampir samajuga diperolehi melalui ujian melontar bola
keranjang, lari pecut enam saat, melantun bole keranjang ke dinding serta lompat jauh
berdiri yang terdapat dalam bateri ujian kecergasan motor Scott Motor Ability Test for
high School Girls. Kajian yang dilakukan oleh Powel & Howe (1939) dan Scott (1939)
adalah tidak menyeluruh dan hanya mengambil kira faktor kuasa, kekuatan, kepantasan
dan koordinasi sebagai ciri kecergasan motor. Walaubagaimanapun kajian mereka telah
dapat memberi satu gambaran awal tentang prosedur menentukan kesahan kriteria ujian
dan menghasilkan ujian yang dapat mewakili bateri ujian kecergasan motor. Hasil kajian
yang dilakukan oleh McCloy (1940) berjaya menghasilkan sepuluh elemen kecergasan
iaitu kekuatan otot, tenaga dinamik, keupayaan menukar arah, kelembutan, ketangkasan,
penglihatan sisi, penglihatan baik, penumpuan, kefahaman mekanik aktiviti serta
perlakuan tanpa gangguan.
Berdasarkan dapatan kajian McCloy (1940), beliau mendapati komponen masa
reaksi dan ketangkasan boleh digunakan bagi mengukur ujian kecergasan motor untuk
permainan yang melibatkan raket sepeti tenis dan badminton. Dapatan kajian oleh
penyelidik lampau (McCloy;1934 & 1940, Huminston;1937, Powel & howe;1939 dan
Scott;1939) mendapati ujian kecergasan motor boleh dilakukan ke atas elemen asas
prestasi perlakuan motor seperti ketepatan, kepantasan, daya tahan, kawalan pergerakan,
ketangkasan, keseimbangan, koordinasi badan, koordinasi saraf motor, rentak, struktur
badan dan kekuatan. Ujian kecergasan motor juga boleh dilakukan ke atas kemahiran
19
asas lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif seperti berlari, melompat, membaling
dan menangkap. Akhir sekali ujian kecergasan motor dapat dilakukan ke atas kemahiran
sukan seperti kemahiran gimnastik, bola keranjang, badminton, skuasy dan bola sepak.
Keogh (1965) dalam cubaannya mengumpul data mengenai ujian kecergasan
motor dikalangan pelajar sekolah rendah dalam permainan tenis telah menggunakan
kajian lampau dengan tambahan beberapa ujian seperti lari pecut 30 ela, lari ulang alik,
lompat jauh berdiri, lari berpagar, melontar bola, membaling bola ke sasaran,
keseimbangan, kekuatan genggaman tangan kanan, lari sisi, lompat tinggi dan berjalan
atas palang. Kebanyakkan ujian kecergasan motor melibatkan beberapa percubaan untuk
mendapatkan skor ujian. Menurut Baumgartner & Jackson (1970), pengukuran
berdasarkan min skor prestasi subjek sepatutnya digunakan dalam sesuatu ujian. Kajian
yang dilakukan oleh Clarke (1971), Beunen & Malina (1988) menunjukkan bahawa
keupayaan berlari lazimnya dinilai berdasarkan kecepatan menukar arah kedudukan
badan. Ujian lompat jauh berdiri dan lompat menegak digunakan bagi mengukur kuasa
kaki.
Menurut Barrow & McGee (1971) skor ujian kecergasan motor boleh digunakan
sebagai penganggar kecekapan pergerakan asas dan kemahiran motor. Kajian yang
dilakukan oleh Thomas & French (1985) terhadap permainan tenis mendapati kanak-
kanak perempuan mempunyai tahap prestasi kecergasan motor yang berbeza dengan
lelaki mengikut peringkat umur. Kanak-kanak perempuan mempunyai prestasi yang
lebih baik daripada lelaki dalam aspek keseimbangan. Suasana persekitaran pengajaran
pembelajaran yang diterima oleh kanak-kanak dapat memberi kesan terhadap prestasi
kecergasan motor. Mengikut Arnet, DeLuccia & Gilmartin (2000), latihan kemahiran
yang diberi kepada kanak-kanak dalam keadaan mereka keletihan adalah tidak
bersesuaian untuk meningkatkan prestasi kecergasan motor.
20
2.4` Konseptual Teoreties
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Jasmai akan memberi
kesan keatas prestasi ujian kemahiran motor. Menurut Magill (1985), kemahiran motor
adalah sesuatu pergerakan fizikal dan mesti dipelejari menurut urutan yang betul.
Penyelidik menggunakan Teori Loop Tertutup Adams (1971) bagi menghuraikan
bagaimana pelajar dapat menguasai kemahiran asas motor dengan menggunakan
maklumbalas persekitaran dan sistem saraf. Teori ini menjelaskan bahawa atlit
memerlukan surihan ingatan (memory trace) untuk memulakan sesuatu pergerakan yang
dipelajari. Bagi meneruskan dan menamatkan sesuatu pergerakan ini, maklumbalas
sistem saraf digunakan untuk melengkapkan maklumat yang sedia ada.
Maklumbalas yang diterima akan membandingkan dengan surihan persepsi
(Perceptual Trace) iaitu mekanisme rujukan yang tersimpan di dalam pusat kawalan
pergerakan bahagian korteks motor otak. Sekiranya terdapat perbezaan di antara
maklumbalas yang diterima dengan mekanisme rujukan, maka kesalahan pergerakan
akan berlaku. Oleh itu, maklumat tersebut akan diproses di dalam pusat kawalan
pergerakan sebelum di hantar kepada anggota badan berkenaan melalui sistem saraf
pusat dan sistem saraf eferan untuk pergerakkan pembetulan. Teori tersebut dapat
dijelaskan melalui sistem kawalan loop tertutup (Schmidt, 1991).
Berdasarkan teori tersebut proses pembalajaran motor melibatkanransangan
sistem saraf. Atlit mempelajari sesuatu kemahiran dan pergerakan melalui ransangan
deria penglihatan, pendengaran dan kinestetik. Semua impuls saraf disimpan di pusat
kawalan pergerakan bahagian korteks motor. Kajian penyelidik mengenai prestasi
kemahiran asas motor secara tidak langsung adalah untuk menggambarkan bahawa
proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran pendidikan jasmani dapat
memberi kesan terhadap prestasi kemahiran motor pelajar tahap dua. Pencapaian
tersebut boleh diukur menggunakan ujian kemahiran asas motor ( Barrow, 1971).
21
Rajah 2.1 : Model Konseptual Sistem Kawalan Loop Tertutup.
Sumber : Schmidt, R.A. ( 1991 ), Motor Learning : A Performance From Principle To
Practice. Champaign, Illinois : Human Kinetics. (pp 50.)
Mengenal pasti Ransangan
Memilih Gerakbalas
Memprogram Gerakbalas
Program Motor
Saraf Pusat
Pergerakan
Otot
Rujukan
Persekitaran
Kuasa Otot, Panjang
Penglihatan, Pendengaran
Kedudukan Sendi, Badan
Perbandingan
Kesalahan
22
Pengenalan mengenai peringkat perkembangan motor kanak-kanak mengikut
peringkat umur sangat perlu dalam proses pembelajaran motor. Kefehaman tersebut
berupaya membantu jurulatih menggunakan pendekatan Model Tiga Peringkat
Pemelajaran Fitts dan Posners dengan lebih berkesan. Rajah 2, menunjukkan Model Fitts
dan Posner, mengikut model ini pembelajaran kemahiran motor berlaku dalam tiga
peringkat Kognitif, peringkat perhubungan dan peringkat automatik.
Rajah 2.2 : Model Tiga Peringkat Pembelajaran Fitts Dan Posners
Sumber : Magill, R.A. ( 1985 ). Motor Learning Concepts & Applications ( 2nd ed. ).
Dubuque, Lowa : Wm. C. Brown ( pp.67).
Pembelajaran kemahiran asas motor pada peringkat permulaan kebanyakkannya
menumpukan kepada aktiviti yang melibatkan pergerakan otot besar sahaja. atlit
selalunya melakukan banyak kesalahan dalam lakuan motor. Oleh itu aspek kognitif
mengenai sesuatu lakuan perlu di beri perhatian. Di peringkat perhubungan pula,
kebanyakkan kemahiran motor atau pergerakkan yang telah dipelajari diajar secara
berterusan. Atlit kurang melakukan kesalahan yang melibatkan pergerakan ototbesar.
Tumpuan atlit di peringkat ini adalah kepada kemahiran yang memerlukan pengerakan
otot halus seperti pergerakan membaling dan menangkap. Maklumbalas yang diberi oleh
jurulatih merupakan input yang diperolehi oleh atlit dan ini akan dapat mengesan
kelemahan sendiri.
Peringkat Kognitif
Peringkat Automatik
Peringkat Perhubungan
Masa Latihan
23
Di peringkat automatik, pelajar tidak perlu yang hendak memikirkan langkah-
langkah kemahiran dalam sesuatu pergerakan yang hendak dilakukan. Contohnya
memukul bola sofbol di atas Tee. Perubahan spesifik tentang cara pukulan akan datang
secara semulajadi. Atlit memerlukan jumlah latihan yang banyak dan mencukupi bagi
membolehkan mereka menghasilkan tindak balas yang berkesan.
Model pengajaran tiga peringkat dapat diperkemaskan lagi melalui Model Tiga
Sistem Ingatan ( Schmidt, 1991 ). Model ini dapat membantu pelajar mengigat kembali
sesuatu kemahiran atau pergerakan yang telah dipelajari dak dikeluarkan semula apabila
diperlukan dalam sesuatu jangka masa.
Rajah 2.3, ialah Model tiga Sistem Ingatan, semua ransangan saraf dan
kinestenik dikenalpasti di dalam stor saraf jangka pendek 0.25 saat. Beberapa maklumat
sahaja yang dipilih dan dibawa ke stor ingatan jangka pendek dan disimpan selama 30
saat. Stor ini boleh menyimpan maklumat lebih kurang tujuh item (Magill, 1985).
Maklumat dalam stor jangka pendek perlu diberi latihan untuk mengekalkannya dalam
stor ingatan jangka panjang.
Rajah 2.3 : Model Tiga Sistem Ingatan
Sumber : Schmidt, R.A. ( 1991 ), Motor Learning : A Performance From Principle To
Practice. Champaign, Illinois : Human Kinetics. (pp 41.).
Stor Saraf Jangka Pendek
Ingatan Jangka Panjang
Ingatan Jangka Pendek
Kinestenik
Atau Input Tumpuan
Selektif Persekitaran Raptai
Retrivel
24
Pengetahuan mengenai Model Sistem Ingatan ini dapat membantu jurulatih
semasa merancang latihan untuk kemahiran asas motor bagi atlit-atlit. Atlit dapat
menunjukkan prestasi kemahiran dan pergerakan dalam sesuatu jangkamasa tertentu jika
pergerakan dan kemahiran yang telah dipelajari disimpan dalam stor ingatan jangka
panjang.
25
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan.
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap prestasi
kecergasan fizikal berasaskan komponen kemahiran motor bagi atlet skuasy Sukma
Johor 2008. Bab ini menerangkan kaedah yang digunakan. Terdapat 9 aspek yang
dibincangkan, iaitu :
i - Reka bentuk kajian
ii - Populasi dan sampel kajian
iii - Tempat kajian
iv - Instrumen kajian
v - Pentadbiran kajian
vi - Prosedur kajian
vii - Pengumpulan data
viii - Penganalisaan data
viiii - Kesimpulan dan penutup
26
3.2 Reka Bentuk Kajian.
Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk eksperimental dengan bertujuan
untuk mengukur tahap prestasi kecergasan fizikal berasaskan komponen kemahiran
motor atlet skuasy Sukma Johor 2008. Kajian ini dijalankan dengan mengadakan ujian
kecergasan fizikal berasaskan komponen kemahiran motor. Ujian ini juga turut
dilakukan secara Pre dan Post iaitu perbezaan antara ujian pertama dan kedua adalah
selama dua bulan. Antara komponen-komponen yang terlibat adalah ketangkasan,
kepantasan, kuasa, koordinasi, masa reaksi dan keseimbangan. Terdapat 6 orang subjek
yang akan menyertai kajian ini. Subjek melakukan keenam-enam ujian tersebut. Antara
ujian-ujiannya adalah Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan, Ujian Lari Pecut 40
Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Lari Ulang Alik (T-Test), Ujian Tindak Balas Pilihan
Nelson dan Ujian Lompat Dirian Menegak.
3.3 Populasi dan Persampelan.
Seramai 6 orang atlet skuasy Sukma Johor dipilih untuk menjadi sampel dalam
penyelidikan ini. Sampel terdiri daripada pemain mewakili Negeri Johor dalam
pertandingan Sukma 2008 yang akan diadakan di Kuala Terengganu
3.4 Tempat kajian
Kajian ini dijalankan di Makmal Kecergasan Majlis Sukan Negeri Johor dan
Stadium Negeri Johor.
27
3.5 Instrumen kajian.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan enam komponen
kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor iaitu ketangkasan, kepantasan,
keseimbangan, masa reaksi, kuasa dan koordinasi. Setiap ujian yang dilakukan mestilah
melibatkan keenam-enam komponen. Antara ujian-ujian yang digunakan adalah Ujian
Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan bagi komponen koordinasi, Ujian Lari Pecut 40
Meter bagi komponen kepantasan, Ujian Dirian Bangau bagi komponen keseimbangan,
Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) bagi kompenen ketangkasan, Ujian Tindak Balas Pilihan
Nelson bagi komponen masa reaksi dan Ujian Lompat Dirian Menegak bagi komponen
kuasa. Bagi setiap ujian tersebut, semua subjek perlu menjalani keenam-enam ujian
tersebut agar data yang dikumpul tidak mempunyai ralat atau kesalahan.
3.6 Pentadbiran Ujian
Sebelum subjek menjalani ujian-ujian tersebut, subjek perlu melakukan aktiviti
memanaskan badan selama 15 minit agar subjek tidak akan mengalami kecederaan
ketika melakukan ujian-ujian yang telah disediakan. Selain itu, subjek juga akan
ditunjukkan demonstrasi oleh instraktor bagi setiap ujian supaya subjek tidak keliru
untuk melakukan ujian-ujian tersebut dan dapat membezakan setiap ujian-ujian tersebut
berdasarkan komponen-komponen yang telah disenaraikan. Untuk memastikan setiap
ujian itu berjalan dengan lancar, borang-borang dan alatan turut disediakan supaya
memudahkan subjek untuk menjalani ujian tersebut tanpa gangguan. Antara alatan-
alatan yang disediakan adalah seperti di bawah:-
28
3.6.1 Borang Rekod Kecergasan Diri
Borang ini di isi untuk mendapat maklumat peribadi subjek, latar belakang dan
tahap kecergasan subjek.
3.6.2 Borang Skor
Borang ini adalah untuk mencatatkan skor ujian bagi semua jenis ujian yang
dijalankan terhadap subjek.
3.6.3 Pen atau Pensil
Penggunaan pen atau pensil untuk mencatatkan nilai atau skor ujian dalam
borang skor ujian.
3.6.4 Kapur Tulis.
Kapur yang digunakan berukuran 1 inci untuk menanda puncak tertinggi yang
boleh dicapai oleh atlit semasa menjalani ujian lompatan dirian menegak.
3.6.5 Pita Penanda
29
Digunakan sebagai penanda untuk Ujian Dirian Bangau, Ujian Lari Pecut 40
meter, Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan dan Ujian Lari Ulang Alik (T-Test).
3.6.6 Pita Pengukur
Alat yang digunakan untuk mengukur jarak dalam setiap komponen ujian seperti
Ujian Dirian Bangau, Ujian Lari Pecut 40 meter, Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah
Tangan dan Ujian Lari Ulang Alik (T-Test).
3.6.7 Sistem Komputer
Sebuah komputer digunakan untuk merekodkan data-data yang diperolehi dan
menganalisa data-data tersebut dengan menggunakan Statistical Package for Social
Science (SPSS 13.0). perisian-perisian lain turut digunakan termasuk Microsoft Word
dan Microsoft Exel.
3.6.8 Jam Randik
Mengira masa yang dicapai oleh para subjek yang mengambil ujian kecergasan.
3.6.9 Bola Tenis
Bola tenis digunakan untuk membuat balingan dalam Ujian Balingan Bola Tenis
Sebelah Tangan.
30
3.7 Prosedur Kajian.
3.7.1 Reka bentuk kajian
Pengambilan data akan dijalankan secara pre dan post
3.7.2 Instrumen kajian
Subjek akan melakukan 1 bentuk ujian bagi setiap komponen kemahiran motor. Ia
yang terdiri daripada Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan bagi komponen
koordinasi, Ujian Lari Pecut 40 Meter bagi komponen kepantasan, Ujian Dirian Bangau
bagi komponen keseimbangan, Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) bagi kompenen
ketangkasan, , Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson bagi komponen masa reaksi dan
Ujian Lompat Dirian Menegak bagi komponen kuasa.
3.7.3 Prosedur latihan
Atlet diberikan ujian pre sebelum mereka memulakan program latihan yang
diberi. Data yang diperolehi akan disimpan sehingga ujian post dilakukan. Data yang
diperolehi dalam ujian pre dan post akan digunakan untuk menilai samada terdapat
pebezaan yang signifikan antara kedua-dua ujian. Program latihan yang diberikan adalah
selama 8 minggu.
31
3.7.4 Prosedur Ujian Lari Pecut 40 Meter bagi komponen kepantasan
Kesemua subjek perlu memastikan badan berada dalam keadaan bersedia iaitu
dengan melakukan aktiviti regangan sebelum melakukan ujian. Subjek dikehendaki
untuk melakukan larian yang tidak diambil kira sebagai percubaan terlebih dahulu. Ini
bertujuan untuk memudahkan proses pentadbiran ujian agar lebih tertadbir dan
bersistematik. Penguji akan melakukan demo kepada subjek untuk mengelakkan
daripada berlakunya kesilapan apabila subjek memulakan ujian yang sebenar.
Langkah-langkah yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat serta pengumpulan
data adalah seperti jadual berikut :-
3.7.4.1 - Komponen Kepantasan : Ujian Lari Pecut 40 meter
Objektif - Untuk mengukur kepantasan berlari
Kebolehpercayaan - r = 0.98 (Ahmad Hashim,2003)
Kesahan - r = 0 .80 (Ahmad Hashim,2003)
Keobjektifan - r = 0.98 (Ahmad Hashim,2003)
Kawasan Ujian - padang permainan bola sepak yang mempunyai
keluasan yang mencukupi
Alatan - Jam randik, pita pengukur dan pita penanda
Prosedur ujian - Satu penanda diletakkan pada jarak 40 meter dan
garisan permulaan. Sebanyak 20 penanda lagi
32
diletakkan selang 2 meter, bermula daripada jarak
40 meter garisan permulaan
- Sampel berdiri di belakang garisan permulaan
- Sampel mulakan larian dari kedudukan berdiri.
- Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ apabila pembantu
menjatuhkan tangan dan penguji mencatatkan masa
permulaan.
- Dua percubaan diberikan
Skor - Kiraan masa paling hampir dengan 0.1 saat apabila
subjek tiba ke garisan penamat.
- Skor dikira berdasarkan masa (dalam saat) yang
terpantas diperolehi daripada satu percubaan.
Jadual 3.1 – Norma skor mentah Ujian Lari Pecut 40 Meter
PENCAPAIAN MATA SKOR PERATUS (%)
SANGAT BAIK
5
5.88s > ke bawah 90%
5.94s - 5.89s 85%
6.0s - 5.95s 80%
BAIK
4
6.06s - 6.01s 75%
6.12s - 6.07s 70%
6.18s - 6.13s 65%
SEDERHANA
3
6.24s - 6.19s 60%
6.30s - 6.25s 55%
6.36s - 6.31s 50%
LEMAH
2
6.42s - 6.37s 45%
6.48s - 6.43s 40%
6.54 - 6.49s 35%
SANGAT LEMAH 1 6.55s < ke atas 30%
Sumber:- Norma ujian berdasarkan Majlis Sukan Negeri Johor
33
3.7.5 Prosedur Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan bagi komponen koordinasi
Kesemua subjek perlu memastikan badan berada dalam keadaan bersedia iaitu
dengan melakukan aktiviti regangan sebelum melakukan ujian. Subjek dikehendaki
untuk melakukan Ujian Balinga Bola Tenis Sebelah Tangan yang tidak diambil kira
sebagai percubaan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memudahkan proses pentadbiran
ujian agar lebih tertadbir dan bersistematik. Penguji akan melakukan demo kepada
subjek untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan apabila subjek memulakan
ujian yang sebenar.
Langkah-langkah yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat serta
pengumpulan data adalah seperti jadual berikut :
3.7.5.1 - Komponen Koordinasi : Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan
Objektif - Untuk mengukur prestasi koordinasi lengan dan
pergelangan bahu.
Kebolehpercayaan - r = 0.89 (Ahmad Hashim,2003)
Kesahan - r = 0 .81 (Ahmad Hashim,2003)
Keobjektifan - r = 0.98 (Ahmad Hashim,2003)
Kawasan Ujian - Padang permainan bola sepak yang mempunyai
keluasan 10 meter x 50 meter panjang. Jarak dari
garisan permulaan balingan ditandakan satiap 3
meter .
34
Alatan - Jam randik, bola keranjang, pita pengukur dan pita
penanda.
Prosedur ujian - Sampel berdiri di belakang garisan permulaan.
- Sampel dikehendaki membuat balingan sejauh
yang mungkin dari kedudukan berdiri tanpa
melompat.
- Sampel dibenarkan menggunakan sebelah tangan
dominan dan membuat balingan dari atas bahu
dengan tidak memijak garisan balingan semasa
membuat balingan
- Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan kepada subjek
untuk melakukan ujian.
- Dua percubaan diberikan kepada sampel
Skor - Skor dikira dalam unit meter yang hampir
berdasarkan jarak dan garisan permulaan kepada
tempat jatuh bola tenis yang dibaling.
- Percubaan yang terbaik daripada dua percubaan
yang diberi direkodkan sebagai skor ujian.
- Skor dikira berdasarkan jauh jarak (meter) yang
diperolehi dari satu percubaan.
35
Jadual 3.2 – Norma skor mentah ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan
PENCAPAIAN MATA SKOR PERATUS (%)
SANGAT BAIK
5
35m < ke atas 90%
34.00 - 34.99m 85%
33.00 - 33.99m 80%
BAIK
4
32.00 - 32.99m 75%
31.00 - 31.99m 70%
30.00 - 30.99m 65%
SEDERHANA
3
29.00 - 29.99m 60%
28.00 - 28.99m 55%
27.00 - 27.99m 50%
LEMAH
2
26.00 - 26.99m 45%
25.00 - 25.99m 40%
24.00 - 24.99m 35%
SANGAT LEMAH 1 23.99m > kebawah 30%
Sumber:- Norma ujian berdasarkan Majlis Sukan Negeri Johor
3.7.6 Prosedur Ujian Dirian Bangau bagi komponen keseimbangan
Kesemua subjek perlu memastikan badan berada dalam keadaan bersedia iaitu
dengan melakukan aktiviti regangan sebelum melakukan ujian. Subjek dikehendaki
untuk melakukan keseimbangan yang tidak diambil kira sebagai percubaan terlebih
dahulu. Ini bertujuan untuk memudahkan proses pentadbiran ujian agar lebih tertadbir
dan bersistematik. Penguji akan melakukan demo kepada subjek untuk mengelakkan
daripada berlakunya kesilapan apabila subjek memulakan ujian yang sebenar.
36
Langkah-langkah yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat serta
pengumpulan data adalah seperti jadual berikut :
3.7.6.1 - Komponen Keseimbangan : Ujian Dirian Bangau
Objektif - Untuk mengukur keseimbangan badan dalam
keadaan statik
Kebolehpercayaan - r = 0.85 (Ahmad Hashim,2003)
Kesahan - r = 0 .83 (Ahmad Hashim,2003)
Keobjektifan - r = 0.99 (Ahmad Hashim,2003)
Kawasan Ujian - Gelanggang konkrit yang mempunyai keluasan
yang mencukupi (sekurang-kurangnya 20 kaki
panjang dan 20 kaki lebar)
Alatan - Jam randik dan pita penanda.
Prosedur ujian - Sampel berdiri sebelah kaki yang dominan (kaki
penyokong).
- Sebelah kaki lagi diangkat dan diletakkan tapak
kaki tersebut rata di permukaan bahagian tepi sendi
lutut.
- Letakkan kedua-dua belah tangan di pinggang;
tangan kiri di pinggang kiri dan tangan kanan di
pinggang kanan.
37
- Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan kepada subjek
untuk mengangkat tumit kaki yang menyokong
supaya tidak menyentuh lantai dan kekalkan
keadaan begini seberapa lama mungkin (masa
maksimum diberi selama 60 saat) tanpa
menggerakkan bebola kaki dari kedudukan asal.
- Dua percubaan diberikan kepada sampel.
Percubaan yang terbaik sahaja dikira sebagai skor
ujian
Skor - Ukuran dibuat pada saat yang terhampir
- Skor dikira berdasarkan lama masa yang diambil
sehingga tumit kaki yang menyokong mencecah
lantai atau hilang imbangan dengan menggerakkan
bebola kaki dari kedudukan asal.
- Percubaan yang terbaik (mencatatkan masa yang
paling lama) daripada dua percubaan yang diberi
dikira sebagai skor ujian.
38
Jadual 3.3 – Norma skor mentah Ujian Dirian
PENCAPAIAN MATA SKOR PERATUS (%)
SANGAT BAIK
5
130s < ke atas 90%
124s - 129s 85%
118s - 123s 80%
BAIK
4
112s - 117s 75%
106s - 111s 70%
100s - 105s 65%
SEDERHANA
3
94s - 99s 60%
85s - 93s 55%
79s - 84s 50%
LEMAH
2
73s - 78s 45%
67s - 72s 40%
61s - 66s 35%
SANGAT LEMAH 1 60s > ke bawah 30%
Sumber:- Norma ujian berdasarkan Majlis Sukan Negeri Johor
3.7.7 Prosedur Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) bagi komponen ketangkasan.
Kesemua subjek perlu memastikan badan berada dalam keadaan bersedia iaitu
dengan melakukan aktiviti regangan sebelum melakukan ujian. Ini bertujuan untuk
memudahkan proses pentadbiran ujian agar lebih tertadbir dan bersistematik. Penguji
akan melakukan demo kepada subjek untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan
apabila subjek memulakan ujian yang sebenar.
Langkah-langkah yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat serta
pengumpulan data adalah seperti jadual berikut :
39
3.7.7.1 - Komponen Ketangkasan : Ujian Lari Ulang Alik (T-Test)
Objektif - Untuk mengukur prestasi ketangkasan berlari dan
menukar arah.
Kebolehpercayaan - r = 0.97 (Ahmad Hashim,2003)
Kesahan - r = 0 .96 (Ahmad Hashim,2003)
Keobjektifan - r = 0.99 (Ahmad Hashim,2003)
Kawasan Ujian - Gelanggang konkrit yang mempunyai keluasan
yang mencukupi (sekurang-kurangnya 40 kaki
panjang dan 20 kaki lebar)
Alatan - Jam randik, pita pengukur, pita penanda, dan dua
blok kayu masing-masing berukuran 2 inci x 2 inci
x 4 inci.
Prosedur ujian - Dua blok kayu yang masing-masing berukuran 2
inci x 2 inci x 4 inci di letakkan secara
bersebelahan di atas garisan penamat 30 kaki dari
garisan permulaan.
- Sampel berdiri di belakang garisan permulaan di
tengah-tengah garisan permulaan.
- Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan kepada
sampel untuk berlari ke hadapan bagi mendapatkan
salah satu blok kayu dan balik ke garisan
permulaan
dengan meletakkan blok kayu tersebut di belakang
40
garisan permulaan.
- Selepas meletakkan blok kayu pertama di belakang
garisan permulaan, sample teruskan larian untuk
mendapatkan blok kayu yang kedua dan balik ke
garisan permulaan dengan meletakkan blok
tersebut di belakang garisan permulaan.
- Dua percubaan diberikan dengan diberi rehat
antara percubaan
Skor - Kiraan masa paling hampir dengan 0.1 saat
- Satu percubaan yang terbaik dikira sebagai skor
ujian.
Jadual 3.4 – Norma skor mentah Ujian Lari Ulang Alik (T-Test)
PENCAPAIAN MATA SKOR PERATUS (%)
SANGAT BAIK
5
11.0s > ke bawah 90%
11.11s - 11.01s 85%
11.22s - 10.12s 80%
BAIK
4
11.33s - 11.23s 75%
11.44s - 11.34s 70%
11.55s - 11.45s 65%
SEDERHANA
3
11.66s - 11.56s 60%
11.77s - 11.67s 55%
11.88s - 11.78s 50%
LEMAH
2
11.99s - 11.89s 45%
12.10s - 12.00s 40%
12.21 - 12.11s 35%
SANGAT LEMAH 1 12.22s < ke atas 30%
Sumber:- Norma ujian berdasarkan Majlis Sukan Negeri Johor
41
3.7.8 Prosedur Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson bagi komponen masa reaksi
Kesemua subjek perlu memastikan badan berada dalam keadaan bersedia iaitu
dengan melakukan aktiviti regangan sebelum melakukan ujian. Ini bertujuan untuk
memudahkan proses pentadbiran ujian agar lebih tertadbir dan bersistematik. Penguji
akan melakukan demo kepada subjek untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan
apabila subjek memulakan ujian yang sebenar.
Langkah-langkah yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat serta
pengumpulan data adalah seperti jadual berikut :
3.7.8.1 - Komponen Masa Reaksi : Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson
Objektif - Untuk mengukur keupayaan bertindak dan
bergerak pantas dan tepat berdasarkan ransangan
yang diberi
Kebolehpercayaan - r = 0.89 (Ahmad Hashim,2003)
Kesahan - r = 0 .98 (Ahmad Hashim,2003)
Keobjektifan - r = 0.96 (Ahmad Hashim,2003)
Kawasan Ujian - Gelanggang konkrit yang mempunyai keluasan
yang mencukupi (sekurang-kurangnya 20 kaki
panjang dan 20 kaki lebar)
Alatan - Jam randik, pita pengukur dan pita penanda.
42
Prosedur ujian - Satu garisan lurus ditandakan 14 meter panjang
dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kiri (7
meter) dan kanan (7 meter) serta ditandakan satu
garisan melintang di atas garisan lurus tempat
sampel memulakan ujian.
- Sampel berdiri menghadap penguji di tempat yang
disediakan.
- Penguji memegang jam randek dan mengangkat
tangan ke atas supaya mudah dilihat oleh sampel.
- Sampel akan bergerak kea rah yang ditunjukkan
oleh penguji dengan menurunkan tangan kearah
kiri atau kanan. Dalam masa yang sama penguji
akan mengambil masa.
- Sampel dikehendaki membuat tindak balas segera
kepada isyarat tangan penguji dengan berlari
sepantas yang mungkin hingga ke garisan penamat
(7 meter).
- Jam diberhentikan apabila sampel berjaya melintas
garisan tepi yang betul, jika sampel memulakan
pergerakan kearah yang berlainan, masa akan
dikira sehinggakan sampel berpatah balik dan
berlari kearah garisan tepi yang betul.
- 10 percubaan diberi secara rawak dengan masing-
masing lima percubaan ke kanan dan ke kiri. Rehat
20 saat antara percubaan diberikan kepada sampel
Skor - Masa setiap percubaan dicatatkan kepada 0.1 saat
- Purata masa (dalam saat) keseluruhan daripada 10
percubaan diambil sebagai skor ujian.
43
Jadual 3.5 – Norma skor mentah Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson
PENCAPAIAN MATA SKOR PERATUS (%)
SANGAT BAIK
5
11 cm < ke bawah 90%
12cm 85%
13cm 80%
BAIK
4
14cm 75%
15cm 70%
16cm 65%
SEDERHANA
3
17cm 60%
18cm 55%
19cm 50%
LEMAH
2
20cm 45%
21cm 40%
22cm 35%
SANGAT LEMAH 1 23cm < ke atas 30%
Sumber:- Norma ujian berdasarkan Majlis Sukan Negeri Johor
3.7.9 Prosedur Ujian Lompat Dirian Menegak bagi komponen kuasa
Kesemua subjek perlu memastikan badan berada dalam keadaan bersedia iaitu
dengan melakukan aktiviti regangan sebelum melakukan ujian. Ini bertujuan untuk
memudahkan proses pentadbiran ujian agar lebih tertadbir dan bersistematik. Penguji
akan melakukan demo kepada subjek untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan
apabila subjek memulakan ujian yang sebenar.
Langkah-langkah yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat serta
pengumpulan data adalah seperti jadual berikut :
44
3.7.9.1 - Komponen Kuasa : Ujian Lompat Dirian Menegak
Objektif - Untuk mengukur prestasi kuasa kaki dalam lakuan
motor
Kebolehpercayaan - r = 0.97 (Ahmad Hashim,2003)
Kesahan - r = 0 .91 (Ahmad Hashim,2003)
Keobjektifan - r = 0.98 (Ahmad Hashim,2003)
Kawasan Ujian - Gelanggang konkrit yang mempunyai keluasan
yang mencukupi.
Alatan - Pita pengukur, kapur dan pita penanda.
Prosedur ujian - Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.
- Persediaan melompat, subjek menghayunkan
kedua-dua belah tangan ke belakang dan lutut
dibengkokkan.
- Melakukan lompatan dengan menghayunkan
kedua-dua belah tangan ke depan dan lutut
diluruskan. Lompat ke hadapan seberapa jauh yang
mungkin dan mendarat dengan menggunakan
kedua-dua belah kaki.
- Dua percubaan diberi. Percubaan yang terbaik
sahaja dikira sebagai skor ujian
45
Skor - ukuran dibuat dari garisan pemulaan kepada mana-
mana bahagian anggota badan yang mnedarat
paling hampir dengan garisan permulaan.
- ukuran dalam kiraan sentimeter yang terhampir.
Jadual 3.6 – Norma skor mentah Ujian Lompat Dirian Menegak
PENCAPAIAN MATA SKOR PERATUS (%)
SANGAT BAIK
5
181cm < ke atas 90%
176 - 180cm 85%
171 - 175cm 80%
BAIK
4
166 - 170cm 75%
161 - 165cm 70%
156 - 160cm 65%
SEDERHANA
3
151 - 155cm 60%
146 - 150cm 55%
141 - 145cm 50%
LEMAH
2
136 - 140cm 45%
131 - 135cm 40%
126 - 130cm 35%
SANGAT LEMAH 1 125cm > ke bawah 30%
Sumber:- Norma ujian berdasarkan Majlis Sukan Negeri Johor
3.8 Pengumpulan Data
Semua data yang diperolehi daripada ujian yang dilakukan oleh subjek akan
direkodkan di dalam borang skor dan ditetapkan pencapaian berdasarkan norma yang dibuat
penyelidik.
46
3.9 Penganalisaan Data.
Tahap pencapaian subjek ditentukan melalui norma tersebut. Program SPSS 13
(Statistical Packages for Social Science) dan Microsoft Office Excel 2003 digunakan dan
untuk menganalisis prestasi kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor atlet skuasy
sukan SUKMA Johor 2008 di Terengganu. Setiap data yang dianalisa adalah
berdasarkan ujian T-Test.
3.10 Penutup dan Kesimpulan
Dalam bab ini, telah dibincangkan tentang reka bentuk kajian, lokasi kajian,
sampel kajian, instrumen kajian, pentadbiran kajian, prosedur kajian pengumpulan data
serta penganalisaan data.
Bab yang seterusnya akan membincangkan tentang hasil serta dapatan kajian.
47
BAB 4
PENGANALISAAN DATA 4.1 Pengenalan
Dalam Bab ini, pengkaji akan mengemukakan hasil kajian yang telah diperolehi
daripada data yang di analisis. Hasil kajian ini akan diterangkan berdasarkan kaedah
statistik, deskriptif dan interensi. Data-data tersebut diperolehi melalui pengujian ke atas
atlet skuasy perempuan yang akan mewakili Negeri Johor dalam temasya Sukma 2008
di Negeri Terengganu. Pengkaji menggunakan enam jenis ujian iaitu Ujian Balingan
Bola Tenis Sebelah Tangan, Ujian Lari Pecut 40 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian
Lari Ulang Alik (T-Test), Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson dan Ujian Lompat Dirian
Menegak. Hasil daripada dapatan tersebut, akan di buat perbandingan di antara ujian pre
dan ujian post secara keseluruhan bagi menentukan tahap kecergasan yang paling baik
berdasarkan skor min.
48
4.2 Analisis Diskriptif
Dalam mengumpulkan data kajian, borang telah diedarkan kepada 6 orang atlet
skuasy Sukma Negeri Johor 2008. Borang tersebut mengandungi nama, tarikh lahir,
umur, bangsa, berat, tinggi, dan juga data bagi setiap jenis ujian yang telah dijalani.
Pengumpulan data ini telah dilakukan dengan menggunakan Ujian Balingan Bola Tenis
Sebelah Tangan, Ujian Lari Pecut 40 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Lari Ulang
Alik (T-Test), Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson dan Ujian Lompat Dirian Menegak.
Jadual 4.1- Menunjukkan data kumpulan atlet skuasy, bilangan subjek dan umur subjek.
Subjek Umur
Subjek 1 15
Subjek 2 15
Subjek 3 15
Subjek 4 13
Subjek 5 13
Subjek 6 14
Jadual 4.1 di atas menunjukkan data yang berkaitan dengan subjek untuk kajian
ini yang terdiri daripada kumpulan atlet skuasy perempuan, bilangan subjek seramai 6
orang dan umur subjek diantara 13 – 15 tahun.
49
Jadual 4.2 – Skor mentah, pencapaian dan mata bagi Ujian Balingan Bola Tenis
Sebelah Tangan
PERKARA
UJIAN PRE UJIAN POST PENCAPAIAN
(dalam mata)
Cubaan % Cubaan % Pre Post
SUBJEK 1 21.41m 30% 24m 35% 1 2
SUBJEK 2 27m 50% 30m 65% 3 4
SUBJEK 3 23m 30% 29m 60% 1 3
SUBJEK 4 15m 30% 25m 40% 1 2
SUBJEK 5 16m 30% 23m 30% 1 1
SUBJEK 6 23m 30% 30m 65% 1 4
MEAN 33.33 49.17
Rajah 4.1 – Menunjukkan peratusan yang dicapai oleh subjek dalam Ujian Balingan
Bola Tenis Sebelah Tangan bagi ujian pre dan ujian post.
50
Jadual 4.3 – Norma skor mentah Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan
PENCAPAIAN MATA SKOR PERATUS (%)
SANGAT BAIK
5
35m < ke atas 90%
34.00 - 34.99m 85%
33.00 - 33.99m 80%
BAIK
4
32.00 - 32.99m 75%
31.00 - 31.99m 70%
30.00 - 30.99m 65%
SEDERHANA
3
29.00 - 29.99m 60%
28.00 - 28.99m 55%
27.00 - 27.99m 50%
LEMAH
2
26.00 - 26.99m 45%
25.00 - 25.99m 40%
24.00 - 24.99m 35%
SANGAT LEMAH 1 23.99m > kebawah 30%
Sumber:- Norma ujian berdasarkan Majlis Sukan Negeri Johor
Jadual 4.2 menunjukkan hasil kajian tahap kecergasan dalam Ujian Balingan
Bola Tenis Sebelah Tangan ke atas 6 orang atlet skuasy peringkat Negeri Johor.
Berdasarkan jadual tersebut, didapati semasa ujian pre dilakukan, hanya 1 orang atlet
sahaja yang berada di kategori kecergasan sederhana. Selebihnya iaitu 5 orang atlet
didapati berada di kategori sangat lemah. Bagi ujian post pula, didapati bahawa terdapat
2 orang atlet mempunyai kategori kecergasan baik, 1 orang atlet mempunyai kategori
sederhana, 2 orang atlet mempunyai kategori lemah dan 1 atlet pula digolongkan ke
dalam kategori kecergasan sangat lemah. Mean bagi ujian pre ialah 33.33 dan ujian post
pula ialah 49.17.
51
Jadual 4.4 – Skor mentah, pencapaian dan mata bagi Ujian Lari Pecut 40 Meter
PERKARA
UJIAN PRE UJIAN POST PENCAPAIAN
(dalam mata)
Cubaan % Cubaan % Pre Post
SUBJEK 1 7.50s 30% 7.30s 30% 1 1
SUBJEK 2 6.59s 30% 6.53s 35% 1 2
SUBJEK 3 6.40s 45% 6.38s 45% 2 2
SUBJEK 4 7.12s 30% 7.02s 30% 1 1
SUBJEK 5 6.94s 30% 6.70s 30% 1 1
SUBJEK 6 7.03s 30% 6.59s 30% 1 1
MEAN 32.50 33.33
Rajah 4.2 – Menunjukkan peratusan yang dicapai oleh subjek dalam Ujian Lari Pecut
40 Meter bagi ujian pre dan ujian post.
52
Jadual 4.5 – Norma skor mentah Ujian Lari Pecut 40 Meter
PENCAPAIAN MATA SKOR PERATUS (%)
SANGAT BAIK
5
5.88s > ke bawah 90%
5.94s - 5.89s 85%
6.0s - 5.95s 80%
BAIK
4
6.06s - 6.01s 75%
6.12s - 6.07s 70%
6.18s - 6.13s 65%
SEDERHANA
3
6.24s - 6.19s 60%
6.30s - 6.25s 55%
6.36s - 6.31s 50%
LEMAH
2
6.42s - 6.37s 45%
6.48s - 6.43s 40%
6.54 - 6.49s 35%
SANGAT LEMAH 1 6.55s < ke atas 30%
Sumber:- Norma ujian berdasarkan Majlis Sukan Negeri Johor
Jadual 4.4 menunjukkan hasil kajian tahap kecergasan dalam Ujian Lari Pecut 40
Meter ke atas 6 orang atlet skuasy peringkat Negeri Johor. Berdasarkan jadual tersebut,
didapati semasa ujian pre dilakukan, hanya 1 orang atlet sahaja yang berada di kategori
kecergasan lemah. Selebihnya iaitu 5 orang atlet didapati berada di kategori sangat
lemah. Manakala semasa ujian post dilakukan pula terdapat 2 orang atlet yang berada di
kategori kecergasan lemah dan 4 orang atlet lagi berada di kategori yang sangat lemah.
Bagi mean ujian pre adalah 32.50, manakala mean bagi ujian post pula adalah 33.33.
53
Jadual 4.6 – Skor mentah, pencapaian dan mata Ujian Dirian Bangau
PERKARA
UJIAN PRE UJIAN POST PENCAPAIAN
(dalam mata)
Cubaan % Cubaan % Pre Post
SUBJEK 1 16s 30% 50s 30% 1 1
SUBJEK 2 16s 30% 103s 65% 1 4
SUBJEK 3 48s 30% 68s 40% 1 2
SUBJEK 4 43s 30% 128s 85% 1 5
SUBJEK 5 61s 35% 96s 60% 2 3
SUBJEK 6 23s 30% 94s 60% 1 3
MEAN 30.83 56.67
Rajah 4.3 – Menunjukkan peratusan yang dicapai oleh subjek dalam Ujian Diran
Bangau bagi ujian pre dan ujian post.
54
Jadual 4.7 – Norma skor mentah Ujian Dirian Bangau
PENCAPAIAN MATA SKOR PERATUS (%)
SANGAT BAIK
5
130s < ke atas 90%
124s - 129s 85%
118s - 123s 80%
BAIK
4
112s - 117s 75%
106s - 111s 70%
100s - 105s 65%
SEDERHANA
3
94s - 99s 60%
85s - 93s 55%
79s - 84s 50%
LEMAH
2
73s - 78s 45%
67s - 72s 40%
61s - 66s 35%
SANGAT LEMAH 1 60s > ke bawah 30%
Sumber:- Norma ujian berdasarkan Majlis Sukan Negeri Johor
Jadual 4.6 menunjukkan hasil kajian tahap kecergasan dalam Ujian Dirian
Bangau ke atas 6 orang atlet skuasy peringkat Negeri Johor. Berdasarkan jadual
tersebut, didapati semasa ujian pre dilakukan, hanya 1 orang atlet sahaja yang berada di
kategori kecergasan lemah. Selebihnya iaitu 5 orang atlet didapati berada di kategori
sangat lemah. Bagi ujian post pula, terdapat 1 orang atlet yang berada di kategori
kecergasan sangat baik, 1 orang atlit mempunyai kategori kecergasan baik, 2 orang atlet
mempunyai kategori kecergasan sederhana, 1 orang atlet lagi mempunyai kategori
kecergasan lemah dan 1 orang atlet lagi pula berada di tahap kecergasan yang sangat
lemah. Mean bagi ujian pre ialah 30.83 dan mean bagi ujian post pula ialah 56.67.
55
Jadual 4.7 – Skor mentah, pencapaian dan mata bagi Ujian Lari Ulang Alik (T-Test)
PERKARA
UJIAN PRE UJIAN POST PENCAPAIAN
(dalam mata)
Cubaan % Cubaan % Pre Post
SUBJEK 1 12.28s 30% 11.43s 70% 1 4
SUBJEK 2 12.19s 35% 12.10s 40% 2 2
SUBJEK 3 11.47s 65% 11.45s 65% 4 4
SUBJEK 4 12.34s 30% 12.12s 35% 1 2
SUBJEK 5 12.56s 30% 12.45s 30% 1 1
SUBJEK 6 12.37s 30% 12.09s 40% 1 2
MEAN 36.67 46.67
Rajah 4.4 – Menunjukkan peratusan yang dicapai oleh subjek dalam Ujian Lari Ulang
Alik (T-Test) bagi ujian pre dan ujian post.
56
Jadual 4.8 – Norma skor mentah Ujian Lari Ulang Alik (T-Test)
PENCAPAIAN MATA SKOR PERATUS (%)
SANGAT BAIK
5
11.0s > ke bawah 90%
11.11s - 11.01s 85%
11.22s - 10.12s 80%
BAIK
4
11.33s - 11.23s 75%
11.44s - 11.34s 70%
11.55s - 11.45s 65%
SEDERHANA
3
11.66s - 11.56s 60%
11.77s - 11.67s 55%
11.88s - 11.78s 50%
LEMAH
2
11.99s - 11.89s 45%
12.10s - 12.00s 40%
12.21 - 12.11s 35%
SANGAT LEMAH 1 12.22s < ke atas 30%
Sumber:- Norma ujian berdasarkan Majlis Sukan Negeri Johor
Jadual 4.7 menunjukkan hasil kajian tahap kecergasan dalam Ujian Lari Ulang
Alik (T-Test) ke atas 6 orang atlet skuasy peringkat Negeri Johor. Berdasarkan jadual
tersebut, didapati semasa ujian pre dilakukan, hanya 1 orang atlit sahaja yang berada di
kategori kecergasan baik, 1 orang atlet lagi berada di kategori kecergasan lemah dan
selebihnya iaitu 4 orang atlet lagi berada di kategori sangat lemah. Bagi ujian post pula,
terdapat 2 orang atlit yang berada di kategori kecergasan baik, 3 orang atlet lagi berada
di kategori kecergasan lemah dan 1 orang atlet lagi pula berada di tahap kecergasan yang
sangat lemah. Mean bagi ujian pre ialah 36.67 dan mean bagi ujian post pula ialah
46.67.
57
Jadual 4.9 – Skor mentah, pencapaian dan mata bagi Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson
PERKARA
UJIAN PRE UJIAN POST PENCAPAIAN
(dalam mata)
Cubaan % Cubaan % Pre Post
SUBJEK 1 16cm 65% 14cm 75% 4 4
SUBJEK 2 15cm 70% 12cm 85% 4 5
SUBJEK 3 22cm 35% 15cm 70% 2 4
SUBJEK 4 33.5cm 30% 12cm 85% 1 5
SUBJEK 5 30cm 30% 16cm 65% 1 4
SUBJEK 6 10cm 90% 8cm 90% 5 5
MEAN 53.33 78.33
Rajah 4.5 – Menunjukkan peratusan yang dicapai oleh subjek dalam Ujian Tindak
Balas Pilihan Nelson bagi ujian pre dan ujian post.
58
Jadual 4.10 – Norma skor mentah Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson
PENCAPAIAN MATA SKOR PERATUS (%)
SANGAT BAIK
5
11 cm < ke bawah 90%
12cm 85%
13cm 80%
BAIK
4
14cm 75%
15cm 70%
16cm 65%
SEDERHANA
3
17cm 60%
18cm 55%
19cm 50%
LEMAH
2
20cm 45%
21cm 40%
22cm 35%
SANGAT LEMAH 1 23cm < ke atas 30%
Sumber:- Norma ujian berdasarkan Majlis Sukan Negeri Johor
Jadual 4.9 menunjukkan hasil kajian tahap kecergasan dalam Ujian Tindak Balas
Pilihan Nelson ke atas 6 orang atlet skuasy peringkat Negeri Johor. Berdasarkan jadual
tersebut, didapati semasa ujian pre dilakukan, hanya 1 orang atlit sahaja yang berada di
kategori kecergasan sangat baik, 2 orang atlit lagi berada di kategori kecergasan baik, 1
orang atlit berada di tahap kecergasan lemah dan 2 orang atlit lagi berada di kategori
sangat lemah. Bagi ujian post pula, terdapat 3 orang atlit yang berada di kategori
kecergasan sangat baik dan 3 orang atlit lagi berada di kategori kecergasan baik. Mean
bagi ujian pre ialah 53.33 dan mean bagi ujian post pula ialah 78.33.
59
Jadual 4.11 – Skor mentah, pencapaian dan mata bagi Ujian Lompat Dirian Menegak.
PERKARA
UJIAN PRE UJIAN POST PENCAPAIAN
(dalam mata)
Cubaan % Cubaan % Pre Post
SUBJEK 1 167cm 75% 180cm 85% 4 5
SUBJEK 2 161cm 70% 169cm 75% 4 4
SUBJEK 3 189cm 90% 193cm 90% 5 5
SUBJEK 4 157cm 65% 160cm 65% 4 4
SUBJEK 5 145cm 55% 175cm 80% 3 5
SUBJEK 6 144cm 50% 159cm 65% 3 4
MEAN 67.50 76.67
Rajah 4.6 – Menunjukkan peratusan yang dicapai oleh subjek dalam Ujian Dirian
Menegak bagi ujian pre dan ujian post.
60
Jadual 4.12 – Norma skor mentah Ujian Lompat Dirian Menegak
PENCAPAIAN MATA SKOR PERATUS (%)
SANGAT BAIK
5
181cm < ke atas 90%
176 - 180cm 85%
171 - 175cm 80%
BAIK
4
166 - 170cm 75%
161 - 165cm 70%
156 - 160cm 65%
SEDERHANA
3
151 - 155cm 60%
146 - 150cm 55%
141 - 145cm 50%
LEMAH
2
136 - 140cm 45%
131 - 135cm 40%
126 - 130cm 35%
SANGAT LEMAH 1 125cm > ke bawah 30%
Sumber:- Norma ujian berdasarkan Majlis Sukan Negeri Johor
Jadual 4.11 menunjukkan hasil kajian tahap kecergasan dalam Ujian Lompat
Dirian Menegak ke atas 6 orang atlit skuasy peringkat Negeri Johor. Berdasarkan jadual
tersebut, didapati semasa ujian pre dilakukan, hanya 1 orang atlit sahaja yang berada di
kategori kecergasan sangat baik, 3 orang atlit lagi berada di kategori kecergasan baik
dan 2 orang atlit lagi berada di kategori sederhana. Bagi ujian post pula, terdapat 3 orang
atlit yang berada di kategori kecergasan sangat baik dan 3 orang atlit lagi berada di
kategori kecergasan baik. Mean bagi ujian pre ialah 67.50 dan mean bagi ujian post pula
ialah 76.67.
61
4.3 Analisis Inferensi
Analisa inferensi dilakukan dengan menggunakan ujian-t sampel berpasangan
pada tahap nilai signifikan 0.05 dalam Standard Critical Value T-Test. Ujian pre dan
ujian post bagi 6 orang subjek akan dianalisis dan dibuat perbandingan mengikut 6 jenis
ujian yang telah dijalankan.
Jadual 4.13 - Perbandingan Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan di antara ujian
pre dan ujian post bagi 6 orang atlet skuasy Sukma.
Paired Samples Statistics
33.333333 6 8.1649658 3.3333333
49.166667 6 15.9426054 6.5085414
ujian balingan bola tenis
sebelah tanganpre
ujian balingan bola tenis
sebelah tangan post
Pair
1
Mean N Std. Deviation
Std. Error
Mean
Paired Samples Test
-15.8333 13.9343700 5.6886827 -30.4566 -1.21011 -2.783 5 .039
ujian balingan bola tenis
sebelah tanganpre -
ujian balingan bola tenis
sebelah tangan post
Pair
1
Mean Std. Deviation
Std. Error
Mean Lower Upper
95% Confidence
Interval of the
Difference
Paired Differences
t df Sig. (2-tailed)
p = 0.039, signifikan pada aras 0.05
Jadual 4.13 menunjukkan keputusan Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan
bagi perbandingan di antara ujian pre dan ujian post ke atas 6 orang atlet skuasy Sukma.
Daripada hasil ujian-t yang diperolehi, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
bagi ujian pre (M = 33.33, SD = 8.16) dengan ujian post (M = 49.17, SD = 15.94). Ujian
nilai t (5) = -2.783, p = 0.039 adalah lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan
iaitu p < 0.05. Oleh yang demikian hipotesis nol adalah ditolak.
62
Rajah 4.7 - Lengkungan taburan - t (Kawasan penerimaan dan penolakan hipotesis) Proses penentuan penerimaan atau penolakan hipotesis dilakukan dengan kaedah
two tail. Berdasarkan rajah 4.7, sekiranya nilai t berada di kawasan penolakan, maka
hipotesis nol yang di buat akan ditolak. Sekiranya nilai t berada di kawasan penerimaan
di antara -2.671 hingga +2.671 maka hipotesis nol akan diterima. Hanya salah satu
hipotesis dalam set hipotesis yang akan diterima. Berdasarkan hasil analisis data,
keputusan mendapati nilai t berada di kawasan penolakan hipotesis nol. Ini bermakna
hipotesis nol 1 perlu ditolak dan membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan bagi ujian pre dan ujian post.
Kawasan penerimaan hipotesis nol (0.05)
Kawasan penolakan hipotesis nol
Kawasan penolakan hipotesis nol
-2.671 +2.67
t = -2.783
t = -2.783
63
Jadual 4.14 – Perbandingan Ujian Lari Pecut 40 Meter di antara ujian pre dan ujian post
bagi 6 orang atlet skuasy Sukma.
Paired Samples Statistics
32.500000 6 6.1237244 2.5000000
33.333333 6 6.0553007 2.4720662
ujian lari pecut
40 meter pre
ujian lari pecut
40 meter post
Pair
1
Mean N Std. Deviation
Std. Error
Mean
Paired Samples Test
-.8333333 2.0412415 .8333333 -2.97548 1.3088182 -1.000 5 .363
ujian lari pecut 40
meter pre - ujian lari
pecut 40 meter post
Pair
1
Mean Std. Deviation
Std. Error
Mean Lower Upper
95% Confidence
Interval of the
Difference
Paired Differences
t df Sig. (2-tailed)
p = 0.363, signifikan pada aras 0.05
Jadual 4.14 menunjukkan keputusan Ujian Lari Pecut 40 Meter bagi
perbandingan di antara ujian pre dan ujian post ke atas 6 orang atlet skuasy Sukma.
Daripada hasil ujian-t yang diperolehi, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan bagi ujian pre (M = 32.50, SD = 6.12) dengan ujian post (M = 33.33, SD =
6.06). Ujian nilai t (5) = -1.000, p = 0.363 adalah lebih besar daripada aras signifikan
yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Oleh yang demikian hipotesis nol adalah diterima.
64
Rajah 4.8 – Lengkungan taburan - t (Kawasan penerimaan dan penolakan hipotesis) Proses penentuan penerimaan atau penolakan hipotesis dilakukan dengan kaedah
two tail. Berdasarkan rajah 4.8, sekiranya nilai t berada di kawasan penolakan, maka
hipotesis nol yang di buat akan ditolak. Sekiranya nilai t berada di kawasan penerimaan
di antara -2.671 hingga +2.671 maka hipotesis nol akan diterima. Hanya salah satu
hipotesis dalam set hipotesis yang akan diterima. Berdasarkan hasil analisis data,
keputusan mendapati nilai t berada di kawasan penerimaan hipotesis nol. Ini bermakna
hipotesis nol 2 perlu diterima dan membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap Ujian Lari Pecut 40 Meter bagi ujian pre dan ujian post.
Kawasan penerimaan hipotesis nol (0.05)
Kawasan penolakan hipotesis nol
Kawasan penolakan hipotesis nol
-2.671 +2.671
t = -1.000
t = -1.000
65
Jadual 4.15 – Perbandingan Ujian Dirian Bangau di antara ujian pre dan ujian post
bagi 6 orang atlet skuasy Sukma.
Paired Samples Statistics
30.833333 6 2.0412415 .8333333
56.666667 6 19.4079022 7.9232429
ujian dirian bangau pre
ujian dirian bangau post
Pair
1
Mean N Std. Deviation
Std. Error
Mean
Paired Samples Test
-25.8333 19.3433882 7.8969052 -46.1330 -5.53369 -3.271 5 .022ujian dirian bangau pre -
ujian dirian bangau post
Pair
1
Mean Std. Deviation
Std. Error
Mean Lower Upper
95% Confidence
Interval of the
Difference
Paired Differences
t df Sig. (2-tailed)
p = 0.022, signifikan pada aras 0.05
Jadual 4.15 menunjukkan keputusan Ujian Dirian Bangau bagi perbandingan di
antara ujian pre dan ujian post ke atas 6 orang atlet skuasy Sukma. Daripada hasil ujian-t
yang diperolehi, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian pre (M =
30.83, SD = 2.04) dengan ujian post (M = 56.67, SD = 19.41). Ujian nilai t (5) = -3.271,
p = 0.022 adalah lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Oleh
yang demikian hipotesis nol adalah ditolak.
66
Rajah 4.9 – Lengkungan taburan - t (Kawasan penerimaan dan penolakan hipotesis) Proses penentuan penerimaan atau penolakan hipotesis dilakukan dengan kaedah
two tail. Berdasarkan rajah 4.9, sekiranya nilai t berada di kawasan penolakan, maka
hipotesis nol yang di buat akan ditolak. Sekiranya nilai t berada di kawasan penerimaan
di antara -2.671 hingga +2.671 maka hipotesis nol akan diterima. Hanya salah satu
hipotesis dalam set hipotesis yang akan diterima. Berdasarkan hasil analisis data,
keputusan mendapati nilai t berada di kawasan penolakan hipotesis nol. Ini bermakna
hipotesis nol 3 perlu ditolak dan membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap Ujian Dirian Bangau bagi ujian pre dan ujian post.
Kawasan penerimaan hipotesis nol (0.05)
Kawasan penolakan hipotesis nol
Kawasan penolakan hipotesis nol
-2.671 +2.671
t = -3.271
t = -3.271
67
Jadual 4.16 – Perbandingan Ujian Lari Ulang-alik (T-Test) di antara ujian pre dan ujian
post bagi 6 orang atlit skuasy Sukma.
Paired Samples Statistics
36.666667 6 14.0237893 5.7251880
46.666667 6 16.6332999 6.7905163
ujian lari ulang
alik (t-test) pre
ujian lari ulang
alik (t-test) post
Pair
1
Mean N Std. Deviation
Std. Error
Mean
Paired Samples Test
-10.0000 15.1657509 6.1913919 -25.9155 5.9154795 -1.615 5 .167
ujian lari ulang alik
(t-test) pre - ujian lari
ulang alik (t-test) post
Pair
1
Mean Std. Deviation
Std. Error
Mean Lower Upper
95% Confidence
Interval of the
Difference
Paired Differences
t df Sig. (2-tailed)
p = 0.167, signifikan pada aras 0.05
Jadual 4.16 menunjukkan keputusan Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) bagi
perbandingan di antara ujian pre dan ujian post ke atas 6 orang atlet skuasy Sukma.
Daripada hasil ujian-t yang diperolehi, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan bagi ujian pre (M = 36.67, SD = 14.02) dengan ujian post (M = 46.67, SD =
16.63). Ujian nilai t (5) = -1.615, p = 0.167 adalah lebih besar daripada aras signifikan
yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Oleh yang demikian hipotesis nol adalah diterima.
68
Rajah 4.10 – Lengkungan taburan - t (Kawasan penerimaan dan penolakan hipotesis) Proses penentuan penerimaan atau penolakan hipotesis dilakukan dengan kaedah
two tail. Berdasarkan rajah 4.10, sekiranya nilai t berada di kawasan penolakan, maka
hipotesis nol yang di buat akan ditolak. Sekiranya nilai t berada di kawasan penerimaan
di antara -2.671 hingga +2.671 maka hipotesis nol akan diterima. Hanya salah satu
hipotesis dalam set hipotesis yang akan diterima. Berdasarkan hasil analisis data,
keputusan mendapati nilai t berada di kawasan penerimaan hipotesis nol. Ini bermakna
hipotesis nol 4 perlu diterima dan membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) bagi ujian pre dan ujian post.
Kawasan penerimaan hipotesis nol (0.05)
Kawasan penolakan hipotesis nol
Kawasan penolakan hipotesis nol
-2.671 +2.671
t = -1.615
t = -1.615
69
Jadual 4.17 – Perbandingan Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson di antara ujian pre dan
ujian post bagi 6 orang atlit skuasy Sukma.
Paired Samples Statistics
53.333333 6 25.2322545 10.30102
78.333333 6 9.8319208 4.0138649
ujian tindak balas
pilihan Nelson pre
ujian tindak balas
pilihan Nelson post
Pair
1
Mean N Std. Deviation
Std. Error
Mean
Paired Samples Test
-25.0000 20.2484567 8.2663978 -46.2495 -3.75055 -3.024 5 .029
ujian tindak balas pilihan
Nelson pre - ujian tindak
balas pilihan Nelson post
Pair
1
Mean Std. Deviation
Std. Error
Mean Lower Upper
95% Confidence
Interval of the
Difference
Paired Differences
t df Sig. (2-tailed)
p = 0.029, signifikan pada aras 0.05
Jadual 4.17 menunjukkan keputusan Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson bagi
perbandingan di antara ujian pre dan ujian post ke atas 6 orang atlet skuasy Sukma.
Daripada hasil ujian-t yang diperolehi, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
bagi ujian pre (M = 53.33, SD = 25.23) dengan ujian post (M = 78.33, SD = 9.83). Ujian
nilai t (5) = -3.024, p = 0.029 adalah lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan
iaitu p < 0.05. Oleh yang demikian hipotesis nol adalah ditolak.
70
Rajah 4.11 – Lengkungan taburan - t (Kawasan penerimaan dan penolakan hipotesis) Proses penentuan penerimaan atau penolakan hipotesis dilakukan dengan kaedah
two tail. Berdasarkan rajah 4.11, sekiranya nilai t berada di kawasan penolakan, maka
hipotesis nol yang di buat akan ditolak. Sekiranya nilai t berada di kawasan penerimaan
di antara -2.671 hingga +2.671 maka hipotesis nol akan diterima. Hanya salah satu
hipotesis dalam set hipotesis yang akan diterima. Berdasarkan hasil analisis data,
keputusan mendapati nilai t berada di kawasan penolakan hipotesis nol. Ini bermakna
hipotesis nol 5 perlu ditolak dan membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson bagi ujian pre dan ujian post.
Kawasan penerimaan hipotesis nol (0.05)
Kawasan penolakan hipotesis nol
Kawasan penolakan hipotesis nol
-2.671 +2.671
t = -3.024
t = -3.024
71
Jadual 4.18 – Perbandingan Ujian Lompat Dirian Menegak di antara ujian pre dan
ujian post bagi 6 orang atlit skuasy Sukma.
Paired Samples Statistics
67.500000 6 14.4048603 5.8807596
76.666667 6 10.3279556 4.2163702
ujian lompat dirian
menegak pre
ujian lompat dirian
menegak post
Pair
1
Mean N Std. Deviation
Std. Error
Mean
Paired Samples Test
-9.16667 9.7039511 3.9616214 -19.3503 1.0170055 -2.314 5 .069
ujian lompat dirian
menegak pre -
ujian lompat dirian
menegak post
Pair
1
Mean Std. Deviation
Std. Error
Mean Lower Upper
95% Confidence
Interval of the
Difference
Paired Differences
t df Sig. (2-tailed)
p = 0.069, signifikan pada aras 0.05
Jadual 4.18 menunjukkan keputusan Ujian Lompat Dirian Menegak bagi
perbandingan di antara ujian pre dan ujian post ke atas 6 orang atlet skuasy Sukma.
Daripada hasil ujian-t yang diperolehi, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan bagi ujian pre (M = 67.50, SD = 14.40) dengan ujian post (M = 76.67, SD =
10.33). Ujian nilai t (5) = -2.314, p = 0.069 adalah lebih kecil daripada aras signifikan
yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Oleh yang demikian hipotesis nol adalah diterima.
72
Rajah 4.12 – Lengkungan taburan - t (Kawasan penerimaan dan penolakan hipotesis) Proses penentuan penerimaan atau penolakan hipotesis dilakukan dengan kaedah
two tail. Berdasarkan rajah 4.12, sekiranya nilai t berada di kawasan penolakan, maka
hipotesis nol yang di buat akan ditolak. Sekiranya nilai t berada di kawasan penerimaan
di antara -2.671 hingga +2.671 maka hipotesis nol akan diterima. Hanya salah satu
hipotesis dalam set hipotesis yang akan diterima. Berdasarkan hasil analisis data,
keputusan mendapati nilai t berada di kawasan penerimaan hipotesis nol. Ini bermakna
hipotesis nol 6 perlu diterima dan membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap Ujian Lompat Dirian Menegak bagi ujian pre dan ujian post.
Kawasan penerimaan hipotesis nol (0.05)
Kawasan penolakan hipotesis nol
Kawasan penolakan hipotesis nol
-2.671 +2.671
t = -2.314
t = -2.314
73
4.4 Penutup
Setelah data dianalisis melalui jadual, garf dan ujian-t, hasil kajian akan
diterjemahkan bagi menjawab objektif kajian. berdasarkan dalam analisis data ini,
mendapati bahawa terdapat 3 ujian yang mempunyai perbezaan yang signifikan. Antara
ujian-ujiannya adalah Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan, Ujian Dirian Bangau
dan Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson. Bagi 3 ujian lagi didapati tidak terdapat
perbezaan yang signifikan iaitu Ujian Lari Pecut 40 Meter, Ujian Lari Ulang Alik (T-
Test) dan Ujian Lompat Dirian Menegak.
Berdasarkan dapatan kajian tersebut, secara tidak langsung akan dibincangkan di
dalam Bab yang seterusnya iaitu di dalam Bab 5.
74
BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Dalam Bab ini, penyelidik akan mengutarakan perbincangan-perbincangan yang
berkaitan dengan keputusan analisis data yang diperolehi dalam Bab 4. Setiap
perbincangan itu, mestilah yang sesuai dan berkaitan dengan persoalan kajian yang telah
ditetapkan. Secara tidak langsung, perbincangan ini mestilah menjawab persoalan-
persoalan tersebut satu persatu. Bagi bahagian kesimpulan, bab ini akan merumuskan
hasil dapatan kajian. Bahagian cadangan pula mengandungi beberapa saranan untuk
perhatian dan tindakan pihak-pihak yang berkaitan.
5.2 Ringkasan kajian
Kajian yang telah dijalankan ini adalah bertujuan untuk membuat perbandingan
atau membuat perbezaan di antara ujian pre dan ujian post bagi komponen-komponen
asas Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor terhapat atlet skuasy Sukma
Johor 2008. Dengan penghasilan kajian ini, diharap jurulatih atau pihak Majlis Sukan
Negeri Johor boleh menilai sejauh mana tahap kemampuan atlet-atlet tersebut dan
keberkesanan latihan yang telah diberikan ke atas komponen-komponen asas
75
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor untuk menghadapi kejohanan Sukma
2008 yang akan diadakan di Negeri Terengganu dalam masa terdekat ini. Dapatan kajian
ini juga diharapkan supaya dijadikan sebagai landasan kepada pengkaji-pengkaji yang
akan datang.
Kajian yang dijalankan ini melibatkan 6 orang subjek yang terdiri daripada atlet
skuasy perempuan Sukma Johor 2008. Subjek-subjek yang telibat berumur di dalam
lingkungan di antara 13 hingga 15 tahun. Kesemua subjek dikehendaki menjalani 6 ujian
yang telah disediakan oleh pengkaji iaitu Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan
bagi komponen koordinasi, Ujian Lari Pecut 40 Meter bagi komponen kepantasan,
Ujian Dirian Bangau bagi komponen keseimbangan, Ujian Lari Ulang Alik (T-Test)
bagi kompenen ketangkasan, , Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson bagi komponen masa
reaksi dan Ujian Lompat Dirian Menegak bagi komponen kuasa.
Instrumen kajian adalah berbentuk eksperimental yang dijalankan terhadap
subjek. Data-data disusun dan diproses menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS 13.0) dan Microsoft Office Excel 2003, dianalisis dan
dibincangkan dalam dua bahagian iaitu deskriptif dan inferential.
5.3 Perbincangan
Hasil daripada penganalisaan data, jelas menunjukkan bahawa semua ujian-ujian
yang dikendalikan iaitu Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan (Mengukur
Koordinasi), Ujian Lari Pecut 40 Meter ( Mengukur Kepantasan ), Ujian Dirian Bangau
(Mengukur Keseimbangan), Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) (Mengukur Ketangkasan),
Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson (Mengukur Masa Reaksi), dan Ujian Lompat Dirian
Menegak (Mengukur Kuasa) menunjukkan peningkatan dalam skor mean. Namun hanya
tiga ujian yang terdapat perbezaan yang signifikan dan tiga ujian lagi tidak terdapat
76
perbezaan yang signifikan walaupun dalam skor mean telah menunjukkan perbezaan
atau peningkatan di antara ujian pre dan ujian post.
Ujian-ujian yang terdapat perbezaan signifikan itu adalah Ujian Baling Bola
Tenis Sebelah Tangan, Ujian Dirian Bangau dan Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson. Ini
dapat dibuktikan apabila nilai p bagi ketiga-tiga ujian adalah lebih kecil dari aras
signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Bagi Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah
Tangan menunjukkan nilai t (5) = -2.783, P = 0.039 adalah signifikan. Keputusan ujian
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan atau peningkatan skor mean bagi Ujian
Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan di antara ujian pre (M = 33.33, SD = 8.16) dengan
ujian post (M = 49.17, SD = 15.94). Untuk Ujian Dirian Bangau pula menunjukkan
nilai t (5) = -3.271, p = 0.022 adalah signifikan. Begitu juga dengan Ujian Tindak Balas
Pilihan Nelson di mana nilai t (5) = -3.024, p = 0.029 juga adalah signifikan. Analisis
ujian menunjukkan skor mean bagi Ujian Dirian Bangau dan Ujian Tindak Balas Pilihan
Nelson menunjukkan peningkatan di antara ujian pre dan ujian post. Peningkatan dapat
dilihat bagi ujian pre dan ujian post bagi Ujian Dirian Bangau di mana peningkatannya
adalah sebanyak 25.84. Bagi Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson pula adalah
meningkatkan skor mean sebanyak 25.00.
Bagi ujian-ujian yang tidak terdapat perbezaan yang signifikan pula adalah Ujian
Lari Pecut 40 Meter, Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) dan Ujian Lompat Dirian Menegak.
Walaupun dalam ketiga-tiga ujian ini tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan,
namun dalam skor mean tetap menunjukkan peningkatan. Contohnya seperti Ujian Lari
Pecut 40 Meter, di mana skor mean di antara ujian pre (M = 32.50, SD = 6.12) dengan
ujian post (M = 33.33, SD = 6.06) telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.83. Bagi
nilai t (5) = -1.000, p = 0.363 adalah tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Ini
kerana nilai p adalah lebih besar dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05.
Untuk peningkatan bagi skor mean dalam Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) adalah
sebanyak 10.00. Bagi Ujian Lompat Dirian Menegak pula adalah meningkat sebanyak
9.17.
77
Dalam analisis ini telah menunjukkan bahawa ujian kecergasan fizikal
berasaskan kemahiran motor memang telah memberikan peningkatan kepada prestasi
atlet skuasy. Ini dapat dilihat apabila terdapat peningkatan dalam skor mean di antara
ujian pre dan ujian post biarpun hanya terdapat peningkatan yang sedikit. Walapun
dalam skor mean meningkat, namun hanya tiga ujian sahaja yang terdapat perbezaan
yang signifikan, manakala tiga ujian lagi tidak terdapat signifikan. Faktor yang pertama
menyebabkan berlakunya peningkatan yang sedikit adalah disebabkan oleh sampel-
sampel yang di ambil untuk melakukan ujian ini terlalu sedikit iaitu hanya 6 orang
sampel semuanya. Ini akan mengakibatkan data-data yang di ambil tidak berjaya untuk
membuatkan terdapatnya perbezaan yang signifikan bagi beberapa ujian yang dijalankan
di antara ujian pre dan ujian post. Namun data tersebut tetap menunjukkan perbezaan
atau peningkatan dari segi skor mean. Menurut Pissanos, More dan Reeve (1983)
membuat kajian bagi menentukan prestasi kemahiran motor pelajar, subjek seramai 80
orang perlu dipilih untuk mendapatkan data yang lebih signifikan.
Selain itu, perkara ini juga berlaku disebabkan oleh sampel-sampel yang masih
muda iaitu umur di lingkungan 13 hingga 15 tahun. Kajian Morris, William, Atwater
dan Wilmore (1982), telah mengkaji perbezaan umur dan jantina pelajar yang berumur
tiga hingga enam tahun. Kajian telah dilakukan ke atas 269 orang kanak-kanak lelaki
dan perempuan. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di
antara umur dan jantina dalam menentukan prestasi kemahiran asas motor. Justeru itu,
jika sampel-sampel yang di ambil ini masih terlalu muda, secara tidak langsung mereka
masih mempunyai kelemahan dari segi kekuatan otot terutama di bahagian lower limb.
Hasil dapatan kajian menunjukkan umur adalah signifikan bagi mengjangkakan prestasi
perlakuan motor ke atas ujian kemahiran motor (Pate, Ross, Dotson dan Gilbert (1985).
Oleh yang demikian, ujian-ujian yang melibatkan lower limb seperti Ujian Lari Pecut 40
Meter, Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) dan Ujian Lompat Dirian Menegak telah
menunjukkan peningkatan atau perbezaan yang sedikit. Hasil dapatan kajian ini diakui
oleh Pengrazi, dan Corbin (1990) yang menjelaskan bahawa kumpulan pelajar sekolah
atau atlet yang lebih matang mempunyai prestasi perlakuan motor yang lebih baik. Atlet
atau pelajar tersebut didapati mempunyai kelebihan tisu-tisu otot, kepanjangan ruas
78
tulang, kecekapan koordinasi, kuasa otot, dan kekuatan otot. Selain itu atlit yang
mempunyai perkembangan fizikal yang lebih awal menunjukkan kelebihan dalam
aktiviti larian pecut, membaling dan memukul bola. Ini disokong oleh Mc Cullagh,
Stient dan Neiss (1990), di mana pelajar yang lebih matang di sekolah dapat melakukan
aktiviti motor yang lebih baik berbanding dengan pelajar yang lebih muda.
Faktor yang seterusnya yang mengakibatkan tiga ujian terdapat signifikan dan
tiga lagi tidak terdapat signifikan adalah kerana sampel-sampel tersebut baru sahaja
terlibat dengan kejohanan Teluk Danga International Games seminggu sebelum
menjalani ujian post. Di sini dapat disimpulkan bahawa sampel-sampel itu masih dalam
keadaan yang lemah untuk menjalani ujian post tersebut. Jika atlet terus didedahkan
dengan terlalu banyak tekanan, kemungkinan besar berlaku overtraining. Berdasarkan
Harre (1982) terdapat beberapa kesan kelesuan berdasarkan pelbagai intensiti-stimuli
yang boleh dikenal pasti. Justeru itu, sampel-sampel ini tidak dapat mejalani ujian post
itu dengan sebaik mungkin dan prestasi mereka terganggu serta-merta. Perkara ini
disetujui oleh Arnet, DeLuccia & Gilmartin (2000), yang mengatakan latihan kemahiran
yang diberi kepada pelajar atau atlet yang dalam keadaan mereka keletihan adalah tidak
bersesuaian untuk meningkatkan prestasi kecergasan motor. Ini secara tidak langsung,
sampel tidak dapat menghasilkan prestasi yang sebenar. Bagi Johnson dan Nelson
(1986) pula menyatakan kecergasan fizikal adalah keupayaan fizikal untuk beraktiviti
tanpa merasa letih dan lesu yang berlebihan. Jika mereka dalam keadaan letih, mereka
tidak dapat menghasilkan keupayaan fizikal yang sebenar. Semua ini telah dipersetujui
oelh Corbin dan Lindsey (1991) yang memberi definisi kecergasan fizikal sebagai
keupayaan keseluruhan organisma tubuh untuk berfungsi secara efisien dan efektif.
Justeru itu, jika ingin mendapakan keputusan yang signifikan, ujian-ujian ini perlulah
dijalankan semasa subjek dalam keadaan yang selesa, bersedia dan tidak mengalami
gangguan emosi.
Antara faktor yang lain adalah pengaruh persekitaran yang menyebabkan sampel
tidak dapat menghasilkan prestasi yang baik. Pengaruh persekitaran adalah seperti
keadaan perubahan cuaca, keadaan tempat ujian dan perubahan biologikal. Terdapat dua
79
faktor utama yang mengawal kemahiran-kemahiran motor. Ianya bolehlah kita nyatakan
sebagai sikap atau persekitaran dan faktor genetik, termasuk perkambangan sistem saraf
dan fungsi neurologikal. Demikian menurut Vasudevan (1989) dan tambahnya lagi
kemahiran motor yang rendah pada sesetengah kanak-kanak adalah disebabkan oleh
kombinasi faktor yang disebutkan. Semasa menjalani ujian pre, sampel melakukan ujian
tersebut dalam keadaan cuaca yang baik di mana cuaca ketika itu cerah dan kering.
Tetapi apabila melakukan ujian post, sampel terpaksa menjalani ujian tersebut dalam
keadaan cuaca yang tidak menentu kerana ketika itu hujan renyai-renyai. Subjek
melakukan ujian dalam keadaan yang sejuk dan lembap. Secara tidak langsung, ini
boleh mengakibatkan proses prestasi atlet terganggu. Malah tempat yang digunakan
untuk ujian post itu berada dalam keadaan yang basah dan licin. Thomas dan French
(1985), merumuskan bahawa perubahan biologi yang berbeza pada atlit akan
mepengaruhi prestasi perlakuan motor. Selain itu pengaruh persekitaran yang berbeza di
antara atlet juga boleh mempengaruhi prestasi dalam perlakuan motor. Menurut
McKenzie, Sallis, Broyles dan Zive (2002) pula, kecergasan motor akan sentiasa
bertambah dari semasa ke semasa kerana prestasi kecergasan motor dipengaruhi oleh
faktor peluang, harapan keluarga dan keperluan dalam pesekitaran tertentu.
Punca yang mengakibatkan Ujian Baling Bola Tenis Sebelah Tangan, Ujian
Dirian Bangau dan Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson menunjukkan terdapatnya
perbezaan signifikan adalah kerana latihan yang jurulatih telah berikan pada sampel
adalah bersistematik dan bersesuaian. Menurut Mc Clement dan Botterill (1979)
objektif latihan haruslah sesuatu yang sukar dicapai dan memerlukan cabaran namun
haruslah realistik untuk dicapai. Bagi Ritter (1981) pula telah mencadangkan beberapa
undang-undang sebagai prinsip latihan yang perlu diikuti untuk kemajuan atlet dari
semasa ke semasa. Namun latihan yang diberikan oleh jurulatih kepada atlet tersebut
lebih menumpukan pada otot-otot bahagian upper limb. Menurut Ritter (1982) lagi
kanak-kanak atau remaja dapat menyesuaikan diri pada latihan yang punyai isi padu
tinggi dan intensiti sederhana berbanding dengan isi padu rendah tetapi intensiti tinggi.
Disebabkan itulah ujian-ujian seperti Ujian Baling Bola Tenis Sebelah Tangan dan
Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson berjaya menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi
80
ujian pre dan ujian post. Menurut Grinton S, S.K Power dan rakan-rakannya (1992),
mereka telah melakukan kajian ke atas beberapa ekor tikus dengan memberikan latihan
kepada tikus, di dapati tikus yang menjalani latihan mempunyai kekuatan dan keupayaan
otot yang lebih tinggi. Bagi penyelidikan yang dilakukan oleh Berthoin, Manteca dan
Gerbeaux (1995) di mana dapatan kajian menunjukkan bahawa kecergasan fizikal
adalah dipengaruhi oleh latihan dari pelbagai intensiti. Semakin tinggi intesiti latihan
yang dilakukan maka semakin tinggi tahap kecergasan seseorang. Bagi memastikan agar
tahap kecergasan dapat dikekalkan, Wilmore (1976) dan Pollock (1985) juga telah
mencadangkan agar diadakan program-program latihan yang sesuai serta berkesan.
Selain itu, faktor sampel semua wanita juga adalah salah satu sebab yang
menyebabkan ada beberapa ujian yang mempunyai perbezaan yang signifikan terutama
sekali bagi Ujian Dirian Bangau. Perkara ini berlaku kerana tahap keseimbangan bagi
wanita adalah dalam keadaan prestasi yang baik. Milne, Seefeldt dan Reuschlein
(1976), telah membuat kajian berkaitan pehubungan antara gred, jantina dan rasa ke atas
prestasi motor tadika, gred satu dan gred dua di mana keputusannya didapati bahawa
pelajar lelaki mempunyai prestasi yang lebih baik dari dalam ujian ketangkasan,
kelajuan dan kuasa kecuali ujian kelembutan dan keseimbangan. Disebabkan itu wanita-
wanita mempunyai tahap keseimbangan yang lebih cemerlang dari lelaki. Semua ini
dapat dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Thomas & French (1985) di mana
kajian itu dijalankan ke atas pemain tenis. Beliau mendapati bahawa kanak-kanak
perempuan mempunyai prestasi yang lebih baik daripada lelaki dalam aspek
keseimbangan. Selain itu, wanita juga mempunyai daya yang kuat bagi otot-otot yang
teras. Menurut Tracy Morgan (2004) otot teras bertanggungjawab untuk menyokong
postur, membentuk pergerakan, meningkatkan koordinasi semasa pergerakan,
membekalkan tenaga, kestabilan dan keseimbangan.
Justeru itu, di sini ingin saya nyatakan bahawa ujian-ujian kecergasan berasaskan
kemahiran motor ini memang bersesuaian untuk mengukur dan menilai tahap prestasi
atlet skuasy Sukma Johor 2008. Jika ujian-ujian ini dijalankan secara pre dan post, kita
81
secara tidak langsungnya dapat melihat peningkatan prestasi atlet tersebut dari semasa
ke semasa sehingga kejohanan sebenar itu dilangsungkan.
5.4 Kesimpulan
Hasil kajian ini membuktikan kepada kita bahawa Ujian Kecergasan Fizikal
Berasaskan Kemahiran Motor memang sesuai untuk mengukur tahap prestasi atlet
skuasy Sukma Johor 2008. Ujian-ujian ini yang telah dijalankan secara ujian pre dan
ujian post ini telahpun berjaya membuktikan bahawa terdapat peningkatan dari segi
tahap prestasi atlet tersebut. Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa Ujian
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor adalah penting dan perlu dititik
beratkan kerana ujian-ujian ini mampu untuk meningkatkan tahap kecergasan atlet.
Melalui ujian seperti Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan bagi komponen
koordinasi, Ujian Lari Pecut 40 Meter bagi komponen kepantasan, Ujian Dirian Bangau
bagi komponen keseimbangan, Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) bagi komponen
ketangkasan, , Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson bagi komponen masa reaksi dan
Ujian Lompat Dirian Menegak bagi komponen kuasa ini dapat menilai dan memantau
sejauh mana kemampuan atlet dan mengenal pasti sebarang masalah yang berkaitan
dengan kecergasan fizikal.
Antara ujian-ujian yang telah berjaya menunjukkan peningkatan prestasi atlet
tersebut adalah seperti Ujian Baling Bola Tenis Sebelah Tangan, Ujian Dirian Bangau
dan Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson. Perkara ini dapat dibuktikan apabila analisis di
buat terhadap ujian-ujian ini, dan keputusannya telah menunjukan terdapatnya perbezaan
yang signifikan kerana nilai p didapati lebih kecil dari aras signifikan yang telah
ditetapkan iaitu p = 0.05. Secara amnya, ini menunjukkan bahawa ujian-ujian ini telah
berjaya meningkatkan prestasi atlet-atlet tersebut di antara ujian pre dan ujian post.
Tetapi bagi tiga ujian lagi iaitu Ujian Lari Pecut 40 Meter, Ujian Lari Ulang Alik (T-
Test) dan Ujian Lompat Dirian Menegak, analisis mendapati bahawa ujian-ujian ini
82
hanya berjaya meningatkan prestasi atlet dalam kadar yang sedikit. Ini dibuktikan
apabila, ujian-ujian ini menunjukkan nilai peningkatan yang sedikit dalam skor mean,
tetapi tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan apabila nilai p didapati lebih besar
dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu p = 0.05 di antara ujian pre dan ujian post.
Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan yang Ujian Kecergasan Fizikal
Berasaskan Kemahiran Motor memang sesuai dan telah pun berjaya membuktikan
peningkatkan prestasi dan pencapaian atlet skuasy Sukma Johor 2008 dalam ujian pre
dan ujian post. Justeru itu, ingin disarankan di sini bahawa diharapkan Ujian Kecergasan
Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor dijalankan Sekerap yang mungkin ke atas atlet
agar prestasi mereka dapat dikekalkan dan ditingkatkan dari semasa ke semasa.
5.5 Masalah Yang Dihadapi
Semasa penyelidik ingin menjayakan kajian ini, penyelidik telah menghadapi
atau merintangi pelbagai masalah yang beliau hadapi. Antara masalah-masalah tersebut
adalah seperti pengumpulan subjek untuk mengadakan ujian ini. Masalah ini berlaku
kerana subjek-subjek tersebut masih lagi bersekolah dan sekolah-sekolah subjek pula
berlainan di antara satu sama lain. Kemungkinan besar, ini secara tidak langsung boleh
menyebabkan masa untuk mengadakan ujian tersebut terganggu yang boleh
menyebabkan keraguan dalam kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
Selain itu, faktor persekitaran seperti suasana tempat ujian yang bising serta
faktor psikologi subjek seperti kestabilan emosi, kesihatan, ketegangan dan masalah
yang dihadapi subjek semasa menjalani ujian juga merupakan salah satu punca masalah
yang penyelidik hadapi untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan ujian yang
tepat. Thomas dan French ( 1985 ), merumuskan bahawa perubahan biologi yang
berbeza pada atlit akan mepengaruhi prestasi perlakuan motor. Selain itu pengaruh
83
persekitaran yang berbeza di antara atlet juga boleh mempengaruhi prestasi dalam
perlakuan motor.
Pengaruh-pengaruh lain seperti umur, kemahiran, pengalaman melakukan ujian
dan aktiviti harian juga boleh mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
5.6 Cadangan Kajian
Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, penyelidik ingin membuat beberapa
saranan kepada pengkaji-pengkaji akan datang yang berminat unuk menjalankan kajian
bagi mengukur tahap prestasi atlet dari segi Kemahiran Motor. Di bawah ini dinyatakan
beberapa cadangan yang difikirkan boleh meningkatkan lagi kualiti penyelidikan di
masa akan datang.
5.6.1 Penerangan prosedur yang jelas.
Pengkaji-pengkaji akan datang perlu memberi penerangan dan prosedur sesuatu
ujian dengan lebih jelas kepada subjek. Ini adalah kerana sekiranya subjek tidak
memahami prosedur sesuatu ujian dengan jelas, maka hasil keputusannya tidak akan
tepat.
84
5.6.2 Bilangan subjek.
Bilangan subjek yang dipilh hendaklah ditambah kerana bilangan subjek yang
ramai akan dapat menghasilkan keputusan yang lebih tepat serta benar-benar dapat
mewakili populasi secara menyeluruh dengan ketepatan yang tinggi.
5.6.3 Sediakan pembantu yang mahir.
Pengkaji akan datang perlu menyediakan seorang pembantu yang mempunyai
kemahiran dalam kesemua ujian-ujian yang akan dikendalikan. Ini akan memudahkan
penyelidik tersebut apabila mengendalikan ujian kelak.
5.6.4 Pemilihan tempat kajian.
Semasa pengujian dijalankan, suasana senyap akan memberi ketenagan kepada
subjek ketika melakukan ujian dengan lebih sempurna bagi mendapatkan data yang lebih
tepat. Keadaan yang bising boleh mempengaruhi cacatan skor subjek. Oleh yang
demikian, pemilihan tempat kajian haruslah memenuhi kriteria ini.
5.6.5 Jantina.
Subjek yang dipilih haruslah mewakili kedua-dua jantina agar data yang lebih
tepat serta dapat mewakili kedua-dua populasi secara lebih menyeluruh dan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi.
85
5.6.6 Emosi subjek.
Sebelum ujian dijalankan, penerangan atau taklimat kepada subjek tentang
perkaitan di antara emosi dan perolehan keputusan haruslah diberi. Ini penting kerana
dalam emosi yang tidak tenang, subjek tidak akan dapat memberi tumpuan penuh dalam
sesi ujian dan pastinya akan memberi kesan kepada data yang diperolehi.
5.6.7 Jangka masa ujian.
Bagi mendapatkan lagi kesan ujian kepada subjek sebelum menjalani ujian,
latihan haruslah diberikan terlebih awal dalam jangka masa yang lama. Ini akan
membolehkan subjek melakukan yang tebaik dalam ujian komponen asas kecergasan
Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor.
5.7 Penutup
Daripada rumusan, perbincangan dan cadangan yang telah dijelaskan di atas,
diharapkan agar Ujian Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor yang
dijalankan ke atas subjek iaitu atlet skuasy Sukma Johor 2008 dan dengan kerjasama
Majlis Sukan Negeri Johor dapat membuahkan hasil dan sebagai persediaan untuk atlet
menghadapi temasya kejohanan Sukma 2008 di Negeri Terengganu.
86
BIBLIOGRAFI
AAHPERD (1980). Youth Fitness Test Manual; Washington, DC: AAHPERD
Ahmad Hashim (2003). Konstruk dan Prestasi Ujian Kecergasan Motor Pelajar
Sekolah Menengah Malaysia. Disertai Doktor Falsafah Yang Tidak Diterbitkan:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Barrow, H.M & McGee, R. (1979). A Pratical Approach To Measurement In physical
Education (3rd ed.). Philedephia: Lea and Febiger.
Bhasa Abu Bakar. (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim: Quantum
Books.
Bompa, T.O (1983). Theory and Methodology of Training – The Key To Athletic
Performance. Dubuque: Kendall/Hunt Publishing Compony.
Boumgartner, T.A, Jackson, A.S. (1999). Measurement For Evaluation In Physical
Education and Exercise Science (6th ed.) Dubuque: McGraw-Hill.
Johnson, B.L, Nelson, J.K. (1986). Pratical measurement for evaluation in physical
education (4th ed.). New york: Macmillan Prrinting Compony.
Margaria, R. Aghemo, P. & Rovelli, E. (1966). Measurement of muscular power
(anaerobic) in man. Journal of applied physiology, 21, 1662 – 1664.
87
Martini, F.H. Bartholomew, M.S. (2000). Essential of anatomy & physiology (2nd
ed.). New Jersey:Prentice Hall.
Mc Cloy C.H. (1932). Recent Studies in The Sargent Jump. Research Quarterly for
Exercise and Sport. 3,35.
Miller, D.K. (1994). Measurement by the physical educator – why and how (3rd ed.).
Dubuque: McGraw-Hill.
Mohd. Majid Konting.(2001). Penyelidikan pendidikan. Selangor: Percetakan Warni
Sdn. Bhd.
Monoyte, Henry. J. (1978). An introduction to measurement in physical education.
London: Allyn & Bacon Inc.
Olds, T, Tomkinson, G, Léger, L and Cazorla, G (2004). Worldwide variation in
children’s fitness: a meta-analysis of 109 studies on the 20m shuttle run from 37
countries, Journal of Sports Sciences Volume 24, Number 10/October 2006.
Powers, S.K. Howley, E.T. (2001). Exercise Physology – theory and application to
fitness and performance (4th ed.) Dubuque: McGraw-Hill.
Schmidt, R.A. ( 1991 ), Motor Learning : A Performance From Principle To Practice.
Champaign, Illinois : Human Kinetics. (pp 41.).
Sulaiman Masri. (2003). Kaedah penyelidikan dan penduan penulisan (esei, proposal,
tesis). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.
88
Teng Boon Tong (2001). Pendidikan Jamani di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur.
Heinememann Asia.
Tomkinson, G.R., Léger, L.A., Olds, T.S., & Cazorla, G. (2003). Secular trends in the
performance of children and adolescents (1980–2000): An analysis of 55
studies of the 20 m shuttle run in 11 countries. Sports Medicine, 33, 285–300.
Science and the major racket sports: a review.
Neurobehavioral Effects of Power-Frequency Electromagnetic Fields Program in
Epidemiology, A206 E. Fee Hall, Michigan State University, East Lansing, MI 48824
ACQUIRING SKILL IN SPORT: ©Journal of Sports Science and Medicine (2006) 5, 715 http://www.jssm.org D y n a m i c v i s u a l a c u i t y : a re v i e w
PM Banks, LA Moore, C Liuand B Wu
αSchool of Computing, Dublin Institute of Technology, Kevin Street, Dublin 8,
Republic of Ireland <[email protected]>
A COMPARISON OF MENTAL STRATEGIES DURING ATHLETIC SKILLS
PERFORMANCE
©Journal of Sports Science and Medicine (2005) 4, 543-549
http://www.jssm.org
89
LAMPIRAN A
MOHD KHAIRIL AZLAN BIN MUKHTAR
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan),
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia,
81300 Skudai, Johor Bahru,
JOHOR
Kepada,
-------------------------------------
--------------------------------------
-------------------------------------- 26 DIS 2007
Tuan,
Perlantikan Sebagai Subjek Kajian Projek Sarjana Muda (PSM)
Merujuk kepada perkara di atas, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saudara/saudari telah
terpilih sebagai subjek bagi kajian PSM saya yang bertajuk “Kajian mengenalpasti tahap
pencapaian prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor bagi atlet skuasy
Sukma Johor 2008”.
2. Satu sesi taklimat bagi memberi penerangan tentang prosedur kajian dan perkara-perkara
yang perlu dilakukan oleh subjek. Maklumat tentang taklimat adalah seperti berikut :
Tarikh : 31 DIS 2007
Hari : ISNIN
Masa : 2.00 Petang
Tempat: Makmal Kecergasan Majlis Sukan Negeri Johor.
90
3. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh saudara/saudari, saya dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”
Yang Benar,
-----------------------------------------
(MOHD KHAIRIL AZLAN BIN MUKHTAR)
91
LAMPIRAN B
SURAT KONTRAK PERSETUJUAN SUBJEK UJIAN
Nama :_______________________________________________
No. KP :_________________________
No. Matrik :_______________________
Saya seperti nama dan no. kad pengenalan di atas, dengan ini akan bertanggungjawab
sepenuhnya jika berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan ke atas diri saya sepanjang
menjalani ujian ini. Saya juga tidak akan mengambil sebarang tindakan mahkamah serta
tatatertib terhadap pihak penyelidik di atas apa-apa kecelakaan dan kecederaan yang dialami
oleh diri saya sepanjang ujian dijalankan. Saya juga akan mematuhi segala arahan, peraturan dan
langkah-langkah yang yang telah ditetapkan oleh penyelidik semasa ujian ini dijalankan.
Saya mengaku bahawa segala-galanya adalah benar dan dipersetujui tanpa sebarang
paksaan dari mana-mana pihak. Segala maklumat dan juga data peribadi yang diambil tidak akan
di dedahkan kepada mana-mana pihak kecuali dalam bentuk data bernombor.
Sekian. Terima Kasih,
Yang Benar,
...................................................................
( )
Tarikh :
92
LAMPIRAN C
Mohd Khairil Azlan Bin Mukhtar, Fakulti Pendidikan ( Sains Sukan), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Ta’zim. Jurulatih Skuasy, Majlis Sukan Negeri Johor, Johor Darul Ta’zim. 26 Disember 2007 Tuan, Kebenaran Untuk Menggunakan Atlet Sebagai Sampel Kajian
Sehubungan dengan perkara di atas, saya ingin meminta jasa baik tuan untuk membenarkan saya menggunakan atlet-atlet Skuasy SUKMA sebagai sampel dalam kajian Projek Sarjana Muda saya. 2. Di sini saya sertakan butiran terperinci mengenai kajian yang dijalankan : Tajuk Kajian : Kajian mengenai tahap prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor bagi atlet skuasy Sukma Johor 2008. Jenis Ujian : Komponen Kemahiran Motor Tarikh Ujian : 31 Disember 2007 dan 10 Mac 2008 Sampel : Atlet Skuasy Sukma Tempat : Stadium Negeri Johor Waktu : 2.00 petang Kelengkapan : Pakaian Sukan yang sesuai.
3. Dengan ini diharapkan sekiranya pihak tuan dapat memberikan kerjasama dan membantu saya dalam usaha untuk mendapatkan maklumat dan data bagi menyiapkan kerja kursus yang dijalankan. Kerjasama daripada pihak tuan sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih ” MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ” Yang Benar, ................................................... (MOHD KHAIRIL AZLAN BIN MUKHTAR)
93
LAMPIRAN D
94