18

anang - bookstore.ums.edu.my

  • Upload
    others

  • View
    5

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: anang - bookstore.ums.edu.my

anang

Page 2: anang - bookstore.ums.edu.my
Page 3: anang - bookstore.ums.edu.my

anang

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAHKota Kinabalu • Sabah • Malaysia

http://www.ums.edu.my2019

Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)

PenyuntingSAIDATUL NORNIS HJ. MAHALI

ASMIATY AMATJUALANG AZLAN GANSAU

Page 4: anang - bookstore.ums.edu.my

© Universiti Malaysia Sabah, 2019

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dikeluarkan ke dalam sebarang bentuk sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Malaysia Sabah, kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Akta 332, Akta Hak Cipta 1987. Keizinan adalah tertakluk kepada pembayaran royalti atau honorarium.

Segala kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku ini tidak semestinya mewakili atau menggambarkan pendirian mahupun pendapat Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Pembaca atau pengguna buku ini perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum menggunakan sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya. Pandangan yang terdapat dalam buku ini merupakan pandangan ataupun pendapat penulis dan tidak semestinya menunjukkan pendapat atau polisi Universiti Malaysia Sabah. Penerbit Universiti Malaysia Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah mahupun kesulitan yang timbul, sama ada secara menyeluruh atau sebahagian, yang diakibatkan oleh penggunaan atau kebergantungan pembaca terhadap kandungan buku ini.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Canang / Penyunting: SAIDATUL NORNIS HJ. MAHALI, ASMIATY AMAT, JUALANG AZLAN GANSAU. ISBN 978-967-2166-37-5 1. Humanity. 2. Social ethics. 3. Government publications--Malaysia. I. Saidatul Nornis Hj. Mahali, 1969-. II. Asmiaty Amat, 1971-. III. Jualang Azlan Gansau, 1971-. 170

Muka taip teks: Adobe Caslon ProSaiz taip teks dan leading: 11/14 poinDiterbitkan oleh: Penerbit Universiti Malaysia Sabah Tingkat Bawah, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah.Dicetak oleh: Gayawara Sdn. Bhd. No. 2, Jalan Nountun, Kg. Bambangan, Inanam Tingkat Bawah, Wisma Capital 88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Page 5: anang - bookstore.ums.edu.my

v

KANDUNGAN

Senarai JadualSenarai RajahPrakataPendahuluan BAHAGIAN A: BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA

Bab 1 Kekerabatan Bahasa Keluarga Dusun: Bunduliwan dengan Tangara, Rungus dan Mangkaak

Minah Sintian, Mohd. Sharifuddin Yusop, Raja Masittah Raja Ariffin & Norazlina Mohd. Kiram

Bab 2 Nilai Murni dalam Tangon-tangon Masyarakat

Kadazandusun Florina Jumil & Norjietta Julita Taisin

Bab 3 Makna Kata dalam Konteks Tradisi Lisan Bajau Saidatul Nornis Hj. Mahali & Jualang Azlan Gansau

Bab 4 Loghat Sabah dalam Lirik Lagu Melayu Alice Alim

Bab 5 Pangaan Kadazandusun: “Hidup Segan, Mati Tak Mahu”

Andreas Totu & Halina Sendera Mohd. Yakin

Bab 6 Unsur-unsur Epistemologi dalam Karya Agung Melayu sebagai Cermin Ketamadunan Bangsa Melayu

Norhayati Ab. Rahman

Bab 7 Lakaran Budaya Hidup Kadazandusun dalam Karya Kreatif Witer Gunik

Nor Suhaila Sulaiman & Asmiaty Amat

....................................................................

Muka Surat

1

19

35

59

77

85

109

Page 6: anang - bookstore.ums.edu.my

vi

Bab 8 Pengetahuan, Kepercayaan dan Amalan Budaya Masyarakat Melayu Tradisional dalam Melestarikan Alam Sekitar

Haliza Abdul Rahman

BAHAGIAN B: POLITIK DAN PERSATUAN

Bab 9 Kebimbangan dan Hasad Dengki dalam kalangan Pemimpin Politik sebagai Penyumbang kepada Kemerosotan Hubungan Etnik di Sabah, Malaysia

Nurul Ain Zulhaimi & Romzi Ationg

Bab 10 Peranan Sabah Women Action Resource Group (SAWO) dalam Perjuangan Hak dan Kebajikan Wanita di Sabah

Siti Aidah Hj. Lukin @ Lokin

PenutupBibliografi PenyumbangRujukanIndeks

121

137

151

Page 7: anang - bookstore.ums.edu.my

vii

Jadual

1.1 Perbandingan pasangan leksikal antara dialek Bunduliwan dengan dialek Tangara

1.2 Perbandingan pasangan leksikal antara dialek Bunduliwan dengan dialek Rungus

1.3 Perbandingan pasangan leksikal antara dialek Bunduliwan dengan dialek Mangkaak

1.4 Perbandingan kata kerabat 1.5 Tingkat klasifikasi bahasa 1.6 Tingkat klasifikasi kekerabatan BL dengan TG, RG

dan MK 2.1 Ringkasan tangon-tangon yang dikaji (adaptasi teori

formalistik) 4.1 Senarai tajuk lagu dan nama penyanyi 4.2 Maksud sama, ejaan berbeza 4.3 Ejaan sama, maksud berbeza 4.4 Perkataan loghat Sabah mengikut golongan kata 4.5 Golongan kata nama 4.6 Golongan kata kerja 4.7 Golongan kata adjektif 4.8 Golongan kata tugas 5.1 Tahap membaca Sudut Kadazandusun 5.2 Membaca sudut Kadazandusun mengikut umur 5.3 Faktor yang memotivasi pembaca Kadazandusun

untuk membaca akhbar 5.4 Skor min kepuasan membaca berita dari Sudut

Kadazandusun 5.5 Keperluan mengekalkan penerbitan Sudut

Kadazandusun 9.1 Korelasi antara kebimbangan pemimpin, hasad

dengki pemimpin dan hubungan etnik di Sabah

Muka Surat

6

9

12

15 16 16

25

61 64 65 66 67 68 70 72 80 81 82

82

83

141

SENARAI JADUAL....................................................................

Page 8: anang - bookstore.ums.edu.my

viii

Rajah

2.1 Pendekatan Moral Semi

Muka Surat

22

SENARAI RAJAH....................................................................

9.2 Korelasi faktor kebimbangan dan hasad dengki sesama pemimpin politik dengan hubungan etnik di Sabah

9.3 Analisis regresi berganda ke atas faktor kebimbangan dan hasad dengki dalam kalangan pemimpin politik serta hubungan etnik di Sabah

9.4 Sumbangan faktor dikenal pasti terhadap peningkatan ketegangan hubungan etnik di Sabah

143

145

146

Page 9: anang - bookstore.ums.edu.my

ix

Ilmu kemanusiaan merupakan cabang pengetahuan yang menekankan telaah tentang pengalaman manusia dan budaya hidupnya sepanjang

zaman. Telaah itu boleh berupa kajian tentang sejarah dan warisan kebudayaan dan menjadi pengalaman yang dilalui oleh setiap kelompok manusia itu sendiri. Setiap pengkajian ilmiah dalam ilmu kemanusiaan itu dilakukan demi memahami aktiviti serta tatanan nilai yang dimiliki manusia. Kemanusiaan adalah suatu fahaman falsafah yang menjunjung nilai dan kedudukan manusia. Ilmu kemanusiaan menjadikan tingkah laku manusia berserta batas dan kecederungan sejadi manusia sebagai tumpuan kajian.

Semua ilmu kemanusiaan dapat dilihat sebagai suatu kemampuan intelek untuk memaknai kemanusiaan. Perkembangan dan kemajuan ilmu kemanusiaan kini secara tidak langsung telah memberi kebaikan kepada kualiti kehidupan manusia sendiri. Apatah lagi jika keterlibatan penggunaan ilmu kemanusiaan itu didapati berupaya memajukan dan memenuhi kebutuhan manusia dalam pelbagai konteks.

Justeru, buku ini memilih judul Canang yang bererti gong kecil (Kamus Dewan, 2015: 242), dengan maksud untuk memaklum dan mencanang bahawa bahan berkenaan ilmu kemanusiaan dihimpun membentuk buku ini. Kesemua makalah di dalam buku ini merupakan antara makalah yang telah dibentang dalam Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan yang pertama pada tahun 2017. Para penyunting menyedari bahawa bahan ini hanya mendukung jumlah yang sangat kecil sebagai sumbangan terhadap khazanah ilmu kemanusiaan. Upaya awal ini diusahakan dengan hasrat agar ‘bahagian’ yang kecil itu kelak akan membentuk ‘bahagian’ lain yang lebih besar tentang ilmu kemanusiaan.

Saidatul Nornis Hj. MahaliAsmiaty AmatJualang Azlan GansauPusat Penataran Ilmu & BahasaUniversiti Malaysia Sabah2019

PRAKATA....................................................................

Page 10: anang - bookstore.ums.edu.my

x

Sejarah telah menyaksikan bahawa antara sebab yang membawa kemusnahan dan kehancuran sesuatu bangsa ialah akibat daripada

kerakusan manusia dan hilangnya nilai-nilai kemanusiaan serta akhlak dalam kehidupan. Rentetan itu, manusia perlu memikirkan cara untuk mengelak kemusnahan dan kehancuran itu secara ‘bersopan’, yakni melalui pendidikan. Dengan pendidikan, manusia dapat mempelajari semua konsep dan pelbagai aspek dalam kehidupan demi menjaga kelangsungan hidup. Manusia mampu membentuk satu tamadun yang stabil dan sempurna melalui akhlak mulia. Ia merupakan satu idea pemikiran bahawa pendidikan akhlak perlu ada sepanjang kehidupan manusia agar tamadun dapat menjaga kelestarian akhlak manusia.

Sejajar dengan itu, untuk mengubah manusia melalui kelestarian akhlak, maka perlu dimaklum dan dicanangkan elemen-elemen kemanusiaan yang nantinya digandingkan dengan nilai-nilai positif daripada budaya etnik masing-masing. Kesemua pemakluman itu perlu dicanang sama ada melalui bahan bertulis atau yang terkini sifatnya melalui teknologi maklumat. Justeru, manuskrip ini dinamai sebagai Canang kerana tiga alasan berikut (i) Canang dengan maksud untuk memaklumkan serta menghebahkan sesuatu perkara secara meluas agar perkara, maklumat atau pengetahuan itu tidak lagi disembunyikan, sebaliknya dikongsi bersama semua anggota dalam masyarakat; (ii) Canang dengan maksud agar pembaca bahan ini kelak akan mengetahui secara berterusan bahawa untuk memahami suatu pengetahuan dan memperoleh sesuatu ilmu atau maklumat itu memerlukan proses masa. Oleh hal yang demikian, canang secara tidak langsung turut melibatkan proses pemasaan yang menunjukkan bahawa perolehan terhadap sesuatu perkara itu memerlukan ketekunan dan masa yang lama, sama ada untuk memahami, menghayati ataupun untuk mendalami sesuatu ilmu itu; dan (iii) Canang dengan maksud sarana, yakni bahan ini merupakan medium penyampaian tentang ilmu dan pengetahuan. Seperti mana fungsi gong yang dipalu untuk mengeluarkan bunyi bagi mencanang sesuatu berita atau makluman, maka demikian adanya bahan ini bertindak sebagai medium penyampaian secara bercetak agar semua maklumat bersifat etik dan emik dapat diketahui dan dikongsi dengan khayalak pembaca yang lebih luas.

PENDAHULUAN....................................................................

Page 11: anang - bookstore.ums.edu.my

xi

Seperti yang dijelaskan Harris (2010), upaya memisahkan ilmu pengetahuan daripada kepentingan masyarakat hanyalah sebuah utopia. Harus diakui, kemajuan yang luar biasa dalam ilmu murni, khususnya secara fizikal dan biologi telah mengubah hubungan antara ilmu pengetahuan dan masyarakat. Perubahan sedemikian mendatangkan kesan kerana jurang antara kepentingan ilmu murni dan ilmu aplikasi semakin mengecil, dan akhirnya kedua-dua ilmu itu bertembung serta berkemungkinan akan menimbulkan konflik. Justeru, dalam konteks sedemikian jelas memperlihatkan bahawa ahli masyarakat hidup saling bergantung antara satu dengan lain. Kebergantungan itu berlaku kerana sesuatu ilmu itu perlu dikembangkan untuk memperbaiki dan memajukan sesebuah masyarakat. Pada masa yang sama, ia memerlukan tanggungjawab moral sebagai sebahagian daripada hakikat pengembangan berkenaan.

Sebagai ilmuwan, memahami tujuan ilmu secara tidak langsung menyebabkan kita turut memahami tanggungjawab sosial terhadap ilmu itu sendiri. Pengembangan ilmu bukan sekadar demi ilmu itu sendiri (science for its own sake) sebaliknya, ia juga perlu dapat dimanfaatkan oleh seluruh anggota masyarakat. Secara umum, konteks ilmu pengetahuan itu meliputi hal-hal berikut, (i) berkait dengan inti pengetahuan (body of knowledge) yang mencakup isi pengetahuan sehinggalah proses ke arah mencapai pengetahuan itu sendiri agar boleh difahami oleh manusia; (ii) sarana untuk mencari dan memahami cara ilmu digerakkan untuk memahami apa yang terkandung dalam alam; (iii) pengetahuan dicari dan dihasilkan untuk menangani pelbagai persoalan kemanusiaan; (iv) ilmu tidak mempunyai sifat pengakhiran kerana ia merupakan proses yang tidak mempunyai kesudahan; dan (v) ilmu berkepentingan sejagat (http://undsci.berkeley.edu/article/0_0_0/whatisscience_01). Sehubungan itu, dapat disimpulkan bahawa ilmu itu mempunyai kaitan yang sangat erat dengan kehidupan manusia. Wujud pelbagai cara dan pendekatan agar ilmu dapat dimanfaat dan dipraktiskan oleh manusia untuk kebaikan hidup manusia sejagat. Namun, dalam konteks yang sama ilmu perlu dijaga nilainya agar tidak digunakan secara wewenang yang boleh menjejaskan manusia juga.

Ilmu diperoleh melalui akal. Menurut al-Ghazali (1967), manusia mempunyai kemuliaan daya fikir, iaitu akal fikiran sebagai sumber ilmu, tempat berkumpul dan juga dasarnya. Melalui ilmu manusia dapat

Page 12: anang - bookstore.ums.edu.my

xii

memperoleh kemuliaan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Beliau membahagikan daya fikir (akal) kepada empat peringkat berikut, i) daya fikir adalah akal yang membezakan manusia dengan haiwan; ii) daya fikir, iaitu pengertian yang timbul pada anak-anak dalam usia tertentu; iii) Ilmu yang diperoleh daripada latihan-latihan dan pengalaman; dan iv) Pengetahuan berbentuk naluri yang berkemampuan mengetahui sebab-akibat daripada setiap persoalan (al-Ghazali, 1967). Justeru, buku ini menghimpunkan sepuluh bab berbeza yang ditulis oleh penulis dalam bidang kepakaran masing-masing. Buku ini sebenarnya terhasil daripada Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan yang pertama diadakan pada tahun 2017. Kepelbagaian bidang ilmu dalam bidang kemanusiaan itu perlu dikongsi bersama dengan khalayak umum agar ilmu itu tersebar dan diketahui bersama. Bab pertama menampilkan tajuk ‘Kekerabatan Bahasa Keluarga Dusun: Bunduliwan dengan Tangara, Rungus dan Mangkaak’ yang ditulis oleh Minah Sintian, Mohd. Sharifudin Yusop, Raja Masittah Raja Ariffin dan Norazlina Mohd. Kiram. Tulisan ini merupakan sebahagian daripada penelitian bahasa atau dialek dalam keluarga Dusun. Tulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti kekerabatan bahasa Bunduliwan dengan keempat-empat bahasa atau dialek dalam keluarga Dusun itu. Data kajian diperoleh daripada kajian lapangan dengan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian. Sejumlah 207 senarai kata Swadesh telah digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data. Data dianalisis berasaskan kaedah Leksikostatistik. Hasil kajian mendapati peratus persamaan kata kerabat antara Bunduliwan (BL) dengan Tangara (TG) ialah 82.93 peratus, BL dengan Mangkaak (MK) 77.07 peratus, dan BL dengan Rungus (RG) 79.51 peratus. Bermakna, hubungan kekerabatan antara BL dengan TG ialah dialek daripada satu bahasa, sementara BL dengan MK dan RG pula daripada bahasa yang berbeza tetapi masih dalam subkeluarga yang sama. Didapati kajian memberi implikasi kepada pengukuhan bukti akan kekerabatan bahasa dalam keluarga Dusun, sekali gus memberi impak kepada pengayaan dan pemantapan perbendaharaan kata serta istilah subjek Bahasa Kadazandusun di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Bab kedua membabitkan perbincangan tentang tangon-tangon ataupun lebih dikenali sebagai cerita rakyat yang merupakan salah satu daripada sastera lisan masyarakat Kadazandusun yang memiliki

Page 13: anang - bookstore.ums.edu.my

xiii

unsur nasihat, pengajaran dan teladan sebagai suatu panduan dalam pembentukan hidup masyarakat yang harmonis dan sejahtera. Tangon-tangon (cerita rakyat) menjadi sumber untuk menanamkan nilai-nilai murni yang diimbangi dengan penggunaan bahasa yang boleh disesuaikan dengan tingkat kemampuan berbahasa anak. Tulisan ini diketengahkan untuk mengenal pasti nilai murni yang terdapat dalam tangon-tangon. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat banyak nilai murni dalam tangon-tangon yang mampu membentuk karakter seseorang pembaca terutama kanak-kanak. Bab ini berjudul ‘Nilai Murni dalam Tangon-tangon Masyarakat Kadazandusun’ yang ditulis oleh Florina Jumil dan Norjietta Julita Taisin.

Menyusul daripada bab itu pula sebuah penulisan yang dikaryakan oleh Saidatul Nornis Hj. Mahali dan Jualang Azlan Gansau dengan judul ‘Makna Kata dalam Konteks Tradisi Lisan Bajau.’ Bahan ini memerihal tentang makna perkataan yang diteliti secara pragmatik dalam konteks tradisi lisan orang Bajau di daerah Kota Belud, Sabah. Bahan tradisi lisan yang digunakan adalah Isun-isun/Kalang Sama. Setiap perkataan yang dianalisis mendukung maksud-maksud berbeza berlandaskan penggunaannya dalam konteks ayat-ayat berbeza juga. Dengan demikian, tradisi lisan itu didapati mampu memaparkan kelainan antara satu kumpulan masyarakat, individu dan menyatakan identiti masyarakat itu sendiri. Malah, pemilihan kosa kata juga bergantung sepenuhnya kepada konteks budaya dan persekitaran yang melingkari kehidupan mereka setiap hari. Memandangkan kita mempelajari budaya melalui proses pemerhatian dan peniruan, maka perilaku anggota masyarakat dibayangkan dalam setiap proses interaksi yang pastinya mempunyai dimensi tertentu yang hanya diketahui apabila konteks bersesuaian. Bahan ini dilagukan dalam bahasa Bajau, ditranskripsi dan diterjemahkan ke bahasa Melayu serta dilakukan analisis kandungan berlandaskan hipotesis Whorfian.

Bab keempat berjudul ‘Loghat Sabah dalam Lirik Lagu Melayu’ yang ditulis oleh Alice Alim. Bab ini menampilkan lirik lagu sebagai bahan untuk meneliti penggunaan leksikal yang mengkhusus kepada konteks Sabah sahaja. Nyanyian yang disampaikan oleh penyanyi tempatan Sabah memaparkan penggunaan leksikal berbau Sabah di dalam liriknya. Justeru, sebanyak sepuluh buah lirik lagu digunakan sebagai bahan analisis untuk meneliti makna leksikal-leksikal berkenaan yang

Page 14: anang - bookstore.ums.edu.my

xiv

kemudiannya dibandingkan dengan makna dalam Kamus Dewan yang dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. Seterusnya, proses perbandingan maksud literal dibuat untuk memastikan sama ada maksud kata yang disampaikan dalam lagu-lagu terpilih membawa maksud yang sama seperti maksud yang tersurat dalam kamus ataupun sebaliknya. Daripada analisis, didapati bahawa sebahagian besar perkataan loghat Sabah yang ada dalam lirik lagu yang dianalisis tidak terkandung dalam daftar kata Kamus Dewan (KD) sebaliknya, ia dijumpai dalam daftar kata Kamus Bahasa Melayu Brunei (KBMB).

Bab bertajuk ‘Pangaan Kadazandusun: Hidup Segan, Mati Tak Mahu’ membentuk Bab Kelima dalam buku ini. Tajuk ini ditulis oleh Andreas Totu dan Halina Sendera Mohd. Yakin. Bahan ini meninjau Sudut Kadazandusun dalam tiga surat khabar tempatan sama ada masih relevan dan diperlukan oleh masyarakat Kadazandusun atau sebaliknya. Responden kajian ini telah dipilih daripada kalangan ahli-ahli kumpulan dalam Facebook yang dikenali sebagai “Tomposizo Boos Kadazan/Dusun” yang mempunyai keahlian seramai 1,182 orang. Seramai 316 ahli telah mengikuti kajian ini dengan mengembalikan soal selidik melalui talian. Kajian ini mendapati bahawa masyarakat Kadazandusun kelihatannya sudah tidak lagi berminat membaca berita dari Sudut Kadazandusun di surat-surat khabar. Pembaca menjenguk sudut ini hanya sekadar memenuhi kehendak mereka untuk memastikan kewujudan dan peneguhan budaya identiti mereka. Rata-rata pembaca masih mahu melihat kewujudan sudut ini berterusan tetapi mereka mencadangkan agar ditambah baik dengan mengubah pendekatan yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan masyarakat masa kini.

Bab Keenam ditulis oleh Norhayati Ab. Rahman bertajuk ‘Unsur-unsur Epistemologi dalam Karya Agung Melayu sebagai Cermin Ketamadunan Bangsa Melayu.’ Kesusasteraan sering dianggap sebagai bidang ilmu yang tidak penting untuk dipelajari pada hari ini. Statusnya direndahkan sebagai tidak menyumbang kepada pembangunan manusia secara holistik. Epistemologi pula merupakan satu daripada cabang utama falsafah yang membicarakan tentang hakikat makna, kandungan, sumber dan proses ilmu atau kajian tentang ilmu pengetahuan. Dengan perkataan lain, epistemologi ialah ilmu yang membahaskan tentang pengetahuan dan cara-cara manusia memperoleh dan memanfaatkan pengetahuan. Karya

Page 15: anang - bookstore.ums.edu.my

xv

agung Melayu adalah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tulisan ini akan membincangkan kedudukan karya agung Melayu seperti Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah, Taj Us-Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa dan beberapa contoh karya agung lain dari perspektif unsur-unsur epistemologi. Hasil perbincangan ini akan menunjukkan bahawa teks agung Melayu adalah penting untuk dihayati dan membuktikan sumbangannya dalam pembangunan dan ketamadunan manusia sejak zaman dahulu.

Bab ketujuh yang berjudul ‘Lakaran Budaya Hidup Kadazandusun Karya Kreatif Witer Gunik’ pula ditulis oleh Nor Suhaila Sulaiman dan Asmiaty Amat meninjau hubung kait antara masyarakat dan persekitaran yang menjadi cerminan dan ruang kepada penulis untuk bersuara melalui penulisan kreatif seperti cerpen. Kehadiran cerpen sebagai sebuah cerita rekaan berdasarkan faktor persekitaran, pengalaman dan idea kreatif daripada seorang penulis menjadi perantara dalam menyampaikan pandangan, teguran mahupun nasihat. Makalah ini memperlihatkan cara penulis mengangkat kearifan tempatan etnik di Sabah serta cara penyelesaian untuk mempertahankan warna budaya daripada terhakis akibat perubahan zaman. Analisis mendapati bahawa penulis memanfaatkan unsur kearifan tempatan milik etnik peribumi sebagai sumber dalam penulisan cerpen. Penulis turut menjadikan karya sebagai medium menyalurkan nilai didaktik terutama unsur kepercayaan dan kesenian di Sabah mengikut kesesuaian tuntutan zaman.

Dengan judul ‘Pengetahuan, Kepercayaan dan Amalan Budaya Masyarakat Melayu Tradisional dalam Melestarikan Alam Sekitar’ oleh Haliza Abdul Rahman membentuk Bab Kelapan. Bahan ini membincangkan tentang pengetahuan dan pengalaman berkaitan kelestarian alam sekitar yang dimiliki oleh orang Melayu ini berasal daripada pemahaman mendalam mereka akan lingkungan setempat yang terbentuk daripada pengalaman mereka tinggal di tempat tersebut secara turun-temurun. Perkara ini kemudiannya dikembangkan kepada beberapa generasi dan mudah diadaptasi, serta tertanam dalam cara hidup masyarakat

Page 16: anang - bookstore.ums.edu.my

xvi

untuk kelangsungan hidup mereka. Hal ini membuktikan betapa amalan, budaya dan adat resam turun-temurun yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional ini berupaya memberi kesan kepada kelestarian alam sekitar tempatan. Justeru, perkara ini sangat penting dipertahan dan diketengahkan kerana kajian terkini berkaitan dengan pembangunan lestari dan pengurusan alam sekitar turut bertumpu kepada pengetahuan tradisional sebagai kunci bagi mencapai pembangunan lestari pada abad ke-21. Dengan menyepadukan pengetahuan tempatan dengan teknologi moden pasti mengukuhkan pengetahuan untuk menghadapi cabaran dalam pembangunan lestari.

Judul ‘Kebimbangan dan Hasad Dengki dalam kalangan Pemimpin Politik sebagai Penyumbang kepada Kemerosotan Hubungan Etnik di Sabah, Malaysia’ yang dikaryakan oleh Nurul Ain Zulhaimi dan Romzi Ationg membentuk Bab Kesembilan dalam buku ini. Tulisan ini mendiskusikan tentang persepsi masyarakat setempat terhadap peranan yang dimainkan oleh kedua-dua pemboleh ubah ini dalam proses kemerosotan hubungan etnik di Sabah. Tumpuan tulisan ini adalah terhadap persoalan tentang kebimbangan kemungkinan kehilangan pengaruh dan kuasa serta, hasad dengki terhadap kejayaan seseorang pemimpin lain yang berperanan secara signifikan dalam proses kemerosotan hubungan etnik di negeri ini. Kebimbangan terhadap kemungkinan kehilangan pengaruh dan kuasa serta, hasad dengki terhadap kejayaan seseorang pemimpin lain merupakan pemboleh ubah penting yang sering dikaitkan dengan keadaan sebenar fikiran seseorang pemimpin terhadap pemimpin yang lain. Sekalipun pada dasarnya kedua-dua pemboleh ubah tersebut agak berbeza dari segi konseptualisasi, ditegaskan bahawa kedua-dua pemboleh ubah ini memainkan peranan penting dalam proses kemerosotan hubungan etnik di negara yang dicirikan oleh kepelbagaian dari segi etnisiti.

Topik terakhir dalam buku ini berjudul ‘Peranan Sabah Women Action Resource Group (SAWO) dalam Perjuangan Hak dan Kebajikan Wanita di Sabah’ yang ditulis oleh Siti Aidah Hj. Lukin @ Lokin dimasukkan ke dalam Bab Kesepuluh. Bab ini memberi tumpuan kepada kesedaran berpersatuan dalam kalangan wanita Sabah tumbuh dan berkembang sebagai kesan daripada peluang-peluang pendidikan yang dinikmati oleh kaum wanita sejak tahun 1950-an sehingga selepas merdeka. Di samping itu, perkembangan pengaruh gerakan wanita sama ada pada

Page 17: anang - bookstore.ums.edu.my

xvii

peringkat tempatan mahupun peringkat antarabangsa turut menyemai kesedaran wanita Sabah tentang hak dan tanggungjawab mereka untuk memperjuangkan kepentingan kaum wanita secara kolektif melalui persatuan. Antara pertubuhan sukarela wanita yang awal di Sabah ialah Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) dan Pertubuhan Wanita Sabah (PEWASA) yang menjadi tumpuan penglibatan wanita dalam kegiatan berpersatuan sejak tahun 1968 sehingga tahun 1980-an. Kemunculan Sabah Women Action Resource Group (SAWO) atau Persatuan Daya Tindakan Wanita Sabah pada tahun 1985 menonjolkan satu perkembangan kesedaran baharu dalam perjuangan pertubuhan sukarela wanita di Sabah. SAWO muncul sebagai sebuah pertubuhan sukarela wanita yang berlatarbelakangkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh kebanyakan golongan wanita seperti keganasan terhadap wanita, keganasan rumah tangga, pengabaian suami terhadap hak isteri dan keluarga, perceraian dan hak penjagaan anak serta hak dan kebajikan wanita dalam urusan pekerjaan. Tulisan ini cuba memfokuskan perbincangan tentang peranan SAWO dalam memperjuangkan hak dan kebajikan wanita di Sabah. Peranan pertubuhan sukarela wanita ini dapat dikesan menerusi kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh SAWO dari semasa ke semasa seperti program literasi undang-undang, program reformasi undang-undang dan program perkhidmatan harian serta bimbingan kaunseling kepada wanita. Maklumat kegiatan SAWO ini diperoleh daripada laporan-laporan kegiatan pertubuhan, laporan akhbar dan temu bual dengan pemimpin atau AJK Tertinggi pertubuhan berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa SAWO memainkan peranan dalam menyemai kesedaran kaum wanita di Sabah tentang hak mereka di sisi undang-undang. Selain itu, SAWO juga bertindak sebagai kumpulan pendesak kepada pihak kerajaan agar memberikan tumpuan terhadap usaha menangani isu-isu wanita dan melindungi hak serta kebajikan wanita. SAWO begitu komited dalam usaha memupuk kesedaran dan kepekaan gender dalam kalangan masyarakat agar usaha mereka memperjuangkan hak dan kebajikan wanita sentiasa mendapat sokongan daripada masyarakat secara umum.

Demikian rumusan kesemua bab yang terkandung dalam buku ini yang menjadi sebahagian kecil daripada kekuatan dalam pengajian kemanusiaan yang luas sifatnya. Kebebasan dan pemberian ruang yang luas bagi karya-karya kreatif adalah penghargaan kepada kemanusiaan.

Page 18: anang - bookstore.ums.edu.my

xviii

Keragaman topik dalam buku ini misalnya memperlihatkan bahawa ilmu kemanusiaan itu mampu menjana pelbagai rupa konteks pemikiran yang disesuaikan dengan kehendak masyarakat pendukung. Kepelbagaian dalam ilmu kemanusiaan itu sendiri wujud untuk memenuhi keperluan manusia yang juga pelbagai. Kewujudan masyarakat manusia dengan pelbagai budaya dan mempunyai keperluan berbeza secara tidak langsung mewujudkan ciri-ciri tersendiri untuk setiap kumpulan bangsa atau etnik. Keragaman yang ada di Malaysia misalnya, perlu disyukuri dan dirai kerana ia merupakan lambang ‘kekayaan’ ilmu kemanusiaan yang perlu dijaga dan dihargai bersama. Berpaksi kepada Rukun Negara maka, bangsa Malaysia perlu membina keharmonian menurut acuan Malaysia agar ilmu kemanusiaan yang pelbagai di negara ini dapat diaplikasi sebaiknya. Penerbitan buku ini diharap mampu menjadi penambah nilai kepada keperluan bahan untuk ilmu kemanusiaan sedia ada. Perlu disedari bahawa Malaysia dengan ciri-ciri masyarakat majmuknya memiliki makna plural yang sangat unik untuk diketengah dan dibincangkan lebih lanjut agar konsep dan ciri kemajmukan itu mampu dikelolakan sebagai satu kesatuan yang integratif.

Rujukan

Al-Ghazali. (1967). “Ihya Ulum Al-Din. Juz 3, Qahirah: Mu’assah Al-Halabi Wa Syarikah Li Al Nasyri Wa At-Tauz”. Dlm. Zulfahmi Syamsuddin & Wan Hasmah Wan Mamat. Perbandingan pemikiran konsep akhlak Al-Ghazali dan Ibn Miskawayh dalam aspek intelek. The Online Journal of Islamic Education, July 2014, 2 (2), 107–119.

Harris, Sam. (2010). The moral landscape. New York: Free Press.http://undsci.berkeley.edu/article/0_0_0/whatisscience_01