8
Anda tidak dapat hadir ke sekolah kerana sebab-sebab yang tertentu. Tulis sepucuk surat kepada guru kelas anda untuk memberitahu hal tersebut. Contoh 1: Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, Kampung Lada Kering, Kechau, 27200 Kuala Lipis, Pahang. _________________________________________________________________ __________ Encik Daud bin Ngah Derani, Guru Kelas Tahun 6 Amanah, Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak, 27200, Kuala Lipis, Pahang. 14 Mei 2014 Tuan, TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH Saya Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, murid Tahun Enam Amanah tidak dapat hadir ke sekolah pada hari Isnin, 15 Mei 2012. 2. Hal ini demikian kerana saya terpaksa mengikut ibu bapa membawa nenek saya ke Hospital Besar Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan pada hari tersebut. 3. Saya dihantar oleh bapa saya untuk ke sekolah. Oleh yang demikian, tiada sesiapa yang dapat menghantar saya ke sekolah kerana bapa saya akan pergi ke Kuala Lumpur pada hari tersebut. 4. Untuk pengetahuan cikgu, saya anak tunggal dalam keluarga saya. Manakala, ibu bapa saya pula tidak pasti bila mereka akan sampai semula ke rumah setelah selesai urusan di hospital itu nanti. Saya khuatir kerana tiada sesiapa yang menemani saya di rumah apabila saya pulang dari sekolah nanti.

Anda Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Kerana Sebab

Embed Size (px)

DESCRIPTION

anda

Citation preview

Anda tidak dapat hadir ke sekolah kerana sebab-sebab yang tertentu. Tulis sepucuk surat kepada guru kelas anda untuk memberitahu hal tersebut.Contoh 1:

Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi,Kampung Lada Kering,Kechau,27200 Kuala Lipis,Pahang.___________________________________________________________________________

Encik Daud bin Ngah Derani,Guru Kelas Tahun 6 Amanah,Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak,27200, Kuala Lipis,Pahang. 14 Mei 2014

Tuan,TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH

Saya Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, murid Tahun Enam Amanah tidak dapat hadir ke sekolah pada hari Isnin, 15 Mei 2012.

2. Hal ini demikian kerana saya terpaksa mengikut ibu bapamembawa nenek sayake Hospital Besar Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan pada hari tersebut.

3. Saya dihantar oleh bapa saya untuk ke sekolah.Oleh yang demikian, tiada sesiapa yang dapat menghantar saya ke sekolah kerana bapa saya akan pergi ke Kuala Lumpur pada hari tersebut.

4. Untuk pengetahuan cikgu,saya anak tunggal dalam keluarga saya.Manakala, ibu bapa saya pula tidak pasti bila mereka akan sampai semula ke rumah setelah selesai urusan di hospital itu nanti.Saya khuatir kerana tiada sesiapa yang menemani saya di rumah apabila saya pulang dari sekolah nanti.5. Kerjasama serta pertimbangan cikgu atas sebab-sebab yang saya berikan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)Contoh 2 :Wan Arfa Bin Wan ZainalBlok B 01-08, Pangsapuri Taman Maluri,55100,kampung pandanKuala Lumpur______________________________________________________________________________

Guru kelas 1 BiruSK Taman Maluri,Jalan Maluri,55100, Taman MaluriKuala Lumpur 20 MEI 2014

Tuan,

PERKARA : TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk perkara di atas ,saya ingin menjelaskan sebab anak saya, Muhammad Farhan tidak dapat menghadirkan diri pada 18 Mei 2014.

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam yang bermula setelah pulang dari sekolah pada beberapa hari yang lepas.

3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 17 Mei 2014 berikutan demam yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.

Saya ingin meminta maaf diatas kejadian ini dan berharap dari kerjasama pihak tuan .

Sekian terima kasih .

Yang Benar(Wan Zainal)

Taman Bukit Angin,28000 Temerloh,Pahang Darul Makmur.______________________________________________________________________________

Guru Kelas Tingkatan 4 SRC,Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh,28000 Temerloh,PahangDarulMakmur. 13Julai2014.

Tuan,Tidak Hadir ke Sekolah

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.2.Dimaklumkan bahawaanak saya,LokmanHakim BinAziz,murid Tingkatan4SRC tidak dapat hadir ke sekolah pada 12.07.2014(Isnin) hingga 13.07.2014 (Selasa)kerana demam.

3.Segala perhatian dan pertimbangandaripada pihaktuan sangatdihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar

,...........................................(AZIZ BIN OMAR)

Surat Kiriman Rasmi: Datuk Sakit TenatBaru-baru ini kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana menziarahi datuk kamu yang sedang sakit tenat di kampung.

Tulis sepucuk surat kepada guru kamu untuk memaklumkan perkara tersebut.

No 7, TJ 1/8, Taman Temerloh Jaya,28000 Temerloh,Pahang. Darul Makmur

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Puan Zaiton binti Haji Ulis,Guru Kelas Tahun 4 Amanah,Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,28000, Temerloh,Pahang. Darul Makmur. 4 Oktober 2014

Puan,

TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH

Saya Mohd Hasif Zakwan bin Ahmad, murid Tahun 4 Amanah tidak dapat hadir ke sekolah pada hari Jumaat, 5 Oktober 2014 hingga kepada tarikh yang tidak dapat dipastikan lagi.

2. Hal ini demikian kerana saya terpaksa mengikut ibu bapa pulang ke kampung Merapoh untuk menziarahi datuk saya yang diberitakan sedang sakit tenat pada masa ini.

3. Saya mungkin berada di kampung selama beberapa hari dengan mengikut sahaja keputusan ibu bapa saya selagi mereka berasa perlu untuk berada di sana.

4. Saya berharap cikgu dapat mendoakan agar kesihatan datuk saya pulih kembali seperti biasa dan membolehkan saya kembali bersekolah.

5. Kerjasama serta pertimbangan cikgu amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Hasifzakwan(MOHD HASIF BIN AHMAD)Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia,41200 Selayang,Selangor. ______________________________________________________________________________

Kepada:Cikgu Sarifah Mazni Bt Syed Mahmud,Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia,41200 Selayang,Selangor. 20 JUN 2014

Tuan,Tidak Hadir ke Sekolah

Dengan segala hormatnya,saya merujuk perkara di atas.

2. Saya, Nur Aina Syifa Bt Sabri ingin memaklumkankepada cikgu bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah mulai 24 hingga 26Jun ini.

2. Untuk makluman cikgu,saya dan keluarga terpaksapulang ke kampung kerana datuksaya telah dimasukkan ke hospital akibat demandenggi.Saya sekeluarga akan berada beberapa hari di kampung untuk menemani datuk di hospital.

3. Saya berjanji akan mengulang kaji pelajaran dan menghubungi rakan-rakan untuk bertanya dan menyiapkan kerja-kerja sekolah ketika berada di kampung nanti.

4. Saya berharap agar cikgu dapat memahami situasi saya sekeluarga. Kerjasama danperhatian pihak cikgu, didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,Nur Aina Syifa

Wakil Penduduk,Taman Seri Ampang,45000 Ampang,Selangor._____________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________ _____________

Tuan,

____________________________________________

Dengan segala hormatnya,saya merujuk perkara di atas.

2. Saya Mohd Mahali bin Amin mewakili penduduk di Taman Seri Ampang ingin membuat aduantentang masalah yang dihadapi oleh penduduk berhubung lokasi pasar malam yang _____________ taman ini.

3. Untuk pengetahuan tuan,lokasi pasar malam yang terletak bersebelahan jalan utama telah menimbulkan pelbagai kesulitan kepada orang ramai. Gerai-gerai yang didirikan di kiri kanan jalan telah mengganggu ________ lalu lintas khususnya mereka yang mahu pulang ke rumah dari tempat kerja.

4. Selain itu,kami juga menghadapi masalah bunyi bising tatkala pasar malam ini beroperasi. Suara penjual menarik perhatian pembeli,pembesar suara,bunyi enjin kereta dan aluan muzik yang kuat telah mengganggu ______________ penduduk di taman ini.

5. Lebih mendukacitakan kami,sampah sarap yang ditinggalkan oleh para peniaga ___________ di merata-rata tempat.Situasi ini telah menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.

Saya berharap agar pihak tuan dapat mencari ___________ bagi mengatasi masalah ini. Segala kerjasama dan perhatian daripada tuan amat saya hargai.

________________

Yang benar.Mohd Mahali

( MOHD MAHALI B AMIN )Waki Penduduk,Taman Seri Ampang.

*15 Jun 2010 * Pengarah, Majlis perbandaran Ampang Jaya,45000 Ampang Selangor.

* Aduan Tentang Pasar Malam * beroperasi * bersebelahan

*aliran * ketenteraman *bertaburan jalan