19
1 RH lwn MHZ [Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal Bil : 10200-074-0267-2017 (Tuan Salehan Haji Yatim, HMTS)] [21 Jamadilawal 1439H bersamaan 7 Febuari 2018] Undang-Undang Tatacara Mal - Permohonan Penguatkuasaan Penghakiman Kebenaran Perintah Pengkomitan - Notis Tunjuk Sebab Seksyen 151 (1) (b) (aa) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Arahan Amalan Arahan Amalan No. 3 Tahun 2006 - Permohonan Kebenaran Pengkomitan. Fakta Kes [1] Plaintif dan Defendan telah berkahwin pada 29 April 2001 dan telah bercerai pada 30 November 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor. Hasil daripada perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan empat (4) orang anak. [2] Pada 29 Febuari 2016, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan perintah hadhanah berdasarkan persetujuan bersama pihak-pihak melalui Saman No. : 10100-028-0541-2016 dengan memerintahkan seperti berikut : 1. Hak Jagaan anak-anak bernama:- 1.1 NAMH 1.2 MAAMH 1.3 NIIMH 1.4 MMMMH

RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

  • Upload
    others

  • View
    21

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

1

RH lwn MHZ

[Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal Bil : 10200-074-0267-2017

(Tuan Salehan Haji Yatim, HMTS)]

[21 Jamadilawal 1439H bersamaan 7 Febuari 2018]

Undang-Undang Tatacara Mal - Permohonan Penguatkuasaan Penghakiman –

Kebenaran Perintah Pengkomitan - Notis Tunjuk Sebab – Seksyen 151 (1) (b) (aa)

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Arahan Amalan – Arahan Amalan No. 3 Tahun 2006 - Permohonan Kebenaran

Pengkomitan.

Fakta Kes

[1] Plaintif dan Defendan telah berkahwin pada 29 April 2001 dan telah bercerai pada

30 November 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor. Hasil daripada

perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan empat (4) orang anak.

[2] Pada 29 Febuari 2016, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan

perintah hadhanah berdasarkan persetujuan bersama pihak-pihak melalui Saman

No. : 10100-028-0541-2016 dengan memerintahkan seperti berikut :

1. Hak Jagaan anak-anak bernama:-

1.1 NAMH

1.2 MAAMH

1.3 NIIMH

1.4 MMMMH

Page 2: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

2

2. Mahkamah memerintahkan hak jagaan (hadhanah) anak-anak tersebut

diserahkan kepada Defendan (ibu).

3. Mahkamah memerintahkan bahawa hak lawatan, bersama dan bermalam

bagi anak tersebut adalah diberikan kepada Plaintif (bapa).

4. Mahkamah memerintahkan cara perlaksanaan hak lawatan, bersama dan

bermalam:-

4.1 Mahkamah memerintahkan Plaintif boleh melawat, bersama dan

bermalam dengan anak-anak tersebut setiap dua (2) minggu sekali iaitu

pada minggu pertama dan ketiga bermula Oktober 2016 tanpa

mengganggu persekolahan anak-anak tersebut dan dengan makluman

awal kepada Defendan.

4.2 Mahkamah memerintahkan Plaintif hendaklah menjemput dan menghantar

anak-anak tersebut dan anak-anak tersebut hendaklah berada di bawah

penjagaan dan pengawasan Plaintif sepanjang tempoh hak laatan,

bersama dan bermalam dilaksanakan.

5. Mahkamah memerintahkan bahawa cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri

pada tahun 2017, anak-anak tersebut akan meraikan perayan tersebut

bersama Plaontof manakala sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun

2017 anak-anak tersebut akan meraikan perayaan tersebut bersama

Defendan dan seterusnya secara bergiir-gilir setiap tahun.

6. Mahkamah memerintahkan bahawa Plaintif dan Defendan akan

membahagikan cuti persekolahan anak-anak tersebut di antara pihak-

pihak secara adil dan sama rata..

7. Mahkamah memerintahkan bahawa Defendan boleh mnegambil anak-

anak tersebut untuk menghadiri mana-mana aktiviti atau program yang

memerlukan kehadiran anak-anak tersebut dengan makluman awal

kepada Defendan.

Page 3: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

3

8. Mahkamah memerintahkan bahawa Plaintif dan Defendan dan/atau

wakilnya dilarang dan ditegah daripada mengganggu, menceroboh dan

menghalang mana-mana pihak ketika proses lawatan tersebut dijalankan.

[3] Pada 2 Mei 2017, Pemohon telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan

kebenaran mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab kerana Responden sengaja telah

ingkar Perintah Mahkamah melalui Saman No. : 10100-028-0541-2016 bertarikh

29 November 2013 di perenggan 2,3 dan 4.

[4] Alasan Permohonan Pemohon di dalam kes ini adalah seperti berikut :

i. Responden telah melanggar perintah pada tarikh 27 April 2017 dengan tidak

menghantar anak-anak tersebut kepada Pemohon selaku ibu kandungya.

ii. Responden ingin merampas hak jagaan anak-anak tersebut.

[5] Pada tarikh 15 Mei 2017 Mahkamah Yang Mulia ini telah membenarkan

permohonan Pemohon untuk mengeluarkan satu Notis Tunjuk Sebab terhadap

Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke

penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah di

perenggan 2 perintah bertarikh 29 September 2016 melalui Saman No : 10100-

028-0541-2016.

[6] Pihak Responden telah membuat pembelaan dengan memberi keterangan secara

lisan bersama dokumen sokongan dan Mahkamah telah menemubual anak-anak

tersebut pada 6 November 2016. Seterusnya Mahkamah telah menetapkan 7

Febuari 2018 untuk keputusan.

Diputuskan

Setelah Mahkamah meneliti permohonan pihak Pemohon, Notis Tunjuk Sebab dan

keterangan, maka dengan ini Mahkamah memutuskan dan memerintahkan seperti

berikut:

Page 4: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

4

1) Mahkamah menerima tunjuk sebab yang dikemukakan oleh Responden.

2) Mahkamah menolak permohonan komital yang dipohon oleh pihak Pemohon

Peguam Syarie

Pemohon : Tidak diwakili oleh mana-mana Peguam Syarie

Responden : Tidak diwakili oleh mana-mana Peguam Syarie

Kitab - kitab yang dirujuk

1. Wahbah Zuhaili, Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, terjemahan Fiqh & Perundangan

Islam. 1991. Jilid VI, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Undang - undang yang dirujuk

1. Arahan Amalan No. 3 Tahun 2006.

2. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - s. 61 (3) (b) (iii).

3. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 - s.

151(1)(b)(aa), s. 229, s. 245 (2).

4. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, s. 2, s. 4, s.

87(2).

Kes - kes yang dirujuk

1. Hasnah lwn. Borhan Al-Din, JH VI (1)

2. Helen Yeap Poh Sin lwn. Universal Trustee (Malaysia) Bhd., (2001) 7 CLJ 414

3. Norazura Binti Mohd Radzi lwn. Nazri Bin Kamal, (2012) 35 Bhg. 2 JH 250

Page 5: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

5

4. Roslaili bt. Abdul Ghani lwn. Ahmad Azman b. Yaacob JH XIX/ II 1426H

5. Umi Nizan Binti Awang Ahmad lwn. Nor Haniruddin Bin Abu Hassan, JH 29 (2).

6. Zetty Binti Zabir lwn. Mohammed Rafi Bin Mohamed Yaacob (2013) 36 Bhg. 1 JH

161

Penghakiman Y.A Tuan Salehan Bin Haji Yatim, HMTS.

Isu Pertama : Bidang kuasa Mahkamah

[7] Berdasarkan seksyen 61 (3) (b) (iii) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri

Selangor) 2003 [EPAINS 2003] serta seksyen 2 dan 4 Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [EUUKIS 2003], Mahkamah berpuashati

bahawa Mahkamah ini berbidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes ini

disamping tiada bantahan mengenai bidang kuasa ditimbulkan oleh Responden.

Pemohon dan Responden adalah pemastautin dalam Negeri Selangor serta perkara

yang dipohon oleh Pemohon termasuk dalam perkara-perkara di bawah

bidangkuasa Mahkamah ini.

[8] Pemohon di dalam kes ini telah memfailkan satu permohonan interlokutori iaitu

permohonan kebenaran pelaksanaan pengkomitan secara ex-parte untuk

Mahkamah mengeluarkan satu Notis Tunjuk Sebab kepada Responden mengapa

tindakan atau prosiding pengkomitan tidak boleh diambil oleh Responden

berdasarkan seksyen 151(1)(b)(aa) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Negeri Selangor) 2003 [ETMMS 2003] sepertimana berikut :

151.(1)(b) Seseorang mengingkari suatu penghakiman atau perintah

yang menghendakinya supaya menahan diri daripada melakukan

sesuatu perbuatan, maka tertakluk kepada Enakmen ini,

penghakiman atau perintah itu bolehlah dikuatkuasakan melalui

satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu –

Page 6: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

6

(aa) dengan kebenaran Mahkamah, perintah pengkomitan;

[9] Dalam hal demikian, Mahkamah merujuk kepada kes Zetty Binti Zabir lwn.

Mohammed Rafi Bin Mohamed Yaacob (2013) 36 Bhg. 1 JH 161, Hakim Panel

Rayuan Syariah mengulas perbezaan seksyen 151(1)(b)(aa) dan seksyen 229

ETMMS 2003 dengan menyatakan :

“Perbezaan kedua-dua seksyen ini adalah, di bawah peruntukkan

seksyen 229, prosiding penghinaan Mahkamah di mulakan oleh

Hakim sendiri berdasarkan apa yang dapat difahami daripada frasa

seksyen 229 ( 1 ) iaitu “Mahkamah hendaklah mempunyai bidang

kuasa untuk memulakan prosiding”.

Berbeza dengan prosiding pengkomitan di bawah peruntukkan

seksyen 151 (1)(b)(aa) yang mana dapat difahami bahawa ia

dimulakan oleh pemiutang penghakiman berdasarkan frasa “dengan

kebenaran Mahkamah, perintah pengkomitan”. Kebenaran ini

diperlukan apabila prosiding pengkomitan ini hendak dimulakan oleh

pemiutang penghakiman. Berbeza dengan hakim, tidak perlu dia

membenarkan dirinya sendiri untuk memulakan prosiding penghinaan

mahkamah.

Perbezaan lain adalah pada istilah pengkomitan yang memberi

maksud dikomitkan ke penjara. Jadi, prosiding pengkomitan di bawah

peruntukkan seksyen 151(1)(b)(aa) ini hanya melibatkan hukuman

penjara sahaja. Sebaliknya di bawah peruntukkan seksyen 229

hukumannya adalah hukuman alternatif iaitu denda atau penjara.

Sebab perbezaan hukuman tersebut dapat difahami dengan mudah

iaitu kerana prosiding pengkomitan melibatkan kesalahan yang lebih

serius iaitu keingkaran mematuhi perintah mahkamah yang bukan

sahaja menyebabkan kewibawaan mahkamah terjejas bahkan

Page 7: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

7

memudaratkan pemiutang penghakiman. Sebaliknya prosiding

penghinaan Mahkamah hanya melibatkan penghinaan Mahkamah

sahaja seperti mengeluarkan kata-kata yang menghina seseorang

Hakim sama ada di dalam Mahkamah atau di luar Mahkamah.

Justeru, kedua-dua seksyen tersebut berbeza dari segi maksud dan

tujuannya dan masing-masing berdiri dengan sendirinya. Seksyen 229

khusus untuk hakim, manakala seksyen 151(1)(b)(aa) khusus untuk

pemiutang penghakiman bila berlaku keengkaran mematuhi perintah

Mahkamah. Pilihan lain bagi pihak pemiutang penghakiman adalah

mengadu kepada pegawai penguatkuasa Agama untuk diambil

tindakan di bawah peruntukkan seksyen 15 Enekmen Jenayah

Syariah (Negeri Selangor) 1995, iaitu kesalahan mengingkari

perintah Mahkamah. Jika dia memilih demikian, maka prosedur yang

terpakai adalah prosedur jenayah dan pemiutang penghakiman tidak

ada apa-apa peranan, hanya setakat memberikan maklumat kepada

Pegawai Penguatkuasa Agama dan menjadi saksi Pendakwa Syarie di

Mahkamah sahaja.

Cuma yang menimbulkan masalah adalah peruntukkan seksyen

151(1)(b)(aa) tidak memperuntukkan tempoh hukuman pemenjaraan

dan satu-satu prosedur yang ada hanyalah mengenai perintah

pengkomitan itu perlu didahului dengan memohon kebenaran

perintah pengkomitan daripada Mahkamah. Tidak ada diperuntukkan

selanjutnya mengenai cara bagaimana permohonan kebenaran itu

perlu dibuat dan prosedur selepas kebenaran diberikan. Masalah

lakuna ini menyebabkan kesulitan kepada Hakim dan Peguam Syarie

sehingga terpaksa mencari-cari peruntukkan lain untuk digunapakai.

Arahan Amalan yang sedia ada juga tidak banyak membantu

menyelesaikan dilema ini. Yang ada hanyalah arahan amalan bahawa

kebenaran pengkomitan perlu terlebih dahulu diperolehi daripada

Page 8: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

8

Mahkamah Tinggi Syariah sebagaimana Arahan Amalan No. 3 Tahun

2006. Sehingga wujud pendekatan seksyen 151 ( 1 ) ( b ) ( aa ) di baca

bersama seksyen 229 Enekmen Tatacara Mal sebagaimana yang

diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dalam kes

Roslaili bt. Abdul Ghani lwn. Ahmad Azman b. Yaacob JH XIX/

II 1426H yang juga dirujuk oleh Y.A Hakim Bicara dalam kes ini…”

Tatacara prosiding pengkomitan

[10] Bagi mencerahkan perlaksanaan prosiding pengkomitan ini, Hakim Mahkamah

Rayuan Syariah telah memberikan garis panduan atau tatacara yang diadaptasikan

dari Aturan 52 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 atas kelompongan atau

lakuna yang ada berdasarkan peruntukan seksyen 245 (2) ETMMS 2003

sebagaimana yang diputuskan dalam kes Norazura Binti Mohd Radzi lwn. Nazri

Bin Kamal, (2012) 35 Bhg. 2 JH 250 dan juga kes Zetty Binti Zabir lwn.

Mohammed Rafi Bin Mohamed Yaacob, (2013) 36 Bhg. 1 JH 161.

[11] Berpandukan dua kes tersebut dan adaptasi Aturan 52 Kaedah-Kaedah

Mahkamah Tinggi 1980, Tatacara pengkomitan di Mahkamah Tinggi Syariah

berdasarkan peruntukan seksyen 151 ETMMS 2003 diterjemahkan oleh

Mahkamah ini seperti berikut :

a. Permohonan perintah pengkomitan dibuat secara ex-parte dan disokong

dengan Affidavit Sokongan Pemohon yang mengandungi butiran diri

Pemohon, butiran diri orang hendak dikomitkan (Responden) dan alasan

permohonan (terma perintah yang dilanggar dan cara pelanggaran terma

perintah tersebut).

Page 9: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

9

b. Apabila kebenaran diberikan, suatu Notis Tunjuk Sebab hendaklah

dikeluarkan kepada Responden dan diserahsampaikan kepadanya secara kediri

bersama dengan Perintah Kebenaran Pengkomitan.

c. Penyampaian tersebut hendaklah dibuat 8 hari sebelum tarikh pendengaran kes

tersebut. Sekiranya Responden tidak hadir pada mana-mana tarikh yang

ditetapkan oleh Mahkamah, suatu waran tangkap boleh dikeluarkan

kepadanya. Tempoh masa penyerahan Notis Tunjuk Sebab yang digariskan

oleh Hakim Mahkamah Rayuan ini agak mengelirukan terutamanya dalam

bab penyampaian saman atau notis berdasarkan peruntukan seksyen 45

ETMMS 2003 iaitu :

(1) Sesuatu saman yang memulakan suatu tindakan hendaklah

disampaikan tidak kurang daripada tujuh hari genap sebelum

hari kehadiran melainkan jika Mahkamah memerintahkan

selainnya.

(2) Tertakluk kepada Enakmen ini atau mana-mana undang-undang

bertulis lain, notis bagi semua prosiding lain hendaklah notis

dua hari genap melainkan jika Mahkamah memerintahkan

selainnya.

[12] Oleh itu Mahkamah berpendapat bahawa tempoh penyerahan tersebut adalah

sesuai dengan mengikut peruntukan seksyen 45 (2) ETMMS 2003 iaitu 2 hari

sebelum tarikh pendengaran kes.

d. Prosiding pendengaran tersebut hendaklah dibuat secara terbuka kecuali :

i. Jika melibatkan sebahagian atau keseluruhan kes hak jagaan dan

pengangkatan anak dan tanggungan (nafkah) atau akses kepada seorang

kanak-kanak ; atau

Page 10: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

10

ii. Jika ternyata kepada Mahkamah bahawa adalah bagi kepentingan

pentadbiran keadilan.

e. Pada tarikh yang ditetapkan, pembelaan Responden boleh dibuat secara lisan

ataupun secara Afidavit dan kandungannya hendaklah berkisar kepada

pembelaan terhadap Notis Tunjuk Sebab tersebut.

f. Sekiranya Responden hendak membela dirinya secara lisan, maka Hakim

Bicara hendaklah menjalankan siasatan terhadap Responden secara

“inquistorial”. Namun begitu, Hakim Bicara berdasarkan kuasa budi

bicaranya boleh membenarkan Responden disoal oleh Pemohon dan/atau

Peguamnya sendiri.

g. Sekiranya Responden ingin memfailkan pembelaannya melalui Afidavit

Pembelaan maka Hakim Bicara boleh membenarkannya dan disoal-balas dan

disoal-semula oleh pihak-pihak termasuklah Hakim Bicara itu sendiri.

h. Hakim Bicara boleh menangguhkan prosiding dari masa ke semasa mengikut

keperluan. Jika kehadiran Responden berdasarkan waran tangkap, maka

suatu jaminan wajar dikeluarkan kepada Responden untuk mempastikan

kehadirannya pada tarikh yang akan datang.

i. Selepas sesi pembelaan oleh Responden selesai, Hakim Bicara hendaklah

memutuskan samada :

➢ Responden melanggar, mengingkari dan/atau cuai perintah/

penghakiman atau tidak; dan

➢ Responden mempunyai alasan yang munasabah atau tidak dari

pembelaannya terhadap Notis Tunjuk Sebab tersebut. Oleh itu jika :

Page 11: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

11

✓ Pembelaan Responden diterima, maka ia hendaklah hendaklah

dilepaskan tanpa syarat atau sebaliknya ; atau

✓ Pembelaan Responden ditolak, maka ia hendaklah dikomitkan ke

penjara berdasarkan tempoh yang akan ditentukan oleh Hakim

Bicara mengikut budi bicaranya.

j. Hakim Bicara boleh mengarahkan melalui perintah menggantung

pelaksanaan pengkomitan atas apa-apa terma atau syarat yang dipersetujui

oleh pihak-pihak.

k. Sekiranya pengkomitan berkenaan penghutang penghakiman dan Responden

telah dipenjarakan, ia boleh dilepaskan jika penunaian hutang tersebut

telah dibuat.

[13] Bagi perlaksanaan perintah komital di Mahkamah Rendah Syariah, kebenaran

pengkomitan hendaklah diperolehi terlebih dahulu di Mahkamah Tinggi Syariah

dengan membuat permohonan dan Afidavit Sokongan. Ia selari dengan kehendak

Arahan Amalan No. 3 Tahun 2006.

[14] Setelah kebenaran pengkomitan diperolehi, permohonan untuk pengeluaran Notis

Tunjuk Sebab beserta Affidavit Sokongan yang mengandungi butiran diri

Responden, butiran diri orang hendak dikomitkan (Responden) dan alasan

permohonan (terma perintah yang dilanggar dan cara pelanggaran terma perintah

tersebut) hendaklah dipohon di Mahkamah Rendah Syariah. Tatacara seterusnya

adalah sama sepertimana di Mahkamah Tinggi Syariah setelah suatu Notis Tunjuk

Sebab dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah.

[15] Oleh itu, tempoh masa pemenjaraan ini adalah dengan merujuk kepada bidang

kuasa asal jenayah dan jika terbukti bahawa Responden gagal mengemukakan

Page 12: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

12

pembelaan yang sewajarnya di dalam kes ini, Mahkamah ini atas budi bicaranya

boleh melaksanakan pengkomitan ke penjara selama tempoh yang tidak melebihi

tiga tahun. Bagi Mahkamah Rendah Syariah, tempoh masa pemenjaraan yang

dibenarkan adalah tidak melebihi dua tahun.

[16] Mahkamah berpendapat bahawa tujuan pengkomitan ini adalah di atas

keengganan Responden melaksanakan perintah namun jika ianya telah

dilaksanakan maka pengkomitan itu tidaklah perlu diteruskan lagi. Ini

berasaskan kepada kefahaman Mahkamah terhadap satu pandangan yang

dinukilkan di dalam Kitab Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu oleh Wahbah Zuhaili,

Jilid 7, muka surat 5592 dan 5593, terjemahan Fiqh & Perundangan Islam, Jilid

VI, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, muka surat 209 dan 210

iaitu :

“Penahanan diharuskan dalam lapan keadaan;

1. Ditahan penjenayah kerana mangsanya tidak ada, supaya orang

yang akan menjalani hukuman qisas tidak terlepas daripada

hukuman.

2. Ditahan hamba yang lari selama setahun sebagai menjaga

kehilangan harta dengan harapan dapat diketahui tuannya.

3. Ditahan orang yang enggan menunaikan haknya sebagai

paksaan ke atasnya supaya ia ditunaikan.

4. Ditahan meteka yang diragui kedudukannya dalam sama ada

kepayahan ataupun kesenangan untuk mengetahui keadaannya.

5. Ditahan penjenayah sebagai hukuman takzir atau mencegah

daripada berbuat maksiat kepada Allah S.W.T.

6. Ditahan mereka yang terhalang daripada menjalankan

tanggungjawab wajib yang tidak boleh diganti oleh orang lain.

7. Orang yang membuat pengakuan mengenai sesuatu yang tidak

diketahu sama ada benda ataupun dalam tanggungan dan ia

tidak dapat menentukannya.

Page 13: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

13

8. Ditahan orang yang enggan menunaikan hak Allah S.W.T yang

tidak boleh diganti seperti puasa.”

Al-Qarafi berkata, selain lapan sebab ini, tidak harus seseorang diletakkan dalam

tahanan dan tidak harus ditahan seseorang pada satu hak sekiranya pemerintah

mampu menyempurnakannya.

Isu Kedua : Sama ada berlaku perlanggaran perintah oleh Responden dan

sekiranya ada, adakah Responden berjaya memberi sebab atau alasan yang wajar

dan boleh diterima oleh Mahkamah?

[17] Mahkamah berpendapat, perkara utama yang hendaklah diberi pertimbangan

sebelum Mahkamah memutuskan samada Notis Tunjuk Sebab Responden

diterima ataupun ditolak iailah :

i. Sama ada Responden telah melakukan perlanggaran terhadap Perintah

yang diputuskan oleh Mahkamah pada 29 September 2016

ii. Sekiranya perintah dilanggar, sama ada Responden telah berjaya atau

berupaya memberi sebab atau alasan yang wajar dan boleh diterima oleh

Mahkamah supaya Respondan tidak dikenakan Perintah pengkomitan atas

kegagalan mematuhi Perintah tersebut.

[18] Dalam isu pengkomitan ini, Mahkamah seharusnya membuat pertimbangan

terhadap Notis Tunjuk Sebab yang dinyatakan oleh Responden sebagaimana

pandangan Hakim Dato’ Jefrey Tan Kok Wha dalam kes Helen Yeap Poh Sin

lwn. Universal Trustee (Malaysia) Bhd., (2001) 7 CLJ 414 yang menyatakan

bahawa :

Page 14: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

14

“Harus juga diingat bahawa kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan

seseorang ke penjara kerana kegagalan mematuhi perintah

Mahkamah perlu dijalankan dengan berhati-hati.”

[19] Dalam kes di Mahkamah Tinggi Syariah, Pahang iaitu kes Haji Azman Bin Abdul

Talib lawan Suhaila Binti Ibrahim [2004] CLJ (Sya) 392, Hakim Abdul Rahman

Yunus telah memakai prinsip mahkamah sivil sewaktu membebaskan Responden

dari perintah komital kerana kegagalan mematuhi perintah mahkamah dengan

menyatakan seperti berikut :

“kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan seseorang ke penjara kerana

kegagalan mematuhi perintah Mahkamah perlu dilaksanakan dengan

penuh berhati-hati.”

Penyampaian Perintah

[20] Sebelum Mahkamah mengulas dengan lebih jauh lagi dalam meneliti kedua-dua

elemen tersebut di atas, Mahkamah perlu meneliti terlebih dahulu berkaitan

penyampaian perintah bagi permohonan ini memandangkan ia adalah penting bagi

menentukan sama ada prosiding pengkomitan ini boleh dijalankan ataupun

sebaliknya sebagaimana dinyatakan di dalam Seksyen 135 ETMMS 2003 yang

menyatakan bahawa :

135. (1). Tiap-tiap penghakiman atau perintah yang menghendaki

mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan, selain

pembayaran wang, hendaklah menyatakan masa yang

dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, dan jika

masa tidak dinyatakan sedemikian, perbuatan itu hendaklah

dilakukan dalam masa tujuh hari dari tarikh penghakiman

atau perintah itu.

Page 15: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

15

(2). Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu

hadir sendiri atau diwakili oleh Peguam Syarienya

semasa penghakiman atau perintah diberikan atau

dibuat, maka salinan penghakiman atau perintah itu

tidaklah perlu disampaikan kepadanya.

(3). Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu tidak

hadir sendiri atau tidak diwakili, tiada prosiding untuk

penangkapan atau pengkomitannya boleh diambil

melainkan jika suatu salinan penghakiman atau perintah itu

yang diendorskan dengan notis dalam Borang MS 28 telah

disampaikan kepadanya.

[21] Hal ini selari dengan pandangan Hakim Lamin, Chong Siew Fai dan Wan Adnan

dalam kes Wee Choo Keong lwn. MBF Holding Bhd & Anorther, (1995) 3 MLJ

549 iaitu :

”seseorang itu akan dianggap sebagai melakukan penghinaan

Mahkamah akibat ketidakpatuhan suatu perintah Mahkamah, jika

kelakuan menghina yang dikatakan itu berlaku selepas perintah

Mahkamah tersebut dibuat atas pengetahuan pesalah atau selepas

penyampaian perintah tersebut kepadanya, maka masa bila kelakuan

yang dikatakan itu telah dibuat adalah sangat penting”

[22] Setelah meneliti keterangan daripada pihak Responden pada sesi soal balas

Responden pada 10 Julai 2017, Mahkamah mendapati bahawa Responden telah

mengakui bahawa perintah Mahkamah berkenaan Hak Hadhanah telah diputuskan

oleh Mahkamah pada 29 September 2016 yang mana di dalam perintah tersebut

pihak Responden telah diberikan hak lawatan dan bermalam. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa penyampaian perintah kepada pihak Responden dikira telah

sempurna atas pengakuan Responden berkenaan perintah tersebut.

Page 16: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

16

Penyampaian Notis Tunjuk Sebab

[23] Pada tarikh 15 Mei 2017, Mahkamah telah meluluskan Permohonan Pemohon

untuk mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab kepada Responden agar pihak

Responden membela diri di atas kegagalan Responden mematuhi perintah

tersebut.

[24] Selanjutnya pihak Responden telah meberikan keterangan secra lisan bersama

dokumen sokongan, jelas menunjukkan pihak Responden tidak membantah untuk

membela diri sudah memadai dan tidak menjejaskan proses keadilan mana-mana

pihak. Soal keadilan terhadap kedua-dua pihak adalah merupakan perkara yang

diutamakan dan dititikberatkan. Ini bertepatan dengan peruntukan seksyen 244

EETMMS 2003 iaitu :

”Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh disifatkan sebagai

menghadkan atau menyentuh kuasa sedia ada pada Mahkamah untuk

membuat apa-apa perintah yang perlu untuk mengelakkan

ketakadilan atau mengelakkan penyalahgunaan proses Mahkamah”

[25] Mahkamah berpendapat bahawa hasrat Notis Tunjuk Sebab dikeluarkan adalah

untuk memaklumkan bahawa pihak Responden hendaklah membela diri pada

tarikh yang ditetapkan.

Isu sama ada Responden telah cuai atau gagal mematuhi Perintah yang

dikeluarkan oleh Mahkamah pada 29 September 2016.

[26] Pemohon mendakwa bahawa Responden sengaja telah melanggar perintah di

perenggan 2 perintah bertarikh 29 September 2016 iaitu :

2. Mahkamah memerintahkan hak jagaan (hadhanah) anak-anak tersebut

diserahkan kepada Defendan (ibu).

Page 17: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

17

[27] Berdasarkan perenggan 2 perintah hadhanah tersebut menyatakan bahawa

Pemohon merupakan penjagan kepada anak-anak tersebut. Namun Responden

gagal menghantar kembali anak-anak tersebut kepada Pemohon.

Jawapan Responden

[28] Berdasarkan keterangan Responden semasa soal balas yang menyatakan bahawa

Responden tidak memulangkan anak tersebut iaitu anak sulung yang ketika kes ini

difailkan berumur 14 tahun. Responden menyatakan anak sulung tersebut berada

dalam keadaan trauma berikutan Pemohon telah memaksa anak sulung tersebut

membuat laporan palsu berkaitan Responden iaitu bapa telah memperkosanya.

Namun setelah pihak Hospital Sungai Buloh membuat siasatan mendapati tiada

pencabulan berlaku dan kemudiannya kes ini telah disiasat berikutan isu

penderaan yang dilakukan oleh Pemohon terhadap anak sulung dan anak-anak

yang lain juga.

[29] Responden telah memohon kepada Mahkamah agar mengeluarkan surat bagi

mendapatkan laporan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan

Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sungai Buloh berkaitan kesalahan penderaan oleh

Pemohon.

ULASAN MAHKAMAH

[30] Dalam isu ini Mahkamah perlu meneliti sama ada alasan yang dikemukakan oleh

Responden adalah munasabah ataupun tidak.

[31] Pertamanya Mahkamah merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh pihak

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkaitan kesalahan penderaan oleh

Pemohon yang mana ada menyatakan sebagaimana berikut :

Page 18: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

18

“ Daripada siasatan dijalankan didapati kanak-kanak ini tidak diberi jaminan

keselamatan dari aspek fizikal di mana kanak-kanak ini mengadu sering dipuluk

oleh ibu kandung dan ibu sering menggunakan kekerasan terhadap kanak-kanak.

Selain daripada itu, emosi kanak-kanak turut terganggu dengan sikap yang

ditunjukkan oleh ibu kandung iaitu seperti bercakap sendiri, memarahi kanak-

kanak dengan menggunakan kata-kata yang kesat dan kotor dan sering memaksa

mereka mengaku tentang sesuatu yang tidak pernah berlaku. Ini amat memberi

gangguan dan tekanan emosi terhadap kanak-kanak’’.

[32] Seterusnya merujuk laporan siasatan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sungai

Buloh berkaitan dakwaan Responden memperkosa anak sulung adalah seperti

berikut :

“ Pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 376 (B) Kanun

Keseksaan , Pegawai Penyiasat : Insp Siti Noratiqah Bt Abd Rahman. Kertas

siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan

mengarahkan agar Puan Rosmawati Binti Hassan untuk menjalani pemeriksaan

Psykatrik berdasarkan keterangan En Mohd Halim Bin Zohdi dan Nurul Athirah

Binti Mohd Halim. Puan Rosmawati Binti Hassan berkeras tidak mahu menjalani

pemeriksaan tersebut. Pada 10/4/2017, Timbalan Pendakwa Raya Selangor, Tuan

Muhammad Iskandar bin Ahmad telah memutuskan kes ini NFA kerana dalam

keterangan NAMH menafikan bahawa dia telah dirogol oleh bapanya’’.

[33] Maka berdasarkan kedua-dua laporan di atas dan alasan yang dikemukakan oleh

Responden Mahkamah percaya bahawa tindakan Responden tidak menghantar

kembali anak-anak tersebut adalah bagi memastikan keselamatan dan emosi anak-

anak tersebut daripada terjejas atau terganggu. Mahkamah juga berpandangan

tindakan yang dilakukan oleh Responden adalah wajar bagi menjaga kebajikan

dan keselamatan anak-anak tersebut. Hal ini juga dikuatkan lagi dengan adanya

laporan-laporan siasatan sebagaimana yang dinyatakan di atas.

Page 19: RH lwn MHZ - jakess.gov.my v MHZ.pdf · Responden untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana dengan telah ingkar dan tidak mematuhi perintah Mahkamah

19

[34] Kesimpulannya, Mahkamah berpuashati bahawa alasan-alasan yang dikemukakan

oleh Responden adalah munasabah dan diterima. Maka permohonan komital

terhadap Responden wajar ditolak.

Keputusan

Setelah Mahkamah meneliti permohonan pihak Pemohon, Notis Tunjuk Sebab dan

keterangan, maka dengan ini Mahkamah memutuskan dan memerintahkan seperti

berikut:

3) Mahkamah menerima tunjuk sebab yang dikemukakan oleh Responden.

4) Mahkamah menolak permohonan komital yang dipohon oleh pihak Pemohon