Anemia - · PDF filePenjagaan sendiri • Makan sumber makanan yang kaya asid folik setiap hari: • Ini termasuk sayur-sayuran seperti asparagus, kubis Brussels, bayam,

Embed Size (px)

Citation preview

  • Anemia Definisi

    Anemia ialah kekurangan keupayaan sel darah merah untuk membekalkan oksigen yang mencukupi kepada tisu badan. Ia mungkin disebabkan kekurangan jumlah sel darah merah, pengurangan komponen-komponen tertentu dalam sel darah merah yang bertugas mengangkut oksigen (hemoglobin) atau kekurangan isipadu sel darah merah.

    Anemia disebabkan kekurangan vitamin B12K

    Pengurangan bilangan sel darah merah disebabkan kekurangan vitamin.

    Vitamin B12 sangat diperlukan untuk fungsi sistem saraf dan sel darah yang normal, penghasilan sel darah putih dan platelet.

    Gejala

    Hilang selera makan.

    Cirit-birit.

    Kaki dan tangan terasa kebas dan berdenyut-denyut.

    Pucat.

    Sesak nafas.

    Keletihan yang teruk.

    Lemah badan.

    Mulut dan lidah terasa sakit.

    Faktor Risiko

    Kekurangan vitamin B12 untuk tempoh yang lama.

    Pencegahan

    Boleh dielakkan melalui pemakanan yang seimbang.

    Penggunaan suntikan vitamin B12 selepas pembedahan.

    1

  • Penjagaan sendiri

    Makan makanan yang seimbang setiap hari dengan mengambil telur, susu dan sumber-sumber vitamin B12 yang lain dari hasil haiwan.

    Makanlah makanan yang kaya ferum seperti hati, daging, roti gandum tulen, bijirin dan buah-buahan kering.

    Makan makanan yang kaya asid folik seperti bijirin gandum, kekacang, mentega kacang tanah, oat, cendawan, brokoli, hati lembu dan asparagus.

    Makan makanan yang kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus, sayuran mentah dan segar. Vitamin C membantu penyerapan zat besi supaya lebih berkesan.

    Hadkan penggunaan teh kerana ia mengandungi tanin yang boleh merencat penyerapan ferum. Namun meminum teh herba adalah digalakkan.

    Berehat dan tidur secukupnya.

    Rawatan

    Melalui suntikan vitamin B12.

    Mengambil vitamin B12 secara oral digabungkan dengan pemakanan yang lebih seimbang.

    Anemia disebabkan penyakit kronik

    Anemia terjadi akibat penyakit atau jangkitan kuman yang terlalu lama.

    Penyakit menyebabkan beberapa perubahan berlaku dalam sistem pembentukan darah (haematopoiesis) seperti memendekkan jangka hayat sel darah merah, menurunkan jumlah ferum yang terdapat dalam bahagian cecair darah dan mengurangkan aktiviti sumsum tulang.

    Gejala

    Kehadiran penyakit kronik atau jangkitan kuman.

    Pucat.

    Keletihan yang teruk

    Keletihan.

    2

  • Sakit kepala.

    Tidak bermaya.

    Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.

    Pening kepala.

    Faktor Risiko

    Endokarditis bakterial.

    Osteomielitis.

    Reumatoid Juvena.

    Artritis.

    Demam reumatik.

    Penyakit Krohns.

    Ulseratif kolitis.

    Pencegahan

    Rawatan terhadap penyakit yang menjadi puncanya dapat mencegah atau memulihkan anemia yang terjadi.

    Penjagaan sendiri

    Makan makanan yang seimbang setiap hari bersama-sama makanan yang kaya ferum, asid folik dan vitamin C.

    Jangan merokok dan meminum alkohol.

    Bersenam setiap hari.

    Menjaga kesihatan diri.

    3

  • Rawatan

    Anemia jenis ini bertindak balas terhadap rawatan penyakit yang menjadi puncanya.

    Anemia disebabkan kekurangan folat.

    Berlaku apabila paras asid folik menjadi rendah, lazimnya disebabkan pengambilan dari diet yang tidak mencukupi atau penyerapan tidak sempurna (semasa hamil).

    Folat atau asid folik adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah dan tumbesaran.

    Anemia jenis ini akan menyebabkan saiz sel darah merah luar biasa besarnya dan dirujuk sebagai megalosit. Dalam sumsum tulang ia dikenali sebagai megaloblas.

    Gejala

    Keletihan.

    Sakit kepala.

    Mulut dan lidah terasa sakit.

    Pucat atau Jaundis.

    Faktor Risiko

    Pemakanan yang buruk.

    Memasak makanan terlalu lama.

    Penagih alkohol.

    Mempunyai sejarah masalah penyerapan zat makanan.

    Hamil.

    Pencegahan

    Pengambilan asid folik dari diet yang mencukupi pada individu berisiko tinggi dan pengambilan asid folik tambahan semasa hamil boleh mencegah bermulanya anemia jenis ini.

    4

  • Penjagaan sendiri

    Makan sumber makanan yang kaya asid folik setiap hari:

    Ini termasuk sayur-sayuran seperti asparagus, kubis Brussels, bayam, salad Romaine dan brokoli.

    Kacang pis hitam, kantalup (sejenis tembikai), jus oren, oat, bijirin tulen, germa (bahagian tengah) gandum dan bahagian organ dalam haiwan ternakan juga merupakan sumber-sumber yang kaya dengan asid folik.

    Kerap memakan sayur-sayuran dan buah-buahan mentah yang segar. Jangan terlalu lama memasak makanan kerana haba boleh memusnahkan asid folik.

    Ambil tambahan multivitamin setiap hari yang mengandungi 100% saranan pengambilan harian (RDA) asid folik.

    Jangan merokok kerana merokok boleh meningkatkan keperluan vitamin.

    Jangan meminum minuman beralkohol.

    Rawatan

    Merawat dengan pengambilan asid folik secara oral atau suntikan.

    Rawatan melalui pengubahsuaian diet iaitu dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan sitrus.

    Anemia Hemolisis Imun cetusan ubat-ubatan

    Anemia jenis ini terjadi apabila sesetengah ubat saling bertindak dengan selaput sel darah merah, menyebabkan sel darah merah ini menjadi antigenik (boleh merangsang pembentukan antibodi atau berupaya bertindak balas dengan antibodi). Antibodi kemudiannya akan terbentuk untuk melawan sel darah merah ini. Ia akan bergabung dengan sel darah merah yang terjejas dan mengakibatkan kemusnahan awal sel.

    Gejala

    Keletihan yang teruk

    Pucat

    Jaundis

    Sesak nafas

    5

  • Kadar degupan jantung yang cepat

    Air kencing berwarna pekat dan gelap.

    Faktor Risiko

    Menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan Anemia Hemolisis Imun sekunder seperti,

    Penisilin Quinidine Isoniazid

    Cephalosporins Thiozida Streptomycin

    Levodopa Diuretik Motrin

    Methyldopa Antazoline Asid salisilik

    Asid mefenamik Chlorpromazine Sulfonamida

    Pencegahan

    Jika gangguan berlaku, seseorang haruslah mengelakkan ubat-ubat yang mengganggu dan analognya (ubat yang serupa) di masa akan datang.

    Penjagaan sendiri

    Dapatkan nasihat dari pegawai farmasi atau doktor sebelum menggunakan apa-apa ubat.

    Berhenti menggunakan ubat yang menyebabkan anemia dan gunakan ubat lain yang tidak memburukkan lagi keadaan anemia yang dihidapi.

    Ambil tambahan ferum.

    o Dapatkan nasihat doktor untuk dos yang sesuai.

    o Walaupun ferum diserap dengan baik jika diambil ketika perut kosong, ia boleh menyebabkan sakit perut. Mengambil ferum selepas makan adalah lebih baik untuk perut.

    6

  • Elakkan antasid, fosfat (terdapat dalam minuman ringan, bir, ais krim, halwa dan sebagainya) dan bahan tambah makanan EDTA. Kesemua ini akan menghalang penyerapan ferum.

    Meningkatkan pengambilan serat dalam diet untuk mengelakkan sembelit.

    Elakkan aspirin dan produk yang mengandungi aspirin.

    Anemia hemolisis

    Berlaku apabila sumsum tulang tidak dapat menampung pemusnahan awal sel darah merah dengan meningkatkan penghasilannya.

    Terdapat banyak jenis Anemia Hemolisis berdasarkan kedudukan kecacatan. Kecacatan ini mungkin berlaku dalam sel darah merah itu sendiri (faktor dalaman) atau di luar sel darah merah (faktor luaran).

    Gejala

    Hidung berdarah.

    Gusi berdarah.

    Kesejukan.

    Jaundis.

    Limpa membesar.

    Keletihan yang teruk.

    Pucat.

    Sesak nafas.

    Kadar degupan jantung yang cepat.

    Air kencing yang pekat dan gelap.

    Faktor Risiko

    Jangkitan kuman.

    Penggunaan ubat-ubatan tertentu.

    Gangguan autoimunisasi.

    7

  • Gangguan keturunan yang diwarisi.

    Pencegahan

    Setakat ini tiada langkah pencegahan yang diketahui untuk Anemia Hemolisis.

    Penjagaan sendiri

    Makan lebih banyak makanan yang kaya dengan ferum.

    Pertingkatkan penyerapan ferum dengan mengambil makanan yang kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus, tomato dan lemon.

    Makanlah makanan berkhasiat dan seimbang dan ambil tambahan zat makanan yang disarankan. Tingkatkan pengambilan serat dan cecair untuk mengelakkan sembelit.

    Rawatan

    Rawatan bergantung kepada jenis dan penyebab Anemia Hemolisis.

    Asid folik, gantian ferum dan kortikosteroid boleh digunakan.

    Anemia Hemolisis disebabkan kekurangan G-6PD

    Kekurangan G-6PD merupakan gangguan genetik rantaian resesif-x yang boleh diwarisi. Kesan utamanya ialah pengurangan kandungan G-6PD dalam sel darah merah yang membawa kepada pemecahan sel darah merah.

    Gejala

    Keletihan yang teruk.

    Pucat.

    Sesak nafas.

    Limpa membengkak.

    Kadar degupan jantung yang cepat.

    Jaundis.

    Air kencing yang pekat dan gelap.

    8

  • Faktor Risiko

    Bangsa kulit hitam.

    Jantina lelaki.

    Mempunyai sejarah keluarga mengalami kekurangan G-6PD.

    Pencegahan

    Mereka yang menghidap G-6PD ini mesti menjauhi faktor-faktor yang boleh menyegerakan timbulnya kesan kekurangan enzim ini, terutama ubat yang diketahui boleh menyebabkan tindak balas pengoksidaan.

    Kaunseling atau maklumat mengenai genetik mungkin menarik perhatian wanita heterozigus dan lelaki yang mengalami kekurangan enzim ini.

    Penjagaan sendiri

    Jangan mengambil sebarang ubat yang dise